Showing posts with label Merdeka Day. Show all posts
Showing posts with label Merdeka Day. Show all posts

Gambar Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Sembilan

Gambar Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Sembilan | Setelah hampir 20 tahun tinggal di Seremban inilah kali pertama menonton perarakan hari penting negara secara lansung. Sebelum ini sekali sekala ada juga mengadap tv pepagi menonton perarakan yang lebih besar dan gah di Kuala Lumpur sana. Tahun ini hasrat hati ingin membawa the three little boys tapi yang lagi dua orang tu telah 'diayat' pakciknya untuk balik ke kampung lebih awal. Frust jugalah, ingat nak cipta kenangan bersama.


Puas hati ai dapat mengambil gambar DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, isteri baginda Tunku Ampuan Tuanku Aishah Rohani dan anakanda Tunku Ali Redhauddin. Kalau Brunei ada Prince Mateen yang buat "ovary exploded" kami ada prince yang low profile. Ikut resmi padilah kot. Kalau tetiba beliau popular tak tahulah apa pulak yang explode (by the way "ovary exploded" is an English idioms). Hey  there, we oso ken spik english you know?

Seronok berada di sana bersama ribuan penonton lain. Ada mak mak yang rajin dan patriotik siap buat baju gaun anak dengan bendera. Ramai kanak-kanak dibawa oleh ibu bapa masing-masing untuk merasai sendiri suasana di hari tersebut, 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438H. Yang kelakar pun ada, almaklumlah bila orang biasa kena berkawad mau tak berterabur. Ada yang kedua-dua tangan ke depan, ada yang dok mengira kiri kanan kiri kanan 😁😁😁... pengalaman tu.

Yang tak syoknya, di depan para vvip ini diletakkan cooler yang sangat mengganggu pemandangan. Di kebanyakan masa aku memang tak boleh nampak muka Yamtuan dan Tunku Ali. Sesio boto. Nak ke depan sangat tak boleh, abam askar tak bagi. Jadi redha je lah eh dengan semua gambar ni, walaupun tak seberapa kualiti dan ceritanya tapi lebih banyak daripada yang disiarkan di akhbar. Dapatlah juga tengok gambar abang, kakak, ayah, emak, adik, jiran sebelah rumah, jodoh.. eh?! Ai tunjukkan sebahagian sajalah ye, bula mato den ngadap bondo ni. Boh watermark jo.. tak dayo nak edit semua. Cadangnya nak pos pada hari yang sama tapi omak den dah tipon, rondang lom masak laie ni haa...😂😂

#SehatiSejiwa


Penonton mula datang sejak jam 7 pagi lagi.

Suasana sebelum ketibaan Yamtuan Negeri Sembilan.









Ketibaan DYMM Yang Di Pertuan Besar (Yamtuan) Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Tuanku Aishah Rohani.




Pemeriksaan perbarisan. Puas hatilah dapat ambil gambar ni walaupun ...




Eh eh...Tuanku pandang ai.


Mufti Negeri Sembilan Dato' Hj Mohd Yusof bin Haji Ahmad memulakan majlis dengan bacaan doa. Dalam keadaan aman ini pun kita berdoa inikan pula ketika kapal terbang bergegar. #tetiba


Menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku, sambil menaikkan bendera.



Kena jemur sebelum perarakan 😡😢



Haiyoooo... lima kali meriam meletup. Dapat tutup sebelah telinga je.


Menariknya ada persembahan pentomin menceritakan kisah penyerahan Tanah Melayu (Malaya) oleh British kepada anak bangsa selari dengan konsep "Menghidupkan Kembali Penghayatan dan Semangat Merdeka di Stadium Merdeka Pada Tahun 1957"


Merasalah menjadi 'sultan'.

Penyerahan rasmi Tanah Melayu daripada penjajh kepada yang berhak.


Kreatif mak adik ni jahit gaun lengkap dengan skaf.


Skrin LED juga disediakan. Kelihatan Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ⇑ sedang memberikan ucapan. Ucapan dan pandangan Tok Mat selalunya bernas, bolehlah istiqamah dok dendiam dengar sampai 10 minit. Kalau ucapan orang lain kat tv tu laju je tangan tukar channel lain 😃

Acara perarakan dan perbarisan pun bermula... perhatilah kot kot ada muka uols di sini.














Tunku Ali Redhauddin sedang merakam video.



Nah, ai belanja lagi gambar Tunku Ali.









Disebabkan kita ni ada kenangan menjadi anak tentera kita masukkan lebih sikit gambar askar. Rindu zaman itu, rasa selamat je tinggal dalam kem. Ada yang kenal sesiapa dalam gambar-gambar ni? Share lah kat tuan punya badan.


Nampak tak cooler tu? Memang tak nampak lansunglah bila Tuanku dan Tunku Ali duduk. Takde je jenis slim sikit?

Muda belia askar ni. Anak siapalah ni eh? Bangga mak ayah anak jadi sojar.  






Jika uols ada degree in any dicipline uols boleh try apply jadi sojar berpangkat pegawai seperti di bawah. Mohonlah sekiranya berminat dan bukannya sebab tak ada kerja yang setaraf dengan kelulusan. Jadi askar ni bukannya senang. Tu belum lagi jadi komando, cuba baca di sini selepas ini.




Kemudian perarakan aset negara. Sniper tu pun aset juga tau. 

Tentera ni servis 21 tahun je so if ada special skills memang sangat laku di pasaran pekerjaan. Boleh jadi bodyguard VIP. Pernah aku bertanya kepada seorang Pegawai Waran II kenapa askar berkhidmat dalam tentera selama 21 tahun aje? Dia kata, "mereng la deh kok lelamo duduk dalam kem tu" hahahah...

Agaknya segala kenderaan dan peralatan yang lebih canggih dah dibawa ke Dataran Merdeka.  


Yang berbungkus ni sahlah takde sesiapa pun yang kenal hehe... kepakaran yang tidak dimiliki ramai orang. Sambil berlari pun boleh menembak tepat ni. Aku menembak kat Phuket hari tu pun daripada 15 peluru hanya 7 saja yang kena tapi ada satu tepat kat tengah #fliptudung . Bulan depan nak test sekali lagi baru boleh confirm yang kali pertama tu hanya kebetulan ataupun memang ada bakat menembak. Gitu.

Sesiapa yang membesar di tahun 1980an mesti pernah tengok cerita Chips. Camnilah motor dia.




Kalau kena kejar dengan JPJ agak agak boleh lepas tak? Kalau di Seremban mungkin boleh tapi di KL susah sebab banyak tol. Tau tau kereta JPJ dah kat belakang kau.

Bila trak 3 tan lalu terkenang dulu kami anak-anak askar ni naik "feri sekolah". Yurannya LIMA SEN sehari. Sekarang ni yuran van anak aku sejauh 5km RM120 seorang pergi balik, jadi aku rela jadi supir jemput mereka balik sekolah.


Majlis dah nak tamat. Peserta perbarisan lain terus bersurai selepas selesai giliran mereka berarak tetapi anggota badan beruniform perlu terus berdiri di padang sehingga majlis tamat. Letih beb! Kalau aku kena berdiri terus-menerus begini sah pitam. Tak berdaya aku nak berdiri setempat lelama.


Siapa yang berkemeja putih tu ya? Seperti pernah kulihat tapi di mana ya?





Keberangkatan pulang DYMM Yamtuan dan isteri.


Kita jumpa lagi ya!

Menteri Besar dan isteri berjalan kaki je haa... balik ke opis agak eh.

Ada kawan aku teringin benar hendak menjadi polis pengiring isteri VVIP. Semoga tercapai cita-citanya hendak bekerja di luar negeri sendiri. Kesian dia, mak ayah siap jumpa pegawai besar supaya tak kena transfer jejauh sejak tamat latihan. Amboi mak ayah punnnn... kasi chance lah. Dok simpan celah kopek sampai ke tua dah kenapa? 


Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-60. Keamanan ini mahal harganya. Sama-samalah kita menjaga keamanan dan keharmonian ini. Jangan mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Tak lama lagi pilihanraya, gunakan kuasa mengundi sebaik-baiknya. 

BACAlah pelbagai bahan bacaan.
NILAIkan dengan adil.
UBAHlah jika mereka tak perform. 
(Elok disebut dengan jelas gelaran Yang Berhormat kepada Yang Berkhidmat di majlis majlis yang mereka hadiri supaya kaki jejak ke bumi sepanjang masa dan bukan sekadar ketika hampir pilihanraya.)

Jumpa lagi tahun depan. InsyaAllah.


**Paling menyampah bila nampak sampah berterabur selepas sesuatu acara/majlis. Bilalah fikiran ekau nak maju ni? Kita bukan pendatang, ini tanahair kita. 




























Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free