Showing posts with label Da Nang. Show all posts
Showing posts with label Da Nang. Show all posts

Vietnam | 4 Hari 3 Malam Jalan Jalan di Hoi An Ancient Town & Da Nang

Vietnam | 4 Hari 3 Malam Jalan Jalan di Hoi An Ancient Town & Da Nang | Assalamualaikum and hi.... Okay, this time i just want to simplify my four days trip to Vietnam a few months back. Untuk bacaan lanjut sila ke:



http://www.ruggedmom.com/2018/05/unesco-world-heritage-site-berbasikal.html

http://www.ruggedmom.com/2018/06/unesco-world-heritage-site-my-son.html

http://www.ruggedmom.com/2018/06/vietnam-hiking-di-marble-mountain.html

Day 1
Sesampai sahaja di Landmark Hostel, solat dan terus ambil basikal terus menuju ke Hoi An Ancient City. Memula kayuh keliling kawasan sambil mencari restoran halal dan kedai kain yang ternampak dalam perjalanan ke hostel sebelum tu tapi tak jumpa.  Dalam ramai-ramai peniaga di pasar malam, rasanya dua gerai je yang menjual vegetarian food (selain banana pancake). Aku pun belilah gorengan macam cucur udang tu. 

Lepas tu selfie tepi sungai. Ramainya orang hilir mudik. Nampak macam best je naik sampan tapi muka tekong tak manis. Di sini ada beberapa jambatan yang di bina merentasi Thu Bon River. Sepertimana tempat lain yang ramai orang di atas jambatan ada je yang berjualan jajan dan souvenir. Aky stay di kawasan pelancongan ini dari siang hingga bertukar malam.

Dalam pukul lapan kot baru balik ke hostel. Niat di hati nak lepak di lobby sambil menonton tv tapi sejuk angin winter membuatkan aku tak betah nak duduk lelama. Ada pula nyamuk dok ngeng ngeng ngeng kat telinga, terus masuk bilik.



Day 2
Semalam dah book half day trip to My Son Sanctuary jadi pepagi dah check-out, tinggalkan beg di lobi. Sampai di sana hujan renyai kemudian agak lebat lepas tu renyai semula tapi our tour guide without fail meneruskan briefing dia. Gigih sungguh.


Petang tu bila sampai ke hostel call Uber/Grab tapi boleh pula dia berpusing-pusing tak jumpa. Aku dah susah hati bimbang terlepas bas last ke Da Nang. Belum lama bas bergerak dari stesen bas masa tu lah nampak orang jual macam macam di tepi jalan haishh... takkan nak turun kot? Mur mur je mereka jual.

Di pertengahan jalan ada orang naikkan barang-barang hantaran perkahwinan. Tertanya-tanya juga bus driver ke yang punya sebab orang tu tak naik sekali. Mesti jadi kenangan manis di masa depan kan, ayah dulu bawa hantaran mak ko naik bas aje. nak. Hahaha... Yang penting chenta...lautan api sanggup ku renangi kekdahnya.

Bas turunkan agak jauh jugalah tetapi disebabkan dah petang dan tempat baru relaks je berjalan kaki. Yang tak best nya waze bawa ke hostel lain, dahlah kat tingkat tiga pula tu 😑. Female room untuk enam orang tu bersih tapi tiada tingkap with shared bathroom. Ruang lapang di tengah membolehlah dua orang solat serentak. Agak sempit jugalah. Lokasinya strategik di tengah bandar.

Selepas makan malam aku pun seperti kebanyakan tourists, pergi ke Dragon Bridge. Rupanya setiap Sabtu mulut dragon keluar api! Hang jangan tunggu tang ekor, tak keluar apa apa kat situ. Pi kat mulut di seberang Han River sana nun. Beribu orang menunggu mulut naga tu berapi dan memancutkan air. Sementara di bawah jambatan ada group makcik pakcik otai sedang menari. Tempat trainng kot. Eh best pulak dengar lagu yang dimainkan macam nak join sekaki. Meriah baq hang kawasan tu.

Dragon Bridge panjangnya 666 meter dengan enam laluan trafik. Mula digunakan pada 29 Mac 2013 merentasi Han River di pertemuan laluan Le Dinh Duong/Bach Dang. Jambatan moden ini  menyingkatkan tempoh perjalanan dari Da Nang Airport ke jalan utama di bandar dan lebih pantas ke My Khe Beach and Non Nuoc Beach di timur Da Nang city. Pada setiap Sabtu dan Ahad jam 9 malam 'naga' ini akan menyemburkan api dan air keluar dari mulutnya. So if you want to see it, plan bebetul waktu berada di Da Nang tu.

Masa balik tu beratus eh beribu kot penunggang motorsikal berarak sambil bersorak membawa bendera Vietnam keliling bandar. Suspens lah juga kan bila nampak ada polis kejar (polis pun tak terkejar). Ingatkan apa bendalah. Rupa-rupanya pasukan Vietnam menang game bolasepak. Patriotik beb.


Ini ekor naga, takde apa apa keluar dari ekor naga ni. Hostel aku di sebelah seberang sini.

Api dan air.

Di seberang sana ada satu restoran halal milik orang Brunei.


Day 4
Pepagi aku dah ke Han Market sebab anak kirim beg, topi. Aku pula teringin jugalah nak membeli kain pasang. Datang awal sangat kedai-kedai di tingkat atas masih banyak yang belum dibuka. Kebanyakannya menjual kain pasang untuk Ao Dai (ao yai). Aku tanyalah berapa harga kain dengan tempahan sekali perghhh... mencekik! Mentang-mentang kita pelancong. Aku berkenan dengan kain pasang yang dijual satu kedai tu tapi harga semeter lebih mahal daripada Jakel huhuu... tak kuasa mak. Staf hostel pun kata harga tu tinggi sangat. Kain-kain di kedai itu saja yang aku berkenan. Harga bagpack pun tak semurah di Ho Chi Minh City tapi since kita ni first customer dapat jugalah harga yang kita hendakkan. Selain daripada itu aku beli dried fruits. Aku suka nangka kering.

Masa pilih souvenir polis/PBT yang menjaga pasar tu dok menengking peniaga di belakang aku. Tak tahulah apa yang salah, kesian perempuan tu. Garang oih, takut aku nak pusing belakang. Lama pulak tu. 

Han Market

Han Market

Setelah berkira congak, aku book Grab Bike untuk ke Marble Mountain. 15 minit je dah sampai. Jemput baca di sini ya.
At the peak of Marble Mountain, Da Nang.

Marble Mountain, Da Nang.

Daripada soal jawab dengan staf hostel tiada aktiviti malam yang menarik sangat. Aku nak ke pasar malam, memula dia kata takde tapi kemudian dia suggest aku ke Helio Center. Kat situ ada pasar malam katanya. Ah, bersemangat sikit πŸ˜ƒ

Sesampai je di situ, alaa..... ini saja ke? Ada banyak gerai makanan di luar dan terdapat sebuah pasar malam moden yang tak berapa besar. Biasalah jual baju, kasut, purse, women accessories. Beli jugalah cermin muka berukir untuk anak dara, sebagai hadiah result yang bagus semester lepas kononnya. Murah je... tapi beli kat obersi heheh... Kat dalam Helio itu pun sekadar tempat bebudak bermain. Kalau hang nak main bowling bolehlah ke sini.

Menarik kan?

Di dalam Helio Center. Sumber di sini.

Entrance sebelah Helio Center. Ada theme park kot dalam tu.

Day 4.... last day
Dalam hujan renyai pagi tu aku berjalan kaki dalam 1.2km ke Con Market. Memula lalu di pasar basah yang orang berjualan di tepi jalan, lepas tu jumpa tempat jualan barang dapur. Aku tak beli luggage jadi ada sedikit penyesalan di situ sebab pinggan mangkuk cecantik wakkk... 😭 Masa tu lah terngiang-ngiang suara husband bercakap dengan anak, mak hang ni bila nak beli pinggan baru? Di sebelah dalam pula ada jual kain baju ready made. 

Naik ke atas deretan penjual kain pasang. Tak murah macam HCM jadi aku tak beli. Terjumpa kedai yang menjual kain kilat lip lap lip lap, dah lama cari tapi tuan kedai pula entah ke mana hmmm...

Owh, masa kat area orang meniaga barang dapur tu sekali lagi dapat menyaksikan penguatkuasa mereka berkasar dengan peniaga. Entah apa yang dimarahnya, aku agak sebab langgar peraturan. Garang worr...takut aku. Orang lain pun semua senyap je tak melawan.



Masa makin suntuk aku pun bergegas balik tapi waze aku ni bawa ikut jalan lain yang berpusing jauh. But it's okay, dapat tengok banyak kawasan.

Maka bersusah-payahlah aku menyumbat segala makanan kering dalam beg tu. First time check-in staff suruh timbang semua beg, mujur ai bijak sket hahahah.... πŸ˜ˆπŸ˜‰

Air Asia terbang setiap hari ke Da Nang. Oktober nanti ada banyak lowest fair. So?




Vietnam | Hiking di Marble Mountain

Hiking di Marble Mountain | Memanjat gunung ini bukanlah niat sebenar hahahah.... makcik terkena, nak.


Sebenarnya aku tak berapa pasti nak ke mana pada hari ketiga tu. Ada tiga tempat menjadi pilihan iaitu Son Tra Peninsula, Ba Na Hill dan Marble Mountain. Ba Na Hill was my top choice tapi ada seorang guest tu cakap dia pergi hari sebelumnya berkabus dan tak berapa menarik pun kat atas tu. Lagipun tiket cable car mahal yakmat. So... X. Nak ke Son Tra takut tak dapat cari Grab pula nak balik nanti. Cuaklah pula nak pergi sensorang.


Aku masuk dari Gate No 1

Dari hostel aku book Grab Bike. Sesungguhnya naik Grab Bike lebih murah daripada teksi motor haram tu. Nak naik teksi sensorang  rasa mahal le pula. Nak menunggang sendiri tak berapa confident sebab di Vietnam memandu di sebelah kanan. Aku takut confuse tambahan pula ada simpang empat yang tiada traffic lights. Ini double nervous hahahha... walaupun jalannya tidaklah sesibuk Ho Chi Minh. Rider Grab tu siap minta aku komen bebaik sebab dia student yang kerja part time. Alolo.. kesian pulak. Life is not easy, dik.

Aku diturunkan di satu entrance. Bayar tiket (40,000VND tau bukannya 15,000VND lagi) dan bertanya, 

Where is the elevator?
Not here. The other side. Go up go up!
πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘
Not far, go up 10 minutes!

Aku pun hendak tak hendak panjat jugalah tangga yang tak sekata tu. Lebih sekaki juga tinggi setiap anak tangga tu. Mencungap tapi bila seorang datuk ni naik tangga dengan dua orang cucu remaja dia rasa tercabar nak cepat sampai atas 😁😁. Giler ko... takkan nak bagi dia sampai dulu? Rasa best sangat bila sampai atas dan mampu terus panjat sana sini. Botingkek tingkek weh... Marble Mountain hanya untuk orang yang mampu berjalan sendiri sahaja.

Marble Mountain ini ialah kumpulah lima buah gunung marmar (marbles) dan batu kapur. Ia terletak di perjalanan menuju Hoi An kira-kira 15-20 minit dari Da Nang. Dalam perjalanan tu kan, bila tetiba nampak batu batu besar, dah nak sampai lah tu. Nama gunung-gunung ini diberi mengikut elemen api (hoa), kayu (moc), besi (kim), air (thuy) and tanah (tho). Keunikan Marble Mountain yang mempunyai gua dan terowong tersembunyi membawa ribuan pelancong ke sini saban tahun. Ada yang ingin melihat gua lama untuk pengikut Buddha dan Hindu, ada juga yang ingin naik ke puncak untuk melihat pemandangan indah Da Nang dari mata burung. 



Ini baru permulaan πŸ˜ƒ

Takkan aku nak kalah dengan atuk tu? Rasa terharu tengok dua cucu dia melayan atuk ni naik ke marble Mountain. 



Naik ke sini pula. Dari atas ni boleh nampak pemandangan di bawah ↡






Naik lagi dan masuk gua.






Untuk ke puncak Thuy Son kita perlu memanjat 150 anak tangga. Pagoda lama seperti Huyen Khong, Tang Chon dan Tam Tai yang diukir sejak 1825 menunjukkan kepada kita tradisi mengukir batu yang telah berkurun lamanya. Nak kata cantik sangat pemandangan tu taklah kot tapi ya rabbi... penatnya naik turun tangga. Setiap gunung ni ada gua dan kuil di dalamnya. Water Mountain ialah gunung yang terbesar dan dikatakan paling cantik. Aku pun tak pasti yang mana satu tapi rasanya semua tempat aku pergi. Rasa ringan badan, dahlah makan sehari sekali je.

Gua-gua di gunung ini pernah menjadi tempat persembunyian tentera Vietcong untuk mengintip tentera Amerika yang sedang berehat di My Khe Beach sewaktu Vietnam War dulu. Lubang peluru menjadi bukti aktiviti mereka ini. Aku pun tak study sebelum ke sini, kalau tak boleh jugalah cari bullet holes tu.

Sewaktu ke sini pelancong Korea yang ramai selain Eropah. Selamba je jejaka Korea yang korang hadek hadek minat tu pakai baju dan seluar pendek gambar tembikai. Eh, tak sama pun macam dalam instagram? 😁 Aku terserempak dengan dua orang Bangladesh ni. Dia asyik terpandang pandang je then terus bertanya, dari Malaysia? Kan dah kata, kat dahi aku ni ada cop "made in Malaysia" πŸ˜ƒ . Bolehlah isi kekosongan jawatan Menteri Pelancongan kot? Mereka mengikut company trip yang kesemua bos dan staf berbangsa Cina. Sempatlah dia bercerita susah mendapatkan makanan halal di Da Nang. Memang pun... indian restaurant ada. Restoran Brunei tu jauh di seberang sungai sana, kena naik teksi/Grab.

Yang best nya selepas turun dari Marble Mountain, kita berjalan kaki 22 minit dah sampai ke Non Nuoc Beach. Bolehlah berjemur di sini.


Cara naik ke Marble Mountain
Kalau rasa kaki dan tenaga tu kuat, bayar VND40,000 lepas tu naik tangga di Gate 1. Tak tahulah berapa mata tapi banyaklah heheh... gununglah katakan.

Kalau rasa tak mampu atau nak cepat naik lif di Gate 2. Rasanya tiket elevator VND40,000 one way.


Harga tiket masuk ke Marble Mountain
Dewasa VND40,000
Pelajar VND10,000 (sila bawa student card uols kemana-mana)
Kanak-kanak dibawah 6 tahun PERCUMA

Gua bawah tanah (Dong Am Phu)
Dewasa VND20,000
Student VND7,000



Marble Mountain

Hoa Hai Ward
Ngu Hanh Son district
Danang City
Vietnam

Waktu beroperasi: 07:00 pagi - 05:00 petang

UNESCO World Heritage Site | My Son Sanctuary

UNESCO World Heritage Site | My Son Sanctuary | Hari kedua di Hoi An aku ikut half day trip ke satu tempat bersejarah di Vietnam. Bila book tour package tu sila pastikan adakah ia termasuk tiket masuk dan lunch ya. Karang rasa murah tapi sebenarnya ada hidden cost.


Perjalanan ke My Son Sanctuary lebih kurang sejam naik bas. Lokasinya tidaklah jauh sangat tapi biasalah di Vietnam bas bukannya boleh merempit hehehh... Tour guide kami tu bagus Bahasa Inggerisnya siap bagi tau orang puji dia kat Trip Advisor. Memang baguslah sebutannya tapi bila lelama kat site rasa macam kena lecture pulak dengan dia hahahah...sungguh.

Selepas membayar tiket, kita akan dibawa lebih jauh ke dalam menaiki tram. Dari tempat berkumpul tu barulah berjalan kaki ke sebuah lembah berkeluasan kira-kira 2 kmp dikepung oleh dua gunung berdekatan Kampung Duy Phu. Setiap hari ada persembahan kebudayaan tapi waktu kami sampai dewan tu dah penuh melimpah dengan pelawat jadi kami skip je. Hujan pun dah mula renyai waktu tu.


Ada pejabat pos. Tak tahulah berfungsi ke idok.

My Son Sanctuary (bunyinya Mai Seng)
Ia terletak di Quang Nam province 69 km barat daya Da Nang. Dibina untuk Raja Champa (dalam bahasa Vietnam ChiΓͺm ThΓ nh) dan didedikasikan untuk tuhan Hindu, Shiva (orang tempatan panggil Bhadreshvara). Kuil ini telah dikesan dibina pada kurun ke-4 hingga ke-14. Lama dow.. Seperti juga Hoi An Ancient Town, My Son Sanctuary telah diiktiraf sebagai salah satu UNESCO World Heritage Sites pada tahun 1999. Dipercayai bekas kuil ini sebuah kawasan arkeologi yang terpanjang di Indochina.

Pengkaji dari Peranchis yang menjumpai kompleks kuil ini pada kurun yang ke-19. Patung-patung yang dah hilang kepala tu menurut tour guide kami orang Peranchis lah yang ambil, selain dicuri. Pernah dalam satu masa 70 kuil wujud di sini selain stele (stone slab) dengan inskripsi Sanskrit dan Cham. Pengkaji sejarah telah menemui sekitar 32 stele bertarikh antara kurun ke- hingga ke-12 Masehi.

Kawasan ini juga pernah menjadi pusat keagaamaan dan perkuburan keluarga di raja Cham dan pahlawan negara. Malah ia dikatakan kuil Hindu yang penting di Asia Tenggara yang sering dibandingkan dengan Borobudur di Indonesia, Angkor Wat di Cambodia, Bagan di Myanmar dan Ayuttaya di Thailand. Sayangnya kawasan yang bersejarah ini sebahagian besarnya telah rosak akibat pengeboman yang dilakukan Amerika Syarikat sewaktu Perang Vietnam. Ada beberapa 'lombong' akibat dibom pada masa tu.

Kuil dan menaranya dibina dalam pelbagai design menggunakan bata yang dibakar dengan tiang batu berukir mengambarkan ajaran Hindu. Batu-bata pula dilekatkan menggunakan getah pokok. Hebatkan teknologi dahulu kala? My Son Sanctuary satu senibina hebat yang dibina dalam tempoh 10 kurun. 










Ada perbezaan bata asli dan bata zaman kini.



Tour guide (bertopi) yang berdedikasi... tak kira hujan renyai ke semakin lebat ke dia tetap buat kerja dia. Letih pula rasanya berdiri lelama 😁


Aku pilih untuk pulang ke Hoi An menaiki bot (nak balik naik bas pun boleh). Katanya lunch vegetarian. Ye lah aku nampak nasi, kuah sup dan sayur. Bila dah makan beberapa suap rupa-rupanya ada ayam di bawah sayur. Hmm.. sedap juga nasi dan sayur tu πŸ˜€


Lawatan yang berbaloi
Jika anda meminati sejarah, ofkos berbaloi. Tiket masuk VND150,000 kanak-kanak dibawah 5 tahun percuma. Dibuka sepanjang tahun.

My Son Sanctuary dibuka jam 6.30 pagi. Jika kita tak mahu suasana crowded boleh je pergi sendiri. Kalau naik teksi dari Hoi An VND900,000 pergi balik.


Nota
Kalau nak pee pee ke... poo poo ke... buatlah sewaktu turn dari bas. Kalau terdesak silalah mencangkung dalam semak kat dalam sana 😁😁


Mα»Ή SΖ‘n Sanctuary
Duy PhΓΊ
Duy XuyΓͺn
QuαΊ£ng Nam
Vietnam

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free