Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Cara memohon visa ke China

Cara memohon visa ke China | People's Republic of China ialah sebuah negara yang besar dan paling ramai penduduk di muka bumi ini. Dengan 1.4 bilion manusia di keluasan 9.6 juta kilometer persegi, China menawarkan kepelbagaian budaya, makanan dan cuaca.


Cuaca di China berbeza bergantung kepada latitud, longitud dan altitud. Suhu sub-artik di utara dan tropika di selatan. Di pergunungan Tibet pun lain. China juga mengalami empat musim tetapi tidak semestinya serentak di seluruh negara iaitu:

Musim bunga (spring) di antara April dan Mei
Musim panas (summer) di antara Jun dan Ogos
Musim luruh (autumn) di antara September dan Oktober
Musim dingin (winter) dia antara November dan Mac.

Peak season, spring. Low season musim dingin. Syok jenjalan time spring, nyaman je. Jadi pilihlah musim yang sesuai untuk melancong tapi nak masuk ke China perlukan VISA.


Apakah makna Chinese Visa?
Visa China ialah permit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa the People’s Republic of China kepada warga asing berdasarkan undang-undang dan peraturan untuk masuk, keluar atau transit di China.

Terdapat beberapa jenis visa dengan syarat tertentu seperti berapa jumlah hari yang boleh tinggal, berapa kali boleh keluar masuk dan larangan untuk bekerja. Namun begitu visa yang telah diluluskan boleh dibatalkan bila bila masa sahaja.

Visa yang dipohon terlebih awal memberi peluang untuk negara tersebut (yang ditujui) menilai kemampuan kewangan, tujuan kedatangan dan maklumat lawatan sebelumnya. Pelawat juga mungkin perlu lulus saringan keselamatan dan kesihatan di lapangan terbang, jeti atau sempadan negara.


Persediaan sebelum ke China
Bagi rakyat Malaysia dan kebanyakan negara lain, selain passport visa juga perlu didapatkan dari wakil kerajaan China sebelum ke sana (kecuali Hong Kong dan Macau). 

Untuk melancong kita apply Visa L.

Visa ini untuk melancong, melawat keluarga atau tujuan peribadi. Biasanya visa diberikan selama 30 hari untuk kemasukan sekali, dua kali atau berkali-kali. 

Jika kita turun di mainland contohnya Shenzen kemudian mahu ke Hong Kong dan kembali ke Shenzhen semula kena apply double entry visa.


Berbagai kategori visa. Pastikan apakah tujuan utama lawatan ke China?
Major Purpose of Visit
Visa Categories
Description of Visa
Exchanges, visits, study tours and other activities
F
Issued to those who are invited to China for exchanges, visits, study tours and other activities.
Commerce & Trade
M
Issued to those who are invited to China for commercial and trade activities.
As a tourist
L
Issued to those who are going to travel to China for tourism.
Family reunion, foster care or visiting relatives with permanent residence in China

Q1
Issued to those who are family members of Chinese citizens or of foreigners with Chinese permanent residence and intend to go to China for a long-term family reunion, or to those who intend to go to China for the purposes of foster care (intended duration of stay in China exceeding 180 days).

"Family members" refers to spouses, parents, sons, daughters, spouses of sons or daughters, brothers, sisters, grandparents, grandsons, granddaughters and parents-in-law.
Q2
Issued to those who intend to visit relatives who are Chinese citizens residing in China or foreigners with permanent residence in China; the intended duration of stay is limited to no more than 180 days.
Visiting relatives working or studying in China or other private affairs
S1
Issued to relatives of foreigners working or studying in China for the purpose of long-term visit, or to those who intend to visit China for other private reasons (intended duration of stay exceeding 180 days).

“Relatives” refer to spouses, parents, sons or daughters under the age of 18 years and parents-in-law.
S2
Issued to those wishing to visit family members that are foreigners working or studying in China, or to those who intend to go to China for other private reasons.  The intended duration of stay in China is limited to no more than 180 days.

"Family members" refers to spouses, parents, sons, daughters, spouses of sons or daughters, brothers, sisters, grandparents, grandsons, granddaughters and parents-in-law.
Employment
Z
Issued to those taking up a post or employment, or giving commercial performances, in China.
Commercial performances
Transit
G
Issued to those who are going to transit through China en route to a third country (or region).
As a crew member or a motor vehicle driver
C
Issued to foreign crew members of aircraft, trains and ships, motor vehicle drivers engaged in cross-border transport activities, and also to the accompanying family members of the above-mentioned ships’ crew members.
As a student
X1
Issued to those intending to study in China for a period of more than 180 days.
X2
Issued to those intending to study in China for a period of no more than 180 days.
As an introduced talent
R
Issued to those who are high-level qualified talents or whose skills are urgently needed by China.
As a journalist
J1
Issued to resident foreign journalists/media staff of foreign news organizations stationed in China. The intended duration of stay in China exceeds 180 days.
J2
Issued to foreign journalists/media staff on temporary news coverage missions.  The intended duration of stay in China is limited to no more than 180 days.
Permanent Residence
D
Issued to those who are going to reside in China permanently.


How to apply Chinese Visa? Susah ke?
Tak.... senang je. Kalau nak lagi mudah minta ejen buatkan tapi kena bagi masa dalam 10 hari. Off course harganya lebih lah ye, minima RM165.

Apa yang anda patut buat, 
1. Download borang permohonan dari sini (sila klik). Isi dengan lengkap dan...

a) Sila pastikan passport kita masih sah laku melebihi ENAM bulan
b) Sila pastikan masih ada dua mukasurat kosong dalam passport kita tu
c) Sediakan dua keping gambar warna bersaiz passport 48mm x 33mm berlatar belakang putih, fotostat bahagian data di passport, salinan tiket kapal terbang, salinan pengesahan tempahan hotel (kalau ikut website tak minta tapi dulu mereka request juga jadi aku book satu malam).

2. Sila buat permohonan bersama dokumen sokongan di atas di:

China Visa Centre
Level 5 & 6, Hampshire Place Office
Jalan Mayang Sari
50450 Kuala Lumpur.
Telefon: 603 2176 0888
Faks: 603 2161 2234
E-mel: klcentre@visaforchina.orgAtau...

Tingkat bawah
17 Lebuh Bishop
10200 Georgetown
Pulau Pinang
Telefon: 603 2176 0888
Faks: 604 2519 785
E-mel: penangcentre@visaforchina.org

Waktu pejabat: Isnin-Jumaat. Tutup pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.
Waktu serahan: 9:00 hingga 15:00.
Waktu bayaran dan kutipan: 9:00 hingga 16:00

Staf di situ akan semak borang permohonan dan berikan nombor giliran. Bayaran secara tunai atau kad kredit hanya akan dibuat ketika visa dan passport diserahkan.

Bila masa yang sesuai apply visa?
Paling cepat tiga bulan tapi paling elok sebulan sebelum pergi. Aku selalu buat dua minggu sebelum bertolak sebab empat hari dah siap. Tarikh efektifnya bermula dari tarikh visa dikeluarkan.
Boleh kirim pada sesiapa ke?
Boleh.... tak perlu buat authorization letter pun tapi passport kita tu kan... kalau boleh buatlah sendiri atau kirim pada sesiapa yang dipercayai. For now tak boleh appy online unlike visa ke Myanmar, senang gileh semua online.


Jadual bayaran visa China efektif 1 Jun 2018
Jika single entry caj visa hanya RM30 tapi service charge RM70= RM100 😔

Untuk lebih jelas sila lihat di sini.

Faham kan? Senang je kan? Jika bermanfaat share lah dengan kengkawan.


6 Masjid di Shanghai untuk bersolat hari raya Eidul Fitri

6 Masjid di Shanghai untuk bersolat hari raya Eidul Fitri | Assalamualaikum. 17 Jun 2018 dijangka jatuhnya 1 Syawal 1439H, hari kemenangan melawan nafsu bagi umat Islam di seluruh dunia. Hari yang membahagiakan bagi kebanyakan orang.


Hari raya ialah hari untuk berkumpul dan bermaaf-maafan diatas silap dan salah. Seronoknya jika kita masih boleh berkumpul sekeluarga seperti dalam iklan Tenaga Nasional Berhad yang terbaru ni, meriah beb! Sebenarnya di hari raya kita boleh menziarahi keluarga dan saudara juga teman-teman tanpa perlu undangan berbeza dengan menghadiri kenduri, dimana tanpa jemputan adalah haram untuk kita makan di majlis kenduri orang.

Namun ada umat Islam yang bermusafir ketika ini diatas pelbagai sebab. Ada yang terpaksa bekerja. Ada yang sudah biasa begitu, sengaja mengambil kesempatan cuti persekolahan yang panjang. Budaya ini lebih sinonim dengan masyarakat Tionghua kerana bagi mereka paling penting ialah "makan besar" pada malam sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Bagi aku pula, selagi ada mak dan abah insyaAllah kami akan tetap pulang ke kampung. Belum pernah lagi kami berhari raya di rumah sendiri apatah lagi bercuti ke luar negara di Eidul Fitri. Raya itu bahagia.

Ada seseorang yang PM bertanyakan tentang masjid di Shanghai kerana dia akan beraya di sana minggu depan. Jadi aku senaraikan ENAM masjid untuk dipilih bagi menunaikan solat sunat hari raya nanti.

Terdapat tujuh buah masjid utama di Shanghai. Ada masjid yang telah direnovasi beberapa kali, ada yang dipindahkan akibat pembesaran bandar dan ada juga yang digabungkan. Masjid tertua ialah Masjid Songjiang yang berusia 600 tahun!

Sumber di sini.

Masjid-masjid di Shanghai
1. Xiaotaoyuan Mosque (上海小桃园清真寺)
Masjid ini mula dibina pada tahun 1917 dan merupakan masjid yang terbesar di Shanghai. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hui Mosque of Western ShanghaiIa masjid yang aktif serta banyak memberi manfaat dalam pengembangan agama Islam kepada penduduk muslim di sana sejak 100 tahun lalu.

Masjid Xiaotaoyuan mampu menerima sehingga 500 jemaah dalam satu satu masa. Di tingkat dua dan tiga disediakan perpustakaan serta ruang membaca yang menyimpan Al Quran daripada pelbagai versi.

Di bahagian mendatar di bumbung masjid disediakan Moon Watching Pavilion. Sejak beroperasi ia juga berfungsi sebagai Muslim National Primary School, Chongben Primary School and Orphans Cultivating School and others.

Alamat:
Xiaotaoyuan Mosque, 52 Xiaotaoyuan Street, Huangpu District, Shanghai

Cara ke Xiaotaoyuan Mosque:
Naik subway Line 8 or Line 10 (sila study Metro map di atas) dan turun di Laoximen. Keluar di Exit 7 dan jalan ke timur sepanjang East Fuxing Road sehingga ke hujung jalan.

Related image
Sumber di sini.

2. Huxi Mosque (上海沪西清真寺)
Nama lamanya ialah Yaoshuinong Mosque. Masjid Huxi ialah masjid yang pertama dibina semula setelah wujudnya People's Republic of China. Reka bentuknya menunjukkan gaya Arab/Islamic yang kuat. Ruang solatnya di dua tingkat. Terdapat air pancut di hadapan dan belakang masjid yang menjadikan suasananya tenang dan 'sejuk'. Di Masjid Huxi juga ada restoran, kedai buku islamik dan kelas mempertahankan diri. Bagus kan?

Alamat: 
3 Lane, 1328 Changde Road, Putuo District, Shanghai (上海市普陀区常德路1328弄3).

Cara ke Huxi Mosque:
Naik metro dan turun di Changshoulu Station (长寿路).

3. Pudong Mosque (上海浦东清真寺)
Masjid ini mula dibina pada 1935. Kini keluasannya 1,650 mps dan mampu menampung 500 jemaah dalam satu masa. Masjid berwarna cerah ini dilengkapkan dengan kubah hijau di atasnya. Bangunan utama dibina tiga tingkat dengan menara setinggi 40 meter dan tiga kubah lain yang lebih rendah. Di dalamnya ada kedai menjual buku dan restoran halal.

Masjid inilah yang aku tak jumpa tu. Cara menulis salah maka aku pun turun salah stesen. Disebabkan itulah aku menulis macam budak nak sit for SPM so that tak menyusahkan orang sampai sesat barat.
Image result for Pudong Mosque

Alamat: 
Pudong Mosque, 375 Yuansheng Road, Pudong District, Shanghai (上海市浦东新区源深路375号)

Cara ke Pudong Mosque:
Naik metro Line 6 dan turun di Yuan Shen Stadium Station. Jalan arah utara. Atau, naik bas 975.

4. Fuyou Road Mosque (上海市福佑路清真寺)
Nama lamanya ialah Chuanxin Street Mosque. Masjid ini merupakan yang kedua dibina di Shanghai. Ruang solatnya menggunakan kemahiran pertukangan kayu China. Diwujudkan sewaktu Qing Dynasty (1644-1911) dan dahulunya menjadi tempat pertemuan orang-orang Islam membincangkan perihal politik, agama dan kebudayaan.

Sewaktu pertikaian agama pada tahun 1932, di masjid inilah semua arahan dikeluarkan untuk mempertahankan maruah agama islam.

Sumber di sini.

Alamat:
Fuyou Road Mosque, 378 Fuyou Road, Huangpu District, Shanghai (上海市福佑路378号). 

Cara ke Shanghai Fuyou Road Mosque:
Naik Metro Line 10 dan turun di Yuyuan Garden Station. 


5. Jingxing Road Mosque
Asalnya ia hanyalah sebuah bilik yang disewa utuk dijadikan tempat beribadah. Dibina pada 1947 dengan keluasan binaan hanyalah 132 mps sahaja.

Pada tahun 1948 muslimin dari Jiansu, Anhui dan beberapa tempat lain mencari dana untuk membeli rumah tersebut untuk dijadikan masjid. Pada 1959 ia digabungkan dengan Fenzhou Road Mosque. 

Alamat:
Jingxing Road Mosque, No.117, Lane 302, Jingxing Road, Yangpu District

Cara untuk ke Jingxing Road Mosque
1. Naik metro Line 10 dan turun di Jiangwan Gymnasium kemudian jalan kaki 15-minit.
2. Naik bas no.910 dan turun di Shiguang Road. 


6. Songjiang Mosque (松江清真寺)
Ini masjid yang paling jauh dari bandar besar Shanghai. Nama asal masjid ini ialah Zhenjiao Mosque @ Real Religion Mosque. Lokasinya ialah diantara Zuibaichi Garden dan Xilin Tower/pagoda/buddhist temple.

Bangunan pertamanya dibina di penghujung Dinasti Yuan di pertengahan kurun ke-4 (1271-1368) menjadikannya masjid tertua di Shanghai. Reka bentuknya adalah gabungan China dan Arab. Masjid ini ada sebuah taman yang cantik dan muzium kecil. Bangke Gate Tower or the Minaret Tower dibina dengan ciri-ciri kesenian Arab. Di belakang masjid ini ada kuburan dimana yang sangat lama bertulisan Cina manakala yang terkemudian ada tulisan Arab. Orang-orang Arab dahulu kala dengan teknologi yang terhad dan sistem pengangkutan yang tidak sesempurna sekarang pun mampu berniaga dan mengembangkan agama Islam hingga ke seluruh dunia. Hebatnya mereka.

Songjiang sebenarnya sebuah bandar yang terpisah dari Shanghai sejak sekian lama. jauhnya 41km daripada pusat bandar Shanghai.

Songjiang Mosque, Shanghai, China
Sumber di sini.

Sumber di sini.

Cara ke Songjiang Mosque:
1. Perjalanan menaiki teksi dari bandar Shanghai akan mengambil masa hampir satu jam. Tik tok tik tok...meter berjalan! Tambangnya RMB150.

2. Naik Songjiang Bus Line 5 atau 8 dan turun di Huating Old Street. Kalau guna google maps bila agak agak dah nak sampai tekanlah loceng. Di China selalunya signage jalan di bandar ada tulisan English.

3. Naik Metro/subway. Sila naik Line 9 dan turun di Zubaichi Park. Boleh berjalan kaki mengarah ke utara atau naik bas Songjiang no. 2 dan turun di Huating Old Street. 

4. Naik train. Naik Huhang Line dan turun di Songjiang Station, di sebelah Zubaichi Park. Jalan kaki 800m.

Aku mencuba sedaya upaya untuk menjadikan lawatan ke masjid sesuatu yang wajib ketika di luar negara selain ke tempat yang touristy. Kita dapat melihat bagaimana jemaah di negara lain bersolat. Kita dapat melihat bagaimana masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah malah boleh menjana ekonomi sendiri dengan pembukaan restoran dan kedai buku. Akan timbul satu perasaan seronok apabila kita dapat berjumpa saudara seagama di benua yang berlainan. Mereka menganut agama Islam yang minoriti di sana tetapi paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Tips melancong di China
1. Jika ingin mendapatkan makanan halal di negara bukan Islam, carilah masjid!

2. Ada sesetengah masjid di China tidak menyediakan selipar tandas. Jadi elok juga kalau kita boleh bawa sendiri untuk mengambil wuduk.

3. Bagi muslimah, bawalah sarung tangan dan stokin kerana telekung tidak disediakan.

Kunming | Ropeway Berani Mati di Western Hill !

Ropeway Berani Mati di Western Hill ! | Salam sejahtera. Habis cerita my trip to southern Thailand kita sambung semula cerita di Kunming. Aku ada gambar yang va vaa voommm yang hanya aku je ada, the three gegirls takde hahaha... boleh termuntah beb!

 
Now let s continue ceritera di Kunming.
 
Selepas bergembira dengan beburung camar (seagulls) di Haigeng Park dan Dianchi Lake, kami terus berjalan kaki menuju Western Hill. Taklah jauh sangat... tak penat pun sebab musim sejuk. Sejuk tu yang tak tahan, mulut berasap beb! hahah.... Lebih selesa pakai glove tapi agak tak selesa jugalah nak ambil gambar guna dslr... I is tak berapa reti. Pemandangannya sungguh cantik dengan langit yang membiru dan pokok-pokok togel tanpa daun. Kalau datang sini musim bunga mesti lagi cantik. Uols kalau nak datang sini eloklah di musim sejuk, bunga atau musim luruh. Musim paneh duduk kek Malaysia yo lah, pergi Tasik Kenyir atau Royal Belum atau Gunung Mulu National Park lagi best.

Nak naik cable car kena beli tiket di pintu masuk yang pertama tu. Jauh jarak kereta kabel ni siap melintas tasik dan jalanraya. Sesampai di atas kalau nak naik ropeway dan tram kena bayar asing. Kami beli tiket untuk naik ropeway saja, balik tu kami berjalan kaki hingga ke tempat turun cable car tadi. Kaunter tiket ropeway tu ada dua, satu yang pertama sekali kita jumpa masa turun dari cable car, satu lagi kat dalam sikit. Kalau rajin survey harga kedua-duanya. Kekadang ada pakej promosi.

Di atas sana ada beberapa attractions seperti istana lama, tokong dan Golden Gate.

Harga tiket cable car. Guna google translate gamaknya nih hahaha...
 




 

Ini kaunter tiket ropeway dan lain-lain scenic spot yang sebelah dalam.
 
 




WESTERN HILLS @ WESTERN MOUNTAIN
Lebih kurang 15km ke barat Kunming bersebelahan Dianchi Lake letaknya sebuah kawasan yang digelar "kawasan paling nyaman di dunia" kerana kaya dengan bunga-bungaan dan ketebalan hutan. Western Hills atau 'Sleeping Buddha Hills' mempunyai beberapa tempat yang menarik seperti Huating Temple, Taihua Temple, Sanqing Pavilion dan Dragon Gate untuk melihat bandar Kunming dari aras tinggi. Huating Temple merupakan salah satu daripada tokong Buddha yang terbesar di Yunnan.

Dragon Gate meliputi Sanqing Temple Complex dan Dragon Gate Grotto Complex. Sanqing Temple Complex dibina sembilan tingkat iaitu Lingguan Hall, Chunyang Pavilion, Sanqing Hall, Yuhuang Temple, Taiqing Palace, Zhenwu Hall, Luzu Temple, Qisheng Temple, Lingxiao Pavilion, Laojun Pavilion dan Taiji Palace.

The Dragon Gate Grotto Complex yang disiapkan dalam tempoh 72 tahun (1781-1853) pula merangkumi Lanhaichu, the Ciyun Cave, the Yunhua Cave dan  Datian Pavilion. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu pintu gerbang batu, platform, bilik batu dan beberapa ukiran yang diperbuat daripada batu yang sama. Perkataan "Longmen-Dragon Gate" di warnakan merah dan keemasan pada pintu gerbang tersebut.

Pintu gerbang tu kecil je... aku yang tak study apa-apa nih tak bergambar pun kat pintu gerbang tu tapi sibuk nakkan pemandangan tasik. Patutlah nyonya-nyonya Korea ke Taiwan tu main tolak syuh syuh je kita suruh ketepi. Kurang asam betul.


 Pintu gerbang "Gradon Gate" di belakang Che Lat.
 

 Berjalan di tebing bukit.
 


 Nak sewa costume pun boleh. Staf-staf di situ akan berpakat untuk menghalang kita mengambil gambar menggunakan kamera sendiri. Eleh, kita pun bijak juga.



 Thanks uols... banyak gambar ai kali ni heheh..
 
 
 
Ropeway yang mengerikan bagi orang yang takutkan ketinggian. Main tahan dengan palang camtu je. Masa dedulu di Bukit Nenas KL pun ada cam gini. Masa ni kami berdua buat dek je kat cameraman tu..kekonon tak nak beli gambar tu nanti tapi bila dah tengok beli juga sudahnya sebab gambar sendiri takde. Nak keluarkankan handphone pun cuak, takut terjatuh ke dalam hutan di bawah tu haa..

Puas hatilah datang sini. Kunming memang sejuk nyaman sepanjang tahun, datang waktu winter ni lagilah.. kalau datang di musim bunga lagi awesome kot?


 

Menikmati Musim Sejuk di Haigeng Park dan Dianchi Lake

Menikmati Musim Sejuk di Haigeng Park dan Dianchi Lake | Inilah kali kedua aku berada dalam musim sejuk tanpa salji di negara orang. Sebagai typical Malaysian, berada di suhu dibawah 10c di waktu pagi walaupun tanpa salji adalah suatu keadaan yang kurang menyelesakan. Memang betul lebih selesa berjalan dalam keadaan yang sejuk berbanding panas berdebu namun memakai baju yang berlapis-lapis agak menyukarkan jugalah terutama ketika mahu bersolat.


WINTER IN KUNMING
Pergerakan kami setiap hari di Kunming, China, bermula lebih kurang jam tujuh suku pagi. Solat subuh jam 6.36 pagi... waktu di Kunming sama dengan Malaysia. Pukul tujuh pagi tu golap bumin laie di musim sojuk ni. Plan hari Ahad tu untuk ke Western Hills yang perlu melalui Haigeng Park dan Dianchi Lake. Aku tak study tentang transportion ke sana so ikut je lah ke mana the gegurls bawa.

Jika awak awak dan awak inginkan pemandangan dan suasana nyaman tanpa kesibukan kota eloklah book hotel/resort di kawasan Dianchi ni cuma mungkin mendapatkan makanan halal tu agak susah sikit, dalam 7km ke bandar. Oleh kerana Kunming ni bersuasana musim bunga sepanjang tahun bila bila pun kita boleh jogging di tepi tasik tu. Menurut kata passenger Air Asia sebelah aku, musim sejuk tahun ni tak berapa sejuk sangat, setakat 17c je di tengahari hari...tahun lepas 5c. Huh.. tu pun dah berhingus hidung ni.

Pokok sakura banyak ditanam di sepanjang sebelum sampai ke stesen bas tu. Kalau nak ambil buat kenangan petik dan terus kepit celah buku. Pandang kiri kanan dulu eh heheheh...

KEINDAHAN HAIGENG PARK
Haigeng (lake dike/beting Tasik Dianchi) terjadi akibat pasir dan lumpur yang ditolak ombak lalu membentuk beting panjang di antara kawasan dalam dan cetek.

Tebingan Haigeng ini sepanjang empat kilometer dengan kelebaran 40-300 meter. Di selatannya ada sebuah kolam renang asli yang dipenuhi pengunjung ketika musim panas. Musim panas pun tak berapa panas kot.

Di musim sejuk beribu burung camar singgah di sini. Pemandangannya sungguh mengasyikkan. Kalau tak takdelah mengulang ke situ lagi selepas the gegurls balik Malaysia. Berejam mengadap burung, nasib baik tak terkena beraknya.

Mari tengok gamabra-gambar yang aku ambil ni. Kalau tak berahi juga nak ke Kunming selepas tengok gambar-gambar ni memang aku kena banyakkkk belajar ambil gambar lagilah ni.





The gegurls... Cik Lat, Jie and Faizah. Di belakang tu Western Hill. Syok ooo naik cablecar and ropeway car. 


















INDAHNYA DIANCHI LAKE
Dianchi Lake ialah tasik air tawar yang berketiggian 1,886 dari paras laut. Dahulu ia dikatakan lebih cantik dengan air yang hijau tapi sekarang heavily polluted.

Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Yunnan dan keenam di China. Berbentuk bulan sabit, keluasaannya menghampiri 300km persegi dengan panjang sekitar 40km dan lebar 12km. Ia hanya berkedalaman 4.40 meter sahaja. Taklah dalam sangat tapi boleh lemas.

Dianchi Lake berada di kaki Western Hill manakala Daguan Park di utara.




AKTIVITI DI HAIGENG PARK
1. Di Haigeng Park kita boleh bersantai berjalan kaki atau menyewa basikal. Sangat hebat suasana di tepi tasik dengan burung camar yang berterbangan kemudian berebut mengambil makanan di tangan kita. Beburung ini terbang dari Baikal Lake di Rusia sejauh 5,000km!

Elok kita bawa sesiap roti/biskut sebab penjual roti tu jual 10 yuan sebungkus. Aku rasa biskut 20 yuan. Mahal gilos! Melampau mahal. Nak copek kayo agak eh.

2. While waiting for the gegurls yang melawat Yunnan Nationalities Village, aku lepaking di Haigeng Park yang sedang meriah dengan karnival kanak-kanak. Mak ayah siap bawa tikar dan khemah sambil melayan anak bermain. Dah anak seorang je ... bagai menatang minyak yang penuh lah kan? Meriah sungguh masa tu. Ada yang bermain layang-layang, melompat-lompat dalam buaian yang macam trampolin tu, memancing ikan dalam pond plastik dan macam-macam aktiviti lagilah.
 Di tempat orang ranting kering pun nampak cantik. Lebih cantik lagi ke sini di musim bunga. 

3. Kalau suka boleh naik cruise tasik selama sejam dengan hanya RMB80. Harga tanpa GST tu dah termasuk persembahan tarian daripada salah satu etnik minoriti Kunming. Tak bosan menonton mereka menari sebab rancak. Walaupun air tasik kurang cantik tetapi pemandangan di sekitarnya... Subhanallah! Pergilah weiii.... tengok sendiri ciptaan Allah. Selain Mekah dan Madinah, berziarah ke tempat lain pun dapat pahala jika betul niatnya. Tuhan tak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.


BAGAIMANA UNTUK KE HAIGENG PARK DAN DIANCHI LAKE?
Dari hostel kami di Jinbi Road tu, kami perlu menaiki bas no 74 (RMB2) yang akan terus hingga stesen terakhir. Kalau macam ni senang, yang lecehnya naik bas di China ni jika kita perlu turun di pertengahan jalan disebabkan masalah bahasa. English sangat minima. Bas no 74 ni akan melalui Xichang Road dan Dianchi Road dan berhenti di setiap bus stop. Senang. Stesen bas berada betul-betul di hadapan Dianchi Resort and Spa. Bas no 94 pun boleh.

Di bandar Kunming para penumpang tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan parkir bas (bus station), perlu menunggu atau turun di perhentian bas berdekatan. Di setiap bus stop ada dinyatakan bas-bas yang singgah di situ.

Jika dari Kunming Railway Station, sila naiki bas no 24 atau 44 (RMB8). Akan sampai di sana antara 30-40 minit. Turun saja dari bas teruslah berjalan mengikut anak panah tu atau ikut je kemana orang ramai tuju. Follow the crowd gituh. HP dan DL berada di satu tempat.

Sejak awal tahun 2015 Kunming Municipal Council telah mengumumkan Haigeng Park ticket-free. Ok jimat sikit.


Lepas pusing pusing ambil gambar aku pun duduk di bangku tepi padang tu. Tu dia.... punyalah sejuk walaupun matahari mencarak. Rasa macam duduk dalam peti ais! Nasib baik ada orang jual sate kambing dan tauhu bakar tabur cili kering, panas sikit badan.

Itulah serba sedikit yang pengalaman aku dan suggestions ketika berada HP dan DL. Hope you'll enjoy it too.


**Dah dah... jangan ingat aku banyak duit pulak melancong sampai ke China ni, tiket pergi balik naik Air Asia cuma RM187 jer. Tak kena fuel charge macam pergi Hangzhou tahun lepas.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free