Showing posts with label Cambodia. Show all posts
Showing posts with label Cambodia. Show all posts

Makanan eksotik di Cambodia

Makanan eksotik di Cambodia | Berada di Asia Tenggara, Cambodia turut menjadikan nasi sebagai makanan asasi. Nasi biasanya dimakan bersama ikan, sup dan sayur. Bahan-bahan bagi penyediaan lauk dan juadah lain juga tidak banyak berbeza daripada negara-negara di sekitarnya seperti sos ikan, gula kabung, cili, santan, kunyit, serai, halia dan sebagainya.

Makanan di negara Khmer yang pernah dijajah Peranchis ini dipengaruhi banyak negara. Bahagian timur Cambodia kuat dipengaruhi Vietnam manakala baratnya ada campuran citarasa Thailand. Bahagian pesisir pantai biaslah dengan makanan lautnya yang dimasak dengan pelbagai cara. Antara makanan popular yang ai pernah cuba sewaktu di sana ialah Lok Lak (daging goreng dengan sos perang), Nom Ban Chok (mee Khmer) dan Fish Amok (ikan yang dikukus dengan santan).

Selain makanan yang menjadi makanan ruji masyarakat di sana, serangga, siput dan binatang berbisa turut menjadi hidangan kegemaran mereka. Mungkin tiada halangan dalam agama Buddha untuk memakan makanan eksotik tersebut. Serangga yang digoreng cili tu nampak ermm sedap! hahahha... aku tak try pun... cukuplah sekali makan ulat mulung (ulat sagu) goreng masa di Sibu dulu. Tak tahulah bagaimana perasaan kalau aku kunyah ulat sagu yang hidup segar gebu dan montok tu. Menguit-nguit atas lidah agaknya hahahha... 

Jom tengok gambar makanan eksotik ni!



Makanan/gorengan yang dijumpai di Phnom Penh.

Labah-labah goreng.

Siput tumis serai.

Siput goreng pedas.

Anak ular goreng pedas. Mau?

Dalam perjalanan ke Siem Reap dari Phomn Penh, bas berhenti rehat di Kampong Thom Market. Terjumpa yang ini pula. Lipas tu nampak macam kurma pula time tengah puasa ni hahahah...

Lipas. Crispy benar nampaknya heheh..

Pelbagai serangga.



Aku rasa biasa je bila nampak benda-benda ni.. taklah seteruk ternampak anjing panggang di Ho Chi Minh euwww...



Cambodia | Di mana nak shopping di Phonm Penh?

Cambodia | Di mana nak shopping di Phonm Penh? | Owh.. ini tajuk yang wanita-wanita Malaysia khususnya cari. Tak kira yang datang secara bajet atau makcik kayo, kita mesti nak beli juga serba sedikit kan? Hah, jangan tak mengaku pula.

Di Cambodia atau kita biasa panggil Kemboja ada banyak lokasi membeli-belah popular yang nampak biasa biasa je. Shopping mall ada tapi aku kalau pergi ke mana-mana pun lebih suka check-out pasar tani, pasar malam, pasar karat dan seumpamanya where locals go. Di situlah kita dapat melihat budaya yang asli, barangan yang tiada di negara sendiri.



Jadi, kat mana nak shopping di Phnom Penh ni?

1. Russian Market (Phsar Toul Tom Poung)
Russian Market sangat popular tetapi bukan disebabkan ada menjual rifle Rusia tu. Namanya tercipta kerana kedatangan pelancong Rusia yang ramai ke sana pada tahun 1980an dulu. Orang Rusia ni ramai datang belah belah asia ni suatu waktu dahulu hinggakan hotel dan resort dalam hutan Kanchanaburi, Thailand, tu pun ada signage dan menu yang ditulis dalan bahasa Rusia.

Ada bermacam yang dijual dalam pasar yang panas melekit tu hehe... nak cari souvenir dah tentulah ada, barang antik, lukisan, kain sutera, winter wear, kelengkapan dapur... dah nama pun pasar. Ada kedai kain dan ada tukang jahit kat dalam tu. Pakaian boleh siap dalam masa tiga hari. Bawa contoh bajulah, senang. Karang payah pula nak bagi arahan.

Jangan fokus kat dalam pasar tu aje check juga kedai-kedai di sekitarnya. Urus niaga boleh dibuat dalm Riel atau USD. Mereka suka USD tetapi aku rasa bila guna USD ni harga jadi mahal. Contohnya business card holder jenis kain tu. Ia dijual 1.50 usd, mahal tu. Value tak setinggi tu pun.

Alamat : Persimpangan lorong 440 and 155, South of Mao Tse Toung Boulevard, Boeung Keng Kang 3
Waktu perniagaan: 06:00 to 17:00



2. Central Market (Phsar Thmei @ New Market)
Bangunan Central Market yang menjadi landmark Phnom Penh dengan siling setinggi 30 meter ini membuatkannya terasa lapang dan lebih selesa untuk aktiviti membeli-belah. Hasil rekaan arkitek terkenal Cambodia Vann Molyvann, pasar ini tempat mencari batu permata, emas dan jam. Barangan tu semua di main area, di tengah pasar. Tempat sewa paling mahallah tu.

Pakaian, kasut, barangan rumah dan elektronik di keempat-empat sayap bangunan. Di antara sayap bangunan ini pula tempat kita mendapatkan souvenir dan bunga segar. Jambangan besar boleh dapat USD10 je. Bahagian kiri sebelum pintu masuk adalah tempat menjual serangga, lipas dan labah-labah goreng. Hmm...nak try?

Money changer pun ada tapi tak tahulah mereka accept MYR ke tidak. 

Alamat: Selekoh Street 67 & Street 136
Waktu perniagaan: 06:00 to 17:00



3. Olympic Markets (Psah Olympic)
Ada banyak pilihan kain dengan harga murah dijual di sini. Kalau nak memborong pun di sinilah tempatnya.

Alamat: Selekoh Street 199 and Street 286

Image result for Olympic Markets (Psah Olympic)


4. Night Market (Phsar Reathrey) 
Bolehlah nak jalan memalam, dekat dengan sungai. Barang-barang yang dijual biasa je... orang tempatan ramai datang sini sebab ada persembahan pentas.

Alamat: Selepas street 108.
Waktu perniagaan : Jumaat-Ahad bermula 5 petang.


5. Street 178
Lorong ini terkenal sebagai Art Street yang menjual lukisan, ukiran batu/kayu dan perhiasan perak. Butik, private gallery pun ada. Galeri Reyum dan Sa SaBassac selalu buat pameran seni tradisional dan kontemporari Cambodia.


6. Boeung Keng Kang Market.
Minat barangan vintage? Cari di sini.

Alamat: Di antara St 380 dan St 392, BKK1, Phnom Penh.


7. Supermarket
Ada banyak juga supermarket di tengah Phnom Penh ni... antaranya Lucky Supermarket (Street 274), Bayon Supermarket (133 – 135 Monivong), Sorya Shopping Centre (Street 63), City Mall dan Aeon Shopping Mall.


Okay, siapkan duit untuk shopping sampai lebam.


Di-pow pegawai imigresen

Hari keempat, jam 8.30 pagi aku bertolak ke Thailand. Tiket dah beli malam sebelumnya dari ejen di Pub Street. Janjinya nak pick-up antara pukul 7.15-7.40 tapi pukul 8 suku baru sampai. Cemas dah aku sebab ticket seller tu kata pukul 8 van bergerak.



Jarak bus station dari hostel dalam 3km lebih kurang jadi syarikat pengangkutan ni sediakan pick-up service di hotel sekitar Siep Reap. Aku pilih van sebab masa yang diambil lebih cepat iaitu 3 1/2 jam, kalau bas lagi lama. Dua kali berhenti, sekali untuk toilet stop dan sekali lagi di tempat makan yang tak ramai orang dalam dewan besar. Air kolah kat toilet tu kan hmmm... Masa kita sampai tu tuan kedai depan (tuan toilet jugaklah kot) menjerit kat kami, buy first! buy first! Dia suruh membeli kat dia dulu. Aku nak beli apa? Tak semua pun yang membeli, buat bodoh je. Kalau dia caj kita sikit pun tak apa daripada membeli barang yang kita tak perlukan.

Kami sampai di Poipet dekat pukul 12 tengahari. Poipet ni berada di sempadan antara Cambodia (Kemboja) dan Thailand. Di sebelah sana bandarnya Aranyaprathet. Di Poipet ni ada beberapa buah casino yang letaknya selepas imigresen Cambodia. Di sini juga sibuk dengan orang menolak barang dagangan untuk dijual di Rongklue Market, Aranyaprathet. Teringat para pedagang di kota perniagaan Guangzhou dulu.


sumber di sini

 Barangan untuk didagangkan di Rongklue Market (friendship market)

Casino di Poipet

Pejabat imigresen di Poipet sangatlah simple. Kami berdiri di luar aje...merembes poluh! Ada cerita tak berapa enak di sini.

Sumber di sini. Terpaksa pinjam gambar orang, entah kenapa gambar aku dikata format tak sama pulak dek tab ni.

Masa sampai di Phnom Penh, aku dah pastikan passport dicop pegawai imigresen tetapi tidaklah aku pasti borang Visa On Arrival untuk departure kena cop jugak time tu. Takdelah aku bertanya sebab kan stated 'for official use only' dan takde pulak mention 'kindly ensure the departure card must be stamped before bla..bla..'. Masa nak keluar dari Poipet imigration offiecer tu tanya, dalam bahasa Khmer pulak tu. Adeh...payah betul. Dia cakap berulang-ulang sambil angkat passport, angkat duit Thai Baht 100 dua keping. Muka dia pun macam dah bosan tak faham faham aku ni (sebenarnya sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betinanya). Kawan dia kat sebelah senyum je, macam nak tergelak pun ada, macam penuh makna pun ada.

Dia suruh aku bayar THB200 sebab form VOA tu tak bercop. Bukannya salah aku pun. Walaupun tak berpuas hati tapi aku bayar jugaklah, beg dahlah berat dengan berpanas kat situ lagi...

Ada beberapa persoalan yang aku perlukan jawapan daripada Imigration Department of Cambodia. Kenapa:
1) ...nak caj aku sedangkan bukannya salah aku? eh, betul ke salah tak bercop?
2) ...THB yang diminta dan bukannya Riel?
3)...tak boleh ke cop je terus sebab itu salah kawan dia kat airport Phnom Penh nun?

Aku bayar tanpa rela. Karang kena angkut naik trak polis pulak hoho.. Tak sangka di-pow pegawai imigresen Cambodia.

Aku dah hantar soalan tu ke Cambodian Embassy tapi orang yang menjawab tu macam main-main je sangat tak professional. Bila aku emel lagi dia suruh emel pula kepada seseorang yang lain. Aku tunggu dulu jawapan yang kedua ni, mungkin aku akan paparkan screenshot nya nanti.

(aku godek godek info tentang hal ni maka terjumpalah berita yang dah keluar sejak tahun 2008 lagi. Sepertimana jawapan police officer dalam berita tu yang mintak evidence, sama jugalah yang membalas emel aku tu. Resit pun takdo nak bukti amendenya?)

Selesai di situ berjalanlah aku melintasi kasino yang berderet menunggu mangsa. Orang Cambodia tak boleh berjudi di situ, yang bertunggu-tangga mencuba nasib di kasino kebanyakannya orang negara sebelah.

Sesampai di imigresen Thailand tu dia....panjangnya barisan! Melingkar, nasib baik ada air-cond.

Sawadeekaappppp.....

 

Cambodia | Kecewa di Angkor Wat. Mengapakah?

Cambodia | Kecewa di Angkor Wat. Mengapakah?

Ini sambungan cerita my Cambodia-Thailand trip. Macam sinetron gituh banyak episod. Sila ke link berikut untuk membaca yang lain-lain. Terima kasih.

http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-and-thailand-gambar-buat-geli.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/melihat-budaya-orang-cambodia.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-tuol-sleng-genocide-museum-s.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-nyawa-melayang-di-choeung-ek.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-shopping-di-phnom-penh.html
http://www.ruggedmom.com/2015/02/cambodia-bergerak-ke-siem-reap-dari.html
http://www.ruggedmom.com/2015/03/cambodia-bila-keputusan-duit-di.html

Aku ni kalau boleh semua UNESCO Heritage Site aku nak kunjungi. Selain seronok dapat pergi ke tempat yang pernah dibaca di dalam buku teks sekolah dulu, tempat-tempat ni memang istimewa. Bayangkan beratus tahun dulu dengan takde jentolak jengkaut bulldozer kren PATI... manusia di zaman itu mampu menghasilkan sebuah arkiteksur (peliknya bunyi hahaa.. architecture) yang mengagumkan. Yang lebih hebat lagi mereka melakukannya dengan sukarela!

Aku book pakej ke Angkor Wat dari hostel dengan harga usd13. Aku rasa murah sebab kebanyakannya caj usd15. Bila dah ikut tour package tu aku menyesal sebab sepatutnya naik tuk tuk supaya lebih bebas nak kemana-mana. Dah namanya pun group terpaksalah follow ke mana tour guide bawa. Kalau ko minat fotografi memang kecewalah tak dapat shoot dari angle yang ko inginkan. Sesekali aku dan seorang lelaki Swiss tu ketinggalan sebab kami leka mengambil gambar. Tak tahulah dia kerja apa, dia ada tunjukkan banyak gambar serta video yang menarik.

Pakej yang aku tempah tu akan membawa ke Angkor Wat, Angkor Thom, Bayon, Ta Phrom, Bakheng Hill for sunset dan lunch (tapi bayar sendiri). Memula kita akan dibawa untuk membeli tiket. Wohooo pepagi lagi dah ramai orang. Ramaiiiiiii sangat pelancong asing. Harga tiket juga bergantung berapa hari kita melawat kuil tu. Aku cuma beli yang 1 day yang mana kaunternya di belakang. Servis memang pantas! Tak boleh kirim sebab mereka akan ambil gambar kita dan print di tiket. Masa ni ko pose lah pelik-pelik sikit hahaa..

Lepas tu naik van semula sebab jauh lagi Buddhist Temple tu, van pun berhentikan kita jauh juga dan kita perlu berjalan diatas jambatan yang agak panjang. Itu baru sampai pintu masuk. Tak sesuai untuk orang yang tidak mampu berjalan sendiri sebab kena turun naik tangga. Lagipun toilet hanya di luar tempat orang berjualan kat kolam tu. Owh..sebelum masuk guide kami bawa duduk di satu sudut dan bercerita panjang lebarlah jugak tentang sejarah Angkor Wat sampai naik bosan. Body language memasing menceritakannya huhuu..

Yang kelakarnya masa memperkenalkan diri masing-masing. Aku last so bila sebut Malaysia biasalah orang akan ingat tragedi yang melibatkan flight MAS MH370, MH17 dan Air Asia QZ8501. Yang guide ni pulak english dia sederhana je...kekadang aku main agak-agak je apa yang dia cuba sampaikan.

Oh Malaysia, i know that island
Which island?
island.. island...
We have a lot of beautiful islands all over Malaysia (okay, aku nak mintak keje dengan Tourism Malaysia lepas ni)
That casino...
Owh, that is Genting Highland!
Yes...yes...
(tempat berjudi itu memang terkenal di asia ni)

Maka berjalanlah kami masuk selepas itu. Ada juga masanya aku tertinggal, eh tetiba diorang hilang, awak kat mana? awak kat mana? hahaa...

Angkor Wat yang terletak empat kilometer ke utara Siem Reap secara amnya dikenali sebagai City Temple merupakan satu kompleks keagamaan yang terbesar di dunia. Ianya menggambarkan syurga di dunia dan dibina untuk King Suryavarman II diawal kurun ke-12. Asalnya kuil Hindu tetapi dah menjadi kuil Buddha selepas kalah peperangan. Very huge okay. Kuil ini masih terpelihara dengan baik dan proses pulihara masih dilakukan secara berterusan. Rekabentuknya menunjukkan kesenian Khmer yang tinggi.


Beribu-ribu orang melawat Angkor Wat setiap hari. Tu lah kan, mana-mana lokasi di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO jagalah dengan baik status tersebut. Berjuta orang nak pergi tengok, ia ada peminat yang tersendiri.



 
Tangan gergasi nak mencabut Angkor Wat


Bekas perpustakaan. Tak sempat masuk sini tour guide dah memanggil-manggil. Terdapat enam buah perpustakaan di kompleks kuil ini yang dulunya digunakan oleh monks.


Belum lagi habis menjelajah Angkor Wat aku dah rasa tak sedap perut. Dah bertahun aku tak sakit tu time ni pulaklah dia buat hal. Peluh dingin dah keluar, bulu roma meremang, aku cuma fikir nak balik baring berguling-guling. Ya Allah lamanya dia bercerita...sobar jo lah den. Peluh merembes dah ni... muka pun dah pucat, tak larat nak berdiri.
 
Jauh juga kami berjalan ke van sebelum di bawa makan tengahari di sebuah restoran. Bila dah rasa tak sihat ni macam-macam hal lah kan, buka menu...babi goreng bercili, babi masak stew, sup babi, rendang babi...pap! tutup buku.
 You want vegetarian food?
No, thanks. I just want fresh air.
 
Tarik nafas...lepas. Tarik nafassss...lepas! Tak jadi jugak. Telan panadol 2 biji. Tak lama kemudian tour guide tu datang bertanya lagi nak makan di sini ke (di luar restoran)? Allah baiknya... aku mintak tolong carikan tuk tuk atau motor taxi nak balik hostel. Takkan nak ikut diorang dalam keadaan aku macam tu. Dapat teksi motor perempuan alhamdulillah. Asalnya dia nak usd6 tapi at last agreed dengan usd5 aje. Naik motor sejauh 4km kena 5 dollar. Redha je lah, dah terdesak.
 
Sampai di hostel sempat lagi buka fb segala hahaaa...wifi free kan, then tidur sampai ke malam. Ler... rupanya perempuan Italy yang satu van dengan aku tadi duduk bilik yang sama. Concern betul dia kat aku.
 
Nak cerita banyak pun tak boleh, sunset di Baekheng Hill pun tak jumpa jadi aku tunjukkan gambar setakat yang termampu je lah ye. No editing, i is malas.
 
Di sebelah kiri ada banyak gerai menjual pakaian dan minuman. Aku ingatkan kat Russian Market di Phnom Penh murah dah, kat sini... 1 tree dola! 3 fi dola...!! (1 three dollar! 3 five dollar!)


Tu guide aku kat atas sedang menunggu aku yang dok mengambil gambar lagi kat bawah ni. Next time if Allah permits aku nak datang sendiri je.



 Masih dipelihara dan dipulihara

Pandainya mereka mengukir

 
 The cemetery

 Tangga untuk naik ke sini sangat curam. Wanita mengandung dan kanak-kanak dilarang naik.
 


Berdasarkan pengalaman melawat candi di Bali dan Yogyakarta, aku memakai baju yang berwarna terang supaya nampak kontras seperti gambar di atas.

 Kepala pun kena curi

Sebahagian ukiran dinding disiapkan oleh pengukir dari China. Jadinya macam gambar orang Mongol lah bukan Khmer. 


Menara tu daripada lima akan menjadi semakin kurang bila kita berjalan semakin jauh meninggalkannya.
 
 
Maka hari tersebut leburlah usd13 + usd20 + usd5 tanpa hasil. I kecewa di Angkor Wat.
 
 
Sekilas
Pernah tak terbaca berita pelancong dari barat yang ditangkap bergambar bogel di Angkor Wat? Bukan sekali tau, dah berkali-kali. Apa yang boleh aku katakan mereka ni vongok sangat. Tak tahu adab masuk rumah orang. Tempat orang sembahyang pulak tu.
 
Mereka ni ingat dengan bertelanjang gitu dah moden sangat. Mereka lupa (atau tak tahu) manusia zaman batu dulu berbogel, lama-kelamaan berpakaian dari daun dan kulit kayu, kemudian bertutup semua.
 
Elok kalau semua penguatkuasa di negara asia ni bertegas seperti Singapura kepada sesiapa sahaja yang biadap terhadap budaya dan undang-undang negara yang mereka kunjungi termasuk rumah ibadat penganut agama lain. Baru-baru ni dua orang Jerman diekstradisi ke Singapore, dijatuhkan hukuman tiga kali rotan dan dipenjara 9 bulan sebab melakukan vandalism 'di rumah' mereka. Bagus kalau pelancong yang kurang ajar ni disebat jer, kat negara dia nak dijentik pun tak boleh, meh kita ajar cara orang asia. No kowtim. Padan muka! 
 



 

Cambodia | Bila terputus duit di perantauan


Bila kita plan nak berbelanja cukup cukup je duit yang dibawa pun selalunya tak berlebih banyak. Kira ngam ngam nak hidup je lah. Kononnya nak disiplinkan diri tak nak shopping namun hampeh hahahaaa…


Adalah dalam beberapa trip foreign currency akū habis tapi duit ringgit aku banyak lagi dalam tangan. Masa di Bali dulu berkali-kali tukar duit, money changer banyak tapi selepas tengok video penipuan money changer di Bali tu hmmm… entah berapa kalilah aku kena kelepet. Di Bandung pun sama. Bila berada di Bandung susah nak mematuhi prinsip ‘saya bukan kaki shopping’ hahaa… dah namanya pun Kota Kuliner dan Belanja. Semasa di Semarang pun pernah.

Kisah di Cambodia ni lain, duit habis terus hahaa…gila! Tak ada seorang Malaysian pun yang aku jumpa di Siep Reap kecuali ada lima enam orang muda belia di Angkor Artisan, itupun mereka tak perasan masa aku berjalan keluar tu.

Bila terputus duit di perantauan misi hari kedua di Siem Reap tu adalah mencari CIMB bank sebab tak nak kena caj. Tak jauh pun berjalan dah jumpa ATM CIMB di Angkor Mart, punyalah gembiranya hati. Tak sudah sudah Alhamdulillah di bibir… malangnya kad tak boleh dibaca pulak :-( . Aku berjalan lagi ke depan, teringat masa nak ke Angkor Wat ada lalu Public Bank dulu baru CIMB. Maybank ke dalam sikit. Try lagi, tak boleh jugak. Arghhh….aku tak putus asa gosok gosokkan kad tu di baju dan…berjaya! Hahahha…barulah rasa macam makcik kayo. Sebelum tu nak makan pun takut weiii ... karang kena basuh pinggan pulak. Duit Riel yang ada tu bukannya bernilai sangat. Kalau berjalan dengan cik kiah duit sampai berlebih-lebih pulak (tau takut).

Mintak nyawa dari CIMB Siem Reap. Nasib baik ada talian hayat.

Duit dah ada mulalah mata nampak macam-macam, nak makanlah nak massage lah, nak beli seluar anaklah… Masa belum jumpa ATM tadi dan bercongak nak makan banana pancake je 1 dollar tapi bila dah jadi makcik kayo terus masuk restoran muahahahah.... Aku pegi jugak urut kaki, cuma usd1 untuk 15 minit. Kalau datañg time happy hour usd2 untuk 60 minit. Massage memang murah di Cambodia, boleh berurut setiap hari!

Itu lah cerita Melayu yang mudah lupa hihihiiii…Berani dalam takut sebab dah nampak Maybank, Public Bank dan CIMB Bank. Owh kau lah penyelamat ku.... I love malaysian products! hehehehe.....

Cambodia | Shopping di Phnom Penh

Eh kak, kata tak minat shopping?

Memanglah tak berapa minat tapi aku mesti pergi melihat juga tempat shopping yang dihebohkan orang terutamanya flea market. Trip kali ini aku memang dah plan nak membeli-belah sikit untuk coach bola anak aku, kawan yang menumpangkan anak balik sekolah selama lima hari tu, fridge magnet untuk aku, tenant aku di rumah yang aku nak jual tu (terjual jugak masa aku di SR alhamdulillah),  hadiah hari guru...bulan Februari dah beli kat obersi cikgu ooiii hahaha... Hadiah kecik aje, thought that counts gituh.

Aku cuma beriya nak ke Phsar Toul Tum Poung atau Russian Market je sebab orang kata barangan di Phnom Penh lebih murah daripada di Siem Reap. Dapatlah t-shirt sehelai 2 dollar. Tak tahulah murah ke tak. Seluar yang macam 'ane' kat India tu usd4. Memula ingatkan skirt tapi bercekak di kaki. Belilah sehelai yang bercorak abstrak. Nanti kala Liza Sinar Harian tu tanya cepat-cepat aku akan jawab, dah habis! saiz ko takde! hahaaa...

Central market @ Phsar Thmey ni aku skip 

Russian Market dikatakan seperti Chatuchak Market di Bangkok. Banyak kedai kecik-kecik, tak sempat nak jengah semua. Geram je tengok baju budak pompuan.

Seorang penjual di Russian Market. Aku rasa souvenir di kedai dia ni agak berpatutan harganya. Beg zip tu di kedai lain ada yang sampai usd8. Punyalah mahal sampai 29 ringgit sebuah! Zip je kot.. zip panjang semata-mata.

Selain dua pasar ni, kalau nak cari vintage item boleh juga ke Boeung Keng Kang Market. Lokasinya di antara St 380 dan St 392, BKK1, Phnom Penh.

Nak memborong boleh dapatkan barang-barang berdekatan Stadium Olimpik.

Nak cari buku di D's Books, Street 178, Sangkat Chey Chum Nas, Khan Daun Penh, Phnom Penh. Buku second hand lebih murah di PP.


Shopping di Phnom Penh ni best jugak eh walaupun untuk diri sendiri dibelikan fm je.....for more info regarding Phnom Penh boleh baca sini.

Cambodia | Nyawa melayang di Choeung Ek Memorial


Nyawa melayang di Choeung Ek Memorial | Choeung Ek Memorial atau dikenali juga The Killing Fields asalnya adalah sebuah ladang buah-buahan dan kubur Cina. Letaknya 17km di selatan Phnom Penh ia merupakan tempat wajib dilawati ketika berada di Phnom Penh.


Kawasan ini digunakan rejim Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot untuk membunuh banduan Tuol Sleng Genocide Museum dan kawasan tahanan lain. Para banduan ini akan dibawa menaiki lori ke sini sebelum dihentak, dipukul, dikelar leher sehingga mati. Semua kekejaman ini berlaku diantara tahun 1975 dan 1979.

Salah seorang survivor menceritakan mereka dibawa ke sini diwaktu malam, rasanya dengan berjalan kaki. Masa berhenti rehat di suatu tempat dia terbau sesuatu yang sangat busuk tapi tak tahu dari mana. Logiknya kalau mereka dan diseksa di 'sekolah tinggi' tu mestilah ini kawasan yang lebih teruk lagi. Dia sempat meloloskan diri tapi terpaksa meninggalkan anaknya yang menangis-nangis yang mana sehingga kini dia tak pernah berjumpa lagi. Adakah ko rasa anak dia masih hidup? Sedihnya bila berada di dalam dilema macam tu.

Masuk ke kawasan ini, walaupun ramai pengunjung suasananya senyap sunyi melayan perasaan masing-masing. Everyone khusyuk mendengar cerita daripada audio guide.

 Di stupa ini terdapat beribu tengkorak yang disusun dalam rak setinggi tujuh tingkat. Beribu rangka manusia dijumpai di dalam beberapa kubur besar di kawasan ini. Dua juta mangsa direkodkan dibunuh dalam tempoh 3 tahun sahaja. Gila!
 
 
Kebanyakan tengkorak mempunyai kesan kecederaan. Mereka dibunuh dengan zalim menggunakan pelbagai alatan tetapi senapang jarang digunakan sebab peluru mahal.

The Killing Field ini mempunyai beberapa checkpoint untuk menurunkan banduan, tempat tahanan, seksaan dan pembunuhan. Bagaimanalah keadaannya di malam hari ye? Adakah terdapat bunyi raungan dan rintihan? ish..seram!
 

 Pokok ini berfungsi sebagai tempat seksaan jugak, disagatnya leher tahanan kat pelepah yang tajam tu.
 
 Sehingga kini tulang-temulang masih boleh dilihat timbul atau dihanyutkan hujan lebat. Berhati-hati bila berjalan ye adik-adik, karang melekat pulak serpihan tulang tu kat kaki ko. Jenazah tetap perlu dihormati.


Tulang dan pakaian yang dijumpai dikumpulkan. Tulang-temulang ini dikumpulkan di atas sebuah kotak kaca yang dipenuhi dengan pakaian mangsa. Komunis memang kejam! 

Apalah dosa budak kecil sehinggakan sampai hati mereka menghempaskannya ke pokok ni.

Gambar ni mengingatkan aku cerita tentang Shamsiah Fakeh.  Anak pertama SF dilahirkan di dalam hutan. Parti Komunis Malaya kan beroperasi dari hutan masa tu. Suatu ketika dua orang ahli PKM ambil anak dia dengan memberitahu SF dan suaminya nak bagi kat orang untuk dijadikan anak angkat. Memula SF percaya tapi lama-kelamaan dia tahu juga yang anaknya dibunuh. Adakah begini cara pembunuhannya bayi dia tu? Nauzubillah... Walau siapa pun dia anaknya tetap tak berdosa, ahli syurga.

Mayat yang dibuang di dalam kolam ni dibiarkan terus bersemadi di sini. Agaknya kalau dikorek entah berapa tan pula yang dapat dikumpulkan.

 Salah satu kuburan besar dimana para penyelidik menjumpai beratus rangka manusia dalam satu lubang. Ada kubur yang khas untuk wanita dan kanak-kanak. Apalah dosa budak-budak tu kan?
 
Terdapat beberapa kawasan yang berlopak besar di sini. Semuanya pernah mengisi mayat manusia yang mati akibat seksaan, kekurangan zat makanan dan penyakit.
 
Speaker digantung di pokok dan lagu dipasang dengan kuat semasa para tahanan diseksa untuk mengelakkan teriakan dan raungan mereka didengari penduduk setempat. Sesiapa yang kepohci nak tahu dan sibuk nak menjoyah siaplah kau! Takkan balik ke rumah lagi dah.
 
Tiket masuk ke sini USD6 dan kita akan diberi audio guide mengikut bahasa yang kita nak. Bahasa Malaysia takdo, bahasa Indonesia, English dan lain-lain ada. Aku ambil yang english, kalau tak faham yang Indo karang tak feel pulak. Seeloknya kita berjalan mengikut turutan nombor untuk lebih memahami cerita. If sensitif pada debu sila pakai mask.
 
Haishhh sedihlah pergi tempat ni. Aku rasa elok juga kita sedekahkan Al Fatihah kepada yang muslim. Manalah tahu kan mereka juga termasuk dalam golongan yang dizalimi di sini. Rejim tu main kaut je sesiapa yang disyaki masa tu. Sesak dada mendengar kisah sedih yang real nih.
 
Lepas ni aku pergi Russian Market pula.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free