Group Packages- Indonesia & Vietnam



1) 5H 4M Jakarta-Bandung Tour & Shopping 
Harga Pakej all in bermula daripada  RM1,450
Minimum peserta 15 orang. Sila emel ruggedmom@gmail.com


2) 4H 3M Bandung Tour & Shopping
Harga Pakej all in RM1,150
Minimum peserta 15 orang



Tempat-tempat yang akan dilawati:

Jakarta - melawat Monas, shopping di Tanah Abang

Bandung – suhu sekitar 20-25C, selesa untuk berjalan-jalan melawat Gunung Tangkuban Perahu, Ciater Hot Spring, pusat jualan barangan kulit, jeans centre, Factory Outlet (banyakkkk sangat), Pasar Baru, pusat kesenian Braga, bergambar di Institut Teknologi Bandung dll. Boleh juga ke spa jika berminat.

Jika ada cadangan ke lain-lain tempat boleh diatur jika cukup masa. Program juga boleh diubahsuai mengikut kehendak peserta.


Apa yang boleh dibeli di Jakarta & Bandung?

Barangan untuk bisnes – kain batik, telekung, baju renang muslimah, blaus muslimah, kerepek, brownies. Boleh juga membeli binatang peliharaan.



3) 4H 3M BALI BERMULA DARIPADA RM1,350 SAHAJA

Minimum peserta 15 orang. Sila emel ruggedmom@gmail.com

Sangat banyak sukan air yang boleh dilakukan di sini seperti surfing, diving, snorkelling, white water rafting, bungee jumping dan lain-lain and the cost are cheaper than in our home country ........ atau sekadar melawat tempat-tempat yang menarik seperti pura yang dibina seawal kurun yang kesebelas dan pemeliharaan tradisi di dalam kemodenan yang membuatkan Bali menjadi tumpuan pelancong sedunia. Berada di Kuta seolah-olah berada di salah sebuah tempat di Australia. Orang dia je penuh yeop...

Bali terbaik, harum dan nyaman je kat sini. Selalunya orang ingin kembali ke Bali walaupun restoran makanan halal terhad dan agak mahal.



Tempat-tempat yang akan dilawati:

Tempat perusahaan hasil kesenian seperti emas dan perak, lukisan dan lain-lain

Pura/temple yang cantik dan bersejarah seperti Tanah Lot dan Pura Ulun Danu (atau yang lain)

Monumen bom Bali, kawasan penanaman padi di lereng bukit. Tengah pekan pun ada sawah padi dik.

Makan di Kintamani mengadap gunung berapi -Gunung Batur yang masih aktif

Urut & facial? RM50 je yang.


Jika ada cadangan ke lain-lain tempat contohnya melihat dolphin di Lovina boleh diatur jika cukup masa. Jadual lawatan boleh diubahsuai mengikut keperluan. Mungkin ada penambahan bayaran jika ke luar daerah.

4) 4H 3M Medan-Danau Toba-Berastagi 
Pakej all in bermula daripada RM1,050 sahaja
Peserta minimum 15 orang. Sila emel ruggedmom@gmail.com


Tempat-tempat yang akan dilawati:
Medan - Masjid Raya, Istana Maimun, Pajak Ikan yang tak jual ikan
 
Danau Toba - melawat Kg Ambarita, Kg Tomok. Bermalam di Tuk Tuk untuk menikmati keindahan Danau Toba yang lebih besar dari Singapura. Serius, Danau Toba sangat cantik hasil letusan gunung berapi kira-kira 700 tahun dahulu.
 
Berastagi - kawasan tanah tinggi, banyak jual buah-buahan dan sayuran di sini. Melihat air terjun Si Piso Piso.
 
Apa yang boleh dibeli di Medan?
Telekung, kain batik, kain pasang, tempah langsir (ukur siap-siap), bika ambon, kek lapis 
 
5) 4H 3M Banda Aceh- harga bermula daripada RM1,050


Tempat-tempat yang akan dilawati:
Masjid bersejarah Baitulrahman di tengah kota yang tidak ditenggelami tsunami Dis 2006, muzium tsunami, kapal apung di atas rumah yang membawa bersama 59 orang di dalamnya, kapal janakuasa yang hanyut sejauh 5km ke darat, Pantai Lampuuk, melawat masjid yang masih utuh walaupun ada tiang yang patah, Pasar Atjeh. Lawatan ke Aceh adalah suatu pengalaman yang berlainan. Jangan lepaskan peluang solat berjemaah di Masjid Baiturrahman.


6) Yogyakarta-Solo- harga bermula daripada RM1,450


Tempat-tempat yang akan dilawati:
Kraton, Taman Sari Water Castle, Borobudur Temple yang dibina pada kurun ke-8, kawah gunung berapi di Dieng Plateu, Gunung Merapi, bebelanja di Jalan Malioboro dan Pasar Beringharjo, menikmati hiburan malam yang menarik oleh anak-anak muda Jogja menggunakan alat muzik tradisional di Jalan Malioboro. 

7) Surabaya-Mt Bromo-Malang- harga bermula daripada RM1,500

Tempat-tempat yang akan dilawati:
Lumpur panas Lapindo di Sidoarjo, menyaksikan keindahan Gunung Bromo, savannah, Masjid Turen, ladang epal, pasar Jembatan Merah

8) Ho Chi Minh, Vietnam- harga pakej bermula daripada RM1,450


Tempat-tempat yang akan dilawati
Terowong Chu Chi yang digunakan sebagai tempat merancang serangan, penempatan dan hospital semasa Perang Vietnam-Amerika, menelusuri Sg Mekong melihat kawasan pembuatan coconut candy, ladang lebah, berbelanja di Ben Thanh Market.

Apa yang boleh dibeli di Ho Chi Minh?
Kain cotton, baju kurung siap bermanik dan beg murah di sini.

Harga Pakej termasuk:
Penginapan di hotel - twin/triple sharing
Pengangkutan sepanjang lawatan - udara dan darat
Program seperti dalam jadual perjalanan
Pemandu pelancong
Makan & minum seperti dalam jadual perjalanan
Elaun bagasi 15kg
Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan
Tempat lawatan tidak terhad asalkan cukup masa
Tips untuk pemandu pelancong (suggested RM5/paxs/day)


Pakej TIDAK termasuk:

• Airport Tax
• Perbelanjaan peribadi di hotel (Mini bar, Room services, Laundry, Telephone etc)
• Lebihan bagasi