Koh Samui Revisited | 6 jam 'disalai' atas motorsikal

Koh Samui Revisited | 6 jam 'disalai' atas motorsikal | Aktiviti hari kedua bermula lewat. Selain terlewat bangun di pulau begini tiada apa yang best pepagi selain berendam dalam laut dan kolam renang tapi pepagi ni air jauh ke tengah.


Aku set alarm pukul 5 pagi tapi tak sedar (mujur bilik sound proof). Aku terjaga bila dengar ada gegaran di pintu berkali-kali ingatkan angin kuat. Laa.... ada mamat omputeh tu dok cuba buka pintu. Bila aku selak langsir baru sedar tersalah bilik. Takpelah, kalau tak entah pukul berapa baru bangun. Keletihan sangat sebab malam sebelum bertolak tu tidur dua jam je dan malam pertama di sini tidur lewat juga sampai merah mata. Dahlah letih berjalan-jalan di Chaweng tu.

Masalah aku bila stay kat tempat yang sangat selesa ni kan, jadi malas nak keluar. Bukan selalu dapat enjoy melihat laut. Duduk bawah pokok baca buku sambil dihembus bayu laut. Jarang dapat suasana camni. Kalau stay kat hostel tak sesabar nak keluar sebab nak switch on lampu pepagi pun kena fikir kan orang lain. Buka langsir sikit pukul LAPAN pagi pun mereka marah. Lambat betullah anak dara omputeh ni bangun.

Aku mandi dan bersiap untuk breakfast. Aku ingatkan nak bersiap ala kadar je sebab nama pun percutian santai sekali tu nampak semua staf yang tengah mengemas bilik tu siap mekap kening berukir... adoi tercabar pulak rasa. Guane diorang lagi cantik dari aku? hahaa...

Pukul 12 tengahari aku sewa motorsikal.

Nak bergerak di Koh Samui ini lebih mudah dengan menyewa basikal, motorsikal atau kereta. Dapatkan peta di hotel untuk memudahkan perjalanan. Aternatif lain, songteaw, tetapi ia tak cover semua tempat dan lebih mahal berbanding bandar lain di Thailand. Teksi lagilah, bargain sesiap. Motor teksi pun ada tapi mahal juga. Kat Phuket ada bas di sini takde.

Aku sewa skuter Honda. Punyalah kedekut company tu... minyak kat E. Orang yang offer semalam dia tuang minyak separuh tank. Di Phuket dulu full tank dan kita kena hantar balik full tank juga. Senang camtu. Bila camni kita terpaksalah beli minyak sebotol 40 baht. Di memana pun dalam pulau ni orang jual 40 baht sebotol tak penuh (1 liter kot), 3 botol 100 baht. Bila jumpa petrol station aku tambah lagi dua liter. Itu pun berlebih banyak. Senyum tauke bila dipulangkan motor tu, boleh jual minyak tu kat orang lain pula. Aku meronda dari Chaweng hingga ke Maenam, siap tersalah jalan semua isi tiga liter pun berlebih.


TIPS Menyewa Motorsikal/Kereta Di Koh Samui
Samui Island ni taklah besar mana tetapi ada beberapa bahagian yang nampak sibuk dengan kenderaan seperti Chaweng dan Maenam. Bila menyewa motor/kereta, mereka akan ambil passport kita sebagai cagaran. Jika tak bersetuju kita kena letakkan THB11,000 sebagai deposit. Aku dapat contact no satu orang yang boleh sewakan lebih murah tapi disebabkan dia takde office so aku abaikan je sebab Malaysian passport is one of the most powerful passport in the world. Bahaya! Walaupun aku pernah advice bab passport ni tapi suka tak suka kena buat juga untuk mudah bergerak. 

Jadi bila dah bersetuju menyewa tu silalah check semua bahagian manalah tahu ada kerosakan sedia ada, ambil gambar sesiap. Kalau ada lampu yang senget, ambil gambar. Bila kita start enjin ekzos bergegar-gegar macam nak roboh, rekodkan. Pilihan pun banyak so aku pilih yang tayarnya masih baru. 'Seram' sikit naik skuter ni sebab tayar boleh 'lari' bila brek di jalan basah dan curam. Pengalaman menyewa motor di Phuket dulu, tak periksa bebetul ada part yang patah then bila time kita nak return kena query lah. Aku nak jatuh je semasa balik dari Promthep Cape tu... belum jatuh lagi. Nasib baik dia percaya.

Staf tu cakap, if you accident you pay. No insurance. Cakap pun tak berlapik hahahah... takut kita nak bawa lelaju.

Kadar sewa kenderaan di Koh Samui
Motorsikal - disewakan THB200 sehari. Di hujung Chaweng Beach area Grand Centara ada yang offer THB150. Lagi besar cc lagi tinggi kadarnya.

Kereta - kadar sewa bermula THB500 sehari tapi kebanyakannya 1200 baht self drive.


Ke manakah arah roda motorku berputar?
Dari Chaweng ke Bo Phut ke Maenam ke Hua Thanon ke Lamai ke Chaweng semula.

Pergh... pukul 12 tengahari baru nak start bergerak, rentung atas motor! Aku dah plan kalau boleh nak skip je tempat-tempat yang aku dah pergi tahun lepas kecuali restoran halal, memang nak makan di restoran berlainan setiap hari disamping nak fahamkan jalan ke semua restoran halal tu untuk update ke dalam blogpost tahun lepas. Masa ride tu sempat mengimbau tarikan pelancongan yang pernah dilawati. Dalam hati owh... kat sini.

Jauh betul rasa berjalan tengah panas terik tu.. dari Bangrak ke Plai Laem. Di Plai Laen ni ada orang islam juga, kebetulan waktu dah nak masuk waktu solat Jumaat ternampaklah seorang lelaki menuju ke masjid/surau kecil di situ.

Pantai Plai Laem, Koh Samui. Kawasan pantai ni pepetang baru meriah. Ada juga masyarakat muslim di sini.

Fisherman's Village night market bermula 5 petang. Dalam hati rasa tak nak singgah tapi kalau tersinggah juga nak gi massage dan beli pulut mangga. Jadi aku pun lalu je lah sehingga sampai ke simpang tiga. Ke kiri Hua Thanon fishing village (jauhhhh lagi) ke kanan Nathon. Aku pilih kanan. Saje je. Rempit punya rempit sampailah ke Lomprayah Pier tempat orang naik bot ikut day trip ke pulau-pulau. Takde seorang pelancong pun masa tu sebab bukan waktu bertolak.
 
Lomprayah Pier

Bergerak lagi.

Singgah sebentar mengambil gambar di Chinatown Maenam. Hari siang ni sunyi sepi semua restoran. Omputeh je duduk sini. Kemudian ternampak signboard ke Tan Rua Waterfalls. Apalagi... jom lah kita!

Aku pun teruslah bergerak ikut papan tanda, rasa jauh betul padahal 4.1km je. Tak boleh agak berapa jauh masa tu sebab tak beli data internet. Memula lalu kampung, ke depan lagi ada resort kecil... bila ke dalam lagi rumah pun jarang jarang kemudian hutan lepas tu ada rumah orang have have, Maenam Heights. Harganya bermula daripada 4.5 juta baht, sempat lagi tu hahahah... cantik ah, rumah di kawasan tanah tinggi boleh nampak laut lagi. Selepas banglo tu bukit semakin menegak dan masa inilah aku bersyukur sangat pilih motor dengan tayar baru. Berdebar weh turun bukit curam. Dalam perjalanan tu adalah berselisih dengan beberapa kenderaan. Kalau nak ke sini eloklah pergi dengan kawan dan bukan di waktu lewat petang.

Chinatown Maenam

Kenderaan perlu di parkir di kaki bukit kemudian kita kena trekking 250 meter untuk sampai ke air terjun Tan Rua. Bila jumpa Tree Bridge Coffee jalan lagi ke depan.

Tree Bridge Coffee

Inilah dia air terjunnya.... kecewalah juga. Ingatkan air mencurah turun seperti Wachirapan Waterfalls di Chiang Mai tu. Mungkin waktu ni musim panas kot sebab tu airnya tak melimpah-ruah.



Aku pun lepaklah sekejap di Tree Bridge Coffee sambil melihat pelancong yang sedang seronok ber-zipline. Tak boleh bising time tu sebab ada satu european team sedang shoot video.

Keluar dari sana aku jalan lagi, main masuk je jalan-jalan kecil di sana. Rupanya dalam jalan kecil tu ada kawasan yang agak meriah seperti di Pavilion Samui Villas & Resort di Lamai. Masuk lorong sini keluar di jalan sana membawa ke jalan besar. Dalam hati, ok ok dah faham. 

Selepas lunch, dekat 3.30pm baru lunch berkeriuk dah perut ni, singgah di Valentine Stone dan Lamai View Point. Kat Velentine Stone tu ambil gambar je lah, batu cinta tu lebih kepada mitos je. 




Kemudian naik ke Lamai View Point. Kita diberi pilihan samada hendak berjalan kaki atau naik cable car. Staf tu kata 10 minit je berjalan kaki.... memanglah tapi boleh tahan tegak jugalah tangga tu. Jadi aku bayar THB100 je as an entrance fee. Akhirnya sampai juga ke atas setelah beberapa kali minta nyawa hehehe... mak dah lama tak exercise.

Di atas tu ada cafe dan pelantar untuk melihat pemandangan sebahagian Koh Samui. Indah!



Dah dekat pukul 5.30 petang tapi aku tak solat lagi... maka merempitlah ke Hua Thanon Fishing Village. 

Oleh sebab selepas tu lalu lagi di Fisherman's Village di Bo Phut aku singgah jugalah walaupun pada aslnya tak nak repeat tempat sama. Kali ni ada busker, sedap lagu-lagu yang dimainkan. Pasar malam setiap Jumaat ni penuh dengan pelancong eropah. Pelancong Thai hanyalah dua orang perempuan yang aku jumpa di Masjid Nurul Ihsan petang tadi. 

Aku cuma beli mango sticky rice di Fisherman's Village. Kali ini mangganya manis tapi dia bagi setengah biji mangga je dengan harga THB150. Ada satu restoran tu jual bapak mahal sampai THB190! Bila berpatah balik ke entrace terjumpa satu gerai jual 70 baht jer. Lupakan je lah, dah beli. Malam sebelum tu beli juga mangga pulut di depan Central Festival Chaweng. Yang menjual tu mukanya masam, mangga masam, santan pun masam. Hampeh.... gigih aku habiskan mangga masam tu 😠

Minyak motor banyak lagi so I continued to Chaweng nak ambil spectacles yang ditempah di Top Charoen semalam. Setakat hari ini aku berpuas hati sebab power cermin mata tu tak buat mata aku stress, takde rasa pening lansung.

Okaylah takde apa yang nak ditengok dah kot lalu aku pun start motor dan balik tapi ehh... ternampak pula Outlet Village Samui hahaha.... singgah! Aku dah bercongak-congak duit dalam purse dah ni tapi takde yang berkenan... mungkin disebabkan baru je ke Freeport A Famosa Melaka time cuti sekolah hari tu. Kecil je Outlet Village ni, lagi best cuci mata di Central Festival. Di belakangnya ada satu hotel/resort yang nampak best. The rental starts from THB4000 satu malam.

Dah dah... balik! mata dah merah, tangan yang terdedah pun dah rentung. Nanti kita sambung lagi.

Dua inci dari kesan jam tu terdedah sebab lengan baju tertarik ke atas masa riding. Kawasan tu selain dah bertukar warna, dia jadi bengkak sikit dan berbintik gatal. Harapnya sembuhlah selepas sapu krim.
























1 comments so far

Great blog you have here.. It's difficult to find
excellent writing like yours nowadays. I seriously appreciate
people like you! Take care!!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free