Encore Melaka Impression Series | Teater bertaraf dunia di UNESCO World Heritage City



Encore Melaka Impression Series | Teater bertaraf dunia di UNESCO World Heritage City | Melaka negeri yang sering terkehadapan dalam industri pelancongan. Pihak berkuasa negeri ini boleh dikatakan cekap menghidu peluang yang terhidang di depan mata dan terus berusaha menghidangkan produk baru yang unik dan tidak terdapat di negeri-negeri lain dalam Malaysia. Siapa yang terfikir akan adanya Muzium Kapal Selam, bustel dan produk makanan serta minuman viral?


Dalam hingar-bingar orang mempertikaikan pelaburan China di negara ini, ada projek yang telah siap dan menawarkan pekerjaan kepada rakyat tempatan. Bukan sahaja generasi Y yang diambil bekerja tetapi juga yang telah pencen namun berbakat dalam bidang seni.

Bangunan ini gah dengan gerbang yang dibuat daripada ribuan lampu LED, dinding berjubin porselin yang menggambarkan awan sehingga ke ruang teater yang mewah dan mampu menempatkan 2,000 orang penonton serta pentas bertingkat sepanjang 240m pertama di Asia Tenggara yang berputar 360 darjah. Teater ini direkacipta oleh Wang Je, ketua arkitek di Beijing Institute of Architectural Design. Bangunan ini gambaran awan dan laut yang statik dan bergerak, berdiri megah di tebing Selat Melaka.

Ada pengan buat pre-wedding shoot. Kalau nak shoot penuh aku kene reverse jauh ke belakang sebab besar beb. Sambungan bangunan seperti di bawah.


Yang bercahaya tu berombak-ombak.

Menariknya produksi teater ini menggunakan khidmat 200 local performers yang berusia 18-63 tahun. Nenek 63 tahun okay yang menari tu... hebat! Mereka tak kisah pun badan penari tu sais S ke M ke L ke... out of shape ke... mereka hanya mahukan seseorang yang berbakat besar. Takdelah kita yang menonton ni rasa beruntungnya orang kurus lansing, ada je peluang kerja (sedih arr... kita kenderaan berat 😢).


Sejarah Melaka di Encore Melaka
Encore Melaka merupakan karya pengarah Wang Chaoge, yang secara bersama dengan Zhang Yimou dan Fan Yue telah menubuhkan Impression Wonders Arts Development Co Ltd. Salah satu projek mega syarikat ini ialah persembahan pembukaan dan penutup Beijing Olympic 2008. Memang gah show tu. Daripada 150 negara yang mahukan sentuhan magis darinya, Melaka dipilih sendiri oleh Wang sebagai pentas untuk persembahan pertama "Impression Series" yang dipentaskan di luar China. Ada lima lagi Impression Series di China.

Hasil kajian selama dua tahun, Wang menceritakan semula sejarah Melaka dari zaman empayar kesultanan Melaka sehinggalah zaman ini iaitu cerita pelayaran awal, misi diplomatik Zhang He, penempatan orang asli serta pertembungan budaya Baba Nyonya. Persembahan dituturkan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin manakala Tamil, Portugis serta dialek tempatan lain hanya di beberapa segmen. Sampai tiga bahasa latar... kita tengok Hisdustan yang takde subtitle pun boleh faham ek? Main agak agak je tapi boleh keluar air mata juga hehehe...

Teater Encore Melaka menampilkan projek video yang inovatif dan mengagumkan serta set pentas hidraulik bertingkat dengan pencahayaan dan teknik akustik termaju. Sebuah produksi canggih dengan aturan imej multimedia yang menarik, teater ini dipentaskan dengan pelbagai lagu dan tarian, kompilasi cerita budaya yang mencerminkan masyarakat majmuk yang meraikan sifat inklusif antara kepelbagaian.


Persembahan yang hebat tetapi...
I was so excited menantikan teater ini. Ada lima segmen:

Pertama: Parameswara
Kedua: Cheng Ho
Ketiga: Nyonya & perkahwinan
Keempat: Enam emak
Kelima: Ibu mengandung
Keenam: Wau
Ketujuh: Kemuncak

Persembahan pembukaan dengan bermain drum tu sangat menarik diikuti penari berkebaya nyonya yang menari dengan seksi. Yes, tertutup tapi seksi dengan gerakan dan lenggok badan, sangat menarik. Jika terbuka hampir semua tu bukan seksi lagi tapi vulgar... kekadang naik meluat tengok.

Enam Emak tu menggambarkan Melaka dan lelaki tu warga Melaka tapi aku rasa penceritaan segmen Enam Emak tu macam tak sampai. Macam err... bercerita fasal ibu angkat yang membela lelaki tu dan bukan Melaka, tidak saling berkait. Lagi satu, aku rasa apa yang cuba disampaikan dalam keseluruhan persembahan lain tapi yang benar benar berkesan ialah tentang imigran China yang datang ke Melaka. Kalau nak tahu lebih lanjut kena tonton sendirilah ya. Jika anda pernah menonton Mud KL pasti akan membuat perbandingan.

Dari segi teknologi persembahan memang gah. Belum ada lagi memana syarikat yang mampu menghasilkan persembahan teater sebegini kerana memakan kos yang tinggi. Aku pun dok terfikir dari mana air tu semua eh? Nak kata pancaran video ada pula kesan air di lantai. Musykil mak.


Waktu persembahan dan harga tiket Encore Melaka
Isnin-Sabtu: 5.30 petang dan 8.30 malam
Ahad: 2.30 petang dan 5.30 petang

Harga tiket bermula daripada RM128 seorang. Sila semak harga semasa di sini.

Encore Melaka mendapat exclusive rights di Asia Tenggara jadi maksudnya jika rakyat Singapura, Indonesia, Brunei, Vietnam, Thailand dan Filipina mahu menonton mereka harus ke Melaka.


Tips ke Encore Melaka
1. Please be ON TIME. Jika show start at 5pm 4.45 tu dah boleh masuk. Jika lambat ada kemungkinan tak dapat masuk lansung kerana kita harus melalui pentas untuk ke tempat duduk.

2. Aku rasa lebih baik beli seat premium berbanding seat VIP walaupun tempat duduk VIP tu lebih dekat.


Encore Melaka
PTS Impression Sdn Bhd
3, Jalan KSB- Impression 8
Impression City @ Kota Syahbandar
75200 Melaka


***
Kawasan seluas 138 ekar yang turut menempatkan bangunan teater Encore Melaka akan turut dibangunkan dengan premis perniagaan dan apartment servis. Pihak pemaju telah mendapat sea rights so tiada mana mana pihak yang dibenarkan untuk membangunkan kawasan laut di hadapannya. Harga apartment bermula dari RM350 ribu. 

Post a Comment

0 Comments