Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Masak Lemak Cili Api Ikan Sembilang Salai

Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Hari cuti ini marilah kita mak mak merajinkan diri memasak lebih sikit untuk keluarga tercinta. Cuba masak yang berlainan daripada biasa. Kita pelbagaikan, manalah tahu anak-anak suka. Ai pun tak sangka anak bongsu yang berumur lima tahun suka gulai ayam campur rebung. Terkejut mak!

Ramadhan kali ini heboh dengan kuih Kerbau Guling atau ore Klate panggil "kuba guling". Setelah aku baca resepinya, sama je seperti kuih kaswi, bezanya kuih viral tu menggunakan arang darpada tempurung kelapa sebagai salah satu bahannya. Ada orang kata arang boleh menyebabkan kanser, ada satu info lain menyenaraikan kebaikan arang. Mana satu yang betul eh? Sejujurnya aku tak sangguplah beratur sejam untuk makan arang. Terbaca komen seorang seorang wanita veteran berkata, dedulu susah dapat gula merah sebab tu guna arang. Yang korang sekarang ni kenapa pula nak guna arang? Make sense juga.

Okaylah, sila cari bahan di pasar tani kejap lagi.


Gulai/ Masak Lemak Cili Api Ikan Sembilang Salai
4 ekor ikan sembilang yang telah disalai
Santan daripada sebiji kelapa
Segenggam cili padi
Seinci kunyit hidup/serbuk
Gaun gelugur (diracik)/buah copu/kulit rambai/bacang (cincangkan)/belimbing buluh
2 keping asam keping
Garam

Cara memasak:
1. Tumbuk cili padi (orang Nismilan panggil cili api) dan kunyit hidup sehingga hancur. Segenggam tu kalau semua hijau tak pedas mana pun.

2. Campurkan cili tumbuk tadi dan santan kelapa dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sambil dikacau. Pastikan tak pecah minyak ya, nanti kuahnya tak sedap.

3. Bila santan dah masak masukkan ikan sembilang salai. Biarkan sekejap kemudian masukkan salah satu daripada bahan penyedap rasa iaitu daun gelugur/buah copu/kulit rambai/bacang/belimbing buluh. Jika tiada masukkan dua keping asam keping.

4. Garam secukup rasa. Siap! Ya Allah sedapnya makan dengan nasi panas!

Image result for ikan sembilang masak lemak cili api
Saya tiada gambar sendiri jadi guna gambar www.kakinakl.com


Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free