6 Masjid di Shanghai untuk bersolat hari raya Eidul Fitri

6 Masjid di Shanghai untuk bersolat hari raya Eidul Fitri | Assalamualaikum. 17 Jun 2018 dijangka jatuhnya 1 Syawal 1439H, hari kemenangan melawan nafsu bagi umat Islam di seluruh dunia. Hari yang membahagiakan bagi kebanyakan orang.


Hari raya ialah hari untuk berkumpul dan bermaaf-maafan diatas silap dan salah. Seronoknya jika kita masih boleh berkumpul sekeluarga seperti dalam iklan Tenaga Nasional Berhad yang terbaru ni, meriah beb! Sebenarnya di hari raya kita boleh menziarahi keluarga dan saudara juga teman-teman tanpa perlu undangan berbeza dengan menghadiri kenduri, dimana tanpa jemputan adalah haram untuk kita makan di majlis kenduri orang.

Namun ada umat Islam yang bermusafir ketika ini diatas pelbagai sebab. Ada yang terpaksa bekerja. Ada yang sudah biasa begitu, sengaja mengambil kesempatan cuti persekolahan yang panjang. Budaya ini lebih sinonim dengan masyarakat Tionghua kerana bagi mereka paling penting ialah "makan besar" pada malam sebelum perayaan Tahun Baru Cina. Bagi aku pula, selagi ada mak dan abah insyaAllah kami akan tetap pulang ke kampung. Belum pernah lagi kami berhari raya di rumah sendiri apatah lagi bercuti ke luar negara di Eidul Fitri. Raya itu bahagia.

Ada seseorang yang PM bertanyakan tentang masjid di Shanghai kerana dia akan beraya di sana minggu depan. Jadi aku senaraikan ENAM masjid untuk dipilih bagi menunaikan solat sunat hari raya nanti.

Terdapat tujuh buah masjid utama di Shanghai. Ada masjid yang telah direnovasi beberapa kali, ada yang dipindahkan akibat pembesaran bandar dan ada juga yang digabungkan. Masjid tertua ialah Masjid Songjiang yang berusia 600 tahun!

Sumber di sini.

Masjid-masjid di Shanghai
1. Xiaotaoyuan Mosque (上海小桃园清真寺)
Masjid ini mula dibina pada tahun 1917 dan merupakan masjid yang terbesar di Shanghai. Sebelum ini ia dikenali sebagai Hui Mosque of Western ShanghaiIa masjid yang aktif serta banyak memberi manfaat dalam pengembangan agama Islam kepada penduduk muslim di sana sejak 100 tahun lalu.

Masjid Xiaotaoyuan mampu menerima sehingga 500 jemaah dalam satu satu masa. Di tingkat dua dan tiga disediakan perpustakaan serta ruang membaca yang menyimpan Al Quran daripada pelbagai versi.

Di bahagian mendatar di bumbung masjid disediakan Moon Watching Pavilion. Sejak beroperasi ia juga berfungsi sebagai Muslim National Primary School, Chongben Primary School and Orphans Cultivating School and others.

Alamat:
Xiaotaoyuan Mosque, 52 Xiaotaoyuan Street, Huangpu District, Shanghai

Cara ke Xiaotaoyuan Mosque:
Naik subway Line 8 or Line 10 (sila study Metro map di atas) dan turun di Laoximen. Keluar di Exit 7 dan jalan ke timur sepanjang East Fuxing Road sehingga ke hujung jalan.

Related image
Sumber di sini.

2. Huxi Mosque (上海沪西清真寺)
Nama lamanya ialah Yaoshuinong Mosque. Masjid Huxi ialah masjid yang pertama dibina semula setelah wujudnya People's Republic of China. Reka bentuknya menunjukkan gaya Arab/Islamic yang kuat. Ruang solatnya di dua tingkat. Terdapat air pancut di hadapan dan belakang masjid yang menjadikan suasananya tenang dan 'sejuk'. Di Masjid Huxi juga ada restoran, kedai buku islamik dan kelas mempertahankan diri. Bagus kan?

Alamat: 
3 Lane, 1328 Changde Road, Putuo District, Shanghai (上海市普陀区常德路1328弄3).

Cara ke Huxi Mosque:
Naik metro dan turun di Changshoulu Station (长寿路).

3. Pudong Mosque (上海浦东清真寺)
Masjid ini mula dibina pada 1935. Kini keluasannya 1,650 mps dan mampu menampung 500 jemaah dalam satu masa. Masjid berwarna cerah ini dilengkapkan dengan kubah hijau di atasnya. Bangunan utama dibina tiga tingkat dengan menara setinggi 40 meter dan tiga kubah lain yang lebih rendah. Di dalamnya ada kedai menjual buku dan restoran halal.

Masjid inilah yang aku tak jumpa tu. Cara menulis salah maka aku pun turun salah stesen. Disebabkan itulah aku menulis macam budak nak sit for SPM so that tak menyusahkan orang sampai sesat barat.
Image result for Pudong Mosque

Alamat: 
Pudong Mosque, 375 Yuansheng Road, Pudong District, Shanghai (上海市浦东新区源深路375号)

Cara ke Pudong Mosque:
Naik metro Line 6 dan turun di Yuan Shen Stadium Station. Jalan arah utara. Atau, naik bas 975.

4. Fuyou Road Mosque (上海市福佑路清真寺)
Nama lamanya ialah Chuanxin Street Mosque. Masjid ini merupakan yang kedua dibina di Shanghai. Ruang solatnya menggunakan kemahiran pertukangan kayu China. Diwujudkan sewaktu Qing Dynasty (1644-1911) dan dahulunya menjadi tempat pertemuan orang-orang Islam membincangkan perihal politik, agama dan kebudayaan.

Sewaktu pertikaian agama pada tahun 1932, di masjid inilah semua arahan dikeluarkan untuk mempertahankan maruah agama islam.

Sumber di sini.

Alamat:
Fuyou Road Mosque, 378 Fuyou Road, Huangpu District, Shanghai (上海市福佑路378号). 

Cara ke Shanghai Fuyou Road Mosque:
Naik Metro Line 10 dan turun di Yuyuan Garden Station. 


5. Jingxing Road Mosque
Asalnya ia hanyalah sebuah bilik yang disewa utuk dijadikan tempat beribadah. Dibina pada 1947 dengan keluasan binaan hanyalah 132 mps sahaja.

Pada tahun 1948 muslimin dari Jiansu, Anhui dan beberapa tempat lain mencari dana untuk membeli rumah tersebut untuk dijadikan masjid. Pada 1959 ia digabungkan dengan Fenzhou Road Mosque. 

Alamat:
Jingxing Road Mosque, No.117, Lane 302, Jingxing Road, Yangpu District

Cara untuk ke Jingxing Road Mosque
1. Naik metro Line 10 dan turun di Jiangwan Gymnasium kemudian jalan kaki 15-minit.
2. Naik bas no.910 dan turun di Shiguang Road. 


6. Songjiang Mosque (松江清真寺)
Ini masjid yang paling jauh dari bandar besar Shanghai. Nama asal masjid ini ialah Zhenjiao Mosque @ Real Religion Mosque. Lokasinya ialah diantara Zuibaichi Garden dan Xilin Tower/pagoda/buddhist temple.

Bangunan pertamanya dibina di penghujung Dinasti Yuan di pertengahan kurun ke-4 (1271-1368) menjadikannya masjid tertua di Shanghai. Reka bentuknya adalah gabungan China dan Arab. Masjid ini ada sebuah taman yang cantik dan muzium kecil. Bangke Gate Tower or the Minaret Tower dibina dengan ciri-ciri kesenian Arab. Di belakang masjid ini ada kuburan dimana yang sangat lama bertulisan Cina manakala yang terkemudian ada tulisan Arab. Orang-orang Arab dahulu kala dengan teknologi yang terhad dan sistem pengangkutan yang tidak sesempurna sekarang pun mampu berniaga dan mengembangkan agama Islam hingga ke seluruh dunia. Hebatnya mereka.

Songjiang sebenarnya sebuah bandar yang terpisah dari Shanghai sejak sekian lama. jauhnya 41km daripada pusat bandar Shanghai.

Songjiang Mosque, Shanghai, China
Sumber di sini.

Sumber di sini.

Cara ke Songjiang Mosque:
1. Perjalanan menaiki teksi dari bandar Shanghai akan mengambil masa hampir satu jam. Tik tok tik tok...meter berjalan! Tambangnya RMB150.

2. Naik Songjiang Bus Line 5 atau 8 dan turun di Huating Old Street. Kalau guna google maps bila agak agak dah nak sampai tekanlah loceng. Di China selalunya signage jalan di bandar ada tulisan English.

3. Naik Metro/subway. Sila naik Line 9 dan turun di Zubaichi Park. Boleh berjalan kaki mengarah ke utara atau naik bas Songjiang no. 2 dan turun di Huating Old Street. 

4. Naik train. Naik Huhang Line dan turun di Songjiang Station, di sebelah Zubaichi Park. Jalan kaki 800m.

Aku mencuba sedaya upaya untuk menjadikan lawatan ke masjid sesuatu yang wajib ketika di luar negara selain ke tempat yang touristy. Kita dapat melihat bagaimana jemaah di negara lain bersolat. Kita dapat melihat bagaimana masjid bukan sahaja dijadikan tempat beribadah malah boleh menjana ekonomi sendiri dengan pembukaan restoran dan kedai buku. Akan timbul satu perasaan seronok apabila kita dapat berjumpa saudara seagama di benua yang berlainan. Mereka menganut agama Islam yang minoriti di sana tetapi paling pantas berkembang di seluruh dunia.

Tips melancong di China
1. Jika ingin mendapatkan makanan halal di negara bukan Islam, carilah masjid!

2. Ada sesetengah masjid di China tidak menyediakan selipar tandas. Jadi elok juga kalau kita boleh bawa sendiri untuk mengambil wuduk.

3. Bagi muslimah, bawalah sarung tangan dan stokin kerana telekung tidak disediakan.

3 comments

Thanks for another great post. The place else could anyone
get that type of information in such an ideal method of writing?
I have a presentation next week, and I am at the search
for such information.

I was looking through some of your blog posts on this website and I conceive this website is really informative!
Keep on putting up.

Good article. I absolutely love this website.

Keep it up!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free