Menanti sunset di Promthep Cape

Menanti sunset di Promthep Cape | Sejak kali pertama menjejakkan kaki di Phuket Ogos lalu, terasa ingin sekali bergambar di titik paling selatan Phuket. Macam satu kepuasan pula bila dapat sampai ke "titik 0/paling utara/paling selatan" memana negara. Tanjung Piai dah, Tanjung Simpang Mengayau dah, Kilometer 0 di Pulau Weh dah.... sayangnya masa tidak mengizinkan. Peluang kedua dua bulan kemudian kita pun apa lagi...sewa motor, jalan!


Sebenarnya sebelum ke sini kami bertiga nak ke Botanical Garden tapi tak jumpa sebab kurang signboard kot, kami dah lajak masuk ke highway. Kononya nak habiskan masa di situ dulu sementara menunggu matahari terbenam. Sudahnya terus naik ke Promthep Cape.

Cara mudah untuk ke Promthep Cape atau Laem Promthep sudah tentulah dengan menunggang motorsikal. Sewanya rata rata 200 baht sehari. Check bebetul ya motor tu, bergegar ke terkopak dimana mana ke... and of course the owner will hold your passport. Itu yang bahaya tu, passport Malaysia top six paling berkuasa dalam dunia. 'Nyawa' kita dipegang orang.

Dari Patong kita akan melalui tujuh pantai dan dua view point sebelum sampai ke sini. Jauhnya 21km jadi perjalanan dalam 40 minit jugalah turun naik bukit. Please wear the helmet, ada je roadblock sepanjang jalan tu. Banyak pula roadblock masa aku pergi tu... masa balik dari zipline pun ada. Suspens aku, polis tu datang jenguk ke dalam dan betulkan seat belt aku hahahha.... aku kepit bawak ketiak seat belt tu sebab kalau pakai dengan betul tali tu lalu kat leher, tak selesa.

Berhenti sekejap melihat alam. Selalunya nampak dari low angle je kali ni dapat tengok dari atas gunung.

Rawai Beach

Kanchanaphisek Lighthouse
Di atas sana tu ada rumah api dan Buddhist shrine. Terdapat beberapa patung gajah juga. Biasalah tu kan...Thailand. Kat parking area ada kedai-kedai jual souvenir.

Lighthouse ni 200 meter dari sea level. Ia dibina pada 1996 untuk meraikan jubli emas the late HM King Bhumibol Adulyadej. Dengarnya boleh naik sampai tingkat paling atas. Alahai ruginya tak buat research kalau tak boleh mai lagi awai.

Di depannya ada kawasan lapang untuk melihat matahari terbenam. Di sini juga dibina nautical museum tapi aku tak sempat masuk sebab dah lebih pukul lima petang. Sebelum penggunaan sistem satelit angkasa lepas rumah api sangat membantu nakhoda kapal dalam pelayaran.

Menjelang senja je pergh...menderu manusia datang lepas tu sunyi sepi.


Kanchanaphisek Lighthouse

Phromthep Cape Viewpoint
Lokasi sangat terkenal sebagai port untuk melihat sunset. Di pantai lain pun boleh tengok juga tapi dari sini special sket (sekiranya cuaca baik- tak mendung/hujan). Dari parking lot u kita kena naik tangga sikit untuk sampai ke puncak. 

Dari platform yang disediakan kita boleh nampak jalan yang kita lalu sebelum tu. Umangaii...jauh betul tapi best sebab tak panas, dipenuhi kehijauan. Selain itu kita juga boleh nampak resort lain di sana. Bebetul merehatkan minda kalau duduk kawasan sini.

Masa aku sampai tu hujan renyai tapi tunggu jugalah. Who knows kan... positif betul nak tengok matahari terbenam. Kemudian dengan kaki sakit sebab luka atas bawah terpijak corals semasa trip ke Phi Phi Island semalamnya aku turun memijak batuan hingga ke laut sana. Mencabar jugalah turun tu dengan kaki yang sakit sebab kita menggunakan laluan semulajadi. Dengan batu besar kecil dan tanah yang uneven... susah juga hati takut terpeleot tapi kalau tak turun pasti akan terasa sangat ralat.

Memula kat dinding tu ada tangga turun, lepas tu kena lalui denai berbatu dan berpasir. Boleh tahan juga hike sini...berhati-hati dengan pasir tu, licin. Rasa macam satu achievement bila dapat bersama-sama yang lain to the southern most tip of Phuket Island 😁😁


Nak turun sampai hujung sana, ke titik paling selatan Phuket. Nampak dekat je kan, tapi...




Aku nampak ada tour boat berhenti di situ sekejap, agaknya pakej melihat rumah api. Ombak memang kuat menghempas. Kalau jatuh ni boleh arwah. Fobia aku dengn kejadian hari semalamnya. Nantilah aku cerita, nak cerita yang baik baik dan best dulu sebab rasa nak mencarut je bila teringatkan mat saleh bingai tu 😦

Awal tebal kelabu. Arghh...tipis harapan.

Nampaknya takde harapan untuk menyaksikan matahari terbenam cantik. Takde rezeki... nak suruh datang lagilah tu. Hujan semakin kasar lalu aku pun bergegas naik. Kisah hanyut keseorangan di Phi Phi Island sangat menakutkan aku. Bila orang mula bergerak naik aku pun ikutlah. Takut aku kena tinggal lagi. Mak fobia. Jadi kepada yang turun ke titik paling selatan Phuket itu silalah kembali ke pangkal jalan sebelum gelap.


Aloloo romatiknya....

Mencungap nak naik ke atas sana. Yang motivates me ada satu couple in their 60s selamba je hike. Takkan aku nak tunjuk lemah kot? Malulah pada diri sendiri.

Beginilah keindahannya jika bernasib baik. Gambar ni aku google je.

Semasa balik ke Patong tu jalan basah sebab baru lepas hujan. Bila menghampiri Kata/Karon Beach ada satu selekoh tajam dalam keadaan menegak. Ohmaiii...aku yang kat atas bukit ni punyalah berdebar dan berdoa supaya van di depan tu cepat membelok. Aduhaiii perlahannya.... aku sempat mengelak tapi tayar belakang 'lari'. Dua kali! Berderau darah aku. Aku terdengar suara perempuan menjerit kat sebelah sana (aku sure lah terjerit gak hahaha). Allahu.. nasib baik tak jatuh. Rasa kurang selamat naik scooter mungkin sebab tayarnya kecik. Kemalangan sangat sangat nak dielakkan bila berada di negara orang. Kalau ada travel insurance pun on claim basis, kena bayar dulu.

Bila dah selamat dari accident tu kami bertiga berhenti sekejap menikmati sunset di Karon Beach. Nak hilangkan debaran sebenarnya heheh...


Jika ke Phuket, silalah naik ke Promthep Cape. FOC.

2 comments

Wahhhh cantiknya kalau nampak matahari terbenam kan. Tapi tak selalu kita bernasib baikkan. Macam onie, onie teringin nak pergi negara-negara yang terletak di garisan khatulistiwa, cuma tak de rezeki lagi untuk ke sana lagi,inshaAllah one day. Terima kasihh akak sudi tinggal jejak di komen entri kita. Maaf lewat bagi kunjungan balas di sini <3

Wahhhh cantiknya kalau nampak matahari terbenam kan. Tapi tak selalu kita bernasib baikkan. Macam onie, onie teringin nak pergi negara-negara yang terletak di garisan khatulistiwa, cuma tak de rezeki lagi untuk ke sana lagi,inshaAllah one day. Terima kasihh akak sudi tinggal jejak di komen entri kita. Maaf lewat bagi kunjungan balas di sini <3

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free