Thailand | 5 Tempat menarik di Doi Inthanon National Park yang harus anda kunjungi

Thailand | 5 Tempat menarik di Doi Inthanon National Park yang harus anda kunjungi | Hari kedua di Chiang Mai aku ke puncak tertinggi di Thailand. Cerita hari pertama ke Royal Park Rajapruek belum ditulis lagi tapi gambar dan video boleh tengok di instragram Ruggedmom. Jika merancang ke Chiang Mai sila masukkan gunung ini in your itinenary. It's really worth ke puncak setinggi 2565 dari aras laut ini.


Taman ini meliputi kawasan hutan hujan, hutan campuran dan hutan pine. Suhunya sejuk sepanjang tahun lelebih lagi di musim sejuk. Walaupun matahari terang benderang sejuknya tu sampai ke tulang. Cuma sebab aku sampai tu matahari dah naik tak dapatlah tengok Mae Kha Ning atau frost flower. Dalam perjalanan ke sini kita akan nampak kawasan padi bukit dan beberapa camping area. Kawasan perkhemahan bukan sahaja di jalan memanjat gunung tu tetapi juga di beberapa tempat lain, yang bebetul tepi sungai pun ada. 

Perjalanan mengambil masa dua jam dari Horizon Village & Resort. Elok kita bergerak awal. As for me, since aku sorang aje my guide Pornthip kata, takpe... take your time. Pi lah berenang dulu kalau nak (giler sejok). Kita boleh jalan pukul 10. Ini private trip. My advice is NO. Bila buat private trip ni lah pergunakan masa sebaiknya terutama jika kita ni jenis sukakan fotografi dan outdoor activity. Start early and we can cover more tourism attractions along the way. 

Suhu di Doi Inthanon National Park ketika itu ialah 6C. Silalah pakai winter jacket kalau jenis tak tahan sejuk macam aku ni. Perghh... rasa lawa giler pakai winter jacket hahah... jarang dapat pakai kan... tu yang gedik sangat nak ke tempat sejuk. Oh ya, musim sejuk di Chiang Mai bermula November hingga Februari dan suhu di atas gunung ni suhu boleh jatuh sehingga 0C. Memang peak season time ni.  Jika terlupa bawa jeket/mafla/gloves boleh beli di satu kedai kecil dekat Doi Inthanon Reporting Post. Toilet pun ada di situ. Tiket masuk ke sini ialah THB300 seorang, kanak-kanak THB150. Jauh jugalah beza harga dengan locals, THB50. Kenderaan pula THB30.

Ketika di puncak gunung pertama sekali kita akan ke satu trail ni, tak panjang mana pun. Jalan punya jalan eh, dah habis? hehhe... pendek je laluan kayu tu... mendatar je. Ada satu shrine dalam tu.




Selepas tu bolehlah try masuk ke Ang Ka Nature Trail. Haaa... yang ni tidak OKU friendly. Bertangga dan turun naik. Nama lainnya Micheal's Trail sempena nama ahli biologi Canada, Michael Walsh yang menjadi sukarelawan sebagai Park Interpreter and Conservation Officer at Doi Inthanon National Park. Dia juga mengkaji dan mereka boardwalk (laluan kayu) sepanjang 360m tu yang melalui hutan moss (lelumutan). Orang kata ada orkid liar tapi tak nampak walau sekuntum pun. Muncul di musin bunga kot. Best jugalah berjalan dalam hutan tu. 


Ang Ka Nature Trail


Ang Ka Nature Trail

Kemudian kami naik kereta dan bergerak turun ke Kew Mae Pan Nature Trail pula. Yang ini lagi best Sesiapa yang suka trekking/hiking tu habiskanlah 3.2km tu. Aku hari tu sebab sensorang jadi rasa cukuplah sampai ke point 9- panoramic view, then patah balik. Nak ke situ pun 1 km jugalah, mencungap naik but I made it. Bangga pulak rasa hehee... Ada beberapa tempat rehat melepaskan lelah. Air terjun pun ada. Rasa berat badan ni semasa mendaki tangga tetapi bila guna denai ok je takdelah rasa pressure sangat kaki ni. Otak je lah terasa pressure nak menunjuk #icandoit depan guide (malim gunung) makcik berusia 60an. Selamba je dia naik.


Untuk trekking di Kew Mae Pan Nature Trail kita perlu membayar 200 baht kepada guide. Setakat yang 1km tu aku rasa kalau kita naik sendiri takkan sesat, laluan selebihnya tak tahulah sebab kena turun naik juga. Mungkin juga Thai government nak create jobs for locals jadi kita semua diwajibkan menggunakan malim gunung. Sebelum naik tu boleh ambil buluh sorang satu untuk digunakan sebagai tongkat.

Ya Allah memang best lah kat atas tu. Kita setinggi awan beb! Bila naik kapal terbang kita selalu masuk dalam awan tapi tak melihat the actual one, tak dapat merasai sendiri. Bila berada di atas tu cantiknya..... dapat melihat depan mata awan berarak perlahan, dengan langit biru... indahnya! Kalau buat video memang bagus. Nanti tengok video aku kat sini.  Video amatur je uols.




Kew Mae Pan Nature Trail

Selepas tu kami naik songteaw ke twin pagodas.Parking lot sempit sebab tu kena naik songteaw. Nasib baik ada escalator, kalau tak mau terjelir lidah aku kena mendaki tangga pula hahah.... masa ni terasa letih jugalah. Pornthip tanya nak makan ke? Malaslah pulak sebab pisang je yang boleh dimakan. Makan kerepek pisang yang aku beli di RnR tu jadi ler.

Pagoda Phra Mahathat Naphamethanidon ini disiapkan oleh Royal Thai Air Force sempena memperingati hari keputeraan ke-60 King Rama 9 pada 5 Disember 1987. Kemudian Phra Mahathat Naphapholphumisiri pula dibina untuk Queen Sirikit pada 1992. Kebetulan masa sampai tu ada sami Buddha sedang sembahyang. Pornthip kata yang ramai ramai tu bukan Thai monk, berdasarkan uniform yang dipakai.

Pagoda Phra Mahathat Naphapholphumisiri








Pagoda Phra Mahathat Naphamethanidon

Di belakang pagoda untuk Queen Sirikit tu ada taman yang cantik. Kobis dan berbagai jenis bungaan dibuat tanaman hiasan. Kalaulah TG aku tu pandai ambil gambar alangkah bagusnya... Pagoda yang lagi satu aku tak pergi sebab ada dua lagi tempat nak singgah. Aku kan tak reti sekejap kat satu satu tempat. Macam macam gambar nak ambil.. untuk simpanan, untuk instagram, untuk blog.

Hmong tribe market.

Semasa turun kami singgah di gerai tepi jalan di perkampungan orang asli Hmong village. Ada souvenir, sayuran segar, buah dan buah-buahan kering dijual di sini. Banyak jugalah membeli sebab di Malaysia rasanya lagi mahal tetapi survey dulu harganya. Bungkusan bersaiz sederhana tu harganya dari 100-150b. Tempat aku beli tu dia jual 1 bungkus 100b dua bungkus 140b. Dia setuju je bila aku nak 2 bungkus 120b. Agaknya kalau aku beria minta 2 bungkus 100b pun boleh dapat sebab kedai sebelah jual sebungkus 70b aje... nampak tak?? Puas hatilah sebab semuanya habis dimakan. 

Wachiratan Waterfall menjadi persinggahan terakhir pada hari tersebut. Ada tiga air terjun utama di Doi Inthanon dan yang ini tidak kering sepanjang tahun. Be it in dry season. Tingginya lebih kurang 40 meter dengan arus deras. Dia punya tempias tu sampai basah tempat kita berdiri. Bahaya untuk mandi manda di sini jadi tidak dibenarkan untuk terjun tiruk atau berenang. Lemas kang satu platun pulak kena cari kau.

Wachiratan Waterfall

Selain breakfast dan kerepek pisang tiada makanan berat masuk ke perut. Dah senja baru terasa lapar bebenor. Pornthip bawa aku makan di sebuah restoran halal tak berapa jauh dari hotel. Restoran Baan Pi Huen Nong kalau tak silap beroperasi bermula 12 tengahari hingga 10 malam. Setiap 7.30 malam ada cultural show di sini. Kerusi meja ada tapi aku memilih untuk duduk bersila sebab lebih relaks dan boleh sorokkan kaki di bawah alas meja. Berlaga gigi jugalah menunggu makanan sampai di tempat terbuka tu. Mereka turut menjual halal frozen food (kalau esoknya dah nak balik bolehlah beli bebanyak). Rasanya makanannya? sedap! Sikit betul kami makan nasi. Satu ruas pulut dan satu bekas kecil nasi pun tak habis. Dok kunyah lauk je.


Best kan Chiang Mai? Belum habis cerita lagi ni. Full itinerary di sini.

My English speaking speaking tour guide: Ms Pornthip
Telephone no: +66(0)895597879


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free