Indonesia | Bergambar separa ekstrim di Coban Rais



Bergambar separa ekstrim di Coban Rais | Bisnes pelancongan tidak boleh stagnant. Pihak berkuasa dan pelabur mesti bekerjasama memikirkan idea-idea baru yang menarik serta tidak menelan kos yang terlalu tinggi untuk menarik kedatangan pengunjung. 


Jika di Malaysia, negeri Melaka sangat proaktif dalam memperkenalkan produk-produk baru yang secara relatifnya mengenakan harga tiket yang rendah. Di Surabaya pula, daerah Batu yang bersuhu rendah sangat popular sebagai destinasi percutian keluarga di hujung minggu.


BATU sebagai pusat pelancongan 
Objek wisata terbaru di Batu ialah Coban Rais yang terletak di kawasan Pergunungan Panderman berketinggian 1025 mdpl. Usianya baru sembilan bulan tetapi telah mampu menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara kerana keunikannya. Menurut seorang pekerja di sana, apa yang ditawarkan di sana pada ketika ini belumpun sampai 50% lagi maknanya akan ada banyak lagi idea akan dilaksanakan di masa hadapan.

Di kawasan ini terdapat sebuah air terjun yang dipanggil Coban (air terjun) Rais yang dulunya dikenali sebagai Coban Sabrangan. Kepada sesiapa yang sukakan keindahan alam amat sesuailah datang ke sini. Hijau dan mendamaikan. Bukan sahaja boleh berfoto malah kita juga dapat mengenali beberapa pokok yang asing di negara sendiri contohnya, avocado. Kawasan pelancongan ini menjadi tular (viral) setelah tersebarnya foto-foto menarik di Bukit Bulu.


Pukul berapa patut ke sini?
Kawasan ini dibuka kepada orang ramai bermula jam 9 - 3 petang. Awalkan tutupnya? Jika terlalu sesak, pukul 2 last dapat masuk. Yang bagusnya walau sesak macam mana pun takkan ada yang photo bomb sewaktu kita bergambar. Pasti gambar kita cantik macam kita seorang saja berada di situ.

Untuk makluman parking kereta di sini 10 ribu rupiak. Jika tidak sanggup berjalan sejauh 800 meter ke Batu Flower Garden boleh naik ojek 10 ribu rupiah seorang. Tak ingatlah masuk ke situ bayar ke tidak. Kalau ada bayaran pun 10-30 ribu rupiah seorang.


Menarik sangat ke objek wisata Coban Rais ni?
Tengoklah sendiri gambar-gambar di bawah.

Coban Rais adalah yang paling jauh dalam taman hijau ini. Jika anda sudah biasa trekking silakan berjalan kaki sejauh 3km untuk ke air terjun tersebut.

Kami tidak mempunyai masa yang banyak jadi kami memilih untuk membonceng ojek untuk ke lokasi fotografi terakhir, Batu Flower Garden, tetapi berjalan kaki keluar. Kalau tak larat naik saja mana-mana ojek yang menunggu. Tambangnya 10 ribu lagi hehee.. Selepas itu bayarkan mengikut harga di bawah untuk berfoto disetiap spot.




Batu Flower Garden. Ini lokasi bergambar yang paling jauh. 


  
Pinus.


Tak sempat mencuba yang ini. Mesti abah den tekojut kalau dia tengok den 'terbang' hehe..

Ada banyak spot menarik untuk dicuba. Puas hati beb bila tengok gambar.
  
Gowes Air.

Kami berdua je berani...

Aku ingatkan basikal tu kita kayuh hingga ke hujung sana, rupanya naik sekejap je sekadar untuk bergambar. Alaa.... kena naik kat Filipina jugak ke?


Contoh gambar... 


Related image
Sumber: google

Ini buah avocado yang belum matang. Ingat jus alpukat? Sedap kan? Terasa-rasa di tekak.

Wisata Coban Rais hanya 7km dari bandar Batu. Jika ke Surabaya, silakan ke sini untuk mengambil gambar dengan props yang unik.


Tips Bergambar
Di setiap lokasi gambar kita akan diambil 3-5 keping seorang. Buatlah pose terbaik. Dengan sejumlah bayaran kita akan diberikan beberapa keping gambar sahaja tetapi kita boleh memilih tambahan gambar dengan tambahan bayaran.

Gambar akan disimpan (save) di dalam handphone so kindly ensure your phone memory tak penuh ya.

Dah pergi ke tempat berlatar belakangkan kehijauan ni janganlah pakai baju hijau juga, terus blend in dengan pokok-pokok tu... mana nak nampak ko dik.

Post a Comment

0 Comments