Negeri Sembilan | Pesta Bokubang di Kuala Pilah !



Jom berkubang!!

Jom bawa keluarga menikmati aktiviti menarik di kampung ini. Mak pak mungkin pernah merasa tapi anak-anak sekarang ramai yang tak pernah. Bebudak sekarang tempurung kelapa pun tak kenal sebab dah terbiasa beli santan.


Dalam perjalanan pergi/pulang ke/dari Kampung Sungai Dua Besar tu kita boleh :

Jalan-jalan cari makan. Jemput baca senarainya di sini.

Beriadah di Seremban. Baca di sini untuk lokasinya.

Mandi-manda di Ulu Bendul. Expect the crowd.

Melawat Muzium Sri Menanti. Di simpang yang nak masuk ke Sri Menanti ada arch. Bertentangan dengannya ada kawasan sawah padi. Kalau datang waktu sawah padi menghijau atau hampir dituai ya Allah cantiknya...

Di Kuala Pilah ada hotel, homestay. Kalau nak rasa suasana sejuk berkabus pepagi boleh try sewa homestay di kampung-kampung. The real kampung. Orang Negeri Sembilan ni masyarakat prihatin, kucing beranak dia balik, durian berbunga pun dia balik kampung. Itu belum lagi emak dia telefon bagi tau, "omak masak rondang pucuk ubi hari ni haaa... baliklah!" 😆😆😆  jadi expect heavy traffic kalau keluar lambat terutama jika cuti bersambung. Bukan time accident je berlaku traffic jam, tengok itik salai tepi jalan di Terachi tu pun boleh buat kenderaan slow moving heheh...





Jadual aturcara yang di bawah lebih terperinci tetapi tak pernah aku dengar Menteri Besar Negeri Sembilan menggunakan gelaran TYT. Bukankah sepatutnya Yang Amat Berhormat? hmmm 😕😒

Post a Comment

1 Comments

  1. Pengalaman menarik bila dapat rasa suasana kampung kan 😊
    Dekat bandar tak tahu celah mana nak berkubang. Sekali sekala tengok suasana kampung ni terubat rindu suasana bergotong royong riuh rendah. Banyak aktiviti boleh buat bersama keluarga. Kurang pandang laptop atau handphone hihi

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.