Salam Kemerdekaan Yang Ke-60 !



Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60!

Sumber di sini.

Sambutan hari kemerdekaan tahun ini sungguh istimewa kerana kita menang besar dalam Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Dengan kemenangan 145 pingat emas (323 jumlah keseluruhan pingat) kita meninggalkan pencabar jauh di belakang. Edisi ke-29 ini menampilkan anak-anak Malaysia yang sangat berbakat dan hebat di peringkat Asia Tenggara dan dunia. Don't bother lah cakap cakap belakang tu. Kita bukan penuhkan acara dengan traditional games.

"Kita telah #BangkitBersama menjadikan #KitaJuara !"

Semoga kesatuan kita dalam menyokong sukan diteruskan dalam kehidupan seharian. MALAYSIA MILIK KITA SEMUA, bukan milik ahli politik yang boleh dijatuhkan secara bersama.


Pernah ambil tahu mengenai Tujuh Wasiat Raja Melayu?




NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Post a Comment

0 Comments