Cukai Pelancongan (Tourism Tax)) Dikuatkuasakan Kepada Pelancong Asing Bermula 1 Ogos 2017

Tags

Cukai Pelancongan (Tourism Tax)) Dikuatkuasakan Kepada Pelancong Asing Bermula 1 Ogos 2017 | Walaupun berita tentang Cukai Pelancongan ini telah heboh sejak 12 Jun lalu tapi aku rasa ini satu isu penting yang patut diulang dan diberi pemahaman kepada rakyat terbanyak,.Gemparlah sekejap siap menteri berperang mulut mempertahankan hujah (ke ego?) memasing. Mau tak gempar, jika mengikut perancangan asal terkena poket kita kot? Rakyat Malaysia pun 'kena libas'.


Cukai Pelancongan ini diluluskan pada April 2017 lalu melalui Rang Undang-undang Cukai Pelancongan 2017 yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz sendiri. Pembentangan itu mendapat undian majoriti ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. Menurut ahli parlimen Sarawak mereka bersetuju sebab dah mengantuk nau, dah nak Subuh semasa perbahasan tu. Kalau dibantah mau tak balik rumah terus dok berhujah je keje. 

Sewaktu kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan Caj Warisan bukan main gegak-gempita lagi... maklumlah bukan negeri Barisan Nasional. Bila Melaka pun buat, hambar je, redha. Sekarang tambah lagi Cukai Pelancongan. Ya Rabbi...Darul Cukai sungguh Malaysia ni.

Negeri Sarawak membantah lalu bertikam lidah di media. Akhirnya mengisytiharkan keluar dari Tourism Malaysia. Hmm... menang jadi arang, kalah jadi abu. Aku rasa seseorang ni over juga, kenalah berdiplomasi ketika bercakap. Tahulah dah lama di kerusi empuk tu tapi sedarlah selalu pihak berkuasa yang masih berkuasa pun disebabkan dua negeri tu yang dianggap 'safe deposit'. Nak harapkan orang semenanjung ni hmmm... ramai YB yang dah terjun kondo agaknya. 

PENGECUALIAN cukai pelancongan akan diberikan kepada mana - mana agensi pelancongan yang terikat dengan tempahan awal mengikut tempoh kontrak berakhir pada 31 Mac 2018


Tahukah anda apa itu Cukai Pelancongan?
Cukai pelancongan adalah cukai yang dikutip oleh pihak hotel mewakili kerajaan Malaysia. Asalnya ia dibahagikan kepada beberapa kategori dengan kadar terendah RM2.50 semalam dan tertinggi RM30 bergantung kepada takrif bintang setiap hotel. Setelah ramai memberi maklum balas tidak berpuas hati, leceh nak kira bla..bla.. pada 26 Julai lalu Menteri Pelancongan menyatakan bahawa HANYA PELANCONG ASING SAHAJA yang akan dikenakan cukai baharu tersebut secara flat rate RM10 semalam tak kira di mana mereka menginap asalkan premis tersebut menawarkan lebih dari lima bilik.

Image result for cukai pelancongan
Sumber di sini.

Tujuan Perlaksaan Cukai Pelancongan?
Untuk mencantikkan dan menambah baik kawasan tumpuan pelancong.

Kenapa Banyak Pihak Beria Membantah?
1. Risiko kekurangan pelancong. Bila pelancong kurang pendapatan pun kurang, keuntungan apatah lagi. Bila tak untung pembuangan pekerja akan berlaku. Itu belum dikira lagi penjual jajan bertaraf industri kecil dan sederhana yang mengharapkan rezeki Allah dengan kedatangan pelancong. 

2. Pulau Pinang dan Melaka telah mengenakan Cukai Warisan, eh nak kena Cukai Pelancongan pula?

3. Semasa pelaksaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% alasannya juga sama, untuk negara. Service charge je 10%, jadi kenapa mahu dicaj lagi? Tak ke redundant?

4. CIMB Research dalam laporan pada April 2017 berkata, mereka melihat cukai itu sebagai perkembangan yang negatif kepada sektor perhotelan dan menyebabkan ketidakadilan antara pengendali hotel.

5) Negara kita ni ada pelbagai sumber tapi banyak betul cukai dikenakan. Masih banyak ketirisan berlaku. Rakyat bimbang wang yang bakal dikutip tidak mencapai maksudnya. Hanya 10% akan diberikan kepada negeri-negeri. Satu untuk engkau sembilan untuk aku gituh.

Sumber di sini.

Menurut Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2015, dari segi resit pelancongan, ia menurun sebanyak 4 peratus daripada RM72 bilion kepada RM69.1 bilion pada 2015, manakala jumlah ketibaan pelancong merosot sebanyak 6.3 peratus daripada 27.4 juta orang pada 2014 kepada 25.7 juta orang tahun lepas. Kita tunggulah laporan setahun lagi ya, untung ke rugi dengan 'idea bijak' ini.

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai Cukai Pelancongan silalah bertabah membaca RANG UNDANG-UNDANG CUKAI PELANCONGAN 2017. Klik kat link tu.


Nota:
Malaysia dan negara serantau merebutkan pelancong yang sama. Walaupun kita meluat dengan perangai sesetengah mereka tetapi mereka datang membawa duit. Pihak Thailand dan Indonesia nampak agresif dalam mempromosikan tempat-tempat menarik di negara mereka yang sudah tentunya lebih besar dan lebih banyak produk pelancongan. Dimanakah kedudukan kita nanti?

Malaysia telah menjuarai "Pelancongan Muslim" di Asia Tenggara tetapi mampukah kita bertahan? Thailand juga giat mempromosikan "Pelancongan Muslim" dengan menjual produk bersesuaian dengan kemudahan mendapatkan makanan halal di negara non-muslim tersebut. Menangkah kita?



2 comments

dengarnya kalau rakyat malaysia dikecualikan dari tax

Iye, ada tulis kat atas tu. Ni mesti baca lompat lompat -_-

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free