MRT Sungai Buloh - Kajang | Kekerapan Perjalanan, Kadar Tambang & Laluan Feeder Bus

MRT Sungai Buloh - Kajang | Kekerapan Perjalanan, Kadar Tambang & Laluan Feeder Bus | Laluan MRT SBK telah siap sepenuhnya dan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada hari Isnin lalu. Ramai yang tertunggu-tunggu sistem pengangkutan awam yang satu ini yang pastinya mempercepatkan perjalanan dan memberi lebih pilihan kepada pengguna. 


Diharapkan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan secaran drastik dan dapat juga mengurangkan masalah meletak kenderaan bagi ramai pengguna selain mengelakkan kadar meletak kenderaan sehingga RM6 sejam di ibu negara. Kita juga mempunyai pilihan untuk tinggal di luar bandaraya Kuala Lumpur memandangkan kadar sewa rumah/bilik dan harga rumah yang melambung tinggi.

Berikut adalah kadar tambang MRT tanpa tunai (kad MyRapid TnG) dan bayaran tunai (penggunaan token). Guna prepaid card lagi bagus sebab dari sekarang hingga 31 Ogos 2017 diberikan diskaun 50% !



Waktu beroperasi:
Isnin - Jumaat: 6 pagi hingga 12 tengah malam
Sabtu - Ahad: 6 pagi hingga 11 malam

Isnin-Jumaat
Hujung Minggu/Cuti Umum
Train Terakhir (SB) ke Semantan
Train Terakhir (NB) ke Sg Buloh
Waktu Penutupan Stesen
Sungai Buloh
11:30 pm
11:00 pm
N/A
N/A
11:25 pm
11:55 pm
Kampung Selamat
11:33 pm
11:03 pm
12:35 am
12:05 am
11:25 pm
11:55 pm
Kwasa Damansara
11:36 pm
11:06 pm
12:32 am
12:02 am
11:25 pm
11:55 pm
Kwasa Sentral
11:39 pm
11:09 pm
12:29am
12:59 am
11:25 pm
11:55 pm
Kota Damansara
11:42 pm
11:12 pm
12:26 am
12:56 am
11:35 pm
11:55 pm
Surian
11:45 pm
11:15 pm
12:23 am
11:53 am
11:35 pm
11:05 pm
Mutiara Damansara
11:48 pm
11:18 pm
12:20 am
11:50 am
11:35 pm
11:05 pm
Bandar Utama
11:51 pm
11:21 pm
12:17 am
11:47 am
11:45 pm
11:15 pm
TTDI
11:54 pm
11:24 pm
12:14 am
11:44 am
11:45 pm
11:15 pm
Phileo Damansara
11:57 pm
11:27 pm
12:11 am
11:41 am
11:45 pm
11:15 pm
Pusat Bandar Damansara
12:00 pm
11:30 pm
12:08 am
11:38 am
11:45 pm
11:15 pm
Semantan
N/A
N/A
12:05 am
11:35 am
12:00 pm
11:30 pm


Masa
Kekerapan (minit)
Isnin-Khamis Thursday
Jumaat
Sabtu
Ahad/Cuti Umum
0600 - 0700
4.3 minit
4.3 minit
8.6 minit
9.2 minit
0700 - 0800
3.3 minit
3.3 minit
6.5 minit
8.6 minit
0800 - 0900
0900 - 1000
6.5 minit
6.5 minit
1000 - 1100
5.8 minit
7.4 minit
1100 - 1200
1200 - 1300
3.3 minit
6.5 minit
1300 - 1400
5.2 minit
4.7 minit
1400 - 1430
6.5 minit
5.8 minit
1430 - 1500
4.3 minit
1500 - 1600
1600 - 1700
1700 - 1800
3.3 minit
3.3 minit
5.2 minit
1800 - 1900
1900 - 1930
5.8 minit
5.8 minit
1930 - 2000
4.7 minit

2000 - 2100
2100 - 2200
7.4 minit
7.4 minit
7.4 minit
8.6 minit
2200 - 2300
2300 - 2400
14.8 minit
14.8 minit
14.8 minit
14.8 minit




Jika tak jelas boleh lihat di sini.


Setiap stesen MRT ada perkhidmatan bas pengantara (feeder bus) bagi lokasi yang ditetapkan seperti di bawah. Lebih 100 feeder bus disediakan untuk mengangkut penumpang ke destinasi seterusnya.
Maklumat Bas Pengantara (Feeder Bus)
Tambang Biasa
RM 1.00 setiap perjalanan
Tambang Konsesi
RM0.50 setiap perjalanan
Bas Pertama
5.30 pagi
Bas Terakhir
11.30 malam
Kekerapan
10 minit – 15 minit

Maklumat lain berkenaan feeder bus boleh dimuat turun di sini


Rapid KL islah operator untuk MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) Line. Segala persoalan dan maklum balas mengenai operasi MRT, sila berhubung dengan Rapid KL :

Website : www.myrapid.com.my
Emel : suggest@myrapidkl.com.my
Facebook : @myrapid
Twitter : @myrapidkl | @askrapidkl
Instagram : @myrapidkl

Customer Helpline : 03-7885 2585
(Isnin-Jumaat: 7.00 pagi - 8.30 malam, Sabtu & Ahad: 8.30 pagi - 5.30 petang)

Customer Service Counter :  Kaunter ini terletak berdekatan pintu masuk. Waktu beroperasi biasanya bermula jam 6.00 pagi hingga 11.30 malam tetapi berlainan bagi setiap stesen.



MRT Sungai Buloh-Kajang sudah beroperasi! Tambang diskaun 50% !

MRT Sungai Buloh-Kajang sudah beroperasi! Tambang diskaun 50% ! Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan fasa kedua Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang sejauh 30km di Stesen MRT TRX.


Sumber di sini.

Laluan dari Semantan hingga ke Kajang ini akan berhenti di 19 stesen, melengkapkan perjalanan sejauh 51 km bermula dari Sungai Buloh. Keseluruhannya terdapat 31 stesen dengan tujuh daripadanya berada di bawah tanah iaitu Muzium Negara, Pasar Seni, Merdeka, Bukit Bintang, Tun Razak Exchange, Cochrane dan Maluri.

Bermula hari ini tambang akan dikenakan bermula daripada RM1 hingga 6.40. Murah! Berita paling best semalam, pengguna MRT, LRT dan monorel diberikan diskaun tambang sebanyak 50% sehingga 31 Ogos ini. Hah apalagi... waktu ni lah nak berjimat.


Apakah MRT dan mengapa MRT dibina?
MRT ialah singkatan kepada Mass Rapid Transit ialah projek pembinaan pengangkutan awam berlandasan yang menjadi tulang belakang perkembangan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Projek Klang Valley Mass Rapid Transit ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya. Kerajaan berharap 50% perjalanan di Greater Kuala Lumpur/Klang Valley dapat dihubungkan dengan pengangkutan awam bersama-sama dengan kemudahan pengangkutan sedia ada iaitu LRT, monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres and KLIA Transit selain bas.

Projek MRT ini telah diluluskan oleh kerajaan pada Disember 2010. Pada asalnya tiga laluan MRT dicadangkan tetapi hanya laluan Sungai Buloh-Kajang yang diluluskan setelah pelbagai kajian dibuat. Laluan berikutnya ialah Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya Line. Pernah nampak tak 'jambatan tanpa penghubung' di Putrajaya? MRT tu nanti lalu kat situlah kot.


MRT Sungai Buloh-Kajang Line
Fasa pertama bermula dari Sungai Buluh hingga ke Semantan telah memulakan operasi pada 16 Disember 2016 manakala Fasa Kedua Semantan-Kajang bermula semalam, 17 Julai 2017. 

Setiap set keretapi akan menggunakan empat gerabak dengan kapasiti 1,200 orang penumpang. Dijangkakakn 400,000 orang akan menggunakan khidmat MRT setiap hari.


Peta Transit Berintegrasi Lembah Kelang/Klang Valley Intergrated Transit Map
Dari Gemas boleh sampai ke Port Klang dan Tanjung Malim naik keretapi je haa.. pastikan bawa buku dan powerbank 😁




Stesen bawah tanah

Image result for mrt kuala lumpur launch
Kadar Tambang
Kadar tambang sangat berpatutan. Harapnya biarlah kekal bertahun lamanya. Dari hujung ke hujung baru RM6.40 tunai atau RM5.50 dengan kad TnG. Kanak-kanak diberumur dibawah tujuh tahun dapat naik MRT dan feeder bus secara percuma. Kadar yang tepat boleh dibaca di sini.

Always go cashless! Bagi yang menggunakan kad, dah tukar kepada MyRapid TnG? Tempoh penukaran dilanjutkan kepada 31 Julai 2017.  Info lanjut di sini.



Frekuensi Perkhidmatan
Bermula jam 6 pagi dan berakhir 12 tengah malam. Frekuensi terbaik pada hari Isnin hingga Jumaat iaitu setiap 3.3 minit di waktu puncak pagi dan petang. Boleh semak jadual kekerapan di sini.

Waktu puncak : 
7.00 - 8.00 pagi
5.00 - 7.30 petang


MRT dibina untuk kemudahan semua. Bersama-samalah kita menggunakannya seperti rakyat yang bertamadun. Jika disediakan fasiliti terbaik dunia tetapi masih berperilaku dengan minda kelas ketiga pun tak guna juga. Contohilah negara maju seperti Jepun dimana rakyatnya sentiasa menghormati hak awam.


***
Bilalah MRT ni nak sampai ke Seremban agaknya? Setahu aku Seremban termasuk juga dalam Greater Klang Valley. Terkial-kial KTM Komuter nak sampai ke KL, sejam suku kak ooiii... itupun kalau takde power failure di tengah perjalanan. Pelik sungguhlah, takde traffic lights takde jam pun lambat. Itu belum lagi kisah tak menepati masanya lagi... kekadang tercepat dari jadual kekadang lambat. Keretapi beratus seat tapi tambang naik dari RM6 sehala kepada RM8.70. Naik waktu puncak belum tentu dapat tempat duduk. Maka berdirilah engkau dengan harapan tiada bau ketiak masam di depan muka.

Bas boleh memuatkan 40 penumpang sahaja, confirm dapat tempat duduk tetapi tambang setakat ini maintain RM6 sehala.

Habis tu bising apa lagi, naiklah bas! - kau kata.

Eh, kalau dah tambang naik tak agak agak takkan nak redha je? 


Ramadhan & Syawal Kami Yang Sederhana

Tags

Ramadhan & Syawal Kami Yang Sederhana | Ya Allah lamanyalah tak update blog. Terakhir 23 Jun, dua hari sebelum raya. Sebenarnya dalam dilema nak menaip ke... nak baking? Dua dua akan consume time. Kalau dah duduk depan laptop ni memang akan berejam punya. Kalau buat biskut pun lama gak sebab alang alang dah kotorkan mixer jalan terus dua tiga jenis. Buat biskut untuk makan sendiri je (dijual juga sedikit Ramadhan lepas)... jika ada tetamu kira rezeki dia lah tu.


Syawal seperti yang kita sedia maklum adalah perayaan besar di Malaysia dan seluruh nusantara yang mana agama rasminya Islam. Syawal disambut meriah hingga mengabui Ramadhan yang penuh barakah itu sendiri. Aku rasa Ramadhan aku kali ini lebih berkualiti sebab mampu memaksa diri pergi bertarawikh berbelas hari di surau dan masjid berbanding tahun-tahun lepas yang tak dibuat lansung. Anak kecil bukan alasan sebab anak bongsu dah sedia baik sejak lahir tak tantrum, tak berkejaran terpekik terlolong di masjid. Dia biasa dengan adik-beradik dia je jadi agak takut dengan orang luar. Alasan sebenar adalah MALAS. Alangkah ruginya selama ni. Yang kurang best nya surau kat rumah aku ni lambat nau start solat, ada masanya terlajak hingga 10.15 baru tamat. Haiyooo dah tak khusyuk solat megenangkan "Andainya Takdir" dah start hahahha.... esoknya terus aku gi solat di masjid, 9.45pm dah tamat. Lega. Kah!

Semua anak-anak kecuali yang bongsu berpuasa. Namun begitu aku tetap curiga... aku mak kan, boleh agak siapa yang betul betul berpuasa dengan yang berlakon. Tambahan pula aku ni rajin buat investigation hehee... nasihat sudah cuma aku berdoa dan berserah pada Allah. Kita mampu berusaha je.. hanya Allah sahaja yang Maha Kuasa merubahnya.

Dalam bulan puasa pun duit belanja sekolah tetap diberi tetapi dikurangkan jumlahnya. Kasi chance-lah bebudak ni membeli air kesukaan memasing. Dah air kaler biru hijau merah kuning tu pun muncul setahun sekali je takkan nak ditahan tahan pula kan? Kali ini kami jarang membeli kuih-muih. Beli empat ketul pun tak habis. Kami makan macam dinner biasa seperti bukan di bulan puasa. Berpuasa ni haus je lebih, takdelah lapar sangat. Telan air tiga empat gelas terus hilang separuh rasa lapar tu hahah...


PAKAIAN RAYA
Rezeki anak-anak murah. Pakcik makcik yang masih single dan atuk uwan banyak belikan baju. Maksu mereka siap bawa ke Sogo nun pi shopping. Aku ni nan hadolah nak bawa ke tempat sesak camtu. Memasing dapat baju seorang dua helai, seluar sehelai. Lepas tu uwan belikan baju lagi. Pakcik tambah t-shirt untuk anak-anak yang bujang. Dia beli t-shirt murah kat bazaar Ramadhan tu sampai seplastik hehee... seronok jumpa barang murah agaknya.

Atuk bagi duit untuk si bujang beli kasut. Kasut si kakak maksu belikan. MasyaAllah rezeki. Set B yang kekecik tu tak perlu dibelikan kasut, bukannya nak pakai pun. Baju Melayu pun pakai yang tahun lepas punya. Kami belikan baju kurung kakak, baju Melayu, seluar jeans dan t-shirt untuk si bujang dua orang tu je. Banyak betul jimat tahun ni. Kalau tidak mau empat angka juga belanja raya. Husband aku tak nak beli baju Melayu baru sebab katanya yang lama elok lagi. Yang lama tu dah laaamaaaaa sangat bang! 

Baju aku? Sekadar dua pasang baju kurung yang aku tempah November lepas untuk majlis kahwin anak-anak jiran. Bapak lamalah tailor tu jahit. Kalau komplen karang merajuk pula. Orang kita ni kan sensitif. Bagus jahitannya sedap dipakai tapi itulah, kemain lama bertangguh. Dah siap tak pula call hmmm... 


KUIH RAYA
Seperti tahun lepas, kuih-muih raya aku buat sendiri. Tahun lepas pinjam oven jiran. Jiran-jiran aku ni baik belaka. Ada yang beli periuk Noxxa tak reti guna siap offer suruh aku rasmikan. Ada yang miliki oven tapi guna setahun sekali je... itupun semata-mata buat kek raya. Oleh sebab dah beberapa kali dia offer kat kita, kita pun pinjamlah. Adab meminjam ni takkan nak berlama-lamaan pula kan? Aku pulunlah buat LAPAN jenis dalam masa dua hari... sampai terbaring depan oven hahah... 

Tahun ni guna oven sendiri- oven baru yang 120 liter punya 😁😁. Berbaloi bos belikan sebab setiap minggu buat bergilir almond chocolate chip dan tart nanas. Rajin tak? Rajin sungguh menggemukkan badan hahah.... Tahun ni buat biskut yang dua tu, biskut conflakes, kuih siput, popia nestum dan wonder cheese. Tak boleh berhenti makan wonder cheese ni oih, semalam buat lagi 😁


CERITA RAYA KAMI
Tahun ini kami beraya di Kedah dahulu. Semua adik-beradik suami beraya di rumah mak, meriah! Yang sedih dan sunyi sepi rumah mak di Kuala Pilah. Adik aku yang dah berkahwin tu pun balik ke rumah mertua. Dia memang bergilir betul dengan isterinya. Aku tak kisah nak raya memana dulu, ikut cuti TAPI raya kedua mesti beredar ke rumah pasangan. Minta maaflah, aku tak mahu tolerate nak drag sampai raya ketiga keempat. Perjalanan ke kampung lagi satu pun dah habis sehari. Cuti persekolahahan lain, hari raya lain. Faham sendirilah ya.. memasing ada mak ayah kan?

Keluarga kami besar, dah tak muat satu kereta jadi dua orang anak kami suruh naik bas. Bebudak tu suka je sebab selesa. Cuma bila balik ke KL aku naik bas dengan kakak sebab aku jangkakan akan sampai TBS jam 2.30 pagi. Takkan nak dibiarkan anak-anak sendirian pepagi tu kan? Takkan nak suruh husband temankan mereka dan aku kena drive? oh tidakkkk... aku jadi driver hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sabtu, Ahad dan cuti am aku terus duduk di passenger seat 😁😁😁. Tak kuasa mak.

Segala macam umat ada di TBS (Terminal Bersepadu Selatan) tu. Sesiapa yang biasa berada di TBS waktu awal pagi boleh nampak ramai foreigner tidur di sana. Mereka bukan treveller sebab tak bawa beg besar pun tapi entahlah, tak pula selekeh macam gelandangan di kaki lima bangunan di KL tu. Jumlah mereka SANGAT RAMAI di dalam dan di luar. Di kaki lima tempat bas sampai tu pun penuh.

Seperti tahun sebelumnya mak mertua buat lemang. Dah lama juga tak merasa ketupat palas. Pernah sekali belajar membuat sarung ketupat palas tu tapi selalu jadi yang betina je hok jantan tak mau jadi. Aku ni tak reti dok dapur reramai... potong itu ini sikit, kacau lauk yang bertenggek lepas tu aku blah. Selalunya aku menyapu dan basuh pinggan. Banyak status komplen bab kerja dapur ni aku baca di facebook selepas CW start tapi kan, teamwork ni bukannya buat sesuatu kerja yang sama bersama-sama tetapi menyelesaikan sesuatu tugas bersama-sama. Yang penting end result tercapai. Mak Jemah yang suka sangat komplen tu elok dihantar pergi team building. Aku suka apa yang Khairul Hakimin Muhammad tulis (sila baca di penghujung cerita), setiap orang ada sumbangan. Dua hari sebelum raya kami dah sampai jadi aku memang dah buat kerja memasak. Aku masak rendang Negeri Sembilan petang raya pertama tu. Sedap baq hang! hahah... takde orang nak puji pun walaupun asyik tambah ayam dalam pinggan. Cili api takdo terpaksa guna cili akar je, tak podeh. Semua buat sendiri kecuali kopek dan mesin kelapa. Tak ghoti den nak mengupas sabut kepala tu. 

Malam raya tu pergi ke Bazaar Ramadhan Batu 42 lagi sebab anak buah yang darjah tiga nak berinai. Sudahnya akupun terjebak sama. Dedulunya Bazaar Ramadhan di pekan Baling yang meriah tapi sekarang dah bertukar. Boleh tahan cantik baju kurung fesyen kat situ tapi harganya lebih mahal berbanding Seremban. Mungkin sebab kos transport kot. Ada satu gerai tu jual baju kurung, jubah dan dress dengan harga yang sangat murah tapi aku tak belilah untuk diri sendiri, belikan untuk anak-anak buah perempuan je. Baju kurung dan dress budak sampai umur 10 tahun RM15 je sepasang. Giler murah! Dahlah material bagus. Aku beli jugalah sebab geram tengok hahaha... Nak dibelikan untuk anak sendiri semua boboiboy so belikan untuk anak orang lain je lah.

Di pagi 1 Syawal aku tak pergi solat sunat Eidul Fitri sebab si kecil lambat bangun. Dah bangun nak menyusu dulu sebelum mandi. Bimbang terlepas solat macam tahun lepas (sampai surau solat pun tamat), aku solat sendiri je di rumah. Ofkos tak meriah dan tiada mood raya. Balik je semua orang dari masjid kami pun buat photoshoot raya. Mestilah aku yang jadi official photographer. Sakanlah memasing bergambar. Memula ambil gambar keluarga memasing, anak buah, anak buah perempuan, anak buah lelaki, gambar seorang, gambar mak ayah, gambar reramai, gambar serius, freestyle.. eh memacamlah. Mentang mentang tak pakai filem dah hehe... semua happy nampaknya. Gambar aku je tak lawa 😩. Menyampah!



Rumah mak mertua aku sentiasa dikunjungi ramai orang. Selain lemang, lontong juga dihidangkan pagi tu. Kalau nak tunggu tetamu reda tak bergeraklah kami pagi tu jadi kami yang dah berkeluarga ni pergilah beraya dulu ke rumah saudara. Dapatlah berjumpa 'tauke' yang buat program berkayak di Sungai Baling. Eh murah je... RM10 seorang untuk 5km. Tak pastilah termasuk sewa life jacket ke tidak. Nak berkayak lebih jauh pun boleh. Syok oih berkayak ni. Kalau perlukan guide untuk mendaki Gunung Baling dan Gunung Pulai pun boleh contact mereka ni www.kayakbaling.com .

Esoknya dua keluarga yang akan balik ke selatan ni pergi beraya dulu. Dapatlah beraya di lima buah rumah. Lebih senang nak berjalan dengan budak kecik, hati pun tak sakit suruh bangun bersiap segala. Mujur Chef Wan tu bukan pakcik kau, nak.

Malam kedua aku dan kakak balik ke KL naik bas. Ingatkan bas tu ikut route biasa hanya berhenti di Pengkalan Hulu mengambil penumpang tetapi singgah di Kulim dan mana entah. Pukul empat pagi baru sampai TBS. Elok juga tu sebab taklah lama sangat menanti siang. Kami berdua nak mengejar first train ke Seremban jam 6.11 pagi jadi bila azan Subuh je terus solat dan bergegas ke stesen KTMB tapi macam harem service KTMB ni, 6.04 baru tarik shutter. Orang dahlah ramai, hanya satu kaunter dibuka dan HANYA SATU mesin tiket menerima wang kertas. Yang lagi tiga tu hanya boleh telan duit syiling. Kau rasa?? Confirm terlepaslah kan first train maka usaha kami berpagi-pagian tu menjadi sesia terpaksa menunggu train pukul tujuh pagi pula. Hampeh sungguh KTMB ni. Hampeh! Husband dan anak-anak yang bertolak balik jam 10.30 malam dari Baling tiba di Kuala Pilah 6.30 pagi. syukurlah semuanya selamat. Kami berdua sampai 9.30 pagi. Begitulah kisahnya bila menggunakan public transport di Malaysia ni. Sistem monopoli memang tak bagus.

Happy lah mak abah den bila semua anak cucunya dah sampai. Maka terbongkanglah memasing sampai tengahari huhuu...


DUIT RAYA ANAK-ANAK
Alhamdulillah rezeki budak. Ada yang dapat lebih daripada RM200 dan ada yang kurang sikit. Kali ini selepas dua minggu aku terus masukkan dalam Tabung Haji sebab bimbang terguna. Maklumlah selepas raya poket mak ayah kan kering kontang . Tak nak jadi seperti tahun lepas, kemain susah nak mengganti duit yang dah terpakai tapi taklah kesemuanya disimpan. Aku layankan aje bila mereka nak duit tu untuk beli pistol mainan, repair basikal, belanja petang dan lain-lain. Duit raya yang diterima selepas itu aku biarkan mereka joli katak. Penat oih kayuh basikal pergi beraya sambil kumpul duit raya 😁


Begitulah kisah Eidul Fitri 1438H kami yang serba sederhana. Kos minyak dan tol pergi balik je dah berapa. Makan minum lagi. 3 Julai daftar masuk belajar anak kedua, duit lagi. Tahun depan insyaAllah enam orang sekali jalan belajar. #LapPeluh

Tak mampu dah nak berhutang beli kereta besar hingga sembilan tahun. Nak berjalan beramai-ramai ni setahun berapa kali je... anak-anak kami bukannya seperti anak orang lain yang sudi menurut mak ayahnya ke sana ke mari. Dah remajalah katakan, tak cool lah kononnya mengekor ke mana mak ayah pergi. Bersyukurlah dengan apa yang ada, ikut kata menteri pasola, berjimat.

Cerita raya anda pula macam mana? Mesti lebih menarik kan? Selamat hari raya!


#RayaKanSebulan


***
Oleh: Khairul Hakimin Muhammad
Aku faham kenapa emak aku selalu pesan supaya tak payah tegur mereka yang terbungkang depan tv, kelek anak 24 jam dan sibuk dengan telefon sepanjang masa dari bantu di dapur dan mengemas rumah.



Emak aku nak:


1. Jaga hubungan.

2. Jaga hubungan.

3. Jaga hubungan.

Dan emak aku tahu, ada anak dan menantu dia yang rajin. Jadi tak perlu dia bising dan tak juga dia suruh sesiapa bising.

Nak buat, buat. 
Tak nak buat, tak apa.

Inilah keluarga. Memang ya, tak tolong di dapur, namun ada belikan emak air Coway. Tak tolong kemas rumah, namun dia lah yang beri duit belanja bulan-bulan di rumah emak.

Tak bantu itu ini semasa raya, sibuk bertelefon, namun dia juga yang sediakan bahan, beri duit, beri baju, siapkan langsir untuk rumah emak. Dan kita ini bukanlah tahu semua kan? Ada yang suka bantu diam-diam. Hihi.

Biasalah. Ada lebih kot yang ini, ada lebih kot yang itu. Itu normal.

Sama juga, ada yang kurang kot ini, kurang kot itu, namun adalah melengkapi dari sudut lain.

Paling penting, hubungan anak-anak, menantu beripar duai dan cucu-cucu semuanya baik-baik.

Kheeeen?










Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free