Motivasi | Nikmati hidup

Tags


Kalau kita tak cuba sesuatu mana nak tahu hasilnya buruk, baik atau cemerlang. Dah biasa kan kita dengar orang berkata ... 

"Buat apa lah dia pergi juga ke tempat tu, orang dah kata tak best!"
Apa yang kau cari dalam perjalanan tu tak sama dengan apa yang orang lain cari. Ada orang 'mencari' dirinya sendiri. Ada orang suka theme park, aku lebih suka nature dan eco-tourism. Ada orang suka trip shopping pagi petang malam, aku rasa lemas pula melainkan memang bertujuan nak bisnes. Ada orang play safe, jalan-jalan ke tempat yang touristy saja. Aku suka juga masuk gua dan flying fox. Walaupun berani berani takut 😃 aku rasakan ia satu pencapaian setelah mencuba. Bangga ai bercerita dengan anak-anak tau.

Ada juga ibu bapa, guru dan senior yang memberi nasihat yang kurang tepat/salah. Contohnya:

"Tak payahlah ambil engineering course, melambak dah graduan takde kerja."
Yang sebenarnya bidang kejuruteraan sangat banyak. Ada computer engineering, software, civil, mekanikal, elektrik dan lain-lain. Pilihlah bidang yang sentiasa ada permintaan dan janganlah nampak kerja tu di Malaysia aje. Singapura dan Brunei juga Timur Tengah perlukan tenaga professional untuk kemajuan negara mereka. Negara kita je kaut semua orang yang nak masuk sini. Pesan Professor Badlishah, diploma/ijazah tu memudahkan kita untuk switch ke bidang lain dan bukan hanya mengharap bidang itu sahaja. Kelulusan itu satu kelebihan.

Pernah juga dulu semasa aku memula kerja adalah seorang si polan ni cakap, dah elok kerja dekat nak kerja jejauh. Bodoh!
Hek eleh... I want to experience life lah! Muda belia lagi. Ekonomi bagus masa tu memang senanglah nak bertukar kerja. Gaji naik staff benefits pun lebih. Kita pun nak tahu juga bidang mana yang bersesuaian dengan kita. Nak dapatkan confirmation kenalah mencuba beberapa post/task. Kalau aku dengar cakap si polan tu samalah aku macam anak dia, macam tuuu jugalah malah ada yang 'hidup mengundur'. Mengharap sangat menantu belikan harta. Aku cari sendiri. Walaupun tak seberapa tapi rasa tinggi je confident level tu hehee... Allah dah tetapkan setiap manusia ada kelebihan memasing. Walaupun tak pandai matematik pandai je aku kira duit. Gitu.  




Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free