Pulau Pinang | Reclining Buddha at Wat Chayamangkalaram



Pulau Pinang | Reclining Buddha at Wat Chayamangkalaram | Selain Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik utama di semenanjung Malaysia,  masyarakat keturunan Thai (Siam) juga ramai yang bermastautin di sini. Kebanyakan daripada mereka mendiami negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2000, 50,211 individu etnik Thai di tinggal di negara ini dimana 38,353 (atau 76.4% daripada mereka) memegang warga negara Malaysia. Kebanyakan orang Siam Malaysia beragama Buddha dari mazhab Theravada dan tempat sembahyang mereka digelar wat. Setiap wat ditadbir oleh beberapa orang sami. 

Orang Siam di Kelantan agak sukar dikenali. Selain wajah yang serupa warga Melayu, mereka juga fasih bertutur dialek Kelantan. Cara hidup dan makanan juga menyerupai masyarakat Melayu. Yang membezakan hanyalah agama dan bahasa Siam yang mereka gunakan sesama mereka.

Tahukah anda bahawa secara politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai bumiputera?


Masyarakat Siam di Pulau Pinang
Sejarah kedatangan masyarakat Siam di Pulau Pinang berkait rapat dengan kisah sejarah Pulau Pinang-Kedah-Siam. Kisah lama yang kalau nak diceritakan esok pun tak habis. Seronok belajar tentang sejarah negara tanpa stress untuk exam. Bacalah sendiri ya, aku pun bukannya pandai nak menceritakan mengikut kronologi.

Agama Buddha dianuti sebahagian besar kaum Cina sama seperti warga keturunan Siam. Oleh itu banyak sekali kuil dan wat dibina oleh penganut agama ini di Pulau Mutiara. Mereka juga merayakan Hari Wesak sebagai hari memperingati kelahiran, enlightenment (pencerahan?) dan kematian Gautama Buddha. 


"Reclining Buddha" di Pulau Pinang


Sebenarnya aku tak jangka pun di Malaysia ada patung Buddha yang berbaring mengiring ni. Ingatkan di Wat Pho, Thailand je ada... tapi yang itu sangat besar, tengoklah je lah kat blog post tu. Kalau tak gunakan wide angle lens memang tak muat masuk dalam sekeping gambar sebab ia 'dikepung' dan ada tiang-tiang besar menghalang pemandangan.

Wat Chayamangkalaram ialah sebuah wat Siam dimana tanahnya seluas lima ekar telah dihadiahkan oleh Queen Victoria pada 22 Julai 1845 melalui wakilnya Mr. W.L. Butterworth daripada The East India Company of Penang. Masa tu kan kita masih dijajah Inggeris lagi.

Kuil dan berhala utamanya telah dibina oleh sami yang berasal dari Thailand pada tahun 1900 sebelum pengubahsuaian dilakukan 88 tahun kemudian. Kini wat ini berunsurkan arkiteksur Thai moden. Di dalamnya dibina "reclining Buddha"- Pra Buddhachaiya Mongkul, yang dikatakan antara yang terpanjang di dunia. Panjangnya 180 kaki dan bersadur emas. Patung ini berbaring ke kanan dengan beralaskan tapak tangan kanan menghadap ke utara.



Sami pertamanya ialah sami Buddha bermazhab Theravada dari Thailand, Phorthan Kuat, yang turut dikenali sebgai "Powerful Monk". Mengikut cerita lagendanya sami ini sangat sukakan laksa yang merupakan makanan istimewa di Pulau Pinang. Sehingga kini ada juga penganut yang membawa semagkuk laksa untuk dipersembahkan kepada dewa mereka. Korang yang muslim tu toksahlah pi makan pulak bila nampak laksa dalm wat tu... makruh. Nak makan kena beli, takde yang free ya.

Di hadapan "reclining Buddha" tersebut terdapat banyak patung kecil yang menggambarkan dewa-dewi mereka untuk disembah. Lantainya pula penuh dengan motif bunga teratai (lotus) yang sinonim dengan agama Buddha.

Dinding wat dilukis pelbagai imej Buddha oleh pelukis ternama Thai. Di belakang patung besar itu pula, tersimpan beratus abu mayat penganut Buddha di Pulau Pinang. Penganut yang biasa datang ke wat ini lah kot. Aku pun tak sangka jumpa tempat penyimpanan tu... sesajalah berjalan di keseluruhan wat pastu tetiba...



Tahun Baru Thai, Hari Wesak, hari memperingati penubuhan wat dan beberapa lagi perayaan di sambut di Wat Chayamangkalaram ini. Pada masa tersebut ia akan penuh sesak dengan penganut dan pelancong asing yang ingin menyaksikan pembakaran joss-sticks dan upacara penyembahan.

Persediaan untuk menyambut Loy Krathong yang jatuh pada malam bulan ke-12 kalendar Cina dimana berakhirnya musim hujan dan bulan mengambang penuh. Biasanya pada bulan November. Pada waktu ini para penganut Buddha akan berhimpun di tasik, sungai dan terusan akan melepaskan bungai teratai buatan yang dihias liin, pewangi dan bunga.


Wat Chayamangkalaram
17, Lorong Burma
Pulau Tikus
10250 George Town
Pulau Pinang
Malaysia.

Masuk PERCUMA. 



Post a Comment

0 Comments