Hotel Review | Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching

Hotel Review | Merdeka Palace Hotel & Suites | Hotel lama yang elegan ini berada di hadapan Padang Merdeka di tengah bandar Kuching, Sarawak. Terkenal dengan staf yang mesra pelanggan, ia masih mengekalkan standard perkhidmatan terbaik sebagaimana komen-komen tetamu yang aku baca sebelum ke sini.


Kerana kedudukannya yang strategik Merdeka Palace Hotel & Suites ini sangat sesuai dijadikan base untuk kita explore bandar Kuching. Hanya tiga minit ke Plaza Merdeka Shopping Mall  dan muzium, kita juga boleh berjalan kaki ke tepian Sungai Sarawak yang lebih dikenali sebagai Kuching Waterfront. Kuching International Airport pun hanya 15 minit sahaja jauhnya dengan berkereta. Kuching Waterfront tempat kita menaiki perahu tambang untuk ke Fort Margeritha, bangunan Sarawak State Assembly dan kedai-kedai kek lapis.

Sumber di sini

Sumber di sini

Jenis bilik yang ditawarkan:
Standard, superior, deluxe dan apartment suites.

Apa yang best sangat menginap di Merdeka Palace?
Aku pernah menginap di suites apartment tiga bilik yang luas dan selesa. Tilam dan bantal tu menambah nyenyaknya tidur. Dapat pula city view lagilah best. Kalau ada konsert di padang tu boleh tengok dari dalam apartment je (bukan semua).



Walaupun interior furnishings nampak stail lama tetapi ia dilengkapi flat screen tv dengan saluran satelit, safe deposit box dan microwave. Senang nak perangat pizza yang tak habis siang tadi. Jug kettle haruslah ada kan?

Apartment ini sangat selesa untuk yang datang dengan keluarga, duduk sekali senang nak kejut anak solat Subuh. Living room tu sesuai untuk anak-anak bermain. Sekiranya kita menyewa dengan kengkawan pun ruang tersebut boleh kita gunakan untuk melonggok segala kek lapis, ikan terubuk, kain batik, barang perhiasan rumah dan sayur midin hahahha.... gigih bawa sayur midin balik semenanjung. Ingat, kalau naik Air Asia sila tambah luggage at least empat jam sebelum terbang ye. Korang ni kalau shopping boleh lupa dunia.

Lepak di lobi pun syok juga. Ambience yang menyenangkan.

Masuk je...WOW luasnya!

Ruang menonton tv.
Bangunan kiri tu ialah muzium negeri. Aku rasa isi dalamnya sama je macam masa aku kekecik dulu. Di belakangnya akuarium ikan. taman dan sebuah monumen. 




Hotel bisnes dan kembara lima bintang ini turut menyediakan fasiliti dan perkhidmatan berikut:
Penjagaan bayi/kot bayi
Ruang perbincangan bisnes
Penukaran wang asing
Kedai hadiah
Dobi dan cucian kering
Wake up call
Tour desk - sila lihat Tempat-tempat Menarik di Kuching

*Selama menginap di hotel sejak anak seorang belum pernah lagi aku menggunakan baby sitting service. Agaknya mak-mak berstatus korporat yang banyak gunakan servis ni. Ye lah kan, kalau anak fully breast feed haruslah dibawa kemana pergi walaupun untuk business meeting.


Kemudahan Rekreasi:
Gimnasium, bilik sauna, kolam renang, urutan tradisional Melayu dan tempat kanak-kanak bermain. Tak dapat nak komen sebab tak sempat mencuba. 

Tiga restorannya pula dikatakan bertaraf dunia:Ristorante Beccari - restoran Italy yang pernah memenangi anugerah
Aurora Court - dibuka sepanjang hari
Seattle Coffee & Tea - bistro. Sesuai untuk mengopi dan berborak.

Aku yang suka makanan berasaskan tepung ni rasa sedap sangat pizza dan snek di Ristorante Beccari tu. Sarapan pagi boleh tahan sedap juga tetapi mungkin boleh dipelbagaikan lagi hidangan untuk memenuhi pelbagai selera di pagi hari.


Apa pula perkara yang tak berapa 'ngam' di hotel ini?
Di sesetengah bilik boleh nampak kubur Cina lama tapi aku okay je sebab masa kecil dahulu main buaian dekat situ hehee... selama mana kita tak menakut-nakutkan diri kita sendiri, tenang tenang aja deh.


Merdeka Palace Hotel & Suites
Jalan Tun Abang Haji Openg,
93000 Kuching
Sarawak

Klik sini untuk tempahan.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free