Thailand | Jangan Risau Kelaparan, Lihat Senarai Kedai Makanan Halal Di Koh Samui

Thailand | Jangan Risau Kelaparan, Lihat Senarai Kedai Makanan Halal Di Koh Samui | Majoriti rakyat Thailand beragama Buddha tetapi ramai penduduk beragama islam di selatan negara itu. Di Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat, Phuket, Krabi dan Koh Samui komuniti islam agak besar dan mereka turut bertutur Bahasa Melayu loghat Kedah atau Kelantan bergantung di mana lokasi mereka lebih berhampiran (tidak di Krabi). Sekiranya sesebuah tempat di Thailand bertaraf bandar atau ramai pelancong muslim di sesebuah negeri/lokasi pasti akan ada yang berjualan makanan halal. Malah di Bangkok sendiri tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal untuk mengisi perut.


Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman baru baru ini, banyak kedai makan halal di Koh Samui cuma ia tidaklah sebanyak di Krabi. Tidaklah rugi jika ada pihak yang benar benar berusaha untuk menyediakan makanan halal kerana ia boleh dimakan oleh semua orang, tidak terhad kepada orang islam sahaja. Malah negara seperti Jepun, Korea dan Taiwan berlumba-lumba menawarkan produk berstatus halal. Di Thailand kita dengan mudah akan mendapat bekalan produk halal seperti pes tomyam, pes phad Thai, sos ikan dan minyak masak di pasaraya besar seperti Big C. Jadi jika menyewa apartment tidaklah menjadi masalah untuk kita memasak sendiri.

Tak syak lagi, makanan Thai memang sedap. Dah biasa kan makan di kedai tomyam memalam? Tak kedai mamak, kedai tomyam. Itulah yang kebanyakan kita orang Malaysia ni dok ulang. Diharap dengan adanya senarai "kedai makan halal" ini boleh membantu anda sewaktu berkelana di Koh Samui. Walaupun tidak menyenaraikan kesemuanya tetapi rasanya yang ini pun dah mencukupi untuk percutian empat lima hari.



Restoran Makanan Halal Di Koh Samui
(kedai nombor 1 di belakang kedai no 2, Chaweng Lake di sebelah kiri, berdekatan roundabout dan balai polis trafik. No 1 hingga 4 adalah berdekatan)

1. Reef Halab
167/12 Moo2 Bo Phut
Chaweng, Samui
Thailand 84320
Tel : 092-3685001/ 087-7553318
Waktu beroperasi: 11 pagi - 2 pagi

Menu dan harga makanan di Reff Halab, nak ala carte pun boleh. Telur dadar campur udang, sedap.

2. Farest Restaurant 
167/12 Moo2 Bo Phut
Chaweng, Samui
Thailand 84320
Tel: 086 8808192
Waktu beroperasi: 11 pagi - 1 pagi

3. Samui Night Market
Chaweng
-dalam 100/200m sebelum sampai ke Reef Halab)

4. Foodcourt sebelah Chaweng Central Festival. 
Ada 1 kedai Seafood Halal and 2 Indian Food.

5. Dekat Guan Yu Shrine
399/ 84310 Lamai

Guan Yu shrine di dalam, di depannya ada deretan kedai. Jika kita menghadap shrine ini, kedai makanan halal tersebut di hujung kanan. 100 meter dari kedai makan tu ada tukang jahit langsir, manalah tahu nak tempah pula kannnn... 😉


Guan Yu Shrine. Sumber di sini.

6. Melayu Samui Seafood Restaurant
366/1 Muslim Village
Hua Thanon
Koh Samui
Tel: 089 9751165
Waktu beroperasi: 9 pagi - 10 malam

Jarak perjalanan 16km (28 minit) dari Central Festival Chaweng,

Nota:
Di kawasan sekitar Masjid Nurulihsan di perkampungan muslim di Hua Thanon ada banyak peniaga menjual makanan halal bermula dengan sarapan pagi. Dimsum pun ada dijual depan masjid tu. Masjid ini tak jauh dari Hin Tai dan Hin Yai rock. 

Kalau nak order teh panas, charon. Nak teh ais, chayen. Teh tarik, chachak.

Melayu Samui Seafood Restaurant.

Baru sebahagian je ni. Ai tak suka ketam.

7. Fisherman's Village di Bo Phut Beach (petang Jumaat sahaja)
Pasar malam ini berbentuk L jadi jangan tak explore both sides. 15 minit dari Chaweng Beach. Ada jual seafood, pancake dan sushi.

Gerai sushi di Fisherman's Village di Bo Phut Beach.

8. Faria Halal Food Restaurant 
54/10 Chaweng Beach, M.3, T.Bo Phut
Koh Samui, Suratthani 84320
Tel : 084-6264813, 086-6262722 (Mr.Maruth)
Waktu beroperasi: 9 pagi - 8 malam
(Terletak di mainroad area Chaweng Beach, opposite dengan Bangkok Hospital, Samui)

9. Nasi Ganja di Muslim Halal Food
Dari Bangkok Hospital (kiri) jalan terus lebih kurang 300 meter sehingga berjumpa traffic lights di simpang tiga, jalan terus ke depan sikit lagi. Kedai tu di sebelah kanan.

10. Ihsan Muslim Restaurant
45/58 (Talat Daow) Chaweng Beach, M.3, T.Bo Phut, Koh Samui
Tel: +66 80 145 3134 / 081-2810410
Waktu beroperasi: 8 pagi - 10.30 malam

- Tepi jalan berdekat Tesco Extra, murah dan sedap. Dari traffic lights yang kita nak pergi ke kedai Nasi Ganja tu kita belok kanan. Jalan ke depan lebih kurang 100 meter kemudian pandang kanan.

11. Bang Hasan Samin Restaurant
Near PTT Gas Station (on ring road) Chaweng Beach
M.3, T.Bo Phut, Koh Samui
Suratthani 84320

12. Anantara Lawana Koh Samui Resort
92/1 Moo 2, Bophut, Koh Samui, Surat Thani 84320, Thailand

13. Krua Halal Restaurant
310/19 M.3 Nathon Town
T. Angthong, Koh Samui
Suratthani 84140
Contacts: 081-0836692 (Ms.Malee Darasaeng)
Opening Hours: 07.00-21.00

Kalau nak bertukar selera ke makanan india boleh try restoran di bawah but they serve liquor too.
14. Curry Pot Indian Restaurant
Chaweng Beach Road
Samui
Tel: 083 6363944 / WA +66 83 6458507
Waktu beroperasi: 11 pagi - 11.30 malam
(bertentangan Central Festival shopping Mall dan berdekatan Al's Resort)

15. 7 Eleven


Puas ai makan seafood empat hari di Koh Samui. Syok oih!


TIPS untuk berjalan-jalan di Koh Samui
Nak bergerak di Koh Samui ini lebih mudah dengan menyewa basikal, motorsikal atau kereta. Dapatkan peta di hotel untuk memudahkan perjalanan.

Tolong JANGAN tinggalkan passport anda pada orang yang menyewakan motor/kereta tu ya dan periksalah dahulu kondisi kenderaan tersebut sebelum bersetuju menyewa. Aku nampak ada syarikat yang memberikan satu checklist kepada penyewa sebelum mengambil kunci motor. Kalau ada lampu yang senget, ambil gambar. Kalau bila kita start enjin ekzos bergegar-gegar macam nak roboh, rekodkan. 

Motorsikal - paling mudah dan murah. Kadar sewa diantara THB150-400 sehari bergantung kepada musim.

Kereta - kadar sewa bermula THB500 sehari.
Teksi - tidak bermeter. Bargain sesiap sebelum naik.
lternatif lain, songteaw, tetapi ia tak cover semua tempat.


BANGKOK AIRWAYS menghubungkan Kuala Lumpur terus ke Koh Samui (USM)
Kalau nak lekas sampai ke Koh Samui boleh naik flight pagi Bangkok Airways dari KLIA, 1 jam 20 minit terus sampai di pulau tersebut. Senang. Nak menginap di lokasi yang meriah siang malam, stay di Chaweng tetapi kawasan lain pun bukannya jauh sangat.


Jemput baca juga restoran halal di bandar-bandar besar yang lain:
Restoran makanan halal di Ao Nang, Krabi, Thaland.
Restoran makanan halal di Bangkok, Thailand.
Restoran makanan halal di Hong Kong, China.
Restoran makanan halal di Kunming, China.
Restoran makanan halal di Shanghai, China.
Restoran makanan halal di Hangzhou, China.

Sesudah membaca ni harapnya sudilah share di wall memasing untuk kemudahan orang lain pula. Mana kita tahukan ada kengkawan yang akan bercuti ke sana selepas Ramdhan nanti. Terima kasih.
















Salam 2 Ramadhan 1438H

Tags
Hari ini masuk dua hari kita berpuasa. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam.

Waktu berpuasa di Malaysia normal sahaja, 14 jam sehari. Paling lama di Nuuk, Greenland 21 jam dan paling pendek Punta Arenas, Chile, 10 jam. Bersyukurlah duduk di Malaysia ni sama je setiap tahun. Janganlah ada lagi alasan tak nak berpuasa kerana ada kawan-kawan non muslim pun turut berpuasa. Ketika semua orang berpuasa ni kuranglah cabaran bagi mereka (kita pun), kalau tidak ada je yang mengajak makan. Lagipun, kanak-kanak lima tahun yang lincah pun okay je berpuasa takkan kita yang bekerja dalam air cond tak tahan? Eh malulah!

Tempoh waktu berpuasa di beberapa negara seluruh dunia.
Sumber Utusan Online.

Indahnya Ramadhan ia mengajar kita untuk sama merasai keperitan orang lain yang sedang dalam kesusahan dan sering tidak makan. Di bulan yang mulia inilah kita perlu banyakkan amalan baik, sentiasa cuba untuk meneruskannya pada 11 bulan yang lain. Bukan senang jika kita tak biasa tetapi ingatlah pasti BOLEH.

"Jika anda berada di posisi untuk membantu orang lain, bersyukurlah kerana Allah sedang memakbulkan doa orang itu melalui kamu"- Nouman Ali Khan.





Nak tengok pejabat Air Asia, RedQ ?

Tags

Nak tengok pejabat Air Asia, RedQ ? | Jemputan menghadiri acara SANTAN Food Festival hari tu memberi peluang untuk melihat sendiri pejabat baru Air Asia di Sepang. Dari luar bangunan pejabat bersebelahan KLIA2 ini kelihatan biasa sahaja tetapi bila masuk dalam, wahhh...!! Google inspired betul.



Ramai yang dah tengok ruang dalaman pejabat The Best Low Cost Airlines ini semasa pihak Air Asia membuat 'house warming party' tetapi disebabkan ai baru je tengok nak jugalah berkongsi dengan orang lain.

Nak sampai ke RedQ google location/waze akan membawa kita berpusing-pusing tapi tak jumpa jalan masuk 😠. Dah nampak dekat sangat tapi naik balik ke fly over tu, kena buat u-turn semula sejauh 2km. Rugi minyak tau. Sudahnya bila aku nampak polis trafik dok saman satu driver atas flyover tu aku pun berhenti. Dan dan tu sampai polis trafik lagi sorang huhuu... efisien betul abam pulis tu. Dah kita tak bersalah nak takut apa kan, abam pulis tu yang tolong tunjukkan jalan. Owh.. kena lalu depan Tune Hotel kemudian belok kiri.

Related image

Nama RedQ adalah dari singkatan Red headquarter yang dihantar oleh kru kabin dari Filipina, January Ann Baysa, dalam pertandingan menamakan ibu pejabat mereka ini. Desain bangunan korporat ini merefleksi kesungguhan kumpulan Air Asia untuk menjadi syarikat perbangan utama di Malaysia dan serantau.

Di luar sana adalah landasan kapal terbang. Syoklah hari hari dapat tengok kapal terbang merempit (masa itulah tak putus putus berzikir dalam kapatebang 😅.. berdebar juga oihh..)

Anugerah/plak yang kumpulan Air Asia terima digantung di sini. Such an inspiring stories.

Pejabat baru seluas 18,000 meter persegi mula digunakan sejak 7 November 2016. Ruang yang luas terbuka, siling tinggi dan bean bag di atas rumput tiruan menjadikannya sebuah ruang bekerja yang kondusif untuk sebahagian daripada 2,000 Air Asia Allstar (staf). Lengkapan dan lekapan pun dari kualiti terbaik. Ia menggambarkan sikap professionalisme, gembira dan mesra.

Masuk je... fuiyohh !

Pramugari ini untuk laluan KUL-JED-KUL. Dia garang sket, kalu hang tak reti nak off handphone during take off and landing dia jerkah jer.

Carilah Mr Pilot uols di sini. Pilot dan pramugara/i pun kena datang office eh?

Ruang pejabat dan kafe bertentangan antara satu sama lain. Mencabar betul kalau nak diet.

Ruang pejabat terbuka.

Kafe yang bertentangan pejabat.

Ruang terbuka diantara kafe dan workspace. Bayangkan tiada apa-apa barang dan orang di tengah tu.


Cool huh? Tapikan... kalau kena jerit dengan bos memang tak boleh cover line dah, mau bergema seluruh bangunan 😂😂😂

Try lah apply kerja dengan Air Asia.

Thailand | Pakej Percutian Muslim 4 Hari 3 Malam Ke Koh Samui

Thailand | Pakej 4 Hari 3 Malam Ke Koh Samui | Kali ni aku feeling mak datin gi travel guna pakej pelancongan. Perjalanan lebih terurus dan cepat segala-galanya maklumlah chauffered everywhere gituh.



Koh Samui panaih lit lit sama seperti Malaysia waktu itu. Koh Samui yang menghadap Teluk Thai merupakan pulau ketiga terbesar di Thailand dan terkenal sebagai tempat untuk merehatkan minda serta badan. Ia lebih tenang berbanding Pattaya yang menggila. 

Pulau ini tidak terlalu besar dan hanya memerlukan dua jam untuk mengelilinginya. Dimana-manapun akan kelihatan pelancong asing. Empat hari di sini belum ada sekalipun terserempak dengan orang Melayu, orang Cina ada tetapi tak pasti dari Malaysia atau Singapura. Kebanyakan resort quite high end jugalah mungkin sebab target pasaran mereka pelancong dari Eropah. Kebanyakan bilik/villa mempunyai dua bath shower, dengan satu di luar bilik jenis tidak berbumbung. Tuk tuk tiada, hanya songteaw. Musim sibuknya bulan Julai dan Ogos.

Yang lebih menariknya di mana pun kita menginap kita tetap akan dapat berada berdekatan pantai. Jalan utamanya pun dibina berhampiran pantai.

Ada dua buah tempat yang dikatakan lokasi menyelam bertaraf dunia- Koh Tao dan Koh Nang Yuan.

Untuk pengetahuan, Koh Samui bukan seperti Krabi yang mudah untuk mendapatkan makanan halal. Ada kedai makan tetapi tidak setempat. Nanti ai buat blog post tentang makanan halal ni, pastu lepas baca hangpa pakat share dengan kengkawan ya. Benda elok kongsikan bersama. Jika menginap di resort ekslusif kena naik motor atau sewa kereta untuk mendapatkan makanan halal tetapi Anantara Lawana Koh Samui Resort menawarkan makanan halal sepenuhnya. Chef Aziz yang menjadi tukang masaknya. Sedap baq hang! Yes, it's not very cheap but dalam percutian jimat kita selalunya ada satu satu bahagian yang kita tak berjimat kan? Ada orang menginap di hotel bajet sebab nak shopping sakan, ada orang sewa motor sebab nak peruntukan duit untuk makan besar... begitulah.

Walaupun Koh Samui tidak terlalu ramai penduduk tetapi mereka ada sekurang-kurangnya lima buah pusat membeli-belah dengan yang terbesar dan banyak jenama hebat ialah Central Festival. Besar butik Uniqlo di sini. Sekolah antarabangsa pun ada.


Lapangan Terbang Koh Samui Yang Unik
Since aku naik #BangkokAirways jadi kapal terbang mendarat terus di pulau cantik ni. Airport ini adalah milik Bangkok Airways dan menjadi hub mereka selain Bangkok dan Pattaya. Airport kecil tetapi unik, terasa benar berada di pulau dengan 'hut' dan imigresen yang open concept. Takdelah rigid terkurung dalam bangunan. Eh, memang menariklah!

Jika kita naik airlines lain dari Malaysia kita akan turun di Suratthani, naik bas sejam setengah kemudian naik feri sejam setengah lagi lepas tu naik van ke hotel. Lama kan? tapi best sebenarnya jika ada banyak masa. The journey itself yang akan meninggalkan banyak kenangan. Kalau setakat bercuti empat hari rasanya lebih sesuai terus mendarat di Koh Samui sebab kalau turun di Suratthani International Airport kita dah habiskan dua hari masa perjalanan. Dua jam sebelum fly kan dah kena berada di airport walaupun penerbangan hanya 1 jam 20 minit.

Koh Samui Airport ada ruang solat yang kecil di sebelah domestic departure gate. Nak makan, minum, last minute shopping pun boleh. International departure di Gate 6 & 7. Gate 7 ada air-cond, minuman dan snek. Airport untuk Asia's Boutique Airline kan... Janganlah nak datang lambat sangat terutama di hujung minggu, ramai pelancong beratur termasuk di duty free shop. Disebabkan airport ini open concept jadi di imigresen tu tiada air-cond ya, hanya kipas sahaja (at departure). Cair mekap.

 Samui International Airport

Kadar tambang teksi dan minibus dari Samui International Airport.


Pakej Percutian Muslim 4 hari 3 malam di Koh Samui
Percutian kali ini adalah luxury vacation tetapi boleh saja diubahsuai mengikut kehendak memasing. Mix and match ikut nafsu sendiri.

Hari Pertama
Kami naik flight 9.15 pagi dan tiba di Koh Samui 9.55 pagi. Adjust jam sesiap sebab waktunya lewat sejam dari Malaysia. Cabin crew akan edarkan muslim food dulu kepada sesiapa yang request.

Sesampainya di sana kami check-in dan makan tengahari di Pavilion Samui Villas & Resort. Ya Allah best nya bilik, siap ada jakuzi di luar. Aku ada buat video amatur, sila lihat di instagram ai. Aku nak berendam tapi tapi cuaklah pula kot kot orang atas mengintai hehee..

Selepas solat segala kami melawat Namuang Safari untuk menunggang gajah dan menonton pertunjukan binatang. Masa yang diperuntukkan agak singkat jadi kami tak dapat ke safari dan air terjun naik 4x4.

Acara seterusnya melawat perkampungan muslim di Hua Thanon. Persinggahan pertama ialah Masjid Nurulihsan di Samui Muslim Village. Masjid yang menjadi pusat pertemuan masyarakat islam di Koh Samui ini juga mempunyai pelajar tahfiz pelbagai peringkat umur. Ada yang dah jadi huffaz. Masjid ini juga sedang direnovasi jadi kalau nak menderma kepada masjid atau penuntut ilmu tu sangat dialu-lukan.

Makan malam di Melayu Samui Seafood Restaurant di kampung tersebut dengan hidangan makanan laut asli Thai. Sedapnya... lahai! Sayangnya aku tak minat ketam jadi aku makan seekor bapak ketam je. Yang minat tu kendurilah mereka, ada yang pak imam siap kopekkan...kemain. Resipi dah ditanya, nanti aku nak cuba masak kensom tu.


Pavilion Samui Villas and Resort

Namuang Safari.

Namuang Safari

Masjid Nurulihsan di Samui Muslim Village, Hua Thanon.

Hari Kedua
Selepas check-out kami ke kem Muai Thai, Superpro Samui. Kem latihan ini dilengkapi peralatan berkualiti dengan tenaga pengajar terlatih dan banyak pengalaman bertanding muai Thai. Mereka juga menyediakan penginapan untuk para pelajar. Masa kami datang tu pelajarnya semua omputehs. Dapatlah juga belajar teknik menendang dari coach tu.

Superpro Samui. Ada berani?

Tengahari tu kami makan di Anantara Lawana Koh Samui Resort. Appetizer saja empat jenis, main course tiga jenis lauk kalau tak silap. Semua sedap! Chef Aziz (warga Malaysia) yang masak. Dah 10 tahun beliau tinggal di Koh Samui. Bersesuian dengan jiwalah kot tu yang lama bertahan tinggal di pulau.

Perut dah kenyang tapi aturcara seterusnya Thai massage di Cyan Spa. Bilik yang kami dapat tu menghadap Teluk Thai. Kerlasss!

Cyan Spa, Bo Phut.

Hari ini check-in di Al's Resort, resort berbintang tiga di Chaweng yang berdekatan dengan Central Festival shopping mall. Berjalan kaki je ke Hard Rock Cafe uols. Kabaret pun ada, "tulen bang!", katanya 😉.

Petang tu kami mengejar matahari terbenam di atas bot mewah Kia Ora Katamaran. Sepatutnya naik di jeti lain tetapi disebabkan angin kuat kami terpaksa naik di depan Hansar Samui Resort, Bo Phut. Gloomy je petang tu tak nampak pun sun setting tetapi pengalaman belayar tu sangat syok. Aku memang suka naik bot, asalkan bot tu tak berhenti di tengah laut. Teroleng-oleng dilambung ombak tu yang tak tahan. Pakej sunset selama dua jam ini temasuk minuman dan snek.

Kia Ora Catamaran.

Sekejapnya pelayaran tu... kami pun 'mengukur jalan' di Bo Phut Fishermen Wharf. Setiap Jumaat ada pasar malam di sini bermula jam enam petang. Banyak juga local products yang berkenan di hati... itulah bahayanya kalau membeli-belah sewaktu perut tak berapa kosong, otak jadi kurang waras berbelanja.


Hari Ketiga
Kami check-out lagi... ai tak kisah sebab semua resort ada tarikan tersendiri. Boleh dikatakan semua resort besar di Koh Samui memberikan layanan terbaik.dan ada dua swimming pool.

Aktiviti hari ini, snorkelling!

Di mana? Di Koh Taen dan Koh Madsum.

Snorkelling di Koh Taen.

Pemandangan di hadapan The Treasure, Koh Madsum, 30 minit dengan bot dari Koh Samui.

Masa snorkelling di Koh Tien tu aku dok mengikut ikan warna biru yang bermuncung panjang hingga terkeluar dari kumpulan "come back here, madam!" hahaha... Mana aku sedar sebab muka di dalam air je. Lagipun masa berendam di tepi bot tu takde pula kumpulan ikan biru yang besar. Banyak juga karang laut di sini.

Lunch di The Treasure, Koh Madsum. Sedap betul tomyam. Bilik-bilik di pulau ini memang sesuai sangat untuk pasangan yang nak honeymoon/hornymoon 😚😚😚. Sunyi dan ekslusif.

Selepas itu kami ke Grandfather and Grandmother Rock. Lucah betullah bentuk batu-batu tu 😃😃. Kat blog post lain nanti ai tunjuk gambar bebanyak ye... gigih ai panjat batu pakai skirt kembang untuk mendapatkan angle yang lebih menarik hahah... jangan kecam aku sudahlah. Anggap je for educational purposes only. Kalau pergi dengan geng mereng mau 'dahsyat' gambar kami. Yang ini gambar ayu je lah huhuu...

Penis?

Hari ini mendaftar masuk pula di Fair House Beach Resort. Resort ini luas di kawasan berbukit. Masuk bilik naik buggy. Nak ke lobi naik buggy. Pemalas betul nak berjalan kaki.

Malam ni jalan-jalan di Lamai Walking Street dan menonton persembahan bunga api di pantai depan Ark Bar. Meriah beb!


Hari Keempat
Last day, check-out pukul 10 pagi kemudian buat inspection di dua resort. Memang resort di Koh Samui ni best best lah. Jangan risau, hotel sederhana dan bajet pun ada tapi kali ini kami nak fokuskan kepada pelancongan mewah sebab ramai orang Asia yang kaya.

Selepas lunch di Nara Buri Resort kami diberi peluang berbelanja lagi di Big C. Aku beli bahan memasak seperti pes tomyam dan phad Thai. Fish sauce ada berbagai jenama dan saiz pun dibeli juga. Kalau kita nak masak sendiri pun tak susah sebab banyak produk halal di Thailand ni.


Tamatlah percutian empat hari tersebut. Nanti ai ceritakan satu persatu dengan lebih detail dan lebih banyak gambar. For now feel free untuk melihat gambar dan video di www.instagram.com/ruggedmom . Bye!


Tips mandi di swimming pool
Kalau tak suka ramai orang, mandi pepagi. Bukannya sejuk sangat pun... para omputehs tu tak masuk pool pepagi, mereka lebih suka mandi sewaktu matahari terik maklumlah di negara mereka tu sejuk memanjang. Kulit kita ni dah sedia eksotik takde pasallah nak bagi rentung pulak 😁.


Tempah bilik di AGODA.. mudah, cepat dan confirm dapat.






SANTAN Food Festival di Air Asia RedQ !

SANTAN Food Festival di Air Asia RedQ ! Hari ini Air Asia menganjurkan acara mencuba rasa inflight meals terbesar Asia di ibu pejabat mereka, RedQ. 


Siapa yang tak tahu Nasi Lemak Pak Nasser kan? The menu can sell for itself oredi.... no need introduction dah. Jadi memang sesuai sangat diperkenalkan menu-menu lain yang unik dengan harga berpatutan seperti Thai Green Curry (Kari Hijau Thai) dengan nasi putih yang lembut dan wangi. Baunya pun... kalau dah terkurung dalam kabin tu sohehlah nak makan juga.

Acara memperkenalkan menu panas Air Asia merangkumkan beberapa jenis makanan terkenal di rantau ini seperti Nasi Kuning Manado, Roasted Chicken Adobo, phad Thai, coconut jelly, roti jala dan sebagainya. Dah empat hari makan phad Thai di Koh Samui, kat sini makan lagi hehe... Jangan dilupa kopi T&Co yang sedap tu. Lepas makan nasi ai mesti nak black coffee. Mana nak cari inflight menu yang ada bermacam jenis cenggini? Walaupun low cost airlines hidangannya sedap tau.

Cool giler office Air Asia - RedQ


Dari kiri Mr Choudhury Hassan Peter, Group Head of Ancillary Revenue; Datuk Kamarudin Meranun, Executive Chairman Air Asia Berhad dan Group CEO Air Asia X dan Tan Sri Tony Fernandes, Group CEO Air Asia.

Influencer dari Filipina.

Ramuan Kari Hijau Thai.

Makanan adalah satu cara untuk menghubungkan dan mengeratkan manusia. Menurut AirAsia Group CEO, Tan Sri Tony Fernandes, nama Santan dipilih kerana banyak makanan Asia yang menggunakan santan. Menu-menu yang dipilih berdasarkan populariti di sesebuah negara. Dengan adanya makanan ini pihak Air Asia secara tak lansung membantu para petani dan pengusaha perniagaan di Asia meningkatkan pendapatan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kopi yang paling sedap datangnya dari tanah tinggi Thailand, bukannya Brazil. Nasi lemak paling sedap pastilah dari Malaysia. Itu sebablah kita obes kan? 

Akan datang, sistem e-pos akan diperkenalkan untuk memudahkan kita menempah dan membayar makanan macam makan di restoran tu. Order online lah, gerenti dapat makanan yang kita hendak. Dapat diskaun pula tu. Kalau tak karang asal kau minta je makanan yang hot on the list tu memanjang je habis. Nak nak pula kalau naik flight petang, hakak hakak makcik pakcik baru rasa lapar lepas shopping sakan kot 😂😂😂 Nasib baik tart nanas selalu ada. Sedap baq hang!

Acara ini dihadiri oleh 200 orang pengamal media dan influencer dari 16 negara - Malaysia, Thailand, Indonesia, Philippines, Vietnam, Cambodia, Laos, Myanmar, Singapura, Brunei, India. China, Taiwan, Jepun, Korea Utara Selatan dan India. Blogger India tu je aku kenal, itupun melalui Facebook. Kena bawa kami terbang bersama ni baru mudah nak kenal #tetiba.


aloloooo...

SANTAN Yang 'Panas'
Acara pembukaan SANTAN FOOD FESTIVAL sangat menarik dari Fun Team. Paling best pastilah Assraf Nasir 'Toxic' dari Air Asia X. Alaa... yang video dia menari dalam kabin yang dapat 9 juta views tu. Gempak gilos! TS Tony pun sporting 'bergesel' dengan dia 😁😁. Takde still photo lah pula, video je ada. Sakan kami bersorak hahaa..

Selepas tu ada demonstrasi masakan Thai Green Curry oleh Air Asia Regional Manager of Group Inflight F&B Chef Calvin Soo.

Aku dengar mereka sebut nasi lemak nasi lemak je..


Sumber Air Asia.


Senarai Makanan Yang Laku Keras Dalam Penerbangan Air Asia & Air Asia X (Best-sellers):

AirAsia Berhad (AK)
 Pak Nasser’s Nasi Lemak
 Uncle Chin’s Chicken Rice
 Bukhara Chicken Biryani
 Roast Chicken with Cream Sauce
 Kabali Vegetable Biryani

AirAsia X (D7)
 Pak Nasser’s Nasi Lemak
 Uncle Chin’s Chicken Rice
 Roasted Chicken with Stuffing and Cranberry Gravy
 Chicken Satay
 Nasi Dagang with Chicken Curry

Thai AirAsia (FD)
 Uncle Chin's Chicken Rice
 Thai Green Curry with Rice
 Assorted Sandwiches
 ML Noi’s Basil Fried Chicken on Rice
 Pad Thai

Thai AirAsia X (XT)
 Spicy Fried Chicken with Rice and Traditional Thai-style Omelette
 Japanese Chicken Teriyaki with Rice
 Thai Hot Basil Chicken Stir-fry with Rice
 Pad Thai with Prawns
 Tasty Grilled Chicken with Sticky Rice

Indonesia AirAsia (QZ) & Indonesia AirAsia X (XT) 
 Pak Nasser's Nasi Lemak
 Uncle Chin's Chicken Rice
 Nasi Kuning Manado
 Asian Fried Rice
 Nasi Padang Uda Ratman Philippines AirAsia (Z2)
 Uncle Chin's Chicken Rice
 Pak Nasser's Nasi Lemak
 Chicken Adobo
 Beef Caldereta
 Assorted Sandwiches

AirAsia India (I5) 
 Laccha Paratha with Veg Cutlet And Chole
 South Indian Delight
 Masala Cheese Omelette with BBQ Chicken Kebab
 Purani Dilli ke Raseele Rajma with Jeera Rice
 Chicken Chettinad with Ghee Rice


Kenyanglah balik tadi so kena buat jumping jack and squat squat squat... 😭







Pulau Pinang | Reclining Buddha at Wat Chayamangkalaram

Pulau Pinang | Reclining Buddha at Wat Chayamangkalaram | Selain Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik utama di semenanjung Malaysia,  masyarakat keturunan Thai (Siam) juga ramai yang bermastautin di sini. Kebanyakan daripada mereka mendiami negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2000, 50,211 individu etnik Thai di tinggal di negara ini dimana 38,353 (atau 76.4% daripada mereka) memegang warga negara Malaysia. Kebanyakan orang Siam Malaysia beragama Buddha dari mazhab Theravada dan tempat sembahyang mereka digelar wat. Setiap wat ditadbir oleh beberapa orang sami. 

Orang Siam di Kelantan agak sukar dikenali. Selain wajah yang serupa warga Melayu, mereka juga fasih bertutur dialek Kelantan. Cara hidup dan makanan juga menyerupai masyarakat Melayu. Yang membezakan hanyalah agama dan bahasa Siam yang mereka gunakan sesama mereka.

Tahukah anda bahawa secara politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai bumiputera?


Masyarakat Siam di Pulau Pinang
Sejarah kedatangan masyarakat Siam di Pulau Pinang berkait rapat dengan kisah sejarah Pulau Pinang-Kedah-Siam. Kisah lama yang kalau nak diceritakan esok pun tak habis. Seronok belajar tentang sejarah negara tanpa stress untuk exam. Bacalah sendiri ya, aku pun bukannya pandai nak menceritakan mengikut kronologi.

Agama Buddha dianuti sebahagian besar kaum Cina sama seperti warga keturunan Siam. Oleh itu banyak sekali kuil dan wat dibina oleh penganut agama ini di Pulau Mutiara. Mereka juga merayakan Hari Wesak sebagai hari memperingati kelahiran, enlightenment (pencerahan?) dan kematian Gautama Buddha. 


"Reclining Buddha" di Pulau Pinang


Sebenarnya aku tak jangka pun di Malaysia ada patung Buddha yang berbaring mengiring ni. Ingatkan di Wat Pho, Thailand je ada... tapi yang itu sangat besar, tengoklah je lah kat blog post tu. Kalau tak gunakan wide angle lens memang tak muat masuk dalam sekeping gambar sebab ia 'dikepung' dan ada tiang-tiang besar menghalang pemandangan.

Wat Chayamangkalaram ialah sebuah wat Siam dimana tanahnya seluas lima ekar telah dihadiahkan oleh Queen Victoria pada 22 Julai 1845 melalui wakilnya Mr. W.L. Butterworth daripada The East India Company of Penang. Masa tu kan kita masih dijajah Inggeris lagi.

Kuil dan berhala utamanya telah dibina oleh sami yang berasal dari Thailand pada tahun 1900 sebelum pengubahsuaian dilakukan 88 tahun kemudian. Kini wat ini berunsurkan arkiteksur Thai moden. Di dalamnya dibina "reclining Buddha"- Pra Buddhachaiya Mongkul, yang dikatakan antara yang terpanjang di dunia. Panjangnya 180 kaki dan bersadur emas. Patung ini berbaring ke kanan dengan beralaskan tapak tangan kanan menghadap ke utara.



Sami pertamanya ialah sami Buddha bermazhab Theravada dari Thailand, Phorthan Kuat, yang turut dikenali sebgai "Powerful Monk". Mengikut cerita lagendanya sami ini sangat sukakan laksa yang merupakan makanan istimewa di Pulau Pinang. Sehingga kini ada juga penganut yang membawa semagkuk laksa untuk dipersembahkan kepada dewa mereka. Korang yang muslim tu toksahlah pi makan pulak bila nampak laksa dalm wat tu... makruh. Nak makan kena beli, takde yang free ya.

Di hadapan "reclining Buddha" tersebut terdapat banyak patung kecil yang menggambarkan dewa-dewi mereka untuk disembah. Lantainya pula penuh dengan motif bunga teratai (lotus) yang sinonim dengan agama Buddha.

Dinding wat dilukis pelbagai imej Buddha oleh pelukis ternama Thai. Di belakang patung besar itu pula, tersimpan beratus abu mayat penganut Buddha di Pulau Pinang. Penganut yang biasa datang ke wat ini lah kot. Aku pun tak sangka jumpa tempat penyimpanan tu... sesajalah berjalan di keseluruhan wat pastu tetiba...



Tahun Baru Thai, Hari Wesak, hari memperingati penubuhan wat dan beberapa lagi perayaan di sambut di Wat Chayamangkalaram ini. Pada masa tersebut ia akan penuh sesak dengan penganut dan pelancong asing yang ingin menyaksikan pembakaran joss-sticks dan upacara penyembahan.

Persediaan untuk menyambut Loy Krathong yang jatuh pada malam bulan ke-12 kalendar Cina dimana berakhirnya musim hujan dan bulan mengambang penuh. Biasanya pada bulan November. Pada waktu ini para penganut Buddha akan berhimpun di tasik, sungai dan terusan akan melepaskan bungai teratai buatan yang dihias liin, pewangi dan bunga.


Wat Chayamangkalaram
17, Lorong Burma
Pulau Tikus
10250 George Town
Pulau Pinang
Malaysia.

Masuk PERCUMA. 



Piala FA 2017 | Keputusan Terkini Separuh Akhir Kedua Negeri Sembilan vs Pahang

Tags

Piala FA 2017 | Keputusan Terkini Separuh Akhir Kedua Negeri Sembilan vs Pahang | Malam ini 13 Mei, empat pasukan berlawan dalam pertandingan separuh akhir kedua. Seluruh tumpuan diberikan kepada perlawanan Negeri Sembilan menentang Pahang di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi dan Kedah melawan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu. Kedua-dua perlawan disiarkan secara lintas lansung di TV3 dan TV9 tetapi manakan sama dengan berada di stadium, kan?


Keputusan Perlawanan:
NS 1 - Pahang 2
Aggregat 1-3

Penjaring NS - Bruno 67'
Penjaring Pahang - Jae Won 6', Christie 90'


Terengganu 0 - Kedah 3
Aggregat 0-4

Penjaring Kedah - Liridon 5', Ken Liso 29', Sandro 48'

Tahniah Pahang dan Kedah! Kita tunggu final di Stadium Shah Alam 20 Mei nanti.

Aku tak tahu nak mengulas tentang perlawanan ini seperti pengulas sukan di tv atau di kedai kopi cuma perlawanan antara NS dan Pahang best! Takdelah seperti NS - ATM minggu lepas, aiyooo stress pulak kita tengok depa main mengalahkan bebudak program NFDP. Sesikit jatuh pastu paramedic masuk. Kekadang bawa mereka keluar padang, di masa lain tak nak pula keluar padang. Orang bayar tau nak tengok korang berlari tengah padang tu.

Malam ini tiada insiden pergaduhan dalam padang atau penyokong membuat onar di dalam stadium. Dengarnya ada yang bergaduh selepas perlawanan di Taman Pinggiran Golf. Amendelah korang ni? Player tu elok je berpeluk cemolot (eh?) after the game ends, yang korang bercekau apahal? Sukan ni hadek hadek ooiii...

Paling syok stadium penuh! 38,000 penonton datang dari jauh dan dekat seawal 3 petang untuk mendapatkan parking terbaik. Bagusnya kali ini para peniaga tidak dibenarkan berniaga di kawasan meletak kenderaan di sebelah stadium. Jalan masuk ke kawasan Taman Paroi Jaya pun ditutup lebih awal untuk menjamin keselesaan penduduk berdekatan dan demi keselamatan pengunjung yang terlalu ramai. Kawasan parking di Masjid Paroi dan Pusat Dakwah Ismamiyah turut dibuka untuk mengurangkan kesesakan di sepanjang pinggir jalan raya.

Bila kawasan perumahan tu tak sesak dengan kenderaan senanglah nak membeli-belah merchandise yang dijual. Ada t-shirt, bandana, bola, sticker di muka, mafla dan berbagai lagi. Seronok tengok. Anak dara aku pun sibuk juga nak beli t-shirt NS. RM40 sehelai, tak kurang. 

"Ada duit ke nak beli t-shirt?"
"Guna duit mama dululah. Dapat elaun nanti kakak bayar."
Oh gitu, hmmm..






Tiket habis wehhh..!! Stress anak-anak aku. Anak-anak yang besar panjang akal, yang dua orang sekolah rendah tu kirim kat kawan tapi entah bilalah kawan dia pergi tau tau tiket sold out.

So how? 

Pandailah kita kan, dapat juga masuk. Duduk di grand stand lagi.








Bila dapat masuk tu kami berlima berlari menonong ke tangga berdekatan. Happy sangat bila baru je duduk NS masukkan gol. GOLLLL !! Beriya bersorak.

Bila pasukan Pahang jaringkan gol kedua, semua penonton berbaju hitam di situ bersorak, happy giler! Masa itulah baru perasan kami duduk di team yang salah hahahahha....😅😅😅😅😅 Patutlah bila aku terjerit masa NS jaringkan gol budak sebelah tu pandang jer, duduk dalam 'rumah musuh' rupanya kami ni kuangkuangkuang...

Sekian laporan dari ruggedmom.com . Majulah sukan untuk negara!












Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free