Selangor | Nak Tahu Apa Yang Menarik Di Bukit Malawati, Kuala Selangor?

Selangor | Nak Tahu Apa Yang Menarik Di Bukit Malawati, Kuala Selangor? Bermula esok, seluruh Malaysia akan bercuti selama empat hari terus menerus. Hari Isnin 24 April 2017 bersamaan 27 Rejab 1438H merupakan Israk & Mikraj yang bertindih dengan hari pertabalan rasmi DYMM Yang Dipertuan Agong ke- 15. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mulai 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun, Bila cuti bertindih kenalah diganti keesokannya. Agong naik takhta, kita nak pergi mana? Tetengah bulan ni nak pergi dedekat je kan? hahahh...i feel u. Jom kita ke Bukit Malawati! #DekatJe... hanya 53km dari bandaraya Shah Alam.



Dahulu kala, daerah Kuala Selangor merupakan pusat pentadbiran tiga sultan Selangor terawal sebelum berpindah ke Jugra. Dah tengok kan gambar Istana Bandar di Jugra tu? Jadi demi memelihara warisan sejarah tersebut maka dibina Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor di bekas bangunan kediaman rasmi Pegawai Daerah, yang asalnya tapak istana. 

Bukit Malawati yang menghadap Selat Melaka merupakan kawasan strategik yang menjadi kubu pertahanan dari serangan musuh. Di puncaknya merupakan tapak istana (sekarang muzium). Kota ini dibina di zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1778-1826) sebagai kubu pertahanan dari serangan musuh khususnya Belanda. Walau bagaimanapun Belanda berjaya juga menaklukinya pada tahun 1784 selepas menewaskan Portugis di Melaka. Namun begitu kebijaksanaan Sultan Ibrahim menyusun strategi dengan bantuan adindanya, Datuk Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abd. Majid Pahang, Bukit Melawati dapat ditawan semula dalam tempoh satu malam sahaja. Belanda pun diusir keluar.


Apa yang menariknya Bukit Malawati @ Bukit Selangor tu?
Di atas sana ada:

1. Rumah Api Altingsburg yang dibina pada 1907 dan masih digunakan sehingga sekarang. Rumah api ini menjadi panduan kepada nelayan dan kapal yang belayar melalui Selat Melaka. Rumah api ini tidak dibuka kepada umum. Kami merasalah naik hingga ke tingkat 1.


2. Sebuah menara tinjau untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan puasa dan hari raya. Para pengunjung juga boleh menyaksikan panorama indah Selat Melaka dari menara tinjau ini. 


3. Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor yang menghimpunkan segala pensejarahan berhubung Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran Negeri Selangor terawal selain meyaksikan bermulanya Institusi Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766. Ruang pameran dibahagikan kepada tujuh seksyen yang menerangkan secara kronologi sejarah daerah Kuala Selangor.

Seronok belajar tentang sejarah negara sendiri. Tak puas mendengar penerangan daripada pegawai bertugas sebab ilmu ni lagi kita gali lagi banyak yang kita hendak ketahui tetapi masa tak mengizinkan untuk berlama-lama di situ. Masa tu baru rasa ya Allah banyak benda yang aku tak tahu...TIADA BAYARAN dikenakan untuk masuk ke muzium ini.

Waktu beroperasi :
Sabtu-Khamis 9.30 pagi hingga 5.30 petang 
Jumaat 9.30 pagi hingga 12 tengahari, 2.45hingga 5.30 petang

Jalan masuk ke Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor

Antara artifak yang dijumpai di sekitar kawasan istana dan Kuala Selangor.




Pinggan omputeh.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

MUZIUM SEJARAH DAERAH KUALA SELANGOR
No 1, Puncak Bukit Malawati,
45000 Kuala Selangor.
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : 603- 3289 7167
Fax : 603- 3289 6115


4. Sebuah batu hampar yang terletak di pintu masuk Kota Melawati yang dipercayai menjadi tempat untuk memancung kepala pesalah yang dijatuhi hukuman bunuh. Menurut riwayat lain, ia hanyalah sebagai tempat 'lepak-ing' sultan dan keluarga. Syok weh duduk atas batu tu sambil minum teh O pepetang. Tangga seratus pula berupa susunan batu-batu yang dijadikan tangga untuk mendaki Bukit Selangor menuju terus ke pintu Kota Melawati dari bandar Kuala Selangor.

5. Berhampiran muzium terdapat sebuah telaga beracun yang mendapat namanya kerana dipercayai berisi air racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Pesalah akan dimasukkan ke dalam perigi ini dan direndam seluruh badan sehingga ke paras dagu. Mulut perigi akan ditutup dengan jaring besi dan dihimpit dengan batu. Bila pesalah tu dah letih berdiri, jatuh dan innalillah.... 

6. Terdapat ratusan ekor lotong yang jinak yang datang dari hutan bakau berhampiran di tepi laut, di bawah kaki Bukit Melawati. Seronok bawa anak-anak ke sini.. siap boleh bagi makanan lagi. Janganlah bagi Cikedis pula ya, kesian lotong tu. Kekadang ada mak lotong yang membawa anaknya yang berwarna oren. Lotong-lotong ni hidup sekali dengan longtail macaques dan ada kumpulan memasing. Kekadang macaques boleh tahan garang.


7.  Sewaktu turun boleh juga kita singgah sebentar ke Makan Di Raja Kota Malawati. Makam ini menempatkan jasad tiga orang sultan yang pernah menaungi negeri Selangor. Sultan-sultan tersebut ialah:
Sultan Selangor pertama, Sultan Salahuddin (1742-1778)
Sultan Selangor kedua, Sultan Ibrahim (1778-1826)
Sultan Selangor ketiga, Sultan Mahmud (1826-1857). 



Kenderaan persendirian dibenarkan naik kecuali pada hujung minggu untuk mengelakkan kesesakan. During weekends kita naik tram. Best! Terdapat dua tram dengan kapasiti 44 dan 50 penumpang.

Tambang tram:
Dewasa RM5.30
Kanak-kanak 3-12 tahun RM3.20

Paling bagus kita santai-santai je naik ke atas tu berjalan kaki. 30 minit jer...


Apa pula yang menarik di kaki Bukit Malawati?

1. Masjid Kuala Selangor
2.Taman Alam
3. Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor di kaki Bukit Malawati tempat kita naik tram tu.
4. Pangkalan nelayan Permatang dan jeti istirahat Kuala Selangor. 


Untuk mengetahui lebih lagi tentang Bukit Malawati atau Kuala Selangor, sila hubungi:
MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR
Jalan Majlis, 45000 Kuala Selangor, Selangor.
Tel: +603-32891439


Di sini baru sehari je... aku cadangkan malam hangpa pi tengok kelip-kelip. Esoknya pergi ke Sky Mirror @ Sasaran pula. Semuanya hanya di Kuala Selangor!


Inline images 1



3 comments

Saya memang dah pergi ke tempat tu tapi tak tau cerita yg sebenar. Minggu depan saya ke unisel, mungkin oergi lagi ke tempat tu,

Terima kasih.

Menarik juga muzium tu untuk bawa anak2 ke sana

Interesting... weekend blh bwa family p short trip je sini 😀

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free