Rentak Selangor 2.0 | Kuala Selangor Yang Merangkum Rasa dan Budaya



Rentak Selangor 2.0 | Kuala Selangor Yang Merangkum Rasa dan Budaya | Kata orang, jauh berjalan luas pengalaman. Bagaimanakah caranya kita mengenal dan mengingati sesuatu kaum di sesuatu tempat? Budaya.


Budaya terbentuk dari satu sistem yang kompleks yang dimiliki oleh satu kelompok manusia dan diwarisi turun-temurun. Ia melibatkan agama, politik, bahasa, makanan, norma sosial dan cara hidup. Ada budaya yang diwarisi daripada kelompok sendiri, ada juga akibat asimilasi dengan budaya penghijrah/pendatang.


Rentak Selangor @ The Beat of Selangor
Salah satu komponen utama pelan strategik #SmartSelangor yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Azmin Ali, ialah pembangunan berkualiti dimana kegembiraan dan kesejahteraan rakyat adalah sebahagian daripadanya.

Dalam perubahan zaman yang serba serbi pantas (rat race) ini, Selangor yang merupakan negeri termaju di Malaysia masih menganggap muzik dan tarian yang mereka warisi sesuatu yang yang penting dari segi budaya dan sejarahnya. Legasi yang tak lapuk den hujan dan tak lekang dek panas ini cuba dipertahankan walaupun diasak dengan kepelbagaian muzik terkini.

Untuk menghadapi yang baru kenalah tahu perkara yang lalu ye tak? Kalau tidak bagaimana mahu membuat kajian dan perbandingan. Oleh yang demikian kerajaan Selangor menerusi EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan bersama +Gaya Travel Magazine berganding bahu mengadakan program Rentak Selangor 2 untuk menyebarluaskan muzik tradisional dan tarian di Selangor kepada umum melalui media sosial. Kami mengeksplorasi kawasan Kuala Selangor pula yang menjadi pusat pemerintahan tiga orang sultan terawal iaitu Sultan Salahuddin, Sultan Ibrahim dan Sultan Muhammad.

Kali ini selain RTM, Bernama, pengacara Astro, travel blogger dari Malaysia, Indonesia dan Filipina juga dijemput. Instafamous dan selebriti seperti @thatborneoguy dan Fahmie Mentor @fahmieesmail pun ada wakkk... berlaga bahu dengan retis kita 4 hari 3 malam. Itu belum dikira travel blogger tersohor dipaksa jadi 'retis' sewaktu closing dinner wakakakka....    jangan marah eh, nanti ai upload gambar you. #ugutan . Ai dengan Hasif menari sambil cover muka hahahah.... dia takut mak dia tengok 😁


Ke mana kami pergi dan apa yang kami buat semasa Rentak Selangor?
Owh banyak... tak sabaq cheq nak tunjuk semua gambar tapi kita bagi teaser dulu buat geli geli.

Hari Pertama
Tempat pertama yang kami tujui ialah Bukit Malawati. Eh, kat bukit tu dia tulis Malawati bukannya Melawati. Di sinilah letaknya pusat pemerintahan terawal Sutan Selangor dan menjadi kubu pertahanan dari serangan Belanda. Kita biasa dimomokkan dengan cerita orang Melayu mundur, tak reti apa-apa... semua tu adalah disebabkan minda kita dijajah. Kita diyakinkan yang kita ni tak tahu buat apa apa pun hatta satu jarum. Buku teks pun kurang membantu walhal orang Melayu pandai buat meriam. Kita pandai menempa besi. Malahan meriam kita lebih tua daripada milik Belanda.

Di bukit penuh sejarah inilah letaknya Muzium Sejarah Kuala Selangor, Rumah Api Altingsburg yang masih digunakan, Perigi Beracun, Batu Hampar, Makam Diraja dan Meriam Tiga Sederet. Kalau buat program 'Night at The Museum" pun bagus juga di muzium ni. Nak tahu kenapa? jeng jeng jeng.... suspens sikit. Nanti kita cerita eh di blog post akan datang. Jika datang di hujung minggu dan cuti umum bolehlah naik tram seperti kami. Kita aka disambut meriah oleh lotong kelabu (Silver Leaf Monkey) 😊


Monyet merata macam kat Lopburi, Thailand.

Rumah Api Altingsburg, Bukit Malawati.

Meriam Belanda.

Majlis pelancaraan Rentak Selangor dibuat oleh YB Amirudin Shaari di The Kabin pada petang tersebut. Kedatangan beliau disambut paluan kompang oleh anak-anak yatim berbakat dari Rumah Pengasih Warga Prihatin. Kami dipersembahkan dengan Wayang Kulit dengan iringan muzik gamelan. Dari zaman sekolah lagi aku suka muzik gamelan ni.



Malamnya pasukan Kompang Kadaro (salah satu kompang Jawa) membuat persembahan. Baru ku tahu ada berjenis-jenis pasukan kompang. Ingatkan yang kepak kepung kepak kepung (Kompang Ribu) di kenduri kahwin tu aje.




Hari Kedua
Selepas Subuh kami bertolak ke Jeti Sungai Buluh menuju Sasaran. Tempat inilah yang aku teringin sangat nak pergi. Nanti kita buat satu blogpost khas ye awak. 30 minit menaiki bot dan kami berada di dasar lautan, di tengah lautan dalam. Confuse? hahaa... kat Selangor je ada ni dan bukan setiap hari. Satu perkataan je yang sesuai mengenai Sky Mirror, A-M-A-Z-I-N-G !

Tour guide kami sungguh baik bawa kami belayar dulu melihat dolphin. Muncul pula dua ekor... masyaAllah baik sungguh nasib kami pagi tu.

Ada gambar yang lebih menarik daripada yang ini.

Dolphin @ ikan lumba-lumba di Selangor. Jangan ingat di Perth je ada.

Makan tengahari kami di Warong Ibu, makan nasi ambeng yang makcik tu gelar "Nasi Kahwin". Inilah nasi ambeng paling sedap yang pernah aku rasa dan porsinya sesuai untuk dua orang. Kalau makan dengan officemate berlainan jantina boleh kena gossip ni uols.



Petangnya kami ke Homestay Kampung Hj Dorani di Sabak Bernam yang sangat terkenal dan berjaya di Malaysia. Kalau datang di musim bersawah pemandangannya sangat cantik dengan pohon padi yang menghijau hinggakan sering dijadikan latar drama dan filem. Kami diperkenalkan dengan tarian Kuda Kepang dan Barongan siap dengan sesi interaktif, diajar bermain gamelan dan menari tarian kuda kepang. Ada pula yang rajin membuat sebuah "video kuda kepang".. kreatif betullah diorang nih. Kelakar !


Foto keluarga heheh.. 


Malamnya barulah diadakan persembahan yang sebenar. Sunguh tak disangka malam tu ada upacara mistik dalam persembahan tarian Kuda Kepang dan Barongan 😨😩. Berdebar mak.


Hari Ketiga
Kami membuat lawatan ke bengkel pembuatan "kepala singa" untuk Tarian Singa (lion dance). Ini bukan sembarangan bengkel. Bengkel kecil yang dipunyai oleh Master Siow ini turut memiliki 47 buah kumpulan tarian di seluruh dunia. Hebat!!

Lion dance yang biasa dimainkan di Malaysia ini berasal dari selatan China. Sebelum tahun 1980an anyaman rotan kepala singa ini perlu diimport dari negara China but now locally made dengan citarasa Malaysia. Sekarang Mr Siow mengeksport pula. Eh terpanjang pula bercerita, dah tak suspens.

Nah tengok gambar je dulu.

Master Siow, pembuat kelengkapan tarian singa, pencipta muzik dan jurulatih tarian singa.

Berdebar ai tengok 'singa-singa' ni melompat berkejaran atas tiang tu.

Satu sahaja aktiviti hari ketiga ni. Malamnya ada jamuan makan malam penutup. Kesemua peserta perlu berpakaian batik tetapi majlis taklah formal. Aku pun pakai blouse batik aje dengan long skirt, kebaya batik dah tak boleh kancing oihhh hahahha....

Closing dinner ni memang best-lah. Semua orang happy dengan persembahan kumpulan Balle Balle. Bukan sebarang atuk ni uols, sampai ke London sana mereka dijemput membuat persembahan.


Siap ada surprise birthday celebration lagi.

Hari Keempat
Free and easy. Berenang sampai lebam.


Dimana kami ditempatkan selama tiga malam?

Dua malam pertama di The Kabin, Pantai Remis, Jeram. Penginapan yang unik berdekatan laut, best baq hang!

The Kabin.

Malam terakhir di Concorde Hotel, Shah Alam. Perghhh... swimming pool dia hampir 50 meter! Jenuh berkuak.


Kesimpulannya, program Rentak Selangor 2.0 ini satu usaha yang baik untuk menghebahkan apa yang kita ada di bumi Malaysia. Kita patut memberitahu generasi muda bahawa kita juga ada aset dan budaya yang berharga seperti masyarakat di negara lain.


Inline images 1

Post a Comment

4 Comments

  1. wow ada silver leaf monkey.. di kat sini ada banyak thomas leaf monkey

    ReplyDelete
  2. Seru banget acara kemarin ya kak maria. Aaah jadi kangen kakak lagi. Jom ke aceh kaak

    ReplyDelete
  3. hehe best kan rentak selangor 2.0 ni. harap ada lagi lepas ni

    ReplyDelete
  4. hehe best kan rentak selangor 2.0 ni. harap ada lagi lepas ni

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.