Rentak Selangor | Pengaruh Muzik dan Budaya Jawa Di Kuala Selangor

Rentak Selangor | Pengaruh Muzik dan Budaya Jawa Di Kuala Selangor | Selangor bukanlah negeri yang terbesar di Malaysia tetapi menjadi negeri termaju di negara ini. Berkepadatan tinggi, penduduknya mempunyai taraf hidup yang lebih baik berbanding negeri lain malah direkodkan mempunyai kadar kemiskinan yang paling rendah di Malaysia.


Penduduk Selangor berbilang kaum. Selain Melayu, Cina dan India, kaum Bugis, Banjar, Minangkabau dan Jawa yang datang dari Indonesia sejak kurun ke-14 lagi turut sama mencorakkan dan memajukan negeri ini. Keturunan Jawa mendominasi sehingga 70 peratus penduduk Kuala Selangor (Kampung Sijangkang di daerah Kuala Langat antara kampung contoh yang didiami oleh orang Jawa). Dengan gelaran masyarakat serumpun, dahulunya rakyat Indonesia dan Tanah Melayu bebas bergerak tanpa sekatan imigresen seperti sekarang ini.

Seperti imigran dari negara lain, kedatangan warga seberang ini membawa bersama budayanya, makanan, cara hidup dan muzik yang sebati dalam kehidupan mereka. Walaupun orang Jawa berada di sekeliling kita, masih banyak perihal budaya adat resam mereka yang kita tidak tahu malah semakin dilupakan oleh generasi Jawa Malaysia itu sendiri. Jadi Unit Perancang Ekonomi Selangor melalui exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Budaya dan Keusahawanan bersama Gaya Travel Magazine dengan disokong oleh PUSAKA cuba untuk mengangkat seni budaya tradisional Jawa dalam program Rentak Selangor yang akan menambah nilai dalam sektor pelancongan Selangor.

Lama dahulu sebelum adanya segala gajet, salah satu cara untuk menyebarkan ilmu atau membuat sebarang hebahan ialah melalui persembahan muzik atau perlumbaan binatang. Tanpa siaran televisyen persembahan wayang kulit, muzik gamelan, kompang dan kuda kepang menjadi wadah untuk mengumpulkan penduduk kampung. Sekarang dah senang, boleh gunakan Whatapps atau kongsikan sahaja di Facebook atau bagi BP1M, ramailah manusia keluar beramai-ramai (betul ni... bagi BP1M sewaktu mesyuarat PIBG boleh penuh dewan dengan kehadiran ibu bapa).


Wayang Kulit (shadow Puppuet)
Wayang kulit dikatakan berasal dari Indonesia. Ia ialah bentuk karektor tertentu yang dilukis dan ditebuk di atas kulit lembu dan ditampal pada kayu nipis dan panjang.

Persembahan wayang kulit di asalnya dipengaruhi agama Hindu menceritakan kisah-kisah lagenda Mahabrata dan Ramayana tetapi di Malaysia Tok Dalang berkisah mengenai kehidupan masyarakat dan isu semasa yang kadang-kala lucu yang lebih bersesuaian dengan bangsa Melayu/Jawa dan agama Islam.

Siapa pula Tok Dalang?

Tok Dalang ialah lelaki yang menggerakkan wayang kulit di belakang skrin putih. Jadi kita penonton ni duduk menghadap skrin putih melihat bayang yang bergerak-gerak sambil mendengar cerita Tok Dalang dengan suara yang berubah-ubah mengikut karektor yang dilakonkannya sambil diiringi muzik gamelan. 
Kumpulan gamelan yang mengiringi persembahan wayang kulit.


Nota muzik yang dipermudahkan.

Wayang kulit yang halus buatannya ini diimport dari Indonesia.


Seni Budaya Warisan Gamelan & Wayang Kulit
Balai Seni Simpang 4
Kg Parit 11, Pasir Panjang
45400 Sekinchan
Selangor


Gamelan
Menurut cerita turun-temurun gamelan juga dikatakan berasal dari kepulauan Jawa. Ia biasanya dimainkan di majlis rasmi dan tidak rasmi, perkahwinan dan bersatu dalam persembahan wayang kulit.

Bunyian gamelan (juga dipanggil caklempung) kedengaran merdu apabila diketuk mengikut tempo. Alat muzik perkusi ini meliputi Bonang, Gender, Gong, Kendang, Kenong, Peking, Saron dan Slenthem. Kendang mengawal irama dan tempo lagu. Ia dimainkan oleh sembilan orang pemuzik.

Peralatan gamelan yang baik diperbuat daripada tembaga tetapi ada juga yang diperbuat daripada besi/zink seperti yang pernah ku lihat di sebuah kampung di Sabah dahulu. Ia lebih ringan dan harganya juga lebih murah. 


Kompang Jawa @ Kompang Tiga
Kompang Jawa berbeza dengan Kompang Ribu yang dimainkan sewaktu menyambut kedatangan pengantin di majlis resepsi perkahwinan. Kompang Ribu memerlukan ramai pemain manakala Kompang Jawa digerakkan oleh tiga set pemuzik untuk menghasilkan bunyian yang padu.

Wali Sembilan (Wali Songo) menggunakan kompang dan kuda kepang untuk menarik perhatian masyarakat sewaktu penyebaran agama Islam. Ia dibawa pula ke Selangor oleh pedagang Jawa pada 1900. Sehingga kini ia sering dimainkan di masjid dan madrasah dan upacara keagamaan seperti majlis khatam Al Quran, bersunat dan perkahwinan. Lagu yang dimainkan kumpulan Kompang Jawa berdasarkan Kitab Berzanji yang memuji Nabi Muhammad s.a.w. serta lagu-lagu seperti Assolatu, Bissari, Ya-Salatun dan Sailillah.

Kumpulan Kompang Kadaro, Pasir Panjang.

Kuda Kepang dan Barongan
Tarian Kuda Kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang telah wujud sejak sebelum kedatangan Islam di Pulau Jawa. Wali Songo turut menggunakannya dengan menari ketika menunggang kuda dan sangat instrumental dalam penyebaran agama Islam . Ia sangat berkesan di waktu itu.

Kuda kepang asalnya diperbuat daripada anyaman rotan atau kepingan kayu yang dicat atau dibalut kulit binatang. Ada juga kumpulan yang membalutnya dengan kertas berwarna yang dicorakkan seperti kuda. Kumpulan tarian yang lengkap biasanya akan terdiri daripada 9 orang penari, 5 orang pemain muzik, 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih" dan 9 - 15 orang penjaga kawasan. Penarinya juga memakai pakaian khas.

Sewaktu dipersembahkan kepada kami di Homestay Kampung Sungai Haji Dorani, hanya tiga alat muzik digunakan iaitu gong, dram dan gamelan. Menariknya ia juga dipersembahkan sekali dengan Barongan.

Keluaga Barongan 😂😂😂


Kuda Kepang yang sederhana.


Kisah malam itu...

Sebelum persembahan dimulakan, Danyang (bomoh pemulih) 'menurun' , memanggil roh/semangat. Kemudian peralatan tarian Kuda Kepang dan Barongan diasapkan dengan kemenyan. Seorang demi seorang penari akan menyapu asap ke muka dan kepala mereka.

Danyang mengetuk gendang memulakan persembahan. Para penari pun memegang 'kuda' masing lalu menari mengikut rentak irama yang dipalu. Untuk berubah ke step lain cemeti akan dilibas. Kiranya cemeti tu untuk memberi cue. Nak melibas cemeti ni pun kena belajar supaya tak terlibas diri sendiri.

Bermula dengan retak perlahan (lambatnya.... hahahha) ia semakin laju dan satu persatu penari dirasuk. Ada yang pergerakannya bertukar menyerupai menjadi monyet, ular dan harimau. Yang menjadi monyet tu siap boleh panjat pokok kelapa dan mengopek kulitnya menggunakan gigi sahaja. Dah tak sedar tu yang power rangers sangat tu. Mereka akan makan apa yang dihidangkan di dalam dulang. Yang ,menjadi monyet' akan makan pisang. Yang menjadi harimau akan bergerak seperti harimau. Danyang pun turut dirasuk, mungkin sebab itulah mereka memerlukan dua danyang dalam persembahan kuda kepang.

Untuk memulihkan penari yang dirasuk ini danyang akan membaca mentera. Penari tersebut tersedar, merasa letih dan haus. Sama juga seperti tiga rakan kami yang menjadi penari tambahan. Dua jam menari sambil memegang kuda kepang tanpa rasa lenguh tetapi apabila mentera dibacakan barulah tangan mereka terasa sangat lenguh dan letih. Entah berapa puluh kali mengelilingi gelanggang dengan step yang sama je mau tak letih. 

Persembahan berakhir apabila semua penari dipulihkan. Kena calit bedak lepas tu, kononnya untuk memulihkan semangat. Haa...begitulah.

Wak Rahman sedang mengasap kuda kepang.

Bahan-bahan untuk pemujaan terdiri daripada kelapa, sebiji telur ayam, jerami padi, pisang dan tujuh jenis bunga. Bunga raya pantang.


Cemeti dilibas sebagai tanda merubah gerakan tarian.


Dah tak sedar diri dah ni.



Persatuan Seni Budaya Warisan Kuda Kepang
Homestay Kampung Haji Dorani


Nota:
Pemujaan atau memohon kuasa atau bantuan selain daripada Allah swt adalah dilarang dalam agama Islam. Ia termasuk dalam tujuh dosa besar yang tidak diampunkan Allah melainkan dengan taubat nasuha.


Program Rentak Selangor ini diadakan hasil koloborasi Gaya Travel Magazine dan Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development (UPEN)

Inline images 1

Master Siow | Master of the Lion Dance Bertaraf Dunia

Master Siow | Master of the Lion Dance Bertaraf Dunia | Tahukah Anda Bahawa Malaysia Mempunyai Pasukan "Lion Dance" Terhebat Di Dunia? Pasti ramai yang tak tahu kan?



Tarian singa di Malaysia berasal dari selatan China. Gerakan tarian ini berasal dari aksi kungfu yang meniru pergerakan haiwan dan ditarikan mengikut rentak lagu yang dicipta sendiri. Di tanah besar China rupa 'singa' ini berbeza mengikut negeri. Begitu juga tariannya.

Secara tradisionalnya upacara tarian singa ialah untuk menghalau roh jahat. Ia ditarikan sekitar 20-30 minit dalam satu satu persembahan. Namun kini ia dianggap sebagai salah satu sukan yang menarik dan menyihatkan. Sangat menarik sebenarnya kerana para penari ini begitu berani menari dan melompat diatas 'jong' setinggi lapan kaki! 

Di Malaysia, tarian singa diajarkan di sesetengah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina manakala di luar negara ia diajarkan di universiti China, Taiwan, Hong Kong dan Macau. Tarian singa banyak dipersembahkan sewaktu Tahun Baru Cina, pembukaan tokong, kedai baru atau pelancaran produk. Sesiapa sahaja boleh terlibat dalam kumpulan tarian singa asalkan sanggup belajar dan bersabar. Bukannya selepas daftar terus kena melompat tiang, pastinya perlu banyak belajar dan memerhati secara berperingkat.


Berkenalan dengan Master Siow Ho Phiew


Mesra dengan panggilan Master Siow, beliau yang berusia 60an telah terlibat dalam bisnes tarian singa selama 30 tahun. Bermula dengan mengimport, beliau kemudiannya mengubahsuai dan menambah nilai peralatan tarian sehingga mampu mengeksport pula ke negara asalnya, China.

Selain membuat kelengkapan tarian singa, Master Siow juga mencipta rentak muzik untuk tarian itu menggunakan gong, cymbal dan drum. Bila melihat nota muzik tu, aku teringat Bengkel Tajwid Ar Rumi yang aku hadiri sebelum ini. Ia bukan nota muzik yang penuh 'cacing' tu, ia direka sendiri untuk memudahkan pemahaman. Malah aksi akrobatik yang membuatkan jantung kita berdebar itu pun dicipta di Malaysia.

Bengkel Master Siow hanyalah di sebuah lot kedai di Subang Bestari. Di sinilah rotan sepanjang 60 inci dianyam, dilapisi kertas, dicat dan dipasangkan kain. Berbagai corak dan warna disiapkan mengikut permintaan pelanggan. Satu 'kepala' mampu disiapkan dalam masa lapan hari.

Master Siow menubuhkan Wan Seng Hang (WSH) Dragon & Lion Arts pada 1986 kerana kecintaannya dalam bidang ini. Beliau pernah mencuri-curi mengajar di Padang, Indonesia, sehingga ditangkap polis. Huhu...banyak betul pengalaman. Untuk pengetahuan, keturunan Tionghua di Indonesia agak sukar mengamalkan budaya mereka sebelum pemerintahan Presiden Gus Dur. Hanya kini agak terbuka dan ada yang menggunakan nama Cina dalam dokumen rasmi. 

Siapa sangka pemilik bengkel bersaiz sederhana ini mempunyai 47 kumpulan tarian di seluruh dunia dibawah nama Hong Teck? Hebat!


Peringkat menyiapkan senuah kepala singa:
1. Mengukur, membentuk dawai dan menganyam kepala singa.



2. Menampal kertas warna, sticker, mengecat dan memasang aksesori.



Master Siow menerangkan mengenai nota muzik.

Kalau pecah terhempas kepala singa ni kena zassss credit card RM2,400 sebuah.

Master Siow mengajar bagaimana untuk mengetuk dram berdasarkan tepukan yang dilakukan di badan pemain. Kalau lambat pick-up kena rotan heheh..

I terujaaa....!!






Pelapis tarian singa, Yong dan Herman.

Maklumat Tambahan:
Apakah berbezaan tarian singa (lion dance) dan tarian naga (dragon dance)? Ramai juga yang keliru dengan kedua-dua tarian ini.

Ciri-ciri tarian singa:
1. Ditarikan oleh dua orang
2. Wajah penari hanya sesekali kelihatan ketika menari

Ciri-ciri tarian naga:
1. Menggunakan lebih ramai tenaga penari.
2. Alatan yang digunakan ialah buluh.
3. Wajah penari jelas kelihatan kerana mereka menggunakan kayu sewaktu persembahan.


Kini Malaysia menjadi contoh ikutan dalam tarian singa dan telah menjadi penganjur kepada "Lion Dance Competition".  Walaupun Malaysia dinobatkan sebagai salah satu "negara terbaik dalam tarian singa", agak sukar untuk mendapatkan peserta muda berdedikasi yang sanggup berlatih dua jam sehari tiga kali seminggu. Yang pergi tiada pengganti. Bagaimana, berminatkah anda??


Program Rentak Selangor ini diadakan hasil koloborasi Gaya Travel Magazine dan Selangor Youth Generation Development, Sports, Cultural and Entrepreneurship Development (UPEN)
Inline images 1

International Street Photography Exhibition @ MATIC

International Street Photography Exhibition @ MATIC | Matic di Jalan Ampang sedang mengadakan pameran Fotografi jalanan antarabangsa yang akan berakhir 30 Mac ini. Pameran ini merupakan satu usaha yang baik supaya Matic sentiasa aktif dan menjadi tempat rujukan serta pertanyaan tentang pelancongan di Malaysia.




Jika anda jurugambar atau sekadar meminati fotografi atau sesaja tak dok mende nok buat eloklah pergi ke pameran di Matic ini untuk melihat kreativiti dan 'ketajaman mata' jurugambar lain. Untuk mendapatkan gambar yang menarik dan hebat kesabaran sangat diperlukan selain luck. Ilmu, latihan dan usaha perlu berterusan. Bukan boleh belajar di youtube saja, kena berguru. Guru pula tak semestinya yang caj kau beribu ringgit untuk pandai walaupun yang mahal itu selalu lebih baik.

Aku sendiri memang minat fotografi. Minat je lah, pandainya tidak hehe... Percaya tak kalau aku kata aku belajar menggunakan kamera Yachica FX-3 yang manual tu masa sekolah menengah? Bila ada duit sendiri pi beli yang otomatik, senang kononnya. Memang senang pun tapi kualiti gambar tak sama. Eh, yang adik-adik ni tahu ke kamera Yashica? Yang aku berulang nampak orang dok bertekak Nikon vs Canon jer... tahpape. Kalau ada kamera dslr terkini pun tapi guna setting otomatik saja lebih baik guna handphone. (#Uje mohon terasa hahahha....). Samsung P9 tu pun dah kebabommm lawa gambarnya.

Aku share sedikit gambar-gambar menarik yang dipamerkan. Ada gambar yang.... eh aku pun ada gambar macam ni! hahah gitu. Kiranya yang aku share ni menariklah di mataku. Photographer yang lain jangan berkecil hati ya because it's subjective.

by Azman Karib, Malaysia.

by Husni Munir, Indonesia.

by Jasper Tijano, Philippine.

by Dennis Lim, Malaysia.

by Kevin Lim, Malaysia.

Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Telephone: 03 9235 4800 / 4900
Fax: 03 2162 1149
E-Mail: info@matic.gov.my
Website: http://www.matic.gov.my


Bagaimana untuk ke MATIC dengan pengangkutan awam?
Anda boleh menaiki LRT dan turun di Stesen Dang Wangi atau KLCC. Lebih dekat jika menaiki monorel dan turun di Stesen Bukit Nenas.





Tiket dengan harga diskaun untuk Borneo Jazz & Rainforest World Music Festival 2017

Tiket dengan harga diskaun untuk Borneo Jazz & Rainforest World Music Festival 2017 | Setiap Sarawak Tourism Board mengaturkan beberapa festival menarik untuk menarik pelancong ke Bumi Kenyalang. STB juga tanpa gagal mengadakan dua festival muzik hebat setiap tahun.


Kenapa dikatakan festival muzik yang hebat?

Para performers yang dijemput mengadakan persembahan adalah yang terbaik dalam genre muzik mereka. Nak bawa mereka ke sini pun ada yang kemain susah ndak ndaknya yang datang dari pulau tu haa. Dengan nak naik botnya... bertukar kapal terbang... bukan senang oii! Kena ada orang yang berpengalaman menguruskan perihal logistik ni. I think STB has a lot of experiences regarding this matter. Anniversary ke-20 dah pun RWMF.

Walaupun mungkin kurang dikenali di Malaysia, kita akan terpegun melihat dan mendengar muzik yang dipersembahkan. Sungguh! Ai tak tipu tau sebab ai pernah pergi. Mendengar di radio/dvd tak sama dengar menonton secara live. Dengan sound system terkini dan kesungguhan mereka perform di atas pentas membuatkan badan kita turut bergoyang. Yang best-nya konsert diadakan di open space. Banyak ruang untuk bernafas hahah...

Jangan tunggu lagi... 31 Mac ini tarikh akhir untuk mendapatkan tiket diskaun for early birds.


Borneo Jazz Festival 2017
12 - 13 Mei, 2017 di Parkcity Everly Hotel, Miri, Sarawak.

Image result for borneo jazz 2017

Selepas konsert nanti boleh visit Lambir Hills atau Taman Negara Niah. Kalau minat menyelam boleh try Miri-Sibuti Coral Reefs National Park. Nak lagi best pergi Mulu dan Bario. Ai dah sampai Mulu... boleh search dalam blog ni. Best giler!

If you keen to be one of the volunteers, kindly read here. Best gak untuk dapat experience kan?

Borneo Jazz 2017 Tickets

TicketsEarly Bird
(Till 31st March)
 Pre Sale
(1 Apr – 11 May)
 Door Sale
(12 – 13 May)
Adult (1 Day Pass)RM67.60 RM88.80 RM110.00
Adult (2Day Pass)RM110.00 RM152.40 RM194.80
Child (7-12)
(1Day Pass)
RM35.80 RM46.40 RM57.00
Child (7-12)
(2Day Pass)
RM46.40 RM67.60 RM88.80
Family package (2 Adult & 2 Child)RM143.20 RM185.60 RM228.00

For more tickets info please read here.


Rainforest World Music Festival 2017
14 - 16 Julai, 2017 di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak.
Image result for rainforest world music festival 2017


Tickets

20th Anniversary of the Rainforest World Music Festival.
Description 

Early Bird
(1st Jan till 31 Mar)
Pre-Sale
(1st April – 13th July)
Door Sale
(14th – 16th July)
Adult (1Day Pass)

RM110.00

RM131.20

RM152.40

Adult (3Day Pass)

RM290.20RM343.20RM406.80
Child (1Day Pass)

RM57.00RM67.60RM78.20
Child (3Day Pass)

RM110.00RM152.40RM184.20
Family package
(2 Adult + 2 child tickets)
RM228.00

RM270.40

RM312.80

*child age 7-12 years

Family package : Applicable to daily passes only. Select 2 Adult & 2 Child tickets on the same day in a single transaction and system will auto adjust the price to family package.


Sila baca di sini untuk informasi tambahan.





MATTA Fair 2017 kehilangan sesuatu?

MATTA Fair 2017 kehilangan sesuatu? Rasanya sudah dua tahun juga tak ke MATTA Fair, tempat jualan pakej pelancongan dan tiket penerbangan berskala besar yang secara tradisinya diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC).

Image result for matta fair 2017

Aku ingatkan masuk free heheh... kena bayar RM4 seorang dewasa dan kita akan diberikan sebuah non-woven bag untuk meletakkan segala mak nenek brosur pakej pelancongan yang dijual. Aku ke Matta Fair edisi Mac tu pun nak support kengkawan yang membuka booth seperti Sarawak, Perak, Thailand, Negeri Sembilan, Terengganu, Selangor dan Halcent Discovery selain hendak melihat lihat pakej ke China dan Jepun. Aku terlewat sikit, orang Sarawak ada buat semacam contest la... siapa menari dengan penari mereka yang berpakaian tradisional tu dapat tiket percuma ke konsert Borneo Jazz / Rainforest Muzik Festival. Melepas! huhuu... terlambat sikit je.

Masuk je Merdeka Hall terus nampak Sarawak Pavilion. Sabah dan Sarawak selalu menjadi favourite destinations bagi Malaysian. Sarawak terkenal dengan kek lapis, pasar Serikin, gua, ikan terubuk masin dan lain-lain lagi. Tempat-tempat menarik di sekitar Kuching pun banyak, boleh baca di sini. Kami sekeluarga pun insyaAllah akan ke Kuching cuti sekolah hujung tahun nanti. Nak heret bebudak ni ke Fairy Cave. Senang je dapat free ticket Air Asia kali ni... pukul 1 pagi dah boleh tidur. Tidur sambil senyum bila dapat 8 tiket RM208 ! 😊😊😊 Laff u Tony Fernandez !

Selain Eropah aku juga teringin bebenor mengembara ke Jepun dan India. Orang kata kalau boleh survive di India maka boleh je hidup kalau tercampak ke mana-mana pun. Orang kata lah. Jepun pula memang sejak dulu aku berminat tapi very expensive lorrr... company husband aku tak pula dihantarnya staf berkursus ke sana, kalau tak boleh juga menumpang bilik hahah.... bilik dan tiket penerbangan yang perlukan bajet besar. Sabar dululah, manalah tahu ada rezeki. Tuah manusia siapalah yang tahu kan?? Kawan aku minta tolong tengokkan pakej ke Turki. Window shopping untuk orang membuatkan hati sendiri geram nak pergi.

Ada satu tempat di China yang aku teringin pergi tetapi masih blur lagi, tak tahu nak turun kapal terbang di mana. Bila dah ke Matta Fair baru nampak jalannya siap ternampak 'jalan lain' lagi hahahah.... tu yang malas pergi pameran pelancongan... banyak sangat tempat yang kita nampak, buat gigit jari je. Apa apa hal pun plan je dulu.. kalau ada rezeki sampailah tu.


Apa yang dapat dikumpul daripada MATTA Fair?
Selain brosur dan angan-angan, ini ha.. ↡ souvenir dari sana.


Selain Meroz Hotel, Regent juga hotel halal di Thailand.

Sila scan kod tu. dan lihat informasi yang terdapat di website www.tourismthailand.org/muslimfriendly .

Kalau ada yang berkenan kat kupon ni meh amik kat ai di Seremban ni. Ai belum ada plan ke Korea dalam masa terdekat. Express Train Discount Coupon ini laku sehingga 31 Disember 2017.



Negara-negara bukan Islam seperti Jepun, Thailand, Korea dan Taiwan sedang meningkatkan tawaran makanan dan perkhidmatan yang muslim friendly. Yang nak ke Thailand tu jangan lupa scan kod tu, macam-macam info ada dalam tu.


Panjang dah bercerita.. so what's missing?
Booth Tourism Malaysia (takde bajet kot).













Kedah | Alor Setar Bagaikan Taman Bunga !

Kedah | Alor Setar Bagaikan Taman Bunga ! Wow wow wowwww.. cantiknya! Subhanallah !


Sehari dua ni kengkawan facebook upload gambar pokok Tecoma ("sakura Malaysia") yang sedang kembang mekar di Alor Setar. Cantiknya lahaiii... Bagusnya tindakan Alor Setar City Council ni dalam mencantikkan bandar. Kawasan lapang dan padang permainan di kawasan perumahan baru telah disyaratkan untuk ditanam pokok ini. Di Kota Setar sahaja terdapat lebih 500 pokok Tecoma daripada spesis Tabebuia Rosea berwarna merah jambu dan putih. Tahun lepas ia berbunga dalam bulan Februari dan April, tahun ni di bulan Mac pula.

Banyak jalan-jalan di sana ditanam dengan pokok ini. Di musim cuti persekolahan ni pergilah meronda di Jalan Kuala Kedah, Jalan Tun Razak, Jalan Langgar dan beberapa lagi untuk melihat betapa lebatnya pokok-pokok ini berbunga. Keluar pepagi ambil gambar keluarga.

Pokok Tecoma memerlukan cuaca yang panaih lit lit untuk mekar cantik. Panaih berdengung kata mak mertua aku.  Suhu diantara 35C hingga 38C sesuai sangatlah tu.

Menanam pokok Tecoma di sepanjang jalan bandar tu bagus dah, menjadikannya cantik berseri hinggakan kita yang berada dalam kereta rasa nak berhenti di tepi jalan. Namun alangkah bagusnya jika dibuat satu taman khas berkeluasan berpuluh atau beratus ekar untuk ditanam bunga bersesuaian semata-mata? Kenapa kita tak mengambil idea Keukenhof di Netherland, Shanghai Flower Port di China dan ladang bunga matahari di Saraburi dan Lopburi, Thailand? Beribu pelancong ke sana saban tahun semata-mata hendak melihat bunga yang sangat cantik kembang mekar segar. Ramai juga yang sanggup berhabis duit untuk melihat bunga sakura di Jepun yang mana blossoming time hanya dua minggu setiap tahun. Aku pun terjebak sama hahahh... Bila Air Asia bagi tiket free, beriya aku ke Hangzhou nak melihat tulip seperti yang orang hebohkan tapi takde.... sedih. Nasib baik ada plan B, maka naik keretapi lajulah aku ke Shanghai Flower Port di Shanghai nun.

Tips: Sila bawa student card untuk mendapatkan harga diskaun untuk tiket masuk.

Sesuatu yang unik dan menarik pasti akan membuat orang teruja. Kita tak harap pun melihat bangunan tinggi pencakar langit di Kedah tu, di Kuala Lumpur pun dah tak daya nak mendongakkan kepala. Kita nak sesuatu yang baru dan fresh di Malaysia. Apa salahnya meniru sesuatu yang baik kan? Kena ikut negara Jepun sebelum maju, copy and improvized. Di Shanghai Flower Port tu jenis bunga yang ditanam berlainan mengikut musim. Kita pun boleh buat camtu. Bunga matahari pun mungkin sesuai ditanam di Kedah juga. Tak nak cuba?

Mungkin 'orang' Kedah melalui badan/jabatan berkaitan perlu mengalihkan sedikit pandangan dari Langkawi. Langkawi sudah diketahui ramai, it can sell for itself. Walaupun Langkawi masih memerlukan promosi berterusan apalah salahnya majukan pelancongan di daerah lain pula? Rugi sangat kalau tak ambil peluang ni. Rugi! Jika kejadian ini di Melaka soheh tahun depan muncul ladang Tecoma. Alangkan kapal selam terpakai pun mereka dapat 'buat duit' inikan pula pokok yang senang hidup di negara beriklim Khatulistiwa. Pejam mata je tu.

Gambar-gambar ini diambil dari facebook Tuan Haji Taib Wahab.

Image may contain: tree, plant, flower, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, flower, sky, table, outdoor and nature

Image may contain: tree, sky, plant, outdoor and nature

Image may contain: flower, plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: tree, plant, flower, car and outdoor

Image may contain: tree, sky, plant, flower, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, flower, sky, outdoor and nature

Jom ke Kedah! Daerah Baling pun best. Sila buka link tu, ai dah bagi idea nak kemana/buat apa di Baling.


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free