NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA CHONGKAK PARK AND RESORT



Baru baru ni kan tular tentang penyakit misteri yang dibawa dari Selangor. Perasan tak kes satu (atau dua orang) dari satu famili yang meninggal dunia akibat jangkitan pernafasan di Kelantan setelah lawatan ke Kajang? 40 ahli kelurga yang lain turut dikuarantin.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berita viral 62 hot spot virus misteri tersebut adalah palsu dan ia sebenarnya adalah lokaliti wabak tidak terkawal dan hotspot bagi wabak denggi. 

Teringat pesan seseorang, bila kita ke kawasan air terjun, jangan rendam kaki ke dalam air yang bertakung di antara batu yang kebiasaanya di tepi laluan air terjun. Kita kan biasa kalau malas mandi celup kaki pun jadilah. Haaa... di situlah yang selalu menjadi puncanya.

Apa yang penting adalah SILA JAGA KERBERSIHAN. Sayangilah negara kita. Jangan sampai diapers berat dengan kencing berak anak kau aku pulak kena kutip dan buang.


Sila baca pengumuman dari Tourism Selangor ini. Terima kasih.

Image result for sungai congkak
Sungai Congkak. Sumber www.lurker.smugsmug.com


NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA CHONGKAK PARK AND RESORT

Berdasarkan siasatan dan perbincangan awal bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di dalam mesyuarat yang telah diadakan 17 Februari 2017, dengan ini pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Negeri Selangor mengarahkan penutupan Chongkak Park And Resort selama 2 minggu mulai 18 Februari 2017 hingga 3 Mac 2017. Penutupan sementara ini adalah untuk memberi laluan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Tourism Selangor bagi melakukan kerja – kerja siasatan, pembersihan dan pemuliharaan terhadap kawasan tersebut yang disyaki mempunyai kaitan terhadap kes jangkitan kencing tikus seperti yang berlaku baru-baru ini.

Selain itu Y.B EXCO Pelancongan Negeri Selangor Y.B ,Puan Elizabeth Wong turut menafikan terhadap dakwaan berkaitan 62 kawasan ‘hot spot’ di Kajang yang menjadi tempat ‘wabak misteri’ seperti yang telah menjadi tular di media eletronik sejak kebelakangan ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan kawasan persekitaran tempat tinggal agar terhindar daripada semua jenis wabak dan penyakit. Segala kesulitan amatlah dikesali.


-Tourism Selangor Sdn Bhd

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-55132000 atau layari laman web www.tourismselangor.my

Post a Comment

0 Comments