Global Passport Power Rank 2017 | Passport Malaysia nombor berapa?



Global Passport Power Rank 2017 | Passport Malaysia nombor berapa? | Untuk ke luar negara bagi tujuan melancong, lawatan rasmi, bekerja dan belajar setiap warganegara perlu membawa passport. Biasanya pengecualian diberikan kepada penduduk yang tinggal di sempadan negara, mereka diberikan pas sempadan dengan had jarak dan jangka masa tinggal yang tertentu.


Walaupun dah pernah dihebohkan sebelum ini tapi aku nak juga pos tentang ini untuk rujukan sendiri.

Image result for malaysia passport
Passport Malaysia RM200 untuk 5 tahun. Sumber di sini.

Passport cover yang ditempah di Bangkok. Murah je uols...

Penilaian di bawah dibuat berdasarkan total visa free score. Senarai teratas menggambarkan ranking passport yang paling tak perlukan visa untuk masuk ke satu satu negara, paling bernilai, paling power di dunia. Maka jagalah passport anda seperti menjaga nyawa sendiri. Kalau tak menjawablah dikau dengan Jabatan Imigresen Malaysia.


Hendak tahu betapa bagusnya passport kita berbanding negara lain? 
Ini senarai 20 passport paling berkuasa daripada 195 negara. Walaupun hanya ada 20 nombornya tetapi negara yang terlibat adalah 49 buah. Malaysia berkongsi tempat kelima bersama dengan Ireland dan Kanada. Number FIVE, not bad huh? 

1. Germany (158)
2. Sweden & Singapore (157)
3. Denmark, Finland, France, Spain, Norway, United Kingdom, USA (156)
4. Italy, Belgium, Netherland, Austria, Luxemborg, Portugal, Switzerland, Korea Selatan, Jepun (155)
5. MALAYSIA, Ireland, Kanada (154)
6. Greece, New Zealand, Australia (153)
7. Chezh Republic, Iceland (152)
8. Hungary (151)
9. Malta, Poland (150)
10. Slovenia, Slovakia, Lithuania, Latvia (149)
11. Estonia (148)
12. Liechtenstein (147)
13. Cyprus (145)
14. Croatia, Bulgaria, Brazil, Monaco (143)
15. Romania (142)
16. Argentina (141)
17. Hong Kong, Chile (140)
18. San Marino, Andorra (138)
19. Israel (137)
20. Brunei (134)

Sumber www.passportindex.org.

Peringatan!
Sebelum 'terbang' sila pastikan passport kita mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan. Ini adalah STANDARD requirement. Malangnya ada penumpang yang terkandas kerana staf bertugas bertegas menolak passport yang tarikh tamat tempohnya enam bulan setengah atau tujuh bulan (kes di Malaysia). Sepatutnya if they work by the book, tak jadi masalah pun. Boleh dilepaskan je... lagipun penumpang tersebut ada tiket balik.

Pengalaman aku sendiri, pernah terkena di airport lama Medan, Indonesia. Berkali-kali aku check passport tu, masih ada TUJUH bulan lagi tapi imigration officer to refuse entry. Masa memula dia cakap tu aku tak faham sebab aku rasa aku betul. Lepas tu bila aku faham aku buat buat tak faham, buat bodoh je hahaha...nasib baik lepas. Dah kita betul takkan nak bagi rasuah? Karang aku berdosa dia lagilah berdosa makan duit haram.


***
Teringat seorang chef selebriti yang pernah kehilangan passport, beliau mengingatkan supaya kita berhati-hati menjaganya. Kalau hilang SUSAH dik non.... orang terkenal seperti dia pun rasa susah inikan pula kita yang takde sesiapa kenal.


Post a Comment

0 Comments