Hotel Review | Hua Hin Marriott Resort & Spa, Thailand

Hotel Review | Hua Hin Marriott Resort & Spa, Thailand | Hua Hin yang dikatakan pantai berkembar dengan Cha-Am mula terkenal sejak Raja Thailand menjadikannya "summer retreat" dan mendirikan rumah peranginan di sini. Hanya kira-kira dua jam dari kota kosmopolitan Bangkok, pantai Hua Hin lebih tenang berbanding Pattaya yang bertentangan dengannya.


Apa yang menarik sangat dengan Marriott Resort & Spa Hua Hin?

1) First impression is WOW! Sebuah resort baru yang cantik, luas dan benar benar di tepian pantai.

2) Lokasinya hanya lima minit berjalan kaki ke Market Village dan tak jauh dari bandar tapi kena naik teksilah.




3) Owh... ada LIMA kolam renang di sini! Seronoknya kalau pandai berenang boleh pusing satu resort tu sebab kolam sepanjang bilik penginapan. Boleh terus terjun dari katil je. Ada hidden pool lagi.

Adult pool. Kami tertanya-tanyalah juga kena 'buka semua' ke kat adult pool ni? hahah....


 Kids pool. Pirates dan dua slider tu akan membuat kanak-kanak tak mahu naik ke bilik.  
 
Pantai yang tenang dengan pasir halus.

Cemas betullah bila orang pandang waktu nak naik kuda ni, takut tak dapat naik heheh...


4) Biliknya luas, moden dan selesa. Gorgeous! Terpulang kepada kita nak pemandangan taman atau laut. Paling seronok kalau stay di bilik bawah yang terus terjun ke swimming pool. Ada lapan plug point dalam bilik. Senanglah nak caj berbagai gajet sekaligus. 

Nak tengok bilik iols? Ehem..





Bilik air luas tetapi tiada bath tub. Nak berborak dengan teman sebilik sambil mandi pun boleh, tarik je sliding door depan tu.

5) Lagi satu yang best, kumpulan Marriott menyediakan pilihan sarapan pagi yang banyak. Sangat banyak! Cuba bayangkan dalam gambar di bawah ni dari hujung sana sampai hujung sini setiap kaunter terhidang makanan. Jus, pastri dan cereal pun banyak pilihan, kenyang sampai tengahari.



6) Sebagai sebuah resort lima bintang sudah pastilah servis yang ditawarkan dalam kelasnya yang tersendiri.


Aktiviti malam di Hua Hin?
Hua Hin menawarkan pusat membeli-belah, padang golf, tarikan pelancongan dan restoran-restoran yang menarik. Malam di Hua Hin lebih tenang dan sesuai untuk percutian keluarga. Apa nak dibuat memalam eh?

1) Sewa tuk tuk pusing bandar

2) Makan makan
Jika kita tidak makan di hotel penginapan pun tak mengapa kerana ada banyak restoran di luar sana. Ada beberapa restoran makanan muslim dan salah satunya berdekatan stesen keretapi siap dengan banner "teh tarik". Kalau tiga hari di Hua Hin haruslah mencari teh tarik ni kan?

3) Membeli-belah di Hua Hin night market.
Jika berjanji dengan kawan pakat pakat berkumpul semula di CIMB Thai, senang. Depan bank tu ada penjual ais krim kelapa/durian dan lain-lain. Jangan jalan menonong ke depan je, masuk juga ke lorong kiri dalam pasar malam tu sebab banyak juga yang menarik di situ.

Cekak rambut yang dibeli di pasar malam.

**Ada shopping mall terbaru iaitu Bluport yang bersambung dengan InterContinental.

4) Berehat di pantai


Apa pula down side resort ini?
Hmm... aku rasa dekorasi lobi resort ni nampak serabut hahah... tak sesuai dengan jiwa aku. Aku lebih berkenan dekorasi InterContinental Hua Hin. Klik link tu untuk melihat gambarnya.

Lagi satu, disebabkan keseluruhan pantai Hua Hin adalah untuk kegunaan awam maka ada juga anjing liar seekor dua. Kuda-kuda yang disewa untuk tunggangan juga meninggalkan bahan buangan di atas pasir. Itu sajalah yang tak syok kot.



Dari pemerhatian ramai juga orang Malaysia ke sini... ada je terjumpa di sana sini. Malam tu pun kami bertembung dengan kumpulan kecil pakcik kayo yang bermain golf di sini sedang menunggu keretapi pulang ke Bangkok. Bahagianya bila dah tua boleh enjoy macam tu kan?

Nak tempah? Silakan klik di sini.

Hua Hin Marriott Resort & Spa
107/1 Phetkasem Road 
Hua Hin 77110 Thailand


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free