Cambodia | Di mana nak shopping di Phonm Penh?

Cambodia | Di mana nak shopping di Phonm Penh? | Owh.. ini tajuk yang wanita-wanita Malaysia khususnya cari. Tak kira yang datang secara bajet atau makcik kayo, kita mesti nak beli juga serba sedikit kan? Hah, jangan tak mengaku pula.

Di Cambodia atau kita biasa panggil Kemboja ada banyak lokasi membeli-belah popular yang nampak biasa biasa je. Shopping mall ada tapi aku kalau pergi ke mana-mana pun lebih suka check-out pasar tani, pasar malam, pasar karat dan seumpamanya where locals go. Di situlah kita dapat melihat budaya yang asli, barangan yang tiada di negara sendiri.



Jadi, kat mana nak shopping di Phnom Penh ni?

1. Russian Market (Phsar Toul Tom Poung)
Russian Market sangat popular tetapi bukan disebabkan ada menjual rifle Rusia tu. Namanya tercipta kerana kedatangan pelancong Rusia yang ramai ke sana pada tahun 1980an dulu. Orang Rusia ni ramai datang belah belah asia ni suatu waktu dahulu hinggakan hotel dan resort dalam hutan Kanchanaburi, Thailand, tu pun ada signage dan menu yang ditulis dalan bahasa Rusia.

Ada bermacam yang dijual dalam pasar yang panas melekit tu hehe... nak cari souvenir dah tentulah ada, barang antik, lukisan, kain sutera, winter wear, kelengkapan dapur... dah nama pun pasar. Ada kedai kain dan ada tukang jahit kat dalam tu. Pakaian boleh siap dalam masa tiga hari. Bawa contoh bajulah, senang. Karang payah pula nak bagi arahan.

Jangan fokus kat dalam pasar tu aje check juga kedai-kedai di sekitarnya. Urus niaga boleh dibuat dalm Riel atau USD. Mereka suka USD tetapi aku rasa bila guna USD ni harga jadi mahal. Contohnya business card holder jenis kain tu. Ia dijual 1.50 usd, mahal tu. Value tak setinggi tu pun.

Alamat : Persimpangan lorong 440 and 155, South of Mao Tse Toung Boulevard, Boeung Keng Kang 3
Waktu perniagaan: 06:00 to 17:00



2. Central Market (Phsar Thmei @ New Market)
Bangunan Central Market yang menjadi landmark Phnom Penh dengan siling setinggi 30 meter ini membuatkannya terasa lapang dan lebih selesa untuk aktiviti membeli-belah. Hasil rekaan arkitek terkenal Cambodia Vann Molyvann, pasar ini tempat mencari batu permata, emas dan jam. Barangan tu semua di main area, di tengah pasar. Tempat sewa paling mahallah tu.

Pakaian, kasut, barangan rumah dan elektronik di keempat-empat sayap bangunan. Di antara sayap bangunan ini pula tempat kita mendapatkan souvenir dan bunga segar. Jambangan besar boleh dapat USD10 je. Bahagian kiri sebelum pintu masuk adalah tempat menjual serangga, lipas dan labah-labah goreng. Hmm...nak try?

Money changer pun ada tapi tak tahulah mereka accept MYR ke tidak. 

Alamat: Selekoh Street 67 & Street 136
Waktu perniagaan: 06:00 to 17:00



3. Olympic Markets (Psah Olympic)
Ada banyak pilihan kain dengan harga murah dijual di sini. Kalau nak memborong pun di sinilah tempatnya.

Alamat: Selekoh Street 199 and Street 286

Image result for Olympic Markets (Psah Olympic)


4. Night Market (Phsar Reathrey) 
Bolehlah nak jalan memalam, dekat dengan sungai. Barang-barang yang dijual biasa je... orang tempatan ramai datang sini sebab ada persembahan pentas.

Alamat: Selepas street 108.
Waktu perniagaan : Jumaat-Ahad bermula 5 petang.


5. Street 178
Lorong ini terkenal sebagai Art Street yang menjual lukisan, ukiran batu/kayu dan perhiasan perak. Butik, private gallery pun ada. Galeri Reyum dan Sa SaBassac selalu buat pameran seni tradisional dan kontemporari Cambodia.


6. Boeung Keng Kang Market.
Minat barangan vintage? Cari di sini.

Alamat: Di antara St 380 dan St 392, BKK1, Phnom Penh.


7. Supermarket
Ada banyak juga supermarket di tengah Phnom Penh ni... antaranya Lucky Supermarket (Street 274), Bayon Supermarket (133 – 135 Monivong), Sorya Shopping Centre (Street 63), City Mall dan Aeon Shopping Mall.


Okay, siapkan duit untuk shopping sampai lebam.


Motivasi | Jangan biarkan hati berjauhan...

Tags
Seorang alim berjalan dengan para muridnya. Mereka melihat ada sebuah keluarga yang sedang bertengkar dan saling berteriak.

Orang alim tersebut berpaling kepada muridnya dan bertanya, "Mengapa orang saling berteriak jika mereka sedang marah?"


Salah seorang murid menjawab, "Kerana kehilangan sabar sebab itulah mereka berteriak."


"Tetapi, mengapa harus berteriak kepada orang yang berada di sebelahnya? Bukankah pesan yang ia sampaikan boleh diucapkan dengan perlahan saja?" Tanya orang alim menguji murid-muridnya.


Muridnya pun saling memberikan jawapan, namun tidak satupun jawapan yang mereka sepakati.


Akhirnya orang alim berkata, "Bila dua orang sedang marah, ketahuilah hati mereka saling berjauhan. Untuk dapat menempuh jarak yang jauh itu, mereka mesti berteriak agar perkataannya dapat didengar. Semakin marah, maka akan semakin kuat teriakannya. Kerana jarak kedua hati semakin jauh."


"Begitu juga sebaliknya, di saat kedua insan saling jatuh cinta?" Tanya orang alim.


"Mereka tidak saling berteriak antara yang satu dengan yang lain. Mereka berbicara lembut kerana hati mereka berdekatan. Jarak antara kedua hati sangat dekat."


"Bila mereka semakin lagi saling mencintai, apa yang terjadi?" Mereka tidak lagi bicara. Mereka hanya berbisik dan saling mendekat dalam kasih sayang. Pada akhirnya, mereka bahkan tidak perlu lagi berbisik. Mereka cukup hanya dengan saling memandang. Itu saja. Sedekat itulah dua insan yang saling mengasihi."


Orang alim tadi memandang muridnya dan mengingatkan dengan lembut, "Jika terjadi pertengkaran di antara kalian, jangan biarkan hati kalian berjauhan. Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kian menjauh. Kerana jika kita biarkan, satu hari jaraknya tidak akan lagi boleh ditempuh."



CnP


Sumber di sini.

Pengalaman travel | 6 Kisah rakan sebilik

Pengalaman travel | Kisah rakan sebilik | Januari tahun lepas aku ke Kunming, China. Best woihhh... sejuk, berasap mulut! Dapat juga naik cable car open air seperti di Bukit Nenas KL masa aku kekecik dulu. Cuba tengok balik post yang lepas. Januari tahun ni tak kemana, mereput kat sini hahahah... aku terlepas membeli tiket murah sebenarnya. Nasib baik Isnin Selasa lepas hujan sepanjang hari, sejukk sampai ke tulang dapatlah pakai sweater.


Beberapa tahun ni banyak jugalah melancong dalam dan luar negara. Ada yang pergi sendiri dan ada juga yang ditaja. Program yang ditaja tu selalunya akan stay di hotel yang tiga bintang ke atas, program pun tersusun macam budak asrama.... makan tak pernah missed. Tak sempat lapar pun sebenarnya. Layanan tip top. Trip anjuran sendiri, pergi solo fuhhh dia punya penat tu lain macam. Makan pun ikut dan (kalau jumpa). Tempat tidur pun hotel bajet atau hostel je selalunya. Pukul 7 dah keluar ukur jalan hinggalah 10 malam nanti, nak tumpang kencing je pun kat hotel tu.


Siapa rakan sebilik aku?
Ni aku takde nak cerita hantu di hotel ke apa sebab aku tak pernah mengalami walaupun ada sekali tu ramai yang kena kacau dalam satu floor tu. Aku yang tidur seorang tak diganggu alhamdulillah, tapi entahlah kot kot 'dia' usik tapi aku tak sedar sedar sampai 'dia' putus asa hahahha...

Nak cerita sikit je ni, lain kali kita buat part two pula.

Kisah 1 di Hangzhou, China.
Walaupun di hostel guest yang tinggal sebilik jarang berjumpa. Di negara-negara yang subuhnya awal kita pun bangun awal siap mandi segala. Lepas tu nak tidur semula selalunya susah sikit sebab takut terlewat bangun.

Dalam dorm tu ada seorang traveler yang bangun awal. Masa aku solat tu aku rasa macam dia rakam video. Tak khusyuk sembahyang oii 😊. 

Masa bersiap nak keluar dia tanya adakah aku muslim? Aku iyakan je. Then dia kata di universiti dia ada juga pelajar muslim yang pakai tudung dan nampak cantik. Ada lagilah puji-pujian dia kat kita wakkk... mata kita besarlah... bahagia je pagi tu. Jarang benar dengar orang puji kita pepagi ni πŸ’–πŸ˜œ

Sumber di sini.

Kisah 2 di Shanghai, China.
Dorm ni boleh memuatkan lapan orang wanita dengan selesa. Yang tak best nya toilet di luar dan jenis cangkung. Takde hos pula tu. Bilik hotel pun ada tapi saja tak nak stay situ sebab travel solo dan takkan guna pun fasiliti serba selesa tu.

Bila duduk dengan mereka ni aku cuak jugalah nak pakai tak senonoh hahah... even nak pakai blaus muslimah tanpa seluar saja dalam bilik yang semua perempuan pun aku takut sebab mereka ni jarang jumpa wanita asing yang berhijab. Tudung kepala kita dan tudung wanita muslim di sana berbeza apatah lagi muka, warna kulit dan sebagainya. Manalah tahukan diam diam dia ambil gambar kita siap bertudung dengan gambar tak berseluar matilanakkk...

Malam tu ada dua orang anak-beranak omputeh menginap. Selain aku dari Malaysia yang lelain tu dari other parts of China juga. Amoi-amoi tu cover-up jugalah masa nak bertukar baju tapi yang omputeh ni buka sampai tinggal two pieces je, kepit dengan tangan je nenen dia masa tukar bra adehh... #bukankuihkoci . Masa tukar panty aku dah berpaling ke lain... tak rela i nyah... hahahah..

Sumber di sini.

Kisah 3 di Krabi, Thailand.
Dorm tu untuk berbelas orang jugalah tapi dapat jumpa dengan seorang dua je sewaktu mereka baru check-in. Katil memasing hmmm...

Aku tidur lambat tapi bangun awal. Duduk tepi pantai ni nak kemana awal-awal sangat selain pantai? Mek saleh semua tu tak tahulah baliknya pukul berapa, mabuk ke tidak sebab pukul 12 tengah malam pun lengang lagi bilik kami tu. 

Pagi tu masa bersiap aku bukalah sikit langsir. Buka sikit je... buka lampu karang mengganggu pula kan? Lepas tu bangun seorang mek saleh ni pi tutup langsir tu balik. Mujur aku dah nak keluar. Dah pukul lapanlah, matahari dah mencarak. Pukul enam dah siang kot?

Sumber di sini.

Sumber di sini.

Kisah 4 di Bangkok, Thailand.
Dorm ni untuk lapan orang with attached bathroom. Selesa. Towel, sabun, syampoo disediakan. Teh, kopi free je buat sendiri. 

Ada seorang perempuan ni tak tahulah dah berapa lama dia stay kat situ macam poyo sket. Malam tu dia dah pasang tabir sekeliling katil dia. Agaknya ada cahaya masuk sikit so dia suruh aku tutup lampu. Aku baru je balik, baru pukul 10 malam.

Pada akulah kan, kalau tak boleh kena cahaya sangat ni kenalah sewa private room. Duduk dalam dorm ni asalkan penghuni lain tak bising okay dah.


Kisah 5 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Kat Malaysia pun kita stay kat hostel juga kalau call time awal bebenor.

Bilik untuk enam orang tu berhampiran balkoni, sempit yang amat. Locker pula di penghujung alam kena sewa pula tu. Tak pernah aku stay kat hostel yang kedekut macam ni.

Guest yang katil bawah tu wanita Vietnam. Dia okay, dia tak kisah pun kalau kita buka lampu atau turun naik katil. Tak kisah tak kisah.. katanya. Don't worry...siap nasihatkan sentiasa kunci pintu takut barang hilang. Dah berbulan duduk situ dan tak balik Vietnam lebih dari enam bulan ke setahun. Hmm... musykil aku. Pergi cop passport kat Singapore ke dia?

Malam tu dia tukar pakaian. Sampai sekarang aku masih hairan macam mana dia tukar seluar... nak explain pun tak reti hahha... dia pakai dua lapis ke...tetiba dah pakai seluar lain kihkihkih....

Dia keluar tak lama, aku rasa dalam pukul dua pagi dia dah balik. Kerja apa agaknya eh, pakai seksi mekap cecantik, keluar beberapa jam di Bukit Bintang, dengan segala gajet mahal di tangan... krik krik sangat.


Kisah 6 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Hotel baru tu walaupun lengkap segala tetapi agak sempit. Makan pun so so aje.

Yang tak boleh blahnya, masa aku tengah solat boleh pula si awek ni melangkah depan aku. Kot ye pun sempit tak boleh tunggu ke atau alihkan penyidai kat belakang aku tu? Common sense la... dari kecil hingga besar hidup di Malaysia kan?

Aku takdelah kata apa-apa kat dia but i did told one of the organizer. Dia siap kata, baiknya ko ni... positifnya... kalau aku dah kena dah tu! Bla bla bla...  Batu api sangat hahaha...


Itu je lah dulu. Nanti aku try recall pengalaman di tempat lain.





















Negeri Sembilan | Koleksi peribadi Yang Dipertuan Besar di Galeri Di-Raja Tuanku Ja'afar

Negeri Sembilan | Koleksi peribadi Yang Dipertuan Besar di Galeri Di-Raja Tuanku Ja'afar | Sebagai rakyat jelata yang sederhana kadangkala teringin juga kita melihat kehidupan sebenar keluarga diraja. Bagaimana kehidupan seharian mereka, bahasa pertuturan mereka di istana, apa yang mereka santap hari hari (kepohchi betul hehe..) dan sebagainya. 



Almarhum YAM Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman telah diputerakan pada hari Rabu, 19 Julai 1922 di Klang Selangor. Baginda merupakan putera kepada DYMM Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Antah dengan Che Engku Maimunah binti Abdullah (Dulcibella Campbell). 


Image result for yamtuan tuanku jaafar
Almarhum Tuanku Ja'afar ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman

Image result for yamtuan tuanku jaafar dan isteri
Yang dalam wallet kita tu gambar ayahanda baginda, almarhum DYMM Tuanku Abdul Rahman yang menjadi Yang Dipertuan Agong pertama Malaya.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seri Menanti sebelum menyambung pendidikan menengah di sekolah berasrama penuh lelaki di Perak iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dedulu kebanyakan anak raja dan orang bergelar belajar di MCKK yang digelar Eton College of Malaysia. Anak raja sekarang gi private school. Semasa berumur 18 tahun baginda menyambung pelajaran di Raffles College, Singapura, sehinggalah Tanah Melayu diserang Jepun. Atas faktor keselamatan baginda pulang ke tanaha dan bekerja di jabatan-jabatan kerajaan bermula di Seremban, Rembau dan Kuala Lumpur. Dengan pengalaman kerja yang banyak, pemerhatian ketika perang dan darurat baginda membuat keputusan menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di United Kingdom. Tugas terakhir sebelum dilantik menaungi Negeri Sembilan ialah sebagai diplomat.

Baginda dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (Yamtuan) yang Kesepuluh setelah kemangkatan kekanda tirinya Tuanku Munawir pada tahun 1967. Kalau ikut giliran sebenar YAM Tunku Besar Seri Menanti  Tunku Muhriz punya turn time tu tetapi Tunku Muhriz masih muda, baru berumur 19 tahun jadi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yamtuan berdasarkan umur dan pengalaman kerjayanya. Kerja lantik melantik ni pula atas kesepakatan Undang  Kalau Undang tak approve mako tak dapeklah... power Undang kat Negeri Sembilan ni.

Tuanku Ja'afar juga telah dilantik sebagai DYMM Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong Kesepuluh bermula 26 April 1994 sehingga 25 April 1999.


Nostalgia Keluarga Diraja
Buat julung kalinya koleksi peribadi dan kisah hidup DYMM Almarhum Tuanku Ja’afar dipamerkan dan diabadikan buat rakyat dan pelancong di sini.

Ada gambar keluarga baginda tapi tak sebanyak yang kita jumpa di internet 😜, peralatan sukan yang digemarinya seperti golf dan kriket, peralatan diraja dan salasilah keluarga. Baginda rapat dengan kekanda tirinya sebab hampir sebaya. Baguslah ayahandanya.. mak sama mak tak ngam takpe. Macam mustahil pulak madu nak ngam kan?

Menurut kata seorang caterer ni, Tuanku Ja'afar suka sambal daun kayu (sambal ulam tempoyak), mesti lengkap tujuh jenis daun tu. See... duduklah dalam salji pun, kalau dah dibesarkan cara Melayu jadi tekak Melayu juga.

Picture1
Sumber di sini.

Sebahagian bahan pameran.
Terputus pula sambungan. Ai is ngak ngerti nak menyambung gambar ni. Faham kot?

Rumah Minangkabau



Gambar putera yang empat bersama-sama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-9 pada tahun 1964. Dari kiri YAM Tunku Muda Serting  Tunku Ja'afar, YAM Tunku Besar Seri Menanti  Tunku Muhriz, DYMM Tuanku Munawir, YAM Tunku Laksamana Tunku Nasir dan YAM Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah. Gambar koleksi GDTJ.


Boleh try test main golf juga hehe...

Aku share gambar di bawah di facebook, ada lah yang komen "tungau oi". Mana ada tungau kat bangunan tiga tingkat ni dik non. Trick je tu. Senibina Muzium Seri Menanti tu memang cantik. Kalau awak ke Kuala Pilah silalah melawat muzium yang dulunya Istana Seri Menanti ini. Sambil tu buat trip Jalan-Jalan Cari Makan di sepanjang jalan Seremban-Kuala Pilah tu. Lokasi kedai makan di sini.

Sementara tengah ada promosi tiket murah ni marilah beramai-ramai melawat Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Seremban ni. Tak rugi pun. Lepas tu bawa anak main basikal di Laman Basikal MPS, dekat dekat situ je.

Sehingga 6 Februari 2017, tiket masuk ke Galeri Diraja Tuanku Jaafar CUMA RM10 sahaja. Osah berbaloi eh buat lawatan time ni.


Image result for yamtuan negeri sembilan
Yamtuan terkini, Tuanku Muhriz.

Nak tahu lebih banyak boleh klik di sini. Nak tanya macam-macam call mereka, jangan tanya ai.. ai tak dapat elaun.


Jalan Taman Bunga
Taman Tasek Seremban
70100 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel:  +60 6-761 9102

MUD KL | Malaysia's longest running musical!

MUD KL | Malaysia's longest running musical!  Aku menonton teater muzikal ini tanpa apa-apa persediaan, takde google apa pun. Tahulah teater muzikal tu bagaimana tapi takde apa apa expectation. Jiwa kosong gituh. Tak sangka ia sehebat tu.

Sewaktu menonton aku memang ada rasa kagum dengan props, kawalan suara dan lakonan bersahaja para aktor. Suara pelakon tu semasa menyanyi sangat merdu okay, live lagi tu. Suara mereka jauh lebih bagus daripada segelintir penyanyi popular yang hanya sedap didengar di radio, bila live hancus.... tetiba keluar suara keras macam jantan bila high pitch hahaah....

Show yang aku tonton tu si Anding yang menjadi pelakon utamanya. Show ini menggambarkan 1 Malaysia yang sebenar. Sifat masyarakat sebelum dibanjiri dengan teknologi terkini. Sifat belas ihsan dan tolong-menolong yang menebal, bukan seperti sekarang, plat kerete patah je pun sampai nak patah tengkuk kena tendang. Macam cilanat.


Teater muzikal MUD KL ni mengenai apa?
Ia mengisahkan tentang kehidupan di Kuala Lumpur ketika kemuncak perlombongan bijih timah. 

Selepas kemasyuran Melaka ratusan tahun dahulu, Kuala Lumpur pula mengambil tempat. Lokasi utamanya di pertemuan Sungai Lumpur (sekarang Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Harapan dan peluang cerah untuk menjadi kaya telah menggamit hati para pelombong dari negara luar terutamanya dari China untuk mencuba nasib di sini.

Mamat, Meng dan Muthiah membawa karakter masing-masing mewakili Melayu, Cina dan India sewaktu penghijrahan awal mereka ke Kuala Lumpur. Yang berani berubah akan berjaya. Yang terlalu berharap orang tu akan tolong orang ni akan bantu mencari pekerjaan tertinggallah kau. Yang memilih sangat nak terus melompat jadi bos tanpa melalui proses tertentu boleh teruskan berangan. Anak menteri dan raja je mampu buat macam tu. Kita orang biasa ni kena bertatih dahulu.

Kegigihan generasi awal inilah yang membentuk KL yang moden pada hari ini. Kalau kita rajin membaca atau mengambiltahu sejarah KL pasti teater ini akan lebih memberikan kesan di jiwa. Jika kita dibesarkan di KL dengan mak pak yang sedang menempuh usia emas, bawalah mereka. Entah entah mereka menagis sebak kerana menjadi sebahagian kelompok yang memajukan bandaraya ini.

Yang terdetik dalam hati macam hasil kerja Tiara Jaquelina. Pomm... betul! Susah nak cari orang yang benar benar benar komited dengan teater ni dan Tiara telah berjaya membina jenamanya sendiri.

Mari kita lihat memori Kuala Lumpur sejak 1880.






Pukul berapa teater muzikal di MUD KL?
Pukul 3 petang dan 8.30 malam setiap hari.

Kat mana..??
Panggung Bandaraya, Dataran merdeka. Ala... bangunan bersejarah yang siap pada tahun 1904 tu, sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.



Erm... berapa harga tiket masuk MUD KL ni?
For malaysian, RM53 sahaja. Dah termasuk gst dah tu. Jauh murahnya daripada tiket Anuar Zain kat Tasik Titiwangsa hari tu #tetiba.




Motivasi | Perniagaan yang tidak pernah merugikan

Tags

Image may contain: text

JAGA kad debit/kredit baru anda dengan baik. Wang dicuri semudah ABC!

Tags
JAGA kad debit/kredit baru anda dengan baik. Wang dicuri semudah ABC! 

Semasa orang dok kecoh tukar kad ATM kepada jenis paywave yang baru ni, aku ada tengok video bagaimana mudahnya data dicuri hanya dengan mendekatkan satu alat elektronik kepada poket seluar atau beg tangan kita. Video tu dibuat di luar negara dan agak lama jadi aku beranggapan mesti some improvement has been done before being implemented here.

Malangnya cara nak siphone duit dari akaun bank orang lain lebih mudah hanya dengan menggunakan handphone saja melalui satu video terbaru seperti link di bawah. Mengapakah ciri-ciri keselamatan tidak dipertingkatkan oleh pihak bank? Tiadakah garis panduan daripada Bank Negara Malaysia?

In 90s dulu juga ada kes kehilangan wang yang banyak di bank-bank. Menangis-nangis customer datang ke bank. Bukan sikit ooii yang hilang, main ribu je. In genuine case bank akan bayar balik tapi it takes time. Ingat senang ke nak check satu satu journal ATM tu nak compare dengan daily report, compare dengan report from HQ? Buat police report lagi. Berumahtangga kat office habaq hang.

Kalau duit hilang berlaku time travel camner?? 😢 

No automatic alt text available.


Lihat sini:


Dari fb Hajar Majid.




Jadual Program Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-69

Jadual Program Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-69 | Tahun ini merupakan tahun ke sembilan pemerintahan DYMM Tuanku Muhriz di Negeri Sembilan. Baginda dilantik sebagai yang Di-Pertuan Besar ke-11 pada 29 Disember 2008 menggantikan bapa saudara baginda Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pada 27 Disember tahun yang sama.


14 Januari setiap tahun adalah hari keputeraan rasmi namun begitu acara sambutan pada tahun ini dilewatkan sedikit sempena memperingati kemangkatan anakanda ketiga baginda bersama Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Almarhum Tunku Alif Hussein Al-Amin, pada 15 Januari tahun lalu.

Sumber di sini.


Senarai program sambutan hari keputeraan Yamtuan bermula 19 hingga 22 Januari 2017


Sumber di sini.

Jomlah kita beramai-ramai memeriahkan acara sambutan yang bakal diadakan di Sri Menanti minggu ini.


***Teringin nak poie jamuan hari keputeraan. Mana tahu kan dapat minta Tunku Zain sign kat buku Abiding Times 2. 

Abiding Times 2

Perginya seorang kawan pada 12 Januari 2017

Tags
Pagi Khamis dapat whatapps dari Burn.

"Aku dengar Awie dah meninggal"

Ya Allah. Terdiam.

Terus ingatan terimbau sewaktu kami masih belajar bersama di SEMESTI terutama di tingkatan 5. Fyi aku masuk ke sekolah tu masa tingkatan 4, bulan April rasanya. Ingat lagi masa tu student tengah exam ke sit for monthly test. Masuk kelas terus tertidur hahhaha... mengantuk dowh pepagi buta dah bertolak dari Kuala Pilah. Jauhnyalah aku rasa.

Semasa tingkatan 5 Awie duduk barisan terakhir bersama Payu manakala aku di barisan kedua bersama Ana. Dia anak yatim, kulitnya cerah dan tak nampak nakal walaupun kengkawan dia budak-budak nakal (nakal tapi pandai belaka). Tapi... nakal macam mana sangatlah kami dulu... setakat Sadique curi ikan mentah kat dewan makan heheh... sekarang sure tak celuih dah grill tu. Takde sampai bertumbuk dengan cikgu. Takde hentak kereta cikgu. Tak juga melazer melawan cikgu walaupun kepala kena tonyoh ke papan hitam oleh Mr Poh Ah Beng sebab tak dapat selesaikan masalah Add Maths. "Otak tembikai..!!" πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚... ke manalah perginya cikgu tu.

Awie baik dengan aku dan boleh bergaul dengan pelajar lain dalam kelas. Dia juga boleh bermain gitar. Isk.. Kalau ada kengkawan sekolah yang membaca blog aku ni mungkin teringat pada hari hari terakhir kami di sekolah, tinggal student form 5 aje, Awie pernah melaungkan azan Zohor. Giler ah! hahahha....

Kisahnya... aku yang suruh heheh... Tak pernah pernah azan sejak form 1 tetiba kena buat. Ok mendajal tu memang best! Walaupun dia tak beritahu bila dia akan jadi muazin tapi kita boleh kenal suara dia. Dah hari hari suara muazin yang sama tetiba bertukar mestilah kita noticed. Eh sedap juga suara dia. Suara dia menyanyi sambil main gitar memang sedap pun.

Habis je azan tu terdengar suara sorakan dari asrama putera. Yang kelakarnya lepas azan tu siap ada announcement, "azan tadi telah diazankan oleh Awie" hahahah.... siapalah punya kerja, Wan Norbit kot?

Selepas SPM Awie sambung belajar di UTM Skudai course Chemical Engineering tapi entah semester ke berapa dia keluar. Dia tak boleh bawa course tu dan masuk ITM ambil course lain. Itu sajalah yang aku tahu. 

Beberapa tahun lepas dia ada menghantar snail mail ke alamat kampung. Dia simpan lagi alamat aku rupanya. Ketat je muka abah den masa bagi surat tu. Aku pun berdebar jugalah sebab dia letak nama penuh dan alamat di belakang surat huhuu... selalunya surat dari pejabat lawyer je ada nama dan alamat pengirim huhuu... Ada seorang lagi dorm-mate yang pernah mendajal aku, Izrin Muhayi. Dia hantar surat siap tulis "dari abangmu Mohd Izrin". Kuangajaq sangat. Bapak aku tu dahlah garang grrr...

Okay sambung balik.

Aku beritahu Ringgo (mungkin Burn juga) tentang surat tu. Ringgo plan nak visit Awie. Ada something yang tak jelas tentang kawan seorang ni dan aku nak tahu sangat tapi agak susah kerana kami terpisah-pisah. Ringgo di Johor, Burn pula di Perak. Kalau mereka kerja di KL bolehlah kami jumpa. Eh, payah gak sebab kedua-duanya dah alim ooii. Ringgo bukan lagi budak nakal zaman sekolah dulu. Ingat lagi kawan aku Wan Cober (CoBer = coli bernama. Bebudak lelaki bagi nama tu sebab dia boh nama kat bra/cemise hahahah...) jaki betul dengan Ringgo. Pernah sekali black out waktu prep malam dan mereka berdua berlanggar di tangga dekat library.

Wan Cober : Ishhh budak ni!

Ringgo : Apa budak budak? Aku buat sampai keluar budak kang! πŸ˜‚πŸ˜‚

Itu Ringgo yang dulu. Ringgo yang dulu bukanlah yang sekarang πŸ’ƒπŸ’ƒ


Oh lupa, panjang juga dia tulis dalam surat tu. Tulisan masih sama cuma agak besar sikit dari dulu. Aku pun balas guna tulisan komputer ni je haa sebab tulisan buruk. Jawab soalan dia sambil melawak bodoh. Jawapan pun general je. Aku kan dah berkeluarga? Tapi rasanya aku ada bagi e-mail address. Alamat sekarang? Eh, taklah. Kang datang pulak dia matilanakkk.

Ok, cerita tersasar lagi.

Ringgo sempat menziarah Awie setahun dua yang lalu dan dia send picture kat aku. Hal hal lain aku tak tau. Aku nak dengar juga suatu hari nanti tapi pasti merembes air mata hikss..

Tahun lepas semasa menggua di Gua Kandu dan tubing di Sungai Kampar, kami lalu di kampung Awie. Ya Allah tertoleh-toleh aku mencari rumah dia dari atas bas tu. Aku masih ingat lagi perbualan dia dengan seorang kawan yang lain dalam kelas,

"Awie, rumah ko yang mana?"

"Ko cari pub kaler biru" hahahha..

Rumah dia nombor 2 warna biru di kampung tu heheh...

Aku carilah kot kot ada rumah warna biru. Dah 25 tahun takkan tak berubah-ubah... aku pun bengong. Lupa nak tanya kat Ringgo. Tak jumpa tapi aku pasti di situ sebab kampung tu tak besar sangat. Dua kali kami lalu di situ. Frust.

Bila terima berita dari Burn semalam ada rasa terkilan sikit. Syem ada share gambar dia sebab ada senior yang tak ingat dah yang mana satu dia. Ada beberapa orang kawan yang up status tentang kematian dia, aku pun selongkar album lama, jumpa beberapa keping gambar. Yang di bawah ini paling jelas.

Komen "mata aku masuk habuk" mula muncul. Ada yang komen he was a very nice person. Kemudian Burn kata dia rasa dia yang ambil gambar tu. Owh sedihnya... Aku ada kat sebelah dia, terpaksa crop takut korang kagum melihat betapa kurusnya aku sebab zaman jahiliyah lagi pakai tudung pun macam Ninja Turtle jek. Dah hujung tahun biasalah kita akan bergambar dengan kawan-kawan buat kenangan. Dah kami ni duduk asrama pastilah ramai yang kita kenal dan ada yang rapat.

Bila bertambah ramai yang menyatakan kesedihan hati aku makin sayu. Terngiang suara dia di telinga. Malam tu tumpah juga air mata. Ada kenangan mengusik jiwa. Al Fatihah.

Malam ini aku dapat tahu bahawa Awie dah dua tahun tinggal dengan kakak dia dan bekerja di bandar S. Meninggal akibat sakit jantung di CCU tanpa ditemani sesiapa. Kakaknya terbang ke Mekah mengerjakan umrah pada hari kejadian dan masih tak diberitahu perihal kematian adik bongsu kesayangan. Awie pun masih belum ada keluarga sendiri sama seperti beberapa orang scoolmate yang lain. Ogos lepas abang dia meninggal dunia, yang seorang lagi di kampung pun uzur. Allahu... kita rasa kita susah tetapi kehidupan kawan kita lebih perit. Terkilan dan sedih. Nak buat macam mana, aku bukannya single lady yang boleh membuat urusan sesuka hati.

Banyak kenangan selama dua tahun di SEMESTI. Banyak yang manis dan kami -kengkawan lain-masih berhubung di facebook hingga kini. Pernah masa sekali semasa di bazaar Ramadhan Masjid India aku terserempak seseorang yang serupa macam Awie. Sebijik sejibon tapi yakin bukan dia sebab takkan aku je bertambah tua....tak mungkin! I'm in denial. Gitu.

Sekarang Awie dah tiada. Yang tinggal hanya kenangan.

Semoga Awie sempat memaafkan kesalahan aku padanya. Ikhlas memaafkan aku jika ada. Kekadang perkara yang kita rasa kecil memberi kesan besar dalam hidup orang lain. Mudah-mudahan dia ditempatkan bersama golongan beriman, dilapangkan kuburnya dan dibalas segala kebaikannya.

Damailah kau di sana kawan 😒😒😒 menyertai:

Asrul Faizi - 5 Sc 4
Nur Mizuari Al Azzam (Noomeck) - 5 Sc 5
Meor Hairul Anuar (Hara) - 5 Sc 3
Mohd Ridzuan (Payu) - 5 Sc 1
Ahmad Maher - 5 Sc 2

12 Januari 2017, Zawawi Jaffar dari 5 Sc 1. Innalillah.

Awie berkulit cerah, aku eksotik sawo matang masa sekolah dulu.

Rindunya waktu ini. Kami student form 5 buat persembahan. 
Sadique, Jemir, Kamal, Awie, Bad dan Singh.

 Awie, Unta, Jemir, Sadique dan Azmi.

Mungkin ada yang pernah diinterbiu kerja oleh salah seorang kawan aku ni? Mereka ni orang have have sekarang. Aku je yang jadi First Lady and Finance Minister.
 Dari belakang kiri : arwah Noomeck, Cha'un, Singh, Asrin, arwah Awie, Mangkuk.
Tengah: Sadique, Faizal, Jemir dan Wan Norbit.

Semoga kita semua faham dan redha bahawa jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Allah. 

😒😒😒 Al Fatihah.



People’s Committee Building | Bangunan lama berciri Peranchis di Ho Chi Minh City

People’s Committee Building | Bangunan lama berciri Peranchis di Ho Chi Minh City | Sejak kebelakangan ini ramai yang mencari informasi mengenai Ho Chi Minh City di blog ini. Sebenarnya masih banyak gambar yang belum disiarkan kerana masih memikirkan tajuk-tajuk yang sesuai. Ada cadangan nak menulis topik apa tak? 


Jika Hanoi menjadi pusat kebudayaan dan politik, Ho Chi Minh pula sebagai pusat ekonomi dan perniagaan. Selain aktiviti utama membeli-belah, Ho Chi Minh City atau Saigon memiliki tarikan pelancongan seperti muzium dan bangunan lama yang berdekatan antara satu lain. Boleh berjalan kaki je... pelan pelan kayuh.

Antara yang menarik ialah bangunan Pejabat Pos, Cathederal Church dan People’s Committee Building yang berusia ratusan dan masih digunakan sehingga kini. Setiap bangunan tersebut mempunyai ciri-ciri yang menarik dan sangat sesuai sebagai latar belakang fotografi.




Apa yang ada di People’s Committee Building?
Bangunan di Nguyen Hue Street dikatakan sebagai bangunan yang paling menarik dengan pengaruh senibina Peranchis. Direka bentuk oleh seorang pereka Peranchis, Gardes, ia mula digunakan bermula 1909 selepas 11 tahun pembinaan. Ia bangunan berciri Peranchis tertua, terbesar dan tercantik di bandar HCM.

Asalnya Hotel de Ville, kini ia menjadi bangunan kerajaan yang tidak boleh dimasuki sesuka hati namun begitu menjadi pusat pertemuan dan rekreasi keluarga di waktu malam. Meriah beb memalam.


Senibina menarik di Ho Chi Minh City
Dibina tiga bangunan, yang di tengah lebih tinggi daripada yang dua lagi menjadikanya lebih menonjol dan sama rata. Tiga lakaran patung juga dibina di ketiga-tiga bangunan. Di kiri dan kanannya, diukir gambar dua wanita dengan pedang yang bersedia untuk berperang manakala di tengahnya pula ukiran seorang wanita dan kanak-kanak sedang menjinakkan binatang. Menambah keindahannya ialah delicate bass-relieves di dinding yang menjadi ciri popular bangunan kolonial Peranchis.

Di hadapannya dibina patung pemimpin agung Vietnam, Ho Chi Minh, sebagai mengingati jasanya dalam memerdekakan Vietnam. Pokok-pokok juga ditanam disekeliling dataran menjadikannya lebih hijau dan menarik. Ia menjadi bertambah cantik dan kelihatan seperti istana di malam hari dengan simbahan cahaya lampu.


Patung Ho Chi Minh setinggi 7.2 meter.

Memalam memang meriah sangat di taman tu siap ada servis order minuman dari kedai kopi berdekatan.


Bagaimana untuk ke People’s Committee Building?
Bangunan ini tidak jauh dari Ben Thanh Market. Ikut sahaja Le Loi Street tu (depan BT) hingga berjumpa kawasan lapang dan belok kiri. Kalau ikut Lee Thanh Ton Road pun boleh juga. Ishh.. senang je. Kalau terlajak sampai ke sungai boleh ambil gambar di Hotel Majestic dan Bitexco Financial Tower yang sebijik sejibon macam Menara TM di Bangsar tu. Kalau sesat baliklah ke pangkal jalan. Itu kan pesan orang tua tua.

Ia juga berdekatan Dong Khoi Road yang menjadi kawasan membeli-belah barangan berjenama dan Saigon Theatre. Stay di District One senang, boleh berjalan kaki kemana-mana. Dalam perjalanan ke sini memalam ada orang menjual souvenir di kaki lima kedai yang harganya lebih murah daripada di Cho Ben Thanh.

People’s Committee Building
86 Le Thanh Ton
Ben Nghe, Quan 1
Ho ChΓ­ Minh City
Vietnam


Tajuk lain dalam siri Ho Chi Minh:
Nak shopping? Baca sini.
Nak melawat tempat menarik? Baca sini.

MITA Travel Fair 2017 | Go Asian Go Domestic! Negara sendiri pun cantik uols...

MITA Travel Fair | Go Asian Go Domestic! Demi menyemarakkan pelancongan dan menjana ekonomi Malaysia satu "Travel Fair" akan diadakan dalam masa terdekat ini. Kerjasama strategik ini melibatkan pihak MITA serta para penggiat industri bagi menjayakan MITA Tourism Fair yang akan berlansung di...


Mines International Exhibition & Covention Centre Kuala Lumpur
43300 Seri Kembangan, Selangor


Bermula : Jumaat 24 Februari, 2017
sehingga : Ahad 26 Februari 2017


Masa : 10 pagi hingga 9 malam.


Apa yang menarik di MITA Travel Fair 2017?
Eh, haruslah ada perbezaan dengan travel fair lelain. Kali ini ada dewan tambahan untuk memperkenalkan produk Malaysia yang sememangnya menarik. Kekadang kita je yang tak perasan walaupun selalu nampak. Orang lain melihatnya sebagai sesuatu yang unik dan bernilai. Hah, siapkan sajalah RM. Baru check 'dividen' kan?

Dewan-dewan pameran tambahan yang bakal diadakan oleh MITA nanti ialah:

1) Dewan 'Arts & Craft'
2) Dewan ASEAN
3) Dewan 'Malaysia Food Festival'

Moh le kita shopping pakej-pakej menarik yang ditawarkan di MITA Travel Fair 2017 nanti. Sure ada yang offer harga runtuh punya. Buat sementara waktu ni lebih sesuai untuk kita banyakkan berjalan dalam negara pula, explore tempat-tempat menarik yang kita belum pernah jejaki. Banyak! Kalau tak percaya khatamkan blog aku ni ha. Itupun baru sikit yang dihebahkan.

Nak gi oversea Ringgit Malaysia dah jatuh ke laut dalam. Kita ada RM4.50 baru dapat satu USD. Pergi Jordan beli air mineral 2 dollar, kencing 2 dollar. Lenyap 4 dollar jadi sisa kumbahan. Flushhhh....


Displaying mita travel fair 2017.jpg








WTS | Winter wear - jaket, mafla, segala...

WTS | Winter wear - jaket, mafla, segala... | Rasanya ramai yang akan bercuti di tempat sejuk tahun ni kan? Beijing, Kunming dan banyak negara masih mengalami cuaca sejuk sehingga bulan Mac nanti. Eh Cameron Highland, Genting Highland dan Fraser Hills sejuk juga pepagi. Aku pernah tengok someone buat photoshoot ala ala kat oversea padahal kat Taiping dan Penang je. Timing dan pakaian kena betul kalau nak mendapatkan hasil diidamkan. 

Ada orang suka barangan serba baru. Ada pula yang lain tak kisah pun memakai pakaian terpakai asalkan dapat berjimat. Bukan murah oii winter jacket yang baru di Malaysia ni, tambahan pula nak merasai cuaca sejuk sampai ke tulang sambil berasap mulut ini hanyalah setahun sekali atau dua je. Tapi kannn... kekadang nak juga berbaju tebal yang lain, takkan sama jer gambar tahun lepas dengan tahun ni kan? kan?? Paling tidak tukar tidak mafla corak lain. Senanglah nak mengingat ooo baju ni aku pakai masa gi Korea...mafla ni masa kat Perth..

Ni haa akak nak jual beberapa helai baju sejuk yang dah tak sesuai dipakai lagi. Tempat menggantung baju dalam almari tu pun dah tercabut dek banyaknya baju (yang kebanyakannya dah tak muat 😁). Fat → fatter → fattest huhuu... 

Apa barangan musim sejuk yang hendak dijual?
**Kesemua barangan telah termasuk kos pos. Winter jacket bersaiz M di bawah adalah untuk wanita kecuali dinyatakan sebaliknya.

Jaket  (RM45 sehelai)
Below 15C dah boleh pakai dah ni. Tinggi ai 152cm saja jadi agak agaklah labuhnya ya. Model bermuka masam dalam gambar pertama 😁 tinggi sikit je daripada ai.


Tali kat tangan tu dah tak jumpa sebelah lagi tetapi boleh je pakai begitu.

Saiz M/L

Jaket Banana Republic ni mungkin lebih sesuai di musim bunga atau autumn.

Jaket ni mungkin lebih sesuai di musim bunga atau autumn.


Snow cap/baretta (RM23 satu)

 Untuk lelaki


Agak kecil. Untuk orang kurus bolehlah.

Ada sehelai lagi warna hitam jenis berbulu lembut.


Topi Disney (RM28 satu)


 Penutup telinga (RM23 satu)


Penutup muka (RM23 sehelai)
Kalau pergi tempat sejuk seperti Harbin dengan suhu -16C wajiblah pakai face mask ni. Sejuk melampau oi. Aku ni temperature 5C pun dah selsema.



Ada velcro tape di belakang.


Skaf (RM23 sehelai)


Mafla (RM28 sehelai)

Jenama Adidas. Kondisi 8/10.

Letak di leher boleh, nak hias kat pinggang pun boleh. Warna: coklat.

Ada butang.


Jenama Jack Niklaus.


Aku suka yang ini. Mafla ni jenis panjang. Bila nak pakai kita lipat dua, penghujungnya kita silangkan di tengah. Glamorous gitu.


Skirt kulit jenama Franco Ferraro (RM150 sehelai)

Pakai leather skirt dengan tights kat obersi wuuu... kalah Che Ta! πŸ™Œ


 Mafla kanak-kanak jenama Shinkansen (RM23 sehelai)



Set apron kanak-kanak jenama Shinkansen (RM28 satu set) 

Lokasi barangan di Seremban. Kalau beli dua atau lebih kos pos dikira sekali sahaja. Kalau COD less postage of RM8.

Jimat beb! Balik dari bermain salji di Korea shopping sakan di Bangkok pula hehehh...

Berminat? Sila emel ruggedmom@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan.



Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free