Motivasi | Melihat yang positif

Tags
For beautiful eyes, look for the good in others
for beautiful lips, speak only words of kindness; 
and for poise, walk with the knowledge that you are never alone.

Audrey Hepburn


#SisCuba

Saya belum mandi... tak tun tuang tak tun tuang...😄😄

Indonesia | Pengalaman pertama ke ladang epal di Batu

Pengalaman pertama ke ladang epal di Batu | Salah satu lokasi yang termasuk dalam itinenary kami dalam trip Surabaya-Bromo-Malang/Batu ialah lawatan ke ladang epal. Nak pergi yang di Australia tu jauh, nilai RM pula lebih rendah berbanding Australian Dollar... belum mampu lagi dik.


Objek wisata (tarikan pelancongan) Jawa Timur banyak terdapat di Batu berbanding Malang. Suhu di Batu dingin, sesuai untuk pertanian tanah tinggi dan selesa untuk ke mana-mana. Selepas Gunung Bromo, tempat-tempat lain yang kami bercadang nak pergi hanyalah sekadar untuk bersantai. Takde dah beriya mengheret kaki memanjat tangga.

Menurut supir kami, terdapat dua ladang epal yang dibuka kepada umum. Kami memilih Wisata Petik Epal Batu yang diusahakan oleh persatuan penduduk, macam koperasilah kot. Ladang ini luas tetapi (kalau tak silap dengar) hanya satu ekar dibuka kepada pelancong. Tiket masuk sebanyak 30,000 rupiah seorang dikenakan. Lebih kurang RM10 lah. Exited makcik masuk ke ladang epal nakkk...😁😁

Sebelum masuk ada staf yang akan memberikan penerangan ringkas mengenai ladang epal tersebut, jenis epal yang ditanam dan sebagainya. Selepas lima bulan epal sudah boleh dipetik, tak kiralah apa pun saiznya kerana sudah matang. Buah epal ini boleh tahan selama 30 hari tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Di Batu 30 harilah kot, di Malaysia yang panaih lit lit ni mungkin dalam 25 hari je. Tak payah risau sangatlah seminggu je dah habis dimakan.

Setiap orang akan diberikan satu beg plastik. Kalau tak cukup minta je lagi. Nak minta tolong petikkan pun boleh tapi petik sendirilah best, kat KL bukannya ada pokok epal ni. Paling penting, sedarlah wahai kengkawan, berapa kilo luggage hang beli? haaa.. jangan lupa tu.

Guide yang pandai ambil gambar. Setiap hari dilakukan bu...- katanya merendah diri.

Empat jenis epal di tanam di sini dengan ciri-ciri seperti berikut:

Epal Manalagi
- Berbentuk bulat
- Warna hijau kekuningan
- Rasa Manis
- Membantu sistem pencernaan
- Anti oksidan

Epal Anna
- Berbentuk lonjong
- Warna mera kekuningan
- Rasa asam manis
- Isi buah lembut
- Sesuai untuk diet

Epal Green Smith
- Berbentuk lonjong
- Berwarna hijau
- Rasa masam
- Berpori-pori besar
- Mengubati stroke

Epal Rome Beauty
- Berbentuk bulat
- Berwarna hijau kemerahan
- Rasa masam
- Menurunkan kolesterol
- Sebagai masker wajah

Kawan aku si Ani pantas betul mengingat nama dan bentuk epal-epal di sini. Patutlah dia jadi misi, kuat mengingat. Kalau aku yang jadi misi dah tersalah bagi ubat agaknya 😁

Menurut staf tersebut pokok epal di sini tidak menggunakan baja dan racun kimia. Tu yang boleh petik dan terus makan. Makanlah sepuasnya secara percuma. Eh, percuma ke? Dah bayar upfront tadi kan 30k rupiah? Tak kisahlah, makan selagi larat. Aku boleh makan 2 biji epal Manalagi je... yang lagi tiga jenis tu tak manis, ai tak suka. Sebu perut makan buah.. kalau nak diet bagus ni sebab berserat dan banyak air. Jika kita mahu membawa pulang, epal akan ditimbang dan dimasukkan ke dalam kotak. Tak ingat dah berapa harga sekilo. Yang best tu kita petik sendiri.

Mungkin warna epal di sini kurang menarik tetapi yang hijau tu lah manis. Sedap oih kruk krak kruk krak. Seronoknya makan fresh apple, rangup!

Bunga epal.

Banyaknya epal! Rendah je pokoknya tapi berbuah lebat.





Sebelum beredar haruslah membeli bermacam kerepek di sini. Ini produk khas Batu bermakna jika kita membelinya di Surabaya pun asalnya dari sini. Harga sepeket 15 ribu rupiah. Tak tahulah mahal ke murah tapi semua jenislah aku beli... beli 10 percuma satu. Dodol epal yang dipek kekecik pun ada. Design t-shirt yang dijual di sini tiada di tempat lain. Beli terus jika berkenan supaya tak teringat-ingat. Ai dah bagi tau sesiap ni.

Pelbagai kerepek yang dijual - epal manis/masam, salak, nangka, duirian, tempe dan sebagainya.

Sambil membeli tu sempatlah juga berbual dengan salah seorang pekerja di ladang tersebut. Menurutnya dia pernah bekerja di Johor. Lama jugalah di sana. Agaknya dah banyak kumpul duit dia pun baliklah ke negara asal. Selama mana nak berhijrah ye tak? Rindu oih kat kampung halaman.

Best kan ladang epal ni? Mestilah best.

Jika anda ke Surabaya berdoalah agar epal sedang masak ranum di sana 😊

Indonesia | Uniknya Kampung Warna Warni Jodipan!

Uniknya Kampung Warna Warni Jodipan! | Sejak keseluruhan sebuah kampung di Juzcar, Spain, dicat biru sempena penggambaran filem Smurf, ia telah berjaya menarik kedatanagn pelancong dari seluruh dunia. Dari kampung yang sunyi sejauh 113km dari Malaga, kini ia merupakan kampung yang paling terkenal di Spain (Sepanyol) dan secara tidak lansung telah meningkatkan ekonomi penduduk melalui sektor pelancongan.


Juzcar itu terlalu jauh dan memerlukan modal yang besar untuk ke sana. Sebagai alternatif Malang di Indonesia juga memiliki kampung yang seakan sama dan mungkin boleh dikatakan lebih menarik kerana berwarna-warni dari dinding luar hingga ke bumbung rumah. Sedondon warnanya.

Terletak dua jam perjalanan dari Surabaya, Kampung Warna Warni Jodipan yang berada di Jalan Juanda berkedudukan lebih rendah dari jalan raya. Inilah yang menarik kerana dari Jambatan Jalan Gatot Subroto kita boleh melihat keseluruhan kawasan yang kini dihubungkan dengan Kampung Tridi (3D) melalui jambatan kaca merentasi Sungai Brantas. Jambatan sepanjang 21 meter berinspirasikan jambatan Zhangjiajie di China ini dibuka seminggu selepas kepulangan kami ke Malaysia. Tak merasa... 😔 

Nampak tak landasan keretapi di atas jambatan di sana tu?

Bagaimana projek ini bermula?

Kampung yang dahulunya buruk dan dipandang sepi, dijadikan projek praktikal lapan orang mahasiswa Universitas Muhammadiyah Malang yang menggelarkan diri mereka GuysPro, bagi subjek Public Relations II dalam jurusan Komunikasi.

Tujuan utamanya ialah supaya penduduk mementingkan kebersihan dengan tidak lagi membuang sampah ke sungai. Satu idea yang menarik dan mudah kan? Tanpa disangka projek ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk malah disokong oleh pelbagai pihak termasuk pengeluar cat Decofresh, para pelukis tempatan dan Pemerintah Kota Malang. Ia juga menjadikan kampung bertema sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Di Malang, selain kampung warna-warni ini ada juga kampung batik dan kampung topeng.

Setelah siap dicat bahagian luaran rumah, penduduk berasa teruja dan sebelum Eidul Fitri tiba mereka mengecat pula ruangan dalam rumah dengan biaya sendiri. Aura positif akan menarik yang positif juga, betul tak? Lukisan tambahan di luar rumah sebahagiannya dilukis oleh anak-anak penduduk yang berbakat, yang selama ini terpendam dan tidak dicungkil keluar. Bakat semulajadi mereka yang sekian lama tersimpan tidak diserlahkan melalui tangan yang berseni. Nampak tak kesan baik yang sambung-menyambung from this humble project? Someone has to start somewhere to get something. 

Hasilnya ia berjaya menarik kedatangan pengunjung dalam dan luar negara untuk melihat sendiri dan bergambar di sini. Ada rumah yang menyediakan spot selfie secara percuma. Suka hati hanglah nak bergambar gaya apa pun di luar rumah mereka.

Kami masuk dari pintu 1 dan keluar di pintu 2. Ada deretan penjual barangan terpakai di sana.

Dari pintu masuk kita kena turun ke bawah menggunakan tangga berwarna-warni ini. Menarik juga kampung ni, macam di Brazil pun ya juga. Saiz rumah comel je.


Lokasi swafoto yang disediakan di luar rumah.



Bagusnya ada satu perpustakaan terbuka untuk kegunaan kanak-kanak di sana. Buku-buku dimasukkan ke dalam peti surat bercorak menarik dengan cat dinding yang menarik juga. Jika pelanggannya kanak-kanak hiasan mestilah terang dengan pelbagai warna barulah ceria.  

Mama? 😂😂😂


Penduduk yang ramah. Sempat kami berbual sementara menunggu keretapi lalu. Di belakang sana ada kedai menjual ais krim dengan pelbagai perisa buah-buahan. Sedap baq hang!


Teruja tengok keretapi lalu lebih tinggi dari kampung. Dalam pada aku dok hala kamera ke pelbagai arah, ada bebudak berkumpul di tebing sungai bawah jambatan ni sambil seorang kawan dia berak hahahh... boleh pula mengadap orang berak sambil berbual aiyooo.... kalau aku mau seminggu tak lalu makan hahaha... 


Gambar pemimpin Indonesia dari yang lama sehingga ke Bapak Jokowi.

Di kampung ini juga ada penduduk yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan seperti membuat kasut dan selipar, menjual ais krim serta makanan. Di lingkungan luarnya ada pasar barangan terpakai dan penjual kasut sukan. Kebetulan anak aku yang masuk team Under9 tu dok komplen but bola dah sempit - sakit kaki kite ma.. - teruslah aku beli. Nak beli gitar kecil juga untuk adiknya tapi si penjual tu buka harga IDR145 ribu rupiah. Mahal giler! Malas aku nak tawar-menawar lagi. Bila tanya kat kedai tepi simpang jalan besar, dia jual 60 ribu rupiah je gitar tu... harga sebelum diskaun. Aku tak tanya dah harga kasut, kang nak marah pulak hahah... dah dah, jom naik van!



Untuk masuk ke kampung ini kita boleh menggunakan mana mana satu daripada tiga pintu dan dikenakan tiket 2,000 rupiah seorang. Kampung Tridi (3D, asalnya Kampung Kesatrian) pula mengenakan tiket 5,000 rupiah untuk kita melihat dan berfoto di dinding berhias lukisan tiga dimensi.

Semenjak perasmiannya pada September 2016, perubahan Kampung Warna Warni Jodipan telah berjaya membuatkan penduduknya merasa sayang dan lebih menghargai penempatan mereka. Persekitaran kampung menjadi bersih, rumah dihias indah. Pendidikan dan usaha berterusan perlu dilakukan untuk mencantikkan lagi sungai Brantas. Manalah tahu ia boleh menjadi seperti Sungai Melaka yang bersih dan maju dengan bisnes Melaka River Cruise, kan?

Malaysia to host sports medicine congress

Malaysia to host sports medicine congress | Setakat manakah pengetahuan kita tentang perubatan dalam sukan dan latihan? Sekadar fisioterapi? Ia lebih daripada itu. 

Sebenarnya latihan fizikal adalah ubat. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara betul, tetap dan teratur akan mampu mencapai kesihatan maksima yang boleh mencegah dan mengubat banyak masalah kesihatan. 

Society of Sports & Exercise Medicine Malaysia (SSEMM) dan International Society for Sport Traumatology of the Hand (ISSPORTH) akan menganjurkan  1M-World Congress in Sports & Exercise Medicine 2017 (1M-WCSEM 2017) bermula 17th-19th November 2017 dengan tema, “Optimising Human & Genetic Potentials for Greater Performances”.

Objektif utamanya untuk membawa konsultan berkelas dunia dalam bidang sukan dan latihan untuk berinteraksi secara terbuka dengan atlet, paramedik dan pakar dalam bidang sains sukan. Dengan cara ini para atlet boleh memaksimakan kekuatan diri mereka melalui potensi kemanusiaan dan generik, kesihatan, nutrisi dan perkhidmatan perubatan yang berkualiti.

Bukan sahaja para doktor dan jurulatih sukan, orang ramai terutama yang aktif bersukan secara sendiri juga boleh menambah ilmu dengan mengikuti seminar ini. Macam-macam yang pakar bius, radiologi, ortopedik dan bidang sains lain akan kongsikan. Nak exercise di gimnasium tu pun perlukan coach terlatih untuk mendapatkan badan sado, untuk mengelakkan injury pun kenalah ada yang pakar mengajar kan? Pelajar perubatan lagilah bagus join program ni.

Acara ini diakreditasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan 20 CPD hours. Banyak tu... nak nak yang dah hujung tahun CPD hours belum cukup lagi (siapalah tu kan? 😓)

Para penceramah yang diundang untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka juga pernah terlibat melatih bukan sahaja jurulatih eksekutif, pengurus dan atlet sukan malah daripada pelbagai bidang lain seperti perbankan, pembinaan, insurans dan badan kerajaan dari berbagai negara. 


Penceramah jemputan tersebut ialah:
Dr Loris Pegoly dari Italy.
- Pakar pembedahan tangan.


Dr James Stoxen dari Amerika Syarikat

Dr Stoxen sering diundang untuk memberikan ceramah tentang pengubatan, latihan dan 
progressive preventive approaches.


Dr James Bilzon dari United Kingdom

Kajiannya lebih kepada latihan fisiologi termasuk jangkaan/pencegahan dan tindakbalas immunological dalam suasana ekstrim.


Dr Michel Gagne dari Canada

Dr Michel ialah seorang Sophrologist and Certified Counselor dengan the International Society of Mental Training and Excellence

Butiran kepakaran mereka di sini.


Lokasi 1Malaysia- 5th World Congress In Sports & Exercise Medicine
The Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Bagaimana untuk ke Royale Chulan menggunakan pengangkutan awam?
Selain teksi/Uber/Grab, paling bagus naik monorel dan turun di stesen Raja Chulan. Hanya tujuh minit berjalan kaki. Ikut arah ke Pullman Hotel tu.

Gambar di sekitar majlis pelancaran, bersama penaja program.

Professor Dato' Sri Indera Dr (Hj) Mohamed Mydin selaku presiden Society of Sports & Exercise Medicine Malaysia memberikan ucaptama.

Gimik pelancaran.




Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila ke www.wcsem2017.org .


Citrawarna 2017 | The Sunrise, The Green and The Echo Within

Citrawarna 2017 berlansung dengan gahnya! Semenjak diperkenalkan pada tahun 1999, program Citrawarna menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan negara. Tahun ini ia kembali dengan hasil terbaik membuktikan budaya dan warna ada perkaitannya. 


Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September lalu iaitu Sustainable Tourism – A Tool For Development turut menekankan kepentingan alam semulajadi serta eko-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan. Mengambil kira semua itu, edisi Citrawarna kali ini diberikan tema “The Sunrise, The Green and The Echo Within”.

Image result for citrawarna 2017

Aktiviti bermula dengan program larian pagi "Kids Eco Dash" kanak-kanak 4-12 tahun  di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Meriah betul perkarangan Menara Kuala Lumpur (KL Tower) dengan kanak-kanak yang dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan umur. Yang kecil masih ngak ngerti dinamakan "caterpillar", yang mak pak ikut berjalan berlari bersama 😃. Program ini untuk menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti luaran sambil menghargai alam semulajadi. Sesuai sangatlah dibuat dalam hutan di tengah bandar Kuala Lumpur tu.

Lompat ikut abang ye!

Seriusnya dia nak menang.. kalau berlumba dengan acik kalah acik ni dik.

Petangnya bermula jam 4.30 di Dataran Merdeka, Cillax Zone dibuka. Sambil menunggu acara utama perasmian Citrawarna 2017 para pengunjung yang datang diminta untuk membawa bersama sebatang anak pokok sebagai simbolik kempen hijau. “Bring Your Own Plant” ini ialah kolaborasi antara LOCCO (Local Companion) dan Daun. Pengunjung juga digalakkan menggunakan carbon-free public services like LRT and MRT. Eh buat apa nak drive kan? Naik MRT terus ke Dataran Merdeka. Naik LRT turun di Masjid Jamek. Senang.

Sementara hari masih siang pengunjung lepak santai di kawasan yang disediakan. Saja nak duduk dengan keluarga dan kengkawan sambil makan minum dan bermain congkak ke... nak bersandar di bean bag sambil membaca majalah Gaya Travel ke... nak main teng teng dan lompat getah ke... melawat gerai pameran ke... ada gerai seramik, batik, lukisan cat air, karikatur ermm... apa lagi eh? Masa dapat diisi dengan berfaedah dan gembira. Nak bersantap pilih saja mana food truck yang berkenan di hati. 

Ruang untuk kita meluahkan rasa #SayangMalaysia pun ada. Sayang tak? Mestilah sayang kan? Kalau sayang jangan buang sampah merata-rata. Dah guna toilet tolong flush. Kalau guna toilet duduk tolong duduk bukan mencangkung. Faham?

Aktiviti di Chillax Zone ketika Citrawarna berlansung.

Main lompat getah yang mengimbau kenangan lalu. Seronok pelancong-pelancong mencuba.


Kemain dia bergambar.



Mahukan nama anda dalam bentuk kaligrafi? Atau mahukan hiasan dinding yang unik sebagai cenderahati? Emelkan pertanyaan kepada artcalligrafia@gmail.com .

Bapanya lebih hebat dapat melukis, anaknya pula serasi dengan seramik. Ada banyak produk yang mereka hasilkan melalui syarikat Bangkita Ceramic Studio. Emel je bangkitaartsstudio@gmail.com kalau nak tempah . 

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana nak solat jika dari petang membawa ke malam sudah berada di padang Dataran Merdeka? Kita kat Malaysia dik, kat underground DM tu ada surau. Ala..kalau solat atas padang tu pun apa salahnya kan? Kalau rajin boleh ke Masjid Jamek yang semakin berseri dengan projek River of Life. Cantik gilos!

Hampir jam 9 malam acara gilang-gemilang pun dimulakan setelah ketibaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz. Ramai juga VIP dan pegawai pelancongan yang datang, pengarah hebat Datuk Shuhaimi Baba dan Kavita Kaur pun ada. Persembahan kali ini merupakan kombinasi unik tarian, teater, musikal dan parades.

Dato' Seri Nazri berkata kementeriannya berharap Citrawarna tahun ini menjadi tapak untuk menghantar mesej betapa pentingnya alam bukan sahaja dalam bentuk budaya tetapi kesenian, warisan dan gaya hidup. Pada masa yang sama acara ini menjadi alat promosi kepada eko-pelancongan melalui nyayian, tarian, pencahayaan dan bunyian. Gabungan persembahan yang menampilkan pelbagai komuniti seperti Melayu, Cina, India, Siam dan orang asli sungguh menarik. Pastinya Bhangra mix lah best! Bergoyang badan.

A major landmark in the city, menara jam setinggi 41 meter di bangunan Sultan Abdul Samad.

Galeri Kuala Lumpur.

Fasa pertama yang telah berjaya disiapkan dalam projek River of Life. Cantik sangat Masjid Jamek sewaktu air tu keluar, berwap bagai di kayangan.


Dato' Seri Nazri sedang membuat ucapan perasmian. 

Teater muzikal dalam 'MRT'.

Suku Mah Meri dari Selangor.

Ngajat dari Sarawak.  


 Berlatar belakangkan sawah padi di Sekinchan, Selangor.

 Ning Baizura.

Bila acara yang berkonsepkan budaya ini tamat, tamat tu bila Pak Menteri join joget lambak heheh... (ingat senang ke jadi menteri budaya nih?... pinggang tak boleh keras, kang kena kutuk hahaha...) acara bersambung dengan persembahan penyanyi jemputan. Bermula dengan Ning Baizura, kemudian Shanel diikuti buskers... Aku masih hafal lagi lagu-lagu Ning Baizura daripada killer album dia dulu tu. Minat sangat dengan lagu-lagu dia yang dulu... siap beli kaset original lagi tapi bila dah jumpa dia dalam satu event tu tak nak minat dia dah hahah... aku nak minat chef-chef aje lah, pandai juga memasak kesudahannya. Kenyang perut suka hati gituh.

Selepas persembahan busker tu aku tak tengok dah, ikut rombongan Eat Travel Write Doodle 3.0 balik ke hotel. Cuak pula nak balik sensorang naik Grab/Uber/teksi/whatever.

Tahun depan 2018, kita akan mulakan kempen pelancongan untuk tahun 2020. Pasti lebih banyak acara menarik telah dirancang terutamanya dalam mengekalkan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah KEEMPAT TERBAIK DUNIA. 

Nantikan Citrawarna 2018 pula ya, pasti best!




Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free