Keistimewaan Kampung Morten Di Melaka Bandaraya Bersejarah



Keistimewaan Kampung Morten Di Melaka Bandaraya Bersejarah | Melaka Bandaraya Bersejarah telah disenaraikan sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008. New York Times pula telah menyenaraikannya di tempat ke-45 sebagai bandar yang wajib dilawati di dunia! Di dunia tu beb, ada berapa banyak bandar dalam 195 buah negara? #flipshawl

 
Bermula dengan kisah Parameswara, dijajah Portugis, Belanda dan Inggeris, Melaka kini maju makmur dengan pelancongan. Kurang hasil bumi bukan bermakna kita tidak boleh maju. Lihat sahajalah Singapura, paling penting cara sumber diuruskan dan kreativiti dalam mengatasi cabaran serta halangan. Harta sebanyak milik "3 Abdul" pun kalau dibelanjakan 'macam bapak aku yang punya' boleh terlingkup juga. Betul tak?
 
 
Kenapa Melaka istimewa?
Melaka masih hijau walaupun dihimpit pembangunan. Jika kita melalui jalan kampung, ia boleh dikatakan negeri yang bersih. Rata-rata halaman rumah kampung bersih dan dihias bunga. Rumah mala berciri tradisional bercat indah dan banyak pula dijadikan homestay dan kampung stay.
 
Yang lebih bagus, terlalu banyak lokasi menarik untuk diterokai. Itu belum lagi cerita tentang coconut shake, kuih keria Tangkera, Mi Bodoh, asam pedas ikan dan lain-lain lagi. Merecik air liur.
 
Kawasan pelancongan popular di Melaka ialah Ayer Kroh, Alor Gajah dan Bandar Hilir. Di Bandar Hilir itu sendiri kita boleh pergi ke semua tarikan pelancongan hanya dengan berjalan kaki. Sungguh! Tak payah nak komplen susah parking lagi dah selepas ni... stay di hotel tengah bandar tu and walk around. Bakar lemak kat peha tu. Selepas je Mahkota Parade sebelah Dataran Pahlawan tu dah dikira kawasan Melaka Raya.
 
Dah baca ke belum...
 
 
Kampung Morten Yang Istimewa
Kampung Morten ialah sebuah perkampungan tradisional Melayu di tengah bandar Melaka. Asalnya penduduk awal di sini berasal dari Kampung Jawa yang diambil tanahnya untuk pembangunan. Kampung ini dipanggil "the living museum" kerana cara hidup penduduknya yang tidak banyak berubah masih mengekalkan tradisi Melayu selain keunikan rekabentuk rumah di sini. Nama kampung ini diberikan bersempena dengan nama seorang Pegawai Pemungut Cukai Inggeris, Frederick Joseph Morten.
 
Sewaktu penduduk asal mahu dipindahkan dari Kampung Jawa, seorang yang dihormati, Dato' Othman Mohd Noh dan rakannya mencari kawasan baru. Tanah di tepi sungai ini berpaya tetapi menjadi laluan kapal dagang menjalankan barter trade. Kira strategik lah kan... tetapi orang kampung tiada modal untuk memulakan kehidupan dan membina kediaman baru.
 
Tanah Kampung Morten yang dibuka pada tahun 1922 dipecahkan kepada 100 lot individu khas untuk penduduk yang dipindahkan. Dato' Othman menjadi sole guarantor untuk mendapatkan pinjaman 10,000 Dolar Selat dari Tabung Pinjaman Khas. Kepercayaan ini menunjukkan Dato' Othman orang yang sangat dihormati dan dipercayai oleh pemerintah (sila baca: penjajah) Inggeris. Sebagai memperingati jasanya nama Dato' Othman diabadikan sebagai nama jalan di kampung tersebut. Sekarang ni kalau nak jadi guarantor apalagi SOLE guarantor boleh berpatah arang, silap haribulan sampai berjalan dengan spender muka comot dengan rambut mengerbang hahaha...
 
Mereka membayar sedikit demi sedikit sehingga habis. Lenient habis hehehe... takkan kau dapat daripada along berlesen bank sekarang ni. Untuk lebih meyakinkan, sebelum FJ Morten berpindah ke tempat lain beliau telah menulis satu surat yang menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh dipindahkan/dijual kepada keturunan penduduk asal sahaja. Harapnya kekallah begitu ya. Aset Melaka yang SANGAT BERHARGA tu... kalau diubah juga pasti tinggal sejarah seperti Kampung Chubadak dan Kampung Berembang juga. Confirm!
 
Walaupun kampung ini tidak termasuk dalam UNESCO Heritage Site, lokasinya sangat menarik di tebing Sungai Melaka dan dikelilingi pembangunan. Jambatan konkrit menyambungkan dua suasana berbeza, lama dan baru. Rumah tradisional bertangga batu dan tidak berpagar menggambarkan keterbukaan mereka menerima tetamu. Kampung Morten mula mendapat perhatian kerajaan negeri apabila usaha mencantikkan Sungai Melaka dijalankan. Penduduk diberikan bantuan untuk menukarkan bumbung rumah kepada warna merah yang seragam. Kampung yang berusia 96 tahun ini kini dihuni oleh kira-kira 750 penduduk. Pada tahun 2020 nanti dijangka akan dibuat sambutan 100 tahun secara besar-besaran. Pasti meriah beb.
 
Kalau kita naik Melaka River Cruise kita akan melalui kampung ini. Eh seronok tau naik Melaka River Cruise tu pepetang... dapat tengok pemandangan di kiri kanan sungai yang penuh dengan bangunan lama dan baru, kafe dan mural yang menarik di dinding bangunan. Bangunan di sini bahagian depannya yang menghadap sungai. Meh baca tentang MRC yang aku tulis tahun 2014 dulu di sini. Toksah dengar sangatlah komen-komen negatif tentang Sungai Melaka tu... alami sendiri baru boleh komen. Murah je pun seorang baru RM10.60. Enam posen tu menteri kata untuk pembangunan negara.
 
Yang berbumbung merah itulah Kampung Morten. Pemandangan dari The Shore Sky Tower Melaka.
 
Sebelah kiri tu Kampung Morten
 
 
Antara Yang Menarik Di kampung Morten: 
1) Villa Sentosa
Rumah limas Melaka yang memiliki lima seksyen ini adalah tinggalan Haji Hashim Abdul Ghani yang menjadi penterjemah bahasa di Supreme Court di zaman Inggeris dahulu. Bapanya Abdul Ghani sama-sama membuka kampung ini bersama dengan Dato' Othman.
 
Digelar "the living museum" atau "muzium hidup", banyak barangan lama yang masih tersimpan di sini. Penghuninya pun orang lama belaka :-) . Rumah ini sedikit moden di bahagian dapurnya. Haji Ibrahim Haji Hashim anak bongsu 12 beradik generasi keenam keluarga ini tinggal di sini bersama beberapa orang kakaknya. Berusia 77 tahun, beliau fasih berbahasa Inggeris yang bukan Manglish atau Singlish ;p
 
Villa Sentosa dibuka setiap hari untuk lawatan di antara pukul 9 pagi - 5 petang, rehat 1-3 petang. Masuk adalah percuma walau bagaimanapun sumbangan derma adalah digalakkan. Private property kot? Dermalah sikit, dah dapat belajar sejarah kan... first hand lagi.
 
Aku dok fikir kalau Haji Ibrahim ni dah takde who will take over as a domestic guide as good as him?


Villa Sentosa, Kampung Morten.
 
Haji Ibrahim sedang menerangkan sejarah Villa Sentosa.

Saja aku tak crop gambar ni sebab mahu memperlihatkan senibina dan ukiran kayu di dinding rumah ni. Gambar tersebut ialah Haji Hashim Abdul Ghani yang diambil di studio pada 7 November 1898 dan dibesarkan saiznya di England. Beliau ialah jurubahasa di Supreme Court.

  Bilik pengantin.
 

 
Alamat:
Villa Sentosa, 136, Kampung Morten, Melaka
 
 
2) Rumah Tradisional Melayu
Sebuah lagi rumah tradisional Melayu yang sangat menarik. Berlantaikan batang nibong yang masih utuh berdinding papan, bertangga baru stail lama... rumah ini sangat Melaka!
 


Tour guide kami Eddie Chua menerangkan tentang sejarah dan ciri-ciri yang ada di rumah ini.


Pintu main selak begini je ha.
 
 
 
3) Industri Kecil dan Sederhana - Pembuatan Replika Rumah
Encik Baser Ali mengusahakan pembuatan replika rumah sejak 20 tahun lalu. Beliau menerima tempahan dan hanya menjualnya di rumah, tiada kedai dan tanpa orang tengah.
 
Hasil kerjanya sangat halus dan teliti. Setakat ini beliau telah menghasilkan sembilan jenis rumah termasuk Rumah Bidayuh. Aku rasa di Sarawak Cultural Village pun tak ada jual Rumah Bidayuh dengan saiz buatan Encik Baser. Kayu yang digunakan adalah jenis sederhana keras seperti mensawa hitam dan seraya merah.
 
Untuk menghasilkan sebuah replika rumah bersaiz 5'x4'3' seperti di bawah beliau memerlukan masa selama dua bulan. Harganya? RM2,800 . Buat kerja sensorang je ni... sakit otak, mata, pinggang segala oii.
  

Rumah ini yang paling sukar dibuat kata Encik Baser.
 

Rumah Bidayuh, salah satu daripada 27 suku kaum di Sarawak.
 
Encik Baser Ali
 
Alamat:
122, Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, Melaka.
Facebook : Baser Ali (jangan marah kalau Encik Baser lambat respone pula ya, kalau ada wi-fi baru online heheh) 
 
 
4) Homestay Kampung Morten
Sumber di sini.
 
 
5) Produk Baru - Kiwibike bakal diperkenalkan.
Sabaq naa... dok testing lagi.


 
6. Lawatan Berpandu PERCUMA @ FREE Kampung Morten Cultural And Heritage Guided Walk
Hari Lawatan : Isnin, Rabu dan Jumaat
Waktu Pendaftaran : 3.30 - 4.00 petang 
Waktu Lawatan : 4.00 - 5.30 petang
Tempat Menunggu : Villa Sentosa
Untuk tempahan : 06-333 3333 sambungan 3700 / 06-2814226/2826526
 


Bagaimana Untuk Ke Kampung Morten?
Jika kita dari The Shore Shopping Gallery tu gunakan jambatan untuk menyeberangi sungai ke kampung ini. Jika kita dari Melaka Tourist Information Counter (dekat Stadhuys, bangunan merah di Bandar Hilir) berjalan kaki lenggang kangkung 20-30 minit. Dari Putra Specialist Hospital hanya beberapa minit berjalan kaki. Maju tau medical tourism negeri Melaka ni. Jangankan bilik hotel katil hospital pun full.
 
 
Lain kali aku nak datang di malam hari pula, mesti lagi cantik pemandangannya.
 
Jom ke Melaka! #DekatJe



Post a Comment

2 Comments

  1. memang best pengalaman pusing pusing kat kampung morten ni

    ReplyDelete
  2. Satu-satunya tempat yang Khai tak pernah pergi lagi kat Melaka. Selalu tengok dari cruise sajokk haha

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.