Tempat 'Parking' Jimat Untuk Ke KLIA / KLIA2

Tempat 'Parking' Jimat Untuk Ke KLIA / KLIA2 | Untuk orang yang beralamatkan Kuala Lumpur tambang bas ke KLIA/KLIA adalah murah, hanya RM9 sehala. Bagi orang yang tiada akses mudah kepada pengangkutan awam, menggunakan kenderaan sendiri mungkin lebih praktikal terutamanya jika membawa anak kecil. Tambahan pula jika hanya mahu berada sehari dua di luar kawasan, melawat ibu bapa di Kuching misalnya.

Eh, sebenarnya kita nak parking di airport sana tu bukan sebab nak melancong saja... nak hantar saudara-mara pergi umrah pun kita pakat gi reramai ye tak? Yang pergi umrahnya dua orang saja tapi yang menghantar dua tiga kereta. Aku nanti kalau pergi umrah nak ikut cara Professor Mohd Kamil Ibrahim, pergi sendiri je supaya boleh khusyuk bermula dengan langkah pertama. InsyaAllah.

KLIA2 kita tu macam shopping mall, macam macam ada. Nak shopping dan makan makan mana cukup sejam, sebab tu lah kita cuba cari tempat parking alternatif supaya lebih banyak duit boleh 'dihantar' ke kedai. 

Semasa penerbangan tambang murah beroperasi di LCCT lama, ada satu parking lot yang mengenakan kadar RM16 sehari. Wah berbaloi-baloi! Kini dengan kecanggihan KLIA2 ruang untuk memakir kenderaan lebih banyak dan selesa (berbumbung) tetapi dengan kadar yang lebih tinggi pula. #lappeluh.

Okaylah, mahal tu subjektif. Tips ini pun lebih kepada mereka yang hendak meletakkan kenderaan di KLIA2 tetapi boleh juga kepada yang menggunakan KLIA. Di sini disenaraikan beberapa tempat 'parking' yang boleh disesuaikan mengikut kemampuan anda:

1) Gateway@KLIA2 Mall
Kompleks berkembar dengan bangunan terminal utama ini menyediakan 5,690 ruang parkir kereta dan 800 motorsikal, ditambah dengan 52 untuk OKU di blok A dan B. Bangunan lapan tingkat ini dilengkapi dengan lif dan pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam untuk keselesaan dan keselamatan pengguna tapi "park at your own risk" katanya.

Bayaran boleh dibuat di mesin yang disediakan di tingkat 1, 4 dan 7.


Nota:

Jika anda menggunakan kad Touch 'n Go semasa meletak kenderaan, caj 10% akan dipindahkan kepada anda. GST 6% jangan dilupa... bertabahlah nak -_-

Valet Parking juga disediakan di tingkat 3, Gateway@KLIA2 shopping mall, bersebelahan tempat menurunkan penumpang di Balai Pelepasan.


Kadar Baru Parkir Kenderaan di KLIA2

Image result for parking klia2


Tempoh                                                        Kadar 
Sejam pertama (1) hingga jam ketiga (3) (atau sebahagiannya)       RM4.00 sejam 
Jam keempat (4) hingga jam keenam (6) (atau sebahagiannya)       RM3.00 sejam 
Jam ketujuh (7) hingga jam kesembilan (9) (atau sebahagiannya)   RM3.00 sejam 
Jam kesepuluh (10) dan keatas (atau sebahagiannya)                     RM2.00 sejam 
Kadar maksima sehari                                                               RM46.00 sehari 

Kadar rata RM20 sehari akan dikenakan selepas kadar RM46 untuk tiga hari pertama. 
*Kadar seminggu RM218 sahaja. 

Motorsikal                                                                          RM1.00 sekali masuk 
Kehilangan tiket                                                                        RM50.00 sehari 

Termasuk 6% cukai perkhidmatan 



2) Long Term Car Park (LTCP)
Tempat parkir kenderaan yang ini lebih murah dengan kadar RM2.50 sejam maksima RM32 sehari. Motorsikal dicaj RM1 sahaja. Motorsikal park kat Gateway@KLIA2 Mall je... singgit juga.

Shuttle bas disediakan setiap 15 minit 24 jam sehari untuk ke KLIA/KLIA2.

Long Term Car Parking facility

3) Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan
Kadar meletak kenderaan di sini sangat murah, hanya RM4 sehari. Dari TBS kita perlu menaiki KLIA Transit ke KLIA/KLIA2 dengan tambang RM38.40 atau menaiki Jetbus RM10 sehala.
Jadual Jetbus
Image result for parking klia2
Untuk international flight eloklah pergi airport empat jam lebih awal ya.

4) Putrajaya Sentral
Kadar meletak kenderaan di sini sama seperti TBS hanya RM4 sehari dan tambang ke KLIA/KLIA2 dengan KLIA Transit RM9.40 sehala. Hanya 16 minit ke KLIA dan 20 minit ke KLIA2. Bermasalah sikit jika waktu mendarat di luar waktu perkhidmatan kecuali awak tak kisah lepak di airport beberapa jam.

5) Tune Hotel, KLIA2

167 ruang parkir disediakan. Kadarnya ialah RM2 sejam.

6) Di rumah kawan kau hahah...
Ada kawan tak di Nilai/Bandar Baru Salak Tinggi? Kalau ada bagus. Park sahaja di sana dan minta tolong mereka hantarkan ke airport (bertuah badan). Jika tidak naik sahaja bas Airport Liner yang lalu di kawasan tersebut. Bas itu bertolak dari KTM Nilai melalui Bandar Baru Nilai, Bandar Baru Salak Tinggi, Masjid KLIA...

Di INTI College Nilai tu pun ada kedai yang dibuka 24 jam. Maybe you can consider to park your vehicle there. "Park at your own risk" juga.
Itu sajalah kot.... membantu tak?
Dilema sungguh kan, tambang kapal terbang murah tapi parking pula mahal. So how? Pejam mata dan bayar. Have a safe journey peeps.


Nota:
1) Long-Term Car Park Facility At KLIA (Block A)
Minima : 4 hari
Kadar : RM144
Tambahan hari : RM15 sehari

2) Nak tahu cara jimat ke KLIA/KLIA2? Sila baca di sini.

        


KEDAH Juara Piala Malaysia 2016!

Tags
KEDAH Juara Piala Malaysia 2016!

Semua dah tahu kan keputusan perlawanan antara Kedah dan Selangor malam tadi? Kedah menang oi!

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 120 minit perlawanan. Gol telah dijaringkan oleh Mohd Rizal Mohd Ghazali dari Kedah pada minit ke-51 dan penjaring Selangor Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-59.

Perlawanan akhir edisi ke-90 ini membawa kepada aksi penentuan sepakan penalti yang menyaksikan Kedah MENANG 6-5 ! Tahniah beb! Tahniah juga kepada ipar duai yang sanggup datang dari jauh untuk menonton final games.
Image result for piala malaysia 2016
Sumber di sini.


Stay With Me, Always

Tags


Bila seseorang perempuan membuat keputusan berkahwin, dia berharap agar bakal suaminya itu mampu menjaganya sama seperti yang dilakukan bapanya atau lebih baik lagi.
Dia berharap suaminya dapat membimbingnya ke jalan yang benar.
Dia berharap suaminya dapat sama-sama memikul tanggungjawab menguruskan keluarga dan mendidik anak-anak.
Dia berharap suaminya dapat mempertahankannya dari 'gangguan'.
Kenapa?
Kerana dia hanya ada lelaki itu. Itulah 'syurganya'.

Shower her with love. She will love you forever.






Bajet 2017 | Eh... Bajet 2016 Untuk Aktiviti Percutian Dengan Harga Jimat

Bajet 2017 | Eh... Bajet 2016 Untuk Aktiviti Percutian Dengan Harga Jimat | Hai uolss... ai bukan nak cerita fasal bajet Perdana Menteri kesayangan uols tu tapi nak share bagaimana untuk menghadap demand anak-anak bulan Disember nanti dengan harga jimat. Baru terjumpa je ni haa... rugi betul lambat dapat tahu.


Dalam keadaan ekonomi sekarang ni kan, yang mana minyak masak akan naik minggu depan, caj pos laju pun dah naik RM1.50 sejak 15 Oktober lepas grrr... kita usahalah cari mana-mana peluang untuk mendapatkan pengurangan harga kerana hidup perlu diteruskan. Tak lama lagi cuti sekolah jadi takkanlah plan kita bercuti bersama keluarga terbantut dengan segala kenaikan harga, kan? Kesian anak-anak.

Image result for discount
Sumber di sini.


Apa diskaun yang menarik?

Oleh kerana hujung bulan depan semua sekolah di Malaysia akan mula bercuti maka akal pun aktif merangka aktiviti. Cuti sekolah inilah kita nak habiskan masa berkualiti bersama anak-anak sambil merehatkan minda. Takkan nak dibiarkan lepak di rumah aje... aku pulak yang stress nanti asyik high pitch saja suara ni hehee... 

Belek punya belek terjumpa kupon diskaun Sunway Lagoon Theme Park. Tak perlu beratur sampai lenguh betis, beli terus dari website Sunway Lagoon menggunakan kupon ini. Dapat less 20% tau! Lagi best anak yang tingginya kurang dari 90cm dapat masuk PERCUMA. 

Sebenarnya angan-angan holiday kami di tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Kedah. Eh Perak kan tersenarai dalam negara/negeri yang patut dilawati di tahun 2017 nanti oleh Lonely Planet. Bangga weh sebab aku pun ada tolong promote juga (hahaha.. nak tumpang kredit). Balik Kedah takde hal, boleh duduk banglo Mak Yam tapi kalau ke Ipoh kenalah sewa hotel. Bukan satu tapi dua bilik sekarang ni hikss... Kalau beli direct dari booking site yang aku letak kat atas tu boleh dapat price yang bagus tetapi bertambah bagus lagi bila menggunakan voucher diskaun di sini (klik untuk melihat tawaran hebat), boleh dapat tambahan sehingga 30% lagi. Kalau booking hotel di Jakarta atau Yogyakarta lagilah banyak diskaun, hingga 40%! Yogyakarta (Jogja) kota seni, memang best. Eh dah baca kan trip aku ke Jogja dulu? 

Kalaulah lebih awal terjumpa website diskaun tu lebih banyak boleh dijimatkan untuk tiket bas anak aku pergi balik Kedah. Tahun ni je dah berapa kali dia berulang-alik. Kopak.

Gawat tak gawat harapan yang telah diberikan kepada anak-anak perlu ditunaikan. #JanjiDitepati gituh. Kalau tak ke Sunway Lagoon pun mesti pergi ke lokasi lain. Kalau duit botingkek boleh beli tiket Qatar Airways ;-)) Luas pemandangan nanti.

Rajinkan diri membelek website tu, manalah tahu ada yang berkenan dan diperlukan, kan? Jangan cakap akak tak payung eh.














Hotel Review | Courtyard by Marriot, Bangkok

Hotel Review | Courtyard by Marriot, Bangkok | Apa yang anda mahukan semasa menginap di hotel berbintang empat atau lima... keselesaan? layanan terbaik? makanan enak? akses ke pusat membeli-belah?

 
Courtyard by Marriot berada di kawasan upmarket di Bangkok. Namun begitu ia hanya 5 minit berjalan kaki ke BTS Skytrain Ratchadamri yang di depan Hotel St Regis tu. Lebih bagus lagi ia sangat dekat dengan Lumphini Park yang mana kita boleh bersenam di waktu pagi sebelum menghadiri mesyuarat atau 'mengukur jalan' di pusat membeli-belah.
 
Hotel ini menyediakan shuttle service (tuk tuk) ke beberapa lokasi berdekatan. Dah ada shuttle tu kan, nak ke stesen metro pun naik shuttle hahhaha... jadi pemalaslah pulak aku ni. Jika rajin anda boleh berjalan kaki selama 15 minit ke Pratunam, tempat shopping tu. Kalau rajinlah. Grand Palace dan Wat Pho hanya tujuh kilometer dari sini.
 
Fasiliti yang disediakan seperti WiFi percuma, flat screen tv, minifridge, outdoor swimming pool, fitness centre dan spa. Pergi Thailand tak berurut sajalah tu kan. Kalau kita upgrade bilik boleh dapat akses ke private lounge. Geram je tengok swimming pool tu haishh..

Reception.

 
 

Makan?
 
Hotel ini menyediakan international restaurant and bar. Breakfast is complimentary. Owh sedapnyalah waffle dan pancake yang dihidangkan masa sarapan pagi tu. InterContinental Hua Hin Resorts pun kalah. Aku ni kalau breakfast memang makan makanan macam tu je termasuk bun and cereal. Kemain kan? hahah ... sekali jeling omputeh meja sebelah nampak dia makan nasi hehheh..
 
Macam-macamlah aku try, memang baguslah pastry chef kat sini. Aku sebenarnya nak tanya macam mana dia prepare waffle tu... tapi... dia cakap Siam, camner nak faham? Fish n chip sedap (boleh makan dua orang), almond cookies sedap, pulut mangga pun sedap! Seafood pizza pun boleh tahan. Itu je lah yang sempat try sebab most of the time makan di luar.
 
Owh.. F&B manager ramah dan bersemangat!
 
 


Courtyard by Marriot
Mahadlekluang 1 Road
Ratchadamri Rd
Lumphini
Pathum Wan
Bangkok 10330
Thailand
Phone: +66 2 690 1888
 
 
**Nak mudah mencari restoran makanan halal di Bangkok jemput baca di sini

Discover Selangor | Istana Sultan Alaeddin @ Istana Bandar, Jugra

Discover Selangor | Istana Sultan Alaeddin @ Istana Bandar, Jugra | Dalam program Eat.Travel.Write 4.0 oleh Gaya Travel dan UPEN Selangor kami dibawa melawat tempat menarik dan bersejarah di daerah Hulu Langat iaitu, Sijangkang, Banting dan Jugra. Setelah melawat Kompleks Pemakaman Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra dan Muzium Insitu, kami dibawa pula ke sebuah bekas istana yang ditinggalkan selepas negara mencapai kemerdekaan.

 


Sejarah Kampung Bandar, Jugra
Jugra menjadi pusat pentadbiran yang pertama di Selangor kerana kemudahan asas seperti sungai dan jalanraya selain ciri-ciri keselamatan yang sesuai untuk menjadi kawasan pentadbiran beraja. Kampung Bandar, 15km dari Banting merupakan sebuah perkampungan lama yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya. Ia menempatkan istana Sultan Alauddin Sulaiman Shah yang didiami baginda selama 35 tahun.

Kampung Bandar terletak di daerah Jugra yang sudah terkenal sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad dan semasa kedatangan Frank Swetthenham lagi. Ia telah dibuka pada tahun 1898 oleh Al-Marhum DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Muda Musa.
 
 
Istana Bandar
Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1865-1938) telah memilih tapak istana seluas 12 ekar ini kerana ia berhampiran dan pusat pengangkutan utama iaitu sungai dan jalan sedia ada yang menghubungkan bandar Temasya dengan Jugra dan Klang. Ia juga berhampiran dengan Masjid Bandar.
 
Istana ini digunakan sebagai tempat bersemayam baginda sultan bersama permaisuri baginda Hajjah Safiah. Sultan ke tujuh yang memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan, Sultan Salahuddin Abdul Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah juga ditabalkan di istana ini pada tahun 1926. Istana Bandar telah ditinggalkan selepas kemerdekaan Tanah Melayu (kini Malaysia) berikutan pusat pentadbiran berpindah ke Kuala Lumpur. 

Tinggalan istana ini pernah dijadikan dijadikan Pusat Kraftangan Daerah dan Maahad Tahfiz selama beberapa tahun.


Konsep Pembinaan dan Susun AturIstana ini mempunyai gabungan antara senibina tempatan, Moor dan kolonial. Bumbung limas mengambil beberapa elemen reka bentuk senibina Aceh dan bentuk simetri yang menggambarkan gaya warisan penjajah. Elemen Gothic dan Rom jelas kelihatan pada tiang dan dinding bata tebal.
 
Reka letak istana dibahagikan kepada tiga bahagian utama mengikut hirarki, yang merupakan ruangan awam untuk rakyat jelata, ruangan separa peribadi untuk pegawai istana dan kawasan peribadi untuk kerabat diraja. Tingkat pertama berfungsi sebagai ruang awam dan ruang separa peribadi manakala tingkat bawah mengandungi ruang untuk kerabat diraja.Istana ini mempunyai 40 buah bilik untuk disesuaikan dengan keperluan keluarga diraja.
 
Bumbung limas melitupi kawasan utama yang dibina mengikut ketinggian yang berbeza sebagai cerminan hirarki politik istana. Bumbung bertingkat digunakan untuk memberi perlindungan kepada kawasan utama yang dikhususkan kepada pegawai kerajaan, dapur dan balai nobat. Sementara itu, bumbung datar ditambah kemudiannya, ketika dilakukan pengubahsuaian pada tahun 1900. (www.padat.gov.my)
 
Fuhhh 40 bilik! Aku takut duduk dalam rumah yang sangat besar, banyak sekatan dan banyak bilik. Kalaulah mak kata, "tinggal kejap, mak nak pergi pasar malam ni" huii... seram! hahahha..

 
Struktur utama bangunan adalah daripada konkrit, marmar dan kayu cengal. Ada dua tangga kayu yang dibuat daripada kayu keras cengal yang bersempadan dengan kawasan lain di istana. Istana Sultan Alaedin mempunyai 27 bukaan tingkap dan pintu termasuk panel kayu dengan pelbagai ukuran untuk disesuaikan dengan tujuan.
 






Di tingkat atas.

Balairong seri



Di bahagian tengah dan belakang.





Di bahagian belakang. Ada juga pihak yang mengatakan ini bahagian depan.


Sila abaikan model tu kekekeke...
 
 
Istana Sultan Alaeddin @ Istana Bandar belum dibuka kepada pelawat. Jika ada pihak yang mahu membuat rombongan lawatan atau kajian sila buat permohonan kepada Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Motivasi | ALLAH will "REDIRECT" us to the right path

Tags
When someone hurts you, you learn to be stronger.
When someone leaves you, you learn to be more independent.
Despite all the plans, despite all the goals, and despite all the directions that we try to put into our lives, sometimes life has a way of just taking us into its own direction.
These so-called storms are required in order to survive in life; and once these storms are over; you won’t remember how you made it through, how you managed to survive.
You won’t even be sure, whether the storms are really over. But one thing is certain. When you come out of the storms, you won’t be the same person who walked in. That’s what these storms are all about.
And remember the help of Allah comes in proportion with the hardship. The greater your pain, the sweeter is the comfort. The harder your test, the larger is the reward. The bigger your wound, the stronger is the healing.
Fb Islam Practive
"What ever our decision is, whichever the route we chose
ALLAH WILL "REDIRECT" US TO THE RIGHT PATH (His destiny) ! ~Zakir Naik.



***
Kalau kita rasa ujian kita sebesar kapal, ingatlah rahmat Allah seluas lautan. Nikmat Allah yang paling besar sekali ialah iman dan islam.

Syurga itu mahal. Pasti kita akan diuji.

Negeri Sembilan | Berbelas Lokasi Menarik Di Port Dickson Untuk Dilawati

Negeri Sembilan | Berbelas Lokasi Menarik Di Port Dickson Untuk Dilawati | Port Dickson ialah sebuah pantai peranginan tidak jauh dari Kuala Lumpur. Hanya sejam setengah dari Kuala Lumpur dan sekitar 30km dari Seremban menjadikannya lokasi istirehat popular di hujung minggu. Port Dickson juga tidak jauh dari Melaka.

Port Dickson terkenal kerana adanya pantai yang panjang dan indah dari Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar hingga ke Pasir Panjang. Pantainya landai, bersih, pasir putih halus dan dilengkapi dengan kedai makanan dan kemudahan infrastruktur yang baik. Teluk Kemang menjadi pantai popular untuk berkelah dan mandi-manda. Aku tak berapa suka ke sini sebab ramai sangat pengunjung, lomeh den.


Owh jangan tak tahu, dari Port Dickson ke Tangjung Rupat, Indonesia, hanya 35km sahaja.
 Image result for port dickson
"Hibiscus", resort baru yang tengah hot sekarang.

SEJARAH PORT DICKSON

Pada tahun 1820an daerah tepi laut yang dipanggil Tanjung dan Arang ini maju dengan berniagaan arang dan perlombongan bijih besi di Lukut. Pegawai tinggi British yang mengetuai Negeri-Negeri Selat merasakan ia berpotensi untuk dijadikan pelabuhan dagang dan tempat rehat para pegawai British. Dari nama Sir John Frederick Dickson inilah Port Dickson mendapat nama yang kekal hingga ke hari ini.

Pada September 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat sesuai dengan banyaknya kem tentera di sana iaitu di Sebatang Karah, Segenting, Si Rusa dan Sunggala. Semenjak 1933 lagi Port Dickson telah dipilih sebagai penempatan kem Angkatan Tentera Melayu dan Maktab Tentera Persekutuan yang dinamakan Kem Si Rusa. 5,000 undi pos dari Port Dickson ni je weh.

Mukim-mukim di port dickson merangkumi Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang dan Linggi.


CERITA PORT DICKSON KAMI
Dulu kan, bila abah cakap "nak poi Pedeksen" takde lain dalam fikiran selain mandi laut. Port Dickson = mandi laut sampai rentung hahaha... what a nice thing to remember ;D

Bila dah ada keluarga sendiri hanya beberapa kali kami piknik di Port Dickson. Itu pun kerana menghadiri kenduri kahwin di sana. Alang-alang dah sampai PD teruslah kita mandi laut. Sebenarnya aku suka pergi Port Dickson tapi bukan untuk daytrip, lebih senang bermalam di sana menikmati keindahan alam- desiran angin dan deburan ombak di pantai. Nak breakfast di hotel tak cukup sebab voucher untuk 2/4 orang jer (kita ramai wak, yang berumur lapan tahun pun bantai adult meal) jadi selalunya kami akan minum pagi di luar. Makan di gerai tepi jalan je yang orang kata sedap.


APA YANG MENARIK SANGAT DI PORT DICKSON?
Banyakkkk... Aku masukkan kawasan Lukut sekali sebab berdekatan. Banyak yang nak diceritakan tentang Pusat Pelancongan Pendidikan Hutan Simpan Sungai Menyala (eco-edutourism). Pada aku tempat ini sangat menarik dan berpotensi untuk menarik ribuan pelancong, tak adil untuk ditulis ala kadar sahaja. I'll do another blogpost for this place. I really like it! Kalau 'duit yang dijumpai dalam kabinet tu' aku yang punya (secara sah) insyaAllah aku akan buat resort copycat Pusat ini. Sabaq na... nanti cerita lagi.

1) Pantai-Pantainya Yang Indah
Perasan tak tiada pantai lain yang seindah Port Dickson di pantai barat semenanjung Malaysia? Janganlah samakan PD dengan pantai Terengganu dan Sabah di Laut China Selatan tu.. memanglah tak sama. Itu anugerah Allah yang tidak terkata cantiknya. Kena compare apple to apple lah.

Image result for port dickson


Pelbagai sukan air boleh dibuat di sini. Hotel juga banyak tetapi bilik yang berharga dibawah RM150 selalu cepat terjual. Bukan sahaja orang Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor sering ke sini, pelancong dari Singapura pun berduyun-duyun datang. Jadi tempahlah awal-awal di sini ya. Klik di Agoda kat atas/kanan nun pun boleh.

Selain pantai Teluk Kemang yang popular tu, ada lagi pantai lain yang cantik dan iaitu:

Pantai Tanjung Gemuk
Pantai Bagan Pinang
Pantai Cahaya Negeri
Pantai Saujana
Pantai Purnama
Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon)
Pantai Cermin

Di Port Dickson pun boleh buat aktiviti menyelam (diving) di waktu yang sesuai. Jangan tak percaya, ai serius ni.


2) Pusat Pelancongan Pendidikan Hutan Simpan Sungai Menyala
Tempat ni aku baru tahu dan sangat menarik sebagai tempat seminar/kursus. Bangunan kayu lengkap dengan bilik seminar, perpustakaan dan penginapan berada di tengah hutan simpan Sungai Menyala. Boleh buat aktiviti trekking di sini. Nak menginap bersama keluarga pun boleh, sewa je dorm atau bilik, cuma makan kena beli di luar. Untuk yang datang secara berkumpulan perkhidmatan katering disediakan. Ish.. banyak lagi yang nak ditulis ni. Nak camping pun boleh.




Puas aku memikir macam manalah pegawai hutan ini memasang tali hingga 40 meter ke atas pokok. Nanti ai cerita lagi eh.

Kita di DALAM pokok meranti.

Pokok jelutong yang berdiameter 200cm bermakna usianya 200 tahun.

Waktu operasi : Isnin - Ahad / 8 pagi - 5 petang

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban
Persiaran S2 A2
70300 Seremban
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6014000
Faks : 06-6014004


3) Pusat Ikan Hiasan

PIH ini sebenarkan adalah pusat kajian dan bakal dijadikan pusat rujukan dalam industri ikan hiasan. Dengan adanya pameran ikan hiasan di sini ia telah menjadi lokasi agro-tourism yang menarik.

Antara aktiviti yang dilakukan di PIH Port Dickson:

Kultur & pembiakan kuda laut.
Kultur & pembiakan karang
Kultur & pembiakan ikan Inggu (Clown fish)
Program inkubator

Karang yang diternak di sini cantik dan pantas membesar kerana diberikan makanan dan vitamin. Bagusnya di PIH ini kita diberikan peluang untuk memegang kuda laut dan anak penyu. Susah nak dapat peluang macam tu dik. Jangan ekau cokik pulak kudo laut tu. Kami juga dipertontonkan dengan video kuda laut jantan beranak. Sekali beranak sehingga 1800 ekor tetapi hanya sekitar 180 sahaja yang akan hidup. Banyak nau. Carilah di youtube kalau nak tengok.

Buat masa ini entrance PERCUMA. Pergilah sekarang, bila dah upgrade nanti pasti kena bayar sikit untuk menampung kos. Tapi apa salahnya kan, nak ilmu kenalah berkorban ringgit di poket.



4) Balai Cerap Teluk Kemang (Baitul Hilal)
Teluk Kemang ialah satu satu tempat untuk melihat anak bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sejak tahun 1930an lagi menjadikannya balai cerap yang paling banyak merekodkan penampakan anak bulan di Malaysia . Ia menjadi satu-satunya balai cerap yang sering dikunjungi oleh peminat ilmu astronomi dan pengkaji ilmu falak dalam dan luar negara.

Terdapat lapan balai cerap di Malaysia tetapi hanya Balai Cerap Teluk Kemang yang dibuka kepada umum setiap hari sebelum diikuti oleh Pusat Sains Negara (dibuka pada waktu-waktu tertentu). Aku sangat bersetuju dengan pihak MAINS dan lain-lain yang berpandangan jauh, dah beli teleskop memahal sampai RM1.8 juta lebih baik biarkan minat rakyat berkembang dalam bidang ini. Siapa tahu suatu hari nanti lebih ramai pakar astronomi dilahirkan di Malaysia, kan?

Balai cerap di Malaysia mencerap bulan setiap bulan. Jadi ia menghasilkan data yang lebih lengkap berbanding tempat lain.

Jika anda menginap di Klana Resort Port Dickson, anda boleh naik ke Balai Cerap secara percuma tetapi jika untuk melihat bulan/matahari semata-mata anda perlu membayar yuran RM25 seorang. Still cheap worrr... dapat ilmu lagi. En Muzamir sebagai pegawai bertugas akan menjawab apa sahaja soalan kita mengenai dunia astronomi ini.

Kekangannya ialah, jika hari hujan kubah berdiameter 7 meter dan boleh berpusing itu tidak akan dibuka. Elok juga jika datang siang, boleh mencerap matahari juga. Melihatkan gas panas yang menyala-nyala tu sangat mengerikan, seolah-olah api neraka.
Teleskop 5000mm. Kalau ada teleskop ni kat rumah boleh shoot zebra/gajah di Afrika tu dari dalam bilik je kot hehe..



 5) Memancing Udang dan Ikan di Sungai Timun


Sesuai untuk orang yang penyabar hehe... sabarrrr je duduk diam atas bot, tak dayo den hahaha...

Sungai Timun dan Sungai Linggi kaya dengan ikan dan udang. Kelmarin pun Jabatan Perikanan telah melepaskan berpuluh ribu anak ikan lampam dan udang ke dalam Sungai Timun untuk menjaga ekosistem sambil membantu penduduk tempatan menambah pendapatan.

Demand untuk udang galah mengatasi penawaran di kampung ini makanya harga udang pun melambung sehingga RM90 sekilo. Kalau nak makan udang kena tempah dahulu.

Satu bot memancing boleh disewa di Pengakalan Nelayan Sungai Timun dengan kadar RM250 selama lapan jam. Pancing dan umpan bawalah sendiri ya. Sila hubungi Encik Arifin bin Saleh di nombor 011-19254269 untuk tempahan bot/pertanyaan.


6) Melihat Kelip-Kelip Di Sungai Timun
Bagi yang tak suka memancing boleh menyelusuri Sungai Timun untuk melihat kelip-kelip. Walaupun tidaklah sebanyak di Kuala Selangor dan Cherating tu tetapi at least ada. Bolehlah bawa anak-anak nanti. Akan datang pokok berembang akan ditanam dengan lebih banyak supaya lebih banyak kelip-kelip datang dan membiak di sini.


7) Melihat Bangau Di Sungai Linggi
Sungai Timun dan Sungai Linggi bercantum di satu tempat. Di waktu petang boleh dilihat banyak bangau terbang pulang ke sarang. Diantara bulan Ogos dan November kira-kira 300 ekor bangau boleh dilihat dalam sehari.


8) Melihat Matahari Terbenam Di Tanjung Agas
Alang-alang dah memancing tu kan, lajaklah terus ke Tanjung Agas melihat matahari terbenam. Cantik habaq hang! Aku ada upload video di instagram @ruggedmom . Cuba tengok di sana.

Di Tanjung Agas tu ada jambatan yang menghubungkan Negeri Sembilan dan Melaka. Uniknya di Sungai Timun ni kampung berdekatan tetapi dari dua negeri bersebelahan, seberang sini Rembau dan di seberang sana Alor Gajah.

Menikmati keindahan matahari terbenam.

9) Muzium Tentera Darat
Aku dah pernah ceritakan di sini dahulu, jemput baca eh. Popular muzium ni.

Meriam yang masih baik kondisinya di Muzium Tentera Darat.

10) PD Ostrich & Pet Show Farm

Walaupun aktor utamanya ialah burung unta (ostrich), PD Ostrich Show Farm memiliki banyak binatang ladang lain untuk menjadikan lawatan anda sesuatu yang menyeronokkan. Diantara penduduk tetap ladang ini ialah anak kuda, keldai, kambing, beberapa jenis arnab, anjing dan berbagai lagi.

Ladang ini sering dikunjungi oleh rombongan sekolah. Mereka juga mengadakan pertunjukan setiap hujung minggu di Hotel Thistle, Port Dickson.

PD Ostrich Show Farm
Lot 1419, Jalan Kemang 13,
Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang
Port Dickson
Phone : 06-6627496, 018-2078682 (Mobile)
Fax: 06-6625919
Email : ostrich@9wondersofpd.com


11) Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Satu lagi hutan simpan yang menarik kerana terdapat Rumah Api Tanjung Tuan di atasnya. Jemput baca pengalaman aku di sini dahulu.

Hutan ini sebenarnya adalah di bawah pentadbiran Melaka but its okay... pi mandi laut, makan dan stay di Negeri Sembilan (Port Dickson) tapi exercise panjat bukit di Melaka tu. Kami ada Bukit Batu Putih tapi aku belum panjat lagi. Nak cerita pun tak reti.


12) Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Pasir Panjang
Ianya sebuah perkampungan yang cantik dan moden tetapi masih mengamalkan kehidupan tradisional. Jemput baca di sini.



13) Muzium Lukut
Muzium Lukut

Ia dibina sebagai satu tanggungjawab menyebarkan maklumat sejarah dan budaya di Negeri Sembilan untuk ditatapi oleh masyarakat tempatan, para pelancong luar negara serta para pelajar dan penyelidik sejarah. Muzium ini memaparkan sejarah Lukut bermula daripada awal kurun ke-19 Masihi sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujung (Negeri Sembilan) pada tahun 1880. (rujukan: http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-lukut)

Sesiapa yang meminati sejarah elok datang ke sini.

Muzium Lukut
Lot 730, Kota Lukut
71010 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-651 2954
Fax: 06-651 5270
Email: pr.ml@jmm.gov.my


14) Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Sebuah lagi tempat bersejarah di Negeri Sembilan. Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas merupakan tempat perkuburan misteri yang mengunakan batu megalit yang berbentuk pedang dan senduk. Sejarawan percaya kubur ini dibina pada abad ke-2 dan ke-3 masehi. Sebahagian batu megalith ini ada ukiran yang menyerupai tulisan Arab dan Sumatra.

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Jalan Port Dickson
Pengkalan Kempas
71150 Linggi
Negeri Sembilan


15) Alive 3D Art Gallery

Yang ini pun aku dah lawati juga. Terdapat 50 buah lukisan untuk kita beraksi secara kreatif.

Waktu operasi:
Isnin-Jumaat : 11am - 11pm
Sabtu/Ahad/cuti umum : 10am - 11pm
Alamat
38-40, Jalan DS 2/1
Bandar Dataran Segar
71010 Lukut
Port Dickson
Negeri Sembilan

Tel : 06-6515400
Faks: 06-6510141


16) Upside Down Art Gallery
Rumah terbalik yang pertama di Negeri Sembilan. Lokasinya berdekatan PD Ostrich Farm dan Politeknik Port Dickson.

Waktu operasi: Setiap hari 10 pagi - 9 malam

13A & 15, Jalan Coral Walk
Batu 9, Jalan Pantai Port Dickson
Negeri Sembilan.
Emel: upsidedowngallery@gmail.com


17) Makan makan
Aku tak biasa makan di Port Dickson. Hanya pernah ke beberapa buah restoran selain membeli makanan di pasar malam berdekatan stesen minyak Petronas dan kedai-kedai kecil di tepi jalan. Antara restoran yang pernah dicuba dan sedap pula rasanya ialah:

Paklang Kopitiam sebelah Pejabat Kastam di bandar port Dickson, Embok Village dan Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), d'Jetty.


Kalau nak tanya macam-macam bertanyalah kepada TMNS atau kengkawan. Aku tak expert tentang pekan Port Dickson... kita memang mengelakkan kawasan yang banyak kedai ni, bahaya heheh..

Jadi lepas ni bolehlah stay di Port Dickson lebih lama. Baanyakkkk sangat tempat untuk dikunjungi sambil makan seafood. Datanglah eh.. #DekatJe


Tourism Malaysia Negeri Sembilan
Seremban Plaza
Jalan Dato' Muda Linggi
70100 Seremban
Negeri Sembilan

Telefon: +606-763 5388 / 762
Faks: +606-763 8428
E-mel: mtpb.negerisembilan@tourism.gov.my
Facebook: https://www.facebook.com/TourismMalaysiaNegeriSembilan/?fref=ts











Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi






Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi | Adalah membosankan sekiranya melancong tanpa mencuba sesuatu yang baru. Menginap di hotel berbintang empat dan lima di tengah bandar memang selesa tetapi menginap di resort berbintang-bintang di tengah hutan belantara pasti memberi pengalaman berbeza.




River Kwai Village Hotel adalah satu-satunya hotel mewah di hutan tropika Kanchanaburi. Ia terletak di utara River Kwai 70km dari "the bridge on the River Kwai" yang terkenal di seluruh dunia itu.





Kami ke sini dengan menaiki keretapi dari Stesen River Kwai dan turun di Thamkra Sae. Kemudian menaiki chartered van ke RKV. Naik van terus menerus pun boleh juga. Di sepanjang perjalanan ke sini mata dijamu dengan kehijauan. Relaks je, sejuk mata memandang.






RKV menawarkan empat jenis penginapan berpendingin hawa yang serba lengkap:
1) Raftel - bilik yang terapung di sungai.
2) Royal Wing - bilik mewah didekorasikan cara Thai
3) River Wing - bangunan tiga tingkat di tebing Kwai Noi
4) Mountain Wing - kabin setingkat.




Bilik aku di River Wing yang menghadap Kwai Noi (kwai = river/sungai).
 







Bilik kita di sini.


Wifi hanya di sekitar lobi sahaja. Bila wifi tak sampai ke bilik maka kita akan kembali ke asal, rajin membaca buku huhuu.. Aku agak hotel management memang tak nak pasang wifi kat bilik supaya tetamu enjoy the nature.



Bilik aku besar dan sangat selesa. Kalaulah datang dengan famili kan best, boleh susun semua anak atas katil. Katil sebesar tu aku seorang je tidur (pasang lampu bilik air dan berselubung heheh...). Yang syoknya pihak hotel hidangkan sepinggan kek, dua hari pun tak habis makan sebab perut tak sempat lapar. Dah tentulah chocolate cake yang habis dulu.



Di sini Subuh awal sekitar 4.40 pagi. Aku set jam pukul 5 tapi 4.45 dah terbangun. Baguslah kan? Kat rumah sendiri pun tak macam tu. Masalahnya mata tak mahu pejam dah selepas tu. Selepas breakfast pukul 6.30 tu balik ke bilik dan mereput sampai pukul 9. Tak dapat mengisi masa lapang dengan melawat kawasan sebab dua hari hujan pagi.



RKV menerima ramai tetamu dari Rusia sebab tu ada notis dan menu berbahasa Rusia. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini selain berurut. Siap ada warning "Jangan buka seluar" di pintu bilik urut tu hahah... siapalah punya kerja tu eh? Dah biasa berbogel depan orang gamaknya. Tiada service urut++ di sini. Clean business only okey.



Yang lagi best nya, ada tiga swimming pool di sini. RKV adalah hotel pertama memiliki Jungle Water Park dengan water slide dan jakuzzi. Seronoklah bebudak bila menginap di sini. Bila bawa anak-anak tak kiralah hotel bajet ke hotel mahal swimming pool mesti ada. Kalau tak boleh stress weh. 


Raftel.




Subhanallah cantiknya pemandangan! Damai.





Ikan-ikan liar di belakang Raftel.


























Persembahan tarian dari kanak-kanak suku kaum Mon selepas makan malam.



Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di River Kwai Village


RKV berada di lokasi yang sesuai untuk lawatan ke kawasan bersejarah kesan Perang Dunia Kedua (World War II) dan alam semulajadi. Nak naik gajah ke.. bamboo rafting ke..nak ke Death Railway ke.. atau nak mandi-manda di Sai Yok Waterfall ke.. RKV boleh aturkan. Jika mahu berspa lumpur sila ke Rock Valley Hot Spring & Mud Spa.


Banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk dicuba seperti ATV, paintball, berenang, di sungai, camp fire, raft excursion.. selain pakej lawatan. Aku sebenarnya nak try naik basikal atas pokok yang macam di Bohol tu tapi di kedua-dua pagi hujan renyai. Bila hujan terbantutlah plan tambahan pula geng lain semua dok tidur lagi, aku je yang 'tolong buka pintu restoran' seawal 6.30 pagi. 












River Kwai Village Hotel
74/12 Moo 4
Tha Sao
Sai Yok
Kanchanaburi
Thailand
Tel : (66 89) 918-4562 / (66 81) 922-4661
Faks : (66 81) 880-5206


Reservation Office
1054/4 New Petchburi Road
Ratchtavee
Bangkok 10400
Thailand
Tel : (66 2) 251-7828 / (66 2) 251-7096
Faks : (66 2) 255-2350





**Seluruh Thailand sedang berkabung diatas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej yang telah memerintah Thailand selama 70 tahun. Raja Bhumibol menjadi simbol perpaduan yang mendamaikan dua pihak yang berebut kuasa. Baginda juga sangat disayangi dan dihormati rakyatnya kerana banyak memperkenalkan projek pembasmian kemiskinan.









Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free