Discover Selangor | Lawatan Ke Kilang Teh BOH Di Sri Cheeding



Discover Selangor | Lawatan Ke Kilang Teh BOH Di Sri Cheeding | Tidak pernah aku menyangka teh yang berkualiti boleh ditanam di kawasan tanah rendah. Selama ini dari gambaran luar dan dalam negara hanya terpampang foto ladang teh di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highand saja. Dalam perjalanan aku hairan juga kenapalah bas ni ikut jalan dalam ke Cameron Highland, musykil betul siap lalu ladang kelapa sawit bagai... aku tak reti nak pergi sendiri kalau takde signboard, aku berkata-kata dalam hati. Yang sebenarnya Gaya Travel dah tulis "Sri Cheeding" dalam itinerary bukannya Sungai Palas, bengong sungguh la... heheh..




BOH adalah jenama teh yang popular di Malaysia. Selama lebih 80 tahun Boh telah menyatukan rakyat Malaysia dengan secawan teh. Ladang teh Sri Cheeding yang dikendalikan oleh BOH Plantations telah dibuka pada tahun 1927 dengan keluasan 210 ekar. Lowland tea plantation bersuhu sederhana ini adalah yang pertama di dunia. Ia ditanam berselang dengan pokok kelapa sawit yang menjadi pelindung kepada terik matahari. Selain ladang ini BOH Plantations memiliki tiga lagi ladang di Cameron Highlands iaitu Habu, Sungei Palas dan Farley. Teh dari ladang yang berlainan menghasilkan rasa yang berlainan juga. Suhu, unsur tanah, baja.. mempengaruhi rasa teh.

Perladangan teh adalah satu perusahaan yang labour intensive, perlu dilakukan secara manual. Pucuk teh akan dipetik setiap 20 hari. Oleh kerana daun-daun teh ini mudah layu, ia perlu diproses di ladang dalam masa 16 jam selepas dipetik kemudian barulah dihantar ke kilang untuk proses seterusnya. 

Di ladang Sri Cheeding terbina sebuah kilang pemprosesan dan pembungkusan teh untuk kesemua ladang teh Boh. Di sini 30 orang bekerja di ladang manakala 60 lagi bekerja di kilang dalam dua shif. Teh  Boh dibungkus hanya di kilang ini. 


BOH Tarik, BOH Teh Harimau dan Teh Dara untuk pasaran negeri pantai timur. Kenapa Dara? Adakah untuk anak dara sahaja atau anak dara yang memproses teh ni? Packaging pun warna hijau putih, pandai betul berniaga. Know your customer, right?

Yang jenis ini sesuai dibuat teh tarik.

Cleanliness and hygiene are the most important aspects in food processing.

 Yang berbintik putih itu ialah bahan tambahan seperti laici untuk memberikan rasa dan aroma yang berbeza.


Aku try BOH Ice Lemon dan Peach, sedap! Teh halia pun terasa halianya.

Kami juga dijamu dengan pau cendawan yang sangat sedap dari Fira Danish Bakery. Tel:  012 3605933.

Kilang ini memproses lebih 100 tan daun teh setiap bulan. Ada yang fine, broken dan dalam filter bags... yang dijual dalam 200 produk/bungkusan yang berlainan. Boh hanya menghasilkan teh hitam. Teh hijau dan natural adalah jenis yang diimport dari luar negara. Ada juga fragrance tea. Yang terbaik tentulah dari Ladang Sungai Palas yang mengeluarkan garden tea berkualiti tinggi dan diberikan jenama premium. Satu tunas yang diapit dengan dua daun muda diperlukan untuk menghasilkan serbuk teh jenama premium ini.  Jenama Seri Songket adalah hasilan ladang Cameron Highland. Paling popular jenama Camaronian Gold. Teh ini hanya sesuai diminum tanpa susu. Kesemua jenis teh keluaran syarikat ini ada dipamerkan di showroom Sungai Palas.

Sepuluh peratus teh keluaran BOH dieksport ke Jepun, Jerman, Denmark, Taiwan, Thailand dan Singapura.  Ianya juga dijual secara online di Amazon.com .Walaupun ladang teh Boh mengeluarkan 100 tan teh sebulan mereka masih mengimport teh kerana permintaan yang tinggi.


Berapa lama teh boleh bertahan?
Daun yang telah diproses tiada tarikh luput. Yang penting, simpan di dalam bekas kedap udara. Teh juga berupaya untuk menyerap bau. Jika paket yang sudah dibuka tidak disimpant elok, ia boleh menyerap bauan dalam peti sejuk juga, jadi teh berperisa bawang nanti.


Benarkah ada teh tiruan di pasaran?
Penting untuk diketahui teh Boh tidak dicampurkan pewarna. 

Satu tips untuk mengesan teh tiruan ialah apabila dimasukkan dalam air sejuk pun warnanya akan keluar. Biasanya dijual dengan murah dan banyak digunakan di restoran. 


Kilang ini tidak dibuka kepada umum. Jika berminat untuk melakukan educational tour boleh berhubung dengan Majlis Daerah Kuala Langat atau BOH sendiri.



Lawatan ini adalah satu acara dalam Eat.Travel.Write4.0 - Selangor International Culinary Adventure, satu program anjuran bersama UPEN dan Gaya Travel Magazine.

Post a Comment

0 Comments