Discover Selangor | Kompleks Pemakaman Sultan Abdul Samad, Jugra



Discover Selangor | Kompleks Pemakaman Sultan Abdul Samad, Jugra | Seiingat aku inilah kali pertama Familiarization Trip bersama Gaya Travel dan UPEN yang membawa kami melawat kubur. Bagi aku pula ini kali kedua selepas kubur Kristian dalam program Kedutaan Rusia "100th Year Commemoration of the Battle of Penang" di Pulau Pinang dua tahun lepas.

Jugra dahulunya ialah pusat pentadbiran yang penting selepas Kuala Selangor. Makam Diraja Jugra (Kompleks Makam Diraja) sebahagian daripada Bukit Jugra yang telah dipilih sebagai kawasan permakaman keluarga Diraja Selangor pada tahun 1886. Makam ini sentiasa dikunjungi kaum kerabat dan rakyat jelata yang merindui sultan dan ahli keluarga mereka.

Sultan Abdul Samad ialah sultan keempat daripada sembilan sultan yang memerintah Selangor. Baginda berketurunan Bugis dari Sulawesi. Menaungi Selangor selama 41 tahun, baginda dikatakan seorang yang warak dan begitu dihormati kerana memartabatkan Islam. Hanya baginda - sebagai seorang Sultan - dikebumikan di sini.


Di dalam bangunan inilah letaknya makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah.


Makam Sultan. Jujurnya aku tak faham kenapa ia dibina / dihias sebegini.

Makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah diletakkan di dalam sebuah bangunan batu seperti masjid yang berpagar dan bercat kuning. Dahulunya ia terbuka tetapi ada pihak yang melakukan upacara khurafat di makam baginda lalu keputusan dibuat untuk memagar makam. Baginda mangkat pada bulan Februari 1898 setelah memerintah Selangor dari tahun 1859 hingga 1898. 

Terdapat banyak kuburan lain di sekitar bangunan kubur utama. Banyak yang bertanda tetapi ada juga yang tiada. Banyak juga kubur kanak-kanak. Yang berhampiran dengan bangunan itu adalah pusara kerabat diraja, binaan yang menyimpan jenazah Yang Mulia Raja Kahar, Tengku Maharum, dan Raja Muda Musa yang mangkat pada tahun 1884. 

Makam-makam lain yang terletak di bahagian luar bangunan ini adalah makam Almarhum Tengku Muda Musa, Almarhum Tunku Alfah Binti Almarhum Sultan Abdul Samad, Almarhum Tunku Jaafar, Tunku Yaakob, Almarhum Tunku Maharum, Almarhum Raja Berkat dan Almarhum Tengku Muteh Ibni Sultan Abdul Samad.
Di bahagian belakang.

Haji Zamri Osman, Tunku Muhamad Tunku Harun (Orang Besar Daerah- wakil tuanku) dan pegawai Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.



Kenapa kubur? Tak takut badi ke? Disampuk hantu nanti...

Ada je yang melontarkan kata-kata begitu. Negatif. Kecut otak kalau selalu sangat mendengar ungkapan negatif. Bukan tak percaya kepada perkara ghaib tetapi menakut-nakutkan diri sendiri dan kanak-kanak sungguh tak sihat ok? Kubur mengingatkan kita kepada 'giliran' kita nanti. Cuma, beringat ketika berziarah.

Yang selalu aku jawab, "takde masa haih mayat tu nak jadi hantu... siang malam sibuk menjawab soalan Nungkar & Nangkir".


Tips:
Sila berpakaian sopan ketika melawat makam.



Untuk maklumat lanjut mengenai kompleks ini boleh berhubung dengan Majlis Daerah Hulu Langat atau Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Post a Comment

0 Comments