Hari Kemerdekaan | Sayalah yang naikkan bendera Tanah Melayu 31 Ogos 1957

Tags
"Jalur Gemilang Malaysia" - Lukisan Bangteh sewaktu dia darjah satu tahun 2015. Tahun ni dah improve :D

Sebahagian daripada tugas hakiki Mohd Sarif Kalam memerlukan beliau menaikkan bendera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tatkala adanya majlis rasmi.


Bersama rakan setugas lain, beliau akan sentiasa memastikan tidak berlakunya sebarang ‘kecacatan’ yang akan merosakkan upacara yang sedang berlangsung.


Namun, pada tanggal 31 Ogos 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan mencapai kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pesara tentera laut berusia 79 tahun itu merasa sedikit kelainan.


Keseluruhan tubuhnya gemuruh malah hampir menangis kerana terlalu sayu menyedari dirinya berada di tengah lautan manusia untuk melaksanakan satu-satunya tanggungjawab yang baginya tidak akan berulang, katanya dalam temu bual di kediamannya di sini baru-baru ini.


Katanya, tugas itu lebih berat berbanding hari biasa kerana perlu menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu (yang kini dikenali sebagai Malaysia dan bendera dikenali sebagai Jalur Gemilang) secara rasmi buat pertama kali untuk dipersembahkan kepada orang ramai.


Sebelum itu, Mohd Sarif hanya melihat proses-proses pembuatan bendera itu dari jauh sewaktu menjalani latihan menaikkan bendera berkenaan di Depoh Latihan Polis (kini Pusat Latihan Polis) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


“Pakcik berkampung empat hari tiga malam di Depoh itu untuk memastikan latihan menaikkan bendera Malaysia berjalan lancar dan pada kesempatan itu, pakcik melihat bagaimana ia (bendera) dibuat.


“Memang rasa bangga kerana menjadi antara orang yang pertama melihatnya, namun pakcik rasa pelik kerana perasaan (bangga) itu belum cukup menyengat.


“Sampailah bila tiba detik bersejarah, perasaan semangat itu lain, tambahan lagi bila kedudukan kita berada di tengah padang, dikelilingi orang-orang kenamaan termasuk Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


“Ia menjadikan detik itu lebih bermakna kerana semua orang tertumpu kepada arah bendera Malaysia,” kata Mohd Sarif.


Katanya, beliau bertuah kerana diberi kepercayaan yang tinggi oleh ketua unitnya untuk melaksanakan tanggungjawab itu, walaupun pada hakikatnya beliau hanyalah seorang laskar biasa di bahagian komunikasi TLDM ketika itu.


“Pakcik dipilih melakukan tugas itu ketika baru berusia 20 tahun dan sudah dua tahun bekerja.


“Mujur, pakcik dibantu dua lagi individu bersama pakcik ketika itu iaitu pegawai bentara kanan (Awang Mohd Salleh) dan laskar kanan TLDM (Oliver Culvelt Samuel) dan kami melakukannya dengan sempurna sekali sambil diiringi nyanyian lagu Negaraku,” kata beliau yang berasal dari Batu Pahat itu.


Mohd Sarif berkata setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan TLDM pada 16 April 1987, beliau kerap menceritakan kembali detik-detik berkenaan dengan masyarakat sekeliling termasuk anaknya serta saudara-mara.


Menurutnya, perkongsian beliau itu sebagai mengingatkan golongan muda agar lebih menghargai dan memahami sebaiknya erti kemerdekaan setelah pejuang negara bertungkus-lumus menghadapi pelbagai konflik ketika menghadapi penjajahan asing dan konfrontasi bermula era 1940-an hingga 1960-an.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!





Thailand | A visit to Wat Prayun in Bangkok

A visit to Wat Prayun in Bangkok | Lawatan kami ke Wat Prayun sewaktu senja melabuhkan tirainya. Kami ke sana menaiki tuk tuk selepas program food tour. Elok naik tuk tuk sekejap je dah sampai. Kalau naik van kebas punggunglah nak sampai during peak hours tu.


Wat Prayurawongsawas Worawihan, juga dikenali dengan nama singkatannya Wat Prayun, telah menerima UNESCO Cultural Heritage Conservation Award of Excellence secara rasminya pada 23 April 2014. Proses pemuliharaan Phra Borommathat Maha Chedi (stupa) dan ruang berkembar, Pharin Pariyattithammasala menyaksikan Thailand menerima anugerah tertinggi dalam Anugerah Warisan. UNESCO mengiktiraf usaha pemuliharaan dengan menggabungkan kepakaran teknikal kejuruteraan moden dengan teknik tradisional dan kerjasama kuat diantara sami, pakar dan penduduk tempatan dalam memelihara kuil suci tersebut yang berada di komuniti Kadeejen.

 Sumber Goran Ehren.





SEJARAH WAT PRAYUN
Wat ini dibina pada tahun 1828 sewaktu pemerintahan King Rama III (1824-1851) yang merupakan abang kepada King Mongkut yang mula dikenali dalam filem The King and I. Ia dibina sebagai biara oleh Menteri Luar dan Kewangan Diraja, Chao Phraya Phra Klang, pewaris Persian Bunnag clan. Ia asalnya family temple yang dimiliki oleh sebuah keluarga Parsi dari bunnag clan yang berpengaruh.

1828 lamanya... dah 188 tahun! Hebat betulkan teknologi dahulu kala? Bertahan hingga kini. Khabarnya campuran simen dilekatkan dengan menggunakan putih telur, sama seperti tinggalan istana lama di Yogyakarta. Kena korek rahsia nisbah putih telur dan simen untuk buat eksperimen sendiri ni.

Wat Prayun merupakan kuil istana kelas kedua yang menjalani proses restorasi pada tahun 2009.  Ia agak kurang terkenal berbanding Wat Pho dan Wat Arun. Terletak di barat Sungai Chao Praya, di bahagian bawahnya juga terdapat muzium kecil yang mempamerkan imej Buddha dan artifak yang dijumpai di bawah chedi pada tahun 2006.



 Tour guide kami petang tu sedang menunjuk ajar Cristina on how to perform rituals. Nampak tak yang berkilat-kilat tu? Kertas emas kecil dilekatkan pada dinding wat dengan hajat tertentu.



 Kena merangkak sekejap untuk keluar.


KEUNIKAN WAT PRAYUN
Selain ruang yang biasa ada di dalam mana-mana wat Buddha besar seperti perpustakaan, perhimpunan dan chedi (stupa) kelainan yang terdapat di wat ini ialah pagar merah setinggi 1.5 meter yang dibuat daripada senjata peperangan seperti kapak, pedang dan tombak. Dahulunya ia melingkari keseluruhan kuil/wat tetapi kini hanya sebahagian kecil sahaja yang kelihatan, dari pintu masuk ke chedi.

Wat berbentuk loceng berwarna putih dengan luas dasar 80 meter memudahkan wat ini dikenali. 18 chedi yang lebih kecil ditempatkan di sekeliling wat.


PENGALAMAN DI WAT PRAYUN
Kami naik ke tingkat paling atas... challenging jugalah kerana perlu menaiki tangga batu yang curam. Teringat Gunongan tempat permainan permaisuri sultan di Banda Aceh, camnilah tangganya. Tangga batu tu bukan saiz standard seperti sekarang, aku rasa sekaki tebalnya setiap satu. Stress otot kaki den heheh.. Walaupun mencungap tetapi pemandangan Bangkok yang kita akan dapat dari atas tu. 

Wat Prayun dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Naik bot boleh, naik teksi lagi senang.






Pelancaran Promosi Visit Pahang 2017 | Hogoh Pahang!


Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang telah merasmikan MAJLIS PELANCARAN PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017 peringkat kebangsaan sebagai platform untuk mengetengahkan pelbagai destinasi menarik serta acara-acara hebat yang bakal mewarnai kemeriahan Tahun Melawat Pahang 2017. 



Acara perasmian ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'inBillah.

Jika acara pertama Pelancaran Promosi Tahun Melawat Pahang 2017 yang telah berlangsung pada bulan April lalu di Kuantan Pahang memperkenalkan logo rasmi iaitu (Hogoh Pahang) dan maskot rasmi (Mat Jumbo), majlis yang diadakan di peringkat kebangsaan ini telah memperkenalkan salah satu lagu promosi bagi Kempen Tahun Melawat Pahang 2017. Sedap suara penyanyi tu.. feeling berada dalam dinner show gituh tapi kalau dimasukkan elemen muzik tradisional lagi best kot? Kot la kan..

Lagu seperti juga gambar, mampu menarik perhatian jika kena gayanya. Ia salah satu usaha untuk menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara bagi merasai sendiri keunikan destinasi pelancongan yang terdapat di 11 daerah di Pahang yang mana merangkumi tiga koridor utama iaitu ‘Highlands’, ‘Nature and Adventure’ dan ‘Islands and Beaches’

 Ketibaan Tengku Mahkota Pahang disambut meriah.

 Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'inBillah bersama YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin.

Muzik dan tarian burung kerak nasi best!

Maskot Pahang.

Songket dan tali leher tenun Pahang.

 Kenderaan rasmi yang akan digunakan untuk mempromosikan 'Visit Pahang 2017" ke 15 negara.

Pelancong asing pergi ke Pahang selalunya untuk melihat hutan hujan tropika yang berusia 130 tahun, gua-gua yang masih terpelihara, Pulau Tioman yang indah serta pelbagai jenis flora dan fauna. Jangan tak tahu yang Gunung Tahan tu gunung tertinggi di semenanjung Malaysia. Kata avid climbers, mendaki Gunung Tahan adalah lebih mencabar daripada Gunung Kinabalu walaupun ketinggiannya hanya 2,187 meter because of its remote location; nak sampai ke kaki gunung pun kena trek hutan berhari-hari dan merentasi sungai yang deras. Westerners memang suka tempat camni dan mereka biasanya datang paling singkat dua minggu. Kalau berborak dengan mereka ni kan, semua kata Malaysia cantik, you're blessed with beautiful country katanya.

Untuk tahun 2017 nanti banyak acara menarik yang telah disusun setiap bulan. Bermula Januari bakal berlansung Mad Warrior dan Tioman Surfestival. Mad Warrior ni ialah first obstacle race yang dibuat di Pahang. Peserta perlu bersaing untuk melepasi halangan di darat, merentas sungai, memanjat bukit dan pelbagai lagi cabaran. Matilanakkk.. tak dayo den. Kaki bangku macam aku ni takkan masuklah acara gini heheh... baca description pun rasa penat dah. 







Eh, dah baca ke belum blog post Apa Yang Menarik Di Pahang?  Lepas baca plan ke sana eh, #DekatJe tu. Always remember bila ada event besar di satu satu tempat hotel akan penuh... jadi tempah ler cecepat.

Untuk mengetahui promosi atau informasi tentang negeri Pahang silalah buka media channel di bawah. Semoga admin rajin update eh.


Laman Web: www.pahangtourism.org.my
Facebook: www.facebook.com/tourismpahang
Instagram: @tourismpahang
Twitter: @tourismpahang
Telefon: 09-531 5904

Talad Rom Hub (Maeklong Railway Market) | Pasar Basah Unik Di Bangkok

Talad Rom Hub (Mae Klong Railway Market) | Pasar Basah Unik Di Bangkok | Aku percaya ramai yang telah mengetahui tentang 'folding umbrella market' melalui cerita orang ataupun menonton di televisyen. Di Asia ni rasanya hanya ada di Thailand. Jika ada di tempat lain harap ada yang sudi memberitahu supaya kita boleh update di sini.


Maeklong Railway Market terletak di daerah Samut Songkhram (สมุทรสงคราม) 70km dari Bangkok. yang juga berdekatan dengan Ampawa Floating Market dan Baan Rim Klong Homestay. Ia dimasukkan dalam semua brosur pelancongan kerana keunikannya itu. Pakej yang dijual macam hot cakes. On weekdays pun ramai pelancong asing di sini... ada yang on summer holiday, ada juga yang lari dari kesejukan winter. Memasing mencari spot yang sesuai untuk meramkan gambar/video. 


Apa yang unik dengan Maeklong Railway Market?

Uniknya kerana kerana pasar ini berada di atas landasan keretapi aktif. Asalnya landasan yang dibina pada tahun 1905 ini hanya private line, untuk membawa hasil pertanianlah kot. Payung akan ditutup barangan akan ditarik apabila keretapi melalui landasan dan pasar akan dibuka semula sejurus keretapi berlalu. Barangan jualan yang lebih rendah dari landasan akan dibiarkan saja. Selalunya hon kedua baru para peniaga ni alihkan barangan mereka. Jenuh peniaga ni menyuruh tourist menjauh dari landasan hehe.. Mengetap gigi je lah bila kita dah set video lepas tu ada pulak orang selamba berdiri depan kamera haishhh...

Pasar ini panjangnya kira-kira 100 meter sahaja dan sangat hampir dengan Stesen Mae Klong. Lebar keretapi lebih kurang 10 kaki jadi janganlah berada dekat sangat dengan landasan tu ya. Karang tak memasal jadi bahan berita.

Mari lihat gambar-gambar terbaru ni. Video aku dah share di instagram (sila lihat di sini).




Pelbagai jenis sambal (gambar atas, kiri). Senang hidup kalau gini.

 Dua kali kami lihat keretapi lalu. Puas hati kali ni. Bising TG kami si Wanna tu ha...be careful! be careful! heheh...
 









Bagaimana untuk ke Mae Klong dari Bangkok?
Kita cerita sekali lagilah ya dengan lebih detail. Sebenarnya kalau nak ke pasar unik ini ada beberapa cara.

Cara paling mudah dan tak perlu memikir lansung
Gunakan servis tour agency. Pihak hotel pun boleh uruskan. Bayar saja dan mereka akan bawa hingga ke sana.

Cara kedua
Naik minibus/van dari beberapa lokasi seperti:
  • Victory Monument
    • Southern Bus Terminal: Sai Tai Mai
    • Phra Pinklao Lotus shopping centre (berhampiran Central Plaza Phra Pinklao)
    • Chatuchack di depan Northern Bus Terminal: Mo Chit 
    Cara ketiga
    Naik van dari Bangkok sehingga ke Mahachai. Dari Mahacai naik van lain ke Maeklong. Van banyak dan lebih pantas.

    Cara keempat
    Naik keretapi dari Stesen Wongwian Yai di Bangkok. Untuk ke sini turun di BTS Skytrain Wongwian Yai Exit 3. Punyalah panjang jejantas tu huhu... kena berjalan kaki 20 minit. Dulu dah cerita dah di sini. Berjalanlah ke arah Wongwian Yai di sepanjang Somdet Phra Chao Tak Sin Road. Stesen ini sebelah kiri dan agak tersorok. Naik di stesen Talat Phlu yang 1.5km dari stesen Wongwian Yai pun boleh.

    Kebanyakan train di Wongwian Yai Station koc kelas ketiga yang bergerak lebih kurang sejam sekali bermula 5.30 pagi hingga 8.10 malam. Perjalanan hanya sejam dengan tambang 10 baht. Singgit! Kalau nak koc yang ada air-cond kena naik yang 7.00 dan 10.40 pagi. Aku tau yang pagi ni je lah.. buat apa nak ke sana pepetang ye tak? Tambangnya THB25. Dua ringgit setengah je uols... Aku suka yang ada tingkap senang nak ambil gambar. Dari stesen Mahachai tu naik van ke Maeklong Market.

    Cara terakhir
    Jika tiada kenderaan sendiri tetapi kaya dengan masa ialah.... ikut cara ketiga dulu kemudian bila dah sampai stesen Mahachai tu, naik bot lain menyeberangi Sungai Tha Chin ke Ban Laem train station. Sekejap je naik feri ni... 3 baht. Di seberang sana berjalan kaki 10 minit ke stesen keretapi dan naik train lain ke Maeklong (Samut Songkhram) selama sejam lebih lagi untuk perjalanan sejauh 33.6km dengan tambang 10 baht. Waktu berlepasnya 8:00, 12:00 dan 16:40 . Tahun lepas aku mengejar masa tu yang naik van dari Mahachai.

    Nak balik nanti naik train dari Mae Klong (Samut Songkhram) mengikut jadual di bawah. Cross river dan naik train dari stesen Mahachai (Samut Sakhon) ke Bangkok. Itupun kalau tak penuhlah. Aku suka cara ini, santai je. Very authentic Thai experience.

    Train ini digunakan para penduduk yang tinggal di Samut Sakhon dan Samut Songkram (south west of Bangkok) untuk berulang alik ke Bangkok setiap hari. Kos hidup di Bangkok kan tinggi... stay kat outskirt Bangkok naik komuter pergi kerja.


    Train timetable Ban Laem to Mae Klong


    Jalur keretapi ini terbahagi kepada dua seksyen yang dipisahkan oleh Tha Chin River.
    • seksyen pertama: dari Wongwian Yai to Maha Chai (18 stesen) = 1 jam perjalanan
    • menyeberangi sungai dengan bot = 5 minit
    • seksyen kedua: dari Ban Laem ke Maeklong (15 stesen) = 1 jam 45 minit
    Mahachai tu pekan nelayan jadi stesen keretapinya di kawasan pasar. Sementara menunggu train lain bolehlah berjalan-jalan dulu. Boleh tahan besar juga pekan ni.


    Cadangan perjalanan:
    Elok naik train 4311 yang bertolak dari stesen Wongwian Yai di Bangkok pada pukul 6.25 pagi supaya sempat menaiki train di Ban Laem yang bergerak jam 8.00 pagi.

    Jika ke sini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad boleh terus melihat Ampawa Floating Market.

    Blog post yang dulu tentang Mae Klong Market di sini.

    The Optimistic Property Trend in Malaysia

    Tags
    The Optimistic Property Trend in Malaysia (Halatuju Optimistik Hartanah Malaysia)

    The property market in Malaysia has been the talk of the town for quite some time, as the weak sentiment towards the market has created a state of wait and see approach among buyers. However, many are still hopeful of the market in terms of long-term investment, as the market is foreseen to perform better in the coming years.

    There are several factors which influence the market slowdown, as well as reasons on why property investment in Malaysia is still an interesting option.
    To get a clear understanding of the current property market, check out the infographic below:

    Image source PropertyGuru Malaysia






    Wat Pho | The Reclining Buddha In Bangkok, Thailand


    Wat Pho | The Reclining Buddha In Bangkok, Thailand | Bangkok terkenal dengan pelbagai perkara, diantaranya ialah terdapat banyak kuil Buddha di ibu kota tersebut. Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana 85 peratus penduduk Thailand menganuti agama tersebut. 

    Lokasi yang pertama kami lawati dalam program Women's Journey Thailand ialah sebuah wat Siam yang tersenarai sebagai wat yang terpenting dalam enam wat diraja. Ia sangat terkenal dan dihormati menjadikannya 'a must see' apabila berada di Bangkok.

    Wat Pho ialah kompleks wat/kuil Buddha yang dibina di Rattanakosin, selatan Grand Palace. Nama rasminya ialah Wat Phra Chetuphon Vimolmangklararm Rajwaramahaviharn manakala gelaran Wat Pho ialah singkatan kepada nama asalnya Wat Photaram. Wat Pho wujud sebelum Bangkok menjadi ibu negara lagi. Ia dibina semula di zaman King Rama I. Renovasi dan pembesaran kompleks wat berlaku secara besar-besaran sewaktu pemerintahan King Rama III. 

    Dulu, ibu negara Thailand di Ayutthaya tetapi ia musnah apabila berlaku peperangan dengan Myanmar. King Rama 1 telah mengarahkan supaya patung-patung Buddha di tapak kuil lama di Ayutthaya dipindahkan ke sini menjadikan Wat Pho sebagai sebuah kuil yang memiliki paling banyak koleksi imej Buddha.


    Wat Pho Sebagai Pusat Pembelajaran
    Diatas kesedaran bahawa ilmu berharga diancam kepupusan, Wat Pho dijadikan pusat pembelajaran perubatan Thai yang pertama di Thailand diatas arahan King Rama III. Hingga kini ia masih menjadi tempat pembelajaran seni urutan Thai. 

    Ensaiklopedia bergambar dalam bidang sejarah, perubatan, kesihatan, adat, kesusasteraan, peribahasa, perkamusan dan agama Buddha diukir di kepingan granit supaya tidak hilang ditelan masa. Ilmu berkenaan urutan Thai dan subjek lain ditempatkan di sekitar wat. Begitu juga dinding dalamnya yang menggambarkan mengenai pentadbiran, kisah rakyat jelata dan pertanian yang menjadi pekerjaan utama di waktu itu. Ilustrasi dan inskripsi di Wat Pho telah didaftarkan oleh UNESCO di dalam Memory of World Programme yang diwujudkan untuk mempromosi, memulihara dan mewar-warkan warisan dunia.







    Phra Ubosot (Phra Uposatha) atau bot (atas kiri) ialah ruang utama untuk melaksanakan ritual agama dan merupakan bangunan paling suci dalam kompleks Wat Pho.



    The Reclining Buddha @ Buddha Berbaring

    Wat Pho salah satu diantara wat yang tertua di Thailand. Ia menempatkan patung Buddha sepanjang 46 meter panjang dan 15 meter tinggi berwarna keemasan. Bentuk ikonik ini menggambarkan Buddha berbaring sewaktu kemasukannya ke dalam Nirvana dan berakhirnya jelmaan semula. Ia mengiring ke kanan sambil tangannya mengampu kepala yang ditindan dua biji bantal mozek.


      

    Kaki Buddha setinggi tiga meter dan selebar 4.5 meter. Ada kerja-kerja pemuliharaan di bahagian kaki sewaktu aku ke sini.

    Wat Pho juga indah dirakamkan gambarnya di waktu malam.


    Phra Maha Chedi Si Ratchakan


    Di luar Phra Rabiang terdapat banyak chedi/stupa yang lebih kecil yang dipanggil Phra Chedi Rai. 71 buah chedi kecil setinggi lima meter setiap satu menempatkan abu mayat keluarga diraja dan 20 yang besar sedikit dalam lima sekumpulan mengandungi tinggalan Buddha.



    Walaupun reclining Buddha bukanlah tempat tumpuan keagamaan tetapi ia merupakan simbol ketaatan agama. Sambutan tahunan untuk Buddha ini sekitar waktu Songkran, dalam bulan April.


    Bagaimana untuk ke Wat Pho?
    Cara mudah untuk ke Wat Pho ialah dengan menaiki BTS Skytrain hingga ke stesen Saphan Taksin dan ambil Exit 2. Dari sana naiki pula bot Chao Phraya River Express. Naik bot penumpang biasa tu baru 14 baht. Turun di Tha Thien pier kemudian berjalan je terus mengikut signboard, kalau tak pasti ringankan mulut bertanya. Di stesen Saphan Taksin ada Tourist Information Centre... tanya je kat depa.


    Tiket Masuk
    100 baht bagi pelancong asing.

    Nak berurut pun boleh... 250 baht untuk 30 minit, 400 baht untuk servis selama sejam tapi aku pun tak perasan tempat berurut tu sebab punyalah ramai pelawat. 


    Waktu Operasi
    8.00 pagi hingga 6.00 petang. Compound boleh dilawati hingga 10 malam.


    Do's and don't
    1. Kasut tidak boleh dipakai di dalam wat. Mereka akan bekalkan kita dengan beg plastik untuk menyimpan kasut.

    2. Sleveless, berseluar/skirt pendek atas lutut tidak dibenarkan. Nak masuk rumah ibadah orang pepandailah bawa diri. 

    3. Kalau ada sami (monk) tundukkan kepala sedikit dengan tangan dirapatkan ke dada tanda hormat.(faham kot bagaimana?) 

    4. JANGAN pegang monk. 

    5. Nak wefie dengan monk? Aku tak pastilah boleh ke tidak tapi tak pernah nampak pun sesiapa buat begitu. Jangan ko memandai hahah..






    Google+ Followers

    Followers

    Ping Blog

    Blogged.my

    Blogged.my

    blogr.my

    Auto Ping

    Ping your blog, website, or RSS feed for Free