Kemeriahan Eidul Fitri di Malaysia



Kemeriahan Eidul Fitri di Malaysia | Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Allah kurniakan Eidul Fitri di 1 Syawal tanda kemenangan melawan hawa nafsu. Hari raya hari untuk bermaafan dan berziarah mengeratkan silaturrahim. Tahun ini 1 Syawal 1437H bersamaan dengan pada 6 Julai 2016.


Di Malaysia sambutan hari raya Eidul Fitri lebih meriah berbanding Eidul Adha malah bulan Ramadhan itu sendiri sangat hebat sambutannya dengan para jemaah yang bersolat terawih di masjid dan surau. Yang jarang-jarang ke masjid pun boleh muncul di bulan Ramadhan untuk sama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini. Rata-rata masjid dan surau di bandar lebh meriah daripada di kampung akibat penghijrahan. Malah ramai yang solat terawih di lain-lain masjid setiap malam untuk merasai pengalaman berbeza. Lain masjid lain imamnya maka lain pula skill pembacaannya. Ada imam yang sangat lunak suaranya.


Bagaimana dengan sambutan Eidul Fitri di Malaysia?

Kebanyakan umat Islam akan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama ibu bapa dan keluarga. Lebih seronok meraikan Syawal di rumah tempat kita membesar bersama adik-beradik. Biar tidur atas toto sampai sakit belakang yang penting balik kampung :-)) Masa inilah juga orang bandar - mak ayah atuk nenek semuanya di bandar Kuala Lumpur - berasa sangat lega kerana mereka boleh bergerak kemana-mana tanpa jamm! Boleh main badminton ooi atas jalan raya! Yang tak best nya kat kampung line internet takde. 

Di hari terakhir Ramadhan tiada lagi solat terawih tetapi bertakbir di masjid atau surau. Di sesetengah tempat laungan takbir dan bacaan doa dibuat dari rumah ke rumah para jemaah oleh jemaah lelaki sahaja. Seronok! Tetapi, program boleh berlanjutan sehingga pukul tiga pagi... pengsan! Kembung perut makan minum di setiap rumah.

Keesokannya selepas solat Subuh semua akan bersiap-siap ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Solat sunat Eidul Fitri agak lewat sedikit berbanding Eidul Adha kerana tiada upacara korban. Sebelum tu kita disunatkan untuk mandi sunat hari raya. Rugi tak buat sebab raya hanya dua kali setahun saja. Raya Cina tak kira eh. Disunatkan juga untuk kita sarapan pagi dahulu di rumah. Terkejut perut weh... dah sebulan perut kosong. Pesanan Rasulullah, elok jalan pergi dan balik masjid menggunakan laluan berbeza. Hikmahnya mungkin kita akan dapat bertembung dengan orang yang berlainan supaya dapat bersalaman memohon maaf atau bersilaturrahim. 

Digalakkan juga kita berpakaian baru, tak semestinya yang baru dibeli... yang baru dibasuh pun okay. Hari kemenangan mestilah nak nampak hebat dan wangi kan? Pada aku lah kan, walau bagaimana terkini pun pakaian lelaki, baju Melayu siap bersampin dan songkok juga nampak handsome. Perempuan pakai apapun akan dikatakan berfesyen tetapi lelaki jangan macam macam.




Lepas solat nak buat apa? Selfieeee..... gittew hahah... Eh, bermaafanlah dulu sesama keluarga kalau tak sempat sebelum ke masjid. Yang paling seronok tentulah kanak-kanak yang bakal mendapat duit raya melalui 'salam kaut'. 

Budaya berkunjung ke rumah saudara-mara masih lagi diamalkan walaupun sering berhubungan melalui media sosial dan telefon. Masa ni lah berpeluang bertanya khabar dan bersembang kisah lama. Kekadang lama sangat berborak sampai anak-anak naik bosan. Di zaman remaja aku dulu aku ikut je kemana mak abah aku bawa dan tak pernah merasa bosan sebab aku suka membaca. Masa tu lah berpeluang membaca majalah gosip sampah di rumah orang hehehe... tapi ada satu rumah yang kami pergi tu kan memang membosankan sebab tiada bahan bacaan lansung. Yang ada cuma suratkhabar lama di meja kopi. Apa nak buat? Baca je lah berita dua minggu lepas hahahha... takkan nak mengadap orang tua bersembang pula. Buntang lak mato abah den kang.

Penyokong JDT pun ada.

Malam raya pula meriah dengan dentuman mercun. Walaupun takut dan selalu terkejut tapi aku suka jugalah. Takdelah sunyi sepi. Aku suka je tengok anak-anak dan adik main mercun tapi aku sendiri nak bakar mercun padi pun takut.


Hidangan istimewa hari raya.

Lain negeri lain menu istimewa di hari raya. Ada yang menyediakan lemang, rendang, nasi impit, laksa Johor, soto dan sebagainya sebagai menu utama selain kuih-muih seperti tart nanas, batang buruk, rempeyek... Datuk Hattan kata dia suka kuih tart yang dibuat isteri Man Kidal (tetiba nak petik nama dia hahah...)

Proses membakar lemang.

Task aku kali ini merendang daging.

Di Negeri Sembilan rendang ayam pencen, rendang daging, lemang dan ketupat itu menu wajib. Kalau bernasib baik dapatlah merasa rendang itik salai dan rendang pucuk ubi.   Dedulu wajib juga ada dodol (penganan), wajik dan kesirat. Kudrat orang sekarang yang cukup makan dah tak mampu nak mengacau dodol lagi. tak dayo. Orang dedulu makan tak cukup tapi berurat dawai bertulang besi. Tapikan, aku rasa punca utama orang tak buat dodol lagi kerana kurang permintaan. Di zaman susah dahulu dodol, wajik dan kesirat tu disimpan lama dan dijadikan kudapan di waktu senggang. Kandungan gula yang tinggi memberi tenaga untuk berkebun dan bersawah. Sekarang kalau lapar telefon jer Mekdi dan Keepci. Makanan melimpah-ruah sehingga dibuang. Lagipun orang sekarang lebih terdidik dengan kempen pengurangan gula dalam makanan dan minuman.


Hari raya kami yang sederhana.

Tahun ni kami sekeluarga tak beraya di Kedah. Terasa sedikit kekurangan sebab tak pernah lagi tak balik beraya di sana sejak berkahwin tetapi bila abang ipar dan kengkawan yang terpaksa menempuh kesesakan lalu-lintas sehingga 10-12 jam, rasa lega dan terselamat pula heheh... perjalanan yang sepatutnya hanya enam jam dar KL menjadi 10 jam fuhhh...!! Nak kencing pun susah, RnR tak boleh masuk. Anak aku yang nak balik ke asrama pun terkena. Dahlah tiket bas pagi kehabisan, bas yang sepatutnya bertolak jam 3.30 petang 7.30 baru sampai di Terminal Bersepadu Selatan. 1.30 pagi baru sampai Grik. Ya Allah kesiannya... bimbang di hati tu jangan cakaplah. Kesian juga adik ipar dan biras yang tolong jemput dia pukul 2.30 pagi di stesen bas Baling. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

Kami beraya di Kuala Pilah aje. Semua orang ada peranan memasing dalam persiapan hari raya. Abah dan adik lelaki aku dah siap siang daging lembu dan ayam, aku masak rendang daging, adik ipar masak rendang ayam, mak masak lemang, adik perempuan kemas rumah, adik lelaki seorang lagi kemaskan luar rumah. Tahun ini first time aku masak rendang daging dari mula hingga tamat. Lambat betullah daging nak empuk... dahlah kena masak guna dapur kayu. Orang lain dah terlentang depan tv aku masih kena 'perasap' lagi di dapur luar. Mujur hari tak panas terik. Eh nak bagi tau, sejak tahun lepas aku dah pandai mesin kelapa tau hehheh... dah tua bangka baru pandai. Dedulu mak aku tak bagi buat, takut cedera kot, nanti value hantaran jatuh kuangkuangkuang... yang belum pandai (tak nak belajar pun) kopek kelapa. Pernah husband aku kata, "kelapa kan ada buat apa nak beli, kopek je lah". Aku jawab, "nak makan hari ni ke esok?" kahkahkah... 

Pakaian raya pun beli yang biasa-biasa saja. Tak kuasa nak berfesyen dengan berat badan sekarang. Bukannya akan jadi secantik Che Ta pun. Pakaian anak-anak adik-adik aku dan mak abah banyak sponsor. Dah ramai itu saja anak saudaranya sakanlah diorang. Ada yang dapat sampai empat helai t-shirt, ada yang enam! Dua kali mengulang Sogo. Paling untung mestilah si bungsu... dah raya kelima baru habis pakai pakaian baru. Baju Melayu seorang saja dapat yang baru sebab dia obes, baju tahun lepas dah tak muat :D . Seluar ayah saiz 34, seluar dia saiz 32, baru 11 tahun.

Tiada rantai emas baru atau perabot baru di rumah kami. Yang bertukar baru cuma day curtain saja. Itupun dapat kat rumah lelong yang aku beli tahun lepas hahaha...giler jimat. Tak baik membazir kan? Kak Mah dah pesan gitu.

Uwan yang uzur. Tercabar aku tengok dia pakai tudung ni dalam whatapps hehe... makcik akulah punya keje ni.


Tahun ni kuih raya semua buat sendiri. Lapan jenis beb! hahah... sampai terbaring menunggu biskut masak. Aku buat tart nanas, kuih siput 2 kali, coklat chip 2 kali, popia nestum 2 kali, popia nestum coklat, samperit, conflakes madu dan biskut florentine. Letih tapi puas hati. Biskut popia nestum yang pertama dan cornflakes madu sebelum raya dah habis. Anak ramai begitulah. Kali ni ikutkan selera bebudak, kalau syok sendiri nanti aku juga yang kena habiskan.

Collection duit raya anak-anak aku tahun ni agak berkurangan. Uwan aku yang sejak dulu tak pernah bagi kurang daripada RM5 kepada semua cucu-cicit pun dah reduce kepada RM3. Kemelesetan ekonomi katanya hahaha... Ambil kesempatan uwan den. Seronok anak-anak dapat duit raya. Aku selalu pesan kalau orang bagi ambil dan ucapkan terima kasih tetapi JANGAN sesekali minta. Apalah makna raya tanpa kehadiran dan kegembiraan kanak-kanak kan?

Seronok berhari raya di Malaysia, makanan tak terkata banyaknya. Bagaimana dengan hari raya anda?


**Aku kurang berminat menghadiri open house kecuali yang diadakan secara small scale dalam 20 orang gitu. To me open house ni takde personal touch.

**Tak perlulah kita rasa jealous dan sakit hati bila ada orang kata baju raya dia 30 pasang. Kita 'tarbiah' dia macam-macam di media sosial. Sesuailah dengan pekerjaan dia kena selalu kelihatan cantik dan presentable... takkan bila kita buka TV1, TV2, TV3, Astro nak tengok sama jer baju dia dari pagi hingga ke malam?













Post a Comment

0 Comments