Bawalah Anak-Anak Ke Masjid



Bawalah Anak-Anak Ke Masjid | Isu larangan kanak-kanak bersolat di ruangan utama masjid sering berulang-ulang. Lazimnya ia berlaku di bulan Ramadhan di masjid atau surau yang dikuasai 'orang lama' yang... maaf cakap, sesetengahnya kurang ilmu.


Namun begitu di kawasan yang penduduknya lebih berpendidikan dan berfikiran terbuka mereka membenarkan malah menggalakkan anak-anak dibawa bersama. Sebahagian mereka pernah menuntut dan bekerja di luar negara yang mana non-muslim pun dibenarkan masuk ke masjid malah dibuat hari terbuka. 

Antara masjid yang baik ialah Masjid Bandar Utama mengajak ibu bapa membawa anak-anak kecil dan bersolat bersebelahan agar mereka tahu adab berada di masjid. Tahniah kepada AJK masjid! Begitu juga di Masjid Bandar Baru Bangi. Masjid Bukit Antarabangsa ada ruang mainan untuk kanak-kanak.

Golongan yang melarang ini pernah tak nampak 'tanda larangan' di Masjidil Haram? Tak pernah aku dengar orang bercerita. Yang aku tahu ada antara jemaah yang membawa anak-anak sekecil setahun bersolat di sana. Yang besar sikit lagilah ramai. Apakah yang mereka perhatikan dan pelajari ketika mengerjakan umrah dan haji?

Jika kita melarang kanak-kanak ini ke masjid di waktu mereka sangat berminat, rasa-rasanya adakah mereka mahu ke masjid ketika minat itu telah hilang? Dipaksa pun mereka takkan pergi. Aku tak ingat hadis mana tetapi Rasulullah saw ada bersabda lebih kurang maksudnya begini, "...masjid lebih indah dengan orang muda di dalamnya". Ingat tak kisah Hasan dan Husin yang naik ke belakang Nabi ketika baginda sujud? Nabi Muhammad saw bangun setelah cucu-cucunya itu beredar.

Sultan Muhammad Al Fateh pun pernah memberi amaran tentang larangan yang dibuat-buat ini. Jika diteruskan akhirnya masjid menjadi tempat untuk golongan yang menunggu masa berpindah ke alam lain. Masjid akan lengang dan tiada seri.

Begitu juga dengan orang yang mempertikaikan cara ceramah Ustaz Azhar Idrus, banyak gelak katanya. UAI menjawab, kalau nak belajar yang berat-berat belajarlah dengan orang lain (walaupun beliau mampu). Tujuannya berceramah secara santai kerana mahu menarik golongan muda ke masjid. Perasan tak anak remaja pun berduyun-duyun ke masjid bila beliau berceramah? Yang aku nampak soalan-soalan dari jemaah itu sendiri yang kekadang melucukan dan buat orang gelak.


Di tempat aku ni alhamdulillah tiada larangan tersebut dan suara imam di masjid sini masyaallah merdunya!

**Aku pun pergi masjid sesekali jer..

Post a Comment

0 Comments