Teringin Berpoligami?

Tags
Teringin Berpoligami? Semasa viral posting tentang Hafiz Mahamad belanja girlfriend dia pusing bandar naik limousine, pergh... awek/isteri pakat tag pasangan memasing. Teringin juga katanya (maksudnya). Nasib baik husband aku takde facebook account, kalau tak aku pun terjebak sama hahaha... nak feeling princess gituh.

Peliknya, apabila lelaki lain pos tentang kebahagian dua rumahtangganya wahhh...response netizen lagi hebat, gegak gempita! Begitulah jadinya apabila cerita poligami yang halal dan harus dijadikan topik perbincangan. Panas sokmo.

Aku rileks je. Perkara dibenarkan agama buat apa nak bangkang kan? Jangan ikut emosi. Pasangan aku tak pernahlah bercakap hal ini tetapi ada juga kerabat lelaki yang suka provoke isteri memasing. Kekadang geram juga mendengarnya. Sekali tu aku cakap, "korang tau tak, kalau kami perempuan ni boleh berpoligami dah kena madu empat dah korang!" hahaha... Macamlah kita ni tak teringin lelaki sado dan kaya lagi beriman. Pakej tu. Selama ni kita redha je dengan perut boroi berkain pelikat siang malam, tak pernah komplen pun. Takde pula kita bandingkan dia dengan Aaron Aziz... eh tetiba.

Lelaki yang berhajat menambah 'cawangan' selalunya akan menggunakan alasan sunah nabi untuk berpoligami. Bagi priority lah, ada sunah yang lebih penting, ada perkara wajib yang perlu disempurnakan terlebih dahulu. 

Nabi bersolat sunat hingga bengkak kaki, kau ado? Bengkak kaki sebab gout, ada.
Nabi dalam peperangan pun solat berjemaah, kau ado?
Nabi berpuasa sunat sepanjang tahun kecuali hari-hari tertentu, kau ado?
Nabi sangat banyak bersedekah, kau ado?
Nabi berlemah-lembut dengan isterinya, kau ado?


Beginilah, jika kau suami...

1) nak bangun solat Subuh pun bersungkit, tak reti bangun sendiri, lupakan poligami.
2) solat Subuh pun bila dah menghampiri waktu Dhuha, lupakan poligami.
3) tak pernah mengajak anak isteri solat berjemaah, lupakan poligami.
4) mengajar anak isteri fardhu ain dan mengaji pun tak mampu, lupakan poligami.
5) rasa gaji kau cukup sedangkan bini dok top-up belanja dapur, duit belanja sekolah anak-anak, lupakan poligami.
6) tak berani memberitahu isteri pertama secara berdepan tentang niat murni ini, lupakan poligami.
7) nak tidur lena tanpa rasa 'anu' terancam dikerat isteri, lupakan poligami. Kitorang samseng weh sekarang ni.

Jika nak berpoligami juga lakukannya dengan betul. Berkahwin lebih di Perlis tak perlukan kebenaran isteri yang sulung (eh?). Jika berkahwin di Narathiwat, sila buat pengesahan di jabatan agama Islam Malaysia. Jangan memain, nanti anak ko diianggap tak sah taraf pula. Kesian dia. Korang berdua berperangai siamang anak-anak yang akan menanggung akibatnya (malu) sepanjang hayat. Itu belum masuk bab perwarisan harta benda lagi.

Bagi isteri kedua, ketiga atau keempat beringatlah sewaktu bahagia. DAFTARKAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA. Tanpa surat nikah yang sah, bila bercerai atau lelaki yang kau rebut sibuk menjawab soalan Nungkar dan Nangkir barulah kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Kalau si isteri ada duit berbilion takpelah.

Dari pembacaan dan pergaulan aku perasan isteri kedua selalu rasa insecure (tiada kena mengena dengan gambar di bawah ya). 

Takde ke wifey dan makwe yang tag pasangan memasing bila tengok gambar ni di fb?




Jadikan Aku Orang Yang Baik

Tags
Ya Allah,

Berikan aku mata yang melihat kebaikan dalam diri seseorang

Hati yang memaafkan kesilapan

Minda yang melupakan keburukan

Dan jiwa yang tidak hilang pedoman.

Amin.


Travel With Your Loved One

Tags

Travel With Your Loved One | Mengembaralah dengan orang yang anda sayangi. Siapa yang tak nak kan... terutama pasangan kita. Ada masa kita travel seisi keluarga, ada masanya kita usahakan untuk berdua sahaja. Hubungan perlu dijaga dan dibaja, don't take things for granted. Kita berurusan dengan hati manusia bukannya robot yang tiada rasa.



Kami sudah lama tak buat trip together gether disebabkan ada anak-anak yang bersekolah. Takkan nak dipontengkan macam dedulu kan? Yang bersekolah menengah lagilah tak boleh dipontengkan. Ada anak yang perlu dihantar ke sekolah, yang perlu dijemput pulang itu pasti. Itu belum lagi ulang-alik menghantar ke football training, swimming dan mengaji. Penat oi. Susah mencari pengganti sementara yang sanggup buat. Mak aku yang membantu semasa berpantang dulu pun mengeluh penat keluar masuk kereta. Hah baru dia tahu zaman dah bertukar heheh..

Tahun ini trip berduaan ke Krabi dan Bandung dibatalkan. Hangus duit den... mujur Air Asia rescheduled flight ke Bandung so aku ada pilihan untuk membatalkan perjalanan dan boleh dapat full refund. Hangus kat hotel room sahajalah. Sebelum ini sibuk bertanya bila nak bawa dia ke Bandung? Macam-macam aku plan... nak ke Kawah Putih, enjoy Saung Angklung la, nak menziarahi ex-director Boscha Observation la... nak ke floating market la... sudahnya tak menjadi disebabkan ada hal yang lebih penting. Kalau pergi tetapi hati tak tenang pun tak guna juga.

Yang Krabi tu si dia je tak jadi pergi, aku bergerak dari Hatyai sebab 4x4 Roadtrip tu tamat di sana yang kebetulan sehari sebelum our actual plan ke Krabi. Jadi dedua tiket KUL-Krabi hanguslah. Si dia tak jadi pergi dan aku pula naik bas ke Krabi.

Cuma kami dapat terbang bersama ke Pulau Pinang menghadiri majlis perkahwinan keluarga. Sempatlah melawat tempat-tempat menarik di Balik Pulau. Eh dah baca ke?

Kalau dah bukan rezeki untuk travel bersama, kita plan macam mana hebat pun tak jadi juga. Mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk kami. Just pray for it, betul tak?



**Dulu kalau orang bertanya kat orang rumah, eh anak hang tak sekolah ke? My partner akan jawab gini, mak dia guru besar... hahahah hawau!

IJM Land Half Marathon 2016 | Challenge Trophy Untuk Pelari Terpantas

Tags

IJM Land Half Marathon 2016 | Challenge Trophy Untuk Pelari Terpantas | Inilah larian yang ditunggu-tunggu setiap tahun untuk beraktiviti sihat bersama teman dan keluarga. Sudah tiba masanya untuk menyarung kembali kasut sukan untuk acara larian tahunan terbesar di Seremban ini sambil cuci mata menikmati kawasan perumahan yang cantik dan tersusun di Seremban.


Bermula dengan 1500 peserta dengan jarak larian 5 km dan 7 km pada 2012, tahun ini ditambah jaraknya menjadi 21km bagi kategori lelaki dan wanita 18 tahun ke atas dan juga remaja 12-17 tahun selain 10km Fun Run untuk lelaki dan wanita (terjelir lidah hahha...). 6,000 peserta telah mendaftar untuk larian ini dimana 700 daripadanya akan berlari sejauh 21km. Hangat betul sambutannya.

Empat dari kiri Bryan Wong, CEO BMW Millennium Welt Seremban, Hoo Kim See, Senior General Manager IJM Land dan Kasey Wong, Country Manager Sworke Malaysia.


Istimewanya bermula tahun ini IJM Land Half Marathon 2016 Challenge Trophy akan dianugerahkan kepada peserta yang menjadi juara dalam kategori memasing selama TIGA tahun berturut-turut. Selain daripada itu setiap peserta juga akan menerima sijil penyertaan dan Finisher Medal bagi yang menamatkan larian mereka. Yang berlari acah acah jer sambil selfie tak dapat eh.

Selain BMW Millennium Welt Seremban, Sworke Malaysia juga menjadi penaja platinum. Sworke akan menaja 60 pasang Sworke Optimus (2 bingkai dengan lens Revo) untuk 10 peserta pertama yang menamatkan larian dalam setiap kategori dan 10 pasang Sworke Primus dengan polarized lenses untuk pemenng cabutan bertuah. Haa... anda yang berada di sana sebagai peserta atau sesaja datang memeriahkan suasana jangan cepat benar balik, rugi worrr.. SGD140 tu weh. Manakala goodie bag yang ditaja oleh BMW Millennium Welt Seremban akan diberikankan setelah tamatnya larian. Tak tamat tak dapat eh so PUSH YOUR LIMIT!

Nak tahu tak, di Malaysia ni pelari yang boleh menamatkan larian marathon sejauh 42.2km dalam masa purata 3 jam - 4 jam dikira hebat manakala yang boleh tamat dalam masa 2 jam 45 minit hingga 3 jam 15 minit dikira pelari elit. Jadi untuk IJM Land Half Marathon 2016  tempohnya separuh dari itulah kot. Sama-samalah kita tunggu.

Para pengunjung boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan badan, konsultansi perubatan tradisional Cina dan pemeriksaan tulang belakang dan postur badan secara PERCUMA. Majlis yang bakal diadakan seperti karnival ini nanti akan bertambah menarik dengan pengagihan pop corn, cotton candy, belon dan bermacam lagi secara percuma dengan tajaan BMW Millennium Welt Seremban, Sworke, TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, McDonald's dan Spine & Joint.

Hasil kutipan daripada penajaan dan derma akan disalurkan kepada:
1) Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan
2) Persatuan Penyakit Lisosom Malaysia (MLDA)

Untuk maklumat lanjut mengenai IJM Land Half Marathon 2016 , sila lawati www.ijmlandrun.com .


Hari/Tarikh: Ahad / 14 Ogos 2016
Masa: 6 pagi hingga 11 pagi
Tempat: Dataran Centrio, Seremban 2.
(Di hadapan Mydin Seremban 2. Kalau dah baca Tempat Riadah Popular di Seremban sure tahu di mana.)


*** Tahukah anda bahawa larian sejauh 42.195km baru dipanggil marathon?

Hogoh Pahang! Jom Lihat Apa Yang Menarik Di Pahang!

Hogoh Pahang! Jom Lihat Apa Yang Menarik Di Pahang! | Tahun 2017 bakal menyaksikan aktiviti pelancongan lebih aktif di Malaysia. Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk menarik pelancong dalam dan luar negara melawat dan berbelanja di negara ini.


Selain Terengganu dan Perak, negeri Pahang juga melancarkan "Tahun Melawat Pahang 2017" untuk memperkenalkan negeri itu ke mata dunia dengan slogan "Hogoh Pahang!". Sebagai negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia sudah tentunya Pahang memiliki begitu banyak tarikan untuk diterokai. Pahang terkenal dengan gunung-ganang, hutan hujan dan Pulau Tioman yang cantik serta jernih airnya dan kaya dengan karang laut. Genting Highland, Cameron Highland, Frazer Hills, Janda Baik, Tasik Chini, Pulau Tioman... kesemuanya berada di Pahang. Negeri yang satu ini terlalu besar dan masih kaya dengan flora dan fauna walaupun usaha merosakkannya oleh tangan-tangan rakus masih berterusan.

Pahang tidak memerlukan bangunan pencakar langit dengan senibina unik untuk menarik pelancong, cukup dengan sumber alam semulajadi yang begitu banyak di sana. Yang penting pelihara dan promosikan secara konsisten.


Beberapa Lokasi Pelancongan Menarik Yang Mesti Dilawati Di Pahang

1) Masjid Sultan Ahmad I, Kuantan. (Masjid Negeri)

Masjid Sultan Ahmad I terletak di Bandar Kuantan. Nama masjid ini bersempena dengan nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890. Ia telah dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi, Sultan Pahang sekarang.

Reka bentuk masjid ini berdasarkan seni bina zaman Uthmaniah. Empat kubah separuh bulat diletakkan pada empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas ruang utama solat. Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid Negeri ini. Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini.

Empat menara masjid diperbuat daripada marmar khas yang berkilauan menaikkan seri masjid ini jika terkena limpahan cahaya lampu. Adunan warna putih yang terpapar daripada kilauan keempat-empat menara kubah tersebut dengan sinaran lampu kekuningan di bahagian hadapan masjid ini menambahkan lagi keanggunan Masjid Sultan Ahmad Shah.

Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan. Sumber di sini.

2) Genting Highland

Pelancong mana yang tak tahu tentang Genting Highland? Ingat tak tour guide aku di Angkor Wat dulu tu? Beriyalah dia sebut island.. island... rupanya Genting Highland heheh...

Genting Highland ialah kawasan peranginan tanah tinggi yang terletak di Banjaran Titiwangsa kira-kira satu jam setengah dari Kuala Lumpur. Pembinaannya bermula dari tahun 1960an lagi oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Aku ada review buku beliau di sini. Kisah orang hebat yang sangat menginspirasikan.

Ia sebuah kompleks peranginan yang meliputi hotel, pusat membeli-belah, restoran, taman tema dan kasino. Kasino sangat sinonim dengan Genting Highland. Biasanya inbound tour package pasti akan melibatkan Genting Highland sekali.

Selepas bertahun-tahun kini taman temanya direnovasi untuk memberikan lebih keseronokan kepada pengunjung sesuai dengan temanya sebagai "Kota Keriangan". Roller coaster pun ada... sejak naik di GH ni dululah yang aku taubat takkan naik lagi hahaha... pucat lesi muka aku ooiii... hinggalah aku naik kembali di Legoland hari tu. Itupun roller coaster untuk bebudak hahaha...

Jika tidak mahu bermalam boleh sahaja membuat day trip ke sana. Ada beberapa syarikat bas yang memberikan perkhidmatan ke GH dari beberapa tempat selain Kuala Lumpur. Jika teringin menaiki cable car boleh menaiki Genting Skyway dari Goh Tong Jaya. Sayangnya suhu di GH tidaklah sesejuk tahun 1980an 90an dahulu. Sampai sekarang aku teringat gambar anak DO Parit dengan trench coat di GH :-))

Strawberry garden juga ada di sana.

Genting Highlands - Pahang Tourist Attractions


3) Cameron Highland
Cameron Highland saiznya lebih kurang sebesar Singapura tetapi di pergunungan. Ia bersempadan dengan Kelantan di utara dan Perak di baratnya.

Cameron Highland 'menjual' suasana. Oleh itu adalah lebih bagus anda bermalam di sini berbanding membuat lawatan sehari sahaja. Bayangkan bangun tidur dengan udara bersih, pemandangan hijau ladang teh, bunga ros, sayuran dan strawberi. Pejam mata dan bayangkan.

Buatlah lawatan ke ladang teh Bharat Tea atau Boh Tea Centre. Hendak melihat cara pemprosesan teh pun boleh. Duduk santai sambil minum teh di pergunungan merupakan aktiviti yang ramai orang ingin lakukan. Amazing view!!

Boh Tea Centre - Gunung Brinchang Road.

Sumber di sini.

4) Cameron Highlands Golf Course (antara Tanah Rata and Brinchang).

Untuk geng 'menebas', padang golf 18 lubang yang indah ini agak mencabar juga.


5) Mossy Forest, Cameron Highland

Sumber di sini.

Sumber di sini.

"Mossy forest" ialah keadaan alam semulajadi yang hanya berlaku di kawasan tanah tinggi. Hutan tanah tinggi ini mampu memerangkap lembapan daripada awan yang dibawa angin menjadikannya sesuai untuk pembiakan tumbuhan tertentu seperti moss, ferns, lichen, liverworts  dan orkid liar. Keadaan pokok yang rendang dan suasana lembap ini juga disukai oleh serangga, ular, katak dan mamalia yang sukakan kawasan sejuk. Penduduk tempatan menyamakannya seperti dalam cerita Harry Potter dan Lord of the Rings. Extremely beautiful!

Kita boleh mengembara di dalam hutan ini menggunakan boardwalk yang jaraknya 2km dari puncak Gunung Brinchang. Jalan untuk ke mossy forest ni mengambil masa 30 minit jugalah dengan pemandangan ladang teh yang saujana mata memandang. Jalannya sama sahaja dengan ladang teh Boh Sungai Palas cuma ianya lebih ke atas. Kalau sayang kereta ikut je tour, naik kenderaan 4x4,  tapi ada je Myvi sampai ke atas tu. Jangan kata kereta Malaysia tak mampu pula.

Paling seronok (dan meletihkan juga) hiking ke atas nun dengan kengkawan. Pegi dengan kengkawanlah best. Kalau bawa anak kecil karang baru beberapa tapak "kita penatlah, kita penatlah".. matilanakkk kena dukung ko pulak. 


6) Time Tunnel Museum (di Kok Lim Strawberry Farm)

Selain keindahan alam dan ladang pertanian di Cameron Highland, muzium memorabilia yang pertama di Malaysia, Time Tunnel Museum juga menjadi 'a must see' ketika berada di sana.

Muzium ini menghimpunkan objek yang digunakan selepas penjajahan Jepun, keratan akhbar serta gambar-gambar lama Cameron Highland dan Malaysia puluhan tahun dahulu. Mengimbau kenangan. Bagus bawa anak-anak yang membesar di zaman gajet di tangan ni.

Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang
Harga Tiket : RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak
Telefon : +60 16 3288 438, +60 13 5247 120


7) Agro Technology Park di MARDI, Tanah Rata, Cameron Highland

Jika anda ingin melihat ladang yang non-commercialized inilah tempatnya. Ia merupakan sebuah pusat kajian yang terletak bersebelahan Hospital Cameron Highland. Banyak spesis bunga ditanam d sini seperti kekwa, dahlia, ros, orkid dan juga herba yang banyak digunakan dalam masakan. Boleh juga membeli bunga di sini jika kena musimnya.


8) Fraser's Hill

Fraser's Hill dinamakan sedemikian sempena nama seorang pengembara Inggeris, Louis James Fraser yang menjumpai dan memajukan kawasan tanah tinggi tersebut. Terletak 105km dari Kuala Lumpur, ia berada di atas tujuh buah bukit bersempadan antara Pahang-Selangor yang kelihatannya seperti bandar kuno Rome.

Suhu di sini sejuk sepanjang tahun dengan purata 18-20C. Ia menjadi weekend gateaway dari hiruk pikuk kota kosmopolitan Kuala Lumpur. Team building dan birding activities popular di sini. Owh banyaknya aktiviti yang boleh dibuat di Fraser's Hill...nak memanah ke.. berkayak, ada air terjun, jungle trekking, bermain golf, berkelah, hiking, berbasikal, abseiling, menunggang kuda...huiii banyak!


9) Bukit Gambang Resort City
Ini biasalah, theme park. Nak tahu? Sila klik pautan ini.


10) Pantai Cherating 

Cherating merupakan perkampungan yang nampak 'agak sunyi' di permukaan tetapi mempunyai tarikan tersendiri. Ia menjadi 'surfers' paradise' kepada yang suka membelah ombak jadi jangan terkejutlah dengan kehadiran mad sailor (orang putih) yang ramai di sana.

Cherating terkenal dengan Club Med yang pertama di Asia. Satu suasana kemewahan dalam kampung yang tenang dan penduduk yang ramah serta terbuka dengan kehadiran pelancong asing. Hutan paya bakaunya juga cantik, aku pernah blogkan dulu tentang di sini:

Mangrove River Cruise

Non-syncronized Kelip Kelip


11) Cherating Turtle Sanctuary

Jika nak tahu tentang pembiakan penyu bolehlah ke sini. Sangat bagus, very educational. Sudah kuceitakan di sini dulu. Kalau nak melihat penyu menetas elok pergi antara April hingga Ogos ataupun tanyakan dulu kepada Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Cherating.



Banyak lagi gambar penyu di sini.


12) Taman Negara Pahang

Selepas banjir besar melanda dua tahun lepas kot, Taman Negara Pahang juga terjejas teruk. Namun begitu hutan hujan berusia 130 tahun ini masih berbaloi untuk dilawati. Kuala Tahan menjadi pintu masuk utama untuk ke jambatan gantung, menyelusur sungai dan trek mendaki Gunung Tahan. 

Apa yang boleh dibuat di sini? Boleh jungle trekking, ada canopy walkway setinggi 45 meter yang terpanjang di dunia, pokok-pokok besar berusia ratusan tahun, beburung, melawat perkampungan orang asli... Jika bernasib baik dapatlah melihat bunga rafflesia.

Kalau nak jalan sendiri di Bukit Terasek tu boleh jer unless if you want to go deep into the jungle kenalah hire tour guide. Karang sesat jenuh cari. Kalau jumpa takpe tetapi kalau tak jumpa? Jadi Mowgli lah korang hahah... Jika berhajat nak mandi dan selfie tanpa photo bomb di Lubok Simpon datang pepagi. Boleh berendam sampai kecut.

Jangan berprangsangka bahawa untuk ke Taman Negara ini hanya boleh dengan tour package sahaja, DIY pun boleh. Kos paling tinggi melibatkan perjalanan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Tembeling dan boat ride sahaja. Jangan juga tak tahu ada guest house di sana lengkap wi fi tau (dah korang nak bagi latest update kat followers khennn...). Time balik boleh santai santai je naik bas ke Jerantut sebelum naik bas lain ke Kuala Lumpur. Yukenduit!


13) Air Terjun Chamang, Bentong

Air Terjun Chamang berada dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Tinggi di daerah Bentong. #DekatJe dari Kuala Lumpur. Jarak dari Jalan Tras yang terletak dalam laluan Lebuhraya Gua Musang menuju ke air terjun ini ialah sekitar 8km.

Air Terjun Chamang merupakan sebuah pusat rekreasi dengan jumlah pengunjung tertinggi bagi negeri Pahang. Cantiknya air terjun ni...kawasannnya yang luas membolehkan ramai pengunjung berkelah dan mandi-manda serentak. Terasa rasa air tu terhempas di  badan. Air Terjun Chamang dan semua kawasan rekreasi di sini akan ditutup kepada pengunjung ketika musim tengkujuh untuk mengelakkan tragedi kepala air yang berbahaya.

Tengoklah gambar air terjun ni... teruja nak pergi.


Sumber di sini.

14) Tasik Chini

Tasik Chini yang berkeluasan 12,565 ekar ialah tasik air tawar yang kedua terbesar di Malaysia. Ia adalah gabungan 12 tasik yang mengalirkan airnya ke Sungai Pahang melalui Sungai Chini.

Tasik Chini berstatus UNESCO Biosphere Reserve selain Banjaran Crocker di Borneo. Sungai Chini diempang untuk mengekalkan paras air di musim kemarau malangnya ia juga mengganggu sistem ekologi di sana dimana banyak pokok mati akibat paras air yang tinggi.

Tasik ini dihuni oleh orang asli dari suku kaum Jakun. Hutan di sini kaya dengan 138 spesis bunga-bungaan, 300 kehidupan bukan akuatik dan 144 spesis ikan air tawar. Ada berapa puluh ribu ikan agaknya dalam tasik tu? Kalau memancing seekor pun tak sangkut tak dapeklah nak nolong. Takde rezekilah tu.

Waktu paling menarik untuk ke sini ialah diantara bulan June hingga September kerana tetiba je transform menjadi taman terapung dengan berkembangnya bunga teratai putih dan merah jambu. Menarik ni weh. Nak tengok tulip di Shanghai pun sanggup menunggu kan?


15) Pulau Tioman

Terletak di Laut China Selatan 56 km dari pantai timur semnanjung Malaysia, sebuah pulau yang dilitupi hutan hujan dengan pantai panjang memutih, Pulau Tioman seperti dikatakan digambarkan ibarat syurga oleh penggemar sun, sand and sea. Airnya yang suam lagi jernih menjadi tempat pembiakan terumbu karang yang cantik.

Digelar sebagai salah satu daripada 10 pulau yang tercantik di dunia, Pulau Tioman menawarkan keindahan alam dengan penginapan pelbagai jenis untuk pelbagai peringkat pelancong. Ia boleh dikunjungi dengan jalan air atau udara. 

Sumber di sini.

Sewaktu musim monsun dari bulan Oktober hingga Februari ada resort yang ditutup kepada pengunjung. Tak semua ya. Time cuti raya Cina penuhlah semula tu.


16) Gunung Tahan

Gunung Tahan setinggi 2,187 meter merupakan gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia.

Kaki hiking dan climbing meh la panjat Gunung Tahan ni. Pihak taman negara dah bagi amaran kalau sanggup turun naik gunung, menyeberangi sungai, berjalan jauh (ingat tu ada beg berat di belakang) dan berkhemah boleh cuba memanjat kerana gunung ini antara gunung yang mencabar untuk didaki. You have to be mentally and physically fit.


17) Santuari Gajah di Kuala Gandah

Santuari gajah di Kuala Gandah ini menempatkan gajah-gajah yang cedera atau tidak diingini lagi oleh pemiliknya kerana tidak lagi mampu 'bertugas'. Keadaan di sini lebih baik kerana gajah-gajah tersebut mendapat perhatian yang sewajanya daripada penjaga dan lebih hampir dengan habitat asal.

Di santuari yang hanya mengharapkan derma daripada orang ramai ini, kita diberi peluang untuk memberi makan mamalia terbesar itu dan dapat juga memandikan anak gajah di sungai. Juga, terdapat pertunjukan dimana sejarah gajah yang diselamatkan ini diperdengarkan.


18) Muzium Sungai Lembing

Sungai Lembing pada 1920 - 1950an merupakan kawasan galian bijih timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia, menjadikannya bandar terkaya dengan pengeluaran bijih timah di negeri Pahang. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang panjang dan dalam sehingga 1,400 ke 2,000 kaki sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong bijih timah lain di Asia Tenggara. Ia ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.

Muzium Sungai Lembing mula menerima pengunjung pada tahun 2001. Lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan pasti mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia dan Pahang khususnya . Antara yang menarik ialah diorama dalam lombong bawah tanah dengan cahaya suram, suasana jijik dan kotor serta rel dan gerabak keretapi yang digunakan dalam lohong bawah tanah.

Muzium ini berada 200 meter di atas bukit. Lawatan akan dimulakan dengan menaiki "keretapi lombong" menuju ke dalam terowong yang 80 meter saja panjangnya. Jadilah kan, dapat juga merasa. Bahan pameran kesemuanya berkaitan dengan aktiviti perlombongan di zaman kegemilangannya.

Di muzium ini (terowong) ada satu tempat yang dinamakan Lubang Sejuta Ringgit. Kenalah pergi ke sana kalau nak tahu kenapa digelar sedemikian.



Muzium Sungai Lembing
Jalan Muzium
26200 Sungai Lembing
Pahang, Malaysia
Telefon: +60 9-541 2378


19) Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing

Dinamakan "pelangi" disebabkan pelangi yang cantik dan selalu ada di sana..

Perjalanan dari bandar ke hiking trail mengambil masa kira-kira sejam. Hiking pula 45 minit lagi. Jika hendak melihat pelangi tanpa gangguan silalah naik ke air terjun tu awal pagi ya. Seloknya pakai kasut "Adidas kampung" kerana getahnya bagus. Dia grip mantap punya semasa memanjat dan menyusur sungai.

Sebenarnya jika tanpa pelangi sekalipun pemandangan d atas tu sangat cantik dan menenangkan.


20) Makan makan?

Jangan tak cuba sambal bilis belimbing, gulai tempoyak ikan patin, gulai keladi, pais ikan, seafood di Tanjung Lumpur dan lain-lain. Gulai ikan patin tu check harganya dulu sebelum makan tau... tergadai gelang emas nanti.


Banyaknya tempat menarik di Pahang ni kan? Baru sebahagian je ni. Jika perlukan maklumat lanjut jangan malu jangan segan sila telefon pejabat di bawah ini:

Tourism Pahang
Bangunan JKR 300, Jalan Masjid
25000 Kuantan
Pahang
Tel : +609 5171623/24
Faks: +609 5171626
Emel: pahangtourism2015@gmail.com
pkbf2006@yahoo.com
www.pahangtourism.org.my
www.pkbf.gov.my

Tourism Information Centre
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Pahang
Tel : +609 5161007
Faks: +609 5158414

Tourism Malaysia Pahang
Lot G-01, Bangunan Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Pahang
Tel : +609 5177111
Faks: +609 5177114
Emel: mtpb.pahang@tourism.gov.my








Konsert "Let It Be" Yang Mengimbau Kegemilangan The Beatles

Tags

Konsert "Let It Be" Yang Mengimbau Kegemilangan The Beatles | The Beatles ialah sebuah band rock Inggeris yang bermula di Liverpool pada 1960. Kumpulan ini dikenali di seluruh dunia sebagai "yang paling terkenal dan berpengaruh dalam arena rock".


Dianggotai oleh John Lennon, Paul McCartney, George Harrison and Ringo Starr, mereka memulakan karier dengan rentak skifflebeat, 1960an dengan rock and roll, Beatles kemudiannya bereksperimen dengan beberapa stail muzik dari pop ballads dan muzik India kepada psychedelia dan hard rock. Selalu juga memasukkan elemen muzik klasik dengan cara yang inovatif. John Lennon menjadi penyanyi utama dalam tahun 1960-1969 sebelum diambilalih Paul McCartney (1960 – 1970).


Antara lagu-lagu popular The Beatles:

I Want to Hold Your Hand
Meet the Beatles!
Twist and Shout
Please Please Me
A Day in the Life
Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band
Revolution
The Beatles
Don't Let Me Down
Imagine
Heu Jude

"Beatlemania", bermula pada awal 1960an. Kalau kita tengok klip video lelama kita boleh nampaklah betapa gilanya peminat-peminat band ini. Dan, kelakarlah juga bila kita tengok mereka menari hahaha... samalah gayanya macam dalam cerita P. Ramlee tu :D . Dah zaman dia kan... zaman sekarang lagilah sadis -raver- macam sotong hahaha.... (tapi bagus untuk tegangkan otot perut dan peha).

Lagu-lagu The Beatles banyak ditulis oleh John Lennon dan Paul McCartney. Sememangnya untuk terus diminati dan mempunyai stail tersendiri seseorang penyanyi itu sebaiknya boleh menulis lagu dan kalau boleh pandai bermain satu dua alat muzik juga. Di Malaysia, lihat sahajalah KRU, M. Nasir, Yuna, Najwa Mahiadin yang berada dalam kelas tersendiri. Raihan pun hebat juga.

The Beatles bermain muzik di kelab-kelab di Liverpool dan Hamburg selama tiga tahun bermula 1960. Lagu hit pertama mereka di penghujung 1962, "Love Me Do" telah menyebar luaskan lagi populariti mereka di United Kingdom dengan jolokan "The Fab Four" dibawah pengurusan Brian Epstein dan George Martin yang membantu dari segi rakaman lagu.

Band ini berpecah pada 1970 tetapi tetap aktif dalam karier muzik. Lennon telah dibunuh pada Disember 1980 manakala Harrison mati akibat lung cancer pada November 2001. Hanya McCartney and Starr yang masih hidup.

 Masa ni para penonton diajak turun untuk menari, untuk enjoy the music!



Pemain asal The Beatles
A square quartered into four head shots of young men with moptop haircuts. All four wear white shirts and dark coats.
"The Fab Four" Beatles line up in 1964. Atas: John Lennon, Paul McCartney. Bawah: George Harrison, Ringo Starr. Sumber google.

Rambut mop. Sumber di sini.


"Let It Be" A celebration of the music of The Beatles - tiada yang seumpamanya!

Diadakan di Plenary Hall, KLCC, persembahan ini mendapat sambutan luar biasa dari para peminatnya. Dibuat sebaik mungkin dengan props yang berbeza-beza mengikut apa yang di pakai pemuzik asal mengikut perubahan tahun. Pencahayaan juga sangat menarik.

"Let It Be" telah dipersembahkan selama lapan minggu di Amerika Utara dan Canada pada musim panas tahun lalu. Produksi asal yang telah menempatkan diri sebagai antara persembahan yang paling popular di West End, baru-baru ini meraikan persembahan yang ke 1000. Yang aku tengok ni konsep baru.

Semasa performer mengajak penonton menyanyi bersama baru aku nampak betapa ramaiiii...nya penonton di belakang. Gegak gempita uols.. dan mereka juga sangat sporting bila diajak menari. 

AC Music Entertainment dengan sokongan pihak-pihak berkaitan telah membawa persembahan hebat ini ke Malaysia.


Sedikit kisah pembunuhan John Lennon.

Beliau ditembak oleh Mark David Chapman December 8, 1980 di luar bangunan Apartment Dakota di bandaraya New York. Chapman menembak sebanyak lima kali dengan empat peluru mengenai belakangnya. Ketika itu Lennon dan isterinya Yoko Ono baru balik dari mesyuarat mengenai rakaman album.

Chapman yang mempunyai permit senjata api telah menyeludupnya ke dalam kapal terbang dari Hawaii. Dia tak lari pun selepas tembakan dilepaskan, relaks je tunggu polis sampai. Apabila ditanya kenapa nak bunuh John Lennon dia boleh jawab nak jadi famous. Macam macam! Sakit jiwa.

Malaysia Tourism Council | 30 Tahun Memperkasa Industri Pelancongan

Tags

Malaysia Tourism Council | 30 Tahun Memperkasa Industri Pelancongan | Selepas melalui proses penjenamaan semula, Majlis Pelancongan Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTMC) terus mengorak langkah mempelbagaikan inisiatif memperkasakan pelancongan negara.


NTMC telah ditubuhkan pada 16 Mei 1986 dan kini 32 pertubuhan telah bergabung dengannya seperti MATTA, MAH, CRAM, KLTA, Penang Tourist Association dan sebagainya (letih arr nak tulis semua).

Tujuan penubuhan Malaysia Tourism Council ialah:

1. Menjadi badan perundingan mengenai semua hal berkaitan dengan pelancongan.
2. Menjadi badan penyatuan semua badan sukarela pelancongan.
3. Menghapuskan sebarang bentuk persaingan tidak sihat di kalangan pemain industri.
4. Meningkatkan nilai integriti dalam urusan pelancongan.
5. Menggalakkan etika kerja dan amalan perniagaan yang baik serta adil.


Bersempena dengan sambutan 30 tahun Majlis Pelancongan Malaysia, sebuah majlis makan malam telah di adakan di Dewan Perdana Felda pada 16 Julai 2016 yang telah dirasmikan Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II.

Sumber Ellie Toh.

Orang kuat pelancongan Malaysia antaranya Puan Sri Sabrina pemilik Tanah Aina Soraya, Presiden MTC Dato Sri Mohd Sharkar Shamsudin dan yang berkopiah belakang tu pemilik Homestay Desa Murni yang viral tu.


Nama lauk tak boleh blah. Kalau nak tahu caterer sedap di Seremban boleh baca di sini.


Pengalaman 30 tahun telah mematangkan MTC sebagai sebuah badan induk yang berkredibiliti bersama dan mempunyai ahli-ahli gabungan yang terlibat secara lansung dalam unstri pelancongan. Banyak jasa dan sumbangan yang telah dicetuskan hasil daripada perjuangan MTC.

Hasil daripada kesungguhan semua ahli gabungan MTC yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam memperjuangkan agenda pelancongan negara, MTC terus cemerlang sebagai tunjang industri pelancongan negara.



Motivasi | Sakit Yang Menghapus Dosa

Tags
Begitu banyaknya dosaku. Semoga diampuni Allah.

Doa Memohon Ditambah Rezeki

Tags
Doa Memohon Ditambah Rezeki | Berusaha . Berdoa . Bertawakal .


Ya Allah.. limpahkan rezeki yang halal dan berkat kepada kami semua semoga dengan izin Mu Ya Allah kami boleh memberi nafkah kepada kaum keluarga kami dengan kecukupan dari Mu dan juga melunaskan hutang hutang yang meresahkan kehidupan kami siang dan malam.

Ameen ya Rabbal Alamin.

IPOH Top 10 Best In Asia 2016 !!

IPOH Top 10 Best In Asia 2016 !! Bandaraya Ipoh telah dipilih menduduki tempat ke-6 daripada 10 tempat pelancongan terbaik yang mesti dilawati di Asia oleh penerbit buku pelancongan Lonely Planet. Tahniah orang Perak!


Visit Perak 2017. Perak World of Wonders ! Jemput baca di sini untuk mengetahui tempat percutian menarik di Ipoh.




Winter Wear | Sedang Mencari Pakaian Musim Sejuk?

Winter Wear | Sedang Mencari Pakaian Musim Sejuk? | Hujung tahun nanti sudah pasti ramai yang akan bercuti di negara beriklim sejuk. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup hendak juga kita merasa bagaimana suasananya kan? Hendak diharapkan angin sejuk dari Siberia singgah di Malaysia seperti yang berlaku dua tahun lepas tu entahkan ada entahkan tidak lagi. Nasib baik je tu dapat merasa pakai sweater dan berstokin dalam rumah selama dua minggu.


Januari lalu aku ke Kunming yang masih dalam musim sejuk tetapi menurut seorang kenalan di sana suhu tahun ini tidaklah sesejuk tahun lalu. Menurutnya pada 2015 suhu di siang hari pun adakalanya turun hingga 5C. Tahun ini agak tinggi sekitar 17C. Pada aku dah sejuk sangat dah tu... bila angin bertiup sejuknya hingga ke tulang! Waktu malam suhu memang rendah hingga berhingus dibuatnya. Kalau aku ke Dongchuan Redland hari tu mau menggigil siang malam.


Fesyen Musim Sejuk di Kunming

Dalam pemerhatian aku tidaklah ramai yang nampak outstanding, biasa biasa sahaja tetapi aku suka melihatnya. Jika mahukan gambar yang menarik dan berlainan sewaktu melancong kenalah sanggup mengangkut jaket tebal yang pelbagai fesyen dan warna turun naik kapal terbang. Buat masa ni aku masih suka travel light.

Mari kita tengok sebahagaian pakaian/jaket musim sejuk yang sempat aku rakam dengan kamera. Kebanyakannya memakai trench coat. Ada satu keluarga tu nampak gorgeous sangat.

 Eh? 

Ini yang gorgeous tu... cucu-mak-nenek, dari pakaian, aksesori, cara berjalan.. nampak bergaya. Ai takut nak ambil gambar dari depan :-)

Lawalah but hitam orang di depan sana tu.

Cantikkan warna merah? 


Teringinnya nak pakai but high cut macam ni...


Kalau korang teringin nak tengok mak korang yang dok kat kampung bergaya dengan but, bawa dia melancong tempat sejuk...













A Visit To Fukushima Exclusion Zone | Ada Berani??

A Visit To Fukushima Exclusion Zone | Ada Berani?? | Ada orang berani, ada orang SANGAT berani. Awak yang mana?



Pernah tak terfikir untuk melawat kawasan merbahaya seperti tempat yang pernah mengalami letupan loji nuklear seperti Chernobyl dan Fukushima? Impian gila kan? Sah sah mak kau tak bagi pergi. Yang pergi tu hampir pasti pula akan menghidap kanser jika menyedut debu bertoksik di sana.

Tetapi, untuk penyebaran berita perlu ada seseorang yang 'gila' yang sanggup menggadai nyawa sendiri untuk mengkaji sesuatu perkara. Samalah seperti pakar hidupan laut atau jurugambar bawah laut yang perlu mengambil risiko tinggi demi menghasilkan sesuatu yang berlainan serta bernilai tinggi. Tanpa keberanian mereka tiadalah rancangan seperti National Geographic tu, pakat pakat tengok sinetron dan drama pukul tujuh di TV3 tu sajalah kita ni. Berangan balik dari belajar di obersi kerja makan gaji pangkat tinggi drive Mercedes terkini padahal PTPTN dok cari.

Keow Wee Loong dan temannya adalah golongan berani tersebut. Tak dapat cara betul mereka main 'rempuh' saja. Beliau dan Koji telah melawat Fukushima Exclusion Zone iaitu kawasan yang ditutup akibat letupan loji nuklear selepas gempa bumi kuat diikuti tsunami pada March 2011. Dah lima tahun, rasa sekejap je. Salah satu perkara yang aku ingat sangat tentang tragedi ini ialah betapa bertamadun dan beradabnya orang Jepun. Dalam keadaan darurat begitupun masih beratur dengan tertib dan senyap membeli barangan keperluan di kedai runcit dan pasaraya. MasyaAllah hebatnya!


Gempa bumi Tohoku 2011

Ia berlaku pada 11 March 2011 jam 2.46 petang waktu tempatan di Hamadori, Fukushima, Jepun, dengan magnitud 9.0 pada skala Richter. Kedalamannya hanya 30km dan berpusat di daratan 36km barat Iwaki yang menyebabkan gegaran kuat. Gempa kuat ini juga telah menghasil ombak tsunami setinggi 40.5 meter di Miyako, Tohoku Iwate perfecture, dimana di kawasan Sendai ia merebak sehingga 10km ke darat.

Ia juga digelar The Great East Earthquake yang menyebabkan kerosakan teruk di utara Jepun khasnya di Fukushima, Miyagi dan Iwate. Ia juga menyebabkan kemalangan nuklear terburuk selepas Chernobyl apabila loji nuklear Fukushima Daiichi mengalami kerosakan sistem paip, fasiliti janakuasa luar dan sistem sokongan janakuasa. Kebocoran radioaktif dikesan pagi keesokannya di hadapan pagar utama. Wap beracun memenuhi bangunan loji nuklear tersebut kerana kegagalan sistem penyejukan. 

Kerajaan Jepun pada mulanya mengeluarkan arahan perpindahan bagi penduduk yang berada 3km radius dari kawasan tersebut kemudian meningkat kepada 20km dan yang berada sekitar 20-30km radius diarahkan untuk berada di dalam rumah. 30km jauh dah tu... tengok betapa bahayanya kesan nuklear. Pada 10 Mac 2015, Agensi Polis Kebangsaan mengesahkan 15,894 kematian, 6,152 kecederaan dan 2,562 masih hilang selain 228,863 orang berpindah dari kediaman asal.

Kita ni beriya juga nak bawa industri berbahaya masuk Malaysia. Negara kita ni taburan hujannya tinggi jadi bukan semua industri kimia di negara luar tu sesuai dengan negara kita. Mungkin kita rasa takkan ada gempa bumi kot walhal kalau gempa di Indonesia kita pun menggigil juga turun tangga pejabat menyelamatkan diri.

Sumber di sini.


Pengalaman Keow Wee Loong di Fukushima Exclusion Zone 

Mengikut peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan, untuk masuk ke kawasan ini memerlukan permit khas dan kelulusan akan diberikan 3-4 minggu selepas permohonan diterima. Oleh sebab dia tak kuasa nak melalui proses birokrasi ini jadi dia menyeludup masuk melalui hutan untuk mengelakkan sekatan polis di jalan raya. Sungguh mencabar berjalan dalam hutan pukul 2 pagi hanya menggunakan GPS dan google map untuk masuk ke pekan Okuma, Futaba and Namie. Adventure betullah dia ni. I loikee...

Menurutnya sebaik menjejakkan kaki di kawasan merah, beliau dapat merasai panas di matanya dan bau bahan kimia yang kuat di udara (pakai penutup muka tetapi boleh bau bahan kimia..hmmm... petanda kurang bagus tu).

Nak tahu tak bagaimana keadaan Fukushima Exclusion Zone sekarang? Cuba bayangkan hanya anda seorang berada di sebuah bandar asing, mengembara di dalamnya dan boleh masuk ke mana-mana kedai. Seronok atau ngeri? hohohoo...

Kesemua barangan masih berada ditempatnya. Selepas gempa bumi kuat tersebut penduduk yang terselamat mula mengosongkan kediaman masing-masing selepas amaran tsunami dikeluarkan. Tak lama kemudian loji nuklear meletup yang menyebabkan kebocoran radiasi nuklear.

Kadar radiasi sangat tinggi di zon merah yang meyebabkan kawasan ini ditutup. Sangat sedikit manusia yang datang ke sini sejak lima tahun lalu. Macam-macam barangan dijumpai di sini termasuk yang berharga seperti duit, laptop, emas (wow....). Yang mengagumkan si Keow Wee Loong ni tiada sesiapa pun menjadi penyamun di sini. Elok je terletak di situ. Berbanding Chernobyl yang mana kesemua barangan berharga atau tidak habis licin di curi. Kalau hendak melihat peradaban Islam dalam sistem masyarakat boleh datang ke Jepun dan bukan di negara Arab sana. Japan, the nation with manners overdose!  

Fukushima TIDAK AKAN sama seperti dahulu lagi. Kebocoran nuklear di Daiichi Power Plant telah merosakkan alam semulajadi dan kehidupan marin. Kesannya SANGAT BURUK kepada manusia dan alam semesta. Mesti bimbang nak mengandung kan? Takut sangat kesannya seperti "agent orange" di Vietnam.
Mari lihat gambar-gambar yang belum pernah disiarkan oleh mana-mana media. Gambar yang tersebar sebelum ini mungkin diambil menggunakan helikopter atau drone tetapi yang ini di dalam 'ghost town itu sendiri.

Kredit fb: Keow Wee Loong
Waktu terhenti sejak 2.46 petang 11 Mac 20111 di Namie, Futaba dan Tamioka.

100 meter away from the Fukushima Daichi nuclear power station that exploded back in March 2011

Shopping in a abandon super market ..the abandon supermarket since 2011, a lot of wild animal came into the mall to look for food because some owner abandon their animal when the tsunami hit back in 2011.

Beraninya dia pakai camtu je kan? Walaupun kajian memang ada menyatakan debu yang melekat di pakaian dan badan boleh dibuang dengan cara pencucian biasa tapi kalau aku lah kan, aku bungkus elok elok dari kepala ke kaki.

Paling penting kita jangan menghidu secara terus, mesti pakai protective mask to filter radioactive dust and particles. Kawan dia lagilah just pakai topeng biasa tu saja. Mencari penyakit betul.

Ini komen yang aku baca:
Post when you discover you have cancer due to radiation. This is stupidity at its finest. You wont feel anything for the next several years but.. it will come.. surely..I work with this stuff so I know what I'm talking about.- Miharu Kago

Radiographer aka X-ray technician here. Covered clothing have minimal protection against radiation. What will be more of use is lead protection clothing to prevent maximum dose of radiation entering one's body- Stephanie Lin

Bahagianya dapat baca buku free hehehe...

Laundry left behind in Fukushima red zone since March 2011. People left so quickly they forgot their laundry... 5 years later it is still here, i found alot of 100 yen coin all around this shop.

Another huge super market in Namie.

So many item still in place......AMAZING

Magazine in the super market and is stated clearly "March 2011"

Stesen keretapi yang ditinggalkan.

CD shop......who on earth use CD this days, but well there is a lot of limited edition collection in this music stall.

Abandon car lot, this car is here since 2011. Elok lagi kereta-kereta ni. Kalau kat negara kita 'selesai' dah ni.

Abandon Family Mart

Radioactive waste can be found everywhere in the exclusion zone.

The empty ghost town of Fukushima.


Building destroy due to the earthquake.

Abandon home in the yellow zone.

Eerie feeling in this ghost town, even there is no car in this town but the traffic light is still working. 


Seram seh orang takde tapi traffic light still functioning. Siang pun seram, malam lagilah... apalah bunyi-bunyian yang keluar agaknya? Ada yang berminat ke sini? 

Berkawan dengan orang berani ni best, berhubung sel-sel otak heheh... I salute you bro!


**Aku teringin nak melawat DEMILITARIZED ZONE, sempadan antara Korea Utara dan Korea Selatan. Nama je 'demilitarised', tapi DMZ ni merupakan sempadan antara negara yang paling 'heavily militarised' dalam dunia. Harap harap sampailah ke Korea Selatan suatu hari nanti. 







Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free