Penerbangan Terus Air Asia X Ke Mauritius 4 Oktober Ini



Penerbangan Terus Air Asia X Ke Mauritius 4 Oktober Ini |  Mauritius kini sebahagian daripada 22 laluan luas AirAsia X. Buat masa ini AirAsia X satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan tanpa henti di antara Kuala Lumpur dan Mauritius, dengan penerbangan 3 kali seminggu bermula 4 Oktober 2016*.


Destinasi baru ini akan menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan kapasiti sebanyak 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed. 

Tuan Yang Terutama En. Issop Patel, Pesuruhjaya Tinggi Mauritius ke Malaysia melancarkan destinasi baru tersebut pada sidang akhbar hari ini bersama Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X dan Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad.


Kepada kengkawan yang dah lama teringin ke benua Afrika, Mauritius adalah destinasi permulaan untuk rakyat Malaysia menerokai keindahan di Afrika – dari Cape Town yang indah ke Namibia, Madagascar dan Botswana yang eksotik. Terletak di pantai Tenggara benua Afrika, Mauritius dahulunya adalah pulau gunung berapi dan kini terkenal dengan keindahan kawasan pantai dengan pasir putih, iklim sub-tropika serta keindahan persisiran pantai Lautan Hindi. Kita boleh memilih untuk berehat di pantai Belle Mare, pantai terpanjang di Mauritius sambil menghirup jus tebu segar, atau melakukan aktiviti  selaman skuba kerana pulau ini terkenal dengan keindahan bawah air yang sangat baik dan suhu panas yang menarik pelbagai hidupan laut. Jika anda inginkan aktiviti yang lebih mencabar, bolehlah merasai pengalaman Underwater Walk, berjalan di dasar lautan dengan menggunakan sebuah helmet oksigen. 

Bagi yang meminati budaya dan sejarah boleh menuju ke ibu kota Mauritius, Port Louis yang menawarkan pelbagai jenis Tugu Peringatan penjajah atau ke Grand Bassin, di mana terletaknya patung Shiva yang kedua terbesar di dunia di pintu masuk ke tasik kawah semulajadi di kawasan pergunungan.


Kenapa Air Asia X pilih Mauritius?

Sebenarnya terdapat permintaan yang tinggi untuk ke sana. Lagipun, pengembara yang berhajat untuk ke Afrika boleh menjimatkan kos perjalanan dengan penerbangan tambang rendah ni. Dari KL naik AAX ke Mauritius kemudian sambung ke negara lain pula. Jimat banyak beb kalau kena caranya. Kita juga berharap ramai rakyat Mauritius dan sekitarnya akan mengambil peluang melancong ke Malaysia dengan adanya laluan terbaru ini. Bawa duit bebanyak datang sini.

Selain disebabkan pelancongan Air Asia juga berharap para peniaga Malaysia dapat mengembangkan perniagaan mereka ke benua sana pula.


Berapa lama perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mauritius?

Tujuh jam sayang. Dengan itu malam sebelumnya tak payahlah kita tidur, kita gasak layan movie/qiamullail/baca quran/novel  sampai ke pagi supaya boleh zzZZZzzzZZZZzzzz dalam penerbangan nanti :-) . Jangan berdengkur sudah.

Dengan perjalanan yang lama tu eloklah kiranya kita stay lima hari di sana. Enuf for relaxing and joli. Flight timing pun bagus, sampai sana siang tiba di KL pun siang. Kita akan diberikan VOA selama 30 hari.


Berapa harga tambang promosi bermula 26 Mei 2016?

Murah je uolls... tambang promosi termasuk semua dari serendah RM299** sehala untuk tempat duduk biasa, dan dari RM999** sehala untuk tempat duduk Premium Flatbeds sedia untuk ditempah dari 26 Mei hingga 5 Jun 2016 untuk perjalanan dari 4 Oktober 2016 * sehingga 22 Mei 2017. 

Tambang promosi ini boleh didapati secara online di airasia.com serta di aplikasi mudah alih AirAsia untuk iPhone dan Android dan juga melalui mobile.airasia.com

Marilah kita bersama-sama berjemaah depan gajet memasing tengah malam nanti :D

Apa lagi?? Set alarm, malam karang nak berjaga depan www.airasia.com hehehhe...


Mauritius = sun + sand + sea + dot dot dot (diorang yang cakap eh, bukan aku)

Post a Comment

0 Comments