Berbuka Puasa Di Hotel | Makan Jika Mampu Dan Setakat Mampu

Berbuka Puasa Di Hotel | Makan Jika Mampu Dan Setakat Mampu | 6 Jun nanti datanglah bulan Ramadhan penuh rahmat itu. Dengan kedatangan bulan puasa juga maka banyaklah hotel dan restoran yang akan menawarkan juadah berbuka puasa secara buffet.


Sebenarnya pihak hotel sudah mula menjual "seat" sejak bulan lalu, ada harga istimewa untuk early bird. Ramai juga yang pergi food review, harapnya apa yang akan dihidangkan di bulan Ramadhan nanti samalah sedapnya dengan makanan yang mereka review.

Aku agak seperti biasa akan ada orang bising tentang harga buffet Ramadhan nanti. Harga buffet Ramadhan mahallah... mewah sangatlah... membazirlah... bla bla bla..


Kenapa Kita Diwajibkan Berpuasa?

Berpuasa untuk mengajar kita merasai dan menginsafi kekurangan orang lain. Ada orang yang tak makan berhari-hari. Kita tak dapat makan minum 13 jam secara purata pun dah mengeluh. Kengkawan kita di luar negara yang berpuasa di musim panas lagilah jenuh tetapi mereka berpuasa juga. 

Berpuasa juga untuk merehatkan sistem perut kita. Letih dia memproses makanan setiap masa. Kita pun kalau kena bekerja setiap hari dari celik mata hingga tutup mata letih melepek kan?



Makan Jika Mampu 

Sama seperti kisah golongan kaya melancong, begitu jugalah kisah berbuka puasa di hotel. Sasaran si penjual golongan yang berkemampuan, yang mampu membayar dengan senang hati. Kepada yang tak mampu, kita makan je apa yang ada atau beli saja di pasar Ramadhan. Perut tengah lapar semua nampak sedap. Tak perlu kita cemburu dengan kemampuan orang lain. Orang berada tu pun bukan setiap hari makan di hotel, mereka pun tahu cemuih. Kebanyakannya sekadar bertukar selera dan meraikan keluarga serta kawan-kawan juga pekerja.

Kalau kita tak mampu tetapi nak merasa juga berbuka puasa di hotel mari kita berpuasa dari sekarang. Puasa dari berbelanja SETIAP HARI sehingga terkumpul sejumlah duit. Boleh? Ada beberapa hari lagi ni... sempat lagi nak melonggok duit.


Kenapa Makanan Di Hotel Dan Restoran Ternama Mahal?

Ada hotel menggaji chef yang sangat hebat memasak, ada hotel yang memang terkenal sedapnya hidangan mereka, ada juga yang biasa biasa. Kalau terkena yang biasa biasa tu soheh ko akan merungut hahahah... balik rumah goreng telur mata lembu lepas tu tumis cili dan bawang besar perghhh...!! Lagi sedap dari hotel habaq hang!

Orang bising makan buffet Ramadhan mahal. Kenapa mahal?

Nampak tak berapa ratus hidangan yang mereka perlu sediakan untuk ramai orang makan serentak? Berapa banyak pula idea yang harus diperah untuk membuatkan hidangan itu sedap dan menarik? Betapa selesanya pula kita makan di tempat berhawa dingin?

Sebenarnya kita bukan sahaja membayar harga makanan tetapi skil memasak dan menghias mereka. Nak jadi ketua chef tu berapa tahun kena belajar dan berapa banyak pengalaman bekerja diperlukan? Kita membayar kepakaran mereka. Sama jugalah seperti servis fotografi, percentage bayaran tu lebih kepada khidmat dan kepakaran jurugambar bukannya harga gambar. Kalau rasa mahal boleh je shoot sendiri guna henpon. Kita diberi pilihan, tiada paksaan. Tak perlu komen dan komplen memacam sedangkan kita tak dipaksa. 

Dan kepada mana mana pihak yang menjemput anak yatim berbuka puasa di hotel tu... terutama yang menjual meja kononnya untuk anak yatim, kami nak tahu adakah anak yatim tu VIP majlis atau ada lagi VIP lain? Bukan apa kekadang kita nampak ada meja makan berhidang, anak yatim beratur di meja buffet sehingga azan berkumandang. Ada orang makan berhidang berpelayan di meja bulat, anak yatim bersila di lantai. Kau rase..??

Dan kepada yang beratur mengambil makanan tu, cecepat sket boleh? Cubalah pantas macam orang Jepun.

 
Sumber imoney.my

Ya Allah sedapnya desert!

Makan Setakat Mampu

Oh ye, beragaklah ya semasa mengambil makanan. Jangan ambil sampai menggunung dalam pinggan lepas tu dibiarkan tak bermakan. Rezeki tu. Walaupun kita membayar harganya elok ambil setakat yang mampu kita makan je... kalau tak cukup, tambah. Kalau tak cukup juga tambah lagi. Takde siapa pun akan marah. Apa nak kesah pandangan orang?



Sumber di sini.







Pengorbanan Si Ayah

Tags


Bukan ayah je... mak pun. 

Nak di buang sayang, susah cari duit beli lauk tu. Ada orang kata tak elok memakan lebihan anak, nanti anak tak mendengar kata tapi aku dah menyaksikan orang yang mengamalkan bermacam pantang larang ni anak dia tak pun berlemah-lembut dengan dia. Aku rasa nak lempang mulut dia ada lah.

Yang aku pegang adalah saranan Nabi untuk tidak membazir rezeki hatta butiran makanan yang jatuh di sekeliling pinggan itu pun; kerana kita tak tahu yang mana satukah mempunyai barakah.

Aku selalu masak nasi ngam ngam je kecuali Jumaat dan Sabtu malam sebab esoknya boleh dibuat nasi goreng. Sesiapa yang datang mengejut tu, "jemput makan biskut lemak ni." hehehhe...

Motivasi | Mengharap Ke Syurga

Tags
Nak berduit pun perlu bekerja inikan pula nak ke syurga.

Usaha. Doa. Tawakal.

Takkan masih menggunakan alasan, "pelacur yang memberi minum anjing tu pun Allah masukkan ke syurga". Itu special case. Rare. Mungkin dia benar-benar jahil, tiada yang berdakwah kepada dia.

Kita ni hari-hari dengar azan.

Hari-hari nampak orang berbondong-bondong ke surau pejabat.

Jom solat!


12 Tempat Riadah Popular Di Seremban


12 Tempat Riadah Popular Di Seremban | Negeri Sembilan ialah sebuah negeri yang agak kecil di selatan tanah air. Namun begitu ibu negerinya Seremban, hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur dan termasuk dalam "greater Klang Valley" menjadikannya lokasi yang sesuai untuk membina keluarga dan harta (eh?).


Dahulu aku rasa bosannyalah duduk di Seremban ni, tiada tempat hendak dituju di hari minggu bersama anak-anak. Sekarang tidak lagi kerana semakin banyak kawasan rekreasi yang dibuka yang kebanyakannya PERCUMA! Terima kasihlah MPS ye.. ai redha bayar cukai kalau gini gayanya.

Semua tempat yang disenaraikan ini berada di dalam Seremban atau paling jauh pun belasan kilometer saja jaraknya dari pusat bandar. 

Di mana lokasi tempat riadah keluarga tu?


1) IJM Hill Park, Seremban 2 Heights

Seremban 2 yang berjarak empat kilometer dari bandar Seremban merupakan bandar terancang yang dibina dengan tujuan untuk memindahkakan pusat pentadbiran negeri, perniagaan dan pendidikan jauh dari bandar. Bandar Seremban tu dah tak boleh expand, kecil sangat.

Taman rekreasi yang dibangunkan oleh IJM Land ini berkeluasan 30 ekar dengan ketinggian 162 meter dari aras laut mempunyai pelbagai kemudahan termasuk trek berjalan kaki dan jogging. 

Tarikan utama di sini ialah sekumpulan dinasour daripada spesis Stegosaurus, Ginganotosaurus dan Baryonyx di puncaknya. Pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak disediakan di sini seperti flying fox, buaian dan gelongsor. Dinasour tu pun dah macam gajah sarkis, badan je besar tapi tak berani lari :-))

Bagi yang ingin merasai suasana hutan boleh berjalan mengikut denai yang disediakan. IJM Hill Park ini telah digazetkan sebagai kawasan bebas asap rokok.
Taman ini dibuka setiap hari dri 6.30 pagi hingga 9.00 malam.




2) Seremban 2 City Park

Serdak roti dan biskut semua disedekahkan kat ikan tu. Suka sangat dia 😍


Duduk dua orang pun jongkang-jongket tu tak mau turun heheh...



Selain IJM Hill Park Seremban 2 juga ada City Park yang ramai pengunjung di hari minggu. Hujung minggu penuh dengan kehadiran kanak-kanak dan ibu bapa bermain layang-layang di situ. Ia menjadi tempat riadah yang digemari kerana terdapat tasik buatan yang dipenuhi ikan seperti tilapia merah, keli, kelisa, koi dan kura-kura. Ikan-ikan di sini makan ikut time tau, pukul 9 pagi dan 3/5 petang. Pernah kami datang di luar waktu makan buat dek je dia, sebab dah kenyang kot.

Sebuah jambatan dibina merentasi tasik disamping empat buah mini jeti di sekeliling tasik untuk memudahkan pengunjung memberi ikan makan.  Selalunya sebelum ke sini aku akan beli roti reject dari kilang roti. Ada kilang boleh beli sesikit, ada kilang jual seguni besar terus. Takkan nak bagi ikan makan seguni kot? Obes pula nanti hahahah... so, aku paketkan kekecik dan suruh anak jual. Sambil bagi ikan makan sambil berjualan. Mengajar entrepreneurship gitew. Seronok bebudak tu. Modal mak yang keluarkan profit masuk ke poket mereka... mau tak suka?? Bila roti sendiri dah habis pi beli pula dari penjaja dedak di situ. Tak sempat nak rolling duit hehehe..

Berkeluasan enam hektar Seremban 2 City Park turut dilengkapi dengan gelanggang futsal, bola keranjang, badminton, alat-alat senaman ringan dan taman permainan kanak-kanak. Masjid pun ada.

3) Centrio, Seremban 2


Ia bolehlah dikatakan tarikan terbaru di Seremban 2 berhadapan pasaraya Mydin yang sangat meriah di hujung minggu. Merupakan sebuah kawasan lapang untuk penduduk dan pengunjung beriadah di malam hari bermain basikal, skateboard, roller blade dan hoverboard. Hanya dengan RM10 kita boleh menyewa roller blade hingga jam tiga pagi! 

Di sekeliling kawasan riadah ini dipenuhi dengan kedai, gerai serta food truck. Bad for your wallet.



Sumber unclezuan.com

Yang ini mahal sikit, sewa ikut jam. Sumber si-periperi.blogspot.com


4) Taman Alam Veterinar, Jalan Seremban-Jelebu.

Di sini ada beberapa jenis binatang dipelihara. Dulu aku pernah pergi, cantik tempatnya... sesuai bawa anak-anak ke sini untuk dia mengenal binatang jinak. Sekarang tak tahulah bagaimana. Kalau sempat pergi lagi nanti aku akan update di sini. Website Jabatan Veterinar pun tiada maklumat. Ontahlah diorang nih.. tak dapek den nak nolong hahah..

Update: 
Produk terbaru - Seremban Equestrian boleh sewa kereta kuda sekali ride rm30 dia pusing kat semua tempat haiwan tu.


Sumber Qra. 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
Lot 1504,Batu 6,Mukim Pantai,Jalan Jelebu,

71770 Seremban,Negeri Sembilan, Malaysia

Tel : 606-7628857 | Fax: 606-7629022 E-mail: jpvns@ns.gov.my



5) Jelita Ostrich Farm

Ladang burung unta ini berdekatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Kawasan ini luas dan sering dikunjungi oleh rombongan sekolah. Jika kita buat tempahan awal tour guide akan disediakan.

Bagus tempat ni, kita boleh belajar mengenali burung terbesar yang tak boleh terbang. Kenal jantan betinanya, apa yang dibuat dengan cangkerang telur dan kulitnya. Entah entah raw material handbag Birkin tu import dari Seremban ni aje haa... mana tahu kan? Dagingnya boleh dimakan, ada juga dijual sebagai barangan penjagaan kulit dan kesihatan.

Di waktu tidak ramai pengunjung kita boleh menunggang ostrich tu. Bebudak ok lah... bapak budak tak payah lah kot, kesian burung tu.


Sumber flourpaint.blogspot.com

Waktu operasi : 9 pagi - 5 petang
Tiket dewasa : RM10
Tiket kanak-kanak : RM6

Jelita Ostrich Farm
Lot 1504, Batu 6
Mukim Pantai
Jalan Jelebu
71770, Seremban, Negeri Sembilan, 
Tel:+60 6-767 0707


6) Taman Rekreasi Ulu Bendul, Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Tempat mandi-manda yang sudah lama terkenal. Weekend ramai orang der..





7) Jeram Toi, Jalan Seremban-Jelebu

Tempat mandi-manda yang sudah lama terkenal.

Update: jeram toi ditutup buat masa ni sebab ada kes kencing tikus. Berita Harian 13/5/2016 http://www.bharian.com.my/node/153309


8) Taman Tasik Seremban 



Kawasan hijau ini terletak di tengah bandar berhampiran Masjid Negeri dan Pejabat Menteri Besar. Bermula jam 5 pagi lagi sudah dikunjungi orang yang rajin bersenam. Pokok-pokok yang besar memberikan teduhan yang baik kepada pengunjung.


Dahulu semasa anak baru tiga orang kami pernah berpiknik di sini. Seronok makan dan berguling-guling. Kalau musim kenduri kahwin tu setiap sudut ada pengantin bergambar.

Jalan Taman Bunga
70000 Seremban, Negeri Sembilan.


9) Gunung Angsi

Gunung Angsi yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapak Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Bagi pendaki baru seperti ku adalah disarankan untuk memulakan pendakian dari Jalan Bukit Putus, ia kurang mencabar dan hanya memerlukan 1.5 - 2 jam usaha sahaja untuk sampai ke puncak.

Hutan Ulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, pokok damar hitam dan pokok mersawa.

Dekat sangat dengan rumah tapi tak pernah panjat pun. Gigih den poie panjek Gunung Papandayan di Bandung nun.


Sumber meetup.com


10) Laman Basikal Seremban

 Yang berumur 1 tahun 3 bulan pun tak mahu ketinggalan mengayuh basikal heheh... gambar 2014.



Merupakan tempat untuk kanak-kanak berbasikal. Dibina lengkap dengan situasi sebenar seperti di jalan raya dengan lampu isyarat, stesen minyak, balai polis, kedai, perhentian bas dan sebagainya. Bolehlah ajar mereka "red means STOP!" dan laluan kecemasan bukan untuk memotong barisan.
Terletak di Jalan Keliling, berhampiran dengan Taman Tasik Seremban & Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dibuka pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum.
Masa :
8 pagi - 12 tengahari
3 petang hingga 7 petang
Kadar bayaran :
RM2.00 / setengah jam / termasuk basikal
(Boleh bawa basikal sendiri)
Jom bawa anak-anak anda beriadah tanpa perlu risau akan kenderaan lalu lalang dan mengganggu riadah anak-anak anda.
Info lanjut :
Majlis Perbandaran Seremban :
Telefon : 06-766 7683


11) Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi

Bila budak besar takde yang kekecik ni naik sampai atas dan menggelunsur turun. I'm happy seeing you happy boys.

Akak akak berzumba memalam. I liokeee

Kompleks sukan ini ialah pusat riadah yang paling aktif di Seremban.  Ia terletak di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman (Stadium Paroi) dan Kompleks Dakwah Paroi.

Setiap hari ia dipenuhi pengunjung yang aktif bersukan termasuk bersenamrobik.  Memang aktiflah akak akak di sini... aku je yang suka jadi pemerhati.  Aku ni jogging sehari empat minggu cuti hahaha.. Weekend ramai bebudak belajar karate dan tae-kwan-do di sini.

Padangnya digunakan oleh pelatih bolasepak New Football Development Programme @ NFDP U7-U12. Jadi aku akan datang ke sini seminggu dua kali paling kurang. Penat worr jadi driver ni, hantar kat sini, hantar kat PLD SM Ampangan... lokasi berbeza mengikut umur. Semuanya sebab bolasepak. Orang awam boleh juga menggunakan padang ini. Selalunya aku nampak pukul tujuh petang bangsa lain yang ramai di padang tu. Kita orang Islam ni dah senja baliklah ke rumah ya. Biasanya pukul 8.30 malam dah ramai semula dengan pengguna yang bersenamrobik dan jogging.

Gelanggang futsal, bola padang (gelanggang bertaraf dunia), tenis, bola jaring, bola tampar, takraw, badminton dan squash boleh disewa. Padang dengan rumput sintetik, trek, tempat bermain skateboard serta kawasan permainan kanak-kanak boleh digunakan secara percuma. Gimnasium ada bayaran yang sangat  minima manakala wall scalling akak tak pasti. Dewan juga boleh disewa untuk majlis kenduri kahwin.

Surau dan kiosk jualan makanan dan minuman juga terdapat disini.


12) Lorong Seni @ Street Art
Seremban juga tak mahu ketinggalan dalam trend Lorong Seni. Dibuat di lorong belakang HSBC Bank dan kawasan hentian bas Terminal 1, ia hasil kerja anak-anak tempatan yang berbakat. Contrary to some who believes hanya orang asing yang mempunyai kebolehan ini, yakinlah local talents pun ramai yang hebat and can draw crowd. Bersedialah untuk menerima tetamu terutama golongan muda.

Kalau dah rindu dendam sangat pada kartunis Ujang bolehlah bergambar dengan hasil tangan dia di hentian bas Seremban tu. Omaiii rasa tua sangat dah aku ni, membesar dengan majalah Gila-Gila.







**Mural ini memerlukan penambahbaikan. Kalau dekat longkang camano nak amik gambar??


Hmm.. banyak juga tempat menarik di Seremban. Selalu nampak kuman di seberang jer..


**Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan tempat-tempat riadah ini. Sakit mata melihat botol minuman, plastik bekas makanan dan tisu bersepah-sepah. Kalau MPS caj entrance fee nanti kita meroyan pula. "Rumah" kita jadi bersamalah kita menjaganya. Bila orang bawa Bangla kacak datang beramai-ramai ke negara tercinta tolong sapu sampah ini pandai pula kita marah.












Please lah, don't wash dirty linen in public

Tags
Sumber lwfyouth.org

Pelancongan merupakan punca pendapatan keenam terpenting di Malaysia. Pelancong asing datang disebabkan kestabilan ekonomi serta politik, keindahan hutan serta laut yang ditawarkan, makanan enak 24 jam sehari dan keramahan rakyatnya. 

Kejayaan dalam industri pelancongan bermakna kejayaan usaha BANYAK pihak, bukannya one man show.

Begitu banyak pihak bertungkus-lumus siang dan malam tirelessly untuk menaikkan kembali kepercayaan dan keyakinan pihak luar untuk datang ke negara ini selepas peristiwa tragis dalam sistem penerbangan Malaysia. Malah berita jerebu yang dibawa dari daerah lain, wabak SARS selain kemelesetan ekonomi juga menambah tekanan dalam usaha tersebut. Bila bajet dipotong perancangan yang telah dibuat ada yang terpaksa dipotong juga.

Kalau nak bergaduh, bertumbuk, mencaci, mencerca, merosakkan harta orang lain buatlah di kampung sendiri. Bergaduh je lah tapi jangan menjerit sampai orang di luar rumah dengar. Sila selesaikan personal matters dalam rumah sendiri. Juga, JANGAN pergi ke funfair di kampung lain lalu melondehkan seluar dan menembak kerandut sendiri kerana marahkan isteri yang tak mendengar kata, walaupun si isteri memberikan sumbangan besar kepada keluarga. Sungguh tak bermaruah dan MEMALUKAN! Ramai orang nampak dan bergossip sakan. Elok dibenam dalam kolam ikan.

(Faham ke kias kias ni?)

Gunung Kinabalu dilihat dari Mesilau.




Penerbangan Terus Air Asia X Ke Mauritius 4 Oktober Ini

Tags

Penerbangan Terus Air Asia X Ke Mauritius 4 Oktober Ini |  Mauritius kini sebahagian daripada 22 laluan luas AirAsia X. Buat masa ini AirAsia X satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan tanpa henti di antara Kuala Lumpur dan Mauritius, dengan penerbangan 3 kali seminggu bermula 4 Oktober 2016*.


Destinasi baru ini akan menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan kapasiti sebanyak 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed. 

Tuan Yang Terutama En. Issop Patel, Pesuruhjaya Tinggi Mauritius ke Malaysia melancarkan destinasi baru tersebut pada sidang akhbar hari ini bersama Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X dan Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad.


Kepada kengkawan yang dah lama teringin ke benua Afrika, Mauritius adalah destinasi permulaan untuk rakyat Malaysia menerokai keindahan di Afrika – dari Cape Town yang indah ke Namibia, Madagascar dan Botswana yang eksotik. Terletak di pantai Tenggara benua Afrika, Mauritius dahulunya adalah pulau gunung berapi dan kini terkenal dengan keindahan kawasan pantai dengan pasir putih, iklim sub-tropika serta keindahan persisiran pantai Lautan Hindi. Kita boleh memilih untuk berehat di pantai Belle Mare, pantai terpanjang di Mauritius sambil menghirup jus tebu segar, atau melakukan aktiviti  selaman skuba kerana pulau ini terkenal dengan keindahan bawah air yang sangat baik dan suhu panas yang menarik pelbagai hidupan laut. Jika anda inginkan aktiviti yang lebih mencabar, bolehlah merasai pengalaman Underwater Walk, berjalan di dasar lautan dengan menggunakan sebuah helmet oksigen. 

Bagi yang meminati budaya dan sejarah boleh menuju ke ibu kota Mauritius, Port Louis yang menawarkan pelbagai jenis Tugu Peringatan penjajah atau ke Grand Bassin, di mana terletaknya patung Shiva yang kedua terbesar di dunia di pintu masuk ke tasik kawah semulajadi di kawasan pergunungan.


Kenapa Air Asia X pilih Mauritius?

Sebenarnya terdapat permintaan yang tinggi untuk ke sana. Lagipun, pengembara yang berhajat untuk ke Afrika boleh menjimatkan kos perjalanan dengan penerbangan tambang rendah ni. Dari KL naik AAX ke Mauritius kemudian sambung ke negara lain pula. Jimat banyak beb kalau kena caranya. Kita juga berharap ramai rakyat Mauritius dan sekitarnya akan mengambil peluang melancong ke Malaysia dengan adanya laluan terbaru ini. Bawa duit bebanyak datang sini.

Selain disebabkan pelancongan Air Asia juga berharap para peniaga Malaysia dapat mengembangkan perniagaan mereka ke benua sana pula.


Berapa lama perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mauritius?

Tujuh jam sayang. Dengan itu malam sebelumnya tak payahlah kita tidur, kita gasak layan movie/qiamullail/baca quran/novel  sampai ke pagi supaya boleh zzZZZzzzZZZZzzzz dalam penerbangan nanti :-) . Jangan berdengkur sudah.

Dengan perjalanan yang lama tu eloklah kiranya kita stay lima hari di sana. Enuf for relaxing and joli. Flight timing pun bagus, sampai sana siang tiba di KL pun siang. Kita akan diberikan VOA selama 30 hari.


Berapa harga tambang promosi bermula 26 Mei 2016?

Murah je uolls... tambang promosi termasuk semua dari serendah RM299** sehala untuk tempat duduk biasa, dan dari RM999** sehala untuk tempat duduk Premium Flatbeds sedia untuk ditempah dari 26 Mei hingga 5 Jun 2016 untuk perjalanan dari 4 Oktober 2016 * sehingga 22 Mei 2017. 

Tambang promosi ini boleh didapati secara online di airasia.com serta di aplikasi mudah alih AirAsia untuk iPhone dan Android dan juga melalui mobile.airasia.com

Marilah kita bersama-sama berjemaah depan gajet memasing tengah malam nanti :D

Apa lagi?? Set alarm, malam karang nak berjaga depan www.airasia.com hehehhe...


Mauritius = sun + sand + sea + dot dot dot (diorang yang cakap eh, bukan aku)

Belum Rainforest Resort | A Gateway To Nature

Belum Rainforest Resort | A Gateway To Nature Belum Rainforest Resort ialah salah sebuah lokasi eko-pelancongan yang utama di Malaysia. Berada di tengah kekayaan hutan tropika, resort ini ialah tempat impian pencinta alam dan lokasi percutian idaman yang lengkap untuk merehatkan badan kerana menawarkan kedamaian, pemandangan yang indah resort serta persekitarannya, cabaran dan peluang untuk berada benar-benar dekat dengan alam.


Dengan dikelilingi hutan hujan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, para tetamu dapat menikmati pengalaman unik kecantikan asli hutan dan misteri alam yang masih terpelihara. Bagi yang meminati aktiviti luar yang lasak semuanya tersedia di sini, hanya menunggu masa untuk dimulakan.


Di Manakah Belum Rainforest Resort?

Dahulunya resort ini dikenali sebagai Banding Island Resort. Ia terletak di daerah yang bersempadan dengan Kelantan dan Thailand. Dari Kuala Lumpur kita akan keluar di Tol Kuala Kangsar untuk ke resort ini.

Resort ini dikelilingi Tasik Temenggor, tasik buatan manusia yang kedua terbesar di semenanjung Malaysia selepas Tasik Kenyir (juga tasik buatan). Jalanraya yang menghubungi pantai barat dan timur semenanjung akan melalui Tasik Temenggor, satu dari Gerik, Perak dan satu lagi dari Jeli, Kelantan.

Kalau bernasib baik kita akan terserempak dengan kawanan gajah di jalanraya Jeli tu... bapak punya bapak punya bapak gajah hehhe... bayangkanlah dia sama tinggi dengan aku yang duduk dalam bas ekspres tu.


Kemudahan Yang Disediakan:



112 rooms 6 traditional chalets
1 houseboat
1 swimming-pool
2 restaurants
3 private rooftop dining rooms
2 meeting rooms
1 business center
1 lounge bar + pool table

Kesemua bilik berhawa dingin, dapur moden dengan hidangan barat, asia dan tempatan sepanjang hari, sambungan internet. Kenapa nak beritahu dapur moden eh... ada ke hotel yang masak guna dapur kayu? hmmm...

Jika anda berbajet besar atau mampu berbelanja tanpa bajet.. owh best nya.. bolehlah menginap di villa yang siap dengan private pool dan 24 butler service. Rumah tradisional yang menghadap tasik tu pun menarik juga. Ah memang best lah kat sini, senyap sunyi damai.


Apakah Kelainan Resort Ini?
Selain aktiviti lawatan dan air yang telah ku ceritakan di sini kita boleh juga menginao di house boat untuk pengalamn yang berbeza.



Traditional house

Lepak sini menunggu sunset.


Restoran ada dua, yang di bawah sana berdekatan swimming pool tutup pukul 6 petang. Makanan sedap dan banyak pilihan. Masukkan kos makan dalam bajet percutian anda sebab resort ini jauh dari pekan.

Untuk merasai kelainan berada di tengah tasik menikmati alam yang masih belum tercemar, boleh menginap di house boat ini dengan kapasiti maksima 16 orang. Harga untuk 2 hari 1 malam bermula daripada RM6,000 satu bot.


Houseboat

Swimming pool ini agak jauh dari bilik jadi selepas dua kali turun naik kesudahannya aku tak jadi mandi. Pastu menyesal tak menyaksikan matahari terbenam di sini :-(

Tempat untuk berangan mencari idea.

Bilik deluxe kami. Selesa je kaki memijak lantai kayu tu. Bangun pagi dengan bauan dedaun dan kayu sungguh menyegarkan.

Rumah tradisional. Bolehlah mengimbau kenangan lalu semasa kita masih tinggal di rumah kayu di kampung tetapi yang ini lebih menarik dengan bilik air moden dan pemandangan indah menghadap Tasik Temenggor.



If you need a quiet retreat, Belum Rainforest Resort offers that for sure.

Banyak outdoor packages yang ditawarkan oleh BRR. Boleh lihat di sini.

Berminat?

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding
33200 Gerik
Perak Darul Ridzuan 
Malaysia 

Telephone : +6 05 791 6800
Fax : +6 05 791 7600
Email : info@belumresort.com

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free