Islam Penyuluh Hidup

Tags
Islam agama yang mencegah BUKAN menghukum.

Ruz Zack Baniamin's photo.

Lelaki, Berjemaahlah Di Masjid

Tags
Wahai anak-anakku... 

There are places in some countries that do not have masjids, Muslims pray jama'ah standing on the wood because of extreme heat. 

What is the excuse for those who are too lazy to pray at the air-conditioned carpeted masjids???



Funtasy House Trick Art | Tarikan Terbaru di Ipoh

Funtasy House Trick Art | Tarikan Terbaru di Ipoh | Jalan-jalan lagi di Ipoh, banyak juga tempat yang menarik. Sementara menunggu Movie Animation Park Studios (MAPS) dibuka bulan Julai nanti kita jelajah tempat lain dulu.

Seperti menjadi trend, kini ramai pengusaha yang membuka perniagaan 3D art, lukisan yang kelihatan 'hidup' di dalam gambar. Untuk mendapatkan gambar yang menarik, kita kena menggayakannya mengikut kesesuaian atau tema gambar. Kalau nak kena sembelih tu buatlah muka takut, jangan tersengih-sengih pula. Kalau lalu jambatan yang kecil dan tinggi buatlah muka cemas macam nak jatuh. 
Aku suka memotret gambar kengkawan yang sporting. Istimewanya di sini ada dekorasi dapur terbalik. Satu je... takdelah pening kepala aku macam masuk rumah terbalik. Bila turn aku, aku pilih gambar yang selamat jer... duduk kat buaian atau dalam kelopak bunga heheh..

Bangunan ini berdekatan Masjid Sultan Idris II, ais kepal, barber shop yang berusia 30 tahun, Yasmin at Kong Heng dan Hotel Cititel Express. Moh kite ke Funtasy House Trick Art dengan kengkawan!




 Katak ni sukakan jantanlah.


Funtasy House Trick Art
16, Jalan Market
30000 Ipoh
Perak, Malaysia

Waktu perniagaan:
Isnin -  Jumaat : 9 pagi – 6 petang
Hujung minggu & cuti umum : 9 pagi – 8 malam


Harga tiket :

RM15 untuk dewasa
RM10 untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun, pelajar (dengan kad pelajar) dan warga emas
old)

Di Mana Golongan Kaya Malaysia Melancong?

Tags

Di Mana Golongan Kaya Malaysia Melancong? Dah selalu sangat dengar cerita aku ke sana sini kan, trip yang biasa biasa sangat.. kurang umphhh. Apa kata kali ni kita baca pula cerita orang kaya-kaya. Bacalah dengan senang hati supaya menjadi inspirasi. Kalau baca dengan rasa dengki nanti sakit hati.


Aku teruja sangat bila tengok gambar kengkawan yang pergi ke tempat-tempat mahal nih. Lepas tu up status, siapa nak kirim LV sila bank-in. Cisss..! Siapalah yang sudi membawa aku main ski nih? Ada tak yang perlukan pembantu peribadi ketika bercuti? E-mail me please... jangan tinggalkan aku melopong kat resort dah la hahahah....



Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, tempat paling sejuk yang dapat dilawati ialah Cameron Highlands, Fraser's Hill, Gunung Kinabalu atau or Genting Highlands. Tu pun dengarnya Cameron Highland dah tak sejuk mana.

Namun begitu tidak semua yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, ramai juga bertaraf "enggang" di Malaysia ni. Mereka mampu untuk berada jauh berminggu-minggu dari suhu paneh bedonting di Malaysia sekarang ini.

Persoalannya ke manakah tujuan mereka dan apakah yang mereka lakukan ketika di sana?

Nampaknya trend terkini golongan muda dan kaya memilih untuk bermain ski. Untunglah... macam tercampak ke syurga dunia.

Dan seperti 10% golongan kaya dan berkemampuan lain di dunia, hanya lokasi bersalji terbaik (dari segi kualiti dan kedalaman) dipilih. Bunyi macam angkuh pula bila orang-orang kaya dari negara tropika demand nak kawasan bersalji terbaik.  Haish... dah keluar duit kan? Sedangkan orang yang  bayar pakej ciput pun demand nak hotel berbintang empat inikan pula orang yang mampu berbelanja tanpa bajet.

Kita kena ingatlah bahawa anak-anak orang kaya ni biasanya dibesarkan dan bersekolah di luar negara jadi bermain ski dah jadi favourite past time, manakala kebanyakan kita ni biasa dengan bolasepak dan badminton jer. Itu pun dah bagus daripada main Candy Crush ye tak? hahah... berpeluhlah juga. Dah anak-anak mereka tu tak bersekolah di Cheras dah tentulah main salji di musim sejuk. Yang belajar di sini pun dah biasa ke luar negara bila berkesempatan. Pokoknya mereka tiada masalah uang dong.

Jadi, ke manakah peminat ski ini memburu salji terbaik? Adakah Aspen, Colorado di United States atau kawasan bergunung-ganang di Banjaran Alps di Switzerland? Tidak. Tempat-tempat tu semua dah ketinggalan zaman kata mereka. Kalau aku memang awesome dah tu sebab tak pernah pergi hahah...kesian.

Kata seorang kerabat diraja yang sangat sukakan aktiviti ski, salji terbaik adalah di utara Jepun seperti Hokkaido, Tohoku, Niigata dan Nagano. Hah, kan aku dah announce trip Air asia X ke Niseko, Hokkaido minggu lepas? Cuba baca kat sini.

Menurutnya, salji terbaik adalah dari Siberia kerana kurang manusia dan pencemaran. Butiran salji ini diterbangkan ke utara Jepun, ke Pulau Hokkaido. Disebabkan itulah Jepun mempunyai resort ski yang terbaik di sana.

"Kenapa kami mencari salji terbaik? Kerana salji terhasil melalui heavy snowstorm yang menyebabkan timbunan salji tebal... dan awak tak boleh bayangkan betapa hebatnya perasaan berjalan di dalam salji tebal separas pinggang". Fuhhh...macam best jer. Bawalah daku ke sana please.... "Perasaannya berbeza dengan alpine skiing dimana salji lebih padat", kata kerabat tersebut yang bernama tettttt...
Jadi berapakah kos skiing trip ni? Nak juga tahu kan? Dah tahu barulah atur plan gituh.

Sama seperti trip lain jugalah, kena pastikan berapa hari nak pergi. Menurut si kerabat ni resort yang dia book tu caj RM5,000 semalam (did u read it properly?) dan beliau mungkin akan tinggal di sana empat ke lima hari. Kalau beliau ada plan nak shopping kos keseluruhan akan mencecah Rm100,000 ke RM150,000. Phewww...gileh. Boleh beli dua tiga buah apartment tu... lepas tu sewakan kat hang, hang dan hang yang umur dah masuk 30 tahun tetapi masih beralasan nak beli rumah.

Melarikan diri dari kepanasan satu hal tetapi ke manakah golongan super kaya ini pergi untuk percutian tahunan?

Ada satu kumpulan orang kaya ni suka belayar di lautan. Telah menjadi kemestian kepada sekumpulan 10 ke 15 pasangan ini setiap tahun untuk menempah cruise dan belayar melihat dunia sambil dilayan seperti raja. Walaupun di negara sendiri pun mereka dah menerima layanan seperti raja siap berdayang (maid) bagai tetapi dilayan oleh orang asia tak sama dengan mendapat layanan orang puteh. Dia puas hati giler dapat jadi bos kepada bekas penjajah tu sekejap kata si Tan Sri.

"My wife, friends and I have been sailing for close to two decades annually. Pertamanya, kita dapat tinggal di hotel bergerak enam bintang yang boleh membawa kita ke lebih tempat berbanding hotel biasa. Ia memudahkan. Contohnya bila kami ke Mediterranean kami akan bermula di Istanbul, Turkey. Kami akan terbang ke Istanbul beberapa hari sebelum kapal belayar dan mengembara di bandar tersebut dulu. Bila dah belayar kami singgah Malta, Athens di Greece, Rome, Monaco dan beberapa lagi sebelum berakhir di Barcelona. Dari sana kami terbang ke London untuk shopping beberapa hari kemudian pulang ke Malaysia. Di atas kapal tu ada bermacam aktiviti, yang lelaki boleh berjudi memalam... ". Memang pun, kapal-kapal besar ni dah macam daratan, nak bersenam di gimnasium ke.. nak makan-makan ke.. nak berenang ke.. semua ada. Kalau ikut pakej pelayaran islamik tu siap ada ustaz bagi ceramah dan bersembahyang jemaah ditemani bulan bintang.

Ada butler service, kejutkan kita pepagi, breakfast in bed, bukakan langsir... tu yang membuatkan kita rasa macam raja. Kata si Tan Sri dia kan berhabis sekitar RM750,000 untuk percutiannya sebab membawa personal entourage sekali seperti bodyguard dan personal assistance (nak jadi PA! nak jadi PA!). Don't worry, work hard spend hard oso lah. 750 ribu ringgit tu boleh beli sebuah rumah dua tingkat yang bagus di Lembah Kelang. Hmm..besar periuk besarlah keraknya. 

Bila tiba di terra firma, kumpulan jutawan ini akan tinggal di hotel hebat seperti Bvlgari di London, St Regis di Spain atau Waldorf Astoria in New York sebab hotel-hotel ini menawarkan servis kelas pertama seperti yang ditawarkan di atas kapal layar.

Anak dara gadis perempuan seorang banker ni (kenapa aku terbayangkan Misz Nina?) pula kata London dan Paris dan takde umphh. Dah macam balik kampung katanya. Menurutnya ramai daripada mereka bersekolah di London dan mereka mempunyai rumah di sana. London tu pit stop aje. Mereka lebih sukakan tempat-tempat yang eksotik yang tak ramai orang pergi ataupun masih baru seperti Moscow, Budapest dan South Africa untuk Krueger National Park Safari. Tempat-tempat macam tu lah. Eh, samalah kita. Hong Kong pun so, so, so last year. Sekarang ni orang pergi Shanghai. 

Mengapa Shanghai?

Sebabnya kotaraya Shanghai sangat mahal dan ia simbol status untuk berada dan dilihat di sana (okay ai dah sampai Shanghai :-)). Hanya orang kaya baru je sibuk nak ke London, Paris, Hong Kong... kami ni dibesarkan di sana. Terasa tau, walaupun ai bukan orang kaya.

Jenama apa yang isteri VVIP ni pilih ketika membeli-belah?

Socialites yang juga isteri VVIP yang kita panggil Tai-tai Aunties, Datin/Datin Seri, Puan Seri and Toh Puan akan memilih jenama tertentu bila shopping yang menggambarkan betapa berjaya dan kayanya suami mereka.

Untuk handbag pilihan utama ialah dari French brand Hermes. The Hermes lines of Birkin, Kelly and Birkin Ostrich are the bags of choice. Nak tahu Hermes tu macam mana, sila lihat Kak Ros. Hanya yang termahal di badan dia. Harga Birkin yang termurah pun USD10,000!

Kasut pilihan pula ialah Louboutin. Selain warna merah menyala yang menjadi trademark sebatu boleh nampak, ia juga adalah kerana tiada butik Louboutin di Malaysia.  Kalau ko pakai maknanya ko beli kat obersi. Ko memang kelasss gituh. Sepasang Louboutin berharga RM3,000 hingga RM10,000. Jenama lain yang disukai ialah Dior, Bally, Ferragamo and Prada.

Golongan VVIP anak-beranak ini juga meminati barang kemas dari Tiffany and Co. yang harga cincin berliannya bermula daripada RM20,000. Harclip dari Ferragamo diorang pun dah RM500 sebiji. Cari isteri yang sekufu dahlah jang, tak lena tidur nanti hahah..

Untuk wife VVIP yang up-to-date dan trendy, mereka akan memilih BCBG Maxmara, Versace, Christian Dior, Chanel, Alexander McQueen, Marc Jacobs, and Tory Burch untuk dress yang cantik. Bagi pakaian yang lebih konservatif mereka memilih local designer seperti Razwan Razwill, Rizalman, Jovian Mandagi and Seijun (Shangri La). Harga sama je mahalnya dengan brand ternama luar negara tu.

Hmmm... berapa banyaklah duit VVIP ni eh?

Okay, nak nasihat sikit.

Jika ternampak iklan tudung atau jubah berharga ratusan hingga ribuan ringgit, JANGANLAH mengecam si penjual atau pembeli. Kata-kata seperti:

Pakai tudung memahal perangai macam harem...

Pakai jubah harga beratus tu boleh dibawa ke kubur ke? 

Pakai jubah beribu tu confirm masuk syurga ke? 

Lebih baik bersedekah daripada beli jubah memahal!

Sindiran dan kecaman seperti ini menunjukkan kita ni masih duduk di bawah tempurung lagi. Smartphone mahal tapi fikiran tak berkembang. Ketahuilah bahawasanya ramai orang kaya di Malaysia ni. Tafsiran sederhana itu tak sama kepada semua orang. Bagi yang bergaji RM2,000 sebulan beli kain RM60 sepasang itu sederhana. Bagi yang berpendapatan RM1.5 juta setahun, mengadakan kenduri kahwin anak sebanyak RM200,000 itu masih lagi sederhana. Dan percayalah, golongan kaya ini sudah banyak bersedekah/menderma sebab tu mereka kaya. Kan Allah dah kata kalau nak kaya jiwa/harta kena banyak memberi.

Awak dan saya yang  kurang mampu berjubah dan bertudung mahal duduk dendiam sudah. Kita bukan target market si penjual. Ada faham?


Tips Menabung.
Cara orang kaya dan berjaya kumpul duit.

Our iron lady  Datuk Maznah Securiforce tu pernah cakap, kalau dia plan tahun tu nak bercuti ke oversea sekeluarga dan berbelanja RM100,000 dia akan cari RM100k tu. Dia tak usik bisnes yang dah ada. Panjang akal kita kalau bercampur dengan orang bisnes dan positif ni. Aku suka dengar  tapi bab action slow sikit heheh..

Ini teruramah yang benar ya. Untuk membaca sumber asal tanpa ajinomoto sila baca di The Heat Malaysia.

Royal Belum | Menjejak Hutan Hujan Yang TERTUA DI DUNIA

Royal Belum | Menjejak Hutan Hujan Yang TERTUA DI DUNIA | Jika anda berminat dengan pelancongan ekologi Malaysia adalah lokasi yang tepat. Hutan, gunung, laut, hidupan liar di sini telah berjaya menarik jutaan pelancong setiap tahun malah ada yang datang berulang-kali.


Negara ini dikenali di mata dunia bukan sahaja kerana memiliki bangunan berkembar Petronas yang tertinggi di dunia malahan kita mempunyai pantai, laut dan hutan antara yang tercantik di dunia. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mampu menawarkan percutian alam yang sungguh menarik dan menjadi kenangan.

Bercakap mengenai hutan, kita masih beruntung kerana sebahagian besar hutan masih dipelihara dengan baik untuk mengekalkan biodiversitinya demi generasi akan datang. Flora dan fauna yang pelbagai hanya akan kekal di habitat asal tanpa pencemaran dan pemusnahan melampau oleh tangan-tangan manusia. Masih ramai rakyat yang mahu kehijauan alam ini disekat daripada manusia rakus yang mata duitan.
 
 

Royal Belum Yang Mendamaikan

Royal Belum yang terletak di Hulu Perak bersempadan dengan Hala Bala Wildlife Sanctuary, Taman Negara Bang Lang, Thailand di utara, dengan Lebuhraya Timur-Barat disebelah selatan dan dengan negeri Kelantan di timurnya. Jumlah keluasan Taman Negeri Royal Belum hampir 90% daripada keluasan Hutan Simpan Belum yang seluas 132,000 hektar. Ianya sebahagian Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, lebih tua daripada hutan Amazon dan Congo. Setakat ini ianya masih lagi berstatus Taman Negeri dan hanya sebahagian yang dipelihara dan dikawal sebagai taman negeri.

Besar potensi eko-pelancongan Royal Belum jika diurus dengan baik. Toksah merepek buat taman tema ke apa di hutan belantara ni. Kalau fokus percutian alam kekalkan begitu. Tak perlu nak belajar jejauh sangat tentang eco-tourism ni, tengok je Sabah dan Sarawak tu... berduyun-duyun pelancong asing ke sana. Orang Malaysia sendiri lagilah ramai.
 
Tasik Temenggor, tasik buatan manusia yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Tasik Kenyir juga di sini. Disebabkan dahulunya hutan jadi sekarang kita boleh nampak banyak pulau yang sebenarnya adalah puncak bukit atau gunung yang telah tenggelam. Ada satu tempat tu kita boleh nampak kubah masjid di musim kemarau. Kesemua penduduk kampung termasuk orang asli dipindahkan sebelum tasik ini dijadikan kawasan tadahan air. Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.
 
Dikatakan juga di Royal Belum inilah tempatnya untuk kita melihat kesemua spesis hornbill. Tempat lain di Perak yang ada banyak burung enggang ni ialah di Pulau Pangkor (boleh baca di sini). Jika bernasib baik kita juga akan dapat melihat tiga spesis bunga rafflesia di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Shah.

 



 
Bagaimana "Belum" Mendapat Nama?

Menurut cerita orang tua-tua Belum (atau Taman Negeri Belum) mendapat nama dari
 Belalang Ranting yang dipanggil “Belang Belong”. yang mengeluarkan bunyi "belang..belong..belang..belong.." seakan-akan “belummm... belummm...”. Belang Belong sejenis serangga yang agak unik kerana ia boleh mengeluarkan bunyi yang nyaring dan merdu. Badannya panjang dan berwarna coklat serta berkaki panjang. Rupanya seakan-akan ranting kayu. Ia mempunyai kepak kecil, bergerak perlahan, memakan pucuk-pucuk kayu muda dan aktif pada waktu malam.
 
 
Apa Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Royal Belum?
 
Macam-macam uols... boleh mandi di air terjun, boleh ke Santuari Ikan Sungai Ruok, tengok rafflesia... buat aktiviti air, camping... melihat perkampungan orang asli... nak tidur dalam boathouse pun boleh. Bila masuk kampung orang asli tu pepandailah bawa diri, masuk kampung orang kan? Jumpalah tok batin dulu jangan main serbu tangkap gambar je. Bawalah jajan ke.. alat tulis ke... sabun basuh ke... kita kan kaya dengan adat dan adab.

Aku tak tahu kenapa folder gambar tak boleh dibuka semula jadi tengok gambar-gambar yang ini dululah ya. Jika berjaya nanti aku update lagi.  
 

Foto mimbarkata.blogspot.com

Ada lagi gambar orang asli yang lebih menarik di instagram ruggedmom.


Foto timetravelafif.blogspot.com

Kem pelancongan Sungai Tiang


Foto www.kosmo.com.my

 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Kereta?
 
Perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengambil masa lebih kurang lima jam. Sila keluar di tol Kuala Kangsar meuju ke Grik. Selepas Grik kita akan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur yang menuju ke Kota Bharu. Penuhkan tangki minyak sesiap di Grik tu ya. Kemudian ikut je signboard ke Royal Belum. Boleh parking kereta di Jeti Pulau Banding atau kalau stay kat Belum Rainforest Resort boleh park and check-in :-)
 
 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Keretapi?
 
Naik train paling best. Sila turun di stesen Ipoh atau Kuala Kangsar (beberapa stops selepas Ipoh) dan naik bas ke Pulau Banding. Study dulu waktu bas brlepas ye.
 
 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Bas?
 
Setahu aku bas ekspress dari Kuala Lumpur hanya sampai ke stesen bas Grik yang letaknya 40km dari Pulau banding yang menjadi pintu masuk ke Royal Belum. Dari Grik kena naik bas lain atau teksi. Kalau suka adventure boleh try.
 
 
Contoh Pakej  3 Hari 2 Malam di Royal Belum
 
Hari Pertama
10.00 am – Tiba di penginapan
10.30 am – Bertolak ke Sg.Gadong untuk melihat bunga rafflesia – 10 minit trekking
– Bertolak ke Sg. Ruok (kawasan air terjun) – 5 ke 10 minit trekking
– Melihat Santuari Ikan Kelah, Tengas & Temoleh.
– Bermandi-manda
– Bertolak ke Sira Papan – 10 minit trekking
– Makan tengahari (pack lunch)
3.00 pm – Bertolak ke Kem Pelancongan Sg. Kenarong – 45 minit perjalanan bot
– Persiapan khemah dsb.
5.00 pm – Minum petang dan aktiviti bebas
8.30 pm – Makan Malam
9.00 pm – Aktiviti bebas (tertakluk pada pihak penganjur : taklimat, karaoke dll.)
– Memancing (tertakluk pada permintaan)

Hari Kedua
8.30 am – Sarapan pagi
9.30 pm – Menyusuri Air Terjun Mes / Sungai Kejar
1.00 pm – Makan Tengahari
– Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sg. Kejar (menaiki bot) – melihat sekitar kawasan
5.00 pm – Aktiviti Bebas / minum petang
8.30 pm – Makan malam
– BBQ (tertakluk pada permintaan)
– Aktiviti ‘night trekking’ (terpulang pada pihak penganjur)

Hari Ketiga
8.30 am – Sarapan pagi
– Aktiviti Bebas
– Berkemas dan membersih kawasan
– Makan tengah hari
– Bertolak ke Pulau Banding
* (Jadual aktiviti tertakluk pada perubahan)
** Permit – nama hendaklah diberi dalam tempoh 1 hari sebelum tarikh masuk & 1 hari bagi warganegara asing (salinan passport hendaklah disertakan).
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Perbadanan Taman Negeri Perak
Tingkat 1, Kompleks Kerajaan Negeri
Daerah Hulu Perak
JKR 341, Jalan Sultan Abdul Aziz
33300 Gerik
Perak.
Tel : 05 7914543 / 7911589
 
Royal Belum
Pusat Maklumat dan Permohonan Permit
11067 Jalan Suda Bahagia
33300 Gerik
Perak
Tel : 05 7917858

 
 
 
 
 




Motivasi | People Come And Go. Allah Stays.

Tags
Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kita menguikut aturanNya.

Kekadang mereka mambantu kita.

Kekadang mereka menguji kita.

Kekadang mereka mengelirukan kita.

Tetapi kita tetap akan belajar sesuatu.

Mengenali Sultan Perak Di Galeri Sultan Azlan Shah

Mengenali Sultan Perak Di Galeri Sultan Azlan Shah | Dalam program Perak World of Wonders tempohari, salah satu acara ialah menelusuri sejarah kesultanan Perak. Sebagai rakyat Malaysia, mengetahui serba sedikit sejarah negara adalah wajib. Jangan nanti orang asing yang bercerita kepada kita tentang sejarah negara sendiri.

Galeri ini mempamerkan koleksi barangan peribadi dan hadiah Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta khazanah-khazanah pemerintahan Kesultanan Perak. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur-galur Kesultanan Perak melalui gambar dan teks. Di bangunan yang satu lagi dipamerkan kenderaan peribadi dan rasmi yang pernah digunakan oleh almarhum Sultan Perak, juga hadiah yang baginda terima daripada ketua negara di seluruh dunia. 



Tiles kotak marroon-beige di atas merupakan tiles asal yang diimport dari Itali.



Dari website Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) dinyatakan  Galeri Sultan Azlan Shah secara rasmi dibuka oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada tarikh 9 Disember 2003. Awalnya istana yang disebut "Istana Hulu" atau disebut Istana Kota terletak di Bukit Chandan, merupakan istana konkrit yang pertama dibina di Negeri Perak. Istana ini kepunyaan Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke 28 (1887-1916). Ia mula dibina pada tahun 1889 dan siap pada tahun 1903. Pada tahun 1916, istana ini diduduki oleh anakanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil. Dua tahun kemudian, istana ini telah diduduki pula oleh putera baginda iaitu Sultan Yussuff Izudin Shah, Sultan Perak ke 32 (1948-1963).

Dalam tahun 1954, Istana Hulu ini telah dimiliki oleh Kementerian Pelajaran, dan dalam tahun 1957, bangunan ini di gunakan sebagai sekolah yang dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Istana Kota. Pada tahun 1970, Sekolah Kebangsaan Istana Kota ditukar dengan nama Sekolah Raja Perempuan Muzwin, iaitu mengambil sempena nama DYMM Raja Perempuan Perak iaitu Raja Muzwin Binti Raja Ariff. Pada tahun 1996, Sekolah Raja Perempuan Muzwin telah mendapat bangunan barunya yang berhampiran dengan kawasan ini. Bangunan istana yang ditinggalkan ini akhirnya telah dicadangkan untuk di jadikan Galeri Sultan Azlan Shah.

Atap Galeri Sultan Azlan Shah unik berbentuk 'bumbung limas' dari nyeri, struktur bumbung begitu menarik seperti piramid, manakala bentuk keseluruhan adalah campuran estetika ciri tempatan dan kolonial. Pada peringkat awal pembinaan, bahan bangunan yang berpunca dari luar negeri - genting dari Perancis, sementara dinding dan lantai ubin yang berpunca dari Itali - untuk melengkapkan batu tempatan dan 'Cengal' dan 'Meranti' kayu yang digunakan untuk atap rangka batang dan balok. Dedulu semuanya kita import. Bertuahnya orang dedulu semua barang made in negeri omputeh.



 Songkok baldu hitam yang pernah dipakai oleh Almarhum Sultan Abdul Jalil Shah, sultan yang memerintah Perak 1916-1918

Galeri ini memaparkan sejarah dan tonggak kehidupan termasyhur DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan. Elok peruntukkan sekurang-kurangnya dua jam untuk melihat, membaca dan memahami bahan pameran di sini. Tak enjoy kalau terkejar-kejar. Bukan senang nak melihat khazanah istana.

Kesultanan Perak ni ada sedikit persamaan dengan sistem beraja di Negeri Sembilan. Pengganti sultan tidak semestinya dilantik dari kalangan anak sultan tersebut.

Menarik tau jika ada tour guide yang bercerita tentang satu-satu artifak/bahan pameran. Tak semua boleh diceritakan di sini, off record. Di sinilah baru ku tahu nama lipatan tanjak "ayam patah kepak". Kesian ayam.


Keris Taming Sari dan Cura Si Manjakini kini di simpan di istana Di Raja Perak. Ia di jaga oleh orang besar Perak. Sekiranya ia dipamerkan di galeri ini, keris tersebut akan dibawa pulang ke istana  di waktu rehat dan dibawa kembali ke galeri selepas itu. Bila tamat waktu lawatan keris akan disimpan kembali di istana. Hanya "Orang Besar" tersebut sahaja yang boleh membawanya.

Cura Si Manjakini  ialah sebilah pedang yang disebut di dalam teks Sejarah Melayu, kepunyaan Maharaja Sang Sapurba iaitu nenek moyang legenda Raja-Raja Melayu. Selama ratusan tahun, pedang ini menjadi simbol kedaulatan dan kekuasaan dalam budaya Melayu. Ia diwariskan kepada Sang Nila Utama iaitu pengasas Kerajaan Singapura Lama (Temasek), kemudiannya kepada Parameswara pemerintah pertama Kesultanan Melaka, dan seterusnya kepada Muzaffar Syah I, Sultan Perak pertama. Pedang tersebut kini merupakan sebahagian daripada alat kebesaran Kesultanan Perak.

 Koleksi keris dan pedang.

 Tiara turun temurun yang hanya dipakai sewaktu majlis pertabalan.

Haa.. tengoklah sebahagian koleksi jam baginda. Casio takde ke? (eh? haha...). Almarhum Sultan Azlan jika hendak memakai mana-mana jam yang disimpan di sini akan mematuhi prosedur yang ditetapkan seperti merekodkan nama dan butiran lain. Jadi kita yang entah sapa sapa ni belajarlah mematuhi peraturan yang ditetapkan terutamanya jika menggunakan harta orang lain. Dah pinjam PTPTN pepandailah bayar balik. Tetiba. Eh uols, kalau rasa nak sewa jam pun boleh rasanya tapi tak tahulah berapa pihak galeri caj. Jadi lepas ni jika di majlis grand ada orang show off dengan jam dia mungkin aku akan berfikir "sewa jam Sultan lettewww..." hahaha...

 Sebahagian jam milik Sultan Azlan Shah. Ada yang dihadiahkan oleh anakanda baginda. Jangan cari brand Casio, Guess atau Swatch eh.


Memandangkan almarhum Sultan Azlan merupakan raja yang aku hormati serta kagumi kerana keilmuan dan keperibadiannya, tentulah banyak perkara yang menarik perhatian. Keluarga baginda juga jarang berada di dalam radar gosip tempatan. Memang sepatutnya begitulah kan. Lagi satu, nama-nama anak baginda pun sedap belaka, Nazrin.. Ashman.. Elina, Ezureen.. termasuklah cucu-cucu baginda. Takdelah recycle nama ayah atuk uwan onyang sendiri macam Putera Harry dari Wales (Harry Charles Albert David). Contoh.

Baginda sangat meminati sukan hoki dan mencintai bidang perundangan. Di zamannya para hakim dihormati. Keputusan mereka tidak disanggah. Sekarang, ko rasa? Baginda pernah menjatuhkan hukuman kepada 'seseorang' yang setarafnya namun diampunkan oleh 'seseorang' yang lain. Kalau nak tahu silalah google. Kalau tak jumpa di dot com carilah di dot vn ke dot au ke...  Alah kalau tanya orang tua-tua mereka pun tahu cerita tu walaupun dedulu mana ada internet. Dari utara ke selatan orang tahu. Mulut is powerful.


 Tulisan tangan baginda di dalam buku perundangan.


 Semoga tenang di 'sana'.

Banyak sekali bahan pameran hingga membawa ke tingkat atas. Di tingkat satu kita akan dipertontonkan pelamin nikah dan video perkahwinan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfullah dan Permaisuri Perak, Tuanku Zara (ketika itu digelar Raja Nazrin Shah dan Cik Zara Salim Davidson). Berita perkahwinan mereka disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran oleh seluruh rakyat Perak. Ramai yang frust uolsss... Raja Nazrin berkahwin ketika berumur 50 tahun manakala pasangannya 35, so... korang yang belum berjodoh tu janganlah gundah gulana sangat, jodoh korang dok pakai diaper lagi tu.

Sultan Perak, KDYMM Sultan Dr Nazrin bersama permaisuri, yang ditabalkan pada tahun 2014.

Selepas melihat keseluruhan bahan pameran, gambar dan hadiah memahal tu tertanya-tanya juga aku, raja-raja ni gi melancong beli fridge magnet tak? eh.

Galeri Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel: 05-7775362 atau Fax: 05-7774957
Email : gsas@perak.gov.my
Website : http://www.muziumperak.gov.my atau http://gsas.perak.gov.my
Dibuka Setiap Hari : 9.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.15 tengahari dan 2.45 petang – 5.00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa
: RM4.00 / Warga Emas : RM2.00
Pelajar IPTA dan Sekolah Menengah : RM2.00 / Sekolah Rendah : RM1.00


Bagaimana Hendak Ke Galeri Sultan Azlan Shah?
 
Jika dari Lebuhraya PLUS, keluar di susur ke Kuala Kangsar dan ambil kanan pada simpang pertama untuk terus menuju ke bulatan di tengah-tengah Bandar Kuala Kangsar. Galeri Sultan Azlan Shah di sebelah kanan sebelum sampai ke Masjid Ubudiah. Jangan tanya dari arah lain, aku ngak ngerti.


Peringatan: **TIDAK DIBENARKAN mengambil gambar di dalam Galeri Sultan Azlan Shah**


AirAsia X dan MY ecolodge Menawarkan Pakej Pelancongan Istimewa Green Season’s ke Niseko

AirAsia X dan MYecolodge Menawarkan Pakej Pelancongan Istimewa Green Season’s ke Niseko | AirAsia X bersama MYecolodge iaitu sebuah Travellers' lodge butik ternama yang diuruskan oleh Fairlane Hospitality menawarkan pakej pelancongan 'Niseko Super Summer Saver' dari serendah RM3,900* seorang selama 5 hari 4 malam di Niseko, Hokkaido, dari Jun ke Oktober 2016. Teringinnya..... sila tempah sekarang!


Usahasama ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur oleh Tuan Yang Terutama Dr. Makio Miyagawa, Duta Jepun ke Malaysia, serta Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad, Ms Low Su Ming, Pengarah MYecolodge, Encik Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad dan Encik Darren Wickings, Pengurus Besar Fairlane Hospitality Jepun.

"Niseko Super Summer Saver" adalah pakej pelancongan istimewa berkumpulan untuk sekurang-kurangnya 10 tetamu bagi satu kumpulan yang meliputi tiket penerbangan pergi balik ke Sapporo dari Kuala Lumpur, penginapan selama 4 atau 5 malam di MY ecolodge, pengangkutan pergi balik lapangan terbang, makanan dan minuman serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengan harga di antara RM3, 900* hingga RM4, 800* bagi setiap tetamu. Tempoh perjalanan adalah dari Jun hingga Disember 2016 kecuali Julai 2016. Harga pakej ini juga termasuk cukai lapangan terbang, bagasi 20 kg, dan pemilihan tempat duduk standard. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Fairlane Hospitality Group Desk di nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com atau hubungi 03-4048 3668.

Kena cari geng 10 orang baru dapat harga tu. All in okaylah. Kos hidup di Jepun memang tinggi so please don't expect dapat harga macam pergi melancong ke negara-negara Asia Tenggara, India atau China. Yang bagusnya nak ke Jepun dah senang sekarang ni sebab tak perlukan visa lagi.


Tan Sri Rafidah Aziz sedang menunggu soalan yang tiada jawapan dalam press release. Aku sukakan cara beliau menjawab soalan, berani. Orang kaya dengan experience kan... 

Dalam reramai orang sekeliling aku ni siapalah yang tak pakai ubat ketiak oi... ya Allah sesak nafas! 

Tan Sri Rafidah Aziz menjawab soalan wartawan lagi. Sekarang tengah hot isu MAB nak naikkan fee and airport charges. Dengarnya they even wanted to introduce fees baru yang akan menaikkan kos operasi bukan sahaja Air Asia malah semua syarikat penerbangan yang mendarat di KLIA dan KLIA2. Di sebelah beliau ialah Benyamin Ismail, CEO Air Asia X Berhad.

Mengapa Sapporo Dipilih Sebagai Lokasi MY ecolodge?

Sapporo adalah bandar terbesar di bahagian utara Jepun di Pulau Hokkaido, juga merupakan pintu masuk ke wilayah Niseko kira-kira 100 kilometer atau dua jam setengah perjalanan dengan kereta. Dengan latar belakang Gunung Yotei iaitu gunung berapi yang aktif menyerupai Gunung Fuji, Niseko terkenal dengan landskap semulajadi yang indah dan tempat peranginan terkenal antarabangsa. Sapporo terkenal dengan beer, ski dan festival salji setiap tahun manakala Niseko terkenal sebagai resort ski. Jika belum ada bajet ke Switzerland boleh menikmati keindahan Niseko dulu tetapi dah tentu setiap tempat ada keistimewaannya tersendiri.

Pada musim panas, cuaca cerah dengan kadar kelembapan yang kurang berbanding bahagian Jepun yang lain sentiasa menarik sejumlah besar pelancong tempatan dari tanah besar Jepun serta pelancongan antarabangsa dari luar negara ke Niseko. Dengan tiga taman negara dalam dan di sekitar kawasan ini, ianya cukup untuk memuaskan hati pengunjung jangka panjang ke sini. Musim panas di sini tak sepanas Malaysia. Nyaman jer.

Pengunjung berpeluang mengembara meredah kawasan luar bandar yang tidak terusik dalam pencarian hidupan liar terkenal di Hokkaidō seperti 'momonga' (flying squirel), mencari tumbuhan unik di sekitar pulau tersebut, menyewa basikal, menghabiskan masa seharian memancing, melawat kawasan pinggir bandar semasa musim panas atau menerokai sungai-sungai di rantau ini dengan kenu atau berakit air arus deras!


Sejak Air Asia X memulakan penerbangan ke Sapporo pada bulan Oktober tahun lepas, ia telah dengan cepat menjadi salah satu laluan yang paling popular ke Jepun kerana Hokkaidō adalah sesuai untuk dilawati sepanjang tahun. Bermula 22 April ini kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sapporo akan ditambah menjadi 5 kali seminggu. KUL-Sapporo boleh tahan jauh so plan your trip properly. Hari bertolak tu jangan tidur siang, bantai buat kerja sampai penat supaya terus kroh krohhhh bila fly malam tu hehee... Aku selalu buat gitu, belum safety demo lagi dah terlentok.

MYecolodge - Penginapan Bertaraf Butik Dengan Harga Berpatutan 

Menurut Darren Wickings, Pengurus Besar, Fairlane Hospitality Jepun, MY ecolodge yang baru dibuka di Niseko, Hokkaido pada Disember 2015 direka untuk menjadi mesra alam dan banyak sifat - sifat alam diterapkan ke dalam reka bentuk dan penyampaian perkhidmatan, memastikan keindahan alam semulajadi yang terkenal Niseko kekal hijau hingga ke masa depan. MY Ecolodge merupakan pilihan menarik dan memikat dengan keindahan yang memukau sesuai bagi kunjungan sepanjang tahun.

MY ecolodge menawarkan gaya hidup Niseko bersuasana dan fasiliti ski resort lima bintang dengan harga yang berpatutan. Resort butik ini memiliki 172 buah bilik penginapan double/twin and quad sharing dengan Wi Fi yang zassss laju! Selain itu ia diuruskan oleh Fairlane Hospitality yang turut menjadi pengurus hartanah mewah Shiki Niseko di sana. Mesti benchmark tinggi nih.

Komen di tetamu yang pernah menginap di  My ecolodge (dari forum Tripadvisor):

"Simply incredible"
"Clean, compact and affordable"
"Awesome and very modern"
"Clean, new, tidy but expensive"
"Lots of space in the room"

"Short walk to the free shuttle service that runs every 15/20 mins, 5 minutes to town."


Resort My ecolodge tak jauh dari kampung Hirafu. Bolehlah kita tengok kampung orang kan..


Jadual Penerbangan Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Sapporo-Shin-Chitose, Japan (CTS)

No. Penerbangan
Dari
Ke
Berlepas
Tiba
Kekerapan
D7 550
KUL
CTS
11:35PM
8:10AM
Selasa, Khamis, Jumaat***, Sabtu, Ahad
D7 551
CTS
KUL
9:20AM
5:00PM
Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu***, Ahad

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Untuk maklumat lanjut mengenai MY ecolodge, sila hubungi Fairlane Hospitality Group Desk:
nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com




 


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free