Restoran Makanan Halal Di Kunming

Restoran Makanan Halal Di Kunming | Ramai yang bercadang untuk melancong ke negara bukan Islam bimbang akan kesukaran mendapatkan makanan halal. Disebabkan kerisauan itu maka penuhlah beg mereka dengan makanan kering dari Malaysia. Jika setakat dua hari okaylah, takkan lima enam hari pun nak makan makanan yang tapau dari negara sendiri? Bila nak merasa makanan tempatan?

In recent trip to Kunming I was staying at the Jinmabiji Square area. Sila lihat gambar di bawah ni. Pintu gerbang ni satu Jinma dan satu lagi Biji, ada gambar ayam jantan dan kuda di setiap satunya. The Hump Hostel kat belakang tu. Jinbi Road di sebelah kiri. Ada banyak hotel dan hostel berdekatan kawasan ini. Central Kunming lah ni.



Pasti ramai yang teruja nak ke Kunming di musim bunga dan luruh nanti. Kalau dah tak tahu sangat di mana nak mendapatkan makanan halal di negara orang tips-nya adalah sila cari masjid kerana masjid adalah pusat komuniti setempat bertemu. Di tengah bandar Kunming ni ada dua masjid yang berdekatan antara satu sama lain. Berdekatan masjid kebiasaannya ada orang berniaga makanan halal, paling koman pun roti.

Untuk kemudahkan adik kakak silalah simpan senarai restoran muslim di Kunming ni ya.

Senarai restoran halal/muslim di Kunming:
1) Masjid Yongning




Masjid ini menghadap Dong Si Street dan tiga minit berjalan kaki dari Jinmabiji Square. Di tingkat paling bawah selaras dengan jalanraya tu ada juga restoran kecil di kedua-dua belah tangga. Di tingkat bawah masjid ada food court yang diuruskan oleh Persian Gulf Halal Restaurant. Restoran halal ini juga boleh diakses melalui farmasi di tepi kanan masjid (belakang).

Dibuka 10 pagi hingga 8 malam, pelbagai makanan dihidangkan di sini. Susah jugalah nak order hehe... alternatifnya ambil gambar dan bawa ke kaunter bayaran. Bila dapat resit bawa ke kaunter makanan tersebut semula.

Macam tu lah masa aku nak minta pau, aku ambil gambar periuk pengukus tu... tapi ada seorang staf yang stylo tu (manager kot) boleh berbahasa Inggeris sikit.

This is steamed bread.

This mushroom, this sugar (aku kerut dahi... sugar? Sweet kot hahha...)

Aku mintalah hok sugar tu. Sah! Pau kacang merah hahah.. tapi aku tak berapa suka sebab gula pasir tak hancur kruk krak kruk krak, ai no like wannn..

Di China portion besar ye jadi kalau jenis makan seciput tu elok share saja dua tiga orang. Tak baik membazir rezeki walaupun kita bayar.


2) Restoran Fatimah
Aku agaklah nama restoran tu Fatimah hehe.. Restoran ini pun terletak di Dong Si Street kira berdepan dengan Masjid Yongning. Bila kita berhadapan dengan MY jalan terus ke kiri. Rasanya ia berada di lorong kedua dan mungkin juga boleh diakses dari lorong menuju The Hump Hostel. Kami tak kuasa nak sesat barat jadi kami ikut je jalan besar.

Aku suka daging goreng dengan daun pudina. Nasib baik pergi makan berempat dapatlah mencuba rasa. Kalau sensorang camana nak habiskan sepinggan besar?


3) Gerai Tak Tahu Nama
Dari restoran di atas kita jalan lagi ke depan di Dong Si Street tu. Jumpa lorong pandang kiri, jumpa lorong pandang kiri hahah gittewww.. Nanti akan berjumpalah akak ni. Ada juga orang menjual jajan. Rasanya tengahari/petang hingga malam je mereka berniaga.


4) Ke kiri, sederet Masjid Yongning
Ada sebuah gerai makanan halal. Aku tak sure bangunan apa. Aku buat gaya solat makcik tu angguk tapi takkan dekat sangat kot antara dua masjid (if, it's a mosque)



5) Masjid Nancheng
Masjid ini berdekatan Flower and Birds Market, dekat Time Square tu. Di pintu gerbang masjid ada gerai makanan muslim, di bawah masjid ada restoran, di tepi masjid pun ada restoran (di luar).

Pintu masuk ke Nancheng Mosque. Selepas pintu gerbang ni di sebelah kiri ada sebuah hotel.

Dah lalu kat pintu gerbang baru nampak Masjid Nancheng.

 Restoran di tepi masjid.

6) Di Flower & Birds Market kita akan melalui pedestrian walk yang agak panjang. Macam Petaling Street lah lebih kurang. Selepas saja barrier yang menghalang motor/kereta lalu (tak jauh dari Masjid Nancheng)  sila ke lorong kanan dan anda akan berjumpa restoran di bawah yang membawa ke Old Kunming. Petang baru buka agaknya.


7) Di Guang Hua Street.
Dari restoran di atas aku berjalan terus di Old Kunming. Kita akan melalui bangunan antik yang ditinggalkan. Jalan di sini dan di F&BM sangat berbeza macam dalam dua dunia berbeza, siap berdebu padahal sebelah-menyebelah aje. Nak refurbish agaknya tak pun pun nak dibuat new development. Jalan terus dan kita akan berjumpa dengan Old Street Kunming Tourism Centre ni.



Kemudian sila berjalan ke kiri untuk bersantap di restoran di bawah. Jangan ditanya namanya, wopuchetau.

Restoran muslim di Guang Hua Street.

8) Di Kunming Railway Station (Kun Ming Zhan)

9) Berdekatan Pacific Securities.
Bila menghadap Jinbi Road di Jinmabiji Square tu jalan terus ke kanan - kita mengikut arus - hingga bertemu Pacific Securities. Depan PS ada satu simpang. Di deretan shop office tu ada sebuah restoran muslim.


Senang kan? Harap membantu.

AirAsia Runway Ready Designer Search 2016

Tags
AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 ke lima negara Asean
Para hakim yang akan mengadili pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search 2016  terdiri daripada Vivi Yusuf, Aireen Omar, Andrew Tan, Suzie Adnan dan Alia Bastamam.
 
KUALA LUMPUR, 29 MAC 2016 – Pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) akan ke serantau Asean tahun ini melibatkan negara Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina, serta Malaysia bagi menyediakan platform untuk pereka muda dari seluruh rantau ini untuk mempamerkan bakat dan membantu melonjakkan mereka ke dalam industri fesyen.
 
Pencarian pereka fesyen muda ini yang diadakan buat kali kedua dengan kerjasama pihak Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFW RTW) telah dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini oleh Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad bersama Encik Andrew Tan, pengasas KLFW RTW.
 
Ujibakat akan diadakan di Jakarta (16 April), Manila (23 April), Kuala Lumpur (30 April), Singapura (7 Mei) dan Bangkok (14 Mei) untuk mencari bakat-bakat tempatan dari setiap bandar serantau. 3 perserta terbaik dari bandar masing-masing akan mewakili negara mereka untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada bulan Ogos di pentas peragaan KLFW RTW 2016 yang berprestij.
 
Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Terdapat begitu banyak bakat baru di rantau ini, dan sebagai syarikat penerbangan yang berlandaskan Asean, kami ingin meluaskan pencarian pereka fesyen muda ini ke negara-negara Asean lain selain Malaysia. Adalah harapan kami untuk menyediakan satu platform bagi pereka-pereka muda fesyen seluruh Asean untuk membangunkan dan melonjakkan kerjaya mereka dalam industri fesyen. Pencarian pereka fesyen serantau ini akan menyatukan pereka fesyen muda dan industri di rantau ini buat pertama kalinya pada skala ini. Kami teruja untuk melihat bakat-bakat baru tahun ini dan AirAsia amat bangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.”
 
Andrew Tan, pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear berkata, “Adalah satu penghormatan bagi kami untuk berkongsi platform ini bersama AirAsia untuk memupuk bakat-bakat baru dan memberi peluang kepada pereka fesyen muda ini untuk mempamerkan koleksi dan kreativiti mereka di sebuah landasan peragaan profesional. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan AirAsia untuk kali kedua, berikutan kejayaan pencarian pereka fesyen Malaysia pada tahun lepas; dan membawa pertandingan tahun ini ke tahap yang lebih tinggi.”
 
Aireen Omar dan Andrew Tan selaku panel hakim bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 akan disertai oleh Vivy Yusof, pemilik laman web e-dagang fesyen terkenal FashionValet.com, Alia Bastamam, pereka fesyen terkenal dan Suzie Adnan, Ketua Pengarang majalah GLAM sebagai panel hakim untuk pertandingan ini.
 
Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada pelajar fesyen berumur tidak melebihi 28 tahun yang sedang belajar atau telah lulus dari sekolah reka fesyen di mana-mana lima buah negara yang terlibat di dalam pencarian ini. Tiga (3) lakaran berilhamkan destinasi Asean harus disertakan bersama borang pendaftaran yang lengkap. Borang pendaftaran boleh di muat turn di laman klfashionweek.com dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2016.
 
Sepanjang pusingan ujibakat di setiap negara, pereka-pereka muda yang berpotensi ini perlu mempersembahkan lakaran rekaan bertemakan Asean kepada panel pengadil di setiap bandar mereka. 3 finalis terbaik yang dipilih dari setiap negara akan diberi peluang mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016 pada bulan Ogos 2016 dan bersaing untuk menjadi AirAsia’s Most Promising Designer 2016.
 
Hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang pertandingan ini termasuk slot untuk mempamerkan koleksi penuh di KLFW RTW 2017, mentor dari pasukan KLFW RTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, tiket pergi balik AirAsia atau AirAsia X dan beberapa lagi hadiah yang akan diumumkan kelak.
 
AirAsia adalah Preferred Travel Partner KLFW RTW 2016 dan akan menerbangkan pereka fesyen dari Singapura, India, Indonesia, China, Australia dan Korea Selatan melalui rangkaian penerbangan luas AirAsia untuk memperagakan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016.
 
Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 melalui webisodes di Youtube (youtube.com/user/AirAsia), laman sosial AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau melalui hashtag media sosial #AirAsiaRunway.
 
Jadual Ujibakat AirAsia Runway Ready Designer Search 2016
 
Tarikh
Lokasi
16 April 2016
Jakarta, Indonesia
23 April 2016
Manila, Philippines
30 April 2016
Kuala Lumpur, Malaysia
07 May 2016
Singapore
14 May 2016
Bangkok, Thailand
 
 
 
Pertandingan serantau tahun ini memberi peluang kepada pereka muda dari Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia; mewujudkan platform serantau untuk mengangkat bakat belia dalam industri fesyen
 
  • Hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang AirAsia’s Most Promising Designer 2016
  •  
     
    Jika anda berminat dan berbakat silalah hadir ke ujibakat ya!

    World of Wonders | Pelancaran Kempen "Visit Perak 2017"

    World of Wonders | Kempen Tahun Melawat Perak 2017 atau Visit Perak 2017 telah dilancarkan pada hari Sabtu lepas oleh Menteri Besar Perak Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir. Majlis yang bermula jam 10 pagi itu telah berlansung di Stesen Keretapi Ipoh yang menjadi mercu tanda bandar Ipoh.


     
    3. the Visit Perak Year 2017 campaign is launched with the presence of mascots from Mr. Peabody & Sherman (L) as well as Megamind (R)
    Foto kredit: Emily2u
     
    
    Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Tourism Malaysia Dato’ Mirza Mohammad Taiyab, Exco kerajaan negeri yang diketuai oleh Ecxo Pelancongan  YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi, Datuk bandar Ipoh Dato’ Zamri Man, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan serta para pemain industri seperti hotel, ejen pelancongan, jurupandu dan penulis artikel pelancongan.

    Walaupun tahun 2017 masih jauh dihadapan tetapi kerajaan negeri Perak bersama Tourism Perak mengambil langkah proaktif mempromosikan negeri Perak lebih awal bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke luar negara.
     
    Menggunakan tema "World of Wonders" atau WOW, Perak memang ada WOW!! factors tu. Kalau nak tahu negeri Perak menerima pelancong domestik teramai selama tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2012. Ai pun baru tahu ni... all the while ingatkan Melaka, Pulau Pinang, Sabah atau Sarawak yang menerima kedatangan pelancong teramai. Royal Belum yang paling ramai dilawati pelancong. Sesenyap jer eh.
     

    Kenapa Perak Menjadi Pilihan Pelancong?

    Kerana...

    1) Perak ada UNESCO World Heritage Site Lenggong Valley. Banyak sejarah tersimpan di situ.

    2) Royal Belum yang berusia 130 juta tahun dikatakan hutan hujan yang tertua di dunia, lebih tua daripada hutan Amazon dan Congo.

    3) Pantai Pangkor Laut dikatakan antara yang tercantik di dunia.

    4) Gua Tempurung merupakan gua yang terpanjang di Malaysia.

    5) Perak ada kolam air panas Banjaran yang unik. Sekarang ni bukan tetamu resort The Banjaran pun boleh datang melawat di waktu-waktu tertentu.

    6) Orang kata dari Bagan Datoh ke Tanjung Piandang pantainya cantik.

    7) Perak ada jaluran sungai yang sangat sesuai untuk aktiviti sukan air seperti white water rafting (rakit redah jeram). Kami dah try Sungai Kampar.. giler best!

    8) Kalau rasa nak ke Guilin menikmati keindahan bukit batu kapur macam tak tercapai dek poket di zaman gawat ni, pergilah ke Ipoh. Ada iras-irasnya. Nak ambil gambar tu pepandailah adjust angle.

    9) Kebanyakan tarikan pelancongan di Ipoh ni berdekatan dengan Ipoh Railway Station. Berjalan kaki lenggang kangkung pun boleh sampai ke Mahkamah Tinggi, street art, Funtasy House Trick Art, Concubine Street,  Masjid Sultan Idris II, Muzium Yasmin Ahmad, gerai ais kepal... diantaranya. Kalau jauh sikit boleh ke Matang Mangrove Forest Reserve (sila klik yang highlights untuk bacaan lanjut).
     
    Pepagi tak perlu breakfast di hotel, kat Ipoh tu baaaanyakkk tempat minum pagi yang awesome.
     
    10) Nak ke Ipoh mudah sangat, kalau malas memandu boleh naik public transport seperti bas dan keretapi ETS. 2 jam je uolsss...

    Senarai ni hanya sebahagian, banyak lagi yang menarik di Perak. Cuba tengok blogpost yang lepas.
     
     
    Apakah Produk Pelancongan Terbaru di Perak?

    Nantikan pembukaan Movie Animation Parks Studios (MAPS) Julai nanti. MAPS merupakan taman tema animasi yang pertama di Asia yang terletak di Meru Raya, Ipoh. Tak sabar weh!
     
     
    4 Days 3 Nights Itinenary for Gaya Travel and Asean Media in Perak:
    FAM trip kali ini adalah antara yang terbaik pernah aku ikut sebab banyak outdoor activities. Minat sangat kita aktiviti cenggini. Okaylah, makan banyak bakar lemak pun bersungguh. Sampai bengkaklah keting aku terhentak ke batu. Berapa harilah pula nak baik agaknya, mujur tak pakai skirt pendek keluar rumah.


    Hari Pertama
    Lokasi pertama ialah ke Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar. Banyak gambar dan koleksi peribadi Sultan Perak terdahulu dipamerkan di sini. Video perkahwinan Sultan Nazrin dan Permaisuri Zara turut ditayangkan.
     
    
    Tiles merah-beige tu yang asal ye, diimport dari Italy.
     
    Selepas checked-in di Belum Rainforest Resort, free and easy jer. Besar dan cantik resort milik MK Land ni. Bilik kami di atas bukit, swimming pool di bawah dekat dengan Kampung House dan Villa. Mandi dan bersantai di kolam renang ni best, tenang dan damai menghadap Tasik Temenggor menanti matahari terbenam.
     
    
    "Kampung House"
     


    Hari Kedua
    Seawal pagi kami telah dibawa ke Kem Pelancongan Royal Belum kemudian ke air terjun yang memerlukan kita trekking dalam 20 minit (ikut kemampuan memasinglah). Besar-besar pokok di sini. Selepas itu kami melawat Kampung Aman Damai, sebuah perkampungan orang asli suku Jahai lalu makan tengahari di Santuari Ikan Sungai Ruok. Seronok berkelah di sini, selepas makan boleh berenang bersama ikan.

     
     
    
    Gadis orang asli suku Jahai sedang mencuci pinggan-mangkuk di Tasik Temenggor.

    Lawatan kami cuma setengah hari. Sebaik-baiknya ikuti pakej 3 hari 2 malam baru puas hati kerana lebih banyak aktiviti boleh dilakukan di Royal Belum. Kami ni kira Touch 'n' Go je.

    Checked-in Cititel Express Ipoh. Selesa biliknya walaupun tak seluas di BRR.

    Malammya kami dinner di Ipoh Food Truck di Greentown dan Dataran MBI. Memalam aku kurang gemar makan nasi jadi 'curanos' (betul kot namanya heheh..) suit my taste lah.

    Di tingkat 7 Cititel Express Ipoh bersama blogger popular @pojiegraphy dan @mawardiyunus
     
    One of the food truck at Greentown, Ipoh.
     
     
    Hari Ketiga
    Hari yang ditunggu-tunggu!

    We departed to Gua Kandu, Gopeng for caving. Gua Kandu ni berdekatan dengan Gua Tempurung. BEST okay!! Lebih mencabar di sini daripada caving di Mulu National Park tahun lepas. Giler ah kena panjat bahagian dalam gua tu dengan tali je. Suspen akak. Lepas tu kena buat zipline, lepas berdebar-debar dengan zipline tu kena turun via ferrata pula. Part last kaki aku tak sampai hahaha.... nasiblah orang katik. Ingatkan habis di situ, kena turun tangga yang curam lagi huhu.. Mencabar tapi rasa nak buat lagi.

    Selepas makan tengahari kami ber-"white water rafting" pula di Sungai Kampar dengan Nomad Adventure. Musim kemarau ni kan, memang mencabarlah nak melalui sungai tu dengan tube/kayak, banyak betul batu yang menghalang. Arahan guide seperti "bum bum!, jum jump! move forward! move to the left!" adalah perkara baru yang kami belajar. Penat worrr...sampai terlentang dalam tube tu hahah...

     

    Foto kredit: Gaya Travel

    Malamnya kami dinner di The Haven Resort and Residences dengan dihiburkan oleh kumpulan Seniman Anak Perak (SNAP). The Haven yang sebenar adalah secantik gambarnya di internet. Swimming pool nya... wallaweh!

    17. Seniman Anak Perak (SNAP) wraps up the event with a percussion presentation
    Foto kredit: Emily2u
     

    
    Maskot MAPS Mr. Peabody & Sherman.  Foto kredit: Gaya Travel
     

    Hari Keempat
    Pelancaran Kempen Tahun Melawat Perak 2017 di Stesen Keretapi Ipoh. Kemudian kami ke Funtasy House Trick Art, Ipoh, dan minum petang di Gopeng Gusthouse and Cafe. Uols kena try minum disini.
     
    
    Salah satu gambar 3D di Funtasy House Trick Art.

    Tamat sudah...

    For more details and photos i'll make a few other blogposts. Wait aaa..
     
     
     Terima kasih kepada Gaya Travel Magazine, Tourism Perak, PDRM, JPAM dan para penaja iaitu Mamee, Yeos, Julies Biscuits, Funtasy House Trick Art, Nomad Adventure, Cititel Express Ipoh, Belum Rainforest Resort, The Haven and wifi berkelajuan tinggi dari @visondata_MY.
     
     



    Perak World of Wonders

    Perak World of Wonders | Assalamualaikum. Iols berada di Perak menikmati keindahan negeri yang pernah kaya dengan hasil bijih timahnya. Kita share sikit gambar di Royal Belum ya.
     
     

     Orang asli suku Jahai di Tasik Temenggor
     


     Belum Rainforest Resort
     
    

    Malaysia Memenangi 2 Anugerah di ITB Berlin !

    Tags
    Berita ini agak terlewat tapi ai nak war-warkan juga sebab menang DUA anugerah di Berlin uolsss...

     

    MALAYSIA WINS TWO AWARDS AT ITB BERLIN

     


     



     

    The award-winning ‘Wau’ visual campaign

     

    BERLIN, 11 March 2016 – Malaysia bagged two awards at last night’s Golden City Gate Awards, which recognises the best film, print and multimedia promotions in the tourism industry. The ceremony was one of the highlights of the annual International Tourismus Börse (ITB) Berlin, one of the world’s largest and most prestigious tourism trade events.

    The winning entries were Tourism Malaysia’s visual campaign and a commercial spot. The new visuals are not only creative and graceful, they also symbolise the diversity and culture of Malaysia.

    Malaysia was awarded First Star in the print category for a visual campaign that features the country’s ‘Wau’, while the spot ‘Malaysia: Land of Memories’ was awarded Second Star in the spot category.  

    The Director General of Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, who received the awards, said, “We are very happy to receive these awards. It’s a wonderful recognition for our promotional efforts. It will open up the eyes of the world to the rich culture and heritage we have in Malaysia.”

    Motivasi Pagi | Bila Mencari Kawan

    Tags

    Bila Mencari Kawan | Nabi kata kita adalah siapa kawan-kawan kita. 


    Kalau dapat yang jenis meroyan tu... sikit sikit nak up status negatif macam dia tak pernah buat salah kat orang lain, macam dia staf paling bagus di tempat kerja, macam dia jer pemandu terbaik di jalanraya... ignore aje. Kalau dia unfriend kita lagi bagus. Kalau kita tak sampai hati nak unfriend dia kita scroll je lelaju.

    Otak kita ni asalnya bersih tapi kalau hari-hari disumbat hal negatif sedikit sebanyak akan mempengaruhi jua.

    Jika kita berkawan dengan tukang besi baju kita pun berbau besi. Jika berkawan dengan penjual minyak wangi, tak membeli pun badan kita berbau wangi.

    Bersilaturrahim lah dengan ramai orang tapi pilih yang baik untuk dijadikan kawan. Cuba tanya mana mana ahli agama betul ke ada orang mulut je jahat tapi hatinya baik? Ada? Mitos semata-mata.

     



    Kunming | Ropeway Berani Mati di Western Hill !

    Ropeway Berani Mati di Western Hill ! | Salam sejahtera. Habis cerita my trip to southern Thailand kita sambung semula cerita di Kunming. Aku ada gambar yang va vaa voommm yang hanya aku je ada, the three gegirls takde hahaha... boleh termuntah beb!

     
    Now let s continue ceritera di Kunming.
     
    Selepas bergembira dengan beburung camar (seagulls) di Haigeng Park dan Dianchi Lake, kami terus berjalan kaki menuju Western Hill. Taklah jauh sangat... tak penat pun sebab musim sejuk. Sejuk tu yang tak tahan, mulut berasap beb! hahah.... Lebih selesa pakai glove tapi agak tak selesa jugalah nak ambil gambar guna dslr... I is tak berapa reti. Pemandangannya sungguh cantik dengan langit yang membiru dan pokok-pokok togel tanpa daun. Kalau datang sini musim bunga mesti lagi cantik. Uols kalau nak datang sini eloklah di musim sejuk, bunga atau musim luruh. Musim paneh duduk kek Malaysia yo lah, pergi Tasik Kenyir atau Royal Belum atau Gunung Mulu National Park lagi best.

    Nak naik cable car kena beli tiket di pintu masuk yang pertama tu. Jauh jarak kereta kabel ni siap melintas tasik dan jalanraya. Sesampai di atas kalau nak naik ropeway dan tram kena bayar asing. Kami beli tiket untuk naik ropeway saja, balik tu kami berjalan kaki hingga ke tempat turun cable car tadi. Kaunter tiket ropeway tu ada dua, satu yang pertama sekali kita jumpa masa turun dari cable car, satu lagi kat dalam sikit. Kalau rajin survey harga kedua-duanya. Kekadang ada pakej promosi.

    Di atas sana ada beberapa attractions seperti istana lama, tokong dan Golden Gate.

    Harga tiket cable car. Guna google translate gamaknya nih hahaha...
     
    


    
     
    
    Ini kaunter tiket ropeway dan lain-lain scenic spot yang sebelah dalam.
     
     




    WESTERN HILLS @ WESTERN MOUNTAIN
    Lebih kurang 15km ke barat Kunming bersebelahan Dianchi Lake letaknya sebuah kawasan yang digelar "kawasan paling nyaman di dunia" kerana kaya dengan bunga-bungaan dan ketebalan hutan. Western Hills atau 'Sleeping Buddha Hills' mempunyai beberapa tempat yang menarik seperti Huating Temple, Taihua Temple, Sanqing Pavilion dan Dragon Gate untuk melihat bandar Kunming dari aras tinggi. Huating Temple merupakan salah satu daripada tokong Buddha yang terbesar di Yunnan.

    Dragon Gate meliputi Sanqing Temple Complex dan Dragon Gate Grotto Complex. Sanqing Temple Complex dibina sembilan tingkat iaitu Lingguan Hall, Chunyang Pavilion, Sanqing Hall, Yuhuang Temple, Taiqing Palace, Zhenwu Hall, Luzu Temple, Qisheng Temple, Lingxiao Pavilion, Laojun Pavilion dan Taiji Palace.

    The Dragon Gate Grotto Complex yang disiapkan dalam tempoh 72 tahun (1781-1853) pula merangkumi Lanhaichu, the Ciyun Cave, the Yunhua Cave dan  Datian Pavilion. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu pintu gerbang batu, platform, bilik batu dan beberapa ukiran yang diperbuat daripada batu yang sama. Perkataan "Longmen-Dragon Gate" di warnakan merah dan keemasan pada pintu gerbang tersebut.

    Pintu gerbang tu kecil je... aku yang tak study apa-apa nih tak bergambar pun kat pintu gerbang tu tapi sibuk nakkan pemandangan tasik. Patutlah nyonya-nyonya Korea ke Taiwan tu main tolak syuh syuh je kita suruh ketepi. Kurang asam betul.


     Pintu gerbang "Gradon Gate" di belakang Che Lat.
     

     Berjalan di tebing bukit.
     


     Nak sewa costume pun boleh. Staf-staf di situ akan berpakat untuk menghalang kita mengambil gambar menggunakan kamera sendiri. Eleh, kita pun bijak juga.


    
     Thanks uols... banyak gambar ai kali ni heheh..
     
     
     
    Ropeway yang mengerikan bagi orang yang takutkan ketinggian. Main tahan dengan palang camtu je. Masa dedulu di Bukit Nenas KL pun ada cam gini. Masa ni kami berdua buat dek je kat cameraman tu..kekonon tak nak beli gambar tu nanti tapi bila dah tengok beli juga sudahnya sebab gambar sendiri takde. Nak keluarkankan handphone pun cuak, takut terjatuh ke dalam hutan di bawah tu haa..

    Puas hatilah datang sini. Kunming memang sejuk nyaman sepanjang tahun, datang waktu winter ni lagilah.. kalau datang di musim bunga lagi awesome kot?


     

    Google+ Followers

    Followers

    Ping Blog

    Blogged.my

    Blogged.my

    blogr.my

    Auto Ping

    Ping your blog, website, or RSS feed for Free