China | My Itinerary 5 Hari 4 Malam Di Kunming



China | My Itinerary 5 Hari 4 Malam Di Kunming | Aku ke China lagi. Negara komunis yang semakin terbuka ini ada keistimewaannnya tersendiri. Biarpun ada masalah bahasa yang agak menyukarkan tetapi aku tetap mahu ke negara itu lagi untuk melihat dan belajar sesuatu.

Tiket ke Kunming sudah dibeli setahun 4 bulan yang lalu. Lama kan? Tabah sungguh aku menunggu hehe... masa memula beli dulu tu rajinlah buat research sesikit maklumlah nak pergi sensorang je. Ada jugalah bertanya dalam travel group dan kengkawan yang lain siapa nak follow tapi sonyap jo... so den poie yo lah. Nak ikut jom, tak nak takpe.
Hari Isnin dua minggu lalu anak-anak ada bertanya, bila nak pergi? Bila nak pergi? Aku cakaplah 8 hb. Ingatkan 8 hb tu Selasa minggu depannya tapi rupanya Jumaat minggu tu juga. Lagi tiga hari! Mujurlah hari Rabu tu memang dah plan nak collect visa dan passport. Jadi hari Khamis tu boleh agaklah kan aku punya study sampai pukul 4 pagi. Haru. Malam tu lah book hostel, malam tu jugalah call kawan nak minta tolong tumpangkan anak balik sekolah tengahari esoknya, malam tu jugalah cari segala attractions, mengkaji nak naik bas mana turun kat mana... ada jaluran Metro ke tak...adeh! Bengong sungguh! Belum lagi kapal terbang tu fly aku dah lena hahah.... letih oii. Macam panda mata aku.
Di KLIA2 aku bertemu dengan tiga orang gadis yang kebetulan tinggal di hostel yang sama. Wah, ada kawan kali ni :-)) Terdetik juga di hati seperti Dia menghantar mereka untuk menemani aku. Mungkinlah kot.
Mari tengok jadual perjalanan yang aku dah buat ni. Bolehlah buat panduan jika bersesuaian.
My Itinerary 5 Hari 4 Malam Di Kunming, China
Day 1
Jalinan Metro dari Kunming Changsui International Airport -Line 2- tak sampai ke Kun Ming Zhan (Kunming Railway Station), setakat East Bus Station sahaja. Kalau nak berjimat sila naik shuttle bas ke KRS dan naik bas lain atau teksi ke hotel/hostel.
Oleh kerana kami berempat jadi kami sewa teksi. Selepas saja tol kat airport tu the taxi driver tunjukkan kat calculator, 120 yuan boleh? Kami pun terpaksa bersetuju sebab ada sebuah teksi tu menurunkan penumpangnya di tengah-tengah jalan, dah agak jauh dari airport. Agaknya penumpang tak bersetujulah dengan harga tu. Main caj aje tak guna meter. Kalau nak diikutkan tambang hanya 100 yuan aje.
Sesampainya di The Hump Youth Hostel staf tu kata bilik dah dijual kepada orang lain sebab kami sampai selepas 6 petang padahal aku dah buat special request untuk hold hingga 8 malam. Yang gegadis bertiga tu mujur dapat masuk bilik double. Sejuk, takpelah tidur berhimpit pun. Aku stay kat dorm, mereka di private room yang tilamnya ada pemanas. Aku tidur kesejukan bengkok macam udang. 3C trrrrr..trrr... ketaq habaq hang!
Lepas solat segala kami keluar balik beli bekalan untuk perjalanan esok. Ada bakeri halal. Restoran halal pun dekat je.
Day 2
I'm supposed to go to Dongchuan Red Land. Nak pergi yang jauh dulu cadangnya... tetapi selepas terjumpa dengan kawan baru hati berbolak-balik nak pergi ke tak? Akhirnya tumpang van sewa mereka yang jangkaan asalnya ke Yunnan Stone Forest dahulu. Balik nanti naik je lah bas as planned.
Malangnya driver tu membawa kami ke Jiu Xiang Sceanic Area dulu. Aku masih mahu ke Dong Chuan Red Land, tiada budget ke Jiu Xiang. Lagipun tahun lepas dah masuk Gua Tempurung dan gua-gua di Mulu, malas pula rasanya.
Tiket masuk 90 yuan + cable car 45 yuan. Cable car under maintenance :(
  



Sementara mereka bertiga di dalam aku sapedek dulu. Makan mee sup di luar JXSA. Sedap! Lepas tu aku membawa kaki ke sebuah jalan yang menuju ke dalam hutan. Ingatkan jalan orang kampung. Semakin ke bawah semakin ramai bertembung dengan pengunjung. Aku senyum je lah turun tangga semasa mereka semua tercungap-cungap hidung kembang kempis tak cukup nafas hehe.. Oooo... itu jalan keluar JXSA. Kiramya kalau aku teruskan boleh sampai ke pintu masuklah agaknya. Banyaknya sakura.... cantik! Tak sangka dapat pegang sakura di Kunming. Tawakal je aku sangkut dslr kat celah pokok untuk selfie huhu..

12pm kami bertolak ke Yunnan Stone Forest di Shi Lin. Tengok gambar yang ni dulu eh, nanti kita buat entry khas untuk YSF.

Malamnya kami ke bakeri dan restoran semalam lagi. Dapat makan daging goreng daun pudina malam ni.


Day 3
Aku tak jadi ke Dongchuan Red Land walaupun masih cukup masa. Beriya minta kesahihan timetable bas dari staf hostel semalam hahaa... Tak jadi sebab :
1) Masa memanjat tangga yang botingkek-tingkek di JXSA semalam aku rasa sakit dada sikit, tak cukup oksigen kot so bimbang jugalah nak pergi ke tempat yang lagi jauh dan lebih sejuk. InsyaAllah next time.

2) Bas Kunming-Dongchuan banyak tapi Dongchuan-Red Land cuma ada dua sahaja dalam sehari. Kalau ambil bas Kunming-Fazhe boleh terus turun di Red Land tapi sehari dua trip sahaja. Hotel/hostel pun tak sempat nak survey lagi.

So, aku follow the gegurls ke Haigeng Park, Western Hills dan Daguan Park. Best worrr naik cable car dan ropeway car. Berani berani takut naik RC tu hahaha... nak keluarkan handphone dari poket pun takut takut. Kalau jatuh dalam hutan tu kira innalillah je lah handphone tu. Perjalanan kereta cable tu boleh tahan jauh merentasi tasik, jalanraya dan mendaki bukit. Haigeng Park ada dalam my list of attractions tapi tak study pun sebab optional, mungkin pergi kalau ada masa so aku ikut je mereka. Mereka tukar bas aku pun ikut sekali walhal tak payah pun hahhaa...
Seagulls feeding at Haigeng Park

Western Hills

Berani? Teringat zaman kekecik di Bukit Nenas dulu.
 
Selepas tu the gegurls masuk ke Yunnan Nationalities Village yang lebih besar daripada Sarawak Cultural Village while aku menunggu di Haigeng Park yang happening dengan karnival kanak-kanak. Ada slide, buaian trampolin, bermain layang-layang dan macam-macam lagi. Naik beku aku duduk tepi tasik tu hahaha.... Jari kaki dah sakit hinggakan nak bengkokkan masa tahiyyat tu pun uu alahaiii...
Balik tu kan, sempatkan aku rakam budak berak tepi jalan hahaha... rare!! Yang tolong lap punggung budak tu punyalah handsome macam artis K-Pop lengkap berkot. Aku agak bapak budak tu yang drive SUV putih tu. 

Malam ni kami solat maghrib/isyak dan dinner di Masjid Yonning. Persian Gulf katerer di masjid ni. Kelakar betul time order makanan hahaha... selupa ayam itik.


Day 4
Pukul 8.15 pagi lagi kami dah berjalan kaki ke Flower & Birds Market. Subuh sepie lagi, ada beberapa buah gerai je yang buka. Memang rezeki peniaga yang berpagian, banyak jugalah kami shopping tapi fridge magnet TIADA. Sejak hari pertama lagi kami cari FM. Kemudian masuk ada satu shopping mall tu shopping lagi. The gegurls lah, bawa duit berkepuk. Then kami split sebab mereka nak pulang ke Malaysa dah. Thanks girls.

Aku lunch dan solat di Masjid Nansheng kemudian sambung explore di Old Street Kunming ikut lorong kanan yang pertama selepas motor barricade tu. Fuhhh.... memang old sungguh, berbeza betul keadaannya dengan yang kami lalui tadi.

Di sinilah tempat menempah piala, name tags, lencana, logo syarikat dan berbagai lagi. Aku nak tempah nama di blok kayu tu... murah je 60 yuan tapi dia tak faham apa aku tanya huhu... dia berbahasa mandarin sambil gayakan tangan tanda tak faham. Payah nau.

Aku berjalan lagi (fuhh jari kaki sakittttt) hinggalah masuk ke B&FM semula. Semua kedai buka tapi tak banyak yang bersesuaian dan berkenan di hati. Mungkin sebab perbezaan suhu negara kot. Lagipun barang-barang di Kunming ni agak mahal berbanding Hangzhou atau Shanghai. Kemudian berjalan pula di sepanjang jalan hadapan Masjid Yonning. Ada satu kedai yang menjual beg tarik (trolley bag) murah di situ... 185 yuan saja yang saiz besar sedikit dari cabin size tu. Kononnya nak beli esok, beritahu dia tapi dia tak faham. Kawan si penjual dari kedai sebelah cakap kalau nak murah lagi beli beg plastik (sambil tunjuk yang 10 yuan). Kuangajaq!


Day 5
My last day in Kunming. Aku kembali ke Haigeng Park menaiki bas dengan tujuan untuk mengambil gambar seagulls lagi dan nak petik bunga sakura untuk dibuat souvenir. Dah tak jumpa fridge magnet kannnn... kenalah kreatif sikit. Berejam aku kat situ tapi lupa petik bunga huhu...

Masih ada masa jadi aku pergi ke Flower & Birds Market untuk alter seluar hehe... Cuba bayangkan bagaimana aku communicate dengan tailor tu hahahahha.... 10 yuan je, cepat pulak siapnya. Kalau nak beli ubat batuk kat farmasi agak-agak macam mana? Kenalah gayakan khergggg...haktuiiii ! hahahha
Oklah nak balik dah so aku solat sesiap di masjid. Aku tunggu teksi di hadapan Masjid Yonning untuk ke Kun Ming Zhan (Kunming Railway Station). Driver teksi di sana pun sama macam di Malaysia, memilih destinasi hmmm... Dari stesen keretapi aku naik shuttle bas ke airport. Jika kita menghadap stesen keretapi tu sila berjalan ke kiri hingga berjumpa stesen bas. Jangan masuk sebab airport shuttle di luar stesen bas tu je. Beli tiket 13 yuan di kaunter. Ada prayer room dan restoran halal di Kunming Airport.
Sekian dulu. Nanti kita tunjukkan gambar yang lebih banyak dan menggoda untuk ke sana. Wassalam.





Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.