Motivasi Pagi | The World Is A Book

Tags
 


Puisi Imam Syafie | Merantau

Tags
“Merantaulah” — sebuah puisi yang sangat bermakna dari Imam Syafi'e.

I wish I were young (tapi masa muda dulu being overly protected pulak hmmm).















Menikmati Musim Sejuk di Haigeng Park dan Dianchi Lake

Menikmati Musim Sejuk di Haigeng Park dan Dianchi Lake | Inilah kali kedua aku berada dalam musim sejuk tanpa salji di negara orang. Sebagai typical Malaysian, berada di suhu dibawah 10c di waktu pagi walaupun tanpa salji adalah suatu keadaan yang kurang menyelesakan. Memang betul lebih selesa berjalan dalam keadaan yang sejuk berbanding panas berdebu namun memakai baju yang berlapis-lapis agak menyukarkan jugalah terutama ketika mahu bersolat.


WINTER IN KUNMING
Pergerakan kami setiap hari di Kunming, China, bermula lebih kurang jam tujuh suku pagi. Solat subuh jam 6.36 pagi... waktu di Kunming sama dengan Malaysia. Pukul tujuh pagi tu golap bumin laie di musim sojuk ni. Plan hari Ahad tu untuk ke Western Hills yang perlu melalui Haigeng Park dan Dianchi Lake. Aku tak study tentang transportion ke sana so ikut je lah ke mana the gegurls bawa.

Jika awak awak dan awak inginkan pemandangan dan suasana nyaman tanpa kesibukan kota eloklah book hotel/resort di kawasan Dianchi ni cuma mungkin mendapatkan makanan halal tu agak susah sikit, dalam 7km ke bandar. Oleh kerana Kunming ni bersuasana musim bunga sepanjang tahun bila bila pun kita boleh jogging di tepi tasik tu. Menurut kata passenger Air Asia sebelah aku, musim sejuk tahun ni tak berapa sejuk sangat, setakat 17c je di tengahari hari...tahun lepas 5c. Huh.. tu pun dah berhingus hidung ni.

Pokok sakura banyak ditanam di sepanjang sebelum sampai ke stesen bas tu. Kalau nak ambil buat kenangan petik dan terus kepit celah buku. Pandang kiri kanan dulu eh heheheh...

KEINDAHAN HAIGENG PARK
Haigeng (lake dike/beting Tasik Dianchi) terjadi akibat pasir dan lumpur yang ditolak ombak lalu membentuk beting panjang di antara kawasan dalam dan cetek.

Tebingan Haigeng ini sepanjang empat kilometer dengan kelebaran 40-300 meter. Di selatannya ada sebuah kolam renang asli yang dipenuhi pengunjung ketika musim panas. Musim panas pun tak berapa panas kot.

Di musim sejuk beribu burung camar singgah di sini. Pemandangannya sungguh mengasyikkan. Kalau tak takdelah mengulang ke situ lagi selepas the gegurls balik Malaysia. Berejam mengadap burung, nasib baik tak terkena beraknya.

Mari tengok gamabra-gambar yang aku ambil ni. Kalau tak berahi juga nak ke Kunming selepas tengok gambar-gambar ni memang aku kena banyakkkk belajar ambil gambar lagilah ni.





The gegurls... Cik Lat, Jie and Faizah. Di belakang tu Western Hill. Syok ooo naik cablecar and ropeway car. 


















INDAHNYA DIANCHI LAKE
Dianchi Lake ialah tasik air tawar yang berketiggian 1,886 dari paras laut. Dahulu ia dikatakan lebih cantik dengan air yang hijau tapi sekarang heavily polluted.

Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Yunnan dan keenam di China. Berbentuk bulan sabit, keluasaannya menghampiri 300km persegi dengan panjang sekitar 40km dan lebar 12km. Ia hanya berkedalaman 4.40 meter sahaja. Taklah dalam sangat tapi boleh lemas.

Dianchi Lake berada di kaki Western Hill manakala Daguan Park di utara.




AKTIVITI DI HAIGENG PARK
1. Di Haigeng Park kita boleh bersantai berjalan kaki atau menyewa basikal. Sangat hebat suasana di tepi tasik dengan burung camar yang berterbangan kemudian berebut mengambil makanan di tangan kita. Beburung ini terbang dari Baikal Lake di Rusia sejauh 5,000km!

Elok kita bawa sesiap roti/biskut sebab penjual roti tu jual 10 yuan sebungkus. Aku rasa biskut 20 yuan. Mahal gilos! Melampau mahal. Nak copek kayo agak eh.

2. While waiting for the gegurls yang melawat Yunnan Nationalities Village, aku lepaking di Haigeng Park yang sedang meriah dengan karnival kanak-kanak. Mak ayah siap bawa tikar dan khemah sambil melayan anak bermain. Dah anak seorang je ... bagai menatang minyak yang penuh lah kan? Meriah sungguh masa tu. Ada yang bermain layang-layang, melompat-lompat dalam buaian yang macam trampolin tu, memancing ikan dalam pond plastik dan macam-macam aktiviti lagilah.
 Di tempat orang ranting kering pun nampak cantik. Lebih cantik lagi ke sini di musim bunga. 

3. Kalau suka boleh naik cruise tasik selama sejam dengan hanya RMB80. Harga tanpa GST tu dah termasuk persembahan tarian daripada salah satu etnik minoriti Kunming. Tak bosan menonton mereka menari sebab rancak. Walaupun air tasik kurang cantik tetapi pemandangan di sekitarnya... Subhanallah! Pergilah weiii.... tengok sendiri ciptaan Allah. Selain Mekah dan Madinah, berziarah ke tempat lain pun dapat pahala jika betul niatnya. Tuhan tak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.


BAGAIMANA UNTUK KE HAIGENG PARK DAN DIANCHI LAKE?
Dari hostel kami di Jinbi Road tu, kami perlu menaiki bas no 74 (RMB2) yang akan terus hingga stesen terakhir. Kalau macam ni senang, yang lecehnya naik bas di China ni jika kita perlu turun di pertengahan jalan disebabkan masalah bahasa. English sangat minima. Bas no 74 ni akan melalui Xichang Road dan Dianchi Road dan berhenti di setiap bus stop. Senang. Stesen bas berada betul-betul di hadapan Dianchi Resort and Spa. Bas no 94 pun boleh.

Di bandar Kunming para penumpang tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan parkir bas (bus station), perlu menunggu atau turun di perhentian bas berdekatan. Di setiap bus stop ada dinyatakan bas-bas yang singgah di situ.

Jika dari Kunming Railway Station, sila naiki bas no 24 atau 44 (RMB8). Akan sampai di sana antara 30-40 minit. Turun saja dari bas teruslah berjalan mengikut anak panah tu atau ikut je kemana orang ramai tuju. Follow the crowd gituh. HP dan DL berada di satu tempat.

Sejak awal tahun 2015 Kunming Municipal Council telah mengumumkan Haigeng Park ticket-free. Ok jimat sikit.


Lepas pusing pusing ambil gambar aku pun duduk di bangku tepi padang tu. Tu dia.... punyalah sejuk walaupun matahari mencarak. Rasa macam duduk dalam peti ais! Nasib baik ada orang jual sate kambing dan tauhu bakar tabur cili kering, panas sikit badan.

Itulah serba sedikit yang pengalaman aku dan suggestions ketika berada HP dan DL. Hope you'll enjoy it too.


**Dah dah... jangan ingat aku banyak duit pulak melancong sampai ke China ni, tiket pergi balik naik Air Asia cuma RM187 jer. Tak kena fuel charge macam pergi Hangzhou tahun lepas.

Jalan-Jalan Yang Akan Ditutup Sempena Thaipusam

Tags

Jalan-Jalan Yang Akan Ditutup Sempena Thaipusam | Thaipusam ialah perayaan yang disambut penganut agama Hindu setiap tahun semasa bulan penuh dalam kalendar Hindu yang kebiasaannya jatuh pada bulan Januari atau Februari.

 
Semasa perayaan Thaipusam, perarakan dan upacara sembahyang akan diadakan di seluruh negara namun yang popular di Malaysia ialah Batu Caves dengan kehadiran lebih daripada sejuta penganut dan pelancong yang turut ingin melihat sendiri kemeriahannya dengan warna, bunyi dan aktiviti yang bercampur-aduk. Masa inilah ramai jurugambar professional dan amatur akan mengambil peluang merakam momen-momen menarik semasa perarakan kavadi.
 
Dengan kehadiran begitu ramai orang sudah pasti kesesakan lalu lintas akan berlaku bukan sahaja di Batu Caves tetapi jalan-jalan lain yang menuju ke sana. Masa aku tinggal di Selayang dulu agak stress jugalah pepagi jalan dah sesak. Malam nanti kena sekali lagi.
 
Untuk melancarkan perjalanan, sila ambil perhatian info trafik mengenai laluan di Kuala Lumpur/Selangor yang ditutup semasa perayaan Thaipusam ini.

 


 

Kunming, China | Yunnan Stone Forest

Kunming, China | Yunnan Stone Forest | Hari kedua kami pergi ke hutan batu yang telah dikenali sejak Dinasti Ming (1368-1644 A.D) sebagai the 'First Wonder of the World". Hutan batu ini terletak di Shilin County dengan keluasan keseluruhan 350km persegi. Ia juga digelar "the essence of the world karst".



Pembentukan batu kapur yang muncul dari tanah mewujudkan hutan batu. Ia seperti stalagmit dalam gua tu cuma stalagmit terhasil daripada titisan cecair dari siling gua. Lebih kurang satu kilometer dari Yunnan Stone Forest dah kelihatan batu-batu imi tumbuh sepanjang jalan.

Fyi, di Mulu, Sarawak, pun ada stone forest ni... kita panggil The Pinnacles tetapi sungguh mencabar untuk sampai ke sana. Kita perlu naik bot selama dua jam untuk sampai ke permulaan trail sepanjang 8.9km, merentas dua batang sungai dan berjalan sampai nak pengsan hahha.... mencabar sungguh! Yang di Shilin ni senang saja nak pergi, sama ada naik rented van atau bas terus sampai ke pintu masuk.

Dari entrance tu kita boleh naik tram atau berjalan kaki. Aku cadangkan toksahlah nak berjimat sangat tak nak bayar tram, boleh cramp kaki untuk sampai ke permulaan taman. Kalau rasa tak mampu nak membayar harga tiket tu sebab membawa keluarga yang besar, boleh saja bergambar dan panjat batu-batu di bahagian luar. Cuma pemandangan kurang menariklah. Yang free takkan sama dengan yang berbayar kot? Bolehlah, at least mesti ke sana juga bila dah berada di Kunming.

Pemandangan di dalam sangat cantik ditambah pula berjalan time winter kan... dengan bunga sakuranya lagi... Sila pakai kasut yang sesuai kerana kita perlu banyak berjalan kaki. Sungguh sungguh sungguh menakjubkan!



Selepas membeli tiket masuk dan tram sila beratur di sini. Bila nak balik nanti tak payah nak together gether sangatlah ye dengan rombongan, selagi tak penuh tram tu driver tu takkan gerak. Silap haribulan kena maki dengan diorang. Aku pun meluat jugak menengoknya, jenuh kita menunggu atas tram.

 Sejarah Stone Forest Park

Batu bertulis itu adalah lokasi wajib untuk bergambar.

Sesi bercakap dengan ikan hehe..


Sebenarnyakan, tak boleh pijak rumput. Jadi kita bergolek-goleklah kat sini heheh..




Untuk pemandangan yang awesome silalah naik ke atas sana ya.


Persembahan kebudayaan pun ada. Bagus muziknya, rancak! Semua makcik, pakcik dan atuk yang menari dan bermain muzik.


Bayangkan betapa luasnya hutan batu ni. Di bahagian luar pun ada tapi tidaklah secantik di sini.



Ada sebahagian batu yang patah akibat perubahan struktur dalaman seperti kelembapan. Ada juga kerana pergeseren plaktonik (gempa bumi).

Kalau nak tengok gambar lain dan video boleh lihat di instagram : ruggedmom

Tiket masuk : RMB175 + tram 25
Waktu beroperasi : 8.30 pagi - 6.00 petang


Bagaimana Untuk Ke Yunnan Stone Forest Menggunakan Public Transport?
Dari East Bus Station naik bas ke Stone Forest Scenic Area. Bas beroperasi dari 7.40 pagi -  6.40 pm, setiap setengah jam. Harga tambang tak pasti tapi aku rasa tak mahal sebab jaraknya dari Kunming cuma 78km.

Dari penginapan aku di Jinmabiji Square tu kena naik teksi ke East Bus Station, 40 yuan. Bas pun boleh tapi kena tukar tukar.


Yunnan Stone Forest cuma berjarak 35km dari Jiu Xiang Scenic Area jadi elok sangat jika pergi ke dua destinasi pelancongan tersebut dalam masa satu hari.


**Masa aku kecik aku hairan kenapa omputeh tu pakai baju tebal masa panas terik hehehee... rupanya sejukkkk...!

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free