Tips Mempercepatkan Giliran Menunaikan Fardhu Haji

Tags

Tips Mempercepatkan Giliran Menunaikan Fardhu Haji | Assalamualaikum. Tetiba teringat kembali blog post yang masih dalam draf ini bila ternampak satu status kawan yang mana anaknya akan mendapat giliran mengerjakan haji pada 2111. Kemain jauh lagi tarikhnya. Samalah dengan aku yang lambat mendaftar ni. Harap harap bernyawa dan sihat lagi masa tu.



Artikel yang ini diambil daripada facebook Norsajidah Zulkifli yang memberikan tips berguna untuk mempercepatkan giliran kita menunaikan Rukun Islam kelima.

Image result for haji
Sumber di sini.
Jemput baca.

Hah! Tahun 2081 baru dapat pergi haji? Umur saya sekarang (tahun 2016) sudah 30 tahun. Maksudnya saya dapat pergi haji ketika berumur 95 tahun?

Nampak gaya macam peluang tipis nak pergi haji kalau tunggu giliran. Persoalannya, benarkah mustahil untuk kita pergi haji sebelum giliran yang diberikan?

Seorang pengguna FB telah menulis dalam akaun FBnya tips bagaimana dapat pergi haji lebih awal daripada tahun giliran yang sebenarnya.


TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;


1) Buka akaun Tabung Haji.

2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB

3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).

4) a) Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).


c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda
orangnya? Tak mustahil. 

d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.

Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.

Sumber di sini.

Nota cara menabung secara ringkas:

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?

2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.

P/s: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi. Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.


[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. –> Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini. Terima kasih.]

Nak tambah juga:
Etiqa Takaful ada plan Mabrur yang mana pada tahun tertentu mereka akan memulangkan kembali RM1300 (kali pertama) kepada pencarum. Kita buka akaun Tabung Haji siap siap jadi bila dapat duit tu terus sahaja daftar untuk menunaikan fardhu haji. Untuk maklumat lanjut bolehlah bertanya dengan Agensi Imtiyaz.






BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?
Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.


Isi kandungan surat rayuan:

Nama penuh
Nombor akaun TH
Nombor MyKad
Tujuan rayuan
Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.


Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.

Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor

18 Disember 2015


Kepada,

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M

NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR 
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400 

No AKAUN TH: 12345678
_____________________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.


Sekian, terima kasih.


Yang Mengharap,



(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400


Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

E-mel – th-info@lth.gov.my, 
Faks 03-77284959, atau 
Atau menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC


Sumber: http://www.aynorablogs.com/2015/12/permohonan-rayuan-haji-musim-1437h-2016m.html#ixzz4IQhEKwZy

Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.

Hotel Review | Grande Centre Point Hotel, Bangkok

Hotel Review | Grande Centre Point, Bangkok | Hello... dan selamat pagi! Pagi ini nak review sebuah hotel di kawasan up-market di Thonglor pula. Mesti ada yang nak tahu tentang hotel 5 bintang ini kan? 


Hotel 442 bilik ini terletak di timur Bangkok, kawasan Sukhumvit, dan boleh diakses dengan BTS skytrain. Eventhough not so near but still doable, a few hundred meters jugalah kalau nak berjalan kaki. Hotel juga menyediakan Tuk Tuk Shuttle untuk ke Stesen BTS skytrain Thong Lo. Berjalan kakilah best sebab ada banyak classy bar, kelab, restoran terikni dan butik pakaian, boleh menjamu mata.


Lima jenis penginapan ditawarkan di hotel ini yang berbeza dekorasi dan mengikut keperluan tetamu:
Lady Deluxe
Signature Deluxe
Grande Corner Suite
Executive Suite
Family Suites 


Grande Centre Point Hotel, Sukhumvit 55, berada di kawasan syurga makanan yang ramai expatriate Jepun. Makanan Thai, Jepun, Korea dan barat semua ada tapi tak halal. Food heaven for non muslim tapi jangan risau berdekatan hotel ini ada Masjid Zhohirul Islam jadi sudah pasti ramai komuniti muslim di sini. Mestilah ada dijual makanan halal kan?

Thonglor taste map. 



Apa kelebihan Grande Centre Point?

Bilik Signature Deluxe aku tu taklah besar sangat but just nice for two. Pada aku, tiga perkara ini yang best:

1) Dapat melihat sunset dari bilik. Bukan kesemua bilik ya... dua kali menginap di sini aku dapat melihat dua pemandangan yang berbeza. Please request kalau nak melihat pemandangan indah matahari terbenam. Buat time lapse pun best juga. Cantik worrr... Masa book hotel tu boleh isi kat 'special request' tapi ikut nasib jugalah.

2) Bilik air
Selain marble hitam putih yang elegan, shower dan bath tub berasingan. Toilet seat dah diset suam jadi takdelah terperanjat bila letak pungkok heheh... bidet pun ada.

3) Spa mewah Let’s Relax Spa. 
Satu lantai dikhaskan untuk spa sahaja. GCP juga memiliki onsen terbesar di Bangkok 



 Yang kanan sekali tu dari bilik 2606. Tak dapat melihat matahari terbenam dari sini.


😁👍👍

 Safe deposit box ini dipasang berbaring. Boleh muat Surface.

  

Grande Centre Point Sukhumvit 55
300 Sukhumvit Soi 55 (Thonglo), Klongton Nua, Wattana, 
Bangkok 10110, Thailand.
Tel. +662 020 8000 Fax. +662 020 8088
Email: sukhumvit55@gcphotels.com

Sila tempah di sini.


*** Nak shopping di Bangkok. Dapatkan senarai pusat membeli-belah popular dan murah di sini.


Thailand | Melawat Projek King Bumibhol Adulyadej Di Cha-Am & Petchaburi

Thailand | Melawat Projek King Bumibhol Adulyadej Di Cha-Am & Petchaburi | Sewaktu hayatnya King Rama XI, King Bumibhol Adulyadej begitu banyak sekali berjasa kepada rakyat Thai terutama yang berpendapatan rendah melalui bantuan secara lansung atau tidak lansung. Baginda juga turut mengadakan lawatan dan memberi kata-kata peransang yang sehingga kini masih diingati. 

Merasai kehilangannya, semenjak 13 Oktober 2016 sehingga kini setelah berpuluh hari kematiannya pun rakyat masih berkabung menangisi permergiannya. Benarlah kata orang bijak pandai bahawa respect is earned, rasa hormat itu tidak dapat dibeli dengan kuasa, wang dan harta benda.

Raja ke-9 Thai ini yang memerintah selama 70 tahun merupakan raja yang paling lama memerintah di dunia. Selama pemerintahannya baginda berjanji untuk memerintah dengan adil demi kemaslahatan rakyat Siam. Setakat 1998 sahaja sebanyak 2,159 projek yang diilhamkan oleh baginda dilaksanakan di seluruh Thailand. Banyak projeknya bertujuan untuk mengeluarkan masyarakat luar bandar dari kemiskinan menjadikan mereka berdaya saing dan mampu berdikari tanpa terlalu mengharapkan bantuan kerajaan. Kini Thailand menjadi contoh kepada banyak negara dalam sektor pertanian. Mereka lebih maju daripada kita dalam beberapa aspek.

King Bumibhol Adulyadej bersama isterinya Queen Sirikit Kitiyakara ketika muda. Bagai pinang dibelah dua.


Bagaimana projek di-raja ini bermula?
Ia bermula apabila King Bumibhol Adulyadej melihat sendiri kehidupan rakyatnya sewaktu lawatan rasmi dan tidak rasmi di seluruh Thailand. Pada 1964 baginda telah melawa Cha-Am yang mana ketika itu petani susah dan miskin. Ini menjadi titik tolak bermulanya Projek DiRaja ini.

Ada kalanya baginda mengeluarkan modal pendahuluan untuk memulakan sesuatu projek. Projek-projek yang dilaksanakan termasuk pengenalan benih baru, pembinaan empangan dan pemeliharaan hutan.



Hoob Krapong Learning Centre
Lawatan yang diaturkan oleh Tourism Authorithy of Thailand ini membawa kami ke sebuah kampung yang menjadi Projek DiRaja yang pertama dan berjaya. Hoob Krapong Learning Centre (HKLC) dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Ahad untuk kita melihat sendiri kawasan penanam asparagus, pasli, rozel dan pembuatan topi dari pokok sisal. 

HKLC merupakan sebuah pertubuhan koperasi yang membantu menaikkan taraf hidup penduduk melalui jualan hasil pertanian seperti perisa minuman, jus buah rozel dan topi yang cantik dengan pelbagai bentuk serta warna. Kalau kita nak import boleh juga kot, laku tu jual kat pelancong di kala Kuala Lumpur dilanda panas terik. Kalau dijual di kawasan pantai peranginan lagilah bagus. Sekarang ni bukannya tak ada tetapi desain terhad. Mungkin disebabkan bukan budaya kita bertopi ni.

Inisiatif seperti ini memang bagus kerana ada kesan jangka masa panjang. Rakyat diberi joran bukan ikan. Ikan awal awal bolehlah. Sebenarnya di negara kita pun ada program seperti ini.. kalau tak silap singkatannya KPW cuma biasalah, ada yang bernyawa ada yang semput.


Kami dihidangkan dengan air asam jawa, butterfly pea, gula nipah dan rozel. Tengah panas berpeluh memang sedap sangatlah dapat air manis sejuk ni kan,. ditambah pula dengan "khanom tom" (kuih ondeh-ondeh/buah Melaka) yang masih panas. Kalau anda perasan, ketika di Thailand barangan yang ditawarkan kepada kita hampir kesemuanya "made in Thailand" termasuklah minuman ini.


Buah "kiatab" atau rozel.

Mr Tee Klongklaew ialah peladang yang memulakan penanaman asparagus di kampung ini pada tahun 1973 melalui bantuan pembelajaran dari Israel. Di awal projek dahulu, King Rama IX meminta bantuan Israel dalam pembentukan sistem pengairan berdasarkan pengalaman mereka mengairi kawasan tandus yang kontang. Pelajaran dan usaha keras sendiri telah membuahkan hasil kepada peladang jaya ini sehingga dijadikan contoh kepada petani dan bakal petani yang berminat menceburi bidang sama. Sewaktu lawatan ini belum tiba musim menuai. Belum banyak asparagus yang muncul, hanya satu dia pokok sahaja yang boleh kami lihat.


Sayur asparagus. Selama ini ingatkan pokok asparagus hidup di tempat sejuk. Asparagus ni muncul dari dalam tanah.

Kemudian kami ditunjukkan cara memproses "panson narai" atau sisal untuk dibuat aksesori wanita. Rasanya sisal ni dari jenis pandan juga walaupun bentuknya seperti mengkuang cuma tak berduri di tepi. Mereka masih menggunakan cara tradisional iaitu dengan mengepit daun sisal di celah buluh dan ditarik untuk mendapatkan benangnya. Labour intensive juga cara ni, berurat tangan.

Benang itu pula dikeringkan, diwarna dan dianyam membentuk topi, tali pinggang, kasut dan beg. Cantik cantiknya topi tu... macam tak cukup satu. Masa di Ho Chi Minh hari tu dah beli yang warna natural jadi kali ni ambil merah. Kebetulan pakai baju dan seluar merah hari tu rasa cantik semacam pulak hahahah.... SS jap hewhewhew.. Feeling macam Kate Middleton gituh. Pi lah tengok kat instagram. Dah tentulah harga di sini lebih murah dari Bangkok. 





Sebahagian topi yang dijual... rambang mata memilih. Cuba yang itu cuba yang ini... rasa nak beli lima tapi nak buat apa pula?

Jika anda berada di Hua Hin jangan lupa buat lawatan ke sini, 30 min je jauhnya. Jika hendak membuat lawatan berkumpulan atau berminat dengan mana-mana projek silalah berhubung dengan Tourism Authorithy of Thailand di Bangkok. Isi borang di sini.

Kami juga ke sebuah lagi lokasi pembelajaran yang menarik, Chang Hua Man Royal Project . Nanti ai kongsikan lagi eh.


Motivasi | Jauhi Manusia Berfikiran Negatif

Tags

Motivasi | Jauhi Manusia Berfikiran Negatif | Hidup akan menjadi lebih mudah bila kita membuang orang-orang yang berfikiran negatif. Siapa mereka yang negatif ni?


Diantaranya jenis...

1) Suka maki orang.
Sesetengah orang bila dia update status di facebook ke twitter ke kerjanya marah orang je. 95% status dia memaki orang. Orang tak sependapat dengan pandangan politik dia dimaki, orang drive slow dia maki, orang overtake kereta dia dia tanpa bagi signal dia hamun siap nombor plet kereta orang tu dia pos, dia marah kat rakan sekerja pun nak up status... secara tak sedar dia menggambarkan situasi di tempat kerja sendiri. Orang sebegini perlu menghadiri kursus anger management. Kalau selalu sangat mengata orang lain tak pandai buat kerja doubtful lah juga kita kan, pandai sangat ke dia? 

Kalau tak sampai hati nak unfriend, scroll lelaju tak payah baca status dia. Pepagi tak elok terima negative vibe.
Image result for anger management


2) Serba tak kena.
Dulu ada seorang office mate aku ni semua tak kena di mata dia. Bila HQ bagi hadiah towel as a consolation prize kepada kami dia komplen, "kenapa tak bagi t-shirt eh?". Tak kena dengan saiz ko kang ko komplen juga.

Bila orang buat open house di malam hari dia tanya, "kenapa tak buat siang?". Macamlah ko nak datang. 

Banyak sangat kenapa begini tak begitu. Jadi disebabkan sikap dia tu kita mestilah ada high expectation bila dia jemput datang open house di rumahnya... masak beriyani gam katanya. Rasa? hmmm... tapi kita takdelah komplen, orang bujang diajak makan free kita makan je lah hahah... rezeki kan?


3) Orang yang tak senang hati dengan apa yang orang lain buat.
Ada je yang nak didengkikannya. Orang memanggil pasangan dengan manja diperli, berpegangan tangan dengan suami/isteri diejek, pakai tudung dengan bergaya sikit dia tak puas hati.. sindir orang macam orang muda.

Orang sebegini aku agak kurang kasih sayang. Ibu bapa kurang memberi sentuhan sewaktu dibesarkan tak pun laki dia dah lama tak peluk ni. Aku agaklah.


4) Orang yang suka mencaci rezeki.
Apa orang masak ada je yang tak kena, ikan bilis keras macam dawailah.. mee goreng kurang bahanlah... pulut lembiklah...orang tu tak pandai masaklah bla bla bla... 


5) Orang yang tak sesabar nak mengumpat.
"Dia kahwin muda, perut dah besar!", berbisik kuat walhal tuan badan yang diumpat berjarak 1 1/2 meter saja. Kot ye pun tunggulah orang tu beredar dulu. 


6) Suka menyalahkan peniaga (dalam penjualan barangan kehendak)
Contohnya bila syarikat tertentu menaja selebriti terkenal di majlis perkahwinan. Orag begini akan berkata daripada taja artis lebih baik taja anak yatim. Kalau tak percaya baca je lah di bahagian komen atau forum.... Melayu.

Kita sama-sama faham serba sedikit mengenai pemasaran boleh? It's free advertising. Jika pereka baju menaja baju kahwin Che Ta, berapa juta orang yang akan menonton? Katalah 3 juta, dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Daripada 3 juta orang tu mugkin 10% daripadanya berkemampuan dan berkenan dengan hasil kerja si pereka, tidakkah itu akan membuka peluang perniagaan yang lebih besar kepadanya. Berapa kali ganda untung berbanding baju kahwin Che Ta yang berharga (mungkin) RM30,000 tu? Nampak? Nama pereka yang tak berapa terkenal itu pun tiba-tiba meletop.

Contoh lain, bila orang jual telekung atau jubah dengan harga tinggi RM200... RM500...RM5000 sepasang dia akan komen, confirm masuk syurga ke? Geramnyalah aku dengan komen macam ni. Simpan sikit ketidakcerdikan tu boleh? Dia ingat kalau pakai telekung RM30 sepasang tu nama dah ada di syurga ke? Membeli barangan mahal hanya akan menjadi masalah kepada orang biasa biasa, orang "have have" no problem.

Kalau masih tak tahu sebenarnya ramai orang kaya di Malaysia ni tambahan pula pasaran pakaian muslimah tidak terhad jualannya di sini. Ia sampai ke Brunei, Singapura, Indonesia, negara timur tengah malah ke Eropah! Biarlah golongan terlajak mampu ni berbelanja sakan, duit dia. Kadar kesederhanaan tidak sama bagi semua orang. Kadar sederhana aku tak sama dengan Siti Nurhaliza. Aku bersederhana dengan membeli handbag Bonia je, Siti Nurhaliza dengan handbag Balenciaga. Takkan aku nak hidup macam dia yang berpendapatan RM40,000 sejam? Nak beli Bonia tu pun jenuh menyimpan. Cuba letakkan diri tu sebagai peniaga pula amacam?

Aku minat hangbag begini, kulit lembut, ringan dan boleh sling. Kalau ada yang rasa nak hadiahkan beg kepada ai bagi yang camni eh? heheh... manalah tahukan ada makcik kayo yang tengah baca blog aku ni haa...😃 (Sumber di sini.)


Lebih elok jika dijarakkan pergaulan dengan orang negatif ni. Jika berpeluang nasihatkan, kalau tak mau dengar tak perlu rapat sangat. Otak kita ni fitrahnya bersih tapi kalau hari hari disumbat dengan cerita negatif kita pun boleh jadi macam dia juga.

JJCM NS | Kedai makan MESTI CUBA di Jalan Seremban-Kuala Pilah

JJCM NS | Kedai makan MESTI CUBA di Jalan Seremban-Kuala Pilah | Negeri Sembilan negeri beradat hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan lebuhraya PLUS atau LEKAS. Negeri ini terkenal dengan Istana Sri Menanti, kawasan perkelahan Ulu Bendul dan pantai Port Dickson selain makanan enak lagi pedas.



Apa lagi yang popular di Negeri Sembilan?

Mentoghi Bosar den, YB Dato Haji Mohamad bin Hassan (untunglah kami ada MB yang berpandangan jauh dan mengutamakan pendidikan),

Kembar bolasepak Aidil Zafuan dan Zaquan Adha (diorang ni lahir time raya haji kot eh?),

Waris... yang menyanyi lagu catchy Gadis Jelebu tu, Datuk Hattan pun orang sini.

Banyak lagi keistimewaan NS ni.. harga rumah masih dalam kemampuan, di Port Dickson saja ada berbelas tempat menarik.

Eh, hari ni nak cerita fasal makan.


Di mana tempat makan sedap di Seremban?
Ni ai nak kasi tau lokasi mengisi perut yang kaum kerabat sepupu sepapat ai suka pergi. Mereka tu memang suka jalan jalan cari makan mencuba banyak tempat. Aku ni pergi yang dedekat je lagipun nak maintain (dah susah bona nak turunkan) berat badan. Kononnyalah.

Awak awak awak yang melalui jalan Seremban-Kuala Pilah ni bolehlah cuba. Lepas hiking Gunung Angsi tu mesti lapar tak hengat punya.

Yang disenaraikan ini adalah kedai biasa yang ramai pelanggan. Kalau dah hari hari kedai penuh haruslah sedap, ye tak? Ini baru setakat laluan Ampangan ke Kuala Pilah je.. Senawang, Sendayan, Seremban 2, Nilai semua tu belum lagi. Ikut turn lah ya. Kalau time uols datang kedai tak buka jangan kecam ai pulak eh.

1) Roti goreng kentang di Ampangan food court.
Kedai Jalal. Kami sekeluarga rajin jugalah ke sini sebab anak-anak suka fast food dia. Aku pun suka... sejak belum ada anak sehingga beranak-pinak mengulang kedai ni. Jangan peliklah dengan tuan kedai bersama krew yang tak nak senyum. Eh pelik jugalah kan? hahah... Pernah aku datang waktu petang di lokasi lama dulu elok je tuan kedai layan dan ada sekali tu setelah beberapa lama boleh pula dia tegur, eh lama akak tak datang? Ooo... aku ingatkan dia tak perasan aku selama ni. Dia taklah sombong cuma tak senyum je. Boleh gitu? Makan je, sedap.

Ampangan food court.

Sumber di sini.

2) Roti canai bawah pokok, Paroi Jaya
Roti canai brother ni sedap, garing di luar lembut di dalam. Dibuka dari 7-11 pagi. Gerai dia depan Mertang Car Wash, deretan kedai belakang 7 Eleven tak jauh dari Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

3) Leha World, Paroi Jaya
Akak tu bermula dengan berniaga di bawah pokok je dulu. Ada berpuluh-puluh jenis lauk untuk dipilih tapi aku rasa nasi sikit sangat. Untuk aku cukuplah tapi kalau orang lelaki tak puas makan. Ikan keli berlada RM4.50, sayur RM2 air percuma. Lain-lain? Datang sendiri dan rasa.

Image result for leha world
Sumber di sini.

Sumber di sini.

4) Gerai kuih, Panchor Jaya.
Tak ingat nombor rumah dia tapi kalau masuk saja Persiaran Semarak 2, Taman Panchor Jaya tu gerai akak tu sebelah kanan. Dia berniaga pepagi Isnin-Jumaat saja. Hot item karipap kentang dan sardin. Menggunung dalam bekas kueh tu. Kuih-muih lain pun secukup rasa. Nampak ikhlas usahanya. Sambal nasi lemak sedap juga tapi simple je lah, nasi dengan sambal. Dah jual singgit takkan nak ikan bilis, telur, timun bagai kan? Goreng telur mata lembu sendirilah kat rumah, jimat.

Ada satu lagi penjual kuih yang semua kuih dia sedap secukup rasa, di sebelah luar sebelum masuk ke Persiaran Semarak 2 ni berdekatan bus stop. Apa ntah nama pakcik tu, Zarin kot. Dia ada menjual popia goreng dan basah. Beroperasi selepas Zohor... hari Isnin tutup rasanya.

Dua gerai ni memang kami suka kuih-muihnya. Harga pun berpatutan. Masa orang lain berebut naikkan harga mereka tetap bertahan. Pernahlah aku bertanya beberapa tahun lepas kenapa tak naikkan harga? Mereka jawab, takpelah...tak bayar sewa. Aku pula yang susah hati bila mereka masih maintain harga sebiji kueh 30 sen hahahha....jiwa wakil rakyat sangat gituh. Sekarang mereka menjual sebiji 40 sen. Kami bayar dengan redha sebab puas hati. Lagipun mereka suka bersedekah.

Sebelum ni ada Husseins's Puff berniaga waktu petang di Paroi Jaya. Itu pun sedap juga. Tak tahulah dia pindah ke mana... dah kaya kot, dok rumah je.


5) Popia Kuala Kangsar, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

6) Mama One Stop Bakery & Cafe.
Dah cerita dulu di sini. Sekarang ada cawangan di CIMB, Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban.


7) Kedai Angah, Ulu Bendul
Dia menjual roti canai kari kambing. Lokasinya depan kawasan perumahan Ulu Bendul (arah Kuala Pilah) selepas tempat mandi-manda tu.

8) D'sawah, Ulu Bendul.
Memang dokek topi sawah. Sekarang ni berderet kereta parking tepi jalan tu pepagi. Hidangan istimewa mereka ialah roti canai, nasi lemak hijau (yang biasa pun ada), sambal sotong. Hari Sabtu dan Ahad ada pulut sambal petai. 

Related image
Sumber di sini.

9) Zaini Salai House, Ulu Bendul.
Kedai makan ini tak jauh dari D'sawah, sebelah kanan. Cousin aku yang kaki makan tu kata sedap lauk makan tengahari di sini, ada itik salai bagai.

Image result for zaini salai ulu bendul
Sumber di sini.

10) Kedai Ain, persimpangan Seri Menanti.
Bertentangan dengan pintu gerbang ke Seri Menanti ada bus stop, Kedai Ain di situlah. Akak ni menjual lauk pauk kampung seperti lawar terung, rendang betik, rendang peria, gulai baung dan jangek. Pernah dengar "jangek"? Aku pun first time dengar heheh... sesio duk kampung. Gulai kulit lembu. Pepagi ada lontong. Sambal nasi lemak dia sedap (kata cousin). Orang yang main golf di Kelab Golf Sri Menanti pun selalu makan di sini juga.


Kalau kena musimnya dapatlah melihat hamparan sawah padi di belakang Kedai Ain. 

11) Kedai sebelah SMK Sultan Abdul Samad (SMDAS), Tanjung Ipoh.
ABC kelapa dan laksa utara dia sedap baq hang!

Image result for abc tanjung ipoh
Sumber di sini.

12) Kedai depan Petron Melang, Kuala Pilah.
Aku baru je makan nasi lemak sambal sotong kering dia. Sedap! Selain tu ada lauk rendang ayam. Kue tiaw pun ada. Tapikan servis krik krik.. hahaha... bertabahlah menunggu. Berzikir, bertahmid 33 kali baru sampai.

13) Nasi lemak, Medan Selera Kuala Pilah.
Dekat traffic lights, depan Maybank. Geng Mak Jemah kata sambal sotong basah sedap.

14) Kedai rojak, Pasar Kuala Pilah.
Rojak mi/kue kena pair dengan cendol. Rojak ni mungkin di tempat lain dipanggil mi jawa. Famous zaman berzaman sebab rasanya tak berubah. Even ada ahli keluarga mereka yang berniaga di pasar malam pun maintain rasa kuah yang sama.

Cendol di pasar KP tu aku jadikan benchmark. Susah juga nak jumpa yang sama macam pakcik tu jual. Rasanya dah sebati dengan lidah ni sebab aku start makan cendol dia dari sekolah menengah... semangkuk 50 sen, dari pakcik tu kuat sampai kena pakai loud speaker dah hahah... memang sodap! Di hentian bas KP pun ada cendol dan rojak. Rasa cendol sama tetapi aku lebih suka rojak yang di Pasar Kuala Pilah.

Dulu kini dan selamanya macam tu juga kedai dia tapi volume jualan bertambah. It seems that pelanggan tak kisah pun. Lelaki berdiri tu menjual cendol, yang di hujung sana rojak, bersebelahan pasar Kuala Pilah. 

Image result for rojak kuala pilah
Sumber di sini.

Kedai cendol di hentian bas Kuala Pilah. 


Lagi??

Apam balik sebelah kedai emas. Beli emas sekalilah kak, emas Kuala Pilah murah... ish ishh... geram tengok 😈😈😈. Boleh tunjuk kat orang kampung bila sampai Bahau/Bera/Temerloh/Kuala Terengganu nanti 😊😛😈😈


Nota:
25hb ni ada program silat di Ladang Alam Warisan jadi bolehlah pakat reramai try kedai makan ni nanti.






Thailand | Sambutan Krismas di Bangkok

Thailand | Sambutan Krismas di Bangkok | Bangkok meriah ketika ini dengan hiasan hebat menyambut Krismas. Semua hotel dihias dengan pokok krismas, kotak hadiah beserta hiasan lain yang menarik. Begitu juga kedai-kedai dan juga spa.


Mari lihat hiasan-hiasan menarik ini yang hanya muncul setahun sekali.

Grande Centre Point Hotel, Bangkok





Hua Hin Marriot Resort & Spa, Hua Hin



Central World, Bangkok












Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free