3 Hari 2 Malam Di Putrajaya Nak Buat Apa Eh?

3 hari 2 Malam Di Putrajaya Nak Buat Apa Eh? | 

Kita selalu merancang percutian jauh jauh… kita selalu rasa yang jauh di mata itu menarikkk sangat sedangkan yang dekat pun tak kurang hebatnya. Sempena cuti yang masih berbaki lagi ni meh aku tolong plan percutian ringkas yang #dekatJe ni.
Bercuti di Putarajaya saja?
 
Ya lorrr… save money ma.
 
Mari lihat aturcara percutian tiga hari penuh di Putrajaya.
 
Hari Pertama
Sesampai sahaja di Putrajaya kita sarapan dulu di Putrajaya Sentral. Nak makanan berat seperti nasi lemak dan mee rebus serta kuih-muih makanlah di restoran Lengkuas. Restoran mamak pun ada untuk mereka yang tak boleh berpisah daripada kari mamak hehee..
 
Nak makan yang ringan pun ada… seperti 23 Hotdog, pizza di Enakkk, muffin dan biskut di mm…Ovenfresh, segala roti dan mak nenek pai di Luscious, popiah rangup, donut di Dunkin’ Donut dan lain-lain lagi.
 
 

Kalau rasa nak naik bas Nadiputra tambang lima kupang boleh park kereta di sini. Park at your own risk gitew. Eh, syok apa naik bas? Pepagi naiklah bas dulu pusing Putarajaya untuk dapatkan overview. Kalau malas nak turun naik bas kita ambil saja gambar dari dalam bas tu tapi nak berjalan-jakan tak elok melayan perasaan bermalasan tu. Jika bas tu lalu di tempat atau bangunan yang menarik kita turunlah dulu, lepas tu naiklah bas yang lain pula. Ala… lima posen je pun.
 
 
 


 
Tengahari kita makan di kafe Putrajaya International Convention Centre (PICC). Tak mahal sangat, cuma RM25 sekepala untuk buffet lunch. PICC letaknya di tanah tinggi jadi pemandangannya boleh diagaklah kan? Di dalam PICC itu sendiri rimbun dengan pepohon hijau. Jika berpeluang gi masuk tengok dewan-dewan yang ada di sana.
 
 
 
 
 
 
Perut dah kenyang jom kita pergi solat Zohor di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Putrajaya ada dua masjid. Masjid yang lagi satu tu kita pergi hari kedua. Kita lepak lelama sikit di masjid ni, bukan senang nak sampai kan? Aku suka masjid ni sebab rekabentuknya yang menarik membuatkan kita dapat merasa angin yang menghembus. Lagipun ada kolam air di ruang solat yang mendinginkan suasana.

 
Jika nak berjalan-jalan di sekitar masjid pun bagus juga sebab masjid berada di tebing tasik. Damai sangat berjalan dan ‘lepaking’ di rumput yang menghijau tu. Best tau bergolek-golek sambil bergambar atas rumput hijau tu. Make sure pakai baju yang berwarna kontras barulah naik warnanya.
 
Petang kita makan lagi heheh… makan yo la kojo. Kali ni kita makan di medan selera Presinct 9. Setiap presinct yang terdapat residensi di Putrajaya ni lengkap dengan dewan serbaguna, kolam renang, perpustakaan dan medan selera. Food court precinct 9 ni antara yang terbesar dan menawarkan makanan sedap resipi tukang masak popular seperti mee rebus Hj Wahid, kue teow Uncle Don, kacang pool original JB, roti John, tauhu bakar, otak-otak, nasi dagang, nasi kerabu ddn pelbagai lagi. Makanlah sampai cemuih ya.
 
 

Perut dah kenyang, kat mana nak tidur? Download saja application #HotelQuickly. Jika sebelum ni kita hanya boleh tempah dua hari sebelum menginap sekarang ni dah boleh tempah seminggu awal. Aku stay di Everly Putrajaya. Aku suka biliknya… puas hati dapat ambil gambar sendiri dalam bilik tu hahahaa…. Posing sensorang. Kelebihan hotel ni ianya terletak bersebelahan dengan pusat embeli-belah Alamanda. Nak shopping, makan minum atau berkaraoke hanya sekangkang kucing aje.
 
 
 
 


 

 
Dah dah… gi tidur!

 

Hari Kedua
Hotel Everly Putrajaya menyediakan berbagai pilihan sarapan. Aku makan yang ringan aje tapi banyak jenis jugalah. Sila rasa kuih-muihnya, sedap.
 
 

Hari kedua ni kita mulakan dengan lawatan ke Taman Warisan Pertanian. Putrajaya memiliki 12 buah taman dengan konsep yang berlainan. Taman yang kita nak lawati ini sangat sesuai sebagai lawatan pembelajaran (edutrip). Bekas ladang getah klon menjadi taman herba dan buah-buahan ini ditanam dengan 72 jenis getah klon dan berbagai pokok seperti gadarusa yang digunakan secara tradisional untuk menghentikan pendarahan kecil, mahkota dewa yang tengah popular sekarang ni, buta-buta yang getahnya noleh menyebabkan kematian, lempoyang, sambung nyawa, leipan dan banyak lagilah. Pelik nau namanya hahhaha…. Hah kalau kena chicken pox boleh ambil daun semambu di parking lot bawah tu.

 
 
 
 
 
  

Tahu tak bahawa nangka merupakan tumbuhan berkayu yang menghasilkan buah terbesar di dunia? Mesti ramai yang tak tahu kan? Macam-macam informasi kita boleh dapati dengan melawat Taman Warisan Pertanian di Presinct 16 ni. Tak sesia berjalan 45 minit. Jika tak berdaya boleh je naik buggy tapi kenalah bayar sikit. Berjalan kaki lagi bagus.
 
Eloklah rasanya masa lawatan ke taman ini dilebihkan. Tak rugi pun terutamanya jika kita datang dengan anak-anak yang curious nak tahu banyak perkara.
 
Penat berjalan? Haus? Lapar? Makan je di @penanggah dipintu masuk tu.
 
Lepas tu kita sambung lagi aktiviti. Kali ni di Tasik Putrajaya pula, naik Picnic Boat dan Love Boat milik #CruiseTasik. Ya Allah seronoknya makan makan atas bot! Bawa bekal letak dalam bekas makanan @tiffinayan (orang lama panggil ‘sia’) dengan warna-warna pastel yang cantik.
 
 
 

Nak ke mana lagi lepas tu?
 
Kita melawat Moroccan Pavilion pula. Hebat sungguh replika istana Morocco ni. Empat galeri dengan empat konsep yang berbeza. Istana sebenar di bahagikan mengikut zon. Kita rakyat marhaen ni dapatlah duduk belah luar je kot. Kalau BFF sultan dapatlah sambutan di bilik vip.
 
 
 
 
 

Sangat indah dan hebat ukiran bangunan īni. Cerita banyak pun tak guna, hang kena masuk tengok sendiri. Fotografi dan videografi tidak dibenarkan tanpa kebenaran. Jika dijaga dengan lebih baik bangunan ni lagi bagus.
 
Makan malam hari ni kita test @UmaiCafe pula, kafe tepi tasik berdekatan Masjid Besi.
 

 
Hari Ketiga
Hari ni nak ke mana eh? Kita cover Monumen, rumah Perdana Menteri kesayangan awak dan Putrajaya Wetlands. Kalau kena hari Selasa dan Jumaat boleh pergi passr tani/malam.
 
 

Mari kita belajar sejarah Malaysia secara ringkas di Monumen. Ringkas ringkas pun ceritanya start dari tahun 1400 hehe… Di sinī jugalah mantan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamed menyimpan kapsulnya. Tunggu tahun 2020 nanti baru kita tahu apa yang ditulisnya. Sohehlah peringatan yang hebat dan berguna kan?. Dr M kannnn…. Memerintah Malaysia selama 22 tahun tetapi cuma memerlukan tiga orang pembantu. Banyak perkara yang membabitkan Malaysia difikirkannya sendiri.


 
 
 Kediaman rasmi Perdana Menteri
Kalau nak tahu lebih lagi tentang Seri Perdana boleh baca blogpost yang dulu.
 
Di sebelah rumah Perdana Menteri ada sebuah galeri dan dewan protokol untuk menyambut tetamu kenamaan. Banyak cenderahati yang dipamerkan di sana. Boleh je walk-in jika tiada majlis rasmi. Yang pasti hari Jumaat tutup.
 
Putrajaya Wetland merupakan taman terbesar di Putrajaya. Banyak sepsis tumbuhan dan haiwan terdapat di sini. Aku recommend berbasikal atau jogging di sini. For bird watching, sila berbasikal hingga ke upper Wetland di petang hari. Beribu burung pulang ke sarang waktu tu.
 
 

 
Itulah cadangan percutian ke Putrajaya. Kalau masih ada waktu senggang dalam masa tiga hari tu pergilah melawat taman-taman ang lain pula. Nak senang cari  tempat makan copy and paste sahaja dari sini.
 Balik ke rumah nanti sila timbang berat badan eh.

Penerbangan Patuh Syariah RAYANI AIR Mula Beroperasi

Penerbangan Patuh Syariah RAYANI AIR Mula Beroperasi | 

Tahniah Rayani Air yang mengumumkan sebagai syarikat penerbangan patuh shariah pertama di Malaysi, kerana;


1. Tiada hidangan alkohol (namun ujian sebenar kepada polisi ini adalah apabila wujud perjalanan antarabangsa dan bukan hanya domestik)
2. Staf muslimah diwajibkan berhijab
3. Dimulakan dengan doa
4. Makanan yang dihidang berstatus halal.


Muslim flight crew who work for Rayani Air must wear the hijab as part of their uniform 
 Cabin crew pose for a photograph in front of a Boeing 737-400 at Kuala Lumpur International Airport
In-flight meals served on board Rayani Air are completely halal, with alcohol consumption strictly prohibited 

Apa yang lebih manis apabila, pengasas dan pemiliknya iaitu Ravi Alagendrran (Founder) dan Dato Karthiyani Govindan adalah dari bangsa India dan bukan pula beragama Islam (Maaf jika tersilap & pohon dimaklumkan jika saya silap). Ia hebat, kerana yang bukan Islam pula yang mampu mendokong ciri-ciri Islam dalam pesawat milik mereka berbanding orang Islam.

Namun patuh Shariah janganlah hanya dihadkan kepada empat item itu sahaja tetapi juga lain-lain ciri, antaranya :


1. Kualiti pekerja menjadi keutamaan
2. Gaji pekerja kompetitif iktiraf pencapaian (khususnya bila sudah berkembang nanti)
 
3. Syarikat tidak berhutang dari bank konvensional dengan riba.
4. Wang tunai & pelaburan syarikat disimpan di institusi kewangan halal.
5. Penyelenggaraan pesawat wajib sentiasa ikut SOP tertinggi keselamatan.
6. Harga tiket yang kompetitif
7. Penumpang ditawar untuk ambil perlindungan takaful dan bukan insuran.
8. Membayar hutang supplier 'on time' berdasarkan terma kontrak.
9. Bersifat mesra pelanggan OKU, yang uzur & memerlukan.
10. Jangan wujud caj tersembunyi (hidden charges) dalam harga tiket dan caj bagasi tersembunyi.
11. Pakaian staff wanita Islam perlu dilonggarkan sedikit lagi agar tidak jelas menunjukkan bentuk badan mereka, khususnya di bahagian sensitif.
Apapun tahniah kerana tidak termakan dengan dakwaan murahan sesetengah pihak kononnya arak diperlukan di dalam pesawat kerana itu nilai komersial sesebuah pesawat, kain perlu terbelah dan seksi kerana daya tarikan pelanggan.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
PRESIDEN MURSHID

There are already other shariah-friendly carriers operating around the world, and UK-based Firnas Airways is planning to offer similar flights next year, according to a Bloomberg news agency report.

**********

Banyak betul komen negatif tentang islamic practise Rayani Air. To the management of Rayani Air, buat sahaja perkara betul. Akhirnya nanti mereka tetap akan gunakan servis syarikat penerbangan anda juga jika anda benar-benar bagus. Orang yang suka komplen ni memang tak dapat ditolong sebab kerja mereka memang komplen aje.

Kenapa selalu tak berpuas hati jika penerapan nilai-nilai islamik dilakukan? Bukankah pakaian islamik tu hanya wajib ke atas pekerja islam sahaja? Setiap syarikat ada rules and regulations sendiri so what the fuss? Bila kita ke negara arab boleh pula kita ikut syarat mereka TANPA banyak soal. Lagi satu, tanpa alkohol dalam penerbangan maka kuranglah masalah kepada krew kabin dan penumpang lain. Menyampah ooiii kalau orang mabuk memekak. Dahlah tak boleh nak lari ke mana-mana. 

Kita selalu kagum dengan sikap orang Jepun terhadap diri, keluarga dan negaranya. Itulah nilai islam yang dipraktikkan oleh orang bukan islam. Kebersihan, kesopanan terhadap tetamu, menjaga adab, ketepatan masa, cintakan negara, kesungguhan bekerja... diantaranya. Orang Jepun ni kalau air minuman tertumpah dalam train dan dia tak ada tisu, dia akan lap dengan skirt sendiri tau. Mampu? Kalau batuk/selsema pandai je dia pakai face mask. Kita?

Malaysian memang suka jadi follower. Bila kita dan perenang request pakaian yang lebih sopan kita bagi alasan memacam untuk menghalangnya; tapi bila swimmers Australia berpakaian lengkap (walaupun masih ketat) kita kagum dan ikut pulak. See?? Kita nak ikut kalau orang puteh buat. Kita suka jadi follower mereka.

Tuu Firnas Airways pun nak offer syariah-friendly carrier. Senyaplah para pengkomplen lepas ni.

Jangan komplen banyak sangatlah. Support sahaja perkara baik. Kalau tak suka boleh naik penerbangan lain, tiada paksaan.








Motivasi Pagi | Employee First, Customer Second

Tags

Satu pandangan bernas Sir Richard Branson, owner Virgin Air yang menjadi mentor Tan Sri Tony Fernandes, CEO Tune Group. Beliau pun pernah berkata perkara yang sama.


Selalunya kalau customer complain 'melompat' memasing yang di atas nun  Kekadang tanpa mendengar penjelasan orang yang dikomplen hukuman telah dijatuhkan yang membuatkan seseorang staf itu demotivated. Pernahlah satu kali tu kami meluat sangat dengan orang atas, rasa macam kuli batak, kebajikan kita tak diambil endah. Siap ada buku khas untuk merekodkan kesilapan kerja kami setiap hari. Hmm... orang macam tu pun ada.. mati la kalau bekerja dengan orang yang negative thinking begini. Jadi, masa internal auditor datang kami takde nak coverline dah, siap cakap you tulis je apa yang you nak tulis hahah... biar sama-sama kena dengan HQ.

Kajian pernah dibuat yang mana mereka dapati bahawa kebanyakan pekerja meninggalkan syarikat bukan sebab syarikat tu tak bagus tetapi immediate officer atau manager yang 'macam bagus'. Satu kerugian besar jika staf tersebut seorang yang berpengetahun tinggi dan boleh buat kerja dengan baik. Pada aku biar kerja banyak jangan songeh banyak, cerewet tak bertempat. 

Apa apa pun rasa menyampah tu membuatkan kita mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Travel As Much As You Can

Tags

Kita travel ke Putrajaya je minggu lepas.

Lagi Tempat Menarik di Putrajaya

10 Tempat Makan Popular di Putrajaya


Fikirkan Hanya Yang Terbaik

Tags

Lagi Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya

Lagi Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya | Assalamualaikum and hellooo... salam Maulidur Rasul kepada pembaca muslim. Terima kasih kepada semua kerana masih sudi mengunjungi blog ini. Cuti empat hari ni kalau tak dapat pergi jenjalan jauh kita pergi #dekatJe... boleh?

 
Ada begitu banyak lokasi menarik di Putrajaya tetapi kurang popular di kalangan pelancong tempatan jadi blogpost ini adalah sambungan kepada Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya dulu. Tak sangka rupanya terdapat 12 taman dengan 12 konsep berbeza di sini.
 
Putrajaya mula dibangunkan pada tahun 1996 dari kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Ia sangat sinonim dengan bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika di-twist macam mana pun ceritanya ia tetap akan berkait dengan Dr M kerana ia hasil buah fikiran beliau. Pembinaan Putrajaya yang dulunya dikritik kini menjadi idaman ramai sebagai penempatan untuk membina keluarga.


Pemandangan Putrajaya dari PICC

Bangunan Perdana Putra, pejabat Perdana Menteri Malaysia.
 
Putrajaya Holding bertindak sebagai kontraktor utama manakala Putrajaya Corporation menjadi pemajunya. Pada tahun 1999 kumpulan pertama bangunan ikonik di Putrajaya siap dibina dan Dr M terus berpindah ke sana sebagai galakan kepada orang lain. Dulu Putrajaya tu yang nama lamanya Perang Besar bukanlah meriah seperti sekarang... macam tempat halau jin. Sunyi.
 
Pembinaan Putrajaya sangat terancang. Setiap presinct yang mempunyai residensi dilengkapi dengan community hall dan medan selera. Terowong untuk lrt/monorel telah lama siap dibina hanya menunggu arahan 'bos besar' sahaja untuk melengkapkannya dengan koc dan stesen. Tahun 2025 nanti tema Putrajaya akan berktukar daripada 'Intelligent Garden City' kepada 'Garden City'.
 
Kalau nak bercerita fasal pusat pentadbiran kerajaan ini tiga hari pun tak habis kerana ia sesuatu yang sangat menarik untuk diketahui dan dipelajari. Nanti kita buat blogpost yang lain ya. Semalam dah tulis tentang 10 Tempat Makan Popular di Putrajaya, hari ini kita teruskan dengan...

 
Lagi Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya :
 
1) Morroccan Pavilion di Putrajaya Botanical Garden
Aku tak pernah perasan pun ada Moroccon Pavilion ni hehe... a hidden gem in Putrajaya, di tengah-tengah Taman Botani buatan yang terbesar di dunia. Bangunan ini dibina untuk menunjukkan kekayaan seni budaya Morocco. Terdapat empat galeri yang dihias mengikut ciri-ciri bandar imperial lama di Morocco iaitu Fez, Meknes, Rabat dan Marakesh yang dibina di dalam ruang seluas 18,000 kaki persegi.

Replika istana lama ini dibahagikan kepada tiga zon iaitu awam, separa awam dan persendirian. Status tetamu menentukan ke zon mana mereka akan dibawa.

Dinding bilik dihias begitu indah dengan surah suci Al Quran. Sangat indah, kena datang melihat sendiri to appreciate.

**Tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam kawasan Moroccan Pavilion.
 
 
 

Sumber di sini.
 

 
Moroccan Pavilion Putrajaya @ Taman Botani PutrajayaAdd: Precinct 1, 62000 Putrajaya.
Tel: +603-88877770
Fax: +603-88875037
Email: botani@ppj.gov.my
Website: www.portal.ppj.gov.my
 
 
2) Berpiknik dan Honeymoon dengan Cruise Tasik
Menaiki bot mengelilingi Tasik Putrajaya sememangnya popular tetapi kini telah ada Love Boat dan Picnic Boat yang boleh muat sehingga 8 orang.
 
Pakej Love Boat RM300 untuk satu jam siap light meal dari Secret Recipe manakala Picnic Boat RM50 untuk 30 minit. Pandu sendiri oittt...
Sukanya diorang atas picnic boat tu.
 
Love boat 
 
Romantika di atas Love Boat. Sumber +Gaya Travel Magazine 
 
 
3) Putrajaya Millenium Monument
Dari pintu masuk lagi sudah diceritakan sejarah Malaysia sejak tahun 1400 hingga kini jadi kalau nak baca semua kenalah peruntukkan masa selama dua jam di sini sahaja.
 
Tun Dr Mahathir telah menyimpan kapsul di sini yang hanya boleh dibuka pada tahun 2020, tahun yang diletakkan visi untuk Malaysia menjadi negara maju. Bukan sahaja maju infrastruktur tetapi juga pemikiran. Apalah amanatnya tu ya?



4) Putrajaya Wetlands Park
Merupakan taman yang terbesar di di Putrajaya dengan keluasan 335 hektar. Air dari wetland inilah yang masuk ke semua tasik buatan di Putrajaya.

Sebanyak 70 jenis pokok ditanam dan 24 jenis ikan dilepaskan di sini untuk mengembangkan bio-diversity. Ia juga merupakan santuari hidupan liar. Burung seperti Little Egret, Little Green Heron, Cinnamon Bittern dan burung hijrah dari hemisfera utara juga pernah dilihat di sini. Bird watching syoklah di sini.

 
 

Putrajaya Wetlands Park merupakan kawasan riadah yang bagus bersama keluarga. Kita boleh jogging, berbasikal atau sekadar berjalan-jalan. 
 
 
5) Kumpulan Burung di Upper Wet Land
Tempat ini tidak dicadang untuk dikomersialkan. Siapa yang tahu, tahulah. Sesiapa yang rajin berbasikal atau jogging di sini pagi dan petang insyaAllah akan berjumpa kumpulan burung yang banyak.


Selamat bercuti uolsss !!

 

 

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free