13 Tempat Percutian Menarik di Kota Kinabalu

Tempat-Tempat Menarik di Kota Kinabalu | Selamat bercuti ! Selamat bercuti ! Selamat bercutiiii ! Seronoknya bebudak hujung tahun ni. Dah ada perancangan nak kemana-mana? Atau, hendak menambah lokasi percutian sebab mak ayah pun nak menghabiskan cuti tahunan? 

Kali ni nak suggest ke Kota Kinabalu. Sabah ialah negeri yang paling aku suka untuk bercuti sebab ada terlalu banyak produk pelancongan untuk diterokai. Baik daratan, lautan dan gunungnya sangat mengagumkam. Bawah lautnya lagilah, tak terkata indahnya. Subhanallah.

Untuk kemudahan bersama kita fokus kepada Kota Kinabalu dulu ya. Nak pergi seluruh Sabah dalam masa seminggu jenuh yeop! Katakan kita nak bercuti empat hari sahaja aku cadangkan tidur dua malam di Kundasang, baru seronok. Sejukkkkkk...

13 Tempat Percutian Menarik di Kota Kinabalu

1) Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik.
Ketiga-tiga pulau ini agak dekat dengan tanah besar. Kita boleh pilih untuk ke sebuah pulau sahaja atau pergi ketiga-tiga buah pulau tersebut untuk snorkelling, mandi-manda, bersukan atau sekadar merehatkan badan. Pasir memutih dengan airnya yang jernih... perghh..

Untuk ke pulau tersebut sila dapatkan bot di Jesselton Point. Seeloknya jangan terus terkam kaunter yang pertama kerana kekadang kita akan dapat best deal di kaunter yang tengah. Snorkelling set dan life jacket lain harga. Sila pastikan pukul berapa mereka akan menjemput kita pulang.


2) Tamu Gaya di Gaya Street.
Tamu Gaya seakan-akan pasar tani yang banyak terdapat di semenajung Malaysia. Berbagai barangan seperti makanan, barangan kraf, servis mengurut kaki dan sebagainya dijual di sini. Ia hanya diadakan pada hari Ahad sahaja.


3) Pasar Filipina
Dinamakan sedemikian kerana dimulakan oleh migran Filipina lama dahulu. Pasar ini menjual barangan kraftangan hasil buatan berbagai suku kaum di Sabah. Yang paling banyak dijual sudah tentunya barangan perhiasan wanita seperti batu permata, mutiara, batik, t-shirts dan cenderahati.
Terletak di waterfront antara pasar buah dan pasar basah, ia merupakan tempat yang sesuai untuk membeli-belah sebelum pulang.


4) Signal Hill Observatory Platform
Terletak di kawasan paling tinggi (dah tentulah kan hehe..), ia tempat yang sesuai untuk melihat sebahagian bandar Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit berkereta dari Padang Merdeka. Kalau naik teksi kena RM10-15 lah juga.


5) Lok Kawi Wildlife Park
Waktu beroperasi: 9.30am - 5.30pm | Tiket dewasa: RM10
Ia terletak di jalan lama Penampang-Papar dan dibahagiakan kepada dua komponen iaitu zoologi dan botani. Dengan menjadikannya taman untuk keluarga, zoo kanak-kanak telah diberikan keutamaan. Diantara binatang yang dipelihara di sini ialah Borneo Pygmy elephants, monyet Proboscis yang menjadi maskot Tourism Malaysia, harimau Malaya dan juga beberapa spesis rusa.

Nak jungle trekking sejauh 1.4km pun boleh. Berjalan dengan anak-anak di sini sampai belajar secara santai memang seronok. Bawalah mereka berjalan tempat-tempat begini semasa mereka kecil, bila dah remaja kita cakap Jom pergi zoo! Dia akan balas balik hah, pergi zoo?? hehe..

Masa ke sini dulu aku sedang mengandung 7 bulan. Ya Allah mengah! Melayan anak punya pasal. Saja aku try minta tiket OKU tapi tak berjaya hehehe..


6) Masjid Likas
Masjid in terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Kota Kinabalu, jalan yang sama menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Masjid ini mampu memuatkan sekitar 9,000-12,000 jemaah dalam satu-satu masa melebihi kapasiti yang mampu ditanggung oleh Masjid Negeri.

Berhampiran laut, masjid ini kelihatan terapung diatas lagun yang dibina di sekelilingnya. Bila bulan mengambang penuh lagi cantik.

Kepada yang tak mampu menyewa kereta tu naik saja nas no 5A.


7) Coral Flyer
Ya Allah best nya ziplining dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi! Dari pulau ke pulau tu... 250m. Tak pernah lagi buat flying fox sejauh tu. Cuba bayangkan excitement, thrill dan keindahan laut di Taman Tuanku Abdul Rahman dan hutan, wallawehhh..!

Berlepas dan ketibaan bermula di Jesselton Point Jetty.

Coral Flyer

Coral Flyer
Sumber di sini.

Memandu selama 2.5 jam dari Kota Kinabalu kita akan sampai di Kundasang/Ranau dimana terletaknya Kinabalu Park yang tersenarai dalam UNESCO World Heritage Site. Di sini lagi banyak produk pelancongan yang menarik.


8) Rumah Terbalik
Apa yang anda ingat dengan nama Tamparuli? Jambatan? Takdelah besar benar jambatan tu. Yang lebih menarik ialah www.upsidedownhouse.com.my yang beralamat di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, daerah Tuaran. Nak pergi ke Gunung Kinabalu kita kena lalu Rumah Terbalik ini yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Merupakan sebuah rumah kampung yang serba lengkap hiasan dalamannya tetapi dipasang secara terbalik termasuklah kereta. Jangan risau nak bawa ahli keluarga yang berkerusi roda kerana ianya wheelchair friendly.


9) Kinabalu Park
Owh ini mungkin anugerah terhebat yang kita ada. Sangat indah dan nyaman di sini. Kita boleh buat jungle trekking  bersama keluarga. Kepada yang lebih adventurous boleh mendaki Gunung Kinabalu. Untuk pendakian, pastikan mountain guide (malim gunung) anda berlesen dan daftar dulu ya kerana jumlah pendaki dihadkan dalam satu-satu masa.

Bawa anak-anak jungle trekking di sini, seronok! Ala.. paling jauh 1km je...


10) Kundasang War Memorial.
Tempat untuk mengimbau sejarah pendudukan Jepun di Sabah. Bagaimana tragisnya askar British yang menjadi tawanan tentera Jepun yang dipaksa berjalan kaki dari Sandakan. KWM bukan kubur tetapi taman peringatan yang cantik dengan senarai nama-nama perwira yang gugur.

Setiap tahun ada saja keluarga tentera ini yang akan melawatnya. Terletak di kawasan berbukit, pemandangannya sungguh indah menghadap Gunung Kinabalu dan kawasan penanaman sayuran di Kundasang.



11) Desa Dairy Farm
Ladang penternakan lembu ini sangat cantik. Pernah sekali dulu aku datang semasa dedaun bertukar merah. Tidaklah semua tetapi dapatlah juga bergambar berlatar belakangkan daun yang macam dalam musim luruh tu. Iklan susu yang keluar kat tv tu shoot kat sini jer... bukannya di New Zealand pun.

Jangan lepaskan peluang ke sini okay. Tak lengkap lawatan ke Kota Kinabalu tanpa ke Desa Dairy farm. Sila lihat gambar di sini dan di sini.



12) Tagal Sungai Moroli di Kg Luanti
Bermain dengan ikan sebesar betis. Tak nak cakap banyak, wajib pergi ! Sila lihat gambar di sini.


13) Ladang Teh Sabah Tea
Sabah Tea ialah teh organik yang ditanam di Ranau. Terletak bersebelahan dengan Tagal Sungai Moroli Kg Luanti, penginapan juga disediakan di sini disamping factory tour. Restoran pun ada.



Itu sahajalah buat masa ini ya. Cukuplah tu setakat 4 hari 3 malam di Kota Kinabalu. Untuk melihat penginapan bajet boleh baca di sini tetapi... banyak je hotel/resort yang best di sana.

Motivasi Pagi | It's Sunnah 3

Tags













Tips hartanah 12 | Jangan Ghairah Membida Rumah Lelong

Tips hartanah 12 | Jangan Ghairah Membida Rumah Lelong | Aku nak cerita pengalaman di lelongan hartanah bulan Oktober lepas. Bercerita bab property memang aku minat tak kira masa walaupun poket kosong. Kalau diajak bersembang tentang emas yang tergantung di leher sebesar rantai kapal tu aku adalah orang yang membosankan. Cerita pinggan mangkuk pun aku tak minat. Nak letak kat mana entah, takde space dah kat rumah aku ni.

Aku excited ke property auction sebab dah laaamaaa sangat tak join. The last one was in 2008, dah jual balik pun rumah tu. Masa aku ke Kuching aku wakilkan my husband to bid untuk satu tanah kosong atas bukit tapi tak berjaya, bulan September aku dah siapkan bank draf untuk membida satu apartment tetapi sibuk pula bermalam di hospital sebab anak bongsu aku kena buat minor surgery. Kelam kabut sangat masa tu.

So in October aku sangat teruja ke property auction yang diadakan di Seremban. Hanya tujuh buah hartanah dilelong yang hampir kesemuanya flat dan apartment. Flat yang aku minat tu adalah yang pertama dilelong. Ya Allah punyalah ramai bidder... dekat 20 orang kot. Rumah tu cantik lagi dan my boboiboy takdelah kata berhantu macam rumah yang satu tu.

Oleh sebab ia hot property maka si auctioneer start lelongan dengan harga RM45,000 walaupun reserve price RM38k. Perghhh... panas ok! Tak sompek den nak naikkan nombor sendiri. Akhirnya terjual pada harga 35 ribu lebih tinggi !

Apa sebenarnya yang nak aku sampaikan?

Lately banyak seminar atau kempen yang menggalakkan orang membeli rumah diawal usia pekerjaan. Target si penganjur mahukan orang muda memilki kediaman sebelum membina liabiliti dengan hutang kereta kerana harga rumah hampir mustahil akan turun. Lagi lama ditunggu lagi mampu tengok je nanti. Tak tahulah pula aku kalau mereka ada matlamat lain. Toksah ikut sangat cakap profesor tu lah eh, ala.. profesor yang kata lagi dua tahun harga rumah akan turun. Jangan mimpi! Melainkan kawasan tu bermasalah. Situasi di Malaysia agak berlainan. Developer pun sebelum decide untuk menurunkan harga rumah dia akan buat promosi seperti bagi perabot percumalah, legal fees dibayarlah.. dan yang sewaktu dengannya. Takdo pasallah nak rugi wehh.

Tapi... aku rasa apa yang professor tu maksudkan ialah nilai hartanah bukannya harga hartanah. Ada beza tu. Nilai sebenar dibuat berdasarkan beberapa fakta dan calculation manakala harga rumah baru ditetapkan oleh pemaju. Aku agak pemaju meletakkan harga rumah dengan projected value 10 tahun ke hadapan. Harga rumah second hand pula ditetapkan oleh penjual. Letaklah harga sesedap rasa (eh! haha..). Lagi hot tempat tu lagi senang dijual, mahal pun orang beli.

Satu lagi masalah di Malaysia ni, kita membeli rumah tak kira harga. Asal dibuka saja taman perumahan baru mesti habis. Kiasu sangat. Di barat mereka mempraktikkan apa yang professor tu cakap. Maknanya di sini, tidak semua teori terpakai untuk semua negara dalam semua keadaan.

Berbalik kepada kisah seminar hartanah, seminar tu bagus tetapi baca juga buku-buku dan berkawan dengan pelabur hartanah online atau offline. Dapatkan ilmu. Jangan bersembang dengan orang yang tak suka beli rumah, takkan ada perbincangan positif. Nanti dia 'tarik' sampai terbeli rim kereta atau masuk skim cepat kaya. Even orang yang mengajar tentang financial pun akan sedikit bias jika dia mempunyai pengalaman pahit membeli hartanah atau tidak berminat dalam hartanah.

Dalam lelongan tersebut aku dapat rasakan ada pemain-pemain baru yang belum ada pengalaman. Bukan nak kata aku pandai tapi aku terdengar perbualan mereka semasa breakfast. Macam pakai hearing aid pulak aku ni huhuu..

Selepas harga naik kepada RM50k hanya beberapa orang sahaja yang meneruskan bidding. Aku senyap terus hahah.. tak dapek nak menyampuk lansung. Aku tak berani, bimbang loan tak lepas atau kena top-up banyak sangat. Aku cuma layak 70% loan sahaja.
Selepas flat 3 bilik di kawasan yang bagus tersebut berjaya dijual, aku tanya bidder sebelah, berapa value flat tu? Dia kata 50k saja. Aku agak boleh sampai 60k. Aku tengok ramai orang jual dalam range 60-68k.

Apa masalahnya dengan harga tu?

Okay, orang yang dah biasa dengan pembelian rumah bolehlah betulkan mana-mana yang kurang tepat dalam penjelasan aku ni. Begini..

Harga jualan katalah (A) : 75,000
Value sebenar (B) : 60,000
Perbezaan A-B : 15,000
Bank X akan bagi pembiayaan perumahan 90% daripada RM60,000 = RM54,000.
Deposit asal 10% semasa lelongan (C) = RM3,800
Tambahan deposit harga terakhir (D) : RM3,700
Jadi C + D = RM7,500 (dibayar pada hari lelongan)
Jumlah wang yang kita perlu keluarkan : RM75,000-RM54,000 = RM21,000

Belum termasuk : valuation report, legal fees lebih kurang RM3k dan bil-bil tertunggak yang tidak dibayar oleh pihak bank. Bukan semua fees and bills assignee bank bayarkan ya.
Okay, anggap sajalah kita kena siapkan RM25,000. Banyak juga tu. Rumah tu sink dan shower dah lesap, wiring tak pasti, taik burung penuh di balkoni- itu setakat yang aku nampak. Kena keluarkan modal 1-2 ribu hengget lagi, at least.
Nampak dah apa yang nak aku sampaikan? Sini Seghomban encik bukannya Kolumpo yang harga flat low cost pun boleh naik sampai 180 ribu ringgit. Seremban tak sama dengan Kuala Lumpur. Aku rasa something is not right dengan property value di Seremban ni... rumah-rumah yang baru naik harga boleh tahan mahal (bagai cubaan untuk bersaing harga properties di KL/Selangor) tetapi harga rumah second hand nilainya tak setinggi mana walaupun harga jualan balik setaraf dengan hartanah baru. Yang turun nilai pun ada. Sungguh.

Contoh:

1) Kawan aku beli kedai pejabat lima tahun lepas. Bila nak refinance valuer kata nilainya sama. Aptb.

2) Ada seorang lagi nak menjual sebuah rumah dua tingkat yang dibeli tiga tahun lepas tapi nilainya turun RM5 ribu. So how?

3) Sebuah flat lama nilainya cuma naik RM10k selepas lebih daripada 15 tahun walaupun telah dipasang tiles, dapur dipindahkan dan ada kitchen cabinet. Si valuer sambil gelak gelak kata, kalau renovate pun sampai ke mana?  (walaupun landed properties di kawasan yang sama harganya naik mencanak). Alahai... flat kat KL/Selangor nun jual togel pun boleh untung.

4) Dulu ada seorang lagi kawan nak menjual banglo dia lengkap berperabot di sebuah perumahan agak mewah. Harga beli RM400k dan dia nak jual RM1.2 mil. Aku kata boleh dijual 700 ribu rm jer... dia tak percaya. Aku rasa tak logik harga yang dia nak tu tapi dia beralasan ada sebuah banglo yang dah terjual dengan harga RM1.2 mil, orang seberang tambak pembelinya.

Aku tahu serba sedikit tentang property investment tetapi aku tak beli rumah memahal sebab diluar kemampuan. Mungkin atas sebab itu nasihat aku ni tak berapa laku. Sekolah pun tak tinggi. Seriously aku tak pernah dengar orang menjual rumah dengan harga jutaan di kawasan tersebut (that was about 8 years ago). Last aku dengar the transaction done at RM700k ++. See? Pandai tak aku predict? Ehem.

Orang yang membeli dengan harga jutaan tu mungkin kerana:
a) tidak memeriksa harga pasaran dan nilai sebenar
b) dengan hanya sekitar SGD450 ribu dia dah dapat banglo ooiii... berbaloi sangat! Untung banyak dah tu.

5) Di lokasi yang sama seorang lagi kawan telah menjual rumah banglonya dengan profit RM20k sahaja. Aku rajin mengusik, orang jual flat pun dapek 70k.. Diamlah!, katanya... hahahahah..

Walaupun mu tak minat duduk di kawasan berkepadatan tinggi seperti ini, ramai lagi yang berminat kerana berada di tengah bandar. So? Kalau nak invest sesuai sangatlah ni.


Sebelum membida hartanah di Seremban dan yang sewaktu dengannya silalah semak dahulu harga pasaran dan harga yang diletakkan valuer. My concern is golongan yang biasa biasa. Golongan yang bergaji 3 4 5 6 7 8 ribu sebulan dan yang wang simpanannya berkepuk botingkek-tingkek tak menjadi kudis pun, mereka mampu membayar. They have the purchasing power. Tetapkan harga tertinggi yang kita mampu bayar, tak perlu kecewa dengan kegagalan memiliki kali ini. Jangan kecewa sangat, masanya akan sampai jua. Lagi satu pesan aku, jangan terpedaya dengan cakap-cakap manis auctioneer atau 'ulat' yang nak melariskan barang. Auctioneer kerjanya memang menjual barang. Diorang kalau mengayat pembida ... perghhh...

Maknanya disini, setkan harga siling yang kita mampu and if the bidding price naik terlalu tinggi lupakan saja. Macam contoh tadi tu, lebih baik beli sub sales sebab kebanyakan orang jual dalam range 60-69k sahaja.

Aku hanya berkongsi pengalaman yang sedikit dan tolong JANGAN TAKUT membeli rumah kerana memiliki rumah adalah salah satu cara untuk kita keluar daripada kemiskinan. Biarlah kecil pun asalkan rumah sendiri. Ia akan inspire anak kita untuk memiliki rumah yang lebih selesa. Biarlah kita menjadi pencetus untuk mereka mempunyai impian yang lebih besar. Orang Cina yang datang dari tanah besar dulu jadi pelombong aje sebelum memiliki lombong. Datang pun naik kapal wap sampai hitam muka hangit ketiak tapi balik dengan kapal sendiri, seperti Tan Sri Lim Goh Tong.

Takkanlah kita yang makan minum kencing berak bersekolah bagai di bumi bertuah ni tak ada lansung harta sebagai tempat berteduh anak isteri? Usahakanlah walaupun sekadar rumah kecil. Kami pompuan ni bersyukur sangat tau kalau suami tinggalkan rumah, takdelah bimbang merempat bawah jambatan bila laki mati nanti.

Untuk kisah dan Tips Hartanah yang lain sila gunakan butang search ya. Terima kasih. 
***********************Ini cerita lain **************************
**Ada sebuah flat lama di Seremban yang aku berkenan. Aku rasa harganya berpatutan dengan saiz, renovation, fixtures and fittings yang datang bersama. Malangnya bank's valuer 1 cuma menilainya setakat RM35k manakala valuer 2 menilainya dengan maksima RM45k, itupun untuk renovated lower level.

Alasan valuer:

1) Ianya rumah pangsa. Walaupun telah diubahsuai, ianya takkan membesar sebagai johan.
2) Tiada lif

Puas aku cakap kat bank officer tu cannot be.. it's renovated, kitchen pun dah dipindahkan, kitchen cabinet pun ada bla bla... properties di situ pun dah naik harga... bla bla.. Taklah aku menyangka nilainya diletakkan terlalu rendah walaupun berusia belasan tahun dan berdekatan highway. Ohmaiii... kalau loan lulus pun kena keluarkan RM30k dari poket sendiri.


**Semalam aku attended property auction pagi petang, tapau dua terus. Aku tak sempat check value tapi berharap not too low sebab apartment yang under constructions di sebelahnya dijual RM188k per unit. Kalau loan tak lulus mau meraung den.

Tidal Bore Festival @ Festival Benak

Tags

Tidal Bore Festival @ Festival Benak | Kerajaan negeri Sarawak telah mengiktiraf Pesta Benak (Tidal Bore Festival) di Sri Aman sebagai salah satu festival tahunan dalam kalendar pelancongan Sarawak. Festival ini diadakan di Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

 
Bandar Sri Aman yang jauhnya kurang dari tiga jam perjalanan dari Kuching kini dikenali sebagai "Benak Town of Malaysia". Lupar Riverfront, tempat dimana berlansungnya Festival Benak dilengkapi dengan Arena Permerhatian, Batang Lupar Riverine Park dan Bukit Fort Alice. Kira-kira 2.5km dari riverfront tersebut ialah kampung tradisional utama yang dihuni oleh 5,000 penduduk 'pekan Benak' Malaysia.

Sri Aman asalnya dikenali sebagai Simanggang sehingga namanya ditukar secara rasmi pada bulan Mac 1974 setelah pihak kerajaan Malaysia dan pengganas komunis menandatangai perjanjian damai Deklarasi Sri Aman. But I remember in 1980s my father still refer to it as Simanggang. Sri Aman Division juga dikenali sebagai Division Kedua di Sarawak dan dibahagikan kepada dua daerah iaitu Sri Aman dan Lubuk Antu (nama scary nau). Both division has a total population of 100,000 dan didominasi oleh Iban, Melayu dan Cina.


Apakah "Benak"?
Benak atau tidal bore ialah fenomena air sungai berombak besar dan mudik ke hulu. Ianya berlaku di beberapa sungai di Sarawak seperti Sungai Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Semarahan dan Batang Saribas. Festival Benak yang di Sarawak ini merupakan satu-satunya di Malaysia !

Festival Benak merupakan antara festival yang mendapat sambutan hangat didalam acara tahunan pelancongan Sarawak sehingga mampu menarik 80,000 pelancong pada tahun 2013.
 
sumber di sini
 
sumber di sini
gila oiii...! takut !
 
sumber di sini
 
 

List of Top 10 Tidal Bores in The World
1. Araguari Poronoca, Amapa State, Brazil
2. Qiantang Dragon, Haining Province, China
3. Kampar Bono, Sumatera, Indonesia
4. Batang Lupar Benak, Sri Aman, Sarawak, Malaysia
5. Dordonge & Garonne Mascaret, Aquitaine, France
6. Seven Bore, Gloucestershire, England
7. Cook Inlet Bore (Turnagain Arm & Knik Rivers), Alaska, USA
8. Bay of Fundy Bore, (Petitcordiac, Schubenacadie), Salman River, Canada
9. Baie du Mt St. Michel (See, Selune, Couesnon)
10. Trent Aegir, Lincolnshire, England

Source: Mr Anthony Colas, French surfer.

 
Tahun ni punya dah lepas
 
Bersempena dengan Festival Benak ini beberapa acara sampingan yang menarik turut diadakan untuk memeriahkan lagi suasana seperti Regatta Events, Benak Surfing, sukan air, pesta makanan, persembahan seni dan kebudayaan, pertandingan ratu cantik Festival Benak dan sebagainya. Festival ini yang kebetulan serentak dengan fenomena semulajadi ombak deras telah menjadikan Sri Aman popular di kalangan pelancong. Kita boleh menyertai keseronokan pesta ini dengan bersama-sama menaiki bot panjang (fuhhh.... dup dap dup dap..) atau sekadar menyaksikan keberanian para surfers, pemandu jet ski dan pemandu bot membelah ombak Sungai batang Lupar.
 
 
Bilakah "benak" berlaku?
Fenomena ini berlaku sepanjang tahun tetapi waktunya berlainan. Kindly refer to the state tourism department for the schedule.
 
 
Bagaimana Untuk Ke Sri Aman?
Sri Aman terletak kira-kira 194km dari bandaraya Kuching dengan 2.5 - 3 jam perjalanan darat. Busses and taxies are always available.


Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:
 
Sarawak Tourism Board
 
atau
 
Tourism Task Group Sri Aman Division
 
 
Nota:
Yang kengkawan suka kata "benak betullah ko ni!", itu lain maknanya tu ye hahahahhaha..
 
 
 
 
 
 

 

Malaysia 2Wheels Festival

Tags
Jom ! Jom !







Majalah Travel 3Sixty dah edisi ke-100 uolssss...!

Tags

Majalah Travel 3Sixty dah edisi ke-100 uolssss...! | Ada geng kaki membaca inflight magazine di sini? Tukang kebas majalah? Baik mengaku cepat! hahaha...!


Masa aku first time naik penerbangan Air Asia aku memang rajin sangat membaca Travel 3Sixty. Kiranya dua tiga jam dalam flight tu takdelah bosan nak habaq hang. Kalau penerbangan sejam tu ada kalanya buat jugalah kerja keji menyorokkan majalah tu heheh... cerita best, tak sempat habis membaca. Sekali tu ternampak kata-kata 'nasihat' seakan sindiran di muka depan majalah supaya membaca online maka berhentilah aku melakukan perbuatan tak senonoh ittew.

Kandungan majalah yang paling aku suka ialah kisah pengalaman Kapten Lim Khoy Hing. Antara tulisannya yang menarik:

1) Bila kapal terbang melanggar air pocket kekadang ia akan terhentak ke bawah. Orang yang tak faham boleh pulak heboh bercerita flight dia 'jatuh berapa ratus kaki ke bawah'. Gila ke apa? Boleh hilang nyawa dah tu.

2) Kesukaran mendarat di beberapa airport. Airport lama Hong Kong diantaranya.

3) Dalam pesawat besar untuk long haul journey akan ada 2 set pilot.

4) Pilot tak boleh makan makanan laut beberapa jam sebelum penerbangan. Ya lah seafood kan mudah tercemar... kalau dedua mengulang ke bilik air siapa pulak nak duduk kat depan tu? Salah landing pulak kang.

5) Jika dedua pilot sakit, gamers yang biasa main game kapal terbang jenis yang sama boleh menerbangkan pesawat DENGAN BANTUAN menara kawalan. Harapnya tidaklah terjadi kan... boleh mati sebab takut aku weh. Macam dalam filem sangat. Janganlah...

Selain daripada tu Travel 3Sixty memberikan banyak idea percutian di tempat-tempat menarik yang ada kalanya tidak biasa kita dengar pun namanya. Dengan gambar-gambar yang menarik, aku percaya dengan sedikit enhancement tanpa photoshop, membuatkan kita tak melepaskan peluang ke website puaka itu bila ada sale. Start semalam Air Asia bagi FREE SEATS lagi ! Letih aku semalam mengadap laptop, tab dan handphone nak booking tiket untuk adik-beradik mak ayah segala. Penat ooiiii... ontah kenapo susah bona lak kali ni.

Travel 3Sixty 100th Issues Celebration telah diadakan di MariniOn57, Menara 3 KLCC. Kelasss.... tempatnya. Tiga kali bertukar lif siap guard gituh. Dahlah di luar dan dalam KLCC penuh dengan abam pulis. Menjaga keselamatan Obama katanyer... tau takut. Serang Syria, Afganistan, Iraq, Palestine tu berani pulak. Emosi ai.


Kuala Lumpur dalam hujan. Cantik sangat pemandangan dari tingkat MarinisOn57 KLCC ni.

 The guests.

Dato' Shake pun ada... balik kampung katanya. Lupa pulak nak mintak email address, manalah tahu dapat couchsurfing kat rumah dia tahun depan hahah... verangan. Dato' Shake ni dulu ada banyak lagu-lagu popular. Ni balik menyanyi untuk birthday Sultan Johor lah kot.




Majalah dalam penerbangan Air Asia dan Air Asia X telah memenangi pelbagai anugerah selama 8 tahun diterbitkan. Pada bulan Jun 2015 majalah Travel 3Sixty telah meraih Anugerah Pencapaian Platinum di Majlis Anugerah Kuala Lumpur Mayor's Tourism Award 2014 bagi kategori Media Cetak Antarabangsa menyaingi 21 lagi penerbitan yang disenarai pendek dari seluruh dunia. Bilangan pembacanya kini mencecah 3 juta orang sebulan. Dato' Aziz Bakar, Ahli Lembaga Pengarah Air Asia Berhad, memperkenalkan edisi ke-100 dalam majlis yang meriah itu.


PERTANDING KHAS "INVITE TRAVEL 3SIXTY"
Pertandingan ini membuka peluang kepada pembaca majalah untuk menjemput pasukan editorial melawat kampung halaman mereka yang juga akan ditampilkan sebagai rencana utama, membolehkan cerita-cerita tempatan dapat dikongsikan sebagai cerita serantau melalui majalah itu.
Pertandingan khas ini berinspirasikan kisah seorang guru sekolah dari kawasan luar bandar di Tebedu, Sarawak yang telah menghantar emel kepada pasukan editorial menceritakan bagaimana beliau menggunakan majalah Travel 3Sixty untuk mengajar murid-muridnya tentang budaya lain di rantau ini, selain daripada meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.

Beliau juga meminta salinan lama majalah untuk disumbangkan ke sekolah beliau. Sejak itu sekolah tersebut telah menerima Travel 3Sixty sebagai sebahagian daripada pembelajaran. Dan, cikgu tersebut telah dianugerahi sebuah jam tangan yang kebabommm harganya sebagai menghargai inisiatif beliau yang kreatif dalam mendidik anak bangsa. Itulah kan kata orang, jika kita bekerja dengan ikhlas insyaAllah ada je orang notice. Tak payah nak heboh satu Malaya mengatakan hanya kita je pandai buat kerja.

So dear readers, silalah cari perkara menarik di kampung awak dan emel segera kepada travel3sixty@airasia.com. Kat kampung aku ada banyak taik lembu atas jalan sebab tuan dia tak school, biar lembu merayau siang malam. Sampaikan adik aku jatuh motor terkoyak kaki sebab terlanggar lembu di atas jalanraya. Menarik tak agaknya? Okaylah ai tak nak potong line, tak nak jadi famous gittew. Uols sajalah emel travel3sixty@airasia.com .

Ini yang special edition, 100th issues. Menampilkan sebahagian isi kandungan terbaik sejak 2007.

"Misi utama majalah yang anggun, bergaya dan berinformasi ini adalah untuk mempamerkan yang terbaik dalam percutian, budaya dan cara hidup; dan kami mahu semua pembaca untuk terus mendapatkan pengalaman dan menikmati majalah ini di media cetak serta digital. Isu yang ke-100 bukanlah pencapaian yang mudah dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan editorial Travel 3Sixty atas kejayaan ini" - Datuk Kamarudin Meranun, Penerbit majalah Travel 3Sixty yang juga Pengerusi Eksekutif Air Asia Berhad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia X.

Majalah Travel 3Sixty merupakan satu-satunya majalah dalam penerbangan yang diaudit dan disahkan oleh Audit Bereau of Circulations of Malaysia (ABCM). Untuk terus mengemaskini mengenai promosi dan aktiviti Air Asia ikuti mereka di Twitter dan Facebook.

Ada juga gambar dan video yang aku buat live update di http://www.instagram.com/ruggedmom .


Motivasi Pagi | It's Sunnah 2

Tags










Alvin Tan Yang Mintak Ditaji

Tags

Alvin Tan Yang Mintak Ditaji | Kisah Alvin VS Malaysia(terutama Melayu Islam).
Dia tu kat US ni di bawah "asylum" atau suaka, di mana suaka ini akan diberikan jika seseorang itu tidak boleh pulang atau enggan pulang ke negara kelahiran/mastautin kerana takut disabitkan/didakwa dalam kes/hal berkaitan:

1) Bangsa
2) Agama
3) Kewarganegaraan 
4) Keahlian dalam sesebuah kumpulan/parti sosial
5) Fahaman politik


Maka untuk dijamin suaka, individu terbabit juga perlu sediakan bukti (setiap 2/3 bulan untuk kekal dalam negara yang memberi asylum/suaka) yang dia "diseksa" secara lisan atau tidak lisan oleh majoriti di negara kelahiran, dalam kes ini, rakyat Malaysia yang Melayu Islam. Makanya ialah sangat rasional kalau kita TAK LAYAN status provokasi yang dia tulis setiap kali! Kalau kita tak layan dan berbalah cakap, kuranglah bukti untuk dia tunjukkan pada yang memberi suaka ini, maka dengan itu juga semakin lemah sebab untuk dia terus tinggal di Amerika ini. Kalau kita tak layan, hari-hari makin kurang bukti dia, lambat laun dia boleh dihantar balik ke Malaysia. Waktu tu kalau perkara ini terjadi, semua pun tahulah nak buat apa untuk bagi pengajaran pada dia.

Kalaupun perkara di atas takkan berlaku, kita tahu akan kebenaran. Kenapa kita perlu layan dan biarkan dia menguasai hidup harian dan pemikiran kita lepas tu kita nak meroyan sendiri? Perkara (dalam hal ini bagi kita yang beragama Islam), yang tak BENAR tak perlu dipertahankan. Doakan semoga dia beroleh hidayah atau sekurang-kurangnya tak biadap. Nak doa tak perlu tulis di status dia pun! Makin ditulis/dilayan makinlah dia "provoke", kan?

Jadi selepas ni kita buat dekkk sudah. Orang sakit jiwa jangan dilayan. Kalau kita perasan ada beberapa pesalah yang dah lama hilang dari Malaysia akan pulang semula secara senyap suatu masa nanti. Kita takkan lupa rupa dia kan? 

P/s: Kat sini kami pun tak suka provokasi. Yang bengap kami tak layan.

COPYPASTE 

Terengganu | Kemaman Tak Menarik Lansung!

Terengganu | Kemaman Tak Menarik Lansung! | Negeri Cantik Budaya Menarik. Begitulah cogankata negeri Terengganu Darul Iman. Negerinya memang cantik baik di daratan mahupun lautan. Pulau-pulau dan dasar laut selalu menjadi sebutan oleh mereka yang sukakan sand, sun and sea. Betul ke semuanya menarik?

 
Tahun ini dua kali aku berpeluang ke Sarawak dan Terengganu. Takde kali ketiga ke...? eh? haha... Malangnya tak dapat bawa keluarga tahun ini kerana di waktu cuti sekolah pun ada kelas tambahan untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan penting. Masa sekolah rendah dulu bolehlah kita pontengkan, acting headmistress gituh.

Penghujung Oktober sehingga awal Mac 'laut tutup' di Terengganu disebabkan musim tengkujuh tetapi negeri minyak ini ada kawasan daratan yang masih banyak untuk diterokai.
 
 
Benarkah Kemaman Tak Menarik?

Kemaman ialah sebuah daerah di Terengganu yang bersempadan dengan daerah Dungun di utara dan negeri Pahang di bahagian selatan dan barat. Ia juga menghadap laut China Selatan yang membiru airnya.
 
Bila kita bergaul dengan orang-orang tertentu, biasanya kita akan mendapat informasi-informasi yang tidak disiarkan di akhbar dan tv. Informasi tersebut berkemungkinan berguna kepada kita atau sekadar menjadi halwa telinga tanpa dapat dimanfaatkan.

Banyak cerita menarik yang dapat dikutip. Aku ringkaskan di sini setakat kemampuan aku mengingati. RAM kecik, masih guna kilobyte lagi.

 
Kemaman
- di Chukai, Kemaman, ada Telaga Simpul. Telaga ini dikatakan menjaga tempat para musafir dan pelayar zaman dahulu mendapatkan sumber air bersih untuk minum dan mandi. Abdullah Munshi dipercayai mula menggunakannya pada tahun 1852.

Sumber di sini.
 

- Pelabuhan Kemaman antara pelabuhan yang terdalam di dunia.

- Kapal persiaran Diamond Princess akan singgah setahun sekali.


- Armada tentera Amerika akan singgah selama sebulan setiap tahun. Jadi sekarang toksah heran la kenapa ramai pulak omputeh sado dalam bulan-bulan tertentu di Kemaman.

- Keropok lekor, sata, otak-otak antara yang tersedap dan terbaik. Banyak ikan mestilah sedap.

- Ada taman rekreasi dan mini zoo. Tak sangka Kemaman pun ada zoo.

- fireflies di Sungai Yak Yah

- nak tengok penyu bertelur silalah ke Teluk Mak Nik (Monica Bay) bila tiba musimnya. Kalau nasib baik sampai 10 ekor penyu mendarat dalam satu malam. Aku ada ceritakan di sini dulu. Kemaman berdekatan dengan Cherating. Jadi kalau menginap di Cherating kita akan dibawa ke Teluk Mak Nik mengendap penyu bertelur.

Sumber di sini.


 Sumber di sini.

- di Chukai : ada restoran yang menghidangkan isi ketam. Aku tak berapa minat, walaupun sedap tapi bersusah payah sangat nak makan hahha... ikan, udang dan sotong ok ler.

- di Chukai : ada kedai kopi Hai Peng yang terkenal.


Aktiviti perniagaan:

- Ekonomi Kemaman bergantung kepada hasil petroleum serta industri minyak dan gas selain industri perikanan. Pengeluaran ikan masin secara besar-besaran terkenal di sini.

- Koperasi Perwaja Kemaman Berhad sangat berjaya dalam perniagaan runcitnya. Pelan akan datangnya untuk mengimport bahan basah (makanan laut) dari Sabah dan menjual makanan laut kering. Kalau nak jadi reseller bolehlah berurusan dengan pihak koperasi ni ya.


Pusat Membeli-Belah

Tak ado.... paling besar pun Mydin baru di Kuala Terengganu. Ler... gi Teganu nak shopping ke?
 
 
 
 
 
 

Motivasi Pagi | It's Sunnah 1

Tags










Bukit Besi | Outing Di Bekas Lombong

Bukit Besi | Outing Di Bekas Lombong | Out of ordinary! Seperti Melaka yang pernah masyhur serata alam suatu ketika dulu, begitulah juga beberapa kawasan lain di Malaysia ini.

Suatu masa dahulu bermula sebelum perang dunia pertama Bukit Besi yang terletak 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu terkenal kerana pengeluaran bijih besi berkualiti tinggi yang terbesar di Asia Tenggara. Kandungan ferum di dalam bijih besi di sini melebihi 70% menjadikannya gred terbaik di Malaysia.




Bijih besi dijumpai oleh seorang ahli kajibumi Jepun bernama R. Kuhara  pada tahun 1916 dan perlombongan bijih besi secara tidak rasmi telah dimulakan pada tahun 1927 oleh Syarikat Kuhara Mining Ltd (NMC); yang kemudiannya bertukar nama kepada Nippon Mining Company Ltd. Pada bulan Mei 1930, syarikat NMC melakukan kerja-kerja melombong secara rasmi setelah mendapat "mining lease" daripada kerajaan negeri Terengganu. Pekerja awal seramai 130 orang Jepun dan 1,500 pekerja Melayu kemudiannya bertambah dengan pantas menjadi 3,000 orang. Semasa kemuncaknya aktiviti perlombongan dilakukan 24 jam sehari dengan tiga syif kerja. Pengeluaran bijih digandakan untuk memaksimakan keuntungan dalam masa yang singkat.

Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring  dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun. Bila orang Jepun datang beramai-ramai mereka bukan sekadar melombong dan menjadi tauke lombong. Mereka juga datang sebagai perisik tentera. Ingat lagi tak kisah serangan Portugis di Melaka? Mereka dah datang recce sejak beberapa tahun sebelum meletusnya peperangan.



Lokasi ini menjadi antara tumpuan pelancong terutama dari luar negara, yang berkaitan secara lansung dengan perusahaan perlombongan di Bukit Besi satu ketika dahulu. Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifak sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifak-artifak seperti cerobong (chimney), stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami kerosakan.


 Bijih besi yang dilombong dipindahkan ke bahagian pemprosesan dan stor melalui terowong ini. Bila tengok gambar ni teringin pula nak masuk terowong di Korea Utara.

 Tangga ke bahagian atas dipenuhi dengan daun kering, ranting dan akar pokok. Perlu berhati-hati terutama ketika turun. 

  Pemandangan di bahagian atas.

  Bayangkan betapa sibuknya kawasan ini suatu ketika dahulu. Di hadapan sana ialah lombong baru milik Cahaya Ikhtiar Sdn Bhd.
   
 

 Sempat posing hehe..

 Terdapat jajaran landasan keretapi di bawah sana  menuju ke Jeti Sura, Dungun bagi membolehkan bijih besi diangkut dan dieksport.

Suka sangat gambar ni!

Dikatakan 90% bijih besi telah dilombong oleh penjajah Jepun dan British. Namun begitu menurut kajian yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu masih terdapat 50 juta tan metrik bijih besi yang masih tersimpan di bumi Dungun ini tetapi sebahagiannya masih belum matang untuk dituai.

Lombong bijih besi ini ditutup secara rasmi setelah pihak EMMCo menemui 'lubuk' baru di Australia. Selain hasil bumi yang semakin berkurangan, penutupannya juga disebabkan oleh tekanan kesatuan sekerja dan isu pembayaran cukai pendapatan kepada kerajaan negeri. Dengan penutupan tersebut maka hilanglah kemakmuran Bukit Besi sebagai kawasan bebas cukai dengan kehadiran pekerja  pelbagai bangsa dari luar Terengganu. Tertutup jugalah taraf bebas cukai di sini.

Lama juga kedengaran untuk memajukan kawasan ini sebagai kawasan pelancongan memandangkan ahli keluarga pelombong terbabit sanggup datang kembali dari Britain untuk melihat tempat mereka membesar. Pasti banyak kenangan manis di sini. Sayangnya hanya sedikit tinggalan British seperti jentera dan kelengkapan perlombongan yang masih bersisa. Mat saleh ni dulu membawa barangan keperluan diri dari England. Merasalah orang Terengganu menyimpan barangan made in England. Kita sekarang ni bergaya shopping di England pun barangnya made in China huhuu...


Apa lagi yang menarik di Bukit Besi?

Terdapat satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di Bukit Besi iaitu Tasik Puteri. Ia wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi dan sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik Suasananya nyaman dan indah sesuai untuk berkelah tetapi tidak dibenarkan untuk mandi-manda. Dengan pokok besar tu, kalau ambil gambar pepagi berkabus mesti orang ingat di luar negara. Kelab Golf Bukit Besi dan Uitm pun ada.

Penginapan disediakan di KGBB tetapi golfers juga sering menginap di Hotel RTC, sebuah hotel kelas sederhana di Bandar Muktafi Billah.

Koordinat Bukit Besi ialah 4°45'Utara, 103°10'Timur. Bukit Besi terletak dalam kawasan Ketengah (Kemajuan Terengganu Tengah) dan berada dalam jajaran Lebuh Raya Jerangau-Jabor. Jika nak melawat bekas lombong no bolehlah berurusan dengan Ketengah.

Ada lagi gambar di sini.
Lagi berita bijih besi di sini.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free