Pesona Terengganu di Dataran Merdeka Minggu Ini

Tags

Pesona Terengganu di Dataran Merdeka Minggu Ini | Alhamdulillah cuaca dah elok, udara pun segar. Cemuih dah dok terkurung di rumah ye dok?

 
 

Moh le kita beramai-ramai meriahkan Pesona Terengganu yang bermula sejak 29 Oktober 2015 di Dataran Merdeka dan Dataran DBKL. Di Dataran Merdeka ada Pavilion Usahawan dan Pengguna. Orang-orang Terengganu ni terkenal dengan hasilan songket dan batik tulisan tangan yang halus. Aku dah tengok semalam tapi tak dapat nak memilih sebab banyak sangat barang di tangan. Kena mengulang hari ni kerana ada yang berkenan di hati.
 
Kepada yang berminat dengan seni ukiran kayu jangan lepaskan peluang menempah dari pengukir terkenal seperti pemilik Pahlawan Resort dan seorang lagi tu... berkenan sungguh aku dengan ukiran kepala kuda yang sangat halus buatannya.
 
Pakej percutian dengan harga diskaun pun ada. Kindly ensure that harga diskaun bukan di musim monsun eh abang kakak... pakej-pakej ke pulau di Terengganu tu biarlah tamat tempoh tahun hadapan sebab laut berombak kuat hujung tahun ni. Setakat nak bercuti di daratan tiada masalah. Bawalah keluarga bercuti di Terengganu insyaAllah akan membawa kenangan manis. Orang luar pun berduyun-duyun datang untuk percutian kerohanian di sana. Cuba search kat atas nun, banyak je cerita tentang Terengganu aku dah buat.
 
Untuk makang-makang silalah ke Terengganu Kitchen di Dataran DBKL, berdekatan Dataran Merdeka. Keropok lekor berintikan cheese meleleh perghhhh...! I guarantee bebudak suka. Giler tak suka? Bukan kepok lekor je ada keropok keping, nasi dagang, roti, air buah jus besar dan macam-macam lagi. Sampai tak larat makan dah semalam.
 




Silalah lihat aturcara ini, hok di Dataran Merdeka tu hari ini last tau. Terengganu Kitchen je sampai 2 November 2015.

 
 
Kalau malas nak drive boleh naik KTM Komuter dan turun di stesen Bank Negara. Naik LRT lagi ngam turun di Masjid Jamek atau Bandaraya. Jumpa di sanaaaa...!!!


Motivasi Pagi | Rumah Orang Hebat Selalu Ada ...

Tags

Motivasi Pagi | Rumah Orang Hebat Selalu Ada ...


Afrezal Karim's photo.
Rumah orang biasa selalu ada tv flat screen yang besar. Betul tak? Dan, mereka hairan kenapa orang lain masih menggunakan tv yang gemok gedempol yang berpasir bila hujan sebab tak ada 'pinggan ajaib' di luar rumah. Siap kata kita kedekut sebab tak tukar tv.
 
Awal tahun hari tu makcik aku ni agaknya simpati dengan aku yang lima orang anak bersekolah serentak, mencadangkan aku pergi ke Baitulmal meminta bantuan. Aku tak percaya, takkan Baitulmal nak bantu semua orang tapi dia kata, ado... ekau poi yo... Yoyo ooo je dia tu. Aku pun tebalkan muka pergilah ke sana.
 
Dari soal jawab aku dengan staf bertugas sahlah kami tak layak tapi aku terima jugalah borang tu. Pengetua/guru besar perlu tandatangan (err.. berat nanang).
 
Pada masa tu pemberian bantuan persekolahan kepada asnaf sedang dilakukan di bilik sebelah. Di sebelah aku ada seorang perempuan kemas berbaju kurung lengkap tudung stail terkini dengan anaknya yang sedang sibuk mengadap smartphone mahal. Pada aku telefon berharga lebih dari RM500 adalah mahal. RM300 pun dah menggigil hahhaa...
 
Aku : Akak nak minta bantuan apa?
Akak tu : Akak nak mintak duit bayar bil letrik.
Aku : Eh, boleh ke?
Akak tu : Boleh...
Aku : Berapa bil akak?
Akak tu : RM600
 
Aku : (umangaii banyaknya... besar kot tv dan peti ais dia. Dah berapa bulanlah bil letrik tak berbayar. Bil aku sebulan rm65 je, itu pun aku dah bising kat anak-anak. Sambil mengerling anak dia yang masih 'sibuk', tertanya-tanya pula aku ke dia yang miskin ni??)
 
 
Hingga ke hujung tahun ini tidaklah aku mengisi borang yang diberikan. Aku suruh husband jumpa Guru Besar dia pulak suruh aku balik hahahha.... kirim salamlah, malu den.
 


***Setakat ini semua rumah yang aku pergi dah ada flat screen tv/tv lcd. Yang berkemampuan tak mengapa, yang sanggup bayar mingu minggu tu yang parah. Kalau beli buku RM10 seminggu dan botingkek-tingkek stok buku di rumah.


Tips Hartanah 11 - Haunted House

Tags

Tips Hartanah 11 - Haunted House | Hahahah... tajuk best ni weh. I can't stop writing about something that I loved, property. And, since I'm a cheapskate I always hunt for a cheap house which may be inhabited by...ghost! hahaha...


Sesekali kita ubah angin pulak kan. Aku tengah mencari idea apekebende yang aku nak tulis tentang trip bebaru ni.

Selepas pembentangan bajet hari tu adalah seorang professor ni kata harga rumah akan turun dua tahun lagi. Sebenarnya tahun-tahun sebelum ni pun begitulah ceritanya tapi hang rasa harga rumah pernah turun ka? Ada lah, rumah retak dan kawasan banjir. Pada pendapat aku pandangan dia mungkin betul bagi rumah baru yang kita beli daripada developer tapi selalunya developer tak turunkan harga, mereka cuma bagi free perabot ke.. free tv brand cikai ke... gitulah. Rumah second hand tetap bernilai tinggi. Flat kos rendah pun dan seratus ribu lebih oooiii beli dari tangan orang.
Aku bukannya banyak duit. Tolong jangan salah anggap and please hold your negative comments ya, tapi dah suka kan... Macam orang minat Neelofa lah, tak dapat orangnya dapat tengok bumbung rumah pun jadilah. Kira terapi jiwa juga tu, hilang sekejap rindu dendam.

Bulan Oktober lepas aku adalah membuat site visit beberapa buah rumah yang aku berminat. Tak semestinya beli. Minat BMW takkan nak beli jugak kalau tak mampu kan? Gilo apo? Aku pergi dengan my boboiboy yang berusia dua tahun lapan bulan. Dia tu mengekor je ke mana aku pergi sebab aku menjaganya secara ekslusif dari lahir so the bonding tu... kira BFF lah. Kesian dia kena turun naik tangga tingkat dua tingkat tiga. 

Semasa mencari sebuah flat lama aku singgah bertanya arah dengan seseorang yang tengah monitor renovation rumah yang baru dibeli. Sebelah rumah dia berpenghuni dan yang corner di selekoh tinggal rangka.


Inilah flat yang aku cari tu, nauzubillah buruk hahaha... tapi ada juga orang yang tinggal di situ. Tiada pilihan lain kot. Tidaklah aku menyangka keadaannya sebegini rupa dengan batang paip yang mereput dan tercabut, dengan 'sayur-sayuran' yang hidup subur. I wonder how it looks like at night hew... boleh buat filem seram.
Ada beberapa keluarga menetap di flat buruk tersebut. Sebab itulah aku selalu berpendapat kita dizalimi dengan segala peningkatan kos hidup yang menyeksa golongan seperti mereka. Ada beraskah di rumah mereka?
 Aku rasa yang ini edited version.
 Inilah rumahnya.


Aku park kereta depan rumah yang tinggal rangka tu. Ai tak kisah, kalau rangka ni dijual timbang kati ai okay je. Macam rangka ayam yang dijual di pasar malam tu, walaupun cuma rangka sedap jugak menggigit tepungnya tu kan? hahah... 

Bertentangan dengan rumah tu ada sepohon kayu besar. Sekali pandang macam seram jugaklah tapi aku diamkan aje sebab menarik juga, redup. Aku kan suka kehijauan. Di sebelah pokok tu ada rumah teres 3 pintu. Hanya yang hujung sana berpenghuni, yang lagi dua dah teruk jugak keadaannya.

Anak aku pandang ke rumah lalu berkata, hantu! Aik, siang kot?

Mana ada hantu dik.

Tu hantu (sambil memuncungkan mulut)

Kat mana? (sambil aku memerhatikan mata dia)

Mata dia bergerak dari tengah rumah ke kanan. Dua kali. Aku jadi tak sedap hati lalu mula menggerakkan kereta. 

Semasa nak berlalu tu, bila rumah berada di sebelah kiri, adik cakap... tu tangan dia!

Ah sudah! Pangkah terus rumah tu hahah.... 


Aku terpaksa percaya dengan cakap budak hingusan sebab masa kami berhenti di flat yang nauzubillah buruk tu (boleh buat scary movie dowh) dia tak cakap apa-apa pun sama ada takut atau hantu. Lawatan ke sebuah rumah kosong selepasnya pun begitu. Hanya rumah yang itu.

Mujur aku bawa si boboiboy, kalau tak mesti aku gigih mencari tuan rumah yang tinggal rangka tu. Jika benar seperti katanya maka aku yakin dua tuan rumah di depan tu pun meninggalkan rumah atas sebab yang sama. 

Kalau anak aku nampak pokok besar tu adakah dia akan berkata, banyaknya hantu mama....! hew hew





Europe Overland Backpacking Route

Europe Overland Backpacking Route | Berangan itu FREE. Ya tuhan teringinnya nak pergi Europe lagi. Kali ini dengan lebih persediaan dan taklah sengkek sangat macam dulu hehe..

 
Tahun 2002 aku pernah ke London selama dua minggu. Alhamdulillah, kalau dah namanya rezeki tanpa duit yang banyak pun Allah beri jalan untuk sampai ke sana. Dapatlah juga pergi ke Oxford sehari. Dengan tiket penerbangan berdiskaun, tempat tinggal percuma... semoga mereka yang membantu itu dimurahkan rezeki. Sebab itu kita jangan berhenti berdoa dan berharap.
 
My plan, Ireland-London-Paris-Spain. Maknanya stop di nombor 5 by escaping no 4. Kalau boleh nak London yang terakhir, macam mana nak buat eh? Trip ni pun dalam 12 hari saja... matilanakkk nak bercuti lelama... MYR dah lah rendah.
 
Cadangnya nak pergi semasa spring/autumn. Aku tak nak pergi musim sejuk, dahlah sejuk ya amat bagi aku yang biasa berpanaas nih kedai pun cepat sangat tutupnya. Rugi banyak bila pukul 4 kedai dah mula tutup. Takkan nak stay kat hotel je kot?
 
Di Dublin insyaAllah dah ada penginapan hanya lagi tiga tempat tu aje. Semoga anganan ini dipermudahkan jalannya. Amin.
 
**Kalau boleh dari London nak sambung ke Toronto sebab nak berjumpa Mr R yang 10 tahun mengajar di Uitm dulu. Berangan itu PERCUMA.
 
  
 
 
 
 
Thanks to LilyriañiTravelholic for these awesome idea.
 


Malaysia 2Wheels Festival

Tags
Jom ! Jom !







Pelancongan Tanpa Visa | Passport Malaysia Ke-9 Terbaik Dunia

Tags

Pelancongan Tanpa Visa | Passport Malaysia Ke-9 Terbaik Dunia | Passport Malaysia masih berada di dalam top 10 lagi! Bangga !

 
Indeks Sekatan Visa Henley & Partners 2015 yang dikeluarkan  dengan kerjasama Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, menyusun taraf negara yang boleh dilawati rakyat mereka tanpa memerlukan visa. Menurut laporan indeks tersebut Jerman dan United Kingdom menduduki tangga teratas dengan kekuatan passport mereka untuk menembusi 173 negara daripada 218 destinasi TANPA VISA.

 
 Malaysia yang berkongsi tempat bersama Hungary jatuh satu anak tangga berbanding tahun lalu, diiktiraf sebagai negara ke-9 terbaik dunia bagi pengembara dalam satu kaji selidik kerana keistimewaannya yang tidak memerlukan pegangan visa di 163 negara destinasi.
 
Namun Malaysia masih kekal kedua terbaik di rantau ini selepas Singapura, yang berada dalam kedudukan ke-5 terbaik dunia, kerana rakyatnya boleh melawat 169 destinasi.
 
 
 
** Dengarnya usaha sedang dilakukan untuk menghapuskan visa kepada rakyat Malaysia yang ingin ke USA. Elok juga tu kalau lebih banyak negara menghentikan penggunaan visa kerana ia boleh mengurangkan kos dan masa yang diambil untuk memproses permohonan.

Jom Meriahkan MaTiC Street Arts Festival 2015 !

Jom Meriahkan MaTiC Street Arts Festival 2015 ! | Bulan November ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) 2015 yang julung kali diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program seperti ini dan ternyata dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan negara.

 

 
Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat bandar atau urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Ini kerana ianya mampu menjadi satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis dan karyawan serta memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai. Selain itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka peluang perniagaan kepada usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif dan makanan.
MSAF telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir seperti konsert, kartun dan komik termasuk kemunculan karektor kartun terkenal BoboiBoy dan Megamind; Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie; Mural dan Graffiti; Barber dan Clothing ; Perhimpunan ‘Bikers’; Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer) dan Trak Makanan (Food Truck). Barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali, Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF juga turut membawa pameran khas iaitu Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8 November 2015.
Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan MaTiC sebagai salah satu ikon Pelancongan Kuala Lumpur dan pusat sehenti informasi pelancongan. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan memukau perhatian anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!
 
 
 
 
 


Motivasi Pagi | Take Vacations

Tags
Nuar Al-awwal's photo.

BAJET 2016 | Bajet Harapan?

Tags

BAJET 2016 : Bajet Harapan?  | Hari ini bajet 2016 dibentangkan oleh Perdana Menteri kesayangan anda. Apakah rakyat terbanyak harapkan? 



Kalau aku cakap tentang kezaliman yang berlaku di Malaysia hari ini ada pula yang kata, berjalan sana sini boleh, minyak naik bising. Bongok sungguh satement tu. Dahlah main sindir sindir macam takde telur. Dah dipicit hidung dicekik leher tetapi masih ramai yang tak perasan.

Aku memang masih cukup makan pakai alhamdulillah. Yang aku dan beribu masyarakat prihatin lain bimbangkan ialah ketidakmampuan saudara-mara kita, kawan-kawan kita, jiran-jiran kita untuk makan. Hatta makanan asas sahaja pun. Umat islam itu bersaudara, kenapa dah tiada rasa belas kasihan?

Yang ko tu redha sokmo dah kenapa?? Suka sangat jadi pengampu dah kenapa?? Yang setuju sokmo tu cuba bertenang, ambil kertas kosong dan tulis berapa:

gross income sebulan?
berapa take home salary setelah ditolak potongan yang wajib seperti EPF, SOCSO dan sebagainya?

TOLAK (-)...

upah diri sendiri (dahulu/kemudian?)
installment kereta/motor (ke ko bangga takde transport sendiri lansung?)
atau tambang bas/lrt (yang bakal naik juga)
sewa/installment rumah
duit makan
duit minyak kereta/motor
duit minyak menziarahi orang tua di kampung
duit tol pergi balik kerja
duit tol menziarahi orang tua di kampung
duit poket untuk mak ayah
duit kecemasan
duit tuition anak
duit anak belajar memanah
duit anak belajar berenang (hantar pergi balik tu tak payah isi petrol ke?)
duit van/bas anak
duit nak bayar baby sitter (minima RM350 seorang)
bil telefon
bil internet
bil air
bil letrik
bil cukai pintu
bil cukai tanah
bil cukai jalan
bil maintenance rumah
repair paip bocor
repair tayar kereta bocor

... dan macam-macam bayaran lagi yang termasuk dalam kategori KEPERLUAN dan bukan kehendak. Hinggakan caruman takaful yang penting untuk menggantikan pendapatan kita yang mungkin hilang pun ramai yang on off bayar. Apa yang tinggal untuk diri sendiri?

Bila dah kira semua tu tengok berapa baki gaji kita? Berapa kuat purchasing power kita?

Mari kita lihat anggaran kos hidup yang dibincangkan dalam Wanita Hari Ini di TV3 semalam. Dah dijelaskan sebegini pun ada yang tak percaya lagi. Allahu... macam mana lagi nak bagi faham?


Ini kos hidup di Kuala Lumpur dengan isteri tak bekerja. Jika dua-dua bekerja biasanya kereta ada dua disebabkan berlainan arah. Tambah lagi kos.

Kalau dah susah kenapa beli dua kereta? Soal seseorang.

Rumah di tengah Kuala Lumpur sangat mahal. Rumah teres setingkat yang subsale pun dah RM400,000. Kebanyakan yang rumah baru sekarang jenis dua tingkat yang berharga LEBIH MAHAL sekitar RM800,000. Mampu?? Kebanyakannya tak mampu. So?

Untuk memiliki rumah ramai yang membeli jauh dari kota kosmopolitan Kuala Lumpur yang berharga lebih murah. Rumah yag murah datang dengan kos-kos lain pula seperti meningkatnya kos petrol, tol dan masa. Faham dah?

Adik ipar aku sendiri membeli rumah di Semenyih dan kedua-duanya bekerja di KL berlainan kawasan. Jadi mereka akan keluar rumah jam 5.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. Dah macam motong gotah keluar subuh sepie hahah...

Belanja anak-anak RM8 seorang? Gila...kata kau. Kenapa tak bawa bekal?

Sesetengah kantin sekolah pun menjual makanan seperti harga di luar. Kalau cikgu sekolah petang yang tinggal di Sungai Buluh tetapi mengajar di Kepong pulang ke rumah jam 8 malam, what do you expect? Nak masak, urusan kain baju... nak tengok homework anak lagi... kerja sendiri yang dibawa balik lagi... hoiii ingat tak penat ke...? Itu belum lagi yang kerja di KL, pukul berapa pulak mereka keluar bekerja?Kawan aku yang tinggal di Bukit Antarabangsa cakap dia mesti keluar rumah paling lewat 6.45 pagi untuk sampai on time di Pantai Baru sebelum suaminya meneruskan perjalanan ke arah lain pula. Kelewatan lima minit sahaja pun akan membawa impak yang besar terhadap waktu ketibaan.

Panjang pulak penerangan aku. Saja bagi faham kepada yang tak faham.

Ada seorang veteran dalam satu group tu cakap "aku dulu RM2,000 cukup dengan anak empat orang belajar di kolej. Belanjalah ikut kemampuan"  katanya... Tengkorak hang! Upah menjaga seorang anak di KL pun RM500. Dia ingat kita ni hidup di zaman dia lagi agaknya. Nak suruh jimat macam mana lagilah agaknya... astro dah potong, tudung Fareeda, Ariani tak pandang, kereta yang lama tu juga, makan pun dua lauk aje... Sakit pulak hati aku sampaikan aku buat kira-kira dan mengagak:

1) Dia duduk di rumah mak mertua (orang NS kan memperturunkan rumah pusaka kepada anak perempuan. Untunglah tak payah keluar modal)

2) Atau dia duduk di rumah sendiri yang tanahnya diberi mak mertua 

3) Atau dia tinggal di rumah kos rendah yang agak sempit tetapi murah di zaman itu.

4) Anak dia tidak merasa makan yang lebih berkhasiat seperti orang lain. Barangan basah di pekan Kuala Pilah tu bukan main mahal lagi so i think dia beli yang biasa biasa je. Jangan sebut nak makan anggur atau ikan memahal sikit sesekali ke...

5) Anak dia sambung belajar dengan PTPTN. Bangga eh dapat pinjaman PTPTN? Itu terpaksa tau.

6) Dia tak sedar anak dia mungkin mengikat perut semasa belajar di kolej/U

7) Isteri dia bekerja jadi dia rasa gaji RM2,000 dia tu cukup. Yang sebenarnya isteri dia yang mencukupkan perbelanjaan. Jangan pernah lupa bahawa nafkah itu tanggungjawab suami.

8) Dia lupa harga minyak hari ini bukan seperti semasa dia belum pencen dulu.

Geram sungguh aku. Baru berada dalam kelas pertengahan dah berlagak. Jutawan pun simpati dengan orang susah. Bila orang kata Melayu tak pandai mengira tau pulak marah.

Ada juga yang berkata daripada kita komplen lebih baik tambah pendapatan, cari side income. BETUL BETUL BETUL. Cuma nak beritahu kepada orang yang positif sangat tu, ada kenalan aku yang telah bersuami masih melakukan dua tiga kerja untuk mencukupkan perbelanjaan. Husband dia bukan pangkat rendah tau... gajinya seperti dalam gambar di atas tu. Jika si kawan ni tak bekerja mereka hanya cukup makan pakai sahaja. Jangan mimpi nak bawa mak melancong ke Langkawi. Aku yakin ramai lagi yang sebegitu. Lihat sahaja berapa ramai penerima BR1M.

Kesibukan kita mencari duit untuk menghidangkan nasi diatas meja adakalanya membuatkan anak isteri suami terabai. Badan dah ponek tak dapek nak manjo manjo doh... tu yang keluar suara rimau hahaha... Anak itu amanah, kita akan dipersoalkan nanti.

Cari duit, dapat duit, barang naik harga. Cari lagi... barang naik harga lagi. Apa kesudahannya? Gaji kita sepatutnya cukup untuk keperluan asas hidup. Kalau nak senang barulah kita mencari pendapatan sampingan. Sekarang ni masih ramai yang bergaji kurang daripada RM1,500 sebulan. Masa aku kerja di bank dulu pernahlah masukkan gaji customer secara manual. Ya Allah sedihnya... selepas ditolak itu ini tinggal berapa ratus je untuk belanja sebulan.

Kita digalakkan menaiki pengangkutan awam tapi tambang lrt pun nak naik. Jika harga tol dan petrol naik tambang bas, teksi pasti akan naik. Tiada peniaga yang absorb pertambahan kos tersebut. Jangan mimpi.

Ko kata pulak, bersyukurlah dulu tak ada BR1M sekarang ramai yang dapat. Kenapa nak dihadap sangat dengan BR1M tu? Yang dapat BR1M bukan semua tetapi yang kena kenaikan cukai SEMUA. Ada faham? Tak payah BR1M brom ni.. dulu boleh je kita hidup tanpanya. Yang penting harga minyak terkawal, tol tidak dinaikkan sebegini sekali dan GST TIADA. Tiga perkara ini yang memberikan kesan besar kepada harga barang dan perkhidmatan. Kita tak sepatutnya disuap begini.

Banyak sangat komplen pergilah negara lain, kata menteri.

Di UK, Singapura rumah memang mahal tapi makan murah. Di Malaysia rumah mahal, kos hidup tinggi tetapi gaji rendah. Bila demand gaji tinggi sikit majikan terus gajikan orang asing hmmm... Di UK cukai dipotong sebanyak 40% dari gaji tetapi banyak perkhidmatan yang percuma. Alah... orang-orang penting di Putrajaya tu pun tahu. Kalau dikira balik semua bayaran cukai yang kita keluarkan mungkin dekat 40% jugak kot.

Kita bukan nak tukar kerajaan, kita cuma mahukan orang yang berwibawa mentadbir negara.








Dah menteri suruh keluar dari Malaysia, nanti kitorang apply PR Johor lah.


***PM sedang mengumumkan elaun-elaun yang dikekalkan. Apa sahaja kemudahan pendidikan aku setuju kecuali nak hire cikgu English dari India. Aku boleh bayangkan macam mana anak aku cakap omputeh nanti hahahha....


Ini Tandas Wanita !!

Tags
Hahahahah...!! Masalah jugak kalau kat Thailand ni.

Teringat kawan aku yang pernah masuk lokap sebab merempit dulu. Katanya dalam 'hotel' tu ada lelaki yang dah bertukar kepada wanita jadi jadian atau PONDAN. Alkisahnya masa nak mandi kenalah buka baju kan dan pondan tersebut terpaksalah menutup dada yang gebu tu.

Gila beb, takut dia kena raba hahahhaha....!  

Cincin Sebagai Pendinding Diri?

Cincin Sebagai Pendinding Diri? | Lawatan ke sebuah kedai pembuatan cincin di Selangor memberikan pengalaman baru kepada aku. Secara asasnya cara membuat bingkai dan memasang batu permata sama sahaja tak kira berapa bintang pun kedai tersebut.

Tok Sabri Si Tukang Cincin beroperasi di sebuah kedai kecil di Teluk Panglima Garang, Klang. Beliau berpengalaman luas dalam bidang seni ukiran dan pembuatan besi dan kayu serta berkepakaran mengenal jenis-jenis kayu yang berkhasiat.
Berusia 44 tahun, mula berjinak dalam pembuatan cincin batu permata dan permata kayu sejak tahun 2000. Aktif menghasilkan barangan aksesori diri seperti cincin pertunangan, cincin batu permata, cincin permata kayu, gelang tangan, tasbih 99 kayu campur, loket, rokok paip, ukiran keris kayu, kerongsang dan hiasan dinding ukiran kayu dan logam.

Hasil kerja tangannya juga dijadikan cenderahati. Selain ditempah rakyat tempatan ada juga dari luar negara seperti Singapura, B
runei, Australia, Peranchis, Jerman dan sedikit dari USA.

 

Tok Sabri ni belajar from scratch. Sebelum membuat cincin dan ukiran di keris dulu beliau telah belajar banyak perkara mengenai logam, kerja kayu dan batu. Hal-hal yang berkaitan dengan kualiti logam, mengenal bahan campuran dan asid; mengenal jenis-jenis kayu dan rupa pokok, khasiat kayu, mengenal kualiti batu, penggredan serta mencanai difahami dengan sebenar-benarnya untuk menghasilkan cincin yang berkualiti.

Rumit rupanya untuk menghasilkan hiasan cincin dari kayu campuran. Nak buat sebentuk pun memakan masa. Tak sabar den buek kojo kojo camni weh.

 
 Berjenis hiasan cincin yang dihasilkan daripada kayu terpilih.

 Ukiran cincin tu berseni sangat kan? Halus juga buatannya. Kalau tumbuk orang mau berlubang muka ni hahaha...
 Emas hanya untuk wanita. Lelaki cukuplah sekadar suasa.


Jadi betul ke Cincin Sebagai Pendinding Diri?
Ini kali kedua aku dengar. Menurut cerita turun temurun orang yang pergi ke hutan akan memakai kayu tas di badan sama ada dalam bentuk cincin atau gelang yang dipakai di lengan. Kononnya haiwan buas takutkan kayu tas. Benarkah?
Wo pu che tau. Yang pastinya kebergantungan kita kepada selain Allah adalah SYIRIK. Syirik adalah salah satu daripada 7 dosa besar yang tidak diampunkan Allah melainkan dengan taubat nasuha.
Nasihat aku yang hina dina ni... jika nak masuk hutan bawalah senjata dan berdoa kepada Allah. Bacalah ayat-ayat quran pendinding diri, jangan yakin sangat kepada kekebalan dengan memakai sesuatu benda. Bukan apa, kalau kita tak berdoa dibimbangi harimau pulak yang berdoa...
Allahumma baariklana fiima razaqtana waaqina azabannar....
Muahahhhaha.... jadi lauk lah kau jang!
Tiada salahnya lelaki memakai cincin sebagai hiasan asalkan bukan dari emas dan perak. Yang cecantik dan mahal tu untuk perempuan je eh.



Sebelum pergi menempah tu call lah dulu Tok Sabri Si Tukang Cincin di nombor:
014-6629330 / 017-6312839
fb: Tok Sabri Si Tukang Cincin
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN:
1) Tempahan untuk bingkai cincin - perak, suasa dan besi
2) Memasang penghias cincin dari jenis batu permata dan kayu campuran.

Murah je cincin lelaki ni eh... yang aku nampak setakat 4 angka je. Cincin kitorang sebentuk je pun dah 24 juta ringgit. Jenuh menabung.
**Aku rasa aku pernah share video cara batu hiasan cincin dicanai yang kulihat di Jakarta hari tu. Cuba check instagram ai: ruggedmom2.


RM120,945.64 Tanda Sokongan Air Asia Terhadap Kempen Kesedaran Kanser #AirAsiaMAKNA

RM120,945.64 Tanda Sokongan Air Asia Terhadap Kempen Kesedaran Kanser #AirAsiaMAKNA |AirAsia menyokong inisiatif kesedaran kanser di negara menerusi kempen #AirAsiaMAKNA 


AirAsia menyerahkan cek berjumlah  RM120,945.64 kepada Majlis Kanser Nasional, dana terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA yang berlansung selama 5 bulan di mana baju-T edisi istimewa dengan rekaan ikonik uniform  krew penerbangan dan kapten juruterbang AirAsia dijual bagi meningkatkan kesedaran mengenai kanser.

Baju-T edisi terhad ini, direka oleh AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) dijual pada RM30 sehelai di 23 lokasi di serata Malaysia, serta laman membeli-belah MAKNA.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad menyerahkan dana terkumpul menerusi kempen ini kepada Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA di majlis penyerahan cek pada 18 Oktober 2015 di Fahrenheit 88, penaja lokasi acara ini.
​ ​
Selebriti tempatan juga turut hadir menyokong kempen #AirAsiaMAKNA serta bertemu pesakit kanser, bekas pengidap kanser dan keluarga mereka yang telah bermanfaat dari inisiatif-inisiatif MAKNA.


 Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, memberikan ucapan.

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Menurut statistik yang dikeluarkan, 1 dari 4 rakyat Malaysia terjejas akibat kanser. Kami di AirAsia ingin memainkan peranan dalam mendidik masyarakat awam mengenai pencegahan awal begitu juga dalam memberi semula kepada komuniti yang menerima perkhidmatan kami. Di setiap lokasi jualan #AirAsiaMAKNA, MAKNA turut berada di sana bagi memberi informasi dan panduan kepada masyarakat awam, mendorong mereka untuk mengetahui mengenai kanser dan membantu mereka yang memerlukan. Tambahan dari itu, kami juga menggunakan kekuatan laman media sosial kami untuk menyebarkan informasi mudah mengenai kanser. Ini telah menerima sambutan positif dari masyarakat tempatan”.

“MAKNA telah berjaya melakukan pelbagai aktiviti yang bagus dalam membantu pesakit kanser di negara sepanjang dua dekad ini, dan kami berharap dana yang terkumpul menerusi kempen #AirAsiaMAKNA dapat membantu mereka untuk meneruskan usaha mereka" tambah beliau.

Sebagai sebahagian dari kempen #AirAsiaMAKNA, syarikat penerbangan tersebut menganjurkan peraduan Instagram di mana orang ramai yang telah mendapatkan baju T boleh memuat naik gambar kreatif memakai baju T rekaan krew penerbangan dan juruterbang, dan hashtag #AirAsiaMAKNA dan boleh memenangi sepasang tiket penerbangan ke  Maldives atau Sapporo!

Peraduan ini telah menyaksikan lebih dari 750 penyertaan dan dua pemenang bertuah dipilih oleh Aireen Omar dan diumumkan semasa majlis hari ini juga. Pemenang-pemenang adalah @shaarin dan @suzanekassim. Hadiah untuk mereka ialah tiket penerbangan ke Maldives dan Sapporo.. bertuahnyaaaa...!!
 Media, pesakit kanser dan selebriti tempatan yang hadir menyokong majlis #AirAsiaMAKNA

 Aireen Omar menyerahkan replika cek kepada Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata “Kempen ini bukan sahaja untuk mengumpul dana, tetapi juga memberi kesedaran. Ini membolehkan MAKNA bertemu lebih ramai orang dan menyebarkan informasi yang diperlukan yang juga penting. Lebih banyak kita berbicara mengenai kanser, lebih ramai akan memahami dan mengambil tindakan dalam menjaga kesihatan mereka. Dengan kempen ini, AirAsia bukan sahaja menunjukkan kesedaran sosial, tetapi juga terus dengan semangat serba boleh dan inovatif. MAKNA berbesar hati menerima penyertaan AirAsia dalam misi ini."

MAKNA ditubuhkan dengan tujuan  mengerakkan sumber- sumber dalam memberi perkhidmatan menyembuh, mencegah dan membantu pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi, serta  masyarakat awam di Malaysia dan rantau ini.  Adalah menjadi misi organisasi ini untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan berkaitan, dan kesengsaraan yang dilalui oleh pesakit kanser.

 Inilah t-shirt ikonik tu. 

 Aziz, pereka t-shirt yang pada asalnya dibuat saja saja jer..

 Pemenang pertama dengan hadiah ke Maldives

@shaarin dapat tiket FREE ke Sapporo... best giler!!


 Consolation prizes @lancareno blogger BlogAbahCareno. Bersungguh-sungguh betul dia submit gambar.

 Q&A session bersama cancer survivor dengan Tanuja sebagai moderator
 
 Para selebriti tempatan memegang derma mereka bergambar bersama pesakit kanser

Ai is peminat Maya Karin so ai belanja tiga keping eh 



Cantiknya gigi dia...

AirAsia komited membawa perubahan terhadap perkara ini dan telah turut berkerjasama dengan Media Prima Berhad bagi menyokong kempen Travelling Beruang; yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai kanser di kalangan kanak-kanak di .Malaysia. ‘Travelling Beruang’ menjelajah ke seluruh dunia menjadi mata dan telinga bagi kanak-kanak yang mengidap kanser yang tidak boleh melancong. Patung beruang comel 'Travelling Beruang' ini tersedia untuk pembelian dalam penerbangan AirAsia untuk hanya RM 65 sahaja. Hasil jualan juga akan akan disalurkan kepada MAKNA, dan kempen ini telah mendapat sokongan memberangsangkan dari orang ramai dengan hashtag #travellingberuang di sosial media.

Kepada yang belum membeli t-shirt boleh mendapatkannya dari Majlis Kanser Nasional. Air Asia tak jual dah. Klik kat link MAKNA yang aku bagi tu.

Ikuti perkembangan terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) serta ketahui lebih lanjut fakta pantas mengenai kanser.

Mah Meri Cultural Village di Pulau Carey

Mah Meri Cultural Village di Pulau Carey | Malaysia dihuni oleh masyarakat majmuk yang pelbagai bangsa dan suku kaum. Melayu, Cina, India dan bumiputera di Sabah dan Sarawak membentuk majoriti populasi kaum yang terbesar menjadikan budaya masyarakatnya lebih menarik. Tidak ketinggalan penduduk orang asli (dipanggil orang asal di barat Malaysia) yang kebanyakannya masih tinggal secara tradisional di hutan pedalaman.



Orang asli (indigenous people) merujuk kepada sekurang-kurangnya 18 suku orang asal yang telah mendiami bumi bertuah Semenanjung ini semenjak beratus tahun dahulu. Mereka dikategorikan kepada tiga kumpulan utama berikutan tutur bicara dan adat istiadat mereka yang berbeza diantara satu sama lain.
  • Semang atau Negrito (berjumlah 3,671), biasanya boleh diketemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara semenanjung.
  • Senoi (berjumlah 79,158), menetap di bahagian tengah semenanjung.
  • Proto-Malay atau Melayu Asli (berjumlah 58,403) menetap di wilayah selatan semenanjung.

ASAL-USUL ORANG ASLI DI TANAH MELAYU
Menurut bancian tahun 2007, terdapat 141,250 atau 0.6% orang asli yang menduduki Malaysia. Mereka berasal dari utara tetapi bukan Cina. Ada juga yang perkataan yang dituturkan bersamaan dengan bahasa Khmer. Menurut kajian sebahagiannya berasal dari Afrika berdasarkan rupa dan ujian DNA.


 
 Yang sebelah kanan tu sedang memakai hiasan kepala buatan orang asli suku Mah Meri
 

SUKU MAH MERI DI PULAY CAREY

Nama asal Pulau Carey ialah Teluk Gunjing dan dibahagikan kepada dua bahagian. Kawasan bersejarah lengkap dengan istana yang pernah didiami oleh penjajah Inggeris di satu bahagian manakala sebahagian lagi didiami oleh orang asli yang memulakan perkampungan di daratan apabila sering diserang lanun di laut. 16 orang mat saleh saja yang tinggal di situ dulu tapi tuan besar kannnn.... ekslusiflah tak bercampur orang kulit tak putih ni.

Kawasan penempatan orang asli di Pulau Carey, Kuala Langat, dibahagikan kepada 6 kampung iaitu Kampung Bumbun, Sungai Rambai, Kepau Laut, Sungai Judah, Sungai Kurau dan Sungai Salang (maaf kalau silap). Pulay Carey kini dihuni oleh kira-kira 4,000 orang yang bekerja di kebun, estet dan makan gaji di bandar.

Mereka tidak bertuhan, mempercayai anismisme dan mempercayai apabila mati akan berada di alam lain tetapi akan balik setahun sekali ke dunia ini. Masa tersebut ialah selama sebulan selepas tahun baru cina. Mereka menyambut tahun baru di sebuah rumah yang didirikan khas dimana 'semangat' tinggal.

Orang asli Mah Meri menggunakan dua nama iaitu nama rasmi dan yang bersifat ekologi. Bahasa yang digunakan pula ialah Bahasa Melayu, bahasa Melayu sesama mereka  (Mongoloid) dan onomatopei iaitu seperti bahasa yang kita gunakan dengan anak-anak kita. Contoh:

Adik nak uk uk eh? (Adik nak berak eh?) hahhhaa....


PERKAMPUNGAN BUDAYA MAH MERI DI PULAU CAREY

Perkampungan budaya ini dibina atas usahasama diantara pihak kerajaan dan masyarakat tua Mah Meri yang mahukan budaya mereka tidak hilang ditelan zaman. Bertempat di Hulu Langat, pusat pembelajaran budaya Mah Meri ini menghidupkan kembali kehidupan tradisional mereka yang semakin hilang diasak pembangunan. Ia adalah usaha banyak pihak daripada ahli arkeologi, badan bukan kerajaan, pihak kerajaan, menteri dan individu-individu yang komited memastikan visi ini menjadi kenyataan.

Kemudahan yang terdapat di Mah Meri Cultural Village:
* Pusat pembelajaran budaya
* Pameran kraf terbaik Mah Meri - UNESCO Seal of Excellent Gallery and other achievement
* Galeri sejarah
* Replika perkampungan dan bot flotila
* Workshop - tarian topeng, seni anyaman/lipatan daun, pembuatan baju dari kulit kayu, membuat atap, ukiran kayu
* Restoran
* Ritual perubatan dan perkahwinan
* Kedai cenderamata
* Pengangkutan ke dan dari Kuala Lumpur

 

Kedatangan tetamu akan disambut dengan memakaikan kita hiasan kepala yang dianyam sendiri.

Tempat pemujaan
 
 Pakaian asal kaum asli Mah Meri
 
 
 Origami merupakan seni lipatan yang tertua. Suku Mah Meri sangat mahir dalam membuat lipatan ini bagi kegunaan hiasan rumah dan diri.
 
Mereka juga hebat di dalam bidang ukiran kayu. Kebiasaannya mereka menggunakan kayu lirih batu dan lirih bunga (betina). Menurut kepercayaan mereka kayu lirih bunga tidak boleh dilangkah oleh kum wanita kera aia akan pecah.
 



Kami ditunjukkan upacara perkahwinan Mah Meri bermula dengan cara memilih pasangan hinggalah persandingan. Outdoor wedding je takde hahahha...





 
 'Pengantin' orang asli bersama 'pengapit'
 
 
Lawatan ke Mah Meri Cultural Village merupakan educational tour yang bagus untuk kita mempelajari budaya masyarakat lain yang bersama-sama hidup menghirup udara yang sama di Malaysia ini. Semoga lebih banyak ilmu yang kita dapati akan membuatkan kita lebih bertoleransi dalam menjalani hidup ini.
 
 
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan pakej, sila hubungi:


Mah Meri Cultural Village
Kampung Orang Asli Sungai Bumbun
42960 Pulau Carey, Kuala Langat
Selangor, Malaysia.

Tel/Fax: 03 2282 3035
Tel: 010 2522 800 / 019-3660301
Email : mmcvinfo@gmail.com

Website : http://mmcv.org.my

  
Harga Tiket:
 
Walk - In = RM5.00 seorang
Walk-in dengan panduan = RM10 seorang
Pakej penuh = RMRM85 seorang
Pakej standard = RM45 seorang
Pakej premium = RM120 seorang
Pakej pelajar = RM50 seorang
 
 



Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free