Berhati-hati sebelum makan, kalau tidak...

Berhati-hati sebelum makan, kalau tidak... | Islam sangat mengambil berat tentang makanan yang masuk ke perut kita. Bukan sahaja makanan tersebut mesti halalan toyyiban tetapi PUNCAnya yakni wang untuk membeli juga tidak boleh terlibat dengan yang syubhah apalagi terang-terangan haram.



Seorang hamba Allah telah mengepos gambar di facebook dimana kelihatan keluarga muslim makan di gerai yang jelas menjual BABI tetapi ditulis dalam dialek Kantonis iaitu SIOMAY CU-NYUK yang dijual di Mangga Dua, Jakarta.

Si penjual tidak pula memberitahu hal sebenar kepada pelanggan. Mungkin juga dia hanya pekerja yang tidak mengambil tahu maknanya atau memang tidak mahu memberitahu demi keuntungan. Mungkin juga silap si pelanggan yang makan sahaja tanpa bertanya apa maksudnya.

Aku yakin tak semua orang Indonesia (dan Malaysia) mengenal istilah BABI dalam Bahasa Cina atau bahasa lain. Cunyuk (ibunyikan Cii Yuuk) sendiri artinya Cu=babi Nyuk=daging, ini dari dialek Kantonis.

Berikut ini info dari halal corner tentang beberapa istilah lain yang merujuk pada Babi :

1. Charsiu
2. Cu Nyuk
3. Mu
4. Chasu/Yakibuta/Nibuta
5. B2 
6. Khinzir

Berikut beberapa maksud kata yang berkait dengan babi :

Cu = dalam dialek Kantonis bererti babi
Yuk/Nyuk = Daging, jadi Cu Yuk / Cu Nyuk = Daging babi
Cu = dialek Mandarin yang bererti babi
Rou = daging
Curou = Daging babi
Chasiu = Daging babi panggang (dialek Kantonis) 
Cha = Daging babi bahagian dada, Siu = panggang/bakar
Baikwat = porkribs

Semoga bermanfaat. Please share pos ini kepada kengkawan muslim ya.

 
Bukan babi sahaja haram dimakan, binatang halal jika tidak disembelih oleh orang Islam dengan nama Allah juga HARAM dimakan. Terima kasih kepada Bekti Hermawan kerana mewar-warkan hal ini.


***Dalam masyarakat majmuk yang ada di negara kita hari ini termasuk kehadiran ramai pendatang asing, berhati-hatilah. Yang bersongkok dan bertudung tak semestinya muslim. Jika berada di luar negara atau pedalaman dan sukar mendapat makanan halal, makan je sayur dan ikan. Amalkan makan untuk hidup waktu itu. Tak perlu kita kaji pinggan mangkuk dan kitchen utensils tu bekas apa selagi kita tak nampak. Bertanyalah kepada yang alim, bukan yang mentafsir dengan nafsu (tetapi kelihatan alim).

Halal itu lain.
Halal tapi geli-geleman nak makan itu lain pula.  


Pesona Terengganu | Lorong Seni di Kampung Cina

Pesona Terengganu | Lorong Seni di Kampung Cina | Apa yang boleh anda lakukan sekiranya berada di Kuala Terengganu selain menikmati keindahan pantai, makanan dan membeli-belah di Pasar Payang? Selfie di Kampung Cina!

Kampung Cina yang dikatakan telah wujud sejak abad ke-15 masih mengekalkan senibina tradisional Cina di deretan rumah dan kedai lama. Berjalan di Chinatown Kuala Terengganu akan menemukan kita dengan rekabentuk tingkap lama yang sungguh menarik. Lebih menarik lagi jika diabadikan dalam fotografi. Pelbagai warisan sejarah termasuk kebudayaan Cina-Peranakan Terengganu terdapat di sini.


Seni jalanan atau street art yang menjadi trend ketika ini telah digerakkan oleh Koperasi Kampung Cina Kuala Terengganu bermula pada tahu 2009. Kini tujuh lorong telah diceriakan dengan lukisan dan mural mengikut tema yang berlainan. Lorong Penyu, Kenangan Payang, Warisan Dunia, Mesra Alam, Eko, Tau Kay Wee Sin Hee serta Haji Awang Besar bukan sekadar menjadi lokasi rakaman fotografi tetapi, turut memberi ilmu dan informasi kepada pengunjung.

Pihak koperasi sentiasa terbuka dan mengalu-alukan idea yang dilontarkan kepada mereka. Ia akan dibincangkan dan dilaksanakan kemudiannya mengikut bajet yang ada. Kalau nak lagi cantik kenalah bagi bajet yang lebih besar. Pelancongan menyumbang portion yang besar juga kepada Terengganu's coffer.


‘Lovers Lane’. Sumber mamaganu.

'Lovers Lane’ di Lorong Warisan Dunia di mana konsepnya seperti yang terdapat di negara-negara Eropah mendapat sambutan luar biasa apabila sudah hampir 100 mangga dikunci di situ berserta kata-kata cinta nukilan setiap pasangan. Kita boleh membeli atau membawa mangga sendiri untuk diletakkan di sini dan melontarkan kuncinya ke dalam perigi Low Tiey berdekatan kawasan tersebut yang dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga. Perigi berusia ratusan tahun tersebut terus digunakan sehingga kini berikutan airnya yang didakwa tidak pernah kering.

Konsep bumbung kain batik perca diaplikasikan di Lorong Mesra Alam memberikan efek menarik kepada bayang. Sumber di sini.

Sumber utusan

 Bukan sahaja untuk bergambar tetapi serba sedikit bahan sejarah juga boleh didapati di lorong seni ini.

Eh? Diam diam sudah hahahah...


Lorong Penyu memaparkan pelbagai maklumat dan nasihat berkaitan program konservasi reptilia itu berserta sebuah replika penyu berusia 80 tahun di hujung lorong berkenaan




Terdapat mural spesis-spesis penyu yang terdapat di negara ini seperti penyu Agar, Belimbing, Lipas dan Sisik di Lorong Penyu.


Nampak tak bot yang separuh hilang tu? hehe.. di sebelah kiri ialah Kampung Cina, kanan laut. Di belakang kedai-kedai di Kampung Cina tu pun ada mural yang menarik.


Keunikan lorong seni di Kuala Terengganu menjadi satu lagi daya tarikan bagi pengunjung yang datang ke Terengganu terutama bagi mereka yang tidak berkesempatan ke pulau.


Nota
Aku dah lama berharap ada lorong seni juga di Seremban. Tak payah hadap sangatlah artis luar...kita ada ramai local talents. Beri mereka peluang menunjukkan bakat. Bincangkan tema, sediakan peralatan dan berilah upah yang setimpal. Gerenti ramai peminat! Tengok sajalah hasil kerja anak-anak muda kita di The Glow by Zinc, Penang.

Kok tinggi bona cito-cito nak guna service artis luar jugak tak dapeklah nak nolong. Bosan dah den tengok Seghomban ni haa.. Meniru yang baik bukan dosa.







Panorama Indah Hong Kong Di Sky Terrace 428

Panorama Indah Hong Kong Di Sky Terrace 428 | Untuk melihat keseluruhan bandar di sesuatu tempat kita mestilah berada di tempat paling tinggi. Sebab itulah biasanya istana raja dibina di kawasan tinggi.


Begitu jugalah di Hong Kong. Untuk melihat kota Hong Kong yang padat dengan bangunan pencakar langitnya kita perlu melihatnya dari Victoria's Peak yang suatu ketika dahulu merupakan kawasan penempatan penjajah British. Tiada warga tempatan dibenarkan memiliki hartanah di situ di ketika itu. Kini ia masih lagi kawasan termahal di Hong Kong tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja yang memiliki duit. Kalau ada 2.6 bilion bolehlah beli mansion di sini.

Pakej yang kami beli dari Malaysia berharga RM353 telah termasuk Hong Kong Disneyland+Peak Tram+Madame Tussaud+Sky Terrace. Kita boleh beli satu satu atau pakej. Kelebihan membeli pakej ni adalah murah SEDIKIT sahaja dan tak perlu beratur panjang semasa nak masuk Disneyland. Yang lelain beratur seperti rakyat marhain yang lain. Sila pastikan tiket anda tidak hilang. Kalau dah turun dari Sky Terrace tu kena beli tiket lain untuk naik semula kecuali jika kita menggunakan khidmat official photographer, kita boleh turun ke printing kiosk dan naik semula.

Semasa di Sky Terrace kita boleh menggunakan interactive touch screen audio tour yang disediakan dalam enam bahasa iaitu English/ Mandarin/ Cantonese / Japanese/ Korean / French. Pelawat boleh mengetahui tentang senibina Hong Kong, kejiranan, makanan, budaya dan sejarahnya sambil menikmati pemandangan indah dari tanah tinggi Hong Kong.
 
 
Sorry lah, kali ni banyak nau gambar aku.
 
Peak Tram


Suasana di Sky Terrace sejuk berangin. Semakin lewat petang semakin ramai pengunjung yang datang.

Make your wish di atas kad dan gantungkan di sini. Apakah rasionalnya? Untuk meluahkan kata-kata cinta yang terpendam di hati atau sekadar release tension barangkali.

Comey tak Kak Ton jalan jalan pakai baju kurung? heheheh.. Sejuk berangin atas puncak ni
 
 Tak sangka berjumpa China Taiping




Banglo design lama.


 


 

The Sky Terrace 428, standing at 428 metres above sea level, is the highest viewing platform in Hong Kong offering a stunning 360-degree panoramic view across the Hong Kong.



Ambillah Anak-Anak Kami

Tags

Ambillah Anak-Anak Kami | "Ambillah anak kami, bawa mereka ke Jerman. Kami hanya mahu mereka selamat dan bersekolah." kata seorang bekas guru di Syria yang kini menjadi pelarian perang di Rusia. 



Allahu... sanggup berpisah dengan anak berumur 6 tahun semata-mata untuk masa depan anak tersebut. Sungguh berat dugaan mereka. Dah lah tiada makanan dan duit, tidurnya hanya berlantaikan sehelai kain dan berbumbungkan langit dalam suhu sejuk.

Anak-anak dan adik-adik kita sanggup mati merempit di sini.

Tonton sendiri interview di https://www.facebook.com/skynews/videos/1174329229248339/

VIDEO : Cara yang betul meyembelih binatang korban menurut Islam

VIDEO : Cara yang betul meyembelih binatang korban menurut Islam | Hari ini adalah 12 Zulhijjah 1436H, bermakna hanya tinggal satu hari sahaja lagi sebelum Maghrib esok untuk melaksanakan ibadah korban yang dituntut dalam islam.


Sumber di sini.

Umat islam yang berkemampuan digalakkan untuk menyembelih binatang ternakan kepunyaan sendiri atau dibeli sebagai tanda taatkan Allah. Binatang liar tidak sah menjadi binatang korban. Jika kita nak berkorban binatang seorang seorang rasa macam tak mampu kan? Berat juga sebab harga seekor lembu atau kerbau dah berapa ribu sekarang ni. Jadi solusinya kita pakat adik-beradik atau jiran sekambung untuk berkongsi membeli lembu, kerbau atau unta. Kambing dan bebiri tak boleh kongsi.

Itulah yang keluarga suami lakukan beberapa tahun lepas. Mereka adik-beradik collect seorang RM35 setiap bulan hingga cukup setahun. Maka dapatlah satu bahagian seorang. Nanti bila anak-anak aku dah bekerja (walaupun lambat lagi) aku nak suruh mereka buat begitu jugalah. Mulakan dengan berkongsi.

Harga dah naik eh, tak termasuk GST. Sumber di sini.

Sumber di sini

Sumber di sini.


TEMPOH DAN MASA BERQURBAN
Tempoh dan masa berqurban hendaklah dilakukan berdasarkan ketetapan yang berikut, iaitu: 

(a) Penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Qurban tidak sah dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada malam 14 Zulhijjah. 

(b) Penyembelihan dilakukan apabila berlalu masa dua rakaat solat sunat Hari Raya Adha serta bacaan khutbah. Sebagai contoh: Masa yang ditetapkan untuk solat sunat Hari Raya pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 9.30 pagi. Maka waktu berqurban bermula pada jam 9.30 pagi. 

(c) Penyembelihan yang dilakukan selepas tempoh tersebut, sama ada imam menunaikan solat atau tidak, sama ada orang berqurban menunaikan solat atau tidak, sama ada imam menyembelih haiwan qurban atau tidak, hukumnya adalah sah. 

(d) Waktu penyembelihan qurban berterusan siang dan malam (tetapi makruh dilakukan pada waktu malam) sehingga Hari Tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah) sebelum terbenamnya matahari. Bagi penyembelihan qurban yang dilakukan sebelum terbit fajar, maka hukumnya adalah tidak sah. 

(e) Penyembelihan qurban yang dilakukan selepas terbit matahari dan sebelum waktu solat sunat Hari Raya Adha adalah tidak mendapat pahala sunat dan tidak dikira sebagai ibadah.

Untuk lebih kefahaman dan syarat-syarat lain sila rujuk ke e-fatwa


Link video di bawah adalah cara penyembelihan binatang, korban atau tidak, menurut Islam. Beliau memberitahu:

1) Parang hendaklah yang super tajam

2) si tukang sembelih juga memberitahu di kawasan mana yang patut disembelih (ada sedikit perbezaan di antara unta dan lembu)

3) sembelih ketika binatang menghembuskan nafasnya supaya darah keluar dengan banyak untuk menghasilkan daging yang tidak berbau

4) dan sembelihlah dengan pantas supaya tidak menyiksa binatang.



***Pernah tengok tak video seorang mat saleh muslim yang merebahkan kambing untuk disembelih dengan doa? Tak melawan lansung kambing tu! 

***Kawan aku bercerita, masa dia di Wales dulu dia telah menjamu kawan non-muslim dengan daging halal. Kawan dia kata rasanya lebih enak. Kita tak tahulah betul ke tidak sebab kita tak pernah makan binatang yang tidak disembelih secara Islam.

Hajj 1436H | Stampede in Mina, Saudi Arabia

Hajj 1436H | Stampede in Mina, Saudi Arabia | This years ‪#‎Hajj‬ has been something else. As we do Tawaf around the Ka'aba, we can still see the fallen crane. And now this. All of the lessons of how Hajj reminds of death are so alive this year. I know it's hard for anyone who is not here to understand, but when you're here, you're likely to ask Allah to let you die here. In fact you can hear it in the dua's of people out loud throughout the journey. You never feel closer to Allah or care less for the world then when you are on this journey. Especially in Madinah, many people will confess that every time they hear the call for Janaza after prayer, they secretly hope that they will be included in the next. I guarantee you that many of those that passed away were praying to die in Ihram.

It's not that anyone becomes suicidal. It's not that the authorities don't need to do a better job with crowd control. It's not that those operating the equipment in Makkah shouldn't be held accountable. I'm not referring to any of that. Just as comforting the oppressed doesn't mean we fail to hold the oppressor accountable, speaking of those who have passed away doesn't mean we shouldn't push for measures to protect the Hujjaj.

What I'm getting at is that when one tastes the sweetness of having their lives revolve around their Creator, nothing in the world is more pleasing than the thought of meeting Him while He is pleased with you.

Oh Allah, have mercy on these beautiful souls, and let them meet You while proclaiming the Talbiya as they did in this world. Let us meet You while You are pleased with us, and join us all with the likes of Abraham, Moses, Jesus, and Muhammad (peace be upon them all) in the highest level of Paradise. Ameen

Here I am at your Service, O Allah, here I am. Here I am, You have no partner, here I am. Verily all praise & blessings are Yours. And all Sovereignty belongs to You. You have no partner my Lord.- Omar Suleiman.
Sayu hati melihat jenazah-jenazah ini, Dunia hanya sementara Akhirat jua kekal selamanya..

Innalillahhiwainna ilaihirrojiun...Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..

Mangsa korban di Mina, Semoga Allah ampunkan dosa mereka, tempatkan mereka disyurga Mu ya Allah bersama orang-orang beriman..


Japan Muslim Friendly Airport

Japan Muslim Friendly Airport | Mungkin ramai yang sudah melihat gambar di bawah. Pihak berkuasa lapangan terbang Jepun telah membuka sebuah ruang solat untuk muslimin dan muslimat. Aku tak pasti apakah "new" itu bermaksud sebuah lagi ruang solat/surau atau ruang solat yang lebih selesa. Yang pasti mereka selalu mendahului yang lain dan komited melakukannya.



Di sesetengah airport luar negara memang telah disediakan tempat beribadah tetapi berkongsi dengan penganut agama lain. Itupun kita dah bersyukur kerana kita berada di non muslim country.

Berdasarkan statistik 2014, jumlah umat islam di seluruh dunia ialah 2.08 bilion orang. Cuba bayangkan betapa besarnya pasaran pelancong muslim ke sesebuah negara jika kemudahan solat dan sumber makanan halal dititikberatkan oleh negara terbabit?

Kita ni pulak, bila orang dah sediakan tempat solat yang selesa siap telekung segala pepandailah kemas balik. Geram dan malu rasanya bila melihat telekung bersepah atas sejadah atau dilipat lebih kurang je di masjid dan shopping mall. Bila tak disediakan kemudahan memokak, dah ada tak reti bersyukur pulak. Bersyukur bukan sekadar di mulut tetapi perlu juga dengan ditunjukkan dengan perbuatan.

Rempuhan di Mina, 717 TERKORBAN

Rempuhan di Mina, 717 TERKORBAN | Allah Allah Allah... ini adalah kejadian rempuhan yang kedua terburuk dalam tempoh 25 tahun di Mekah!

Kejadian di Eidul Adha 1436H ini yang hanya 3-4km dari Mekah berlaku apabila  dua kumpulan besar jemaah haji bertembung di satu persimpangan dalam perjalanan melakukan ibadah melontar di Jamarat, menurut Perkhidmatan Pertahanan Awam Saudi. Sekurang-kurangnya 805 lagi cedera dalam rempuhan terbaru di Mina ini.

Kejadian malang ini merupakan yang terburuk selepas tragedi Terowong Muassim pada Julai 1990 dimana 1,426 jemaah terbunuh. Aku ingat sangat kejadian ni sebab abang kepada seorang classmate terlibat. Kedua-dua insiden berlaku semasa Eidul Adha. Kali ni 200 ambulans dan beratus anggota keselamatan terlibat menguruskan mangsa. Syukur alhamdulillah tiada rakyat Malaysia yang terlibat.

Ibadah haji di Mekah merupakan perhimpunan terbesar manusia iaitu dimana kira-kira 2 juta muslim berkumpul serenta, tidak sunyi daripada kejadian tragis sejak dulu lagi. Dua minggu lalu kren tumbang, 107 maut. Kemudian hotel terbakar disebabkan ada jemaah Indonesia memasak di dalam hotel.

Walaupun kejadian kebakaran, rempuhan dan rusuhan telah banyak berkurangan semenjak penambah baikan yang dilakukan kerajaan Arab Saudi yang memakan belanja berbilion dollar, ia MASIH TERJADI. Di mana silapnya?

Ini adalah perjalanan suci atas perintah Allah dan termasuk dalam Rukun Iman yang enam. Bukankah kita perlu banyak bersabar ketika berada di tanah suci Mekah dan Madinah? Dan segala kepayahan serta kesabaran tersebut hendaklah diteruskan bila pulang ke tanah air. Sudah banyak kali juga kita mendengar betapa tidak sabarnya jemaah ketika berada di dalam kesesakan lalu lintas di sana. Tak sabar juga ketika mengambil makanan. Berebut naik bas. Apakah yang kita pelajari dalam proses mendapatkan title Haji dan Hajah?

Tidakkah kita mahu mencontohi rakyat Jepun yang masih berdisiplin beratur dengan senyap selepas gempa bumi dan tsunami dulu? Tidakkah kita mahu belajar sesuatu, tentang kebersihan dan kesabaran mereka? Benarlah kata seorang ulama, dia melihat islam di negara bukan islam.

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, kelemahan itu daripada kita sendiri. Al fatihah.

Laporan fakta kejadian daripada Reuters setakat 12am 25/9/2015.

Bodies of Muslim pilgrims are seen following a crush caused by large numbers of people pushing at Mina, outside the Muslim holy city of Mecca September 24, 2015. -  Reuterpic
Bodies of Muslim pilgrims are seen following a crush caused by large numbers of people pushing at Mina, outside the Muslim holy city of Mecca September 24, 2015. - Reuterpic
Ini pula laporan rasmi daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki
Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum WBT.

Rentetan daripada tragedi di Mina, saya ingin menyampaikan maklumat terkini mengenai kejadian tersebut. Setelah dibuat semakan di tujuh (7) maktab dan 15 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) dan TH Travel & Services Sdn Bhd, tiada jemaah haji yang terlibat dalam kejadian pada pagi tadi.

Saya ingin makkumkan bahawa jemaah haji Malaysia akan melaksanakan lontaran sesudah asar, iaitu pada jam 5.30 petang dan 8.00 malam nanti.

Kita mempunyai lapan pos peronda sepanjang terowong Muassim sehingga ke Jamarat dan petugas akan melaporkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa di kawasan berkenaan.

Mengikut maklumat yang diterima sejak dari awal pagi, tiada jemaah haji negara ini yang tersasar daripada laluan ke Kompleks Jamarat. Pos-pos peronda ini telah diwujudkan sejak awal operasi Masyair lagi, dan bukannya semasa insiden ini berlaku sahaja.

Saya juga ingin menafikan berita kematian Allahyarhamah Puan Siti Haryati Shaikh Ali, yang disebarkan melalui viral dan media sosial yang dikaitkan dengan insiden rempuhan berkenaan. Allahyarhamah telah kembali ke rahmatullah akibat sesak nafas.

Setakat ini, sejumlah 16 kematian dilaporkan termasuk tujuh mangsa yang terlibat dengan insiden runtuhan kren. Kematian lain adalah diakibatkan oleh serangan jantung dan sebagainya.

Saya juga ingin tegaskan sekali lagi bahawa, laluan jemaah haji Malaysia ke Kompleks Jamarat adalah berbeza. Jemaah haji Asia Tenggara dan Turki berkongsi laluan yang sama. Jemaah Turki telah selesai melaksanakan ibadat melontar pada pagi tadi, cuma yang tinggal adalah jemaah yang melibatkan Indonesia dan Malaysia.

Kita mendoakan agar jemaah haji kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan menunaikan ibadat dengan selamat.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki,
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
24 SEPTEMBER 2015, JAM 3.40 PETANG

Salam Eidul Adha

Tags
During Hajj, people may bruise you, hit you or bump into you, and sometimes you feel they are doing it intentionally, but we must practise patience and remind ourselves that we are being tested. Dr Bilal



Bila Teknologi Menggantikan Interaksi Manusia

Tags

Bila Teknologi Menggantikan Interaksi Manusia | Bila bermusafir ke tempat baru, aku akan membawa cetakan komputer yang mempunyai segala data yang diperlukan termasuklah jalinan subway. Mungkin tak lengkap tetapi membantu melancarkan perjalanan.


Data-data lain yang diperlukan termasuklah attractions di sesuatu tempat, restoran makanan halal, nombor telefon polis dan nombor telefon kedutaan Malaysia terhampir. Old school? Memang. Aku tak terlalu bergantung kepada internet sangat kerana:

1) Nak berjimat duit daripada membeli data 

2) Kekadang loading lambat.

3) Tak perlu, tak ada sesiapa pun yang membayar untuk live update. Wifi di hotel pun laju... memalam boleh update di social media. Update location kang ada pulak yang mengirim.. tak suka.. tak sukaaaa...! hahah...

4) Lebih senang bertanya dengan local peoples jika ada kemusykilan

5) Break the ice. Nak berbual dengan locals. To be with them talk to them, eat like them, live like them. Kalau tak bergaul kita mungkin akan assume orang tu begitu begini sahaja.
 



Time raya ni simpan sekejap smartphone, tab dan segala mak nenek gadjet tu. Lupakan sekejap girlfriend dan boyfriend, Tak ada untung pun melayan mereka. Layanlah ahli keluarga dan tetamu yang datang sebaik-baiknya. Tetamu yang baik datang bersama rahmat Allah.


***Pernah sekali kami pergi beraya di rumah seseorang. Biasalah duduk makan sembang-sembang dalam rumah. Lepas tu si tuan rumah suruh kami duduk luar. Memula aku diam je, aku fikir dia saja cakap macam tu. Si polan ni berulang kali pulak mengayat suruh keluar, kata kat luar beranginlah... bla.. bla..

Kami pun ikutkanlah maka duduklah di meja luar sambil dilayan bebudak. Oh rupa-rupanya ada orang lain yang istimewa nak datang ke rumah si mata duitan tu... Sejak tu aku tak sebut lagi nak beraya ke rumah dia. Husband aku pun tak tanya - tersinggung. Rugilah dia menghalau tetamu. Kita pergi beraya pun sebab masih ada rasa hormat walaupun lidahnya bercabang.  Selama ni kita layankan je cakap besar dia walaupun apek prebet sapu tu pun mengumpat sebab menyampah hahah... handphone lebih dari satu tapi top up minta kat orang. Huh!

Tunggu dia matilah baru tunjuk muka. 









 

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL COMEDY FESTIVAL 2015 | TODAYS IS THE LAST DAY !!

Tags

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL COMEDY FESTIVAL 2015 | TODAYS IS THE LAST DAY !! Aku dah shout fasal KLICF2015 di instagram dan fb. Gerenti gelak sampai keluar air mata.



This festival is curated by none other than the Godfather of Comedy in Malaysia, Harith Iskander! You’d think after entertaining Malaysians for over 25 years he’d take a break and go play golf or something, but instead, he has pulled strings, pushed the envelope, called in favours, wheeled and dealed, cajoled and conjured, and done everything he possibly could to bring you the best damn comedy festival you’ll ever see in recent memory. The Godfather is working for YOU!

Tickets are priced at Rm70/RM50, at Publika Black Box 8.30pm. It's going to be HILARIOUS!

 

Dapatkan maklumat lanjut di www.KLinternationalcomedyfestival.com

Beli tiket di www.ticketpro.com.my

Aku dah tengok Laugh Malaysia Gala Night di Berjaya Times Square Hotel KL pada Ahad lepas. Cramp pipi dek stand-up comedian antarabangsa ni. Congratulations to Harith Iskander, Barry Hilton, Nazeem Hussain, Paul Ogata, Rex Navarrete, Tom Rhodes dan Gina Yashere. Yang lelain dan mereka yang aku sebutkan tadi turut beraksi di:

1) Crackhouse Comedy Club KL at Taman Tun Dr. Ismail
2) The Bee, Publika
3) White Box, Publika
4) Black Box, Publika at Publika and
 

Ibis Style Ipoh dipuji Australian Institute of Architects

Ibis Style Ipoh dipuji Australian Institute of Architects | Cuti persekolahan dan Hari Raya Qurban tahun ini jatuh serentak. Sudah pasti kemeriahannya lebih terasa kerana ramai yang dapat pulang ke kampung halaman untuk berhari raya bersama keluarga. Pelan percutian pun tiba-tiba je boleh muncul bila dok bersembang beramai-ramai tu kan?


Masih ramai lagi keluarga di Malaysia yang memanfaatkan cuti hari raya Eidul Fitri dan Eidul Adha semata-mata untuk bersama ibu bapa yang sudah tua dan keluarga tersayang. Apa kata kali ini kita bercuti #Dejkat Je... di Ipoh, Gopeng atau Taiping? Banyak yang menarik di sana.

Isu percutian akan berkait dengan penginapan juga kan? Haa... ni akak nak memperkenalkan sebuah hotel 3 bintang di Ipoh, Ibis Style Hotel. Hotel Ibis yang belumpun mencecah dua tahun umurnya bebaru ni mendapat pujian dari Australian Institute of Architects kerana penggunaan warna garang dan pencahayaan yang bagus di ruang umum. Ini komen penuh mereka:

"The use of vibrant primary colors and bold lighting in the hotel’s public spaces provided architectural definition for each space as well as overall visual variety. The design of the guest rooms offered a counterpoint by incorporating a quieter, less-dynamic color palette. The plan of the main public level is carefully organised around a monochromatic (white) courtyard containing a reflecting pool and terrace: the focal point of the public spaces."

Hotel Ibis menawarkan 113 bilik dengan empat bilik perseorangan, 60 bilik berkembar, 46 berdua dan tiga suites untuk keselesaan tetamu. WiFi dan sarapan pagi telah termasuk dalam harga bilik.


DI MANA LOKASI HOTEL IBIS STYLE?
Terletak di tengah bandar Ipoh berdekatan kedai perniagaan dan hiburan. Hanya 10 minit memandu dari Lapangan terbang Sultan Azlan Shah dan 4 minit dari Stesen Keretapi Ipoh dan pekan lama Ipoh. Hanya berjarak 2.5km dari stesen keretapi. 

Mari kita tengok interior hotel Ibis Style ni.

Sumber di sini.

ibis Style Ipoh by Schin Architects, photo by Jim Lee
Sumber di sini.





Mu Bar

Memalam lagi cool... dengan simbahan lampu dari bangunan-bangunan di sekitar Ipoh. Tempat yang sesuai untuk lepak dengan kengkawan. 



Ipoh terletaK di pertengahan antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan dikelilingi oleh bukit batu kapur dan beberapa kuil di dalam gua. Dah baca Eksplorasi Gua Tempurung? Haa... itu aktiviti menarik untuk dilakukan bersama keluarga. Anak yang berumur 2 3 tahun tak payah bawalah, jenuh dukung pulak karang. Street art pun ada.

Tak nak ke bergambar di 'kapal korek' macam kami ni? Boleh baca tentang Ipoh Heritage Trail di sini.


Pergi Ipoh jangan lupa minum Ipoh white coffee dan menjenguk Memory Lane Market yang terletak hanya 2km dari hotel ini.


IBIS STYLE IPOH
18 Jalan Chung On Siew
Ipoh 30250, Perak, Malaysia.
Tel: +605 240 6888  •  Mobile: +6012 414 1015
www.accor.com | www.facebook.com/Accor | www.accorhotels.com

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free