MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tags

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

 
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-38 tahun.
#SehatiSejiwa
 

 
Tina Arssid's photo.

In photos: Bersih 4.0 rallies around the world

In photos: Bersih 4.0 rallies around the world

Ini berita dari Channel News Asia.

Scores of protesters turned out in full force in various major cities around the world for pro-reform rally Bersih 4.0 on Saturday (Aug 29). The rally is expected to be held in 74 cities across the globe. 

SINGAPORE: Scores of protesters turned out in full force in various major cities around the world on Saturday (Aug 29) for pro-reform rally Bersih 4.0.
 
In years past, Bersih rallies have focused on calls for electoral reform, but this year, demonstrators are specifically calling for the resignation of Prime Minister Najib Razak. Mr Najib has been plagued by allegations of corruption and financial mismanagement. These claims reached fever pitch when reports alleged he was being investigated for misappropriating millions of dollars of public funds via state investment firm 1MDB. Authorities have since said US$700 million deposited into Mr Najib's bank accounts were donations from the Middle East.
 
The rally is expected to be held in 74 cities across the globe, according to organisers. 
 
(Image: Global Bersih/Facebook)
 
 
HONG KONG
Hundreds turned up on Saturday opposite the Malaysian consulate to push for "clean" politics in Malaysia. Chants of "Bersih!" rang out along Gloucestor Road in the Wan Chai area as protesters joined in the pro-reform movement. 
 
Protesters take part in Bersih 4.0 in Hong Kong, opposite the Malaysian consulate. (Photo: Sabrina Chan)
 
 
 
LONDON
Hundreds turned up outside the Malaysian High Commission in London for the Bersih 4 rally, which organisers said would culminate at Trafalgar Square.
 
Malaysians in London take part in Bersih 4.0. (Photo: Sheila David) 
 
Thousands braved the cold to attend Bersih 4 in Melbourne, Australia. (Photo: Stephen Yau) 
 

Gambar menarik di Tanjung Likas, Kota Kinabalu, Sabah dari Cakapmalas.com


 
9.jpg
 

1%2BKOMECITER%2BDOT%2BCOM.jpg
Spiderman siap bawa dry bag hehe..
 
bALI.jpg
 
 
KUALA LUMPUR
Independence Square was a sea of yellow as thousands kicked off the Bersih rally in Malaysia's capital city. With each rally, protesters say they are more emboldened. Many are taking part for the fourth time.

"Bersih" (Clean) supporters gather along Jalan Tun Perak in Kuala Lumpur on August 29, 2015. (Photo: REUTERS/Edgar Su)
 
Different groups at the rally, including anti-Lynas group Himpunan Hijau (Photo: Sumisha Naidu)
 
Maghrib prayers at the rally. (Photo: Melissa Goh) 

Yang ini daripada fb kawan aku.
 
Faris Elazhar's photo.


And watch this awesome video by Kicapi Productions


 


**Kalau dah setiap tahuan ada "Bersih" baik buat produk pelancongan jer kekekeke... 

Bersih 4.0 - Nak join ke tak?

Bersih 4.0 - Nak join ke tak? | Semua orang yang ambil peduli faham apa itu Bersih dan apa yang dimahukan mereka.


Apakah Bersih dan apakah yang dituntut?

Ia pada asalnya ialah gabungan beberapa NGO iaitu Suara Rakyat Malaysia (Suaram) , Women's Development Collective (WDC), Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan pertubuhan awam yang mahukan perubahan kepada sistem pilihanraya di Malaysia. Bersih 2.0 diketuai oleh Datuk S. Ambiga, bekas presiden Bar Council manakala Bersih 4.0 diterajui Maria Chin Abdullah daripada WDC.
 
 
5 Perkara Yang Dituntut Bersih 4.0 :

* Pilihanraya yang bersih dan adil
* Kerajaan yang telus
* Kebenaran untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara


Bila dan dimana Bersih 4.0 ?

Bersih 4.0 dijadualkan untuk berlansung serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu bermula jam 2 petang 29 Ogos 2015 sehingga tengah malam 30 Ogos.
 
Di Kuala Lumpur lokasi berkumpul di lima tempat iaitu pusat membeli-belah Sogo, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara. Tiada kelulusan dikeluarkan oleh pihak polis dan DBKL.

Di Kuching, para pendemo telah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk berhimpun di Song Kheng Hai field. Mengikut perancangan mereka hanya akan berkumpul tanpa perarakan.

 Di Kota Kinabalu pun sama tiada perarakan ke Tanjung Lipat.

 
 
Aku tak akan turut serta sebab bab jogathon dikejar polis ni acik tak mampu.. setakat walkathon bolehlah. Lagipun ada dua kenduri kahwin di berdekatan rumah aku pada hari ini dan esok.
 
Aku nak bagi pandangan pun payah juga cuma aku nak menyampaikan pesanan daripada kawan facebook aku Shamshahrin Shamsudin, seorang photojournalist.
 
 
On being a Photojournalist

Saya seorang photojurnalist. Bagi yang tidak tahu, anda mungkin rasa seronok, mungkin juga bangga jika dapat gunakan title tersebut.... Tetapi bagi seorang photojurnalis (PJ) atau jurufoto kewartawanan, jawatan ini datang dengan tanggungjawab dan bebanan tersendiri.

Minggu lepas, seorang rakan saya
Wazari Wazir ada menulis perihal  `the downside of being a photojournalist'. Anda boleh membaca di blog beliau lah. Apa yang beliau tulis adalah mungkin 10% dari bebanan sebagai seorang PJ.

Ramai yang tidak tahu bahawasanya PJ terikat dengan etika kerja yang agak ketat. Etika kerja ini dibuat bagi menjaga integriti kerjaya tersebut. Dalam era informasi tiada batas ini, rasanya anda bolehlah google sendiri.

Hujung minggu ini kemungkinan akan berlakunya protes besar-besaran terhadap kepimpinan negara. Ramai juga hobbyist photographer menyatakan keinginan mereka untuk turun merakam peristiwa tersebut.

Di sini saya ingin menasihatkan sahabat-sahabat hobbyist ini supaya berhati-hati dan berfikir semasak-masaknya sebelum anda keluar `outing' ini.

1: Anda hobbyist BUKAN press photogs
Sebagai hobbyist, anda tiada kad perakuan media; maksudnya anda sebenarnya tiada keperluan berada di sana. PJ berada di sana kerana tugasan. Mereka tahu batas-batas sebagai seorang PJ. Saya berharap, sahabat-sahabat hobbyist ini faham tentang batas-batas tersebut sebelum anda mengambil keputusan untuk keluar. Harapan saya agar sahabat-sahabat hobbyist ini tidak melakukan sesuatu yang melanggar etika PJ semasa di sana kerana dikhuatiri ada yang menganggap anda seorang PJ dan seterusnya mencalarkan imej kerjaya yang sangat di hati saya ini.

2: Anda hobbyist photographer BUKAN protester Niat anda sekadar untuk merasai pengalaman mengambil gambar protes dan tiada niat untuk berdemo. Jika anda tertangkap, adakah anda bersedia untuk terima akibatnya?
Jika niat anda adalah utk berdemo, tentunya anda sedia maklum tentang akibat yang mendatang dan tentunya anda telah bersedia. TETAPI jika kita sekadar suka-suka, adakah kita bersedia dengan kemungkinan yang sukar?

3: Faham tugas polis Perlu diingat, tugas polis adalah MENJAGA KETENTERAMAN. Apabila berlaku sesuatu yang menjejaskan ketenteraman awam, polis akan bertindak. Adakalanya KASAR. Kepada hobbyist, saya harap anda jangan sekali-kali argue dengan polis ketika itu. Ikut sahaja. Mereka juga tertekan dengan tugasan. Fahami juga tugas mereka. Saya juga pernah dipukul, pernah ditangkap dan diheret semasa menjalankan tugasan tetapi saya faham masing-masing ada tugas.
 
Kepada sahabat-sahabat hobbyist, jika anda berminat untuk mendalami bidang photojournalism, belajarlah. Bidang ini mmerlukan pengorbanan yang lebih berbanding dengan genre lain.
 
Stay safe my brothers.
 
 
Sila baca yang ini juga.
 
 
BERKORBAN SEBULAN SEBELUM RAYA KORBAN

Saya bakal on call pada 29/8 ini. Kami diarahkan supaya bersedia dan berada di hospital sehari sebelum 29/8 sebagai langkah siapsiaga kerajaan sempena rally Bersih 4.0. Malah cuti kami dibekukan dan ramai diantara kami yang perlu standby untuk dipanggil jika berlaku kecemasan.

Demonstrasi Bersih bukan perkara baru bagi kami warga ibukota. Cuma kali ini getarannya lebih terasa kerana adanya kumpulan anti Bersih. Pastinya lebih banyak kes kecemasan daripada biasa.

Namun kami redha. Ini negara demokrasi. Mana2 kumpulan pun berhak menyuarakan pendapat menurut saluran yang mereka rasakan betul. Kami ini cuma petugas perubatan yang neutral prinsipnya.

Kepada yang Bersih dan yang bukan Bersih, yang berbaju Kuning dan yang berbaju Merah, dan para petugas keselamatan; berhati-hatilah. Jangan sampai cedera atau mencederakan. Kita semua ada kubur untuk dituju dan ada Tuhan untuk dihadapkan kelak. Terlepas di sini tak bermakna akan terlepas di sana.

Jika ada yang menunjuk samseng kemudiannya cedera, siap sedialah untuk kami rawat tanpa bius dan kami gonyoh lukanya dengan berus dawai. Kan samseng katanya!!!


Hana Hadzrami - dia ni doktor le kot. Hahaha... win!! Aku pun nak tumpang tenyeh sekali terutama yang suka provoke, belum apa-apa dah berlagak macam samseng Kampung Dusun!


**LRT service should not be stopped during this rally so that peoples can disperse smoothly. Yang berada sana bukan semuanya nak berdemonstrasi pun, apa perlunya perkhidmatan LRT dan monorel dihentikan seperti sebelum ni?

Kepada yang marah-marah , di setiap masalah ada peluang. Peluang buat duit paling senang time ni ialah jual air mineral.




Motivasi Pagi

Tags
Death is not the biggest disaster in life.

The biggest disaster in life is, when our fear of Allah dies when we are still alive.

Sumber di sini
 

Inaugural Flight of ALL NIPPON AIRWAYS to Kuala Lumpur

Tags

Inaugural Flight of ALL NIPPON AIRWAYS to Kuala Lumpur | ANA flight nak mai KL you..!!


 
Hari Selasa ni 1 September 2015 All Nippon Airways (ANA) akan tiba di sini. ANA adalah syarikat penerbangan yang terbesar dari segi pendapatan dan jumlah penumpang di Jepun. Ini adalah pelancaran sektor baru Tokyo-Kuala Lumpur dan dengan itu rangkaian perjalanannya akan menjadi 74 laluan di 38 bandar dunia!
 
Aku percaya Malaysia Airport Berhad, Tourism Malaysia, our foreign minister dan beberapa pihak lagi bekerja keras untuk mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam keadaan sekarang ni. Diharapkan perkara buruk seperti pengeboman  yang berlaku di Bangkok pada 17 Ogos lalu tidak berlaku di sini. Malaysia selama ini terkenal sebagai a safe country.
 
Sambutan dan sidang akhbar akan dilakukan oleh Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai. Untunglah penumpang ANA flights malam tu nanti sebab menteri yang sambut siap dapat souvenir lagi. Kita pun untung juga sebab terdapat lebih syarikat yang akan bersaing memberikan perkhidmatan terbaik. Customer is king kan? (or king kong?)
 
#SyukurMalaysiaMasihAman
#SehatiSejiwa

 **Harap harap masa aku terbang, naik bas atau keretapi tak adalah malaun yang bagi anak berak merata seperti yang berlaku di China baru-baru ni. Bayangkanlah kita sama-sama kena bau taik tu...uwekkk ! Tak nak juga yang meludah dan bukak kasut. Kalau ada memang mintak side kick sangat tu.

 
 
 Sumber di sini.
 

 

#DekatJe | Taiping Heritage Trail



#DekatJe | Taiping Heritage Trail | Dalam bahasa Cina Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai..atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi". Sebelum ditadbir oleh penjajah Inggeris pada tahun 1880an, daerah ini yang dulunya dipanggil Jajahan Larut ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar. Pernah menghadapi kekalutan akibat pertelingkahan diantara dua kongsi gelap dari puak Ghee Hin dan Hai San.


 
Dengan melimpah-ruahnya galian bijih timah di daerah ini selain menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937 pihak Inggeris membangunkannya dengan banyak kemudahan yang pertama sekali dibina di Tanah Melayu seperti pembinaan Hospital Taiping pada tahun 1880. Hospital Taiping juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah merupakan hospital tertua di Malaysia. Hospital ini malah turut mencatat sejarah menjadi hospital pertama yang dilengkapi dengan kemudahan x-ray..

 
#DekatJe | Taiping Heritage Trail
Bandar Taiping yang telah diwartakan sebagai Bandar Warisan pada tahun 1997. Projek Jejak Warisan Taiping pula yang diusahakan bersama oleh Pihak Berkuasa Perlaksaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping meliputi laluan sepanjang 5 km di kawasan bandar Taiping  dan laluan sepanjang 6.5 km sepanjang Taman Tasik Taiping ini merupakan sebahagian daripada usaha NCIA dalam merealisasikan inisiatif Greater Kamunting Conurbation.
 
Projek ini menampilkan 39 tempat bersejarah yang menampilkan keunikan senibina bangunan, budaya dan tarikan sejarah seperti Menara Jam, Stesen Keretapi lama dan Muzium Perak. Warisan sejarah pembentukan bandar Taiping adalah warisan bangsa yang tak ternilai harganya. Karektor tersendiri bandar Taiping sebagai bandar terawal di Tanah Melayu membolehkannya dikategorikan sebagi bandar Warisan.

 
 
Aku juga berpeluang menaiki bas berkuasa elektrik yang masih dalam percubaan untuk kajian kebolehlaksanaan operasinya. Mengikut jadual tahun 2016 baru dilancarkan. Bandar Taiping telah disenarai pendek oleh Japan International Cooperation Agency (JICA), sebuah agensi dibawah kerajaan negara Jepun, sebagai calon untuk perlaksanaan kenderaan elektrik tersebut. Inisiatif ini diusahakan oleh NCIA bersama DreamEdge Sdn Bhd dan Oriental Consultants, Japan. Bagus bas ni senyap je tanpa pencemaran bunyi dan udara. Sama macam di China juga.

Terdapat 8 lokasi perhentian bas iaitu:

1. Zoo Taiping
2. Stesen FMS
3. Menara Jam Lama
4. Pasar Besar
5. Stesen Keretapi
6. First galeria
7. Dataran Warisan
8. Muzium Perak
 
Taiping subur menghijau kerana mendapat taburan hujan yang tertinggi di Malaysia jadi bas ni sangat sesuai dengan suasana Taiping itu sendiri sebab:
 
- Teknologi mesra alam
- Efisien, berspesifikasi tinggi, realible
- Kompetitif
- Sistem yang versetail untuk pelbagai kawasan dan kegunaan 

Owh sebelum lupa, di Taiping ni pokok yang berusia ratusan tahun dipelihara jadi pemandu bas atau lori perlu berhati-hati dengan dahan pokok terutamanya semasa membelok. Seronok berada di dalam kehijauan ni, sejuk mata memandang.
 
Walaupun Taiping sebuah bandar kecil dan sunyi, bagus untuk lari sekejap dari kesibukan kota, ia masih menjadi tempat yang sesuai dan menarik untuk diterokai. Selain melawat bangunan bersejarah, jangan lupa lajak terus makan Mee Ketam Sedap di Jeti Kampung Dew atau Mee Udang power di Kuala Sepetang.

Dengan keadaan nilai Ringgit Malaysia yang jatuh merudum sekarang ni eloklah kita berjalan dekat dekat je. Takkan tak bercuti lansung untuk refresh minda dan badan kan? Apakata bawa keluarga dan rombongan Cik Kiah bercuti di Taiping pulak?
 

Diantara tempat-tempat menarik di Taiping ialah:

1. Taman Tasik Taiping @ Taiping Lake Garden
Tasik ini dahulunya adalah sebuah lombong. Malaysia dedulukan terkenal dengan bijih timah dan bijih besi... Tasik ini sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Terletak berdekatan Bukit Larut (Maxwell Hill), ia dijadikan taman awam pada tahun 1880.

Menurut cerita orang, tasik ini dahulunya dimiliki oleh seorang jutawan Cina. Dikatakan berlaku perebutan harta oleh anak-anaknya maka dihadiahkan tasik ini kepada kerajaan negeri. Kan dah sumo tak ngaso...

Berkeluasan 64 ekar merangkumi 10 buah tasik dan kolam buatan manusia, ia merupakan taman awam pertama di Malaya (nama lama bagi Malaysia). Tasik dan kolam tersebut diberikan nama seperti Alamanda, Island, South Lake, Swan Lake dan berbagai lagi. Kawasan tasik ni sungguh menenangkan. Deretan pokok Angsana yang berusia ratusan tahun dan dahannya memanjang dari jalan ke air, merupakan latar belakang indah di Taiping ni. Masyaallah cantik sungguh! Sejuk nyaman je di sini. Jangan kata dah sampai Taiping kalau tak melawat Taman Tasik Taiping.
 
Lake Gardens1
Sumber: Tukang Kebun / Foter / CC BY-ND

Lake Gardens3
Sumber: Tukang Kebun / Foter / CC BY-ND



2. Bukit Larut @ Maxwell Hill
Orang-orang lama masih memanggilnya Maxwell Hill. Bukit ini dijumpai oleh William George Maxwell (hmm.. boleh agak kan mana datangnya nama bukit tu) yang bertugas sebagai Penolong Residen British di Perak pada tahun 1884. Ia merupakan tanah tinggi yang paling lembap dan kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia

Walaupun tiada pembangunan sehebat Cameron Highland tetapi ramai yang sukakan suasana kolonialnya dan ia menjadi tempat kawasan rehat dan riadah di hujung minggu. Untuk sampai ke sini kita perlu trekking sejauh 13km err...matilanakkk.. atau menyewa Land Rover untuk naik ke atas. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan.

Berketinggian 1250 meter di atas paras laut, kawasan ini merupakan tempat tadahan hujan tahunan paling tinggi di Malaysia. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.

Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda Padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.

Kebanyakan pelancong Inggeris menyamakannya seperti Switzerland.
 Sumber di sini

Maxwell2
Sumber: shanlung / Foter / CC BY-NC-ND


Maxwell3
Sumber: shanlung / Foter / CC BY-NC-ND

Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut yang menjadi tarikan ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April. Benihnya yang diimport dari Belanda disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Jauh aku mencari bunga tulip ni sampai ke Hangzhou dan Shanghai, di negara sendiri pun ada rupanya... Manalah aku tahu negara beriklim Khatulistiwa pun ada tulip.

Sumber di sini.


3. Zoo Taiping  dan Night Safari
Aku dah pernah buat satu blogpost tentang Taiping Night Safari ni beberapa bulan lepas ada gambar yang lebih banyak di sana.

Zoo Taiping dan Night Safari dibangunkan diatas tanah seluas 36 ekar dan memiliki 1800 ekor haiwan dan 150 lain-lain spesis. Zoo Taiping ni merupakan zoo awam yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1961 dengan perasmiannya pada 1964. Zoo negara pula tahun 1963 baru mula dibina. Zoo ini boleh dikatakan diantara zoo yang paling berjaya dan untung di Malaysia.

 



 4. Taiping War Cemetery/Memorial
Kawasan tanah perkuburan ini dikawalselia oleh Commonwealth War Graves Commission. Dikatakan lebih daripada 850 disemadikan di sini dengan dibahagikan kepada dua bahagian, kubur jenazah yang beragama Kristian di sebelah tenggra jalan manakala yang bukan beragama Kristian bertentangan dengannya.

Cemetery1
Sumber: Anandajoti / Foter / CC BY-SA


5. Kuala Sepetang @ Port Weld 
Kawasan perkampungan nelayan 20 minit perjalanan dari bandar Taiping. Boleh makan mee udang sampai tersandar di sini.


6. Muzium Perak
Muzium yang tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang dimulakan oleh Sir Hugh Low, Residen British ketika itu pada tahun 1883.

Kurator atau dikenali sebagai penjaga muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.  






7. Burmese Pool
Terletak di kaki Bukit Larut, ada chalet untuk disewa di sini.

burmese pool1
Sumber: Youharman / Foter / CC BY



8. Laman Budaya
Terdapat bahan sejarah di sini seperti gambar-gambar lama, peti besi lama dan sebagainya tetapi aku agak kecewa bab labelling and caption. Walaupun ada guide, guide sorang je pun... bila waktu ramai pengunjung kita dapat tengok gambar je lah tapi tak tahu apekebendenye yang dipamerkan.

Di bahagian atas ada dewan yang selesa untuk kapasiti yang agak besar juga.







Peti besi lama
 



9. Stesen Keretapi Taiping

Stesen ini adalah stesen keretapi yang pertama di Malaysia dibina pada tahun 1882.

Landasan keretapi sepanjang 12 km yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) dibina bermula dari tahun 1882 dan siap dibuka pada tahun 1885 dengan kos pembinaan sebanyak ₤7000 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Ia beroperasi selama 58 tahun namun sayangnya landasan itu ditutup pada tahun 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.

Ia digunakan sebagai medium pengangkutan pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport selain mengangkut buruh yang bekerja di lombong.
 
 

10. Penjara Taiping
 
Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Goal" dibina dalam tahun 1879 dan merupakan penjara pertama dan tertua di Tanah Melayu. Warden Punjabi dibawa masuk pada 1881. Selain itu warden Eropah juga dibawa masuk untuk membantu pengurusan penjara.

Malangnya semasa penjajahan Jepun (1942-1945) semua rekod berkaitan penjara dan banduan dimusnahkan. Jepun dulu-dulu memang macam tu semua dimusnahkannya. Jangankan rekod banduan, jambatan, kapal korek pun dibom...punyalah 'cerdik'.

 


11. Bangunan bersejarah
Terdapat kedai dua dan tiga tingkat yang dibina sejak zaman kolonial British lagi. Satu skim khas telah diperkenalkan yang digunakan oleh PBT untuk menggalakkan peniaga atau usahawan menggunakan bangunan lama ini sebagai premis perniagaan demi Jejak Warisan Taping.

Ini contoh bangunan lama yang dah ada sayur-sayuran hehe.. giler lama takde maintenance.

 
 
 
 
  

Sumiran Eco-Camp : Berzumba di Kem Bina Semangat

Sumiran Eco-Camp : Berzumba di Kem Bina Semangat | Dalam banyak-banyak koperasi yang kami lawati di Kuching, yang satu ini berlainan konsepnya, milik keluarga dan paling happening!

 
Terletak di Rantau Panjang Batu Kawa, Sumiran Eco-Camp adalah gabungan hutan hujan dan kem ekologi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Mereka menyediakan perkhemahan asas dan konsep latihan dengan harga yang berpatutan. Kedudukannya yang agak tersorok dari hiruk-pikuk kota menjadikannya kem latihan yang ideal untuk latihan ikhtiar hidup, menguatkan hubungan sesama individu, tempat bertemu kawan baru dan menyerlahkan kegiatan luar di tengah bandar yang pesat membangun.

Hanya 30 minit dari pusat bandar selepas jambatan Batu Kawa, kem latihan ini sangat sesuai bagi kegiatan sekolah dan syarikat untuk aktiviti bina semangat, hari keluarga or even a garden wedding! Kawasan seluas 20 ekar ini siap dengan tasik, sungai dan kehijauan. Sumber elektriknya melalui tenaga solar dan generator oleh sebab itu tiada pendingin hawa. Bekipeh lah kok sesajo nak duduk dalam bilik. Kalau datang musim buah syoklah boleh makan sepuas-puasnya. Kambing dan kuda pun ada.

Kedatangan kami disambut mesra Camp Chief, Encik Sudaryo Osman beserta keluarga dan pekerjanya.  Terasa kemesraannya. Encik Sudaryo is a Commissioner of Boys Scouts in Sarawak. He is very experienced in teambuilding and outdoor activities.  Sambil minum petang kami diterangkan mengenai kem tersebut. Mereka mahukan sesiapa yang memilih kem tersebut pulang dengan tambahan ilmu dan kepuasan.

Latihan pertama yang kami buat ialah latihan otak. Haa...camana tu? Pernah tak buat latihan begini:

Contoh latihan otak 1:

Genggam penumbuk kanan dan luruskan jari kelingking.

Luruskan ibu jari kiri dan telunjuk.

Buat berselang-seli kanan dan kiri dengan pantas. Boleh?


Contoh latihan otak 2:

Genggam penumbuk tangan kanan dan hentak-hentakkannya di peha kanan.

Tangan kiri pula gosok peha kiri. Peha sendiri eh bukan peha orang lain. Haha..

Cuba buat latihan tu berselang-seli bermula perlahan sebelum dinaikkan kepantasannya. Boleh?

Begitulah lebih kurang latihannya. Sebenarnya ada 20 jenis latihan tetapi kami cuma buat empat sahaja. Itupun fail hehe... patutlah selalu melalut saraf-saraf otak tak berhubung rupanya. Elok juga kalau dihantar 'orang-orang popular' di media sekarang ke kem ni. Biar semenggah sikit statement yang dikeluarkan.

Lepas tu kami diajak menari zumba. Mati la nakkkk.. pancit mak!

Senaman Gemu Fa Mi Re.

Putar ke kiri eee, Nona Manis putarlah ke kiri, ke kiri, ke kiri dan ke kiri, ke kiri, ke kiri Manis eee ..
Sekarang kanan eee,
Nona Manis putarlah ke kanan, ke kanan, ke kanan dan ke kanan, ke kanan Manis eee ..

 
Trainer adalah sangat berbakat dan energetik. Happy je sambil bersenamrobik.
 
Futsal berkain batik kemuadiannya.
 
Apalah motif berebut bola dengan pemain import sendiri ni??
 
Kau mampoo?
 



Kemudian aku try flying fox pulak. Ini kali ketiga aku main selain daripada di Kalumpang Resort and Training Centre dan Eksplorasi Gua Tempurung dulu. Yang di Escape Adventureplay Theme Park tak dapat main sebab tak pakai kasut sukan :-(

Oh biasalah, gambar aku yang clear tak ada time terbang tu. Sentap. Kena tengok kat tv je lah itupun kalau ada.

Ini bukan aku.
 
Lepas tu sempat berkayak juga dua round. Adoi la naik dengan budak kecik tu ke tepi ke tengah hahaha... Pengalaman berkayak di Kuala Berang tahun lepas sangat seronok tu yang nak try sekali lagi.


Jungle trekking tak sempat sebab dan senja. Kesemua aktiviti ini memang menyeronokkan disamping mencabar keupayaan diri sendiri dan kumpulan. Ini baru team building @ bina semangat. Ada satu indoor team building yang aku attend satu masa dulu, instructor tu suruh senaraikan keburukan collegue kita. Entah apa bendalah punya kursus sepatutnya suruh kami senaraikan kebaikan kawan-kawan sekerja. Nak cari keburukan orang dua muka surat kertas pun tak cukup, ye tak? Ada yang panas hati sampai baling stapler hahaa...

Bila korang recce tempat untuk outdoor activities sila pastikan tempat dan peralatan adalah dalam keadaan yang baik. Elok juga kita tahu berapa kerap mereka memeriksa kekukuhan tali, pully, keadaan safety vest untuk kegiatan di air, dalam keadaan kecemasan apa tindakan mereka dan sebagainya. Biarlah orang nak kata kita kepohci ke cerewet ke... nyawa anak orang tak boleh diganti ooiii.... ingat ya, walau sehebat mana kita berenang kehidupan kita bukan di dalam air. Safety vest MESTI boleh dizip/klip dan ada satu tali lagi yang kita lalukan di bawah kelengkang untuk diklip ke depan. Safety vest fungsinya untuk meneyelamatkan nyawa.

Perkara buruk kalau dah terjadi tak guna nak menyesal. Aku beritahu ni bukan apa, pernah masa aku naik banana boat dulu, masa kita dijatuhkan ke dalam laut klip vest tu terbuka. Mujur my boys pandai berenang. Kalau lemas nak saman pun tak guna dah. Kalau aku yang lemas? Dapat mak barulah anak-anak aku.

Selepas berehat sebentar dan solat Maghrib maka tibalah barbeque dinner. Makanan sampingannya tak kurang sedap dan semuanya dimasak sendiri kerana salah satu core business mereka adalah catering. Kena rasa umai dan karipap selain laksa Sarawak. Lauk daging mesti sedap sangat sampai licin tak sempat aku merasa.

Kami juga diajar melihat bintang. Ingat lagi buruj? Tak? Samalah hahaha...

Malam unggun api

Sambil makan ada yang berkaraoke. Ada yang feeling Ziana Zain, ada juga lantunan suaranya bertahap professional. Kalau ada penyanyi asal mau menyorok balik pokok dibuatnya hehe.. yang seronoknya sejak aktiviti pertama lagi kami dapat merasakan keakraban keluarga ini.  Bila sesi nyanyian mereka akan menyanyi dengan gembira, bila perlu menari kesemua pakcik makcik adik kakak abang akan menari dengan sepenuh hati. Nampak keilkhlasan disitu. Takdelah macam berniaga semata-mata nakkan duit. Hinggakan kami dah di atas bas pun mereka melambai sambil bergoyang-goyang!

Nyanyian beramai-ramai di akhir sesi karaoke
 
 Peguin dance. Best giler!!


The Adventure is yours... Go Camping + Go Nature + Go Fun !
 
Program yang ditawarkan Sumiran Eco-Camp ialah:
 
* Teambuilding
* Leadership and Prefect Training
* Family Day Reatreat and Birthday
* Outdoor Zumba
* Boot Camp, dengan syarat :
 
* Minima 30 peserta
* Termasuk makan dan minum
* Dengan penginapan
* Termasuk fasilitator/jurulatih


Aktiviti outdoor yang disediakan Sumiran Eco-Camp:

Selain senaman otak kiri dan kanan, zumba dan futsal, kem bina semangat ini juga menyediakan tapak perkhemahan, khemah kalis air yang tak akan disumbat seperti sardin, longhouse hostel, flying fox, adventure trail, mountain bike trail, volleyball court, campfire ground, berkayak, surau, kedai serbaneka, bilik air dan tandas yang banyak serta bersih dan... WIFI ! Mati la nak kalau takde wifi hahah...

Aku yakin para peserta akan enjoy sesangat bila mengadakan apa-apa acara di sini. Kalau kita jenis yang suka aktiviti luar Sumiran Eco Camp adalah tempatnya.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Encik Sudaryo Osman
Camp Chief
Tel : +6012 8811952

SUMIRAN ECO CAMP
Jalan Rantau Panjang
off Jalan Batu Kawa
93400 Kuching
Sarawak

Ground Floor, Lot 10148
Section 64 Ktld
Jalan Kwong Lee Bank
Pending
93450 Kuching
Sarawak
Tel : +6082 330875
Emel : sumiran.ecofarm@gmail.com
fb : Sumiran Eco-Camp
 
 Once discovered, never forgotten.
 

Program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak"  adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai. Terima kasih yang tidak terhingga diatas peluang yang diberikan untuk mengikuti program ini.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free