Burned Alive At A Gay Pride Event in Taiwan

Burned Alive At A Gay Pride Event in Taiwan | Terbakar hidup hidup di party gay. Hari yang malang bagi partygoers di Taiwan hari Sabtu lepas 27 Jun 2015.



Website Nanzao.com yang melaporkan berita-berita dari Taiwan dan Macau menyatakan, "The 'Rainbow Party' (parti pelangi) di New Taipei City, diilhamkan daripada keputusan US Supreme Court di Amerika Syarikat pada 26 June 2015 yang mengesahkan perkahwinan sejenis dari segi undang-undang di 50 buah negeri di sana. Pengesahan perkahwinan gay dan lesbian ini bukan sahaja diraikan di Amerika malah di seluruh dunia.

UPDATE: Berita di atas adalah berita asal tetapi disebabkan tekanan masyarakat, Nanzao.com telah mengubahsuai beritanya dengan mengatakan The Raibow Party tiada kaitan dengan meraikan kejayaan golongan sejenis di dalam keputusan mahkamah di US tersebut (walaupun logo penajanya ada dalam gambar di bawah).


Masyarakat Taiwan yang berada di asia bukanlah masyarakat yang begitu terbuka dengan golongan sejenis. Mereka seperti kita masih terikat dengan agama, adat dan budaya. Sudah tentu tragedi sebegini begitu memalukan sehingga berita terpaksa ditulis semula.
 
Walaupun bukan semua yang menyertai majlis tersebut adalah gay dan lesbian = golongan sejenis tetapi golongan muda Taiwan faham benar maksud warna pelangi tu. 
 
 
Bagaimana malapetaka ini terjadi?
 
Majlis ini berlansung di taman hiburan air Formosa Fun Coast, New Taipei City, dengan kehadiran 1,000 orang. Tragedi kebakaran yang sangat dashat ini berlaku jam 8.30 malam semasa konsert berlansung.
 
Semasa muzik sedang rancak dimainkan sejenis kesan khas disemburkan ke atas para hadirin untuk 'memandikan' mereka dengan warna pelangi yang dibanggakan. Disebabkan tindakbalas fizik, bahan mudah terbakar berwarna-warni ini yang bercampur dengan oksigen dan percikan api (mungkin dari lighter rokok) telah menyebabkan api marak dengan pantas.


Di dalam gambar di bawah, para hadirin bertempiaran lari menyelamatkan diri. Ramai yang terjun ke kolam untuk menghindarkan kepanasan. Lebih 500 orang cedera dengan 200 mengalami lecuran serius dan kecederaan parah lain.



Tonton video di sini.


Penaja konsert : Gay corporate sponsors

Sangat jelas acara Taiwan Gay Pride "rainbow" ditaja oleh organisasi penasihat golongan sonsang. Namun berita ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh media arus perdana di Taiwan yang tidak mahu kecelakaan ini dikaitkan dengan perayaan golongan sejenis.
 
Ramai yang tidak faham mengapa perkara ini harus dirahsiakan sedangkan ianya benar-benar jelas. Ia menggunakan logo sperma yang digunakan oleh sebuah syarikat pakaian lelaki songsang iaitu New Urban Male.
 
Hashtag Love Wins yang terdapat pada teddy bear digunakan dengan meluas selepas US Supreme Court membenarkan perkahwinan sejenis ke seluruh negara. Apa nak jadilah...


• UPDATE: Not every person at the event was gay, of course. The event was promoted as a "color play / rainbow" event, which is universally associated with gay pride. Natural News is being told that some people attending the event were not aware of the connection between "rainbow" and "gay," although most youth in today's connected society are completely aware of this universal symbolism.

 
Untuk berita lanjut sila baca di sini. Gambar-gambar juga daripada website www.naturalnews.com
 
Diharap pihak yang berkenaan di Malaysia atau mana-mana syarikat swasta tidak bersekongkol mengadakan acara sebegini. Yes, we want more tourists to come here but it will do more harm to the local peoples. Pelancong lebih sukakan kehijauan negara kita, pantainya, keramahan rakyatnya, makanan yang bagaikan di 'syurga'  jadi perhebatkan promosi, bersedia menerima tetamu dan berikan servis terbaik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
 
VennuMallesh's photo.
Sumber : VennuMallesh

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Strolling Around West Lake

My China Trip - Hangzhou Day 2 | Strolling Around West Lake | Hangzhou merupakan ibu kota dan bandar yang terbesar di Zhejiang Province di timur China. Ia menjadi terkenal sejak berabad lamanya sebahagiannya disebabkan oleh pemandangan yang sangat cantik. West Lake menjadi tarikan utamanya.


Menyedari bahawa penduduk Hangzhou bergantung hidup dengan air dari West Lake untuk mengairi pertanian, Bai Juyi seorang penyair dan gabenor hebat daripada Dinasti Tang telah mengarahkan pembinaan daik baru yang lebih kukuh beserta empangan untuk mengawal pengaliran air. Bai Juyi juga sering ke West Lake untuk merehatkan diri kerana terpesona dengan keindahan tasik itu. Beliau juga telah memerintahkan pembinaan jalan yang menyambungkan Broken Bridge ke Solitary Hill untuk mengelakkan penggunaan bot. Pokok-pokok juga ditanam sepanjang daik menjadikannya suatu pemandangan yang sangat indah. Jambatan ini kemudiannya diberikan nama Bai Causeway.
 
Selain daripada itu dibina juga 2.8km jalanraya atas arahan gabenor selepasnya dan dinamakan Su Causeway. West Lake dikelilingi bukit-bukau di bahagian utara dan baratnya. Baochu Pagoda pula terletak di Baoshi Hill di utara tasik. Aku tak sampai pun ke kedua-dua jalan ni sebab dah penat.
 
Keluasan keseluruhan West Lake ialah 59km persegi dengan 6.5km persegi diliputi tasik. Pada 24 June 2011 West Lake di hangzhou telah dimasukkan ke dalam senarai UNESCO World Heritage Site. Berjuta pelancong ke sini setiap tahun.  
 
 
Mengelilingi West Lake
 
Aku dah berpakat dengan Goh, my dormate, untuk bersama-sama berjalan di West Lake. Pagi tu Goh temankan aku mencari something untuk breakfast. Restoran makanan halal yang no 6 yang aku beritahu sebelum ni tak buka pulak. KFC pun takde hidangkan ikan so telan ayaq lioq ja la huhuu... Risau dia mengenangkan aku yang tak makan.  Aku okay jer.. 
 
Aku rasa senang je nak ke West Lake dari hostel tu tapi Goh nak guna waze maka berbelit-belitlah jalannya hahaa.. padahal boleh straight je ke depan. Sesampai di West Lake Goh terus nak naik bot ke tiga pulau. Ishh awalnya... kata nak catwalk dulu. Aku biarkan dia pergi dulu sambil terus berjalan kaki sampai rasa huh jauhnya!









Bila dah letih barulah aku teringin naik bot. Tiketnya 55 yuan. Ada cerita kelakar di sini hehe.. itulah, masa Goh ajak ikut sekali jual mahal sangat.
 
Bot tu akan membawa ke tiga tempat. Lepas Three Pools Mirroring the Moon akan ke dua lokasi lain. Jangan tanya ke mana, tulis cina weh. Memula tu aku ikut jugalah group pelancong Cina tu tapi disebabkan aku sibuk mengambil gambar mereka semua hilang dari pandangan.
 
Selepas bergambar aku pun beraturlah di satu waiting point ni kononnya nak ke lokasi seterusnya. Main beratur je hahaa... rupa-rupanya bot tu membawa ke 'tanah besar'. Krew tu kata aku salah bot. Yang aku naik tu untuk group package dan aku kena beli tiket lain kalau nak naik semula huhuu.. rugi je 55 yuan. Manalah aku tahu sepatah english pun tak ada.
 
Disebabkan kami diturunkan di jeti lain aku tak sure nak ke mana. I'm in the middle of nowhere. Takde lah takut ke apa sebab beribu orang sama-sama melancong. Kumpulan pelancong ini akan dibawa guide memasing mengikut warna bendera. Kebanyakannya warga emas. Ralit diorang memandang aku hehe.. 

Tips:
Kalau nak bertanya sesuatu sila cari tour guide yang membawa kumpulan pelancong Inggeris. Kalau tanya hok Cina tu jangan harap dapat jawapan. No english! No englsih! huhu
 
Memula aku nak berjalan kaki je mencari bunga tulip dan cuba bertanya arah kepada pekedai namum nan hado.. mujur ada seorang mat saleh menegur, .Are you from Malaysia? bla.. bla..bla.. huh lega. Dia yang suggest aku naik basikal ke Taiziwan Park sebab agak jauh. Syoknya berjumpa orang yang pernah ke Malaysia sampai dua kali. Dapatlah aku bercakap hahah... orang sini helpful cuma masalahnya kita tak faham bahasa mereka. Sewa basikal 10 yuan sejam so aku terus sewa 2 jam.
 
Berbasikal di sekitar West lake sangat menyeronokkan. Sungguh! Tengok je lah gambar-gambar di sini. Ada gambar lain tapi banyak muka aku pulak. Agak mencabar jugalah bila menggunakan ruang yang sama dengan beribu pejalan kaki dan tram selain terpaksa mendaki jambatan. Letih worrr... Pakcik makcik yang mengikut toour guide ni pulak kekadang kita bunyikan loceng pun buat dek je dia. Tram tu kita boleh naik dimana-mana saja rasanya tetapi ada bayaran.
 

Kalau orang tak ramai boleh je pecut basikal sampai atas jambatan ni

This is Goh, my new friend from central China.



Kapas berterbangan



 Yue Temple


Three Pools Mirroring the Moon
 

Spring merupakan peak season di sini. Cuacanya yang nyaman menjadikannya waktu yang sesuai untuk melancong. Oleh sebab negara China ini terlalu besar dengan penduduk berbilion orang, para pelancong yang aku jumpa pun 95% penduduk Cina dari negeri lain. Aku tak rasa sejuk sangat kecuali menjelang petang. Huishhh... tidur berbungkus dari kepala hingga ke kaki.
 
Aku mengayuh basikal hingga ke Taiziwan Park semata-mata nak melihat tulips. Nak tengok tulips tak??


Psstt...
Dan aku sampai ke sudah tak beli simcard sebab dijual 100 yuan. Kat hostel internet laju so takdelah perlu sangat rasanya.
 

Video : Aviation Issue | Mengapa kita dihalang menaiki kapal terbang jika lewat?

Aviation Issue | Mengapa kita dihalang menaiki kapal terbang jika lewat? | Aku terpanggil untuk menulis tentang hal ini selepas episod perempuan mengamuk dihalang menaiki pesawat yang viral bulan lepas. Aku faham kenapa tapi nak tulis sendiri bukannya pakar jadi ada seseorang bernama Lingeswaran Rathinam telah membuat penjelasan terperinci.

 
Wanita mengamuk dihalang menaik pesawat Air Asia
 

 
 
Selalu juga aku dengar orang komplen kalau naik syarikat tambang murah tu takkan dapat naik kalau lewat walau lima minit pun, kalau naik yang tambang mahal boleh kowtim lagi. Cuba datang lewat kat Tiger Airways ke Jetstar ke Ryan Air ke... agak-agak diorang bagi tak? Kat negara maju lagilah strict sebab tu dia maju. Sebenarnya semua keputusan diatas budi bicara pilot. Kalau pilot rasa nak bertimbang rasa kat kita masa tu, lepaslah. Kalau pilot kata tak koso den nunggu kau doh... haaa belilah tiket lain.
 
Ini penjelasan Encik Lingeswaran Rathinam mengenai implikasi bila penumpang tidak mematuhi peraturan masa yang telah ditetapkan. Sila baca dan fahamkan situasi pihak lain. 
 
Kawan yang dihormati,
 
Adalah menjadi polisi penerbangan untuk berada di ruang menunggu 40 minit sebelum berlepas dan menaiki pesawat 20 minit sebelum berlepas. Kegagalan untuk mamatuhi arahan akan menyebabkan beg penumpang akan dikeluarkan dari ruang kargo dan nama penumpang tersebut dibatalkan dari senarai. Ianya tidaklah semudah membuka pintu dan menerima penumpang. Terdapat banyak dokumentasi perundangan yang perlu dilakukan untuk menerima dan membatalkan penerbangan penumpang.
 
Setelah pintu ditutup, krew kabin akan memeriksa kabin untuk keselamatan dan juruterbang berurusan dengan menara kawalan untuk mendapatkan pelepasan terbang. Setelah pintu pesawat ditutup dan dilaporkan, anda tidak dibenarkan untuk mengganggu juruterbang melainkan melibatkan hidup dan mati serta isu keselamatan.
 
Jika pintu yang telah ditutup perlu dibuka semula ia akan merugikan syarikat pernerbangan beribu dollar. Hanya disebabkan kelewatan tersebut juruterbang mungkin akan kehilangan giliran menerbangkan pesawat. Kehilangan giliran ini memerlukan mereka untuk memohon semula kepada menara kawalan dan ini mungkin akan menyebabkan kelewatan selama 30-40 minit lagi. Kadang-kala lebih dari itu.
 
Para penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan dengan syarikat penerbangan lain akan berhadapan masalah untuk tiba dalam masa yang ditetapkan. Hanya disebabkan seorang yang semenggah perangainya, ia akan menyebabkan masalah kepada penumpang lain.
 
Tambahan pula semenjak insiden 9/11, apa-apa sahaja perangai penumpang yang menyusahkan dan mengganggu sebelum penerbangan boleh dihalang daripada menaiki pesawat demi keselamatan penumpang lain. Jika perkara ini berlaku di negara asing seperti Australia atau Eropah, penumpang ini boleh dikenakan hukuman penjara dan passport dirampas.
 
Customers not always right ya. Naik kapal terbang tak sama macam naik teksi yang boleh disuruh arah datang pukul berapa.
 
 
Yang ini tulisan asal.
 
Dear friends...
It's the airline policy for the passenger to be at the waiting lounge 40mins before departure n board the plane 20mins before departure. Failure to comply the timing the passenger baggage will be removed from the cargo hold and the pass
enger name be cancel from the passengers manifest. It's not as easy as opening the door n accept the passenger. There is lot of legal documentation need to be done for cancellation n accepting passengers onboard.

Once the door is closed, the crew be preparing the cabin for safety n the pilot be engaged with the tower for their clearance for the take-off. Once the door is closed n reported, you are not allowed to disrupt the pilots unless it's a life threatening n safety issue.

If the closed door to be re-open, it will cost the airline thousands of dollar. Simply because of the delay n the pilot may loose their slots for take-off. Once the airline lose their slot u have to request from the tower for clearance again and it may take another 30 to 40 minutes further delay. Sometimes more than dat.

Those passengers are with connecting flight with other airlines may face problem or will not be able to catch their connecting flight on time. Just because of one joker not being responsible, it may cause inconvenience to other travelers.
 
Furthermore after 9/11 incident, any passenger behavior being unruly or disruptive before flight can be denied boarding for the safety of the other passenger. If this thing happen in foreign land like Australia or Europe, this passenger can be charge behind bar n passport can b retained from traveling.
 
 
Unreasonable passengers should be banned from flying with a restriction order. Full stop.

p/s Itu belum cerita fasal perangai penumpang yang menjengkelkan lagi. Nantilah, bab lain.
 
 
 
 
 

My China Trip - Hangzhou Day 1 | Sate Kambing, Masjid Phoenix dan Pasar Malam

My China Trip - Hangzhou Day 1 | Sate Kambing, Masjid Phoenix dan Pasar Malam | Alhamdulillah... dapat menjejakkan kaki ke negara China buat kali kedua. Sejak pertama kali ke sana aku memang telah jatuh cinta walaupun komunikasi agak sukar tapi itulah pengalaman yang manis.

 
Kalau dulu berjaya melihat Guangzhou dan Guilin, kali ini ke Hangzhou dan Shanghai pula. Jangan miss baca sampai habis episod sinetron yang ini pulak ye terutama bagi mereka yang berhajat ke sana. Pergi pun sebab Encik Tony Fernandez bagi tiket free tapi dia charge fuel pulak sampai 200 ringgit masa tu plus tax rm125, maka dapat ler berjalan ke sana dengan tambang rm300 lebih pergi dan balik. Special nyer tiket ni... kena arrive and depart dari airport yang sama, langkah tak boleh terlalu panjang, tu yang pilih Shanghai sebagai destinasi kedua. Lagipun musim bunga beb, berbunga-bungaaaaaaa...

Hangzhou ialah kota purba yang terletak di timur China dan antara bandar yang terpenting sepanjang laluan Laut Sutera. Pedagang Arab telah ke sini semasa Dinasti Yuyuan lebih 900 tahun yang lalu.

Perjalanan ke Hangzhou yang memakan masa selama 5 jam tu menggunakan Air Asia X. Janganlah skeptikal sangat dengan Air Asia flight sebab untuk long haul seat lebih selesa, extra leg room sama seperti MAS ekonomi juga. Kedudukan tempat duduk pula 3-4-3 / 4-3-4, tak ingat dah. Masa pergi tu okay je tenteram tapi masa balik ya rabbi tak berhenti-henti orang guna toilet. Apa ke halnya diorang membese je keje? Bila lampu dipadamkan baru senyap sikit. Kuat betul bercakap. Sempat aku mengusik flight attendant tu, meriah betul flight ni.. hahaa...tersengih je dia.
 
Tujuan utama ke Hangzhou adalah untuk melihat berjuta tulip dan perjalanan ini tanpa research yang banyak. Masa memula beli tiket dulu je buat nota lepas tu senyap lalu lupa sibuk dengan trip lain. Hari sebelum pergi tu baru terkocoh-kocoh print notes yang hanya tiga helai. Setiap sehelai nota untuk ke Hangzhou, Suzou, Shanghai. Bekalan aku ke Hangzhou hanyalah:

Ni hau ma
Sei sei
Wo ai ni
Wo pu che tau
Huoce (tak lengkap, sepatutnya huoche zhan)

hahaa... terlupa nak ambil nota ke Guangzhou dulu tapi I survived ok. Adalah ingat sikit-sikit apa yang aku baca di internet.

Aku seboleh-bolehnya nak menggunakan public transport yang murah. Naik teksi kang kena 120 yuan pulak. Selain menjimatkan menaiki bas dapat juga melihat budaya masyarakat dan persekitaran baru. Keluar dari airport berjalanlah aku hingga ke domestic arrival untuk naik bas. Cabaran pun bermula di sini hahaaa.... semua tulisan Cina, acaner? Dahlah bas berderet. Bas dari dan ke airport ini memberi perkhidmatan ke 20 bandar.

Tanya kat bas pertama, dia buat gaya 'tak tahu' dengan tangan memulanya. Kemudian dia tunjuk ke hujung. Aku pun pergilah ke bas lain. Bila sebut "houce" baru dia faham. Tiket kena beli di dalam airport. Memotong barisan pemandangan biasa... haha.. terperanjat aku bila ticket seller main campak je balance duit. Budaya orang, redha je lah.

Bas yang aku naik tu rupa-rupanya membawa ke East Railway Station sedangkan aku nak ke Hangzhou Railway Station. Memula tahan teksi nak ke HRS tapi teksi tak nak berhenti. Salah tempat agaknya. Mujur ada station Metro di situ, selamat.

Aku turun di Ding'anlu Station. Tujuan pertama aku ke Masjid Phoenix so carilah Exit Phoenix Temple. Ketika berada di negara bukan islam carilah masjid untuk mendapatkan makanan halal. Selalunya mesti ada restoran atau penjaja jalanan yang berniaga makanan islam. Keluar dari stesen Metro tu yang pertama sekali nampak ialah restoran muslim. Sate kambing di China memang sedap. Orang yang tak makan kambing di negara sendiri pun kena cuba. Memang ada adegan lucu time order makanan, biasalah ayam dengan itik hahaa.. tau je dia aku orang Malaysia. Selain restoran ini ada lagi tiga buah di seberang jalan. Jangan risau sangatlah bila berada di China, restoran halal banyak. Setiap Jumaat ada muslim berniaga di belakang masjid, sebelah restoran tadi. Ma-lai-xia? (Malaysian?) Tanya mereka.

Selalulah bersangka baik, berjalan with open minds. Senyuman membawa bahagia.

Sedang berjalan keluar dari Ding'an Station
 
Kawasan ZhongShanZhong Road, Historical and Cultural District yang menempatkan Masjid Phoenix dan bangunan-bangunan lama yang kebanyakannya dijadikan hotel. Panggung wayang pun ada. Selepas tak jumpa pintu masuk masjid (aku masuk ke lorong kiri restoran), imam masjid tunjukkan jalan hingga ke dalam masjid. Suka dia jumpa orang Malaysia.


 Anjing-anjing di sini comel dan banyak yang berbaju. Yang tak tahannya tu semua memancut ke pokok, ke dinding haishhh...

 It's spring time in Hangzhou


Bersolat di Masjid Phoenix
 
Masjid ini merupakan salah satu daripada empat masjid tertua di China selain Huaisheng Mosque di Guangzhou, Ashab Mosque di Quanzhou dan Xiahe Mosque di Yangzhou. Nama asal bagi Masjid Phoenix ini ialah Libaisi (Mosque of Pray) dan Zhenjiaosi (Mosque of True Religion). Nama terkininya diberikan berdasarkan bangunan lama yang kelihatan seperti burung phoenix.
 
Masjid yang mula dibina sewaktu Dinasti Tang (AD618-626) berada di pertembungan Zhongshan Zhonglu dan Xihu Dadao ('Lu' ialah jalan). Ia pernah musnah pada tahun ketiga Southern Song Dinasti 1203M. Pada tahun ke-18 Dinasti Yuan iaitu 1281 ia dibina semula oleh Maharaja Kublai Khan.
 
Pada tahun ke-17 pemerintahan Republic of China iaitu 1928, lebih daripada separuh bahagian yang bersejarah seperti the Entrance Screen, the Moon Watching Pavilion dan the Long Corrideor telah diruntuhkan untuk membina Zhongshan Road. Phoenix Mosque telah diubahsuai dan diperbesarkan beberapa kali semasa pemerintahan Dinasti Yuan, Ming dan Qing sebelum pengubahsuaian besar-besaran pada tahun 1953. Ruang utamanya adalah tinggalan Dinasti Yuan. Inilah satu-satunya masjid yang wujud di Hangzhou sekarang untuk memberi khidmat kepada kira-kira 1250 komuniti muslim di sini.

 
 

Masjid Phoenix. Ruang solat wanita di sebelah kanan gambar.


Oleh kerana muazin tidak menggunakan speaker, beliau berada berhampiran pintu masuk ini ketika melaungkan azan untuk membuatkan suaranya bergema. Mungkin pembesar suara tidak dibenarkan penggunaannya di dalam masjid maklumlah mereka minoriti, jadi kenalah ikut majoriti... tetapi kerajaan China dikatakan terus membantu di dalam pengubahsuaian masjid yang sungguh bersejarah ini.





Bergerak ke YMCA International Youth Hostel


 
Siang dan malam. Dari Masjid Phoenix kena melintasi jambatan ni untuk ke hostel. Di seberang jalan ni ada beberapa restoran makanan halal.
 
 Tajuknya: 4 generations
 
Selepas mendaftar masuk ke YMCA Youth Hostel terus keluar balik. Bilik ok, WiFi berdesuppp tapi towel not provided. Tisu toilet pun kena bawa sendiri, sedih betul. Nasib baik dah melegakan pundi  kencing kat masjid huhuu... 

Aktiviti malam hanya berjalan-jalan di pasar malam. Ada beberapa barangan yang menarik perhatian tetapi aku cuma nak beli towel. Menyesal kemudiannya sebab tak beli stokin pendek yang 3 helai 10 yuan tu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak dapat stokin.



Disebabkan perut masih kenyang makan roti tempayan dan sate kambing petang tadi jadi balik tidur je lah. Eh, mandi dulu.... toilet pulak takde hose arghhhh...! Ke hulu ke hilir bawa botol mineral.










 
 
 

 

Press Statement Terbaru Kes Kecurian Oleh Pelancong Taiwan

Press Statement Terbaru Kes Kecurian Oleh Pelancong Taiwan | Pihak berkuasa, tolonglah ambil tindakan TEGAS kepada pelancong yang tak tahu adab ni. Jangan lembik tengkuk sangat. We have spent millions untuk menaikkan nama negara and these people senang senang je merosakkan reputasi kita, memfitnah lagi.

 
Berbogellah, mencurilah... We don't need them. Ramai lagi pelancong yang berkualiti. Yang bertambah meluatnya bila orang Malaysia terus percaya apa yang mereka sebarkan.


PUTRAJAYA, 25 JUNE 2015

 

PRESS STATEMENT

BY YBRS. EN. WEE CHOO KEONG

CHAIRMAN OF TOURISM MALAYSIA

 Background information: According to a TVBS Taiwan news report, a Taiwanese tourist claimed that he had been accused of stealing at a Victoria Secret outlet in Langkawi Airport.

Since the revelation of the said report in Taiwan, Tourism Malaysia had done an in-depth investigation into the serious allegations and been in close contact with Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
 
Our investigation proved that the incident did not happen at Langkawi Airport as alleged. In fact, the incident had taken place at the Victoria Secret outlet at the Penang International Airport.
 
 
MAHB’s investigation and review of its closed circuit television (CCTV) recordings indicated clearly that a theft of a panty did occur on 16 June 2015 between 3:30 pm and 4:40 pm at the Victoria Secret outlet of the Penang International Airport.
 
Whilst Tourism Malaysia welcomes quality tourists to Malaysia and will do our best to make their stay as comfortable as possible and extend our warm hospitality, we will not tolerate false allegations or accusations made against Malaysia. We hope that such false allegations will not be repeated in the future.

END
 
 

 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 

Press Statement from Chairman of Tourism Malaysia Regarding the Taiwanese Tourist

Press Statement from Chairman of Tourism Malaysia Regarding the Taiwanese Tourist | Ini kenyataan media yang dibuat oleh Pengerusi Tourism Malaysia yang baru, YB Wee Choo Keong, mengenai pelancong Taiwan yang disyaki mencuri di Victoria Secret, Penang Airport.

 
Mereka melaporkan perkara ini berlaku di Langkawi tetapi telah disahkan bahawa Victoria Secret tiada premis perniagaan di sana. Para pelancong ini mengatakan polis meminta rasuah untuk menutup kes sedangkan staf VS tu tak dengar pun macam tu. Jadi sekarang kes ini masih disiasat.
 
 
Komen aku:
 
Belum tahu lagi mana pihak yang benar. Kalau ikut pergaulan dengan mereka baru-baru ni, orang Taiwan tidaklah pandai berbahasa Inggeris jadi kemungkinan untuk miscommunication itu ada.
 
Jika mereka salah ambillah tindakan, jangan dibela pulak hanya kerana mereka pelancong asing. Jika di Singapura tak kira kita orang tempatan ke pelancong dengan duit berkepuk ke tetap akan diambil tindakan sebab itu undang-undangnya dihormati. Kita tak perlukan pencuri di sini. Dah ramai penyamun datang negara kita ni dengan mudah.
 
Jika polis kita (tak kisahlah polis bantuan ke) yang salah, berikan hukuman berat. Buat malu je. We are in the world's media again for the wrong reasons since 2014. Sudah-sudahlah tu.
 
 
PUTRAJAYA, 24 JUNE 2015

 
PRESS STATEMENT

BY YBRS. EN. WEE CHOO KEONG

CHAIRMAN OF TOURISM MALAYSIA
 
A Taiwanese tourist alleged that he had been accused of stealing at a Victoria Secret outlet in Langkawi airport and was subsequently approached by policemen for monetary compensation. The news appeared in an exclusive report by TVBS, and has now been covered by the Malaysian media.
 
Tourism Malaysia has been alerted by its officers about the report and has investigated the matter.

We can confirm that the incident did not take place in Langkawi as has been clarified yesterday. Reference was made to a Victoria Secret outlet at Langkawi Airport and this is definitely an error as we do not have such an outlet there.
 
However, our investigation shows that the incident did take place at the Victoria Secret outlet in Penang International Airport on 16 June 2015.
 
It has been confirmed by Victoria Secret that it has lodged a report with the Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Security Task Force at the airport following the incident on the same day. According to feedback from Victoria Secret, its staff had become suspicious of three Taiwanese tourists and had called MAHB Security Task Force officers to investigate the alleged theft. After some questioning without finding any evidence, the Task Force officers released the tourists. The Victoria Secret staff also confirmed that they did not hear of any mention of monetary compensation at that material time.
However, we have brought this matter to the attention of MAHB in charge of the Security Task Force. MAHB is taking a serious view of the allegation made against its officers and are making a thorough investigation into the matter.
 
Tourism Malaysia is concerned for the well-being of every tourist who visits Malaysia as they are our customers. Tourism Malaysia takes a very serious view of any untoward incident affecting its customers, the tourists.
 
Rest assure that all complaints by tourists will be thoroughly investigated and appropriate action will be taken.
 
 
MALAYSIA TOURISM PROMOTION BOARD OR TOURISM MALAYSIA is an agency under the Ministry of Tourism & Culture, Malaysia.

 
 








 
 
 
 
 
 
 

 


 

Buffet Ramadhan Enak di Rymba Haven

Tags

Buffet Ramadhan Enak di Rymba Haven | Assalamualaikum. Hari ini dah masuk hari kelapan kita berpuasa. Sekejap je  dah seminggu kan? Cepatnya masa berlalu.

 
Bila masuk bulan Ramadhan boleh dikatakan semua premis menjual makanan termasuk hotel dan restoran tertentu akan menawarkan buffet Ramadhan yang enak dan pelbagai. Ada tu hingga lebih 100 jenis makanan sekali hidang fuhhh..!! Tu belum lagi termasuk majlis iftar yang dijalankan oleh pejabat, NGO, persatuan-persatuan yang membuatkan kita berasa sangat bertuah berada di bumi Malaysia. Mewah makanan!
 
Rymba Haven, penyedia ruang untuk majlis-majlis besar dan kecil di Nilai, Negeri Sembilan turut sama menawarkan buffet Ramadhan sehingga 14 Julai 2015. Lopeh tu takdo dah, sumo nak balik ghayo kek kampung.
 
 
Dimanakah Rymba Haven?
 
Ia terletak di Nilai, berhampiran lokasi tol lama. Sekiranya kita dari tol Nilai sekarang, ambil arah ke bandar Nilai. Bila sampai di traffic light hujung tu ambil kanan hingga berjumpa satu lagi traffic lights kemudian belok kiri. Ada signbord di simpang tu. Jalan terus hingga ke hujung dan nampak tulisan Rymba Haven besar terpampang. Jangan terus, ke syurga ko nanti hahaaa.... belok kiri dan park kereta di dalam kawasan RH.
 
Kalau dari LEKAS, keluar di Tol Pajam belok kiri dan terus hingga sampai ke traffic lights yang ada sighnboard tu tadi. Senang kan?
 
 
 
 
 
Apakah keistimewaan buffet Ramadhan di Rymba Haven?
 
Masak lomak Nogori and lamb BBQ! Ada 150 jenis makanan dihidangkan dengan lauk-pauk utamanya akan bertukar setiap hari. Selain daripada itu ada juga gerai-gerai yang menyediakan makanan barat, mee, kue teow, bubur, ABC dan cendol. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional dan ais krim sebagai pencuci mulut. Jeruk, kacang dan keropok pun ada. Air minuman jangan cakaplah berbagai jenis! Aku yang berpantang ais ni pun tak boleh tahan dengan air warna pink, hijau, kuning.
 
Buffet Ramadhan ini disediakan oleh UBE Global Sdn Bhd yang sudah 16 tahun berkecimpung dalam bidang katering makanan. Otai dah. Pekerjanya pun nampak kemas berpakaian seragam tukang masak.
 
Selain daripada itu diadakan juga persembahan muzik secara lansung di kolam air berkaca. Romantik dan nampak mewahnya lah kalau bersanding di sini.
 
Tengok je lah sebahagian makanan-makanan yang disediakan. Sesekali bawalah WIFE dan mak ayah makan di sini. Penat tau asyik makan masakan sendiri je sampai tak tahu nak masak apa dah. Kami yang jadi tukang masak tetap keluarga ni pun nak juga rasa air tangan chef lain. Not to forget, gulai dan rendang dagingnya semua lembut empuk. Aku kalau dapat sampai dua tiga ketul yang liat kan hmmm.... geram je. Tu yang aku rasa semua jenis daging termasuk kambing. Paneh poghut den hahah..
 
 
 Daging rendang minang warisan


 Tauhu sumbat
 
  Lamb bbq
 
 Rendang Tok
 
 Ikan siakap stim
 
 Gulai lomak daging salai. Kono podeh laie ni.


 Hiasan ais krim - diy
 
 Jangan terpedaya, ini cuma intro hahaa...

 Aku rasa semua jenis daging. Jangan lupa makan sayur, badan kita perlukan banyak air dan serat. Ulam-ulaman dan berbagai jenis sambal pun ada.

 
Apa lagi yang ditawarkan di sini?
 
Selain kedudukannya yang tinggi dan berangin, RH menghadap kawasan hijau milik sendiri. Di ladang tu ditanam pokok limau dan sebagainya untuk dijual buahnya. Memang best pemandangan di sini, selain kehijauan  boleh juga nampak highway PLUS. Macam kat kawasan tanah tinggi pulak cuma tak sejuk je.

Kalau buat wedding reception di sini boleh buat outdoor photography di ladang tu je haa... dalam gambar cantik oooiii..
 
RH juga menyediakan empat dewan untuk disewa dengan maksimum kapasiti keseluruhannya 1000 orang dalam satu-satu masa. Pakej bankuet disediakan untuk majlis perkahwinan, pertunangan, family day, akikah, team building, meeting, seminar dan annual dinner. Jika kita mahu menggunakan khidmat katerer sendiri pun boleh juga tetapi terms and conditions apply.
 
Ruang solat yang agak luas disediakan dengan ruang solat wanita diasingkan. Tak ada masalah nak berjemaah pun. Ala... melampuh lauk, pergilah solat maghrib sekejap.
 
Eh, bilik pun disediakanlah. Bolehlah buat gathering our big family di sini. Parking pun ada.
 
Yang paling menarik sudah pastinya pool dengan air pancut. Gerenti meletop kalau bersanding di sini. Mana nak cari weh tempat bersanding begini melainkan sanggup berhabis duit di hotel. Suruh wedding planner kita tu pasang kain putih kat tiang-tiang. Bila angin bertiup melambai-lambai je kain tu...perghhh romatik habis! Macam kat resort. Elok juga buat majlis nikah kahwin di sini, takdelah time kita sibuk melihat pengantin berarak orang lain sibuk menyelongkar bilik.
 
 
 
Hari ni 'menuai' dah kan? hahaa.. apakata call je Rymba Haven untuk membuat tempahan berbuka puasa untuk esok atau lusa. Hari-hari pun boleh. Ramadhan Buffet starts from RM65 for adult and RM43 for kids and senior citizens. Belanjalah staff sekali-sekala.
 
Rymba Haven
Lot 2284, Jalan Nilai Perdana 14
Nilai
Negeri Sembilan
Tel : +606 7991314
 
Semak juga page mereka di facebook/twitter/instagram.
 
 
Rymba Haven ensure to handle every operational aspect of the event whilst providing a beautiful and natural setting.
 
 
 
 
 
 
 
 

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free