Magic of the Nights and Floria Diraja 2015 in Putrajaya is back!



Magic of the Nights and Floria Diraja 2015 in Putrajaya is back! | Tourism Malaysia dengan kerjasama syarikat Elang Wah Sdn Bhd buat julung kalinya membawa bas dua tingkat KL Hop-on-Hop-Off (HOHO) ke Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kula Lumpur bersempena dengan acara "Magic of the Nights" yang akan berlansung dari 28 hingga 31 Mei 2015.

 
Tourism Malaysia dengan kerjasama bas KLHOHO akan mempromosikan kedua-dua program tersebut bermula dari 24 hingga 27 Mei 2015 di:
 
1) 24/5/2015 Melaka : Pintu Gerbang- Tol Ayer Keroh, Zoo Melaka, Menara Taming Sari, The Shore, Dataran 1 Malaysia, Klebang
 
2) 25/5/2015 Negeri Sembilan : Kompleks JKKN Negeri Sembilan, Palm Mall Seremban dan Kompleks Membeli-belah Terminal 1, Seremban
 
3) 25/5/2015 Selangor : Sunway Pyramid, The Curve Damansara
 
4) 26/5/2015 Kuala Lumpur : Bermula di MATIC dan hentian-hentian KL HOHO terpilih.
 
Di setiap hentian, akan diadakan kuiz-kuiz pelancongan dan tarian kebudayaan bagi menarik minat orang ramai dalam memeriahkan program promosi ini.


Di Palm Mall, Seremban
 
Bas HOHO yang kini beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang akan dibawa khas ke Putrajaya sebagai bas pengantara bermula dari Putrajaya Sentral melalui kawasan-kawasan perumahan Putrajaya ke tapak acara MOTN pada 28-31 Mei 2015. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA.
 
Acara Menarik Setahun Sekali di Putrajaya:
 
28 - 31 Mei 2015 - Magic of the Nights 2015 di Marina Putrajaya.
Sebanyak 16 bot berhias akan dapat disaksikan oleh para pengunjung pada setiap malam sepanjang Magic of the Nights diadakan. Selain penyertaan dari kesemua negeri di dalam Malaysia, penampilan istimewa dari Suzhou, China, turut bakal disaksikan.
 
30 Mei - 7 Jun 2015 - Floria Diraja Putrajaya 2015
 


Istana lama yang diletakkan di Muzium Negeri untuk tatapan generasi baru. Istana sekarang mana ada macam ni dah... semua saiz stadium bolasepak. Istana ni macam rumah uwan den jo ni.

Kalau dah sampai Seghomban tapi tak makan Gulai Daging Salai Masak Lomak Cili Api memang rugi bosa lah! Merecik peluh beb! Selain beberapa restoran yang memang umphhh meletop masakan Negeri Sembilan-nya Muzium Negeri di Seremban juga ada menyediakan pakej "Makan Berselo" untuk minima 15 orang tetamu. Kalau nak tahu berapa kos sekepala kena tanya Muzium Negeri Sembilan. Ese tak tau doh..

Bersilang tangan mengambil lauk




Berbalik kepada program Magic of the Nights tadi, untuk memeriahkan acara peraduan selfie dan fotografi turut diadakan. Aku takkan menanglah pertandingan selfie ni... ambil gambar tutup muka camno?


 
Kepada yang tak pernah berpeluang naik bas HOHO tu marilah bersama-sama kita memeriahkan MOTN tanpa menambah kesesakan jalan raya. Tunggu di tempat-tempat yang telah diberitahu tadi.

Gambar tahun lepas di sini.

Post a Comment

0 Comments